PART 4
SOMEWHAT Cinderella ialah
drama tulisan Umar Darius dan diubah sedikit oleh Lukman, Siti dan Amir. Drama
muzikal 7 minit yang mengisahkan gadis biasa bernama Cinderella yang berputus
asa dengan hidupnya yang selalu dibuli adik-adik tiri dan dijadikan bahan seks
si abang tiri. Urgh… tidak proper
sungguh untuk drama pementasan sekolah. Cinderella cuba untuk menjadi kuat
dalam menjalani kehidupan, lalu mula pandai membangkang dan melawan dan
berpakaian cantik-cantik. Satu hari dia terberi minum racun serangga perosak
pada si mak tiri sebab ingatkan jus blueberry. Clumsy idiot. Kerana rasa bersalah yang amat, dia lari dari rumah.
Semasa berteduh di surau, imam muda datang menyapa. Cinderella belajar untuk
kuat dalam konteks mental, iaitu berdasarkan landasan agama islam. Tapi bila
imam luahkan perasaan…
Cinderella termuntah di
atas pentas.
Semua terperanjat. Baik
penonton yang keliru dengan jalan cerita yang lain dari cerita asal, ataupun
mereka di belakang pentas. Angkatan choral
speaking di bawah pentas pula masih terus menyanyi tanpa menyedari apa dah
jadi pada Cinderella di atas pentas.
“I’m sorry… I’m sorry…”
“Yeah… you should…” Imam
Umar terundur setapak dua. Geli. Bau muntah Aqi mula tengik di hidung. Cinderella
Aqi mengesat bibir kotor.
“Dengar kata-kata cinta
dari kau… burgh…!” Mual datang lagi. Udara di perut ditekan dan dada
ditepuk-tepuk. Berusaha menahan. Imam Umar mendesis.
“That’s some rejection you showed there…”
Kedengaran bunyi ketawa
dari penonton di bawah.
“So don’t love me anymore…” Cinderella Aqi menjeling. Imam Umar
mengangkat hidungnya, spontan. Cinderella yang berambut panjang direnung dengan
mata kuyu.
“I can’t help my self… my love
is only for you…” Masih berusaha nak ikut jalan cerita walau skrip mula
terbina spontan.
“You don’t even know me, kenapa nak love-love?” soal Cinderella keras. Dah mula bina jalan cerita
sendiri. Imam Umar mendesis, mencerun tajam. Dia ni tak dapat nak diajak
berpakat langsung! Si gadis membalas dengan tingkah yang sama. Choral speaking di bawah dah berhenti
menyanyi, maka mereka kena berhenti berlakon. Cinderella Aqi dan Imam Umar
berpandangan, tersedar. Lalu Cinderella Aqi menarik selipar yang dipakai.
Tangan Imam Umar dicapai, dan selipar jepun silver
itu diletakkan di tangan si Imam. “Simpan ni dan datang lamar sekali lagi bila
awak dah jadi lelaki yang boleh diharap.”
Jatuh rahang. Baik si
hero, kru belakang pentas, dan penonton di bawah pentas. Angkatan choral speaking turut menoleh dibuatnya.
Cinderella lekas nak pergi. Imam muda itu terkejut, spontan menarik belakang
gaun Cinderella. Tertarik rambut palsu panjang itu sekali. Hampir saja rambut
palsu tertanggal, Aqi refleks berkalih nak menahan rambut tersebut dari tertanggal
sepenuhnya dari kepala! Terlanggar pula si imam yang rapat di belakangnya.
Masing-masing terkejut dan terjatuh di atas pentas.
Hening seketika.
“Addeh…” Umar menutup mata
dengan sebelah tangan. Aqi pula sibuk membongkok-bongkok, membetulkan kedudukan
rambut palsu di kepala.
“Ni la awak! Saya dah
cakap tunggu beberapa tahun lagi baru boleh lamar saya! With the current you, si Mimi tu je lah yang nak dengan awak!”
Terdengar bunyi helaan
nafas terkejut di bawah. Gasp.
Cinderella bangun, nak pergi lekas namun Imam masih sempat menahan dengan
menarik skirt labuh ke kaki itu.
“Cindy… jangan pergi…”
Tangan dialihkan dari wajah, memandang Cinderella. Cinderella menoleh. Terkejut
melihat Imam Umar menangis di depan mata. Mata kanannya merah dengan air mata
laju mengalir membasahi pipi kanan. Baik angkatan choral speaking, kru pentas dan barisan hadapan penonton pun
terperanjat kerana nampak sama.
“No…” Cinderella mengalihkan pandang. “I’ll come to you 10 years
later. Until then, please change.” Dan dia menyembunyikan diri di sebalik
tabir terus. Enggan berlakon spontan lagi. Umar yang ditinggalkan di tengah
pentas mendesis menahan sakit. Contact
lensnya teralih dari tempatnya! Aaargh….
Narrator Lukman lekas menyampuk. “Maka, imam dan Cinderella pun
terpisah buat sementara untuk membina hidup masing-masing. Walaubagaimanapun,
janji untuk bersama sepuluh tahun masih menjadi satu misteri. Anda bebas untuk
berfikir.” Senyum. Dan lari ke belakang langsir.
Senyap seketika dewan
besar.
“IT was so good masa awal-awal… tapi it is more interesting masa ending.
Hahahhaha!!” Siti melepaskan ketawa ke langit. “I’ll wait for you in 10 years, so please change by then.
Hahahhahah!!” Tertawa lagi tak habis-habis. “Kalau dorang bersama juga 10 tahun
nanti, memang Nor kena berdiet dan buang lemak kat perut dia.”
“Kejadah aku yang jadi
bahan taruh!” Naik sentap! “Dan aku kurus la!”
“Hehehe… aku tak tau apa
komen Cikgu Fizah, tapi we actually did
our very best… harap dia berpuas hati.” Zati bersuara.
Lukman tersenyum.
“Walaupun jalan cerita altered at some
point, tapi the effect is decent. Good job team belakang
tabir,” ujarnya, memandang rakan sekelas bersama senyum.
“Just because kau ketua belakang tabir, kru-kru kau je yang kau nak
puji. Keh.” Amir mencemik.
“Tapi Amir, macammana kau
buat Umar tu berlakon jugak akhirnya? He’s
quite an actor berbanding Aqi yang agak keras.”
Si rakan menjungkit bahu.
“Aku cuma cakap kat dia, kalau dia ganti Deli, dia ada peluang tengok Aqi
berambut panjang depan-depan. Lepas tu dia terus on.”
Mereka berlima
berpandangan. Umar sebenarnya ada soft
spot untuk Aqi macam dia buat pada Mimi? Siti, Amir, Zati dan Nor
terkelip-kelip, terasa sukar nak menerima sesuatu dimana akal dah pun menolak
kemungkinan itu dari awal lagi. Lukman pula sekadar senyap. Pandangan ditebar
di belakang dewan itu. Rakan-rakan sekelasnya rata-rata berkumpul di kantin
sana. Melepaskan ketawa, komen, rungutan ataupun apa-apa saja yang berkait
dengan persembahan mereka sebentar tadi. Pedulikan mereka, pemuda tinggi
bertubuh sasa itu dicari tubuhnya. Dimana Umar?
AQI mengeluh penat,
mengheret kakinya ke kelas. Penat yang menggila kerana persembahan sebentar
tadi terlalu meragut kekuatan mental sekaligus fizikal. Dia nak balik cepat.
Nak berbaring, nak tidur, nak melagha…. Kaki melangkah ke kelas 4S-2 itu,
sebelum terhenti geraknya di muka pintu. Belakang yang bidang di hadapan
mejanya dipandang. Aqi mengerut dahi.
Umar berkalih. Sedikit
terperanjat melihat gadis itu di muka pintu. “Kau tak celebrate dengan dorang kat kantin?” Terus menegur.
Nafas berat dihembus. “I could ask the same thing for you.” Dia
melangkah masuk. “Kau dajalkan meja aku ke apa?”
Mencemik pemuda itu
dibuatnya. “I did nothing.” Muka
dipasang selamba dan dia turut melangkah ke pintu kelas dengan laluan yang lain
dengan Aqi agar tak bertembung haluan. Gadis itu terkedu melihat stick note dan tin 100 Plus di atas
mejanya. Kepala dipaling, merenung lelaki dengan kemeja sekolah tak dibutangkan
itu melangkah di sepanjang koridor beranda mereka sebelum menghilang menuruni
tangga blok akademik senior. Aqi memandang lagi mejanya. Stick note kuning itu ditarik.
Quite a dull performance you
pull, but I like your wig. Macam Avril.
Post script – aku dengar 100
Plus elok nak pulihkan mual
Aqi tidak beriak. Tin
putih di atas mejanya itu direnung. Cecair evaporasi menitik di luar tin tanda
sejuknya dia. Lambat-lambat, bibir mengukir senyum jua.
“Thanks…”
UMAR melangkah ke kantin
dengan tangan diseluk ke poket seluar. Berniat nak mendapatkan rakan-rakan
sekelasnya dan meraikan persembahan yang separuh gagal separuh berjaya itu. Perasan
mata-mata para pelajar lain yang ditala padanya. Dah kenapa? Ada hutang? Umar
membiarkan. Dia merapat pada Lukman di bawah pondok, jauh sedikit dari
keramaian kelasnya.
Lukman menoleh. “Dari
mana?”
“From making another effort nak berkomunikasi dengan makhluk asing.”
Punggung dilabuh di sebelah rakannya di pondok hadapan kantin itu. Nafas berat
dihembus.
“Wha…?”
Umar tidak beriak,
merenung rakan-rakan kelasnya itu di sana. Lukman turut senyap. Nak balik
terus, terasa rugi meninggalkan kemeriahan yang jarang berlaku di kantin itu.
Lukman menongkat dagu.
“Tunggulah lima belas
minit lagi. Bergaduh berkelahi la dorang tu.” Senang sekali membuat tekaan,
kerana itulah pattern yang selalu
berlaku.
Tergelak si mata hazel. “And then I’ll come to put a stop?”
“Naw… you’ll only make it
worse.”
Mendesis Umar. Perbualan
pendek berlaku seminit dua sebelum diganggu oleh beberapa pelajar perempuan
bersaiz kecil, merapat pada dua jejaka 16 tahun itu. Lukman dan Umar serentak
menoleh. Empat pelajar perempuan bersaiz kecil itu tidak dikenali, dan tidak
pasti apa yang mereka nakkan.
“Ada apa ni?” Umar
menegur. Jarang benar ada pelajar biasa yang berani datang pada mereka.
“Err… kami… pelajar Form
1…”
“Figured.” Lukman menyampuk. Umar menoleh dengan dahi berkerut – macammana kau tau? Ketua kelas itu
menjungkit bahu. “Kau ingat student
yang maklum dengan sejarah gila kau ngan Vicky berani datang depan-depan kau
dan bercakap face-to-face?”
“Cis… sarkastik
sungguhlah.”
“Sarkastik kemendenye. Aku cakap direct, kut.” Kumpulan pelajar perempuan
empat orang itu dipandnag lagi. “Tapi ada apa ni sebenarnya?”
“Err… em. Kami… nak… ambil
gambar dengan abang Umar, boleh?” Yang paling berani berusaha meluahkan
kata-kata dengan mata merenung lantai berbatu. Umar dan Lukman ternganga.
Berpandangan. Budak itu menyambung kata. “Kami… suka dengan persembahan abang…”
Buat kesekian kalinya
telinga terasa berbulu atas gelaran yang dua kali dilontarkan. “Ab-bang?” Bibir
tertarik ke atas. Jelik mendengar gelaran yang… tidak sesuai dengan imejnya.
Lukman tertawa. “You’ve gained quite an ‘abang’ reputation
from your acting debut, Mar! Ahahahaha…”
“Screw that! Aku tak ganti Deli just
to showing off and publicize myself to the school!”
“Lalalalalala…”
Umar mendesis lagi. Kumpulan
pelajar perempuan yang merenung dirinya itu dipandang. Masing-masing melihatnya
dengan mata bercahaya. Terkebil pelajar berdisiplin teruk itu dibuatnya.
“Korang sedar tak apa yang korang nak buat ni? Korang tak tahu peraturan
sekolah ni yang haramkan pelajar macam kau mingle
dengan kumpulan kelas abang?”
“Ab-bang?” Lukman
menyampuk, meniru nada Umar tadi. Sarkastik. Umar menyiku lengan si teman.
Mereka berpandangan.
“Tahu… tapi tak salah rasanya kalau setakat nak bergambar dengan abang.” Yang
berani bercakap itu menjadi wakil lagi. “Lagipun budak kelas abang
pandai-pandai. Fluent English. Abang
pun kacak jugak… dan kami suka masa abang nangis mintak Cinderella supaya
jangan tinggalkan abang tadi. Touching…”
Senyap. Dua jejaka itu
berpandangan.
Itu permulaan bagi
penerimaan SMK Sri Muara terhadap ahli-ahli kelas 4S-2, sekaligus pada 4S-1 dan
dalam section tingkatan lima dan enam
juga. Mereka tidak jahat. Mereka cuma nakal overdose
dan dahagakan perhatian. Itu yang cuba digarapkan oleh Cikgu Norhafizah, dan
akhirnya diterima masuk oleh sesetengah guru yang lain.
Penambahan bagi Umar,
bakat pada wajah kacak menjadikan dia betul-betul menjadi Prince Charming sisi
gelap di sekolah harian yang terlalu banyak pelajar itu. Kehidupan mula berubah
sedikit demi sedikit, dan mereka masing-masing sedar. Masih ada peluang untuk
hidup dengan baik selagi mereka tidak terus berputus asa dalam hidup. Menurut
kepercayaan muslim, Allah tidak membebankan hambaNya dengan sesuatu yang
hamba-hambaNya tak mampu nak pikul. Bak kata pepatah barat, what doesn’t kill makes you stronger.
Cuma itu.
SEMINGGU selepas tamat
SPM.
Proton Persona dipandu
perlahan, melalui jalan bertar di taman perumahan teres itu. Si pemandu
ternampak tubuh yang dikenali berjalan di tepi jalan, lalu hon ditekan. Namun,
si pejalan kaki bertindak selamba dan mengabaikan hon yang dihantar padanya.
Amboi. Sombongnya. Pedulikan Lukman, Umar membawa keretanya terus ke sebuah
rumah teres satu tingkat di hadapan sana.
Siti menoleh, memandang
Persona ungu gelap itu berhenti di rumah sebelah. Kening terjungkit sebelah
bila melihat Umar yang keluar dari tempat pemandu dan melangkah mendekatinya.
“Kau yang hon tadi?”
“Yeah… nak tegur Luk, tapi
dia buat dek je… wait. Kau duduk satu
perumahan ngan dia?” Matanya dibulatkan. Siti menghempas nafas, enggan
menjawab. Tubuh disandarkan ada tiang pintu pagar rumahnya, sementara Umar
melata pandang pada kotak-kotak dan beg pakaian di dalam pagar rumah teres itu.
Rakannya yang beriak kosong di sebelah dikerling. “Jadi betullah kau nak
pindah, huh?”
Siti mengukir senyum
segaris. “Aku bukan orang negeri ni to
begin with… so takda term berpindah untuk aku.”
“Bergerak dari satu tempat
ke satu tempat, berpindah la namanya tu.” Punggung dilabuh pada rail longkang.
Rakan perempuannya itu menjeling dan Umar menguis hidung. Nafas ditapis kerana
busuk si longkang, lalu anak mata hazelnya dikerling ke hujung mata. “Papa aku
cakap ayah kau nak hantar kau ke UK.”
Siti ternganga. “Banyak
mana orang yang dihebohnya pasal benda tu… nak sangat buang aku ke negara orang
dah kenapa…” Tubuh direndahkan, duduk mencangkung dengan belakang disandarkan
pada tiang pintu pagar itu. Muka dibenam pada lutut. “Tension la gini…”
Umar tersenyum nipis.
“Amir cakap kau lari ke rumah dia.”
“Kalau aku lari ke rumah
kau atau rumah Nor, bapak aku boleh tangkap ar.”
“Pandai.” Kepala diangguk.
“Tapi bodoh. Hahahhahaha.”
Siti mengangkat kepala
bersama desisan deras. “Kau apa kes gelakkan misfortune orang…” Wajah kacak itu ditenung. Berseri ceria
nampaknya. Kereta yang diparking di
hadapan rumah sebelah pula dipandang. “Kau datang sini semata-mata nak hantar aku
pergi ke apa?”
“Em? Side-trip je, alang-alang rumah kau ni en route to airport.”
“Oho? Kau nak hantarkan
aku?”
Umar menjeling bersama
senyum. “Boleh aje. Flight kau pukul
berapa?”
Tersenyum dia lalu. Bersyukur
kerjanya dipermudahkan. Dah terasa ringan beban mengangkat bagasi bila ada
tenaga lelaki yang membantu. “Tengah hari nanti…” Tangan menolak lutut dan
tubuh dipaksa berdiri semula. Huh. “Aku pun penat gak nak tunggu teksi ni.”
Umar sekadar senyap dan mengangguk. Siti yang mendapatkan beg pakaiannya lalu
menoleh. “By the way… kau nak ke airport sebab apa?”
“Ambik adik aku. Dia
pulang ke Melaka hari ni.” Satu kotak yang paling besar diangkatnya. Ergh!
Berat!
Siti mengerut dahi dengan
riak keliru. “Adik Zaki kau tu?” Setahunya rakannya ini hanya ada seorang adik.
Pun adiknya itu tak sampai pun lima tahun.
Umar menggeleng. Tubuh
dikalihkan sambil mengangkut kotak di tangan. “Adik ipar…”
“Aaah…” Kepala mengangguk
faham. Bagasi beroda ditarik merapat ke kereta si lelaki. Umar membuka kunci
kereta, dan pintu tempat duduk belakang dan bonet dibuka terus. “Bila masa kau
ada adik ipar?” Berkerut dahinya lalu.
“Kak Bat aku nikah ngan
laki dia yang ada adik perempuan dan tinggal sama ngan kitorang…” Berusaha
menjawab sambil berusaha mengangkut. Kotak dipadat ke bonet belakang. “Huh!
Natang berat barang kau. Kau bawak apa ni?” Kepala dipanjangkan ke kotak-kotak
dan beg pakaian Siti yang masih belum diangkut. “Speaking of which, kenapa kau tunggu teksi? Ayah kau sendiri tak
datang ambil kau kat sini?” soalnya menoleh.
Siti menjungkit sebelah
kening. “Aku independent.” Hidung
diangkat tinggi bersama muka berlagak, lalu dia kembali pada barang-barangnya.
Umar pula sekadar mencemik.
“Looks like an abandon daughter to me.” Dan si rakan dibantu lagi. Sebelum
bergerak pergi, ucapan terima kasih diberi pada keluarga Puan Zaiton dan
suaminya. Persona ungu gelap itu lalu dipandu kembali ke jalan raya. Sambil
berbual, masing-masing merenung horizon yang memisahkan bumi dan langit. Sedar,
perjalanan masih sangat jauh di hadapan dan tidak hanya berhenti di sini.
Kecuali bila maut
menjemput.
****
Enough said
Wassalam