Home Cerpen Alternatif ASDF
ASDF
Paina Rena
29/5/2015 14:09:19
1,738
Kategori: Cerpen
Genre: Alternatif
RUANG pejabat Executive Director itu cukup dingin dek penyatuan suhu normal dan suhu AC. Setiap perabot berada di kedudukan yang kemas, dan PA sistem juga dijadikan aset yang tidak penting di sudut bilik.

Khairul bersandar lenang. Kad jemputan perkahwinan di tangan direnung redup. Kuning cair warnanya, diisi bunga-bunga kecil merah jambu. Nama pasangan yang disemat pada kad keras dibaca dalam hati.

Haikal dan Suha.

Kening dijungkit sebelah. Maklumat pernikahan dan persandingan sekaligus itu dibaca. Hujung minggu ini. Sabtu dan ahad, di rumah pihak perempuan. Bila dilihat pada alamat… tidak jauh dari sini. Khairul memusing kerusinya ke belakang, pada adik perempuan yang berdiri tegak mengadap tingkap sambil merenung jalan raya.

“Haikal Aiman tu nama laki kau, kan?”

Maira terpempam seketika, lalu menoleh. Wajah si abang kandung direnung redup.

“Abang tak ingat nama adik ipar sendiri ke apa sampai kena tanya soalan pelik gitu.”

Khairul menjungkit keningnya tinggi, lalu kad kahwin yang dihulur Maira tadi ditunjukkan di depan muka adiknya sendiri. “Then, sebab apa sebenarnya kau tunjukkan kad nikah laki kau kat abang?” Kad dibaling ke belakang, ke atas meja kerjanya sendiri.

Untuk seketika, Maira tertahan nafas. Tanpa dapat ditahan, keluh lalu dilepaskan sambil menyandarkan punggung pada dinding. Selesa berdiri sambil merehatkan sebelah kaki. “ThatI don’t know. Just becausemaybe?” Bahu dijungkit.

Khairul mengerutkan dahi. “Kalau kau ada masa nak bersedih atau nak menangis… or maybetakda perasaan langung…” Kerana Maira kelihatan tenang di matanya sekarang. “…why don’t you go back to your room dan sambung buat kerja kau. Abang masih ada banyak benda yang nak difikirkan selain benda tak penting yang kau tengah fikir tu Maira.”

Maira memekam bibir. Abangnya yang memusing kerusi supaya mengadap meja dipandang kosong. “Abang rasa apa yang Maira fikir ni tak penting?”

“Apa dia yang kau fikir?” soal Khairul tanpa menoleh. Namun senyap yang lama di belakang membuatkan lelaki berjambang itu menoleh. Adik perempuannya dah tidak berdiri, sebalik mencangkung berak di tempat yang sama. Tenungannya redup sekali pada lantai. Entah fikirkan apa. Khairul melepaskan keluh pendek sambil melipat kaki kanan ke atas kaki kiri.

“Maira. What exactly you’re trying to pull? Kalau kau takda kerja, kan lagi baik kau ke pejabat kau dan buat kerja kau.”

Tiada reaksi dari yang berkenaan. Setelah beberapa ketika, Maira menoleh bersama senyum. “Abang ingat tak the day ayah decide nak kahwin dengan auntie Asmah. Abang ajak kitorang troll auntie to the point auntie nangis termuntah. Lagi-lagi bila pacat panjat kepala dia, hahahaha…. Kak Dee lagi kejam. Dia masukkan pacat dalam seluar dalam auntie…”

“Kau dah kenapa ungkit kisah lama ni? Ada untung kah?” Khairul memotong dengan nada tegang. Maira terdiam, merenung wajah marah abangnya.

“Tak… Maira saje… nak bual-bual…” Liur ditelan payah. “I want some distraction… lagipun, dah lama tak berbual dengan abang…”

“Maira.” Lelaki berpangkat itu mengeluh rendah. “Takkan semata-mata sebab seorang lelaki, kau lemah begitu. Kau jangan nak tunjuk manja dengan abang boleh tak?”

“Oh ya. Maira dah lama tak bawak Aida dengan Aina makan kat rumah abang kan? Abang nak apa sebagai hadiah?” Bersinar seri matanya memandang si abang. Nampak bersungguh!

Khairul mencerun. “The only hadiah yang abang nak sekarang ialah you to women up. Tolong la. Kau child prodigy, for God sake. Kau graduate dari London Imperial College masa budak-budak sini bersusah nak lulus SPM. Kau start career kau dengan something big, dan grow bigger bila kau involve dalam bidang lakonan. Sekarang kau siap berdiri sama kaki dengan abang kat pejabat Technical Director kau tu. Kau ada rupa, otak, duit, kebebasan… semua yang perempuan nak, kau dah pun miliki. Jadi apa dia yang kau tak puas sebenarnya sekarang?! Kalau kau nakkan lelaki, pergi order satu gigolo dan main dengan dia sepuas hati kau! Itu pun abang nak ajar?!!”

Lantang raung suara itu menghentam gegendang telinga si adik perempuan, namun Maira tidak berkutik. Mata dipejam dan bibir digigit, menahan pedih di hati.

“Maira cuma… nak berbual… like how we used to…”

Khairul mendengus. “Balik ke office kau dan buat kerja kau like how you used to.”

Pedih. Kelopak mata dibuka perlahan, dan tulang belakang perlahan-lahan ditegakkan kembali.


SO then, kau jumpa aku sebab apa?” Ucik menjungkit sebelah kening. Maira menayang sengih lebar sambil menggaru dagu.

“Saja. Datang angin nak jumpa kau.”

“Angin apa yang datang tu?” Milo tabur dihirup. “Belanja satay pulak tu.” Satay ayam dan daging yang mencapai kuantiti 20 batang itu direnung berselera. Masih berasap dan nampak juicy. Terliur bapak.

Maira tersenyum kecil. “Aku rindukan kau.”

Buhuk!! Kepala terdorong ke depan, nak menahan impak letusan campuran Milo dan liur dari mulut. Ucik menekup mulutnya lekas sambil membuntangkan mata pada jandanya itu. Lalu Milo diteguk payah.

“Kau biar betul weh. Sepanjang sejarah aku bersama dengan kau dulu, kau tak pernah mengaku kau rindu… atau nak sebut sebagai bahan gurau sekalipun…” Wajah lelaki itu berkerut sekerut-kerutnya. Benar-benar keliru. “Apa laki kau dah buat sampai kau reti nak windu windu ni?”

“Hahaha. Windu windu.” Lubang telinga digaru. “Gatal.”

Ucik merenung datar. Telapak tangan dilap pada jeans dan satay ayam mula dicapai. “Unlike you nak merasa rindu, Maira. Baik kau pergi hospital gila cepat. Buat medical check up.” Wajah jandanya itu dipandang bersama senyum. “Kira tujuan kau ajak aku keluar siap belanja satay ni sebab kau dah gila dah ek.”

Wanita itu terdiam seketika. Anak mata didijeling ke hujung kiri, sebelum mengukir senyum redup. “Yeah… aku mungkin dah gila…”

Anak mata Ucik juling kembali. Daging satay masih dinikmati dengan penuh selera, namun rasa hairan terhadap tingkah laku wanita di hadapannya ini juga menarik perhatiannya. Maira… kenapa?

“Kau kenapa sebenarnya ni, weh?”

Geleng. “Aku nak clarify something. Alasan kau ceraikan aku dulu tu… sebab aku, eh?” Wajah berkerut dudanya dipandang dengan mata terkelip laju. Sedikit gelabah rasanya bila bertanyakan persoalan ini. “Sebab aku… workaholic?”

Daging ayam ditarik dengan gigi sekali tarik. “Ya.”

Maira menjungkit sebelah keningnya tinggi, lalu kepala dianggukkan. “Okay.”

Sahih. Ada sesuatu yang difikirkan perempuan ini. Sebab dia nak kembali kat akukah? Macam impossible. Bukan ke Maira dah kahwin barusiap dah lahirkan dua anak perempuan yang comel dan sihat dengan laki dia yang membosankan itu. Ke sebab hubungan perkahwinan dorang tengah retak menanti roboh?

Heh.

Tanpa dapat ditahan, dia tersenyum kelakar. Kalau macam tu, memang tak hairan la soalan tu boleh keluar dari mulut si perempuan korporat. Yang peliknya, Maira mempersoal dalam bentuk persoalan. Dia baru sedar dia workaholic?? LOL.

Ya, Maira cantik, duit bertimbun, kerjaya mantap, sangat tinggi komitmen pada kerjayanya, dan langsung tidak terganggu dengan isu cinta. Dia mengenali Maira semasa perempuan ini menyelesaikan masalah teknikal dalam sesi penggambaran lakonannya, dan ketika itu Ucik ialah salah seorang kru teknikal. Pendek kata, Maira ialah beauty with brains. Bila dibaca biografi, dia pemegang ijazah kejuruteraan dengan kepujian kelas pertama dari universiti terkemuka di London! Tambah-tambah, ayahnya juga memiliki beberapa syarikat dalam pelbagai industri, termasuk telekomunikasi, gas dan minyak dan servis hotel. Gila tak billionaire!!

Dan apa yang menarik perhatiannya ketika itu… ialah, Maira tahu berdikari. Tidak gedik pada lelaki, dan bukan juga feminist. Episod cerita mereka berkembang, lalu masing-masing mengaku hati. Perkahwinan yang meriah, menyusul, dan mereka berbahagia sebagai suami isteri untuk beberapa bulan. Rezeki Maira berubah dari bidang lakonan kepada bidang korporat atas arahan ayahnya dek perubahan status sebagai isteri orang. Sekurang-kurangnya kalau duduk pejabat, kehidupan sosial Maira limited.

Namun, semenjak menjadi Technical Director di syarikat ayahnya itulah… Maira akhirnya mampu mencabar diri sendiri ke tahap gaban. Cinta dah berada di belakang tahap kepentingan untung rugi syarikat, cita-cita, dan impian peribadi. Outstation berhari-hari, mesyuarat di sana-sini, membebel dan memarahi pekerja saban hari, dan Ucik si suami hilang kepentingan di hati sendiri.

Ucik mengunyah sate daging dalam tempo perlahan, masih ingat kisah pagi di mana dia melepaskan lafaz talak tanpa sekuman pun rasa bersalah. Pada pagi Maira masih dengan kertas kerja di tangan sedangkan baru balik dari Turkmenistan pada malam sebelumnya.

“Nag nag nag, darn, stop it!! Can’t you see I need to recheck this thing?!” Kertas kerja yang tebal dan penuh dengan kesan semakan pen merah ditunjukkan di depan muka si suami.

“And I demand you to stop with the ‘this’. Saya cuma nakkan awak spent sedikit masa dengan saya! Tak boleh ke? Sehari at least?”

“Saya takda sehari untuk awak kalau awak sendiri takda concern dengan beban yang saya tengah pikul sekarang. Saya ada meeting management lepas tengah hari nanti and kena present benda ni kat Brunei esok. So, tolong la keluar kejap sebab saya nak fokus sekarang ni! Saya perlu fokus!”

“Fine, saya keluar!! Awak jangan kisah kalau saya tak datang balik.”

“Sure… sure… I don’t mind, really. And I won’t!”

Dan cerai dilafazkan pada hari yang sama, pagi yang sama. Cukup ringkas penghabisan bagi tempoh percintaan yang bertahun. Pada hari itu Ucik menyedari mengapa wanita ini sangat berjaya dalam bidang kerjaya yang pelbagai. Kerana dia rajin, restless, fokus, dan berjuang selagi boleh bagi mencapai cita-citanya. Dan setelah Ucik dah bukan cita-cita Maira, puncak cinta yang dah diselesai dinaiki senang-senang diabaikan supaya dia boleh fokus pada cabaran yang seterusnya.

Pergh. Santai. Bukan senang nak jumpa perempuan yang begini. Unik, namun tidak semua unik itu berguna.

Seriously.

Tapi apa cerita sebenarnya sampai perempuan serba boleh ini sanggup mencemar duli menghubunginya, mengajak keluar, belanja satay di One Utama, dan mempersoal isu yang sangat obvious? Anak mata dikerling ke hujung meja, berfikir. Terpandang pasangan di hujung jalan kemudian. Ucik terpaku. Itu suami Maira… bersama seorang perempuan bertudung. Mesra.

Ahah.

Dagu ditopang, memandang jandanya bersama sengih. “So, even orang macam kau tahu sakit hati sebab cinta, huh?”

Maira menyandarkan tubuh sambil menolak kepala ke langit. “Yeah. Aku pun terkejut. Impak hubungan dengan Haikal lagi besar efek negatifnya kat aku berbanding konflik aku dengan kau dulu.”

“Eeeh…” Sakit hati sedikit. “Kenapa agaknya…” Walaupun dia sendiri boleh agak jawapannya.

Maira memejamkan mata. “Maybe sebab kau tamatkan hubungan kita bersih sekali cantas. Lepas kau ceraikan aku, kau blah gitu je tinggalkan aku sengsorang. Aku ada masa dengan ruang nak pulih sendiri… tapi dia…” Mata meredup. “Dia taknak lepaskan aku. Macammana la dia boleh expect aku nak pujuk diri sendiri… kalau dia masih ada… nak tunjuk baik… dan terus buat aku sakit…” Denyut pedih di ulu hati, hanya Allah yang tahu.

Ucik mengerut dahi. “Dia tak ceraikan kau?”

Geleng.

“Kenapa?”

Senyap seketika. “Sebab dia lebih bertanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang ayah, berbanding kau.” Sengih.

Geram dibuatnya. “Aku tak tau kau nak berlagak macam bini yang bersedih laki kau pasang dua… atau bekas bini aku yang nak ungkit kisah lama yang tak penting… atau nak jadi jerk bandingkan bekas laki dengan laki yang sekarang.”

Wanita itu cuma tersenyum kecil. Kepala ditundukkan, direbahkan atas meja. “Aku dah achieve everything… kekayaan… perkahwinan… anak… kebebasan… everything…. Kenapa masih tak bahagia, dowh?? Aku tak faham…. Common goal bagi semua orang… kenapa aku masih tak puas hati…? Apa dia lagi yang aku nak sebenarnya… baru aku boleh happy…? Pergi haji??”

Kening spontan terjungkit sebelah bila mendengar istilah haji. Ucik merenung rambut hitam berkilat di atas meja dengan pandangan redup. “Sebab kau tak bertudung kut.”

“Huh?” Maira mendongak.

“Kawan aku yang kuat agama selalu cakap… apa-apapun perjalanan hidup seorang insan, in the end dia tetap kembali pada yang berhak… which is Tuhan kita. Kau punya achievement… tak mampu nak bagi kau bahagia kat dunia, apa lagi kat akhirat nanti. Aku nampak kau naya, haha.”

“Kau dah kenapa bercakap macam ustaz second-hand?” soalnya, sedikit marah kerana terasa disindir.

“Aku buat sesi muhasabah diri je… sebab apa yang jadi kat kau ialah realiti yang aku nampak sekarang. Cantik, kaya, bebas, hidup mewah selesa segala bagai… tapi inside, kau messed-up, pathetic, loner…. Kau punya impian nak hidup bahagia… maybe boleh dicapai kalau personality kau low-profile macam dorang.”

“Dorang?” Maira masih dengan muka tegang dan kerut sakit hati. Ucik memberi isyarat mata pada kedai sebelah. Maira menoleh, memandang Haikal dan Suha yang sedang berbual. Terpaku dia seketika.

That woman dengan laki kau tu… pun perempuan macam kau. Genuine. Muslimah. Dia takde la cantik macam kau… tapi dari senyum dia je kita dah boleh baca, she is happy. Very much.” Bersama senyum nipis, Maira dikerling. “Loner macam kau, apa ada?”

Pedih. Dompet ditarik dan not 100 dikeluarkan. Diletakkan di depan Ucik sambil punggung diangkat bangun.

Thanks sebab teman. I’m off.” Dan terus pergi.


LONER macam kau, apa ada?

Bapak sentap. Usia baru awal 30-an, kejayaan dunia dah pun berada di telapak tangan, tapi bahagia dan kepuasan hati langsung tiada. Sebab tidak bertudung, bak kata Ucik. Sebab patah hati Haikal tinggalkan dia… sebab dia workaholic…. Sebab dia hati batu… sebab dia alpha-woman

Segala bagai alasan! Dan permasalahan yang pedih itu masih tidak diberi penyelesaian efektif pun! Yang merasa kosong yang mutlak itu dia. Yang merasa gelap itu dia. Yang merasa sakit itu dia. Yang merasa keseorangan itu… dia. Yang tidak mendengar kata-kata orang lain melainkan diri sendiri itu… dia. Yang masih dalam kesedihan itu dia. Yang masih keliru itu dia. Yang sepatutnya otak genius tetapi masih memiliki personaliti manusia bodoh… ialah dia.

Sedikit bahagia… dia masih nak merasa sebelum mati…. Tapi sempatkah?

Lalu menangis.

Berkerut dahinya bila terasa kulit muka disentuh. Siapa? Kelopak mata perlahan-lahan dibuka, mewujudkan visi yang kabur pada siling putih di atas sana. Setelah jelas sedikit, Maira meliarkan pandang, pada Haikal yang tersenyum redup di sebelah katil.

“Kenapa nangis-nangis ni? Mimpi buruk?” Pipi halus itu dielus lembut.

Maira mengerutkan dahi. Kepala cuba dipusing untuk meluaskan ruang pandang, namun leher terasa pedih sangat. Lalu usaha dikerahkan.

Sakit!!

Okay, dia mengalah. Siling dipandang kemudian sebelum dialihkan ke arah tingkap. Pada langit malam di luar sana. “Aaa…” Mulut dibuka, namun tiada suara yang dikeluarkan. Maira mengerahkan tenaga kembali, mahukan peti suaranya berfungsi. “Apa… saya buat kat sini…”

“Awak baru bangun dari tidur sayang. Doc shoot ubat tidur dalam badan awak lepas awak sedar first time aritu. It’s been three days since then.”

Maira menoleh dengan dahi berkerut. “Since then… apa?”

Haikal terkebil. “Awak… tak ingat? Awak eksiden… dilanggar lari. Polis masih carik pesalah awak though. Awak patah tulang segala bagai… end even straining your spineand thus, your leg…” Kepala dipusing pada bahagian tubuh yang ditutup selimut itu.

Maira mengerutkan dahi, lalu menunduk. Kaki cuba digerakkan, namun tiada reaksi. Aeh?? Tangan memegang paha, mahu merasa pergerakan bila dia menggerakkan kaki… tetapi langsung tiada pergerakan!! Langsung langsung!!

“Ehehehhehehehhe???” Haikal dipandang dengan mata berkaca. Bergetar habis nadanya, mempersoal apa yang kepala tengah fikirkan. Suaminya itu menundukkan wajah. Sesal.

Your lower half… lumpuh.”

Zass!! “Whatwhat what what what what!! Jangan joking with me! This is the stupidestjokewhat… cepat la gerak kaki!!” Tangan menumbuk paha sendiri. Sakit, namun masih tiada reaksi dari kaki bila otak mengarahkan bangun. Maira meraung bersama tangis. “Gerak I said! Bangun! Aku nak turun dari katil!! Berjalan!! Come on!! Jangan macam ni please, kaki… the hell happen… gerak pleasewhat happen…” Makin sebak. Penumbuk kecilnya terus memukul-mukul kaki dengan harapan kedua belah kaki panjangnya menghasilkan pergerakan walau yang paling sedikit.

Tetapi tiada. Langsung tiada. Allah menarik kembali nikmat tanpa sedikit pun simpati pada hambaNya yang enggan bersyukur.

“Dah…” Haikal menahan tumbukan Maira pada kaki sendiri. Wanita itu tertunduk bersama sedu tangis. Tidak sedetik pun hati keras itu nak menahan rawan yang mengapung kini. Maira yang normal biasanya menahan tangis hingga menjadi senyap, namun kali ini… dia menangis sehabis boleh. Perasaan dilepaskan sehabis boleh. Peluang diambil. Alang-alang menangis kerana kaki, dia menangisi semua sakit yang terkumpul selama ini.

Hiba.

Dan Haikal cuma mampu menemani.


WAKTU dah lepas pukul tiga pagi. Haikal sedang melakukan solat sunat tahajud di tengah ruang wad persendirian itu. Maira yang sudah habis melepaskan perasaan, hanya merenung ke luar tingkap. Belakang tubuh bidang itu dipandang kemudian. Sejuk benar rasanya melihat suaminya melakukan ibadah sunat yang mampu memberi ringan pada beban dosa saat dinasabkan di akhirat kelak.

Penat berbaring. Tangan memanjang ke tepi katil, mencari lever. Terkial-kial tangan nak mencapai apa yang dihajati, namun gagal. Maira mendengus keras, lalu mula mengensot ke tepi katil.

Ask for my help, would’ya?”

Maira menoleh terperanjat. Haikal rupanya dah selesai solat sunat. Dirinya dirangkul sehingga katil berlipat di kedudukan yang diingini. Kedudukan bantal di belakangnya turut dibetulkan agar dia selesa bersandar. Haikal menunduk, memandang dirinya.

“Okay? Selesa?”

Diam. Denyut yang perlahan di dalam hati cuma dirasai untuk diri sendiri. Hangat… dan ya, selesa sangat. Pandangan dilarikan dan lutut diurut. Sedih atas nasib kaki sendiri masih mencengkam jiwanya, tak tipu. Haikal yang mengambil tempat duduk di kerusi turut mengurut kaki isterinya.

I think kaki awak masih boleh diselamatkan…”

Maira menoleh. “How?”

“Dengan susah payah.” Haikal menjeling bersama sengih. Maira mencerun, lalu penumbuk diangkat.

“Nampak ni? There are limit nak aplikasikan penggunakan susah payah tu… especially untuk benda yang impossible…”

There is always a way selagi awak strive to achieve the goal. Apa-apa alasan ialah cuma alasan… tu yang awak selalu bagitau saya dulu sayang…”

Merimbun bulu terlinga bila dipanggil sayang!! “Stop it!! Awak ni kenapa sebenarnya?! Awak dah ada Suha! Kenapa masih menyibuk dengan saya? Kenapa ada di sini dengan saya?!! Awak sepatutnya dengan dia sekarang… give her the womanly pleasure yang dia sepatutnya rasai masa jadi pengantin muda!!” jeritnya selantang yang boleh.

Lelaki itu terdiam, menahan sentap kerana tiba-tiba dijerkah di depan muka. “Awak pun bini saya jugak…”’ ujarnya rendah. Maira yang termengah, mengerut dahi. “Dan malam ni turn awak yang saya patut bagi womanly pleasure tu…”

Da-darn it!!” Segan! Namun masih nak menjerkah.

“Hahahaha. Hidung awak merah.” Ya, setiap kali Maira malu-malu, hidung itu yang akan merah dahulu sebelum bahagian wajah yang lain. Haikal merenung suka.

Wanita itu senyap. “Kenapa awak taknak lepaskan saya… saya masih tak faham…” Kepala ditundukkan. “Awak cari perempuan lain. Awak dah pun sakitkan hati saya… awak tak suka bila saya jadi wife awak… tapi kenapa awak tak lepaskan saya…?? Saya tak faham… I’m your pain, but why aren’t you…”

“Saya takkan nafikan awak memang sejenis manusia yang selalu menyakitkan hati saya… yang saya kena jaga…” Senyumnya. Maira terpempam. “Tapi hey, even if you’re a pain, I’m not suffering.”

Terkedu Maira, lalu menoleh. “Apa maksud awak?”

“Saya cakap saya tak menderita bila hidup dengan awak, tu je la. Takkan dah tak faham English kut.”

“Bukan… apa yang saya tak faham ialah your tenacity… nak jadikan saya wife awak. Plus, sekarang saya dah lumpuh… saya dah jadi satu beban, kut.”

More the reason kenapa saya kena stay dengan awak.” Haikal menyahut tenang. Maira terpempan buat kesekian kali. “Saya kena jaga awak. Awak wife saya, so awak pun kena jaga saya jugak walaupun dah lumpuh. Awak ibu Aida dengan Aina, so kita akan jaga dorang sampai ada lelaki yang boleh pikul tanggungjawab jaga anak-anak kita tu pulak… tu je….”

“Kalau budak-budak tu yang jadi subjek hujah, bukan ke ada solusi lain macam kita jaga asing-asing… long-distance punya. Takkan awak masih nak serumah dengan saya..”

Haikal tersengih gatal. “Yes. Saya masih nak serumah dengan awak. Saya masih tak hilang gatal nak peluk cium awak, tahu?”

Zup!! Menyirap naik darahnya ke muka. Lebam dan bengkak yang masih bersisa di tubuh dek kemalangan hati itu terasa penuh dengan darah panas. Sakit, wu! Lekas Maira melarikan wajah ke tingkap. “Awak bercakap… macam la awak langsung tak pernah curang…”

Haikal terkebil, lalu tersenyum kecil. “Awak langsung tak suka, huh? Pasal saya pasang dua…”

“Jadi?” Maira menjeling.

Sengih. “Heheh. Kalau awak tak buat perangai pentingkan kerjaya awak dari saya, saya takkan carik baru. It was your fault dari awal lagi. Bersyukur je la saya tak ceraikan awak dan tinggalkan awak kat tepi sampah, love.” Hidung Maira dicuit.

Dan wanita itu memicing. “Nak try tengok tak how far I can go bila awak lepaskan saya supaya saya boleh hidup sengsorang?”

Senyum. “Nak try tengok how far you can crawldengan kaki mati begitu?” soalnya kembali, membuat Maira terkedu. Sungguh, dia lupa dia dah lumpuh!! Haikal tersenyum menang. “You’ve no choice but to stay with me sayang. Dah tiba masa awak settle down… dan bagi peluang kat saya tanggung awak dengan keupayaan saya sendiri…”

Mendiam dia seketika. Kepala ditundukkan, dan lantai direnung, mencari jalan mudah macammana Haikal nak memaknakan kata-kata yang kedengaran yakin. “How exactly…”

Tak habis bertanya, Haikal bangun berdiri. Maira menoleh dengan mata terbuntang. Lelaki itu pula meregangkan sendi tangan. “Saya harap awak ringan.”

Riak Maira berubah tegang. “Awak gurau… tolong la cakap awak gurau!! Tak mungkin awak sanggup bersusah payah untuk saya macam ni. Tak mungkin awak sanggup buat segala bagai macam tu!! Takda orang yang sanggup… kalau saya pun saya tak sanggup! Macammmana awak nak angkat saya sampai bila-bila?!! Awak jangan nak tipu saya dengan angan-angan manis macam tu… awak jangan ingat saya tak sedar fakta!”

Haikal menghembus nafas panjang. “Ya, saya gurau.”

“Erk?” Terpempam. Lelaki itu beriak serius. Mata mencerun dan Maira dipandang macam nak ditelan macam menelan pil. Lelaki itu nyata tengah menahan marah. Maira menggigit bibir, menahan tangis.

“Itu yang awak nak dengar saya sebut? Awak nak saya tinggalkan awak… biarkan awak sengsorang…. Awak betul-betul nak?”

Penampar dan backhand sekaligus di jantung hati. Maira masih menahan tangis. Sebak berusaha ditutup dengan tangan, dan sedu juga ditahan dengan menggigit bibir. Rawan yang mengapung… terlalu berbisa. Senyum ceria Suha di sebelah Haikal terbayang lagi.

Dia ada Haikal. Dia dah ada bahagia yang dia nak. Kau Mairakau apa ada??

Haikal tersentuh hati melihat keadaan isterinya. Wanita berambut panjang ini nyata tengah huru hara… walaupun sebenarnya dia tidak pasti sebab sebenar perempuan ini terlalu bersedih. Sebab kakinya lumpuh mungkin. Dan mungkin juga dah nak period. Maira yang dikenali selama ini berhati kebal. Sama seperti Ucik, Haikal susah nak percaya Maira bersedih atas sebab cemburu semata.

Kerana dia Maira!!

Lalu kepala isterinya diusap. “Saya sentiasa ada dengan awak…. Pergunakan saya for your own benefit… bukan ke awak sangat reti bab ni?” Sengih. “Takkan sampai Allah tarik saya kembali ke sisi dia… baru awak nak beryukur dengan apa yang awak ada?”

Tangis mula berlagu. “Saya dah tak tahu… sebelum ni saya sangat tahu apa yang saya nak… tapi sekarang saya dah tak tahu… hik hik hik. Pertama kali… saya sakit macam ni… ni pertama kali… saya pedih… I got youI got everything… tapi kenapa saya masih…” Sebak mengamuk hebat. “Sakit kat sini…” Dadanya ditekan kuat bersama air mata yang tidak berhenti mengalir.

Haikal merenung redup. Kedua belah tangan mula disilang pada pelipat lutut dan belakang tubuh isterinya. Diangkat mudah kerana ringannya tubuh pesakit. Maira terperanjat bila didukung bridal style.

“Kal…”

“Shush… teruskan menangis. Saya nak awak stop rebelling and stay weak for now.” Tubuh itu dirangkul rapat ke tubuh sambil dia melangkah keluar dari wad. Maira pula terdiam. Bau tubuh Haikal cukup pekat di hidungnya sekarang. Dah lama tidak dihidu… dan dia sangat-sangat merindui. Lalu mata dipejam dan dahi direhatkan pada dada suaminya.

Hangat. Selesa.

Ironi. Bahagia yang sedikit ini yang dicari-cari dan dipersoalkan dimana… tapi rupa-rupanya sudah ada di dalam genggamannya menunggu dipeluk cium.

Setelah beberapa ketika, pergerakan tubuh Haikal terhenti. Terasa dahinya dikucup. “Sayang… bukak mata.”

Maira menurut. Wajah kacak yang tersenyum padanya direnung. “Tangan awak tak lenguh?”

“Lenguh tak lenguh tangan saya belakang cerita, tapi tengok…” Bibir dimuncungkan ke depan. Maira mengerut dahi, lalu menoleh. Di depannya, tingkap kaca hospital tembus lutsinar, membenarkan dua pasang mata memandang pemandangan bandaraya Kuala Lumpur pada waktu tahajud. Berkilau. Bersinar. Lampu-lampu kekuningan, mewujudkan rasa meriah suasana bandar… walaupun kewujudan manusia sangat sedikit dan masing-masing di rumah sendiri. Maira terpukau dalam kejutan.

“Cantik.”

“Che, berlagak macam tak pernah tengok. Dalam internet, melambak. Dan awak pun dilahirkan kat sini jugak kalau tak silap.”

Well… yea… tapi selama ni, saya berada kat bawah sana…. Enjoying my life… kat bawah sana. Saya rarely tengok dari tempat tinggi begini…” Haikal dipandang. “The view is different.”

Haikal terkedu lalu melepaskan ketawa. Perlahan, namun lama. Maira menoleh pelik, namun lelaki itu masih tidak berhenti mengekek.

“Apa… kenapa?”

“Awak sebut ayat ‘enjoying your life…’. So, awak memang pernah merasa fun sepanjang jadi nerd and alpha-woman kronik, huh?”

Kening dicantumkan. “Yes. Saya masih manusia yang dikurniakan perasaan, what else do you expect?”

Tersenyum si lelaki, lalu mengemaskan rangkulan. Maira pula masih merenung dunia yang kecil di depan mata. Cantik. Nampak bertamadun. Nampak sangat maju… dan layak dibanggakan… tetapi siapa je yang boleh nampak kesusahan yang dialami mereka di bawah sana. Kerana nak berdiri setanding dengan jaguh dunia, yang terpaksa menerima derita ialah mereka yang bersusah payah untuk hidup dengan kos sara hidup yang tinggi. Nak tak nak, tiada pilihan untuk tidak.

Refleksi diri. Dalam kes dia pula, kerana bersusah mengejar gol peribadi dan mengejar keseronokan bagi melonjakkan nama, insan-insan yang menyokongnya dibuat macam tak wujud. Tak penting jika dibandingkan dengan kepentingan dirinya. Tidak diberi penghargaan. Tidak berterima kasih… melainkan tempelak kerana gagal menurut rentaknya yang lebih advance.

Tetapi kini, orang yang dilupakan itulah yang mengangkut beban dirinya semata-mata nak melihat keindahan buatan manusia atas izin Allah di depan mata. Maira menelan liur. 

Kau dah sangat arrogant for a very long timedah tiba masa settle down, Mairaatau kau nak mati dengan dosa yang tak ditebus taubat?

“Sayang?” Haikal memanggil. Maira terkelip-kelip, lalu menoleh.

“Em?”

“Awak dengar tak saya cakap?”

Beku. Terkelip lagi dia buat beberapa kali. “Eer… heheh?”

Lelaki itu mengeluh rendah. “Takda apa la. Abaikan. Saya baru nak ajak bercerita pasal kenangan dulu… like how we first met…”

“Oh…” Senyap. “How was it?” Haikal dipandang keliru. Lelaki itu ternganga rendah – tak percaya, manakala Maira sekadar tersengih bersalah. Pipi digaru perlahan dan bandaraya Kuala Lumpur direnung kembali. “Takda guna fikir benda yang dah lepas. Saya rasa saya nak bina life baru sekarang… carik jawapan… for everything…”

“Jawapan kepada soalan apa?”

Diam. Maira menjeling lelaki itu kemudian. “Awak… saya nak mintak izin, boleh?”

“Uih. Kenapa tiba-tiba polite ni?” Sengih. “Izin apa?”

“Benarkan saya hidup dengan awak untuk second round as your full time housewifeand awak jangan bimbang pasal Suha. I will do the talking. So, please?”


*End of ASDF*

PainaRena

I'm a total sucker at giving titles, pardon my lack of creativity =3=

011354H0615

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.