Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 11

LIMA tahun lepas….

Dah seminggu lebih selepas kematian arwah Dato’ Ismail. Satu rumah itu berkabung dengan kematiannya. Setiap isi rumah itu berubah tanpa mereka semua sedari. Baik Farid yang kerap kali ponteng kerja dan bermain-main di luar rumah, kini hari-hari dia ke pejabat dan menyambung usaha arwah ayahnya mencari rezeki untuk ahli keluarga vila Orked itu. Baik Batrisya yang memuram, dan Danny tidak sekalipun melepaskan perhatiannya daripada si isteri itu. Baik Daten Orched yang setiap hari cuba untuk tidak menangis, dan baik Maya yang ditinggalkan Farid untuk berseorangan di bilik setiap hari cuba untuk memujuk ibu mentuanya dan berkongsi kesedihannya. Dan baik Umar Darius itu yang masih tidak balik-balik ke Korea dan menyambung kuliahnya.

Aqi mengelamun di ruang tamu. Berbaring di atas sofa dengan dagu didirikan di lengan sofa. Dah nampak macam dugong yang berjemur di kutub, Aqi hilang fokus di mana matanya harus merenung. Entah apa yang difikirkan.

Zaki yang masih kecil melangkah ke arahnya kemudian dengan buku cerita di tangan. Aqi disedarkan. Gadis itu tersenyum, lalu duduk. Si kecil 4 tahun itu ditarik ke atas riba.

“Snow White? Takde buku cerita lain yang lebih kejantanan ke Zaki? Ambik la buku Saad bin Abi Waqas tu…” Bibir dimuncungkan ke arah buku sirah sahabat nabi tersebut yang terletak elok di atas pemain DVD. Zaki baru nak bangkit sebelum sebiji bantal sofa tiba-tiba melayang dan menghentam muka Aqi. Budak kecil itu terperanjat, sementara gadis itu terjatuh tersandar ke kerusi.

Whatthe hell was that?!!” Bantal sofa dibuang ke tepi. Mencerlang matanya cuba mencari pesalah yang baru melakukan jenayah padanya. Dan insan pertama yang dilihat ialah Umar yang tidak beriak, lepak duduk di lengan kerusi yang lagi satu.

“Aku bosan. Bacakan aku buku cerita jugak.”

Go die and read on you own!” Bantal tadi dicapai dan dibaling pada jejaka itu. Umar menyambut mudah. Bila Aqi mengembalikan perhatiannya pada Zaki yang datang dengan buku yang dikehendaki, bantal tadi dibaling lagi ke belakang kepala itu. Kali ini impak yang kuat tersebut membuat gadis itu terjatuh meniarap di atas sofa. Sikit punya kuat daya balingan Umar.

Lambat-lambat, Aqi bangkit dengan senyum geram. “Hoi.”

Melihat muka garang dengan aura raksasa itu, Umar spontan tersengih. “Hoi.”

Dan perang bantal!

Zaki yang ketakutan berlari mendapatkan kaki Danny untuk dipeluk. Abang angkat Aqi itu mengeluh perlahan melihat keduanya. Namun dalam diam, ucapan terima kasih diberikan pada adik iparnya itu kerana mengembalikan Aqi menjadi sedia kala. Kalau tidak, hampir setiap hari juga Aqi menyamar jadi dugong di ruang tamu itu.

Tidak lama kemudian, Batrisya memuncul dari dapur dengan gaya terkejut. “Apa dia yang bising sangat ni?!!” dan membulat matanya melihat keadaan ruang tamu yang tunggang terbalik seperti baru diserang burung garuda. Mata si kakak itu mencerlang bulat.“Aqi! Umar! Behave!” Marahnya meletus terus.

Umar berdiri atas sofa dengan sebelah kaki di atas lengan sofa.“Minah tu yang start!” Telunjuk lurus ditujukan ke arah gadis berambut boycut itu.

Aqi terkejut. “Apa pulak?! Kau la!” Baling lagi. Umar menepis mudah.

“Kau tak boleh baca buku cerita untuk orang lain selain aku!” Baling tepat ke muka Aqi. Sesak dia sebentar. Daya balingan Umar bukannya boleh dibuat main, dan otot yang terbentuk pada tubuh jejaka yang masih membesar itu bukannya artificial muscle yang terhasil daripada suntikan steroid ataupun sebab makan supplement setiap hari. Aqi dah lama maklum dengan kekuatan kasar si jantan bekas samseng sekolah itu… dan fakta itu membuatkan Aqi makin geram dek cemburu.

“Mana ada hukum cakap macam tu!” Dia pula membaling.

“Ada! Kau baru dengar tadi!” Baling.

“Kau retarded!”

“Kau retarded-ed!”

“Kau… aaah!” Aqi menjerit. Umar terkejut. Laksamana JeBat to the rescue. Gadis itu didapatkan dulu untuk dipulas telinganya. Umar lekas melarikan diri dan Danny pula menghalang langkahnya. Umar naik gerun.

“Aaahh!!” Terjerit juga dia bila telinganya dipulas si kakak.

“Duduk!” Batrisya mencekak pinggang. Kedua-dua remaja awal dewasa itu menurut. Jauh antara satu sama lain. Mata Batrisya mencerlang marah. Lambat-lambat, Umar merapat jua. Sengal. Aqi melarikan pandangan ke kiri, dan Umar melarikan pandang ke kanan.

“Umar. Minta maaf kat Aqi.”

“Pesal lak?” Laju membantah dan bila mata Batrisya dah macam mata pemangsa Godzilla melawan King Kong, dia mengecut. “Aqi, sorry.” Maaf ditujukan kepada rak buku cerita Zaki.

Aqi buat muka. Ingat senang-senang aku nak maafkan kau?? Tapi bila terasa aura Batrisya ditujukan untuknya, Aqi mengecut. “M’kay.”

“Itu je?!” Umar terkejut. “Aku punyalah memohon maaf dengan sepenuh hati kau jawab m’kay je??”

“Trolol. Sepenuh hati.” Aqi tergelak sarkastik. Jejaka dengan anak mata hazel itu menggenggam penumbuk menahan geram. Gadis itu menjeling. “At least kau dimaafkan, sudah la!”

“Sesungguhnya kalau tak pasal kakakku Batrisya Ismail, memang aku takkan nak meminta maaf kat orang macam kau.”

“Ohohoh? Aku sendiri tak expect manusia macam kau nak minta maaf kat orang cute macam aku.”

Cute macam kau, yuks!”

“YAC?” Umar direnung tajam. “Kau tau juga Yeast Artificial Chromosome? Tu salah satu vector yang digunakan sebagai DNA cloning vector.Jadi kalau nak buat penawar dari sample kau mungkin boleh tahan kan? Kebetulan assignment aku asyik kena tolak prof tua aku tu, jadi kalau aku usulkan cloning from a retarded man and find the cure, it’s great, yakan?” Sengih geram dilepaskan. Apa yang telah dipelajari tentang ilmu bio-technology dalam universiti tempatan diaplikasikan dalam pergaduhan dengan Umar kali ini. Dan nyata, Umar langsung tak faham apa yang dibebelkan kepadanya.

Otak bio-tech ni… geram dia. “Lama-lama kau macam ni, gila kau Aqi.”

“Aku taknak dengar tu dari kau!”

“LAMA-LAMA KAU MACAM NI BOLEH GILA KAU…” Ulang lagi kuat.

“UMAR!!” Gaduh lagi.

Batrisya mengeluh berat lalu Danny didekati. “Bat kalah. They’re helpless.” Kepala dilentok pada dada suaminya, “I can’t handle them. They just can’t be together….”

Danny ketawa kecil, memeluk bahu si isteri. Adik-adiknya yang masih bertekak mulut di sana direnung redup. Daten Orched memuncul dari dapur, turut terkejut melihat keadaan di ruang tamu. Lantas dua remaja itu disuruh mengemaskannya balik.

“Peguam ayah kamu datang hari ini. Farid tak beritahu?”

Keempat-empat mereka berpandangan.

Tak lama kemudian, kedengaran enjin kereta. Farid menyusul dengan seorang lagi wanita berambut perang dengan gaya profesional. Lelaki sulung keluarga Dato’ Orched itu memperkenalkan peguam peribadi arwah ayahnya, lalu dijemput ke ruang tamu. Maya memuncul bersama dulang berisi air dan Batrisya lekas membantu. Farid memandang setiap wajah ahli keluarganya, baik yang muda, remaja, dewasa dan tua. Dia tersenyum puas.

Everyone’s here. Let’s get started.


“WASIAT terakhir ini lebih kepada amanat sebenarnya, sebuah permintaan…” Setiap wajah di ruang tamu itu dipandang. Masing-masing menunggu dan bibir si peguam bergerak lagi menuturkan ayat. “Allahyarham Ismail bin Ismaili meminta dan berharap agar, anak tiri beliau iaitu Umar Darius bin Ismail dan anak angkat beliau, Asyikin binti Ramzi akan berkahwin, hidup bersama sebagai suami isteri dan hidup aman bahagia.”

Kaku beku seisi rumah.

Danny sangat terkejut sampai rahangnya terasa gagal nak ditutup balik dek ternganga luas sangat. Aqi usah cakap, terbaring dah jadi bekas kosong tak berroh di sofa sana, dan Umar di sebelahnya pula tersandar beku. Sama-sama menjejak fasa hampir mati dek terkejut.

Dia rasa dia faham, kerana masing-masing masih diusia muda. Kedua-duanya baru nak menjejak umur 20, dan kedua-duanya baru merasa hidup di luar rumah walaupun cuma hidup di dalam institut pendidikan tinggi, baik Aqi di dalam Malaysia mahupun Umar di luar negara. Bila bertemu muka masa cuti, kerja bertekak memanjang. Payah nak cope. Hubungan partnership angkatan pecah perintah sekolah semasa sekolah menengah dah berubah kepada hubungan abang-adik bila tinggal serumah, dan seterusnya menjadi arch enemy bila usia menginjak dewasa. Dan dalam isu kali ini, Aqi menolak. Umar pun menolak. Jadi kalau dah dua-dua menolak, apa yang tinggal?

Rebel.

Namun masakan mereka mampu, kerana pihak lawan kali ini ialah abang dan kakak Umar itu. Bahkan Daten Orched pun turut masuk ke dalam pasukan nikahkan-Aqi-dan-Umar-walaupun-mereka-membantah itu kerana amanat arwah si suaminya. Walaupun Aqi dasarnya bukan menantu pilihan, tetapi Mimi anak sahabatnya itu.

Terus terang, Danny tak kisah serahkan Aqi pada Umar. Adik angkatnya itu bukan stok Maya, isteri Farid yang lembut dan orang jatuh suka dengan sifat keperempuannya, tapi Aqi jenis yang perlu didalami dan difahami, barulah boleh nampak hatinya. Dan Umar sangat jelas dengan hati Aqi. Mungkin kerana mereka sekepala, atau mungkin sebab lain? Danny tak pasti, tapi tak kisahlah. Doanya supaya Aqi berbahagia dengan Umar.

Insya-Allah…


BAGI yang tidak mengalami, senang la nak cakap itu ini dan memberi teori mengarut. Tapi yang mengalaminya? Pergh! Dahlah isu kahwin… berat tu. Dagu ditopang. Rasa macam baru semalam kat sekolah rendah, jumpa Danny, gaduh ngan Ruby, gaduh ngan Mia, gaduh ngan Mimi, jumpa Zach, jumpa Umar, masuk keluarga Umar, dan sekarang dijodohkan dengan si mata kucing tu. Oh masa….

And Dean doesn’t seem to care…” Aqi merenung langit. Dia berbaring selesa di gelanggang bola keranjang yang penuh dengan retak itu. Gelanggang yang menjadi saksi pembesaran tubuh Umar sepanjang usia remaja. Aqi terlibat secara tidak langsung di dalam tempoh itu.

Terdengar lantunan bola masuk ke gelanggang. Kepala didongakkan ke atas, melihat kasut Nike hitam merah di hujung sana. Kenal pemiliknya siapa, lalu diabaikan. Aqi kembali merenung awan putih tebal di atas sana, kembali menghilang dalam lamunan. Baru sebulan amanat arwah Datuk didedahkan dan sekarang dia sangat tertekan setiap kali memikirkan perkara ini.

Aku taknak. Umar pun taknak. Tapi walau seorang pun enggan mendengar pendapat mangsa keadaan. Nafas dihempas. Panjang dan berat. Setiap satu wajah ahli keluarga arwah Datuk Ismail itu memuncul di benak.

Aku nampak kat mana Umar belajar jadi orang yang pentingkan diri.

Keluhan terlepas lagi. Tapi dapat kesimpulan itu pun bukannya boleh memberi apa-apa kesan… aaaah!! Aku tension!! Tangan dan kaki diangkat ke langit, menumbuk tendang angin, namun bagi Aqi dia menumbuk tendang takdir yang sedang mempermainkannya sekarang. Dia geram sungguh sekarang. Dia sangat geram sekarang!!

“Umar!” Aqi menjerit. Jejaka itu yang melakukan dribble di bawah jaring mendehem tanda mendengar. “Jom bunuh diri.”

Idiot. Taknak aku.” Bola dilontar ke jaring. Masuk. “Aku takut hukum Allah, satu. Aku taknak mati bersama-sama kau, second. Aku masih nak hidup dengan bahagia dan taknak tinggalkan family aku atas alasan bongok tu, third. And its pathetic bila kisah hidup ni jadi macam Romeo and Juliet yang mati bersama-sama in the end. Dying because of love.”

Hopeless.” Aqi memejam mata. Terasa nak menangis pula dia bila merasakan tiada jalan keluar dari permasalahan kali ini. “Apa kita nak buat ni… aku taknak kahwin dengan kau…” ujarnya dengan suara yang bergetar menahan sebak.

Bola yang nak melantun keluar gelanggang dikejar. “Its not like it’s the end.” Aqi mendiam, membuat Umar tersenyum hambar. “Marriage bukannya the end of everything. Kau masih boleh hidup macam biasa lepas ni though.”

Well, it means that my pergerakan dilimitkan dan tak boleh berbuat bebas sesuka hati.”

“Aku personally rasa it’s the best untuk perempuan macam kau.” Bola dilontar lagi ke udara. Aqi mengerut dahi, lalu membalikkan tubuh dan meniarap. Umar yang menyambut kembali bola keranjang yang jatuh dari jaring direnung. “Even Bang Danny setuju dengan pernikahan kita sebab dia tahu kau takkan boleh buat sesuka hati di luar jagaan dia lepas ni. That restriction as a wife in a manner of speaking.” Mata hazel itu menjeling padanya. “You’re too hard to control, you know that?”

Aqi menggigit bibir bawah. Mengaku. “How about you then? Kau terima je pernikahan ni?”

“Buat masa ni, yeah. I can’t go against those two monsters.” Wajah Farid dan Batrisya terbayang di fikiran. Heh. Nafas terhembus sekali berupa sedakan. Bola keranjang di tangan dilontar lagi ke jaring.

Aqi mendiam. “Kau betul-betul sudi kahwin dengan aku?” soalnya perlahan. Umar menoleh. “Kau… sudi hidup dengan aku?”

Ketawa Umar terlepas sekali. Bola itu dipegang dengan sebelah tangan dan gadis itu yang merenungnya di sana ditentang bersama sengih. “Screw that. Tak mungkin selamanya aku boleh hidup dengan perempuan macam kau sebagai bini aku.” Kening Aqi terangkat tinggi bersama mata yang spontan membesar. Umar kembali melantun bola di tangan. “Buat masa ni kita ikut je apa yang diorang nak buat. Sooner or later, masa kita nak payback tu datang la…”

Senyap.

Bola terlanggar backboard lalu melantun keluar dari gelanggang. Umar lekas mengejar. Pada masa yang sama, Aqi bangkit dari perbaringannya dan keluar dari kawasan itu.

Previous: chapter 10
Next: chapter 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.