Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 27

“SAPA kalah…” Raket badminton dihala pada Zaki. “Belanja makan KFC,” sengihnya jahat. Terkejut budak itu.

“Apa pulak?! Bukannya Zaki ada duit!”

“Ye la engkau. Duit raya kau yang sampai beratus tu bukan?”

Uncle pun ada duit raya, jadi tak main la.” Zaki mencemik, berpeluk tubuh. Tingkah Umar yang meniru perangai dia, Naufal dan Munirah meminta duit raya dengan Maya semasa perayaan Muslim seluruh dunia dahulu diimbau kembali. Memang tak tahu malu sungguhlah lelaki dewasa itu. Selain suka mengusik satu-satunya isterinya, lelaki itu juga kuat main-main dengan ahli keluarga yang lain.

“Persoalannya sekarang, siapa kalah kena belanja yang menang. Hahha!” Umar ketawa jahat, melontar bulu tangkis ke udara, lalu di-smash kuat. Zaki tak sempat nak sambut pun. Ketawa si abang itu berlanjutan sampai terdongak ke langit. “KFC by tomorrow afternoon sharp.

Zaki mendengus. “Mana aci macam ni…” muncungnya dengan raket dihempas ke tanah laman belakang vila itu. “Uncle kejam. Zaki kecik lagi pun.”

Sengih Umar memudar. Si kecil dengan ketinggian yang tak sampai pinggangnya itu dipandang redup, lalu dia mendekat. Kepala Zaki diluku dengan raket di tangan.

“Jadi kalau kau masih kecil, kau tak boleh jaga diri?” soalnya pula. Zaki mendongak tinggi, memandang Umar. “Kalau kau kecil, kau tak boleh buat macam orang lain?”

Terkebil kejap dia, tak faham maksud yang disampaikan. Umar mencangkung, dengan raket itu direhat pada bahu. “Jadi kalau kau masih kecil dan anak yatim piatu, kau kena berharap kat orang?”

Naturally memang macam tu, Umar… selagi si kecil masih tidak mencapai usia baligh, selagi itu dia kena dijaga orang dewasa. Lagi-lag yang tiada ibu bapa kandung macam adik angkat kau tu. Bukan ke Allah dah berfirman dalam surah Al-Maaa’uuun yang memberi makna orang yang menzalimi anak yatim ialah orang yang medustakan agama? Jika si anak yatim berharta, maka jangan dimakan hartanya namun peliharalah dengan cara yang baik dan kembangkan sehingga dia baligh dan boleh menguruskan sendiri. Tidak susah nak berbuat baik.

Zaki terdiam bila dipanggil anak yatim. Memuram wajahnya. Umar mengukir senyum nipis. “Cuba kau bayangkan… kat Afghanistan sana…”

“Mana tu?”

“Kat Tanah Arab sana…”

“Mana tu?”

“Tsk!” Geram. “Fikirkan je! Diorang berperang merebut tanah negara sendiri dari tangan musuh… berdepan dengan maut setiap hari…” Muka Zaki yang kosong seperti tin kosong dipandang. Tak berisi dan kosong berangin. Huh…. Bercakap pasal konflik negara manalah budak ni faham. Umar mengutuk diri sendiri. “Let’s see. Auntie Aqi kau bagi kau KFC ngan Pizza Hut sekaligus. Pastu uncle rampas pasal uncle jeles, kau marah tak?”

“Mesti la. Uncle beli la sendiri.”

“Tapi masalahnya uncle pokai bulan ni, maka uncle tetap nak rampas. Jadi apa kau buat?”

“Minta kat uncle Farid.”

“Ni yang aku suka budak ni!” Geram Umar menghempas punggung atas tanah. “Macammana kalau uncle Farid kau outstation kat Afrika sebulan, siap bawa auntie Maya ngan auntie Bat sekali. Ma pula ke Mekah nak umrah. Auntie Aqi kena jaga Mun ngan Pal sekali. Kamu nak minta KFC ngan sapa?”

“Zaki sabar je tunggu Mun ngan Pal tidur, pastu minta ngan Kak Aqi.” Terjerit dia bila Umar menjentik telinganya, geram. Dasar budak yang terlalu dimanjakan! Bijak sungguh cari jalan penyelesaian begitu! Zaki memuncung, nak nangis namun Umar dah menjengil matanya terlebih dahulu, menghalang. Tersedu saja dia.

“Ni, uncle ada kenal sorang budak, macam kau, anak yatim tapi bezanya dia takda keluarga angkat. Duduk kat bendang setiap hari main ngan lembu. Bezanya dengan kau, budak tu pandai jaga diri, semangatnya kuat… pandai berdikari. Tengok la kau ni, tak dapat apa yang diminta dah nangis. Kena jentik je dah nangis. Tak jantan la macam ni.”

“Mana ada budak macam tu.”

“Ada.” Umar tersenyum, mencubit pipi Zaki pula. “Ada.” Ulangnya dan dia bangun. “Lain kali kalau tengok Astro tu, pandai-pandailah tengok Discovery Channel ke Animal Planet ke, dari layan Astro Ceria atau Animax tu. Dapat jugak tambah pengetahuan sedikit. Tengok sikit kanak-kanak lain kat negara luar nu berdepan dengan sepak terajang atau pistol ngan rifle gun setiap hari. Banding ngan kau yang manja tahap gaban gini…” Umar menoleh, “Bila membesar nanti kau bezakan manusia yang cuma tahu makan suap dengan manusia yang berusaha sendiri, Zaki. Ingat pesan abang.”

Zaki terdiam. Entah faham entah tidak. Umar yang merayau-rayau di hujung laman itu dipandang saja. Lelaki bercermin mata itu menghayun-hayun raketnya ke kanan ke kiri. Mungkin bersedia nak melakukan smash lagi ke arahnya. Zaki tahu sangat, dia takkan dapat bermanja dengan lelaki itu. Entah kenapa, dia tidak pasti, tetapi Umar memang suka kalau dia berlagak jantan dan berani. Sangat berbeza dengan warga wanita di rumah ini, ataupun Farid yang lebih suka mengajarnya berdepan dengan pembulian dengan menggunakan otak. Perbezaan personaliti orang-orang dewasa itu selalu djadikan bahan perhatiannya. Walaupun berbeza, tapi mereka semua sangat rapat. Bibir tersenyum sumbing.

Uncle…”

“Hm? Bulu tangkis tu, mintak sini.” Tangan dihulur. Zaki mendapatkan bulu tangkis.

“Zaki taknak jadi polis, nanti mati awal macam uncleDanny…” Berubah wajah Umar mendengarnya. “Taknak jadi orang besar macam Bang Farid, nanti sibuk sangat sampai tak layan Zaki…” lanjutnya menghantar bulu tangkis pada Umar. Terjatuh atas tanah tak bersambut. “Tapi Zaki nak jadi cikgu supaya selamat ngan boleh main ngan Pal ngan Mun jugak… Zaki suka jaga budak,” sengihnya.

Berkerut dahi Umar mendengarnya, lalu tersengih. Mendengar kata-kata itu dari budak sekecil itu… kembang hati. “Suka hati kau la. Aku cuma mintak jangan la kau manja sangat. Sengal.” Bulu tangkis atas tanah diambil lalu dilambung pada Zaki. Budak itu membalas.

“Mana ada Zaki manja…” Dia tersengih kemudian. “Tapi Kak Aqi suka kalau Zaki manja dengan dia. Kena cium dia memang best.” Bulu tangkis dilambung lagi.

Umar yang nak menyambut bulu tangkis yang melayang jauh itu terjatuh menghentam tanah, tersadung kaki sendiri. Zaki terkejut. Bulu tangkis terlambung terjatuh lagi tak berbalas. Umar mengangkat mukanya, merah dan tegang.

“Kau cakap apa?!!” Melantang tinggi suara marahnya. Pecah tiba-tiba. Terlalu tiba-tiba!! Zaki terkejut beruk.

Aqi pantas bergerak ke laman belakang bila mendengar Zaki menjerit macam histeria. Terkejut dia, lekas berlari ke laman dan menyelamatkan Zaki yang dikejar Umar. Budak itu ditarik ke pelukan pantas bila Umar hampir berjaya mendapatkan si tubuh kecil untuk diluku.

“Apa kau buat ni, Mar!?” jerit Aqi, melindungi Zaki. Umar mengangkat penumbuk, geram.

“Bagi aku luku dia sekali…” deramnya dengan penumbuk kejap di udara.

Zaki memandang dari balik bahu Aqi, lalu berpura-pura menangis, mendapat simpati Aqi. Kepala budak itu diusapnya lembut. Bersimpati sungguh. Umar lalu dipandang dengan riak tak puas hati. Sedikit marah dengan sifat keanak-anakan yang Umar pamerkan. “Jangan la kasar sangat dengan budak-budak. Kau ni jahat sangat dengan Zaki.”

“Dia yang mintak!” dengusnya panas.

“Mana ada…” Aqi mendesis dengan muka berkerut. “Kau ni macam budak-budak. Terkejut aku.” Dia berkalih, berlalu.

Zaki menoleh, memandang Umar yang merenung geram ke arahnya. Lalu dia mendekatkan kepala pada Aqi, mencium pipi auntienya itu dengan mata masih pada lelaki bercermin mata di belakang. Aqi berhenti melangkah, tersenyum manis manakala Umar membulatkan mata dengan rahang terjatuh habis.

“Zaki!!” Tengking Umar lantang. Aqi pula yang terkejut, menoleh ke belakang. Lelaki itu laju mendekat, lalu tangan mencapai kolar belakang Zaki. Sekali rentap, rangkulan Aqi terlepas. Menjerit-jerit budak itu kerana ketakutan. Aqi semakin terkejut.

“Umar Darius! Apa kau nak buat?!” Aqi lekas meloncat, nak rampas balik si budak 9 tahun yang menangis di tengah udara. Umar pula selamba menolak dirinya dengan sebelah tangan. “Mar…!”

“Kau cabar aku ek, Zaki…” deram Umar, merenung mata Zaki yang ketakutan memandangnya.

“Zaki buat je…” tuturnya bersama sedu. “Kenapa uncle marah sangat Zaki cium Kak Aqi…?” Dia teresak benar. Betul-betul takut tengok Umar menyinga macam tu.

Terkelip-kelip dia. Umar terkebil. “Huh?”

Si bodoh.

Aqi yang mendengar menjadi hairan. Lelaki itu dipandang. Zaki diturunkan ke tanah dan diserahkan pada Aqi. Gadis itu menyambut dengan kening berkerut. Wajah merah Umar menarik perhatiannya, dan makin pelik bila Umar melarikan pandangan. Aik? Zaki menarik hingus.

Umar berkalih dan berlalu. Jantung berdegup tanpa dipinta. Terperangkap dengan soalan Zaki, terperangkap dengan kehendak hati sendiri. Adei…

Aqi kekal terkedu. Sangat hairan melihat emosi yang berubah tiba-tiba itu. Tadi mengamuk macam singa lapar, sekarang macam bunga kemuncup pula. Zaki yang masih menangis di perutnya dipandang. “Uncle kau kenapa, Zaki?” soalnya.

Tiada jawapan. Aqi kembali memandang lelaki itu yang sedang menghayun raket di tangan sesuka hati. Melibas-libas raket macam melibas nyamuk tiruk. Pandangannya dijatuhkan pada raket di tanah. Kemudian Umar di sana dipandang. Zaki ditolak ke pintu belakang supaya masuk ke dalam rumah.

“Umar Darius.”

“Hm?” Dia menjeling. Aqi mengambil raket di atas tanah, lalu tersenyum memandang Umar.

“Nak battle?”


“YANG kalah?”

“Belanja KFC.”

“Sudah-sudah la dengan betting KFC tu…” Aqi berfikir, lalu tersengih jahat. “Aku ada idea lagi best.” Dia masuk semula ke dalam rumah. Sementara menanti, Umar melambung bola tangkis itu beberapa kali ke udara. Soalan Zaki terngiang lagi. Lekas ditepis.

Dengan budak-budak pun nak cemburu mengamuk. Malu je.

Diam la.

Aqi memuncul dengan kotak warna di tangan. Dia mencangkung, lalu meletakkan satu persatu botol water colour itu atas laman berumput. Berus dan secawan air turut disediakan.

Umar mendekat. “Kau nak buat apa?”

“Hukuman.” Aqi bangkit dari cangkungan. Kepala didongak memandang Umar yang memandangnya. “Kalau kalah, the winner conteng muka the loser.

“Ohh?” Jahat sekali sifat senyuman yang memutik. Aqi mencemik. Ada orang dah buat muka menang. Lawan pun belum. Lalu dia bergerak ke kawasannya. Umar tersengih, menurut rentak si lawan. “This is interesting.” Raket dipusing-pusing.

Confident sangat dia yang akan menang,” cemik.

I’m not.” Umar sengih, “But I’m sure of it.

Aqi naik menyampah. Bulu tangkis dilambung, lalu raket buat smash. Umar dah bersedia.

17-5. Tak habis satu set kerana Aqi mengangkat bendera putih. Enggan kalah teruk, maka lebih baik hentikan di tengah-tengah.

“Hahahaah!!” Umar ketawa galak dengan pinggang dicekak dan muka ditala ke langit. Lalu dia menundukkan pandangan, memandang Aqi yang terduduk melutut. Lebar sengihnya tak dapat nak dinafikan lagi, sampai ke belakang telinga! Lalu kaki melangkah mendekati gadis itu.

“Yo. Loser. Come. Winner nak draw,” panggilnya, mencangkung di depan water colour yang dah disediakan. Aqi berat hati bergerak.

Tak guna tak guna tak guna

Umar mencapai berus dan botol kecil yang berwarna merah. Nafas Aqi tertarik dan tersekat setengah jalan, lalu dihembus panjang. Pasrah.

Witness…” Umar menggigit bibir, menahan ketawa. Tangan melarikan berus di kulit cerah itu, mewarnakan hidung Aqi merah. Bergerak-gerak bahunya menahan ketawa yang nak terhembus.

“Puhh!! Kahkahkah!!!” Tak dapat tahan lagi, terus terguling jatuh. Terlalu lawak!! Kahkahkah!! Umar ketawa sakan tak ingat dunia. Aqi memuncung, geram. Lalu dia bangun, memandang Umar yang ketawa hingga tergolek ke kiri ke kanan. Lawak sangat ke?!

“Dahlah! Second round!” Geramnya meninggalkan lelaki itu. Umar masih terkekeh, bangun. Tekak didehem, cuba bertenang, tetapi ketawa di hujung bibir masih tak habis.

Mereka berhadapan lagi dan Umar ketawa lagi. Tak boleh tahan! Muka Aqi sangat lawak! Sangat badut! Hahhahahaaha!! Terjatuh lagi dia, terduduk melutut. Sebelah tangan menekan perut yang sakit.

Aqi makin malu. “Dah la! Nak main tak?!!” jeritnya geram.

“Main… haha… main… hahaha… main…” Nafas ditarik dalam, dalam lagi, dalam lagi, lalu dihembus. Mata dialih dari Aqi dan dia bangun. “Kau yang start, badut.”

Aqi naik angin, geram lalu smash sekuat hati. Umar memandang saja sebelum ketawa lagi. Persaingan agak sengit bagi Umar sebab asyik ketawa dan Aqi mengambil peluang sebaik mungkin. Kira-kira 15 minit kemudian, keputusan perlawanan; 21-15.

“Hahahaha!” Umar mencekak pinggang dengan pandangan mata ditala pada Aqi yang tertunduk. Kalah. Ketawa Umar bertukar sengih sepanjang 5 inci.

Come here, baby.” Dan muncul pula aura jahat dari sengih itu. Aqi menggigit bibir lalu mendekat. Berus menari lagi pada mukanya.

Green on the right and yellow on the left traffic light! Hahahahha!!” Umar ketawa kuat lagi siap memukul-mukul tanah. Lawak! Terlalu lawak! Hahahhaaha!! Lalu tubuhnya bergolek lagi atas tanah sambil tangan menekan-nekan perut yang sakit. “Lawak… hahaha… sakit… hahhahahaha… lawak…”

Aqi memuncung. Panjang. “Dah la tu… takyah la gelak kuat sangat…”

“Kahkahkahkahkah!!” Tak dengar.

“Dah la tu…”

“Hoihoihoi! Uhuk!” Terbatuk sikit sambil matanya menjeling Aqi. “Hahahha!” Ketawa lagi. Senak dah perutnya! Namun nafsu ketawa masih menguasai!

Aqi mengetap bibir, kuat sekali. Menahan sakit hati. Umar yang masih macam menyedut gas ketawa tak terkawal dipandang geram. Lalu didekati. “Dah la!!” Kaki dihentak atas perut Umar.

“Buhk!” Umar tersedak. Ketawa tertelan membuat dia terbatuk. Kasar. Aqi merenung tajam ke bawah, pada lelaki itu.

Third round,” ujarnya tak bernada, lalu pergi. Umar bangun, duduk sambil menggosok perut. Gila ganas minah tu. Bini aku ke?

Mereka berhadapan lagi. Kali ini Umar serius, geram kerana dipijak. Aqi pula geram kerana diketawakan. Terasa aura gelap dari keduanya berlaga.

“Ni last. I’ll give all my might.”

“Penambahan. Kalau kalah kena ikut kata-kata pemenang tanpa bantahan.” Tajam nada Umar. Berdendam. Jagalah kau….

Aqi memicing pandangan. “Okey,” balasnya tanpa sempat otak berfikir. Umar mengangguk. Deal.

21-7.

Umar menang. Aqi kalah. Tersenyum-senyum lelaki itu di sana, memusing-musing raket 360° diantara jari telunjuk dan jari hantunya. Aqi tegak berdiri, dan raket terlepas jatuh ke tanah. Umar mendekat.

“Jom solek.”

“Ta… tanak!!” Lekas dia melarikan diri. Umar terkejut, mengejar pantas. Dapat tangkap! Aqi meronta-ronta dalam tahanannya. “Taknak! Taknak! Taknak!” Tangan dan kaki terlepas memukul sepak Umar. Sakit lelaki itu lalu memusing tubuh Aqi, dipeluk dari belakang.

“Kalau dah kalah, kalah la!”

“Taknak!” jerit Aqi lagi. Cukuplah diketawakan tadi, taknak diketawakan lagi…!

“Ikut rules, Aqila!” arah Umar, geram. Aqi menoleh ke belakang, deras.

“Takda rules cakap mesti ketawa!” balasnya sama kuat suaranya. Umar terkebil.

“Dah muka kau lawak, mestilah gelak. Hahaha.”

“Sebab tu aku taknak!!” Meronta lagi sekuat hati. Umar mengemaskan pelukan agar menyukarkan pergerakan Aqi.

“Nak tak nak, rules kenalah ikut. Kau dah setuju.” Tubuh Aqi ditarik ke pintu belakang. Aqi masih berusaha untuk meronta, cuba melepaskan diri. Dalam usaha kuatnya, tendangan terlepas menghentak kangkang Umar. Urgh!! Elektrik terasa merenjat terus tulang belakang! Setiap kerat tulang dan urat otot merasa kebas dan kejang. Senak seketika, namun Umar masih boleh bertahan. Aqi hampir terlepas, lalu tangan isterinya digenggam erat agar dia tidak melepaskan diri terus. “I won’t laugh…” ujarnya dengan suara tertahan di anak tekak. “Okey?”

“Kau tipu!”

“Aku tak tipu… duduk…” arahnya dengan suara yang masih tenggelam di dasar. “Aaauh…” Nafas derita dilepaskan ke kiri.

Aqi berhenti meronta, memandang suaminya itu. Pelik seketika melihat suaminya tertunduk-tunduk. “Betul tak tipu?”

Kening Umar terangkat. Tersenyum-senyum plastik. Tubuh yang tertunduk dipaksa tegak. Argh…! Nafas ditarik dalam, terus bertahan. Wajah traffic light dipandang dengan ketawa yang nak bertamu, namun tertahan kerana sakit yang masih menyengat. Lalu dia mengangkat kening. “No hard feeling…” Aqi dilepaskan. “I’ll try.”

Gadis itu mengeluh, lalu menurut. Dia mengambil tempat dan Umar terus berdiri tegak sebelum berkalih membelakangkannya. Pelik melihat tingkah lelaki itu, namun dibiarkan. Seminit dua, akhirnya Umar mengembalikan perhatian kepadanya bersama senyum. Duduk dilabuh di hadapan Aqi.

“Tutup mata,” arahnya.

“Ha?”

“Tutup…”

Aqi hairan, namun menurut. Umar senyap, merenung wajah comel itu. Dari kening yang nipis berselerak, pada bulu mata lurus tebal, pada hidung yang sederhana mancung dan pada bibirnya. Ah, aku cium jugak kang alang-alang ada peluang begini. Sebagai balasan kepada serang anu aku tadi.

“Lama lagi ke?” Aqi menegur.

“Tengah fikir corak.” Alasan. Berus dibersihkan dan cat putih dicapai. Bibir tersengih lebar. “Once in a lifetime merasa kena solek aku ni.” Berus mula mengotori muka Aqi. Gadis itu membuka sebelah matanya.

“Gaya konon berdaulat sangat.”

I am,” sengihnya. “To you.

“Ceh.” Mencemik. “Your act pun tak nampak nak tunjuk daulat kat aku.”

Umar terus melukis, khusyuk. “Maksud?” Cat hitam pula dicapai.

Aqi diam, taknak meneruskan topik perbualan. “Kau naper kasar sangat ngan Zaki… dia tu dahlah baru nak masuk darjah empat.”

“Aku tak suka budak terlebih manja je.”

“Tadi tak pun.”

“Kau yang tak perasan.” Jari mengemaskan lukisan. Aqi terdiam bila wajahnya disentuh.

“Tapi Bang Farid bagitau kau pun sama je manjanya ngan Zaki dulu.”

“Hohoi… sesungguhnya dosa menfitnah itu lagi besar dari dosa membunuh.”

Well, I can see apa yang Bang Farid maksudkan,” bantahnya. Umar, kalau dilayan memang manja mengalahkan puteri paling spoil.

“Mana ada…” Umar memuncung. Berus sampai ke mulut Aqi. Mata lekat sebentar di bibir itu sebelum kembali meneruskan seninya.

Aqi mencemik saja. “Masih nak menafi… by the way, naper kau jarang ke pejabat bebaru ni? Raya dah lepas la.”

“Hey, raya tempohnya sebulan tau, belum lepas lagi.” Sengihnya, melihat muka Aqi. Ketawa tak bersuara keluar lagi. “Kerja dah kurang sikit, takda nak dirush sangat.” Henfon dikeluarkan. “Hehehe…” Terlepas ketawanya.

Aqi mengerut dahi, lalu membuka mata. Umar dah snap lalu ketawa terus. “Behold… hantu jepun! Hahhhahhaha!!” Terduduk dia bila ketawanya terlepas. Aqi terkejut sedikit, spontan memegang wajah. Hancur….

“Dah la… jangan ketawa la…” muncungnya, “Kau dah janji…”

“Ya… ya… okey.” Umar menarik nafas dalam, kembali menala pandang pada Aqi. Tak sampai dua saat, ketawanya meletus lagi, lebih kuat. Terguling dia kali ini tak dapat nak menahan nafsu ketawanya cuma dengan duduk. Aqi dah memuram.

“Jangan la…”

“Hei hei…” Muncul Farid dari ruang tamu. Umar menoleh sementara Aqi masih menunduk. “What’s with the ruckus…” Terdiam dia bila Aqi menoleh. Nafas turun naik jelas di dada. Umar menanti, tersengih. “Gaaaaahhhahahaha!!” Ketawa Farid terlepas macam cannon ball yang diletupkan dari kereta kebal. Mengejutkan!

Aqi makin mengecil.

Umar ketawa sama, sama kuatnya dengan letusan gelak Farid. Gelak mereka bergabung dan menarik perhatian Maya dan yang lain di ruang tamu. Dengan hairan mereka menapak ke sana, pelik melihat Umar yang dah terguling di laman sementara Farid memukul-mukul lantai sambil ketawa galak. Dalam kehairanan tanpa jawapan, serentak mereka hampir terjerit bila Aqi menoleh. Muka dicat putih walaupun ada kesan merah, hijau dan kuning. Bibir hitam merah dan diconteng meleret ke pipi seperti senyum si Joker. Mata juga dihitamkan seperti panda dan diconteng dengan bentuk mata yang tersenyum. Seperti topeng Noh jepun yang gagal!!

Batrisya meletuskan ketawa terus. Sama tahap galak dengan adik dan abangnya. Maya menutup mulut menahan gelak yang keluar perlahan. Zaki turut serta kumpulan Umar dan Farid sementara Daten Orched terpaksa keluar dari bilik, nak suruh mereka diam tapi kemudian dia pun sama join the club.

Previous: chapter 26
Next: chapter 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.