HAMPIR 6 jam lampu merah di hadapan bilik
pembedahan itu menyala, barulah dia terpadam. Pesakit yang baru selesai dibedah
dibawa keluar di atas troli pesakit dan dibawa ke tempat yang sepatutnya. Farid
dan ahli keluarganya lekas menerpa namun terpaksa menahan diri dari mendekat
dan menyentuh Umar yang tidak sedar. Daten Orched hampir histeria melihat
keadaan anak lelakinya. Mulut Umar ditutup dengan corong oksigen dan luka-luka
dan lebam-lebam biru ketara sekali di wajah pucat. Farid menahan ibunya dari
terus mengejar troli Umar yang dibawa pergi.
“Ma… bawa bersabar ma, please…”
“Umar! Umar anak mama, Mar…!” Daten Orched
terus cuba meronta, cuba lepas dari
rangkulan Farid. Anak lelaki sulungnya itu memusing tubuh si ibu lalu terus
dipeluk. Wajah ibunya ditahan di bahu. Farid menahan sebak melihat ibunya
begini. Daten Orched pula terus menangis hiba dalam rangkulan anaknya. Hati ibu
mana yang tidak hancur melihat keadaan anak yang cedera parah dan berdiri di
simpang maut lebih dahulu daripadanya.
Aqi tidak melihat adegan si ibu itu.
Pandangannya jatuh ke arah troli si suami dibawa pergi. Air matanya meleleh
walau esak tiada. Maya merapat padanya dan Aqi dipeluk. Aqi meluah tangis di
bahu wanita itu.
Batrisya juga tidak terlepas dari adegan leleh.
Doktor Nick yang keluar dari bilik pembedahan itu merapati mereka. Jururawat
yang mengiringinya disuruh pergi dengan melakukan tugas tersendiri. Farid nak
dirapati namun Batrisya menghadap dirinya dahulu. Doktor Nick merenungnya
seketika.
“Keluarga pesakit?”
“Kakaknya.” Hingus cair dikesat.
“I see…
well, berkenaan Umar Darius, he’s in a coma state for now. We’ve tried
our best untuk bantu dia hidup, tapi the
rest is up to him and God. Kamu boleh terus berdoalah.” Dengan riak kosong,
dia berterus terang.
Mereka terdiam. Doktor pakar bedah itu nak
pergi namun Batrisya menahan langkahnya dengan mengutarakan soalan, “Any other complication?”
Doktor itu merenung wanita dihadapannya tanpa
riak. Farid dikerling, dan wanita tua yang sedang meraung tangis dalam
rangkulan rakannya itu menarik perhatian. Maya dan Aqi yang berpelukan juga
dipandang dari hujung mata. Mata hitamnya kembali pada Batrisya. Ahli keluarga
ini masih belum dalam keadaan mental yang stabil untuk mengetahui lebih lanjut
lagi, getusnya.
“For now,
saya cuma boleh cakap kami sedang menunggu progress
Umar Darius,” senyum.
“Jadi, bila kami boleh lawat dia?”
“48 jam dari sekarang, mungkin saya benarkan.”
USAI solat hajat berjemaah di ruang tamu, Aqi
mengundur diri ke biliknya sendiri. Tiada mood untuk berhadapan dengan ahli
keluarganya yang lain sekarang. Zaki yang memahami kesedihan yang melanda
keluarga ini banyak membantu dalam menguruskan dua budak kecil yang memerlukan
perhatian orang dewasa itu.
Farid memandang kain telekung putih Aqi
menghilang dari anak tangga teratas. Nafas dihela panjang, dan ibunya yang
masih menekur di kaki sejadah pula dipandang.
“Ma okey?”
Daten Orched menggeleng. Mata menitiskan air
mata lagi walau mulut masih tidak berhenti berkumat kamit, membacakan zikir dan
doa sebanyak-banyaknya untuk anak lelaki yang masih tidak sedarkan diri dalam
wad ICU. Farid merenung belakang tubuh tua itu redup, lalu dia turut bersila di
sisi ibunya. Menemani.
Maya di pintu dapur merenung keduanya sayu.
Dengan Munirah di pelukan, Batrisya yang duduk di meja makan sambil merenung
dinding dengan pandangan kosong didekati. Adik ipar perempuannya itu nampak
tenggelam dalam lamunan. Mukanya ditopang dengan kedua belah lengan di atas
meja.
“Bat…” Maya melabuh duduk di sebelahnya.
Munirah yang menghisap susu botol terus dirangkul. Batrisya menjeling. “Kamu…
nak makan apa-apa?”
Wanita itu menggeleng.
“Naufal macammana?”
“Atas. Zaki teman.”
Angguk. “Are
you okay?”
“Not
really…” Nafas ditarik dalam, cuba meraih kekuatan. Nama Allah disebut
berkali-kali. Cuma pada Tuhan yang satulah kekuatan batin mampu diraih. Dia
tiada sokongan tambahan yang lain. Cuma ada anak tunggalnya dan ahli
keluarganya. Batrisya menjatuhkan tangan kanan, dan kepala memandang ke tempat
duduk di hujung meja. “Baru je sebelum tu Pocky masuk lubang hidung dia masa
tengah sarapan. And then suddenly
involved dalam accident on the way nak
kerja? How idiotic is he?” Maya memanjangkan tangan di atas meja,
menggenggam tangan Batrisya. Wanita itu menoleh, lalu tersenyum sumbing. “Kau
ni sama je dengan Aqi. Nangis tak berlagu.”
Maya tersenyum sumbing, lalu mengesat air mata
yang meleleh tanpa dapat ditahan. “Kesedihan ni terlalu dalam.” Pandangan
ditala ke luar. “Terus terang, hubungan keluarga Maya takdelah rapat sangat
sebab masing-masing dah fokus dengan hidup masing-masing. Still, masih bersedih kalau sesuatu berlaku antara kami, tapi bagi
hubungan family korang yang sangat
rapat…” Maya menggigit bibir. “I can’t
help myself…” Wajahnya kemerahan, seraya pergelangan tangan mengesat air
mata yang nak menitis. Munirah tiba-tiba merengek sedikit, mungkin mengesan
sedih di hati si ibu. Maya lekas memujuk. Sabar dipakukan sekuatnya.
Batrisya tersenyum segaris. Senyuman kecil itu
menghilang mudah bila lamunan menyapa. Dinding direnung dengan pandangan
kosong, namun mata hati Batrisya memandang lebih jauh ke belakang. Pada
kata-kata Doktor Nick semasa dia dan Farid berjumpa dengan doktor pakar bedah
secara sembunyi.
Kecederaan Umar amat parah, terutama pada
bahagian kepala dan perut. Tulang patah 16 kerat termasuk tulang kaki dan
tangan, besi yang tertusuk perut dan pendarahan dalaman. Otak pula mengalami
gegaran dasyat. Pertembungan Honda Umar dengan trailer yang sedang diparking
di selekoh tajam nyata hampir meragut nyawa adik lelakinya itu. Kira tuah Umar
juga kerana tindakan pantas para medic
dan dihantar terus ke hospital berdekatan sempat menyelamatkan nyawanya dari
kehilangan darah yang lebih teruk.
Dah takdir Allah si adiknya itu terlibat dalam
kemalangan. Batisya cuba menerima qada dan qadar yang tersedia dengan seikhlas
hati. Cuma kasihannya pada Aqi tidak terkata jumlahnya. Selepas kematian Danny,
mampu ke adik iparnya itu menerima satu lagi kehilangan dunianya?
Nafas ditarik dalam. Lamunannya berkecai bila
Farid bersuara dari pintu dapur.
“Nick text.
Kita boleh lawat Umar esok.”
RIAS wajah yang pucat di cermin direnung
kosong. Aqi menarik nafas dalam. Tangan menadah air lalu diraup pada wajah,
berharap agar kesegaran kembali pada wajahnya. Enggan bertembung dengan Umar
dengan muka kusam.
“Semangat Aqi, semangat! Dia takkan suka
tengok kau tak bersemangat!” Tangan digenggam kedua belah, meraih tenaga
dalaman. Penumbuk diletakkan di depan cermin tandas hospital itu, bro fist pada imej di cermin.
Dia melangkah keluar dari tandas hospital yang
tersembunyi di lobi hospital. Aqi menghampiri lif. Mata merenung kosong diod
merah yang menyala menunjukkan angka di skrin hitam kecil. Pandangan dialihkan
dan dia berkalih badan, menuju ke tangga kecemasan. Lalu kakinya berlari
ringan, naik ke tingkat di mana Umar ditahan wad.
Suaminya itu masih di dalam status kecemasan.
Dia diletakkan di dalam wad persendirian di mana doktor yang khusus boleh
datang dan mendiagnos perkembangan kesihatan tubuh pesakit yang koma itu.
Corong oksigen masih tidak ditanggalkan dari mulut yang pucat, dan lengannya
penuh dengan wayar-wayar yang bersambung dengan paket-paket cecair pada tiang
I.V. Aqi tidak mengerti terma perubatan tapi sekurang-kurangnya dia faham semua
itu penting untuk Umar.
Nafas turun naik deras, sedikit mengah. Aqi
tiba di koridor wad persendirian itu. Dia bertembung dengan Farid yang baru
keluar dari wad Umar.
“Kau dari mana, Aqi?”
“Tandas…”
“Bat teman kau hari ni. Nanti petang Maya
bawak mama naik sini lepas dia kerja. Bila kau tengok Umar… bawak bersabar
tau.” Bahu adik iparnya itu ditepuk sebelum si abang itu pergi dari situ. Aqi
merenung datar, menghantar belakang bidang itu pergi. Belakang tubuh yang
menampung seluruh isi vila Orked termasuk dirinya. Aqi menekur pada lantai
sebelum menapak perlahan ke pintu wad.
Kaki menapak perlahan ke katil Umar. Batrisya
menoleh bila terdengar pintu ditutup.
“Oh, Aqi.” Wanita itu bangkit dari kerusi di
sebelah Umar saat adik iparnya mendekat. “Kamu dari mana? Tiba-tiba
menghilang.”
Gadis itu tersenyum nipis. “Tandas…”
Batrisya mengangguk. Pandangan dijatuhkan pada
adik lelakinya. Lebam-lebam di wajah cukup ketara birunya dan tubuh Umar
berbalut di seluruh badan hingga ke kepala. Kapas turut menutup sebelah mata.
Batrisya tidak pasti macammana keadaan mamanya bila sampai petang nanti bersama
Maya. Wanita itu menjeling. Aqi yang tegak berdiri di sebelahnya merenung insan
yang terbaring itu dengan riak kosong. Cukup sukar bagi Batrisya untuk
menganalisis apa yang Aqi sedang fikirkan. Sedang bersedihkah dia?
“Aqi? Duduk la.” Belakang Aqi ditepuk
perlahan.
Aqi tidak beriak, namun menganggukkan kepala.
Kerusi ditarik, cukup rapat ke katil. Aqi merenung muka pucat itu redup. Sudah
seperti mayat gayanya. Cuma talian hayat yang masih bengkang bengkok pada mesin
ECG di sebelah katil yang membuktikan nadi Umar masih berdenyut. Nafas ditarik
panjang melalui hidung. Aqi memanjangkan tangan, menyentuh tangan Umar. Masih
ada haba. Masih hidup. Liur diteguk. Kesat sekali melalui anak tekak. Tekaknya
terasa kembang. Mata dah semakin panas dan dah tak mampu ditahan. Aqi menarik
nafas dalam lagi, sedalam-dalamnya. Menahan rawan. Menahan rawan. Menahan
rawan.
Lambat-lambat kepala tertunduk jua dan titis
air mata jatuh ke jeans hitam. Bibir digigit sekuatnya, namun esak itu
kadang-kadang terlepas tanpa dapat ditahan. Tangan kasar si suami digenggam
seeratnya. Bahu turut menggigil, menunjukkan betapa goyahnya hati si perempuan.
Batrisya di belakang berpeluk tubuh. “What, you ended up crying afterall…”
bisiknya pada diri sendiri. Si kakak ipar itu merapat, lalu bahu Aqi diusapnya
perlahan. Berniat nak memujuk dan memberi sokongan, tetapi Aqi sebaliknya
semakin lemah dengan hiba yang meruntun. Makin rendah dia menunduk. Batrisya
terperanjat sedikit.
“Erk…”
“No…
I shouldn’t cry… I shouldn’t…” Lekas tubuh ditegakkan kembali. Air mata yang masih
deras meleleh dikesat sepuasnya. “Dia tak suka tengok Aqi nangis. So Aqi, jangan nangis!” Dada ditepuk
sekuatnya.
Batrisya di belakang terkedu seketika, lalu
tersenyum nipis. “Its okay to cry
kalau perlu.”
“Tapi sekarang tak perlu…” Aqi menarik nafas
dalam sehingga dada kembang. Mengawal emosi. Mengawal rawan. Mengawal hati.
Tangan yang basah dilap pada baju lalu dibawa pada tangan suaminya itu lagi.
Ibu jari meramas perlahan belakang jemari Umar.
Batrisya mencangkung, mengintai wajah itu dari
sisi. “Akak tak berapa nak faham dengan kamu sebenarnya Aqi. You know how much Umar melekit dan
melekat dengan kamu, tapi reaksi kamu kadang-kadang buat kami… even Bang Farid, takut yang korang akan berpisah.
Tapi sebenarnya kamu memang sayangkan adik akak, kan?”
Aqi menjeling, melihat senyum itu. “Yeah. Aqi
sayangkan dia.” Mata Umar yang berkapas dipandang lagi. “Its kind of hard nak mengaku sebelum ni, tapi actually I love him afterall.” Jari Umar digenggam. “I don’t know sejak bila… tapi I do love him…”
Batrisya tersenyum. Puas hati boleh mendengar
luahan gadis itu dari mulutnya sendiri. “Does
he know?”
Aqi senyap. Kepala menggeleng. Batrisya
mengangguk perlahan. “Tapi…” Aqi menoleh. “Dia cakap dia bahagia dengan Aqi.
Dia cakap dia redha dengan Aqi. Dia cakap… dia bahagia bila boleh kahwin dengan
Aqi. Dia cakap… dia nak buat keluarga dengan Aqi. Dia cakap… dia betul-betul
cintakan Aqi. Dia cakap…” Retak. “…dia nak anak yang ramai dengan Aqi. Dia
cakap…” Esak. Batrisya bangkit berdiri. “…dia cuma nak Aqi. Dia…” Suara Aqi
tenggelam pada pakaian Batrisya. Wanita itu memejam mata, memeluk Aqi
seeratnya. Gadis itu meneguk liur yang masih terasa berpasir, lalu mata
dipejam. “Dia… nak hidup dengan Aqi…”
“Dah… dah… shh…” Kepala bertudung itu dicium.
“Akak faham. Akak faham. Tenang Aqi…”
Dan Aqi melepaskan tangis yang tidak habis,
membenamkan esaknya dalam pelukan si kakak ipar dengan harapan tidak didengari
di telinga Umar. Tanpa pengetahuan keduanya, Nick yang berdiri di luar pintu
yang tak bertutup rapat sekadar bersandar pada dinding dan berpeluk tubuh.
Setiap bicara dua wanita itu dicuri dengar.
Petang menjelang. Umar sedang diperiksa oleh
sekumpulan doktor-doktor yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.
Doktor Nick ada sekali dalam kalangan mereka di samping seorang doktor yang
lebih berusia dan berlagak seperti ketua di situ. Dia yang paling banyak
bercakap dan memberi arahan apa yang perlu di lakukan kepada doktor-doktor yang
lain. Aqi dan Batrisya cuma memandang dari tepi, memerhati mereka yang bercakap
sesama sendiri dalam jargon perubatan.
Selepas kumpulan manusia berkot putih labuh
itu pergi, Aqi merapat kembali ke katil. Batrisya pula menyambut kehadiran Maya
dan Daten Orched yang baru sampai. Seperti yang dijangka, si ibu itu retak hati
lagi melihat keadaan Umar. Batrisya membantu Maya menenangkan ibu kandungnya
itu. Bila dah dirasakan tenang sedikit, barulah Batrisya membawa Aqi keluar
dari bilik wad. Aqi masih tidak melepas pandang pada si suami itu sehingga
pandangannya dihijab daun pintu yang bertutup.
Semasa melalui lobi hospital, Batrisya
tiba-tiba dipanggil doktor Nick. Lelaki tinggi dengan kot labuh putih itu
mengkehendaki wanita berambut alun itu seorang, lalu Batrisya meminta Aqi
beredar dahulu dan menunggunya di tempat letak kereta. Aqi menurut tanpa soal.
Batrisya pula kembali menghadap doktor lelaki itu.
“There’s
something I gotta say. Kami kena pindahkan adik kamu ke unit rawatan neuroscience malam ini. There’s improvement dalam pemulihan
otaknya. So, buat masa ni kamu
sekeluarga tak boleh lawat dia selagi dia dalam jagaan unit rawatan pakar kat
bangunan biru sebelah nu.”
“Improvement?”
Cuma perkataan itu yang didengari Batrisya. Bersinar matanya gembira dengan
senyum meleret lebar hingga ke telinga. Doktor itu merenungnya.
“Ya.”
“Oh…” Dagu ditunjal, memikir. Lelaki yang masih
merenungnya itu dipandang. “Doc dah
bagitau abang saya?”
“He said
to leave it to you.”
“Leave
what?”
“Your
signature untuk kebenaran ahli keluarga.” Kepala diisyaratkan ke belakang,
dan doktor itu berkalih ke biliknya. Batrisya terkelip, lalu menurut.
Sementara itu, Aqi di tempat letak kereta
berdiri berseorangan dengan tangan berpeluk tubuh. Tubuh disandarkan pada MPV
putih Batrisya sambil kaki digoyang-goyangkan bersama siulan rendah pada bibir.
Dah beberapa minit berlalu namun si kakak itu masih tidak sampai.
“Where
is she?” Aqi mencekak sebelah pinggang. Handphone
dikeluarkan dan nombor Batrisya didail. “Akak? Lama lagi ke?” Terus bertanya
bila talian bersahut.
“Ah, Aqi. Sorry.
Akak baru masuk parking ni. Kamu
masih kat sana kan?”
Gadis itu menghela nafas panjang. “Iye…” Kaki
melangkah setapak dua, meninggalkan MPV itu seketika. Kepala dijengul meninggi
ke atas, cuba mengintai pergerakan tubuh yang dikenali itu di pintu masuk parking lot. “Doktor tu cakap pasal apa
je?” Aqi mencari-cari.
“Em? Dia nakkan tandatangan pengesahan
keluarga. Umar nak dipindahkan – ” Ayat termati di hujung lidah bila terdengar
bunyi jatuh. Batrisya berhenti bercakap. “Hello? Aqi?”
Sementara itu, Aqi di parking lot sedang diangkut dua lelaki yang memeluk kedua belah
kaki dan tubuhnya kejap. Cukup mudah kerana saiz tubuh yang kecil dan ringan.
Gadis itu walaubagaimanapun terus meronta sekuat hati sebelum mulut dan hidung
ditutup dengan sapu tangan yang berisi klorofom. Bau yang pekat meloyakan
membuat Aqi lemah dan mula hilang kesedaran. Mudah sahaja gadis bertubuh kecil
itu dimasukkan ke dalam sebuah van hitam. Pintu ditutup deras. Dan van itu
dipandu keluar saat Batrisya sampai pada MPV putihnya.
SEBULAN telah berlalu. Sepanjang masa itu Munirah yang
sedang dalam proses pembesarannya itu sudah mula mampu berlari. Naufal melekat
sangat padanya, suka bermain dengan sepupu perempuan yang muda dua tahun itu.
Zaki yang dah macam abang kandung mereka pula memang cukup berdaulat. Jika
hendak diceritakan salasilah keluarga mereka, mungkin agak rumit kerana tiada
hubungan darah pun… tapi siapa kisah? Siapa cakap kena keluar dari lubang najis
yang sama jika hendak memaknakan suku kata keluarga itu ke tahap maksima?
Aqi masih menghilang, tidak dijumpai. Farid belum putus asa mencari. Masih
berusaha. Walaupun pihak polis cuba menjalankan tugas sebaiknya, namun penculik
itu sama tahap lincahnya dengan pihak berkuasa. Pandai bersembunyi! Memang
pengecut terhebat. Tiada sebarang jejak yang mampu dikesan bagi meneruskan
pencarian Aqi. Tiada
nota culik, tiada permintaan duit sebagai bayaran pampasan Aqi, tiada berita
penemuan mayat di dalam longkang ataupun dalam beg hitam, apatah lagi maklumat penjualan
organ dalaman kepada hospital-hospital oleh si penculik. Tiada langsung. Hingga
keluar suara-suara yang mengemukakan teori kemungkinan wanita itu sengaja
melarikan diri kerana enggan hidup bersama dan menjaga suami yang koma….
“You dare say that again, I’m the
one who’ll kill you and make the wall your grave.”
Nada Batrisya serius! Terdiam jiran-jirannya. Farid terdiam saja,
menjeling pada adik perempuannya itu. Doktor Nick si kekasih hati sama membeku,
merenung wanita yang nampak keras itu. Batrisya mendengus, membuang pandang
dari suara-suara yang mengumpat itu sebelum berkalih, meninggalkan keriuhan
majlis makan selamat untuk Aqi dan bersendirian di dapur.
Leleh.
Maya pula yang terpaksa memujuknya.
Farid yang bersandar bahu di pintu dapur memandang tanpa riak. Belakang
isterinya direnung. Sama tengah menangis seperti Batrisya. Lambat-lambat, nafas
dihela perlahan. Panjang. Seperti melepaskan beban. Belakang tubuh Batrisya
pula ditenung. Terhinjut-hinjut. Dia faham apa yang dirasakan Batrisya. Si
adiknya menyalahkan semua kesalahan di bahu sendiri kerana membuat Aqi
berseorangan menunggu di tempat letak kereta. Hari-hari yang berlalu terasa
berat kerana tekanan perasaan si adik yang disayangi itu. Tambahan lagi,
tekanan dek kemalangan yang berlaku pada Umar pula masih belum reda sebelum
ditambah pula dengan kes penculikan Aqi.
Farid merangkul nafas dalam. “Jangan nangis camtu sangat. Bukannya kau
kenal Aqi setahun dua…” tuturnya datar, hampir tidak bernada. Dua wanita itu
terperanjat, lalu menoleh. Lelaki itu berdiri saja di situ, membalas pandangan
keduanya. Tanpa pamitan, dia berkalih, kembali pada keramaian.
Maya terkedu, keliru dengan ulah suaminya. Batrisya pula dah menarik kuat
hingus cairnya. Pipi sembap ditepuk-tepuk dan dada sama ditepuk kuat
berkali-kali hingga terasa sebu.
“Wake up, Bat!” Memulihkan
semangat diri sendiri.
Maya yang memandang, terus keliru.
“AQI
macammana?” Maya menoleh, membuka bicara. Dari dulu lagi dia agak bingung
berkenaan sikap suaminya. Ya, dia maklum Farid seorang yang santai dan lepak,
namun bila dia masih bersikap begitu bila sesuatu yang buruk terjadi pada adik
dan adik ipar dimana yang seorang itu hampir hilang nyawa manakala yang lagi
seorang diculik entah ke mana, Maya merasakan dia memang layak risau bagi pihak
suaminya itu.
Farid
senyum saja, menekan minyak dan Toyota Priusnya keluar dari pusat membeli belah
itu dan terus dipandu membelah jalan. “Tak jumpa lagi. Insya-Allah dia okey.”
Tengok?
Maya
memandang saja suaminya. Farid menjeling. “Nada abang macam tak risau.”
“Abang
memang risau, tapi bila sedar orang yang dirisaukan ialah Aqi, abang rasa
tenang sedikit.” Mata kembali memandang jalan. “Maya pun tak payah risau
sangat.”
Menggeleng
wanita itu. “Dia diculik bang.” Kenyataan dibentang. Bingung melihat sikap tak
endah suaminya.
“Ya.”
Farid ketawa kecil kemudian, membuat Maya mengerut dahi. “Diculik. Entah apa
dia dah buat kat penjahat tu kali ini.”
Nyata
Maya blank. “Apa maksud abang?”
Farid
menjeling lagi. Ya. Maya tak tau. Maya datang lambat. Nafas terluah. Berat nak
bagitau. “Aqi… sangat tegar. Fizikal dia kuat, tapi mental ada problem sikit la, agak lemah, terutama
sejak Danny meninggal. Tau kan?” Angguk. “Sebelum Aqi diangkat Danny…”
“Diangkat
Danny? I thought dia adik angkat
abang?” Pelik pula dia, tidak faham kerana terma beradik angkat yang banyak
sangat di sini.
Farid
terdiam bila bicaranya disampuk. “Pendek kata, she’s been through a lot. Jenis yang bukan macam sayang atau Bat
atau Alice…” Diam seketika. “Anak yatim piatu dan diangkat Danny, dan Danny
yang dulu bukan stok Danny yang sayang kenal. Hahaha.” Ketawa pula dia. “In other word, Aqi was well raised by a criminal.”
“Cr… criminal?!”
Terperanjat!!
Farid
mengangguk. “A tyrant. Tak kisah la
pasal tu, tapi Aqi memang boleh uruskan kalau pasal game undergroundtu. Sayang tenang. Tugas kita, cari dia je.”
Kaku
wanita itu. Sungguh! Langsung tak sangka. Entah apa reaksinya kalau tahu
sejarah keluarga Aqi. Farid menjeling saja, kekal tersenyum. Dimatanya
terbayang wajah mereka.
Aqi
dan Umar….
Seorang
dibesarkan penjenayah, seorang anak penjenayah. Sangat sesuai.
MATA
Umar dibuka dan disuluh. Anak mata berwarna hazel
nut itu mengecil, bereaksi pada cahaya. Nick menulis dalam laporan.
Denyutan nadi pula diperiksa. Bacaan pada mesin ECG dibaca, ditulis dalam
laporan. Sukatan air dilihat, ditulis lagi. Suhu badan Umar….
Setelah
siap memeriksa, dia menoleh, melihat kekasih hati dan rakannya itu.
“Still the same.Takda perkembangan.”
Farid
mengangguk. Batrisya tak bereaksi. Keduanya sama merenung muka yang hampir tak
nampak dek balutan yang menutup muka itu. Masih tiada perkembangan… eh…
“Kira
memang takda harapan la ni?”
“Ada…
tapi sangat sedikit. I can say a jot.”
Farid
menoleh, “That’s convincing.” Diluahkan
sarkastik. Geram.
Nick
sekadar mengangguk kepalanya sekali. “It
can still be proud of. Kecederaan di mana kita boleh anggap membawa maut, he can still endure it. His will power,
amazing.”
Bibir
mengukir senyum nipis. Bangga sedikit bila adik dipuji.
Nick
menoleh, mengepitkan borang dengan kertas keras itu di ketiak. “Isteri dia
macammana?”
“Same. Takde result. Not a clue.”
Pandangan rakannya sejak sekolah menengah itu dibalas. “Lainlah kalau dia
sendiri datang kepada kami.” Pandangan ditala lagi pada Umar. Batrisya senyap
saja dari tadi, tak menyampuk langsung. Dia melabuh punggung di kerusi sebelah
Umar, merenung wajah adiknya. Sayu di hati tiada siapa yang tahu kecuali Allah.
Batrisya berdoa sesungguh hati. Nick dan Farid sekadar memandang dari belakang.
Orang
cakap orang koma boleh mendengar suara orang di luarnya. Batrisya kurang
percaya sebab tiada bukti yang kukuh, tapi sekarang dia mahu mencubanya.
“Mar…
akak ni… kamu ada di sana?” Rambut adiknya diusap sesekali. “Kami sayangkan
kamu, tau tak… Mar…” Sedih sendiri “Mar… akak sayang kamu… sangat-sangat…
bangun la cepat. Aqi pun tak jumpa lagi… akak takut benda buruk berlaku kat
dia…” Menangis. “Kenapa kamu berdua tak habis-habis buat kami bingung…?” Terus
menangis.
Dan
Farid dan Nick di belakang memandang saja, tak berniat nak memujuk. Batrisya
dibiarkan melepaskan perasaan. Itu yang terbaik untuk wanita berhati keras itu.
Si pakar bedah menoleh pada CEO hotel IsOrche itu, menghantar isyarat mata supaya
bergerak ke luar. Farid tidak bereaksi. Belakang adiknya dikerling seketika,
lalu keluh terhembus. Gerak langkah Nick diekori tanpa bunyi.
“Naper?”
terus menyoal setelah pintu ditutup. Nick bersandar pada dinding.
“Aku
tak sanggup nak bagitau depan Batrisya. Umar Darius dah makin lemah.” Terus
terang.
Terperanjat
Farid, spontan melangkah setapak. “Apa maksud
kau…?”
Nafas
terluah. Tangan dimasukkan ke dalam poket kot putihnya dan tubuh dijarakkan
dari dinding, memandang rakannya itu. “Aku taknak ulang. Dari diagnosis aku,
denyutan nadi Umar Darius dah makin perlahan. Mungkin masih ada masa untuk
selamatkan dia, tapi kalau terus berterusan macam ni…” Bahu dijungkit. Riak
Farid menegang.
“Kau
buat la sesuatu! Kau doktor, kan?! Memang kerja kau untuk selamatkan orang,
kan?!”
“Aku
bukan Tuhan, Farid!” tegas Nick, “Keadaan otaknya, jantungnya, his health… the vital organ’s function
dah mula deteriorating steadily. Aku
taknak bersimpati kalau itu yang buatkan orang berharap kat aku. Kau takkan nak
dengar aku cakap‘Umar Darius tak apa-apa, jangan risau, tapi
dia ada sedikit masalah yang boleh memungkinkan kematian. Teruskan berdoa’. Please!” Nick menyampah dengan kata-kata sendiri. Farid terkelip.
“Kalau tiada sebarang perkembangan positif, ada high possibility untuk Umar Darius meninggal.” Senada. Selamba,
namun serius.
Farid
mendengus. Memerah mukanya mengalih pandang pada lantai. “Takda cara lain?”
“Terus
terang…” Nick sama mengalih pandang di sepanjang koridor wad persendirian itu. “Secara
teori, aku tak percaya sangat. Emotion… really is something enigmatic.” Farid
dijeling, “My psychiatry friend cakap
that love heals. Well, frankly speaking, it sounds stupid dan impossible.
Tapi aku rasa, nothing is impossible
under God’s will… selagi Dia izinkan…”
“Kau
nak cakap apa ni?” Farid berkerut dahi, masih tidak dapat tangkap. Nick menoleh
padanya.
“Mentality. His source of motivation.” Nick menunjuk ke kepala sebelum beralih
ke dadanya sendiri. “Well… sebelum
isterinya diculik, he shows improvement
yang memberansangkan, and everything
doomed selepas tu. Something as intangible
as that is affecting his health performance, and obviously I can’t cure his
motivation.” Kuyu sekali matanya merenung dinding kosong. Mengalah dengan
sesuatu yang tak dapat disentuh.
Mata Farid memicing. Mula nak memahami.
“Jadi…”
Nick menyambung. “The woman named
Aqi… the faster you found her, the
probability for Umar Darius to
survive is higher.” Dia berkalih membelakangi Farid sambil mata masih tak
lepas memandang rakannya itu. “And of
course, this is just a hypothesis.” Terus berlalu.
Farid
terdiam, merenung lantai. Sekurang-kurangnya, ada harapan!