Home Novelet Komedi/Romantik Komedi Bila Monyet Mengenali Cinta
Bila Monyet Mengenali Cinta
Paina Rena
27/2/2016 00:59:14
8,489
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
18 - transit

PINTU dibuka deras dari luar dan Junior menerjah masuk. Terpaku seketika bila melihat lelaki asing di dalam bilik adik saudaranya. Namun lelaki itu lebih laju melarikan diri. Selaju dia memecut dari kedudukannya, selaju itu juga dia meloloskan diri dari tingkap yang terbuka. Sekali loncat, dia menghilang di tengah udara.

Junior berlari anak ke tingkap satu pintu itu. Kerana gelap malam, penglihatannya tersekat nak melihat arah lelaki tersebut menghilang. Mata dipicing, terus cuba merenung pintu pagar andai lelaki itu meloncat keluar dari situ, namun tiada bayang sesiapa. Dia pakai pagar belakangkah??

Junior berpaling, melihat Ami yang masih terduduk di tengah bilik. Munirah sudah ada sekali, sedang memeluk adik sepupu mereka, cuba menenangkan rasa kejut yang tidak mungkin pulih dalam masa sekejap. Riak wajah kakaknya keliru dan terkejut, selari dengan perasaannya sendiri.


KEESOKAN harinya, Junior menghabiskan diri di bilik tidur Ami, cuba nak membaca apa yang sedang berlaku.

Suasana vila terasa sedikit suram. Munirah masih memujuk Ami di biliknya bagi menghidupkan kembali semangat gadis yang ketakutan itu walau sedikit. Datin Sri Maya dipaksa duduk di wad hospital oleh Datuk Sri Farid, dengan alasan demamnya lebih teruk dari jangkaan. Lelaki berpangkat itu pula menyibukkan diri berurusan dengan pihak polis dan meningkatkan keselamatan pagar yang mengelilingi rumah.

Vila tiga tingkat yang diisi keluarga lima orang dan orang gaji seorang dua. Dia terasa kelakar dengan tahap keselamatan yang cuba diterapkan. Andai di kampung, jarak antara rumah cuma dua tiga langkah dan langsung tiada pagar. Suasana aman damai itu mungkin boleh dicapai kerana dipenuhi dengan sifat kejiranan yang saling membantu. Itu sesuatu yang tiada pada mereka.

Sedih.

Patutkah dia mula membina hubungan berkelompok?

Pandangan dialihkan ke ruang tidur yang agak kemas itu. Mawar merah yang pernah menjana cemburunya sudah membusuk penuh di dalam tong sampah, termasuk surat-surat yang tak pernah dibuka Ami. Di bawah katil ternampak jua bungkusan-bungkusan yang tidak dibuka. Dia dan Munirah masing-masing berpendapat hadiah-hadiah itu perkara biasa dalam alam remaja… dan itu juga tanda mereka mula memandang ringan perkara yang Ami lihat sebagai satu masalah. Itu bermakna Ami sedang diabaikan semasa gadis itu bersungguh mahukan sokongan…

Sejak bila mereka mula mengabaikan adik sepupu sendiri agaknya?

Junior menghela nafas panjang. Menahan haru. Mula menyedari perubahan diri semasa hatinya diketuk sesuatu yang bernama cinta itu. Mula belajar cemburu. Mula membentuk ego dalam diri kerana menganggap Ami dah bukan sekadar sepupu. Mula mementingkan diri sendiri yang juga mahu diberi perhatian dan dipujuk. Dan Munirah cuma mahu menyokongnya berbanding Ami yang lebih popular.

Junior menggelengkan kepala, menyesali sikapnya sendiri. Pandangan dibawa ke luar kembali, membayangkan penangan perasaan terhadap lelaki yang menyusahkan hidup adik sepupunya pula. Tentu sangat hebat… hingga sanggup pecah masuk rumah orang dan curi seluar dalam si perempuan.

“Cinta… sucks,” desisnya rendah.

“Jun?”

Suara gemersik itu kedengaran dari belakang. Junior menoleh, melihat si gadis bermata hazel itu menjengulkan diri di sebalik pintu. Rambut panjang lembut yang biasanya diikat ekor kuda sekadar dibiarkan lepas bebas dan disangkut pada bahu kanan. Cantik orangnya, malah tidak sombong. Ini perempuan yang diminati ramai lelaki, dan itu bukan satu kesalahan memandangkan dia tidak menjaja cinta.

Junior memekam bibir. Muhasabah diri.

“Ada apa?” tegurnya setelah mendiam seketika.

“Aku yang patut tanya itu. Kau buat apa kat bilik aku…”

“Nak tengok ayah berbual dengan abang foreman tu… dari tingkap bilik kau je kita boleh nampak seluruh laman,” ujarnya perlahan sambil merenung laman yang seluas sepuluh langkah kaki.

Ami mengangguk. Ruang biliknya dilihat dahulu sebelum memberanikan diri, menapak masuk. “Takda orang lain dalam ni selain kau, kan?”

Si pemuda berpaling kembali. “Aku seorang je.” Jalan raya di depan sana direnung, mula memikirkan sesuatu. Kalau dia ialah si penghendap yang kecewa dengan cinta yang tak berbalas, apa yang dia akan lakukan untuk dapatkan perempuan ini?

“Bila dia mula agresif?” soal Junior.

“Agresif macammana?”

“Hantar segala bagai… everything…”

“Erm… mula-mula aku dapat surat dia masa Mun terima surat tawaran ke Jepun.”

“Masa tu Hisyam menggatal dengan kau, kan?”

“Ya. Slow down bila aku couple dengan kau, tapi somehow makin teruk beberapa hari ni…” Semasa Junior mula memboikotnya. Riak Ami memuram sedikit.

Junior mendiam seketika, menoleh ke luar, ke jalan raya sana. “So dia buat semua ni sebab dia jealous… huh? Stalker kau memang gila sukakan kau, alright. Kau nak aku tolong, tak?”

Ami terkedu, lalu memuncung. “Aku nak mintak tolong, hari tu… kau buat tak layan…”

“Kau jangan ungkit benda yang dah berlaku. Yang penting sekarang ni ialah keselamatan kau, so kau tolong aku tolong kau, boleh?”

Terkedu Ami, lalu menoleh. “Apa ke… hahahah. Cuba sebut lagi tolong-tolong tadi five times faster.”

Junior hanya tersenyum. “Come.” Tangan memberi isyarat supaya gadis itu merapat.

Ami terpaku seketika. Janggal dan segan-segan nak mendekati lelaki mahram. Kenapa Junior sendiri taknak mendekati tetapi dia yang kena merapat? Junior masih melambai mendekat, dan Ami akhirnya akur.

“Apa dia…”

“Lepas ni apapun yang aku buat, kau berlagak tenang, okay?” tuturnya bersama senyum.

“Kenapa ni?”

“Kau nak umpan mamat tu keluar ke tak? Nak tangkap dia ke tak?”

“Nak…”

“Jadi berenti bercakap.” Ami ditarik rapat dan ditolak tersandar ke birai tingkap. Gadis itu terkedu. Junior menutup mulut Ami dengan tangannya, lalu belakang tangannya sendiri dicium.

Menyirap darah naik ke muka!!

Tak sampai seminit, handset Ami di atas meja berdering kuat. Kedua-dua anak muda itu menoleh.

“Dia?” Junior bertanya dengan muka merah.

Ami menjungkit bahu, juga dengan muka merah. Ketika ini, dia tak mampu nak memberi apa-apa reaksi melainkan terketar lutut di tempatnya.

Junior memekam bibir, mendapatkan Oppo putih tersebut. Skrin menunjukkan private number. Bibirnya meleret sedikit. Mudah benar diumpan.

“Hello?”

“Kau celaka!! Kau bagi handset tu dekat bini aku sekarang!! Aku bunuh kau nanti!! Kau berani cium dia depan aku!!”

Junior menoleh ke tingkap yang terbuka luas di depannya. Jadi benarlah tingkap ini yang menjadi transit.

“Kau keluar sekarang. Kita settle mano-a-mano. Aku pun berniat nak jadikan Ami bini aku. Kalau kau benar-benar nakkan dia, kau boleh datang bunuh aku sekarang. Aku tunggu depan pagar.”

“Kau tak payah tunggu!!”

Tak lama kemudian, seorang lelaki keluar dari van hitam di sebalik koridor di seberang jalan sana. Di situ dia bersembunyi rupanya.

“Farid Junior!! Kau keluar sekarang!!”

Pekik raung itu bergema kuat di seluruh ruang udara hingga memadatkan telinga setiap ahli rumah. Junior dan Ami sama-sama menjengulkan kepala ke luar tingkap. Seorang lelaki yang dikenali sudah pun meloncat masuk dari pagar rumah.

Itu Abang Yus.

Junior mengerutkan dahi. Itu bukan lelaki yang pecah masuk bilik Ami malam tadi… jadi stalker yang mengintai adik sepupunya ada lebih dari satu?! Junior berpaling pada Ami dengan muka terkejut, namun gadis itu dilihatnya sudah mengangkat kaki di birai tingkap. Junior ternganga. Tak sempat nak menegah, Ami dah pun meloncat turun dari tingkap biliknya dah terus ke laman.

“Kau… bodoh!!” jerit Junior, melihat gadis itu bertapak selamat di bawah sana. Mujur sekadar tingkat satu, tapi masih sangat bahaya! Lekas Junior memecut lari ke pintu, keluar cepat!

Pada masa yang sama, Ami sedang menahan letupan gunung berapi di jiwa. Itu lelaki yang menyusahkan hidupnya. Itu lelaki yang memecah masuk dalam kehidupan peribadi hidupnya. Itu lelaki yang membuatnya hidup dalam ketakutan… dan kini dia ada peluang untuk membalas balik!

“Aku akan buat kau bayar balik…” deramnya, melangkah laju ke arah lelaki dewasa itu. Luka di kedua-dua belah lengan dah pun dilupai dek amarah yang merasuk tubuh.

Melihat Ami mendekatinya, Abang Yus tersenyum. Muka cantik yang diminati bertahun-tahun itu tetap menyerlah walau sedang menegang merah. Dia ialah perempuan yang membuatnya meracau dalam mimpi, dia ialah perempuan yang ingin benar dimiliki walau dengan apa-apa cara sekalipun!

“Aku cintakan kau, Ami Dania. Jom kahwin.”

Selajur, penumbuk diterima di pipi. Lemah sekali. Abang Yus tersenyum.

Ami pula terpaku. Seluruh tangannya menggigil dek pedih denyut di lengan berbalut. Lalu genggaman penumbuknya dicapai tangan kasar itu dan dibawa ke mulut. Dicium si lelaki.

Ami meloncat refleks. Geli dan gerun sekaligus! “Kau gila. Kau benar-benar gila.”

“Kau nak tau kenapa?”

Si gadis mendiam, sedikit pelik mendengar soalan itu. Kurang tangkap.

Abang Yus menambah. “Sebab kau. Sebab aku cintakan kau. Walaupun kau pilih lelaki lain… walaupun kau cintakan orang lain… walaupun semua orang halang… aku takkan berputus asa…” Langkah didekatkan pada setiap kata.

Ami menjadi semakin cuak. Kakinya terasa melonggar dan menggigil. Rasa nak tertanggal kepala lutut!

Pandangan mata Abang Yus tiba-tiba beralih darinya. Ami mengerut dahi, memandang ke belakang, pada Junior yang memuncul di muka pintu.

Of course… aku kena bunuh dia dulu…” tutur Abang Yus dengan nada bergetar. Berisi dendam, dan kata-kata itu sampai ke pendengaran Ami.

Gadis itu membulatkan mata, seram sejuk buat seketika. Semasa Abang Yus melepasi dirinya, satu penendang dilepaskan ke pelipat lutut lelaki itu dengan sekuat hati. Selajur dia terjatuh terduduk. Abang Yus terperanjat, lalu menoleh. Pada masa yang sama Ami melepaskan sikunya, tepat ke sisi kepala si lelaki.



***********************
Assalam peeps, hahahhaa

Monyet dah kenal cinta. Hahah. Objektif tercapai, maka citer ni habis di sini ah. Anggaplah dah happy ending sebab Ami dah belasah orang yang susahkan hidup dia. 

Citer ni tak habis kat sini sebenarnya, tapi saya tak buat sambungan pun lagi sebab... bermacam2 sebab. Apapun, kalo nak, nanti boleh tengok kat wattpad... (bahan pun dah habis post kat sini, ada hati nak post kat wattpad lol)

Kalau ada apa-apa, roger saya la. 

Other than that, thanks for reading :)

*Saya malas nak simpan lelama dalam laptop, tu yang post je sekali shoot. Alang2 dapat online.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.