Home Cerpen Komedi/Romantik Komedi Cerpen Bersiri : Somewhat Cinderella
Cerpen Bersiri : Somewhat Cinderella
Paina Rena
4/8/2014 18:13:42
7,147
Kategori: Cerpen
Genre: Komedi/Romantik Komedi

PART 4


SOMEWHAT Cinderella ialah drama tulisan Umar Darius dan diubah sedikit oleh Lukman, Siti dan Amir. Drama muzikal 7 minit yang mengisahkan gadis biasa bernama Cinderella yang berputus asa dengan hidupnya yang selalu dibuli adik-adik tiri dan dijadikan bahan seks si abang tiri. Urgh… tidak proper sungguh untuk drama pementasan sekolah. Cinderella cuba untuk menjadi kuat dalam menjalani kehidupan, lalu mula pandai membangkang dan melawan dan berpakaian cantik-cantik. Satu hari dia terberi minum racun serangga perosak pada si mak tiri sebab ingatkan jus blueberry. Clumsy idiot. Kerana rasa bersalah yang amat, dia lari dari rumah. Semasa berteduh di surau, imam muda datang menyapa. Cinderella belajar untuk kuat dalam konteks mental, iaitu berdasarkan landasan agama islam. Tapi bila imam luahkan perasaan…

Cinderella termuntah di atas pentas.

Semua terperanjat. Baik penonton yang keliru dengan jalan cerita yang lain dari cerita asal, ataupun mereka di belakang pentas. Angkatan choral speaking di bawah pentas pula masih terus menyanyi tanpa menyedari apa dah jadi pada Cinderella di atas pentas.

I’m sorryI’m sorry…”

Yeahyou should…” Imam Umar terundur setapak dua. Geli. Bau muntah Aqi mula tengik di hidung. Cinderella Aqi mengesat bibir kotor.

“Dengar kata-kata cinta dari kau… burgh…!” Mual datang lagi. Udara di perut ditekan dan dada ditepuk-tepuk. Berusaha menahan. Imam Umar mendesis.

That’s some rejection you showed there…”

Kedengaran bunyi ketawa dari penonton di bawah.

So don’t love me anymore…” Cinderella Aqi menjeling. Imam Umar mengangkat hidungnya, spontan. Cinderella yang berambut panjang direnung dengan mata kuyu.

I can’t help my selfmy love is only for you…” Masih berusaha nak ikut jalan cerita walau skrip mula terbina spontan.

You don’t even know me, kenapa nak love-love?” soal Cinderella keras. Dah mula bina jalan cerita sendiri. Imam Umar mendesis, mencerun tajam. Dia ni tak dapat nak diajak berpakat langsung! Si gadis membalas dengan tingkah yang sama. Choral speaking di bawah dah berhenti menyanyi, maka mereka kena berhenti berlakon. Cinderella Aqi dan Imam Umar berpandangan, tersedar. Lalu Cinderella Aqi menarik selipar yang dipakai. Tangan Imam Umar dicapai, dan selipar jepun silver itu diletakkan di tangan si Imam. “Simpan ni dan datang lamar sekali lagi bila awak dah jadi lelaki yang boleh diharap.”

Jatuh rahang. Baik si hero, kru belakang pentas, dan penonton di bawah pentas. Angkatan choral speaking turut menoleh dibuatnya. Cinderella lekas nak pergi. Imam muda itu terkejut, spontan menarik belakang gaun Cinderella. Tertarik rambut palsu panjang itu sekali. Hampir saja rambut palsu tertanggal, Aqi refleks berkalih nak menahan rambut tersebut dari tertanggal sepenuhnya dari kepala! Terlanggar pula si imam yang rapat di belakangnya. Masing-masing terkejut dan terjatuh di atas pentas.

Hening seketika.

“Addeh…” Umar menutup mata dengan sebelah tangan. Aqi pula sibuk membongkok-bongkok, membetulkan kedudukan rambut palsu di kepala.

“Ni la awak! Saya dah cakap tunggu beberapa tahun lagi baru boleh lamar saya! With the current you, si Mimi tu je lah yang nak dengan awak!”

Terdengar bunyi helaan nafas terkejut di bawah. Gasp. Cinderella bangun, nak pergi lekas namun Imam masih sempat menahan dengan menarik skirt labuh ke kaki itu.

“Cindy… jangan pergi…” Tangan dialihkan dari wajah, memandang Cinderella. Cinderella menoleh. Terkejut melihat Imam Umar menangis di depan mata. Mata kanannya merah dengan air mata laju mengalir membasahi pipi kanan. Baik angkatan choral speaking, kru pentas dan barisan hadapan penonton pun terperanjat kerana nampak sama.

No…” Cinderella mengalihkan pandang. “I’ll come to you 10 years later. Until then, please change.” Dan dia menyembunyikan diri di sebalik tabir terus. Enggan berlakon spontan lagi. Umar yang ditinggalkan di tengah pentas mendesis menahan sakit. Contact lensnya teralih dari tempatnya! Aaargh….

Narrator Lukman lekas menyampuk. “Maka, imam dan Cinderella pun terpisah buat sementara untuk membina hidup masing-masing. Walaubagaimanapun, janji untuk bersama sepuluh tahun masih menjadi satu misteri. Anda bebas untuk berfikir.” Senyum. Dan lari ke belakang langsir.

Senyap seketika dewan besar.


IT was so good masa awal-awal… tapi it is more interesting masa ending. Hahahhaha!!” Siti melepaskan ketawa ke langit. “I’ll wait for you in 10 years, so please change by then. Hahahhahah!!” Tertawa lagi tak habis-habis. “Kalau dorang bersama juga 10 tahun nanti, memang Nor kena berdiet dan buang lemak kat perut dia.”

“Kejadah aku yang jadi bahan taruh!” Naik sentap! “Dan aku kurus la!”

“Hehehe… aku tak tau apa komen Cikgu Fizah, tapi we actually did our very best… harap dia berpuas hati.” Zati bersuara.

Lukman tersenyum. “Walaupun jalan cerita altered at some point, tapi the effect is decent. Good job team belakang tabir,” ujarnya, memandang rakan sekelas bersama senyum.

Just because kau ketua belakang tabir, kru-kru kau je yang kau nak puji. Keh.” Amir mencemik.

“Tapi Amir, macammana kau buat Umar tu berlakon jugak akhirnya? He’s quite an actor berbanding Aqi yang agak keras.”

Si rakan menjungkit bahu. “Aku cuma cakap kat dia, kalau dia ganti Deli, dia ada peluang tengok Aqi berambut panjang depan-depan. Lepas tu dia terus on.”

Mereka berlima berpandangan. Umar sebenarnya ada soft spot untuk Aqi macam dia buat pada Mimi? Siti, Amir, Zati dan Nor terkelip-kelip, terasa sukar nak menerima sesuatu dimana akal dah pun menolak kemungkinan itu dari awal lagi. Lukman pula sekadar senyap. Pandangan ditebar di belakang dewan itu. Rakan-rakan sekelasnya rata-rata berkumpul di kantin sana. Melepaskan ketawa, komen, rungutan ataupun apa-apa saja yang berkait dengan persembahan mereka sebentar tadi. Pedulikan mereka, pemuda tinggi bertubuh sasa itu dicari tubuhnya. Dimana Umar?


AQI mengeluh penat, mengheret kakinya ke kelas. Penat yang menggila kerana persembahan sebentar tadi terlalu meragut kekuatan mental sekaligus fizikal. Dia nak balik cepat. Nak berbaring, nak tidur, nak melagha…. Kaki melangkah ke kelas 4S-2 itu, sebelum terhenti geraknya di muka pintu. Belakang yang bidang di hadapan mejanya dipandang. Aqi mengerut dahi.

Umar berkalih. Sedikit terperanjat melihat gadis itu di muka pintu. “Kau tak celebrate dengan dorang kat kantin?” Terus menegur.

Nafas berat dihembus. “I could ask the same thing for you.” Dia melangkah masuk. “Kau dajalkan meja aku ke apa?”

Mencemik pemuda itu dibuatnya. “I did nothing.” Muka dipasang selamba dan dia turut melangkah ke pintu kelas dengan laluan yang lain dengan Aqi agar tak bertembung haluan. Gadis itu terkedu melihat stick note dan tin 100 Plus di atas mejanya. Kepala dipaling, merenung lelaki dengan kemeja sekolah tak dibutangkan itu melangkah di sepanjang koridor beranda mereka sebelum menghilang menuruni tangga blok akademik senior. Aqi memandang lagi mejanya. Stick note kuning itu ditarik.

Quite a dull performance you pull, but I like your wig. Macam Avril.

Post script – aku dengar 100 Plus elok nak pulihkan mual

Aqi tidak beriak. Tin putih di atas mejanya itu direnung. Cecair evaporasi menitik di luar tin tanda sejuknya dia. Lambat-lambat, bibir mengukir senyum jua.

Thanks…”


UMAR melangkah ke kantin dengan tangan diseluk ke poket seluar. Berniat nak mendapatkan rakan-rakan sekelasnya dan meraikan persembahan yang separuh gagal separuh berjaya itu. Perasan mata-mata para pelajar lain yang ditala padanya. Dah kenapa? Ada hutang? Umar membiarkan. Dia merapat pada Lukman di bawah pondok, jauh sedikit dari keramaian kelasnya.

Lukman menoleh. “Dari mana?”

From making another effort nak berkomunikasi dengan makhluk asing.” Punggung dilabuh di sebelah rakannya di pondok hadapan kantin itu. Nafas berat dihembus.

“Wha…?”

Umar tidak beriak, merenung rakan-rakan kelasnya itu di sana. Lukman turut senyap. Nak balik terus, terasa rugi meninggalkan kemeriahan yang jarang berlaku di kantin itu. Lukman menongkat dagu.

“Tunggulah lima belas minit lagi. Bergaduh berkelahi la dorang tu.” Senang sekali membuat tekaan, kerana itulah pattern yang selalu berlaku.

Tergelak si mata hazel. “And then I’ll come to put a stop?”

Nawyou’ll only make it worse.”

Mendesis Umar. Perbualan pendek berlaku seminit dua sebelum diganggu oleh beberapa pelajar perempuan bersaiz kecil, merapat pada dua jejaka 16 tahun itu. Lukman dan Umar serentak menoleh. Empat pelajar perempuan bersaiz kecil itu tidak dikenali, dan tidak pasti apa yang mereka nakkan.

“Ada apa ni?” Umar menegur. Jarang benar ada pelajar biasa yang berani datang pada mereka.

“Err… kami… pelajar Form 1…”

Figured.” Lukman menyampuk. Umar menoleh dengan dahi berkerut – macammana kau tau? Ketua kelas itu menjungkit bahu. “Kau ingat student yang maklum dengan sejarah gila kau ngan Vicky berani datang depan-depan kau dan bercakap face-to-face?”

“Cis… sarkastik sungguhlah.”

“Sarkastik kemendenye. Aku cakap direct, kut.” Kumpulan pelajar perempuan empat orang itu dipandnag lagi. “Tapi ada apa ni sebenarnya?”

“Err… em. Kami… nak… ambil gambar dengan abang Umar, boleh?” Yang paling berani berusaha meluahkan kata-kata dengan mata merenung lantai berbatu. Umar dan Lukman ternganga. Berpandangan. Budak itu menyambung kata. “Kami… suka dengan persembahan abang…”

Buat kesekian kalinya telinga terasa berbulu atas gelaran yang dua kali dilontarkan. “Ab-bang?” Bibir tertarik ke atas. Jelik mendengar gelaran yang… tidak sesuai dengan imejnya.

Lukman tertawa. “You’ve gained quite an ‘abang’ reputation from your acting debut, Mar! Ahahahaha…”

Screw that! Aku tak ganti Deli just to showing off and publicize myself to the school!”

“Lalalalalala…”

Umar mendesis lagi. Kumpulan pelajar perempuan yang merenung dirinya itu dipandang. Masing-masing melihatnya dengan mata bercahaya. Terkebil pelajar berdisiplin teruk itu dibuatnya. “Korang sedar tak apa yang korang nak buat ni? Korang tak tahu peraturan sekolah ni yang haramkan pelajar macam kau mingle dengan kumpulan kelas abang?”

“Ab-bang?” Lukman menyampuk, meniru nada Umar tadi. Sarkastik. Umar menyiku lengan si teman.

Mereka berpandangan. “Tahu… tapi tak salah rasanya kalau setakat nak bergambar dengan abang.” Yang berani bercakap itu menjadi wakil lagi. “Lagipun budak kelas abang pandai-pandai. Fluent English. Abang pun kacak jugak… dan kami suka masa abang nangis mintak Cinderella supaya jangan tinggalkan abang tadi. Touching…”

Senyap. Dua jejaka itu berpandangan.

Itu permulaan bagi penerimaan SMK Sri Muara terhadap ahli-ahli kelas 4S-2, sekaligus pada 4S-1 dan dalam section tingkatan lima dan enam juga. Mereka tidak jahat. Mereka cuma nakal overdose dan dahagakan perhatian. Itu yang cuba digarapkan oleh Cikgu Norhafizah, dan akhirnya diterima masuk oleh sesetengah guru yang lain.

Penambahan bagi Umar, bakat pada wajah kacak menjadikan dia betul-betul menjadi Prince Charming sisi gelap di sekolah harian yang terlalu banyak pelajar itu. Kehidupan mula berubah sedikit demi sedikit, dan mereka masing-masing sedar. Masih ada peluang untuk hidup dengan baik selagi mereka tidak terus berputus asa dalam hidup. Menurut kepercayaan muslim, Allah tidak membebankan hambaNya dengan sesuatu yang hamba-hambaNya tak mampu nak pikul. Bak kata pepatah barat, what doesn’t kill makes you stronger. Cuma itu.


SEMINGGU selepas tamat SPM.

Proton Persona dipandu perlahan, melalui jalan bertar di taman perumahan teres itu. Si pemandu ternampak tubuh yang dikenali berjalan di tepi jalan, lalu hon ditekan. Namun, si pejalan kaki bertindak selamba dan mengabaikan hon yang dihantar padanya. Amboi. Sombongnya. Pedulikan Lukman, Umar membawa keretanya terus ke sebuah rumah teres satu tingkat di hadapan sana.

Siti menoleh, memandang Persona ungu gelap itu berhenti di rumah sebelah. Kening terjungkit sebelah bila melihat Umar yang keluar dari tempat pemandu dan melangkah mendekatinya.

“Kau yang hon tadi?”

“Yeah… nak tegur Luk, tapi dia buat dek je… wait. Kau duduk satu perumahan ngan dia?” Matanya dibulatkan. Siti menghempas nafas, enggan menjawab. Tubuh disandarkan ada tiang pintu pagar rumahnya, sementara Umar melata pandang pada kotak-kotak dan beg pakaian di dalam pagar rumah teres itu. Rakannya yang beriak kosong di sebelah dikerling. “Jadi betullah kau nak pindah, huh?”

Siti mengukir senyum segaris. “Aku bukan orang negeri ni to begin withso takda term berpindah untuk aku.”

“Bergerak dari satu tempat ke satu tempat, berpindah la namanya tu.” Punggung dilabuh pada rail longkang. Rakan perempuannya itu menjeling dan Umar menguis hidung. Nafas ditapis kerana busuk si longkang, lalu anak mata hazelnya dikerling ke hujung mata. “Papa aku cakap ayah kau nak hantar kau ke UK.”

Siti ternganga. “Banyak mana orang yang dihebohnya pasal benda tu… nak sangat buang aku ke negara orang dah kenapa…” Tubuh direndahkan, duduk mencangkung dengan belakang disandarkan pada tiang pintu pagar itu. Muka dibenam pada lutut. “Tension la gini…”

Umar tersenyum nipis. “Amir cakap kau lari ke rumah dia.”

“Kalau aku lari ke rumah kau atau rumah Nor, bapak aku boleh tangkap ar.”

“Pandai.” Kepala diangguk. “Tapi bodoh. Hahahhahaha.”

Siti mengangkat kepala bersama desisan deras. “Kau apa kes gelakkan misfortune orang…” Wajah kacak itu ditenung. Berseri ceria nampaknya. Kereta yang diparking di hadapan rumah sebelah pula dipandang. “Kau datang sini semata-mata nak hantar aku pergi ke apa?”

“Em? Side-trip je, alang-alang rumah kau ni en route to airport.”

“Oho? Kau nak hantarkan aku?”

Umar menjeling bersama senyum. “Boleh aje. Flight kau pukul berapa?”

Tersenyum dia lalu. Bersyukur kerjanya dipermudahkan. Dah terasa ringan beban mengangkat bagasi bila ada tenaga lelaki yang membantu. “Tengah hari nanti…” Tangan menolak lutut dan tubuh dipaksa berdiri semula. Huh. “Aku pun penat gak nak tunggu teksi ni.” Umar sekadar senyap dan mengangguk. Siti yang mendapatkan beg pakaiannya lalu menoleh. “By the way… kau nak ke airport sebab apa?”

“Ambik adik aku. Dia pulang ke Melaka hari ni.” Satu kotak yang paling besar diangkatnya. Ergh! Berat!

Siti mengerut dahi dengan riak keliru. “Adik Zaki kau tu?” Setahunya rakannya ini hanya ada seorang adik. Pun adiknya itu tak sampai pun lima tahun.

Umar menggeleng. Tubuh dikalihkan sambil mengangkut kotak di tangan. “Adik ipar…”

“Aaah…” Kepala mengangguk faham. Bagasi beroda ditarik merapat ke kereta si lelaki. Umar membuka kunci kereta, dan pintu tempat duduk belakang dan bonet dibuka terus. “Bila masa kau ada adik ipar?” Berkerut dahinya lalu.

“Kak Bat aku nikah ngan laki dia yang ada adik perempuan dan tinggal sama ngan kitorang…” Berusaha menjawab sambil berusaha mengangkut. Kotak dipadat ke bonet belakang. “Huh! Natang berat barang kau. Kau bawak apa ni?” Kepala dipanjangkan ke kotak-kotak dan beg pakaian Siti yang masih belum diangkut. “Speaking of which, kenapa kau tunggu teksi? Ayah kau sendiri tak datang ambil kau kat sini?” soalnya menoleh.

Siti menjungkit sebelah kening. “Aku independent.” Hidung diangkat tinggi bersama muka berlagak, lalu dia kembali pada barang-barangnya. Umar pula sekadar mencemik.

Looks like an abandon daughter to me.” Dan si rakan dibantu lagi. Sebelum bergerak pergi, ucapan terima kasih diberi pada keluarga Puan Zaiton dan suaminya. Persona ungu gelap itu lalu dipandu kembali ke jalan raya. Sambil berbual, masing-masing merenung horizon yang memisahkan bumi dan langit. Sedar, perjalanan masih sangat jauh di hadapan dan tidak hanya berhenti di sini.

Kecuali bila maut menjemput.

****

Enough said

Wassalam

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.