Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 43

AQI membuka mata, terperanjat. Sakit matanya bila cahaya masuk terus ke dalam mata. Dia menjerit sedikit. Sakit. Mata perlahan-lahan dibuka dan tangan dilihat. Lengan berbalut sepenuhnya hingga ke ketiak. Aaah. Perlahan-lahan tubuh dipaksa bangun, bersandar bersokongkan tangan walau tidak lama kerana perit di sendi siku. Kepala memandang sekeliling.

Mana ni?

Bilik itu sempurna set perabotnya. Katil, meja, almari, cermin, dan aksesori lain. Aqi menekan pangkal hidung. Tidak ingat bila masa dia dibawa ke sini.

Selimut diselak. Tubuh yang tidak berpakaian terdedah dengan udara kering. Aqi merenung kosong badannya sendiri, lalu selimut ditarik menyelimutkan diri. Kaki dibawa turun ke lantai. Telapak kaki terasa janggal bertemu lantai yang berkarpet. Aqi berhenti seketika. Menarik nafas. Terasa penat. Lalu dia bangun, berdiri. Hampir terjatuh kerana sakit di otot, tulang dan sendi. Tahap kesihatannya sekarang nyata kurang stabil kerana sihat yang diragut. Kaki mula melangkah walaupun agak perlahan.

Aqi melangkah ke tingkap yang berpagar, memerhati sekeliling. Perasan dirinya berada di tingkat dua. Pokok di hadapan bilik cukup besar dan menghalang pandangannya dari melihat apa dia di sebalik pokok itu. Hati menyoal lagi. Mana ni? Kepala menoleh, melihat katil. Aqi menoleh kiri dan kanan, membaca persekitaran. Otak mengimbau kembali kenangan yang masih segar di minda.

Selepas pandangan yang tiba-tiba gelap di parking kereta hospital, dia tersedar dalam sebuah bilik yang gelap dan cuma dihiasi sebiji mentol kecil yang tergantung siling. Bau hamis di bilik itu cukup menyengat hidung. Tak kiralah bau rokok, bau arak yang keras, bau tengik seperti di sarang pelacuran, bau busuk sampah sarap, bau-bauan yang tidak menyihatkan… semuanya masih pekat di hidungnya sehingga kini. Ruang bilik itu cukup sempit dan sangat tertutup. Udara segar hampir tiada kecuali bila satu-satunya pintu yang menghubungkan ke dunia luar terbuka.

Bukannya Aqi tidak mencuba untuk keluar dari situ, tetapi dirinya cukup dipermainkan sepuas-puasnya secara fizikal, mental dan psikologi. Sendi-sendi tubuhnya dilukakan supaya menyukarkan pergerakan. Tubuhnya akan dipukul, tendang dan tampar setiap kali berlagak berani dan berniat untuk melarikan diri. Kadang-kadang diikat di atas katil supaya mudah tubuhnya dijelajah sesuka hati dan seterusnya dibiarkan begitu buat beberapa hari untuk menerima seksa lapar dan haus. Bila dia meminta, cuma air setan yang dihulur. Bila Aqi menolak, air itu dipaksa melalui kerongkongnya hingga terbatuk-batuk. Penerimaan seksa dunia itu berlanjutan lamanya.

Aqi tidak pasti berapa lama masa telah berlalu, kerana sepanjang masanya di situ, tiada malam atau siang yang menentukan bangun dan tidur. Apa yang diingati cumalah dirinya dijadikan permainan seks dan seperti beg pasir untuk pemain boxing melepaskan tendangan dan tumbukan berat. Semakin lama, api kehidupan di mata hitamnya mula malap, dan akhirnya Aqi tidak pernah melawan dan cuma menyerah.

Sehingga satu soalan ditanyakan ke telinganya setelah lelaki itu selesai melampiaskan nafsu buat kesekian kali. Aqi tidak mengenalinya, kerana yang menyeksanya mahupun yang merogolnya bukannya seorang. Bilangan mereka, ramai.

“Kau masih nak hidup atau dah mula nak merasa mati?”

Dia nak hidup. Dia nak hidup. Dan dia akan terus hidup selepas membunuh lelaki ini!!

“Hidup…” Bibir keringnya menjawab.

Di dalam bayang yang gelap, Aqi nampak senyum di bibir hitam itu. Dia seterusnya hilang kesedaran diri.

Aqi berkalih dari tingkap, mendekati daun pintu. Dia bergerak ke koridor bilik dan sampai ke tangga yang membawanya terus ke ruang tamu. Kosong walau penuh dengan perabot. Kaki dibawa ke pintu utama. Berkunci dan berpagar. Mata dibawa ke semua tingkap yang ada. Semuanya bergerigi. Sama seperti tingkap-tingkap di tingkat atas. Aqi beralih ke dapur.

“Oh, Aqi.” Aqi terkejut. Hadi yang sedang menggoreng sesuatu di dapur masak, tersenyum padanya. “Kau dah bangun? Makanlah dulu.” Sosej diletakkan di atas pinggan yang dah tersedia.

Aqi terus merenung lelaki itu melakukan kerjanya. Dia ‘kawan lama’ yang ditemui di Langkawi. Ingat. Pedulikan lelaki itu, gadis itu bergerak ke pintu dapur. Pun berpagar juga. Tangannya menggenggam gerigi pagar lalu cuba ditolak. Sahih berkunci.

“Kau takkan dapat keluar dari sini.” Hadi memberitahu tanpa menoleh.

Aqi berkalih, nak keluar dari dapur namun bunyi ‘klik’ merenjat langkah. Dia menoleh, melihat pistol yang dihalakan padanya.

I told you you’re going nowhere, bitch. Sit.” Hadi mengarah dengan muka mengugut.

Aqi senyap, namun menurut. Punggung dilabuhkan ke kerusi. Lelaki itu tersenyum kembali, menyimpan pistol automatiknya di belakang pinggang. Pinggan berisi sosej ditolak ke hadapan Aqi.

“Makan. Kau jugak yang cakap kau nak hidup. Ada 100Plus sekali. Kau suka 100Plus kan?” Botol energy drink itu dibawa keluar dari peti sejuk dan diberikan pada gadis yang masih beriak kosong itu. Aqi merenung sosejnya.

“Kau yang culik aku?” Akhirnya bertanya. Hadi menggeleng kepala.

I buy you from them. It took a while sebab they wanted to try you first, tapi akhirnya aku dapat kau.” Tersenyum lebar dia, mencuit dagu Aqi. Hadi melabuh duduk di sebelah gadis itu. Sosej dipotong kepada potongan yang lebih kecil dan lalu disua ke mulut Aqi.

Gadis itu senyap. Mulut perlahan-lahan dibuka, menerima suapan itu. Hadi tersenyum lagi.

I like it when you obedient.” Sosej disuap ke mulut sendiri.

Aqi mengunyah perlahan. Rias Umar melayang di ruang fikiran, tersengih nakal meminta suap. Mata dipejam dan Hadi dikerling lagi.

Who’re them?”

Some sindiket.” Sosej masuk dalam mulut. “Dorang responsible for recruiting pelacur untuk pusat-pusat kelab malam seluruh negara. Some of them even dijual kat luar negara. Some of them macam kau, kuat rebel. Well, those yang nak sangat merasa mati tu, we give them mati.” Aqi direnung bersama senyuman licik. “Kalau kau jawab kau nak mati masa aku tanya hari itu, your organs pun dah dijual kat black market. Talk about making a human business. Kaya overload!” Mata dibuntangkan besar.

Pun? Kening Aqi bercantum dengan pandangan ditala pada sosej di piring. “Name?” Suara garaunya diluah keluar, bertanya.

Hadi menjeling, tersenyum. Tidak mungkin dia akan membongkarkan sesuatu sesulit itu. Gadis yang masih beriak kosong itu direnungnya, lalu wajah dirapatkan. “You know I love you so muchsejak zaman universiti kan? Why wont you smile at me? I really love your bright smile.”

Aqi menolak pandangan ke tempat lain. Hadi mengangkat kedua belah tangan ke paras bahu.

Fine. Aku partially bersalah bab kau dikurung dalam bilik underground tu. Tapi hey, lady. Your will power memang amaze me dari dulu lagi.” Hadi menarik kerusinya rapat pada gadis itu. “I did hear what they did to you. Like slaughtering, raping, left you starvingand look at your beautiful body, apa dah jadi? Full of scars…” Selimut yang menutup tubuh itu ditariknya, mendedahkan parut di bahu kiri Aqi. Gadis itu menepis tangan Hadi, menyelubung dirinya lagi. Lelaki itu tersengih.

There’s nothing I haven’t seen, lady. Untuk apa nak malu?”

Aqi menjeling tajam dan Hadi melepaskan ketawa.

“Apa yang aku dah buat sampai kau buat begini kat aku?”

“Em… soalan kau bosan.” Lelaki itu bersandar. “Simply because I fond for you. Tenderly. Sejak dulu lagi. Tapi kau reject aku… kau pergi kepada Ahmad celaka tu… kau patahkan hati aku, tahi babi!!” Hadi menjerit lantang di depan muka Aqi. Memercik air liur ke muka wanita itu. Terperanjat dia. Hadi kembali duduk, menarik nafas dalam. “Tapi tak apa… the past is a past. Sekarang aku dah dapat kau, though.” Muka ditopang dengan lengan.

Aqi terdiam. Hadi mengukir senyum lagi.

“Kau takda apa-apa lagi nak cakap?”

Terus diam. Hadi menjungkit bahu.

Fine. I guess trauma sebab disimpan dalam bilik bawah tanah tu memang hurt you a lot. It is still impressive bila kau cakap kau masih nak hidup despite all the things you’ve experienced in the cell. I really love your guts…”

Senyap dah terus senyap. Aqi tidak melayan kata-kata lelaki itu, sebaliknya terus melata pandang pada pintu dan tingkap. Mencari lubang untuk keluar. “Aqi…” Hadi bangun, lalu merapat. Selimut yang menutup tubuh itu ditariknya, mendedahkan sekujur tubuh kecil di mata Hadi. Lelaki itu terus tersenyum. “Tell me. Are you planning to get away from me?” Terus merapat.

Aqi mengelak. Tidak mampu rasanya untuk membiarkan dirinya terus dipermainkan oleh watak utama si penjahat. Hadi mencengkam tangannya lalu tubuh Aqi dihempas ke atas meja. Sakit belakangnya bertembung dengan sisi meja, dan kedua belah tangan ditahan lelaki itu. Hadi menemukan wajahnya ke tubuh Aqi. Wanita itu pula terus meronta walau gagal melepaskan diri. Cuma air mata yang mampu mengalir, menangisi kelemahan diri.


DAH beberapa hari berlalu. Aqi semakin pulih dari luka-luka yang didapati semasa ditahan di bilik bawah tanah dahulu. Puas sudah dia mencari ruang dan lubang yang mampu dia selit untuk keluar dari penjara baru ini, tetapi masih tiada hasil. Satu-satunya jalan keluar ialah pintu rumah. Namun, apa dia di luar sana masih misteri buatnya, kerana Aqi tidak pasti andai dia keluar nanti, adakah musuh yang pertama kali dijumpai atau orang awam yang tidak mengerti apa-apa. Apa sekalipun, dia kena merancang!

Hadi masuk ke bilik semasa dia masih bersolat. Lelaki itu merenungnya tanpa kata dan beralih ke katil. Enggan mengganggu. Telekung yang dibuat dengan selimut, cadar dan tuala yang dijahit sendiri diguna pakai untuk menutup tubuhnya. Tidak mungkin lelaki itu nak menghulurkan telekung yang betul-betul sempurna.

Aqi selesai bersembahyang bila Hadi yang berbaring di atas katil, menegur. “Kenapa kau bersembahyang?”

Aqi menjeling. “Kenapa bertanya?”

Hadi menjungkit bahu. “Useless. Bukannya tuhan boleh tolong kau lepaskan diri dari aku.” Siling dipandang. “Takde maknanya nak sembahyang-sembahyang kalau benda tu sia-sia.”

“Kau… pergi surau masa kat uni dulu, kan?” Pelik dia.

“Pergi berlakon je. Orang melayu ni kuat mengata bila ada orang lain buat benda yang lain dari mereka selalu buat. Tak dapat nak terima perbezaan, kelainan…”

Aqi terdiam, menunduk. “Kau… tinggalkan agama kau?”

Hadi menoleh. “Aku masih islam.”

“Tapi?” tambahnya. Tahu ayat penyata itu masih tidak dihabiskan. Hadi menghela nafas panjang.

You know it. There’s no way kerajaan Malaysia membenarkan rakyatnya tukar agama. Tapi aku tak tukar pun… aku cuma tak percayakan sesuatu yang tak nampak macam tu. All those dosa pahala… bullshit. Sembahyang setiap malam pun pointer aku tak pernah 4 masa uni. Solat hajat cemane sekalipun, kau tetap pilih Ahmad celaka tu daripada aku.” Dia mendengus. “Tapi, I guess in term of niat, aku dah pun keluar.”

“Tapi in the end, aku tak kahwin dengan Ahmad pun.” Aqi bersuara dengan nada sedih. Sangat sedih kawan lama ini berubah begini. Sebab salah cara berfikir, maka dia salah mengerti tujuan ujian Allah, dia salah mengerti apa makna takdir, dia salah semua persepsinya terhadap agama. Lantas, bila tiang tiada, rumah roboh dan huru hara. Jadi sebab itu dia kini jadi begini.

Hadi mencemik. “Tapi kau masih kahwin dengan orang lain? Who’s that bastard?” Teringat lelaki bertubuh sasa di samping Aqi semasa di Langkawi dahulu. Lelaki itu yang menemani wanita ini 24 jam, dan lelaki itu yang adiknya, Puteri jatuh cinta. Hadi merenung belakang tubuh Umar yang memeluk Aqi di pantai pada malam makan malam di hotel dahulu di siling sana. Mata hitamnya membara dengan dendam.

My love,” Aqi menyahut selamba.

Terpercik dengki mendengar kata-kata wanita itu. Hadi berkalih, berbaring mengiring membelakangkan Aqi.

Aqi kembali berteleku di baju Hadi yang dijadikan hamparan sejadah. Tangan memohon, berdoa sepenuh hati. Wajah Umar yang penuh dengan luka dan lebam terbayang di ruang mata. Selamatkanlah dia ya Allah…. Sebelum aku kembali berjumpa dengannya, kembalikanlah sihat kepada ya Allah… aku merayu padaMu….

Solat taubat dilakukan atas apa yang telah dilakukan bersama Hadi sepanjang masa ini. Hidup seperti suami isteri di luar nikah, tidak pernah dia terfikir dia akan melalui kehidupan penuh dengan dosa seperti ini. Sedangkan Umar ambil masa hampir setahun untuk menyentuh hatinya, lelaki tak berguna itu langsung tidak menghormati maruahnya sebagai perempuan dan cuma tahu mencapai kepuasan hati sendiri. Tetapi Aqi masih belum mengalah. Kalau dia membangkang, peluru Glock memecahkan kepalanya. Maka dia cuba untuk menangguhkan kematian yang dihulur oleh Hadi. Selagi dia menurut, selagi itu dia hidup, dan sampai masanya akan tiba masa dia akan keluar dari sini. Dia yakin itu. Dia yakin Allah akan membuka jalan padanya selagi dia berdoa dan berusaha. Dia yakin dia akan bertemu muka dengan lelaki tersayangnya kembali. Dia yakin.


SUASANA di wad Umar cukup hening pada tengah malam itu. Batrisya yang menjaga si adik merenung langit malam yang penuh dengan bintang. Malam ini entah kenapa dia terasa nak bermalam di wad adiknya ini. Naufal dibawanya bersama untuk bermalam, dan anaknya yang berusia 4 tahun itu sudah pun terlentang di atas tikar kecil dengan selimut busuknya.

Wanita itu menghela nafas pendek, lalu merapat pada adik yang masih tidak menunjukkan sebarang prestasi. Pandangannya meredup jatuh pada bibir pucat itu. Luka Umar sudah tertutup semuanya, namun kesan luka tetap tidak sembuh dan kesedaran adik lelakinya itu apatah lagi. Batrisya menoleh pada mesin ECG. Langsung tidak mengerti apa maksud angka-angka di hujung garisan bengkang bengkok…

Bengkang bengkok?

Membulat matanya melihat garisan hijau terang itu lurus melintang. “Umar… Umar!!” Batrisya menolak-nolak tubuh adiknya. Sejuk macam ais. Darah Batrisya berderau turun dari muka, lalu mesin ECG ditepuk-tepuk. Berharap mesin yang membaca nadi itu kembali menunjukkan garisan bengkang bengkok yang sepatutnya dilihat.

Kekal lurus.

Air matanya tumpah. “Mar… Umar!!” Batrisya menjerit nyaring, menolak-nolak tubuh kaku itu lagi. Langsung tiada reaksi. Rawannya pecah dan tangisannya terlepas. Dia menekan butang yang memanggil jururawat dan doktor berkali-kali sambil terus menangis di dada yang sudah tidak berdenyut itu.

Doktor Nick datang dengan pembantu-pembantunya. Persiapan dilakukan setangkas yang mungkin dan tubuh Umar direnjat dengan elektrik.

Tiada hasil.

Elektrik disalurkan lagi. Batrisya yang memandang menutup mulutnya menyembunyikan esak. Naufal terbangun, lalu tiba-tiba menangis lantang.

Tiada reaksi.


MATA Aqi terbuntang luas. Refleks dia bangun mengejut dari katil. Basah di wajahnya disentuh. Air mata. Aqi teringat apa yang baru dilihat di alam mimpi. Umar dah meninggal.

“Mar…” Dia menangis. Rangkulan Hadi pada pinggang ditarik supaya melepaskan dan dia mengheret kaki ke luar bilik. Sambil melangkah, dia terus menangis dan menangis. Gelap malam langsung tidak menghalang dia melangkah di seluruh rumah kosong itu. Pintu utama didekati, dan pagar masih berkunci. Aqi terduduk, menangis di muka pintu. Nama Umar disebut berkali-kali dan tangannya dipanjangkan ke luar. Esak, tangis dan hibanya hanya dikongsi sendiri.

Lampu ruang tamu terbuka. Aqi menoleh ke belakang, melihat Hadi merapat. Muka lelaki itu mamai sekali.

“Aqi… kenapa?”

“Hadi… keluarkan aku please… Umar… Umar…” Dia menangis, merangkak dan memeluk kaki lelaki itu. Mendengar suara hiba Aqi, lelaki itu sedar.

“Kau dah kenapa ni?”

“Keluarkan aku Hadi… tolong. Keluarkan aku dari sini… aku nak jumpa Umar… tolong aku, tolong… aku nak jumpa Umar… Umar…”

“Umar… Umar! Laki kau tu dah mati kau sedar tak?! Lelaki celaka tu sepatutnya dah mati lepas eksiden tu! Tak guna kau nak ingat pasal dia! Kau hidup ngan aku lepas ni!!”

“Umar tak mati lagi!!” Aqi membalas lantang, lekas bangun. Tangisnya sudah tiada, namun menghasilkan mata yang merah sekali. Bloodshot. Dia nak jumpa Umar. Semangat yang membangunkan dirinya sekarang cumalah atas sebab nak jumpa suaminya! Dia nakkan Umar sekarang! “Aku nak kau lepaskan aku sekarang!!”

Hadi menghela nafas panjang. “Jangan bermimpi la Aqi. Kau tak cukup tidur ni.” Dia berkalih.

Aqi di belakangnya turun naik nafasnya menahan marah. Riak muka Aqi membengis, lalu dia menerjah ke depan, seraya melepaskan tendangan ke pelipat kaki Hadi. Lelaki itu terjatuh melutut. Deras sekali lututnya bertembung dengan lantai. Terkejut dia. Hadi menoleh ke belakang, cuma untuk melihat Aqi membaling botol arak ke kepalanya dari rak arak dengan riak bengis. Botol arak yang masih penuh berisi menghentak tengkorak dahi. Hadi terjatuh lagi.

“Perempuan tak guna…” Tangan memanjang ke sofa, mencapai pistol yang diselit ke situ. Darah yang mengalir laju dari kepala memudarkan kesedarannya segera. Namun pistol automatik itu tetap sampai ke tangan, lalu dihalakan ke Aqi namun terlepas dari tangan bila tangannya pula dipukul dengan botol arak yang masih penuh berisi. Hadi terkedu. Aqi berdiri di hadapannya dengan sinar membunuh. Botol hijau itu pula cukup kejap dalam pegangan yang kecil.

Lantas, Aqi menyerang kepala Hadi dengan senjatanya. Berkali-kali kepala itu dipukul sekuat tenaga. Telinga Hadi pecah. Hidungnya pecah. Bibirnya pecah. Wajah itu hilang bentuk asal, dan Hadi hilang kesedaran. Aqi walaubagaimanapun masih tidak berhenti menyerang. Serangan terakhir dilepaskan ke tengkorak itu sekali lagi, menyebabkan botol arak itu pecah berderai. Arak tumpah dan kaca botol bersepai di mana-mana, tercucuk jua ke kaki. Aqi masih hilang pertimbangan. Botol kaca kosong di tangannya dilihat, lalu kaca pecah itu ditujah ke leher Hadi.

Azan Subuh kedengaran, menghentikan pergerakan gadis itu sebelum sempat dia membunuh tubuh yang terkulai layu itu. Akal warasnya kembali seperti tersedar dari tidur. Aqi terduduk di atas tubuh Hadi yang lembik. Keliru dengan apa yang baru terjadi, namun dia ingat apa yang dia baru lakukan. Aqi menutup mulut. Kaca arak pecah di tangan terlepas dari tangan. Terketar dia.

“Dasyatnya aku.” Tak percaya dengan diri sendiri.

Tangan dibawa ke hidung Hadi. Lega lelaki itu masih hidup, tetapi sekaranglah peluangnya. Lalu seisi rumah itu dijelajahi. Dia tahu dimana barang-barang yang dia perlukan. Duit Hadi, pistol Hadi, pisau dapur, pakaian yang lebih sesuai, dan yang paling penting, kunci rumah. Bilik peribadi Hadi dipecahkan dengan menembak ke tombol pintu. Sahih. Bilik di hujung koridor yang lelaki itu tidak pernah benarkan dia masuk ialah dimana semua rahsia terletak. Senjata-senjata yang pastinya haram ada di situ. Semua dokumen yang ada juga dibawa bersama, diletakkan ke dalam sebuah beg belakang. Kunci rumah… kunci rumah…. Tergantung di sebelah suis lampu.

Akhirnya Aqi keluar dari rumah ini buat pertama kali. Pandangan pertamanya ialah matahari pagi yang terbit di timur. Kenangan tepi pantai bersama Umar memuncul di fikiran, memotivasikan dirinya untuk terus hidup.

I’ll come to you, awak…”

Terlebih dahulu, bilik peribadi berisi senjata tadi dibakar. Seterusnya, dengan sebatang mancis yang kecil, satu rumah dua tingkap dijilat api. Aqi memanggil orang ramai untuk datang dan memenuhi kawasan rumah terbakar itu kerana posisi rumah yang sangat jauh dari keramaian. Pihak bomba dan pihak berkuasa tiba tak lama kemudian. Aqi tetap berada di tengah-tengah khalayak itu, memastikan insan yang masih pengsan dalam rumah yang dibakarnya berjaya dibawa keluar. Redup sekali pandangannya ditala pada kepulan asap gelap yang berkepul di tengah langit. Berpuas hati boleh memusnahkan rumah maksiat itu kerana cuma api ialah senjata yang paling berguna untuk memusnahkan bukti.

Hampir pukul 10 pagi, Aqi merisik kembali berita heboh yang dia sendiri mulakan. Diberitahu, seorang lelaki dalam keadaan berdarah-darah dijumpai dalam rumah tersebut. Bila ditanya mati ke tidak, jawapannya lelaki itu masih hidup dan dah dihantar ke hospital. Aqi mengucap syukur dalam hati. Lalu dia mendekati pihak polis, melakukan laporan berkenaan kes penculikan yang berlaku padanya.

Pihak polis itu berpandangan, lalu menjelaskan bahawa Hadi sememangnya seorang penjenayah yang dikehendaki atas kesalahan menjual manusia, menjual dadah, memborong barang-barang haram seperti senjata, rokok, duit palsu, dadah dan pelacur kepada kumpulan underground yang lain. Aqi terkedu, dan terperanjat lagi bila dia mencuri dengar bahawa pihak polis menjumpai bilik bawah tanah di belakang rumah yang sudah tinggal bangkai kayu hitam yang basah. Dan apa yang telah berlaku pada Aqi cumalah permainan catur yang telah Hadi rancangkan dengan mengupah beberapa orang samseng lain untuk menculiknya. Jadi, kesimpulannya, semua yang telah berlaku ialah one-man show Hadi. Tiada kaitan dengan mana-mana sindiket lain yang disebut untuk dijadikan kambing hitam.

Terkejut.

Well, sekurang-kurangnya dia sudah diberkas. Nyawanya tidak hilang, dan ada peluang untuk balik ke rumah. Alhamdulillah buat masa ini.

Previous: chapter 42
Next: chapter 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.