RUANG pejabat Executive Director itu cukup dingin dek
penyatuan suhu normal dan suhu AC. Setiap perabot berada di kedudukan yang
kemas, dan PA sistem juga dijadikan aset yang tidak penting di sudut bilik.Khairul bersandar lenang. Kad jemputan perkahwinan di tangan
direnung redup. Kuning cair warnanya, diisi bunga-bunga kecil merah jambu. Nama
pasangan yang disemat pada kad keras dibaca dalam hati.
Haikal dan Suha.
Kening dijungkit sebelah. Maklumat pernikahan dan
persandingan sekaligus itu dibaca. Hujung minggu ini. Sabtu dan ahad, di rumah
pihak perempuan. Bila dilihat pada alamat… tidak jauh dari sini. Khairul
memusing kerusinya ke belakang, pada adik perempuan yang berdiri tegak mengadap
tingkap sambil merenung jalan raya.
“Haikal Aiman tu nama laki kau, kan?”
Maira terpempam seketika, lalu menoleh. Wajah si abang
kandung direnung redup.
“Abang tak ingat nama adik ipar sendiri ke apa sampai kena
tanya soalan pelik gitu.”
Khairul menjungkit keningnya tinggi, lalu kad kahwin yang
dihulur Maira tadi ditunjukkan di depan muka adiknya sendiri. “Then, sebab apa sebenarnya kau tunjukkan
kad nikah laki kau kat abang?” Kad dibaling ke belakang, ke atas meja kerjanya
sendiri.
Untuk seketika, Maira tertahan nafas. Tanpa dapat ditahan,
keluh lalu dilepaskan sambil menyandarkan punggung pada dinding. Selesa berdiri
sambil merehatkan sebelah kaki. “That…
I don’t know. Just because… maybe?” Bahu dijungkit.
Khairul mengerutkan dahi. “Kalau kau ada masa nak bersedih
atau nak menangis… or maybetakda
perasaan langung…” Kerana Maira kelihatan tenang di matanya sekarang. “…why don’t you go back to your room dan
sambung buat kerja kau. Abang masih ada banyak benda yang nak difikirkan selain
benda tak penting yang kau tengah fikir tu Maira.”
Maira memekam bibir. Abangnya yang memusing kerusi supaya
mengadap meja dipandang kosong. “Abang rasa apa yang Maira fikir ni tak
penting?”
“Apa dia yang kau fikir?” soal Khairul tanpa menoleh. Namun
senyap yang lama di belakang membuatkan lelaki berjambang itu menoleh. Adik
perempuannya dah tidak berdiri, sebalik mencangkung berak di tempat yang sama.
Tenungannya redup sekali pada lantai. Entah fikirkan apa. Khairul melepaskan
keluh pendek sambil melipat kaki kanan ke atas kaki kiri.
“Maira. What exactly
you’re trying to pull? Kalau kau takda kerja, kan lagi baik kau ke pejabat
kau dan buat kerja kau.”
Tiada reaksi dari yang berkenaan. Setelah beberapa ketika,
Maira menoleh bersama senyum. “Abang ingat tak the day ayah decide nak
kahwin dengan auntie Asmah. Abang
ajak kitorang troll auntie to the point auntie nangis termuntah. Lagi-lagi bila pacat panjat kepala dia,
hahahaha…. Kak Dee lagi kejam. Dia masukkan pacat dalam seluar dalam auntie…”
“Kau dah kenapa ungkit kisah lama ni? Ada untung kah?” Khairul
memotong dengan nada tegang. Maira terdiam, merenung wajah marah abangnya.
“Tak… Maira saje… nak bual-bual…” Liur ditelan payah. “I want some distraction… lagipun, dah
lama tak berbual dengan abang…”
“Maira.” Lelaki berpangkat itu mengeluh rendah. “Takkan
semata-mata sebab seorang lelaki, kau lemah begitu. Kau jangan nak tunjuk manja
dengan abang boleh tak?”
“Oh ya. Maira dah lama tak bawak Aida dengan Aina makan kat
rumah abang kan? Abang nak apa sebagai hadiah?” Bersinar seri matanya memandang
si abang. Nampak bersungguh!
Khairul mencerun. “The
only hadiah yang abang nak sekarang ialah you to women up. Tolong la. Kau child
prodigy, for God sake. Kau graduate dari London Imperial College
masa budak-budak sini bersusah nak lulus SPM. Kau start career kau dengan something
big, dan grow bigger bila kau involve dalam bidang lakonan. Sekarang
kau siap berdiri sama kaki dengan abang kat pejabat Technical Director kau tu.
Kau ada rupa, otak, duit, kebebasan… semua yang perempuan nak, kau dah pun
miliki. Jadi apa dia yang kau tak puas sebenarnya sekarang?! Kalau kau nakkan
lelaki, pergi order satu gigolo dan
main dengan dia sepuas hati kau! Itu pun abang nak ajar?!!”
Lantang raung suara itu menghentam gegendang telinga si adik
perempuan, namun Maira tidak berkutik. Mata dipejam dan bibir digigit, menahan
pedih di hati.
“Maira cuma… nak berbual… like how we used to…”
Khairul mendengus. “Balik ke office kau dan buat kerja kau like
how you used to.”
Pedih. Kelopak mata dibuka perlahan, dan tulang belakang
perlahan-lahan ditegakkan kembali.
“SO then, kau
jumpa aku sebab apa?” Ucik menjungkit sebelah kening. Maira menayang sengih
lebar sambil menggaru dagu.
“Saja. Datang angin nak jumpa kau.”
“Angin apa yang datang tu?” Milo tabur dihirup. “Belanja
satay pulak tu.” Satay ayam dan daging yang mencapai kuantiti 20 batang itu direnung
berselera. Masih berasap dan nampak juicy.
Terliur bapak.
Maira tersenyum kecil. “Aku rindukan kau.”
Buhuk!! Kepala terdorong ke depan, nak menahan impak letusan
campuran Milo dan liur dari mulut. Ucik menekup mulutnya lekas sambil
membuntangkan mata pada jandanya itu. Lalu Milo diteguk payah.
“Kau biar betul weh. Sepanjang sejarah aku bersama dengan
kau dulu, kau tak pernah mengaku kau rindu… atau nak sebut sebagai bahan gurau
sekalipun…” Wajah lelaki itu berkerut sekerut-kerutnya. Benar-benar keliru.
“Apa laki kau dah buat sampai kau reti nak windu
windu ni?”
“Hahaha. Windu windu.”
Lubang telinga digaru. “Gatal.”
Ucik merenung datar. Telapak tangan dilap pada jeans dan
satay ayam mula dicapai. “Unlike you
nak merasa rindu, Maira. Baik kau pergi hospital gila cepat. Buat medical check up.” Wajah jandanya itu
dipandang bersama senyum. “Kira tujuan kau ajak aku keluar siap belanja satay
ni sebab kau dah gila dah ek.”
Wanita itu terdiam seketika. Anak mata didijeling ke hujung
kiri, sebelum mengukir senyum redup. “Yeah… aku mungkin dah gila…”
Anak mata Ucik juling kembali. Daging satay masih dinikmati
dengan penuh selera, namun rasa hairan terhadap tingkah laku wanita di
hadapannya ini juga menarik perhatiannya. Maira… kenapa?
“Kau kenapa sebenarnya ni, weh?”
Geleng. “Aku nak clarify
something. Alasan kau ceraikan aku dulu tu… sebab aku, eh?” Wajah berkerut
dudanya dipandang dengan mata terkelip laju. Sedikit gelabah rasanya bila
bertanyakan persoalan ini. “Sebab aku… workaholic?”
Daging ayam ditarik dengan gigi sekali tarik. “Ya.”
Maira menjungkit sebelah keningnya tinggi, lalu kepala
dianggukkan. “Okay.”
Sahih. Ada sesuatu yang difikirkan perempuan ini. Sebab dia nak kembali kat akukah? Macam impossible. Bukan ke Maira dah kahwin
baru… siap dah lahirkan dua anak
perempuan yang comel dan sihat dengan laki dia yang membosankan itu. Ke sebab
hubungan perkahwinan dorang tengah retak menanti roboh?
Heh.
Tanpa dapat ditahan, dia tersenyum kelakar. Kalau macam tu,
memang tak hairan la soalan tu boleh keluar dari mulut si perempuan korporat.
Yang peliknya, Maira mempersoal dalam bentuk persoalan. Dia baru sedar dia workaholic?? LOL.
Ya, Maira cantik, duit bertimbun, kerjaya mantap, sangat
tinggi komitmen pada kerjayanya, dan langsung tidak terganggu dengan isu cinta.
Dia mengenali Maira semasa perempuan ini menyelesaikan masalah teknikal dalam
sesi penggambaran lakonannya, dan ketika itu Ucik ialah salah seorang kru
teknikal. Pendek kata, Maira ialah beauty
with brains. Bila dibaca biografi, dia pemegang ijazah kejuruteraan dengan
kepujian kelas pertama dari universiti terkemuka di London! Tambah-tambah,
ayahnya juga memiliki beberapa syarikat dalam pelbagai industri, termasuk telekomunikasi,
gas dan minyak dan servis hotel. Gila tak billionaire!!
Dan apa yang menarik perhatiannya ketika itu… ialah, Maira
tahu berdikari. Tidak gedik pada lelaki, dan bukan juga feminist. Episod cerita mereka berkembang, lalu masing-masing
mengaku hati. Perkahwinan yang meriah, menyusul, dan mereka berbahagia sebagai
suami isteri untuk beberapa bulan. Rezeki Maira berubah dari bidang lakonan
kepada bidang korporat atas arahan ayahnya dek perubahan status sebagai isteri
orang. Sekurang-kurangnya kalau duduk pejabat, kehidupan sosial Maira limited.
Namun, semenjak menjadi Technical Director di syarikat
ayahnya itulah… Maira akhirnya mampu mencabar diri sendiri ke tahap gaban.
Cinta dah berada di belakang tahap kepentingan untung rugi syarikat, cita-cita,
dan impian peribadi. Outstation berhari-hari, mesyuarat di
sana-sini, membebel dan memarahi pekerja saban hari, dan Ucik si suami hilang
kepentingan di hati sendiri.
Ucik mengunyah sate daging dalam tempo perlahan, masih ingat
kisah pagi di mana dia melepaskan lafaz talak tanpa sekuman pun rasa bersalah. Pada
pagi Maira masih dengan kertas kerja di tangan sedangkan baru balik dari Turkmenistan
pada malam sebelumnya.
“Nag nag nag, darn,
stop it!! Can’t you see I need to recheck this thing?!” Kertas kerja yang tebal
dan penuh dengan kesan semakan pen merah ditunjukkan di depan muka si suami.
“And I demand you to
stop with the ‘this’. Saya cuma nakkan awak spent sedikit masa dengan saya! Tak
boleh ke? Sehari at least?”
“Saya takda sehari
untuk awak kalau awak sendiri takda concern dengan beban yang saya tengah pikul
sekarang. Saya ada meeting management lepas tengah hari nanti and kena present
benda ni kat Brunei esok. So, tolong la keluar kejap sebab saya nak fokus
sekarang ni! Saya perlu fokus!”
“Fine, saya keluar!!
Awak jangan kisah kalau saya tak datang balik.”
“Sure… sure… I don’t
mind, really. And I won’t!”
Dan cerai dilafazkan pada hari yang sama, pagi yang sama.
Cukup ringkas penghabisan bagi tempoh percintaan yang bertahun. Pada hari itu
Ucik menyedari mengapa wanita ini sangat berjaya dalam bidang kerjaya yang
pelbagai. Kerana dia rajin, restless,
fokus, dan berjuang selagi boleh bagi mencapai cita-citanya. Dan setelah Ucik
dah bukan cita-cita Maira, puncak cinta yang dah diselesai dinaiki
senang-senang diabaikan supaya dia boleh fokus pada cabaran yang seterusnya.
Pergh. Santai. Bukan senang nak jumpa perempuan yang begini.
Unik, namun tidak semua unik itu berguna.
Seriously.
Tapi apa cerita sebenarnya sampai perempuan serba boleh ini
sanggup mencemar duli menghubunginya, mengajak keluar, belanja satay di One
Utama, dan mempersoal isu yang sangat obvious?
Anak mata dikerling ke hujung meja, berfikir. Terpandang pasangan di hujung
jalan kemudian. Ucik terpaku. Itu suami Maira… bersama seorang perempuan
bertudung. Mesra.
Ahah.
Dagu ditopang, memandang jandanya bersama sengih. “So, even orang macam kau tahu sakit hati
sebab cinta, huh?”
Maira menyandarkan tubuh sambil menolak kepala ke langit. “Yeah.
Aku pun terkejut. Impak hubungan dengan Haikal lagi besar efek negatifnya kat
aku berbanding konflik aku dengan kau dulu.”
“Eeeh…” Sakit hati sedikit. “Kenapa agaknya…” Walaupun dia
sendiri boleh agak jawapannya.
Maira memejamkan mata. “Maybe
sebab kau tamatkan hubungan kita bersih sekali cantas. Lepas kau ceraikan aku,
kau blah gitu je tinggalkan aku sengsorang. Aku ada masa dengan ruang nak pulih
sendiri… tapi dia…” Mata meredup. “Dia taknak lepaskan aku. Macammana la dia
boleh expect aku nak pujuk diri
sendiri… kalau dia masih ada… nak tunjuk baik… dan terus buat aku sakit…” Denyut
pedih di ulu hati, hanya Allah yang tahu.
Ucik mengerut dahi. “Dia tak ceraikan kau?”
Geleng.
“Kenapa?”
Senyap seketika. “Sebab dia lebih bertanggungjawab sebagai
seorang suami dan seorang ayah, berbanding kau.” Sengih.
Geram dibuatnya. “Aku tak tau kau nak berlagak macam bini
yang bersedih laki kau pasang dua… atau bekas bini aku yang nak ungkit kisah
lama yang tak penting… atau nak jadi jerk
bandingkan bekas laki dengan laki yang sekarang.”
Wanita itu cuma tersenyum kecil. Kepala ditundukkan, direbahkan
atas meja. “Aku dah achieve everything…
kekayaan… perkahwinan… anak… kebebasan… everything….
Kenapa masih tak bahagia, dowh?? Aku
tak faham…. Common goal bagi semua
orang… kenapa aku masih tak puas hati…? Apa dia lagi yang aku nak sebenarnya…
baru aku boleh happy…? Pergi haji??”
Kening spontan terjungkit sebelah bila mendengar istilah
haji. Ucik merenung rambut hitam berkilat di atas meja dengan pandangan redup.
“Sebab kau tak bertudung kut.”
“Huh?” Maira mendongak.
“Kawan aku yang kuat agama selalu cakap… apa-apapun
perjalanan hidup seorang insan, in the
end dia tetap kembali pada yang berhak… which
is Tuhan kita. Kau punya achievement…
tak mampu nak bagi kau bahagia kat dunia, apa lagi kat akhirat nanti. Aku
nampak kau naya, haha.”
“Kau dah kenapa bercakap macam ustaz second-hand?” soalnya, sedikit marah kerana terasa disindir.
“Aku buat sesi muhasabah diri je… sebab apa yang jadi kat kau
ialah realiti yang aku nampak sekarang. Cantik, kaya, bebas, hidup mewah selesa
segala bagai… tapi inside, kau messed-up, pathetic, loner…. Kau
punya impian nak hidup bahagia… maybe
boleh dicapai kalau personality kau low-profile macam dorang.”
“Dorang?” Maira masih dengan muka tegang dan kerut sakit
hati. Ucik memberi isyarat mata pada kedai sebelah. Maira menoleh, memandang
Haikal dan Suha yang sedang berbual. Terpaku dia seketika.
“That woman dengan
laki kau tu… pun perempuan macam kau. Genuine.
Muslimah. Dia takde la cantik macam kau… tapi dari senyum dia je kita dah boleh
baca, she is happy. Very much.” Bersama senyum nipis, Maira
dikerling. “Loner macam kau, apa ada?”
Pedih. Dompet ditarik dan not 100 dikeluarkan. Diletakkan di
depan Ucik sambil punggung diangkat bangun.
“Thanks sebab
teman. I’m off.” Dan terus pergi.
LONER macam kau, apa
ada?
Bapak sentap. Usia baru awal 30-an, kejayaan dunia dah pun
berada di telapak tangan, tapi bahagia dan kepuasan hati langsung tiada. Sebab
tidak bertudung, bak kata Ucik. Sebab patah hati Haikal tinggalkan dia… sebab
dia workaholic…. Sebab dia hati batu…
sebab dia alpha-woman…
Segala bagai alasan! Dan permasalahan yang pedih itu masih
tidak diberi penyelesaian efektif pun! Yang merasa kosong yang mutlak itu dia.
Yang merasa gelap itu dia. Yang merasa sakit itu dia. Yang merasa keseorangan
itu… dia. Yang tidak mendengar kata-kata orang lain melainkan diri sendiri itu…
dia. Yang masih dalam kesedihan itu dia. Yang masih keliru itu dia. Yang
sepatutnya otak genius tetapi masih memiliki personaliti manusia bodoh… ialah
dia.
Sedikit bahagia… dia masih nak merasa sebelum mati…. Tapi
sempatkah?
Lalu menangis.
Berkerut dahinya bila terasa kulit muka disentuh. Siapa?
Kelopak mata perlahan-lahan dibuka, mewujudkan visi yang kabur pada siling
putih di atas sana. Setelah jelas sedikit, Maira meliarkan pandang, pada Haikal
yang tersenyum redup di sebelah katil.
“Kenapa nangis-nangis ni? Mimpi buruk?” Pipi halus itu
dielus lembut.
Maira mengerutkan dahi. Kepala cuba dipusing untuk meluaskan
ruang pandang, namun leher terasa pedih sangat. Lalu usaha dikerahkan.
Sakit!!
Okay, dia mengalah. Siling dipandang kemudian sebelum
dialihkan ke arah tingkap. Pada langit malam di luar sana. “Aaa…” Mulut dibuka,
namun tiada suara yang dikeluarkan. Maira mengerahkan tenaga kembali, mahukan
peti suaranya berfungsi. “Apa… saya buat kat sini…”
“Awak baru bangun dari tidur sayang. Doc shoot ubat tidur
dalam badan awak lepas awak sedar first
time aritu. It’s been three days
since then.”
Maira menoleh dengan dahi berkerut. “Since then… apa?”
Haikal terkebil. “Awak… tak ingat? Awak eksiden… dilanggar
lari. Polis masih carik pesalah awak though.
Awak patah tulang segala bagai… end even
straining your spine… and thus, your
leg…” Kepala dipusing pada bahagian tubuh yang ditutup selimut itu.
Maira mengerutkan dahi, lalu menunduk. Kaki cuba digerakkan,
namun tiada reaksi. Aeh?? Tangan memegang paha, mahu merasa pergerakan bila dia
menggerakkan kaki… tetapi langsung tiada pergerakan!! Langsung langsung!!
“Ehehehhehehehhe???” Haikal dipandang dengan mata berkaca.
Bergetar habis nadanya, mempersoal apa yang kepala tengah fikirkan. Suaminya
itu menundukkan wajah. Sesal.
“Your lower half…
lumpuh.”
Zass!! “What… what what what what what!! Jangan joking with me! This is the
stupidest… joke… what… cepat la gerak kaki!!” Tangan
menumbuk paha sendiri. Sakit, namun masih tiada reaksi dari kaki bila otak
mengarahkan bangun. Maira meraung bersama tangis. “Gerak I said! Bangun! Aku nak turun dari katil!! Berjalan!! Come on!! Jangan macam ni please, kaki… the hell happen… gerak please…
what happen…” Makin sebak. Penumbuk
kecilnya terus memukul-mukul kaki dengan harapan kedua belah kaki panjangnya
menghasilkan pergerakan walau yang paling sedikit.
Tetapi tiada. Langsung tiada. Allah menarik kembali nikmat
tanpa sedikit pun simpati pada hambaNya yang enggan bersyukur.
“Dah…” Haikal menahan tumbukan Maira pada kaki sendiri.
Wanita itu tertunduk bersama sedu tangis. Tidak sedetik pun hati keras itu nak
menahan rawan yang mengapung kini. Maira yang normal biasanya menahan tangis
hingga menjadi senyap, namun kali ini… dia menangis sehabis boleh. Perasaan
dilepaskan sehabis boleh. Peluang diambil. Alang-alang menangis kerana kaki,
dia menangisi semua sakit yang terkumpul selama ini.
Hiba.
Dan Haikal cuma mampu menemani.
WAKTU dah lepas pukul tiga pagi. Haikal sedang melakukan
solat sunat tahajud di tengah ruang wad persendirian itu. Maira yang sudah
habis melepaskan perasaan, hanya merenung ke luar tingkap. Belakang tubuh
bidang itu dipandang kemudian. Sejuk benar rasanya melihat suaminya melakukan
ibadah sunat yang mampu memberi ringan pada beban dosa saat dinasabkan di
akhirat kelak.
Penat berbaring. Tangan memanjang ke tepi katil, mencari lever. Terkial-kial tangan nak mencapai
apa yang dihajati, namun gagal. Maira mendengus keras, lalu mula mengensot ke
tepi katil.
“Ask for my help,
would’ya?”
Maira menoleh terperanjat. Haikal rupanya dah selesai solat
sunat. Dirinya dirangkul sehingga katil berlipat di kedudukan yang diingini. Kedudukan
bantal di belakangnya turut dibetulkan agar dia selesa bersandar. Haikal
menunduk, memandang dirinya.
“Okay? Selesa?”
Diam. Denyut yang perlahan di dalam hati cuma dirasai untuk
diri sendiri. Hangat… dan ya, selesa sangat. Pandangan dilarikan dan lutut
diurut. Sedih atas nasib kaki sendiri masih mencengkam jiwanya, tak tipu.
Haikal yang mengambil tempat duduk di kerusi turut mengurut kaki isterinya.
“I think kaki awak
masih boleh diselamatkan…”
Maira menoleh. “How?”
“Dengan susah payah.” Haikal menjeling bersama sengih. Maira
mencerun, lalu penumbuk diangkat.
“Nampak ni? There are limit nak aplikasikan penggunakan
susah payah tu… especially untuk benda
yang impossible…”
“There is always a way
selagi awak strive to achieve the goal. Apa-apa alasan ialah cuma alasan…
tu yang awak selalu bagitau saya dulu sayang…”
Merimbun bulu terlinga bila dipanggil sayang!! “Stop it!! Awak ni kenapa sebenarnya?!
Awak dah ada Suha! Kenapa masih menyibuk dengan saya? Kenapa ada di sini dengan
saya?!! Awak sepatutnya dengan dia sekarang… give her the womanly pleasure yang dia sepatutnya rasai masa jadi
pengantin muda!!” jeritnya selantang yang boleh.
Lelaki itu terdiam, menahan sentap kerana tiba-tiba dijerkah
di depan muka. “Awak pun bini saya jugak…”’ ujarnya rendah. Maira yang
termengah, mengerut dahi. “Dan malam ni turn
awak yang saya patut bagi womanly
pleasure tu…”
“Da-darn it!!”
Segan! Namun masih nak menjerkah.
“Hahahaha. Hidung awak merah.” Ya, setiap kali Maira
malu-malu, hidung itu yang akan merah dahulu sebelum bahagian wajah yang lain. Haikal
merenung suka.
Wanita itu senyap. “Kenapa awak taknak lepaskan saya… saya
masih tak faham…” Kepala ditundukkan. “Awak cari perempuan lain. Awak dah pun
sakitkan hati saya… awak tak suka bila saya jadi wife awak… tapi kenapa awak tak lepaskan saya…?? Saya tak faham… I’m your pain, but why aren’t you…”
“Saya takkan nafikan awak memang sejenis manusia yang selalu
menyakitkan hati saya… yang saya kena jaga…” Senyumnya. Maira terpempam. “Tapi
hey, even if you’re a pain, I’m not
suffering.”
Terkedu Maira, lalu menoleh. “Apa maksud awak?”
“Saya cakap saya tak menderita bila hidup dengan awak, tu je
la. Takkan dah tak faham English kut.”
“Bukan… apa yang saya tak faham ialah your tenacity… nak jadikan saya wife
awak. Plus, sekarang saya dah lumpuh…
saya dah jadi satu beban, kut.”
“More the reason
kenapa saya kena stay dengan awak.”
Haikal menyahut tenang. Maira terpempan buat kesekian kali. “Saya kena jaga
awak. Awak wife saya, so awak pun kena jaga saya jugak
walaupun dah lumpuh. Awak ibu Aida dengan Aina, so kita akan jaga dorang sampai ada lelaki yang boleh pikul
tanggungjawab jaga anak-anak kita tu pulak… tu je….”
“Kalau budak-budak tu yang jadi subjek hujah, bukan ke ada
solusi lain macam kita jaga asing-asing… long-distance
punya. Takkan awak masih nak serumah dengan saya..”
Haikal tersengih gatal. “Yes.
Saya masih nak serumah dengan awak. Saya masih tak hilang gatal nak peluk cium
awak, tahu?”
Zup!! Menyirap naik darahnya ke muka. Lebam dan bengkak yang
masih bersisa di tubuh dek kemalangan hati itu terasa penuh dengan darah panas.
Sakit, wu! Lekas Maira melarikan wajah ke tingkap. “Awak bercakap… macam la
awak langsung tak pernah curang…”
Haikal terkebil, lalu tersenyum kecil. “Awak langsung tak
suka, huh? Pasal saya pasang dua…”
“Jadi?” Maira menjeling.
Sengih. “Heheh. Kalau awak tak buat perangai pentingkan
kerjaya awak dari saya, saya takkan carik baru. It was your fault dari awal lagi. Bersyukur je la saya tak ceraikan
awak dan tinggalkan awak kat tepi sampah, love.”
Hidung Maira dicuit.
Dan wanita itu memicing. “Nak try tengok tak how far I can go
bila awak lepaskan saya supaya saya boleh hidup sengsorang?”
Senyum. “Nak try
tengok how far you can crawldengan
kaki mati begitu?” soalnya kembali, membuat Maira terkedu. Sungguh, dia lupa
dia dah lumpuh!! Haikal tersenyum menang. “You’ve
no choice but to stay with me sayang. Dah tiba masa awak settle down… dan bagi peluang kat saya
tanggung awak dengan keupayaan saya sendiri…”
Mendiam dia seketika. Kepala ditundukkan, dan lantai
direnung, mencari jalan mudah macammana Haikal nak memaknakan kata-kata yang
kedengaran yakin. “How exactly…”
Tak habis bertanya, Haikal bangun berdiri. Maira menoleh
dengan mata terbuntang. Lelaki itu pula meregangkan sendi tangan. “Saya harap
awak ringan.”
Riak Maira berubah tegang. “Awak gurau… tolong la cakap awak
gurau!! Tak mungkin awak sanggup bersusah payah untuk saya macam ni. Tak
mungkin awak sanggup buat segala bagai macam tu!! Takda orang yang sanggup…
kalau saya pun saya tak sanggup! Macammmana awak nak angkat saya sampai
bila-bila?!! Awak jangan nak tipu saya dengan angan-angan manis macam tu… awak
jangan ingat saya tak sedar fakta!”
Haikal menghembus nafas panjang. “Ya, saya gurau.”
“Erk?” Terpempam. Lelaki itu beriak serius. Mata mencerun
dan Maira dipandang macam nak ditelan macam menelan pil. Lelaki itu nyata
tengah menahan marah. Maira menggigit bibir, menahan tangis.
“Itu yang awak nak dengar saya sebut? Awak nak saya
tinggalkan awak… biarkan awak sengsorang…. Awak betul-betul nak?”
Penampar dan backhand
sekaligus di jantung hati. Maira masih menahan tangis. Sebak berusaha ditutup
dengan tangan, dan sedu juga ditahan dengan menggigit bibir. Rawan yang
mengapung… terlalu berbisa. Senyum ceria Suha di sebelah Haikal terbayang lagi.
Dia ada Haikal. Dia
dah ada bahagia yang dia nak. Kau Maira… kau apa ada??
Haikal tersentuh hati melihat keadaan isterinya. Wanita
berambut panjang ini nyata tengah huru hara… walaupun sebenarnya dia tidak
pasti sebab sebenar perempuan ini terlalu bersedih. Sebab kakinya lumpuh
mungkin. Dan mungkin juga dah nak period.
Maira yang dikenali selama ini berhati kebal. Sama seperti Ucik, Haikal susah
nak percaya Maira bersedih atas sebab cemburu semata.
Kerana dia Maira!!
Lalu kepala isterinya diusap. “Saya sentiasa ada dengan
awak…. Pergunakan saya for your own
benefit… bukan ke awak sangat reti bab ni?” Sengih. “Takkan sampai Allah
tarik saya kembali ke sisi dia… baru awak nak beryukur dengan apa yang awak
ada?”
Tangis mula berlagu. “Saya dah tak tahu… sebelum ni saya
sangat tahu apa yang saya nak… tapi sekarang saya dah tak tahu… hik hik hik.
Pertama kali… saya sakit macam ni… ni pertama kali… saya pedih… I got you… I got everything… tapi kenapa saya masih…” Sebak mengamuk hebat.
“Sakit kat sini…” Dadanya ditekan kuat bersama air mata yang tidak berhenti
mengalir.
Haikal merenung redup. Kedua belah tangan mula disilang pada
pelipat lutut dan belakang tubuh isterinya. Diangkat mudah kerana ringannya
tubuh pesakit. Maira terperanjat bila didukung bridal style.
“Kal…”
“Shush… teruskan menangis. Saya nak awak stop rebelling and stay weak for now.”
Tubuh itu dirangkul rapat ke tubuh sambil dia melangkah keluar dari wad. Maira
pula terdiam. Bau tubuh Haikal cukup pekat di hidungnya sekarang. Dah lama
tidak dihidu… dan dia sangat-sangat merindui. Lalu mata dipejam dan dahi
direhatkan pada dada suaminya.
Hangat. Selesa.
Ironi. Bahagia yang sedikit ini yang dicari-cari dan
dipersoalkan dimana… tapi rupa-rupanya sudah ada di dalam genggamannya menunggu
dipeluk cium.
Setelah beberapa ketika, pergerakan tubuh Haikal terhenti.
Terasa dahinya dikucup. “Sayang… bukak mata.”
Maira menurut. Wajah kacak yang tersenyum padanya direnung.
“Tangan awak tak lenguh?”
“Lenguh tak lenguh tangan saya belakang cerita, tapi
tengok…” Bibir dimuncungkan ke depan. Maira mengerut dahi, lalu menoleh. Di
depannya, tingkap kaca hospital tembus lutsinar, membenarkan dua pasang mata
memandang pemandangan bandaraya Kuala Lumpur pada waktu tahajud. Berkilau.
Bersinar. Lampu-lampu kekuningan, mewujudkan rasa meriah suasana bandar…
walaupun kewujudan manusia sangat sedikit dan masing-masing di rumah sendiri.
Maira terpukau dalam kejutan.
“Cantik.”
“Che, berlagak macam tak pernah tengok. Dalam internet,
melambak. Dan awak pun dilahirkan kat sini jugak kalau tak silap.”
“Well… yea… tapi
selama ni, saya berada kat bawah sana…. Enjoying
my life… kat bawah sana. Saya rarely
tengok dari tempat tinggi begini…” Haikal dipandang. “The view is different.”
Haikal terkedu lalu melepaskan ketawa. Perlahan, namun lama.
Maira menoleh pelik, namun lelaki itu masih tidak berhenti mengekek.
“Apa… kenapa?”
“Awak sebut ayat ‘enjoying
your life…’. So, awak memang
pernah merasa fun sepanjang jadi nerd and alpha-woman kronik, huh?”
Kening dicantumkan. “Yes.
Saya masih manusia yang dikurniakan perasaan, what else do you expect?”
Tersenyum si lelaki, lalu mengemaskan rangkulan. Maira pula
masih merenung dunia yang kecil di depan mata. Cantik. Nampak bertamadun.
Nampak sangat maju… dan layak dibanggakan… tetapi siapa je yang boleh nampak
kesusahan yang dialami mereka di bawah sana. Kerana nak berdiri setanding
dengan jaguh dunia, yang terpaksa menerima derita ialah mereka yang bersusah
payah untuk hidup dengan kos sara hidup yang tinggi. Nak tak nak, tiada pilihan
untuk tidak.
Refleksi diri. Dalam kes dia pula, kerana bersusah mengejar
gol peribadi dan mengejar keseronokan bagi melonjakkan nama, insan-insan yang
menyokongnya dibuat macam tak wujud. Tak penting jika dibandingkan dengan
kepentingan dirinya. Tidak diberi penghargaan. Tidak berterima kasih… melainkan
tempelak kerana gagal menurut rentaknya yang lebih advance.
Tetapi kini, orang yang dilupakan itulah yang mengangkut
beban dirinya semata-mata nak melihat keindahan buatan manusia atas izin Allah
di depan mata. Maira menelan liur.
Kau dah sangat
arrogant for a very long time… dah
tiba masa settle down, Maira… atau
kau nak mati dengan dosa yang tak ditebus taubat?
“Sayang?” Haikal memanggil. Maira terkelip-kelip, lalu
menoleh.
“Em?”
“Awak dengar tak saya cakap?”
Beku. Terkelip lagi dia buat beberapa kali. “Eer… heheh?”
Lelaki itu mengeluh rendah. “Takda apa la. Abaikan. Saya
baru nak ajak bercerita pasal kenangan dulu… like how we first met…”
“Oh…” Senyap. “How was
it?” Haikal dipandang keliru. Lelaki itu ternganga rendah – tak percaya,
manakala Maira sekadar tersengih bersalah. Pipi digaru perlahan dan bandaraya
Kuala Lumpur direnung kembali. “Takda guna fikir benda yang dah lepas. Saya
rasa saya nak bina life baru
sekarang… carik jawapan… for everything…”
“Jawapan kepada soalan apa?”
Diam. Maira menjeling lelaki itu kemudian. “Awak… saya nak
mintak izin, boleh?”
“Uih. Kenapa tiba-tiba polite
ni?” Sengih. “Izin apa?”
“Benarkan saya hidup dengan awak untuk second round as your full time housewife… and awak jangan bimbang pasal Suha. I will do the talking. So, please?”
*End of ASDF*
PainaRena
I'm a total sucker at giving titles, pardon my lack of creativity =3=
011354H0615