Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 37

“MANA ni?” Aqi hairan. Pandangan ditebar di seluruh kawasan itu. Kereta bersimpang siur di tepi jalan dan Aqi yang rapat dengan semak mencekak pinggang. Mana kawan lamanya itu? Tadi dia mengikut tanpa melihat kiri dan kanan sebab asyik makan satay yang dibawa bersama. Nikmat sangat sebab lapar. Penuh genggaman di tangan. Umar dilupakan. Akal waras dilupakan dan kaki cuma mengikut jejak langkah lelaki bersuit hitam itu. Entah sejak zaman bila dia melangkah berseorangan. Bukan ke sepatutnya dia mengekori Hadi itu? Aqi berfikir pelik. Apa yang dah jadi dalam tempoh dia tidak sedar dengan keadaan persekitaran tadi?

Satay yang masih tak habis di tangan dipandang. Lalu dimasukkan sebatang ke mulut. Mata hitam Aqi melilau ke ruang jalan raya. Kenderaan bersimpang siur di dada jalan, menyukarkan dia menyeberang ke seberang. Hotel yang sepatutnya dihadiri dan makan sepuas yang mungkin untuk malam ini direnung dari luar. Nafas dihela pendek, memutuskan untuk mencari si kawan itu.

“Hadi! Hoi…!” Dia menjerit sambil kaki mula melangkah. Bulan malam dah tak nampak kerana awan tebal. Nak hujan ke? Masalah. Henfon dalam beg tangan dikeluarkan, nak call Umar.

Gagal. Mana pulak mamat tu…

Penat berdiri, Aqi mula melangkah. Melangkah dan melangkah tanpa mengetahui arah tuju. Masih cuba mencari si kawan lama. Dia yang memutuskan nak ikut, maka dia yang terasa bersalah andai meninggalkan terus si kawan lama itu berseorangan di luar ini. Cahaya bulan dah mula sampai ke bumi, dan Aqi terasa angin yang kuat bertiup dari arah barat, bersiur bertiup menghasilkan melodi alam di sebalik daun-daun pokok. Bunyi kereta yang bersimpang siur di jalan dah semakin memudar. Aqi menggigil kesejukan. Tersedar dia dah semakin jauh dari kerumunan manusia. Tubuh dipeluk erat lalu dia memutuskan – balik ke hotel. Nak balik pada Umar.

Seseorang menarik tubuhnya dari belakang. Aqi terkejut! Spontan dia meronta, sekuat hati namun kekuatan jantan itu lebih memenangi dirinya. Sempat juga hidungnya menghidu bau arak dari tubuh keras itu. Aqi hendak meraung, namun mulutnya ditutup lalu.

“Cepat tarik dia kat bawah pokok tu.”

“Relaks la. Takda orang nampak pun.”

Dan Aqi ditolak kuat hingga terhentak belakangnya pada pokok. Tersedak dia, sesak nafas seketika lalu terjatuh pada tanah beranting rapuh. Sakit. Aqi menderam, memandang dua lelaki di hadapannya itu. Salah seorang dari mereka tanpa sabar terus menerpa ke arah wanita bertubuh langsing itu. Desahan nafasnya penuh nafsu dan kekuatan jantan mereka memenangi rontaan lemah Aqi. Cuak hatinya bila tubuh mula diraba tangan-tangan kasar. Aqi menutup mata kuat. Tangan dan kaki lancar menepis dan tendang, lalu mukanya dihadiahkan penampar berkali-kali. Aqi menepis backhand, namun perut ditumbuk kemudian. Senak! Tenaga perempuannya semakin lemah, kerana sakit, cuak dan takut. Memahami situasi yang akan dirogol, perempuan mana yang tidak gentar? Tudung di kepala direntap kasar. Berair sudah matanya, membayangkan maruah bakal direntap. Hati menjerit nama Umar.

Tapi Umar tidak datang. Takkan datang, sebab dia dalam hotel sana, dan aku sorang-sorang di sini nak kena rogol…. Damn!

Dahi Aqi berkerut, terasa sedikit marah. Lelaki-lelaki itu menahan tangan dan kakinya, lalu Aqi menjerit kuat!! Terperanjat mereka! Bila terasa pegangan pada lengan melonggar, Aqi merentap lengannya kuat ke belakang seraya melepaskan penumbuk sekuat tenaga ke wajah yang paling dekat dengannya.

Terjatuh ke belakang lelaki itu. Tingkah rakannya yang lagi seorang terhenti, dan Aqi menghentak kaki ke dada itu hingga terjatuh dia. Terkejut keduanya. Aqi mendengus, mengesat bibirnya berkali-kali. Kurang ajar…. Marah terasa menggelegak mencapai takat didih.

Aqi bangkit berdiri. Bentuk bayang pencabul-pencabul itu tetap nampak dalam gelap di dalam hutan kecil itu. Nafas dihela sekaligus. Enggan membuang masa, enggan berkata banyak, lalu dia menerpa pantas dengan niat hendak menyerang. Quick action leads to victory! Namun tidak jika terburu-buru. Terpelecok kakinya lalu debuk!. Aqi jatuh. Adeih!!

Senyap seketika. Aqi pantas bangun, duduk. Sakit lututnya. Malu betul. Damn high heels. Apa sebenarnya kebaikan penciptaan kau?! Mulut menyumpah kasut tumit tinggi yang dipasang pada dua belah kakinya. Kedua-dua lelaki itu tergelak melihatnya. Salah seorang dari mereka terus merapat dan mendapatkan wajah Aqi. Aqi mula cemas. Cuak yang mengecutkan hati membuatkan usahanya cuba menanggalkan tali kasut tumit tinggi menjadi lebih sukar. Wajahnya ditarik lelaki itu hingga bertemu nafas.

“Jangan melawan kalau taknak sakit…” Bernafsu sekali nadanya menahan nafsu.

Bau busuk arak menyengat pernafasan Aqi. Dia mencerun. Wajah ditundukkan bila ciuman nak sampai ke kulit, namun didongak ke atas dagunya dengan kasar. Sakit sedikit di bawah dagu. Aqi memejamkan mata, beriak pasrah. Seperti merelakan. Lelaki itu tersenyum bernafsu, dan aroma perempuan yang dihidu-hidunya menjana rasa remang di perut. Dia tak sabar menikmati ikan yang mereka tangkap ini. Membuak membara.

Si gadis itu mengelak lagi ciuman yang nak ditujukan padanya dengan menolak kepalanya ke belakang. Lelaki mabuk itu mula nak marah, dan ketika itulah Aqi menarik deras kepalanya, dihentam kuat ke hidung lelaki itu. Patah berdarah. Percik darahnya mewarna dahi Aqi. Lelaki itu rebah sambil meraung kesakitan. Aqi tersengih nipis, lalu dia bangkit. Kedua belah kasut tumit tinggi juga dah tertanggal dari kakinya. Pandangannya tajam menerkam lelaki yang lagi satu. Dan nyata si pemangsa itu menderam marah.

“Johan! Bangun!”

Lelaki dengan hidung berdarah itu bangkit bertahan dengan lutut. Hidungnya ditutup dengan tangan.

“Perempuan tak gu – ” Buk!! Lutut Aqi melayang menghentak hidungnya lagi. Dia rebah lagi dengan gemaan jeritan berpantulan di setiap pokok.

I don’t keep my body in shape everyday to be touch by a scum like you…” Aqi menutur senada, hampir tidak kedengaran. Nafas terluah panas, menahan gentar yang masih bersisa. Tahu lelaki itu akan mengamuk andai dia tidak selesaikannya cepat.

“Kau!!” Lelaki itu lekas menerpa. Aqi terlebih dahulu berpusing layang untuk mengumpul daya tendangan, seraya batang kaki di sasar ke leher lelaki yang nak menerjah ke arahnya itu. Cukup kuat impak serangan di leher, memadam kesedaran si pemangsa yang masih setengah mabuk. Jatuh dan rebah. Pada masa yang sama, Aqi mengumpul daya dengan memanjangkan tangannya ke belakang.

“Hiarrghh!!” Sepasang kasut tumit tinggi di tangan di lepaskan ke muka seorang lagi pemangsa yang masih terkaku berdiri di dalam gelap. Walau tidak pasti wajahnya, namun bayang figura lelaki itu cukup nampak di bawah sinaran bulan terang. Tepat ke sasaran.

Lelaki itu terundur setapak dua. Darah yang mengalir di kening dan dahi dikesat. Marah terjana dengan sendiri kerana diserang kembali oleh anak ikan yang sepatutnya dimakan. Perempuan itu yang merenungnya dengan gaya pendekar membuatnya membuang ludah ke tepi. Lupakan niat nak merogol, perempuan itu akan dibunuh!! Lelaki jahat itu mendengus kasar. Pisau dikeluarkan, dan kilaunya sampai pada penglihatan Aqi.

UMAR menoleh. Pintu masuk di ruang lobi itu terbuka dan angin pula nyaman bertiup masuk. Terfikir yang Aqi yang gagal dicari dalam khalayak ramai itu mungkin sebenarnya sudah pun bergerak ke luar. Lalu Puteri ditinggalkan dan dia melangkah ke luar dari majlis.

“Aqi…” Mana isterinya…. Nafas terluah. Aku dah cakap dah badan kecik macam tu senang hilang sebab susah nak dicarik. Pandangan ditala ke langit sekejap sebelum dia menapak sendiri ke luar. Angin bertiup kencang. Macam nak hujan. Dia mendongak ke langit. Bulan tak nampak lagi, bintang pun sama, ditutup awan. Sah la tu….

Kaki menapak melangkah menjauhi hotel. Pandangan ditala ke sekeliling, pada hutan semak dan lampu-lampu kota yang bergemerlapan menghiasi malam. Umar meleret bibir, lalu telefon bimbit dicapai. Bukan ke lebih senang kalau gadisnya itu dihubungi terus dengan kemudahan yang ada. Bercantum keningnya seketika bila melihat Missed Call dari Aqi sekali. Kenapa dia tak perasan isterinya menghubunginya? Pedulikan persoalan itu, nombor itu lalu dihubungi.

Gigantic O.T.N – Kagamine Len mendadak kedengaran. Lagu jepun rancak itu bergema kuat dari arah hutan semak itu. Umar menoleh. Kenapa nada dering itu terjawab dari arah gelap… hati mula tidak senang. Apa isterinya buat di dalam hutan ini? Soalan pertama yang perlu dijawab, Aqi ada ke di situ? Talian terus dihidupkan dan gemaan rancak itu dijadikan rujukan ke mana dia harus melangkah. Semak ditolak dan dia sampai pada kawasan berpokok. Cahaya dari smartphone itu membuktikan pencarian Umar. Samsung Pocket di atas tanah beranting itu dicapai. Tas tangan Aqi juga ada dengan barang-barangnya berselerak keluar. Sambil mengemas, Umar kebingungan. Apa dah jadi dengan isterinya?

Sesuatu bergerak di sebalik pokok. Umar spontan bereaksi, menoleh. Pergerakan itu terhenti, merenung dirinya. Umar senyap, bangkit berdiri. Mata merenung figura lelaki yang tegak di sebalik pokok di hadapan mata.

Cahaya bulan sampai ke bumi, membenarkan dua pasang mata itu merenung bentuk wajah masing-masing. Lambat-lambat, lelaki yang tidak dikenali itu berundur pergi. Dan dengan tenang, dia turut meneruskan langkah. Berhadapan dengan musuh dalam medan pertarungan yang samar gelap dan tidak diketahui petanya ialah idea yang buruk. Maka lebih baik dijauhi. Arah angin yang kuat dari pantai dijadikan rujukan. Saat kakinya menapak ke atas pasir putih, Aqi turut muncul dari pokok-pokok itu lalu rebah ke atas pasir. Umar menoleh deras, masih tak perasankan si isteri, lalu dia mendekat. Bila perasan insan itu cedera, langkahnya melaju.

“Hey! Kamu OK?” Tubuh itu didapatkan.

Aqi menoleh payah. Umar? Pandangan mereka bertemu dan mata lelaki itu membulat.

“Aqi?!!” Terjerit dia, terkejut. Tubuh itu dihadapkan padanya. Tudung dah menghilang ke mana. Rambut masai dengan ranting rapuh dan daun kering. Luka di lengan dan paha kanan cukup nampak kerana darah walau dah berhenti mengalir Gaun itu juga koyak-koyak menampakkan calar pada kulit nipisnya. Nafas Umar turun naik kasar. “Apa dah jadi?!”

“Hehe…” Sengih saja. Tangan meraup muka itu. “Tenang la. Aku dah bantai dah.” Dia duduk payah. Lelaki itu membantu. Kot ditanggalkan dan disarungkan pada Aqi. Gadis itu mengukir senyum, berterima kasih. “Some bastards’re trying to rape me… dah kick their butt dah.” Aqi terbatuk kecil.

Mata Umar memicing. Jantung dah terasa penuh, sesak dengan marah. “Dia?” soalnya menderam, memandang pokok-pokok itu. Gelap.

Aqi mengerut dahi. Dia? Pedulikan soalan suaminya, lengan itu lalu ditahan. “It’s okay don’t leave me alone here…”

“Kita hantar kau ke klinik sekarang!”

“Mar… no! Ah! Sakit…” Paha yang luka terasa berdenyut bila Umar cuba merangkul kakinya. Lelaki itu terkedu, memandang tangan yang diwarnai merah darah Aqi. Tangan itu disentuh si isteri bersama senyum memujuk. “I’m fine… biar aku duduk rehat kejap. Sakit ni menyengat….”

Dia mendesis. Terasa bersalah yang amat. “I’m sorry…” Berat perasaannya sekarang. Sungguh! Rasa sangat tak berguna. Tak dapat nak melindungi hawa di hadapannya ini, leka dengan makanan di dalam dan wanita ini hilang dari pandangan. Kemudian muncul pula dengan luka-luka di badan. Umar menunduk. “Sorry sangat-sangat… sorry sayang…”

Aqi mengukir senyum saja, menyentuh pipi Umar. “Told’ya it’s okay settle down. Kau tak bersalah pun. Aku yang keluar sendiri.”

Nafas Umar terluah berat. Masai rambut itu diusap. Daun-daun kering dan pasir yang melekat dibuang. “Aku betul-betul tak berguna rupanya,” ucapnya kesal.

Aqi menoleh, memeluk diri sendiri. Sejuk sampai menusuk ke tulang hitamnya. “Jangan cakap macam tu.” Menggigil tubuhnya.

Umar menunduk, lalu mengukir senyum nipis. “Aku minta maaf… sangat-sangat.”

“Dah, jangan cakap lagi. Enough talk.” Aqi dah mula menjuih. Geram. “Now give me some heat. I’m freezing.” Tubuh disandar pada Umar. Terkedu sebentar lelaki itu. Bibir mengukir senyum nipis, lalu tangan melingkar memeluk tubuh itu. Aqi menahan segan, sedar hati kecilnya merasa bahagia.

“Macammana kau bantai diorang?” Nak juga tau.

Aqi sengih. Kepala disandar pula pada bahu sasa Umar. “Sorang kena sidekick kat tengkuk. Pengsan terus. Yang sorang aku bagi dia cium heel tajam tu. Haha… padan muka.” Ketawa kecil dia dengan luahan rasa puas hati.

Lelaki bermata hazel itu mengukir senyum nipis. Jemari Aqi digenggam. Betul la sejuk macam ais. Lalu diramasnya. “Luka-luka ni?”

That’s the hardest part…” ujar Aqi perlahan, memandang tangan di genggaman Umar. Perasaan menghangat. “Dia ada pisau. Kena la aku guna jurus attact and run and attack again. Tu yang calar balar.”

“Naper tak lari terus minta tolong orang?”

“Aku nak belasah sendiri.” Pandangannya meredup. Tiba-tiba dia rasa bersalah pula, saat merelakan disentuh walau seketika tadi. Terasa kotor. “He manage to do something bad though,” luahnya perlahan, hampir tak kedengaran. Genggaman tangan Umar lalu dibalas, digenggam erat.

Umar merendahkan kepala. Gadis itu juga berubah senyap. Nafas terluah. Pelukan dieratkan lalu. “You save your pride, that’s fine enough,” pujuknya, menanggalkan kasutnya. Aqi sekadar memandang. “Save yours, save mine too… sampai teruk kena belasah macam ni.”

Yours too?”

Umar mengukir senyum, mendapatkan kaki yang bogel tak bersalut apa-apa. Sejuk. Tak kebas ke, Aqi? Lalu kasutnya disauk pada kaki Aqi, kedua belah. Gadis itu memandang saja. Umar membuka mulut. “We’re husband and wife to begin with…” dan kaki itu dirapatkan, “and I thought kaki kau sangat besar.”

Aqi menoleh, geram. Umar ikut menoleh, tersengih. Mata mereka bertemu dalam jarak yang rapat. Boleh dirasakan nafas masing-masing

Err…

Ehem.

“Sejuk lagi?” Umar bersuara perlahan, menahan godaan. Aqi terkebil sebentar.

“Ya.” Muka kembali diteleng ke laut di depan sana. Berdebar jantungnya…. Umar bersahaja, turut memandang laut. Jemari Aqi di genggaman diramas lembut. Lambat-lambat dibawa ke mulut dan dicium. Aqi membiarkan. Perasaan yang hangat itu memberi dia selesa.

Come to think of it, kenapa keluar?” Lelaki itu menyoal lagi.

“Saja.” Taknak cakap pasal Hadi sekarang. Biarlah lelaki walau dimana jua dia berada. “Kau pula? Macammana boleh ada kat sini?”

“Saja.” Aqi mendesis. Umar sengih lagi. “Cari bini yang sorang ni. M.I.A tiba-tiba.”

“Aku tak sempat makan sampai kenyang pun tadi.” Kesal dia. Umar menunduk memandangnya.

“Ya?” Lalu perut Aqi disentuhnya. Terangkat bahu gadis itu, geli.

“Jangan la!” Geram dia, menarik tangan Umar. Lelaki itu tertawa suka. Terhenti bila Aqi mengaduh sakit. Adeh deh… Lupa luka di lengannya. Umar mendesis.

“Itu la. Mainkan orang. Dah la lepak-lepak. Jumpa doktor dulu.”

“Mana nak cari doc tengah malam gini.” Tubuh dijarakkan dari Umar dan luka di lengan dilihat. Umar sama menjenguk. Cahaya bulan membenarkannya melihat daging luka Aqi kembali berdarah. Ngilu walau cuma melihat tapi riak gadis itu selamba saja. Umar melepas nafas lalu lengan baju yang dah sedia koyak dicariknya selamba sehingga putus terus. Aqi terkejut. Lengan yang luka lalu diikat ketat dengan lengan mini jaket itu.

“OK?” soal Umar. Aqi tersenyum nipis, mengangguk. Darah yang bersisa diseka dengan telunjuk. “Sampai berdarah-darah lukanya. Kalau musuh dah keluar senjata, naper tak lari mintak tolong je sayang…” Masih tak puas hati.

Aqi memuncung. “I did lari.”

Yet attack again.”

Terdiam, namun terlepas ketawanya perlahan. “Ye la… bagi someone yang takda muscle macam awak…” Lengan berotot Umar lalu dipeluknya dan kepala direbahkan ke bahu itu. Cuba nak bermanja. “…that’s all I can do sebab nak counter.”

Umar tersenyum nipis, mencapai tangan Aqi untuk digenggam. “Naper tak lari ke tempat yang ramai orang?”

“Aku tak tau pun aku kat mana… sedar-sedar, kau yang aku jumpa…”

Umar mengangguk faham. Mereka mendiam, merenung sinaran bulan yang nampak pada laut. Dan bulan perlahan-lahan menghilang. Gelap. Hitamnya malam di horizon sana, sampai tak nampak garisan yang memisahkan langit dan bumi. Bawah sedar, pasangan itu diperhati oleh sepasang mata tajam dari arah hutan kecil itu.

Suasana antara mereka berubah senyap bila tiada lagi topik nak dibualkan. Selesa dan nyaman berpelukan di tepi pantai. Umar menoleh pada kepala di sebelahnya. Pandangannya meredup, dan senyuman lahir untuknya walau Aqi tidak perasan. Baru sahaja kepala Aqi nak dicium, kedengaran bunyi dari belakang – klik.

Serentak keduanya menjeling ke arah yang sama. Senyap. Hening. Tidak nampak sebarang pergerakan dari hutan tetapi Aqi pasti bunyi itu bunyi kunci pistol yang dilepaskan. Liur ditelan. Siapa….

Umar memandang isterinya. Nyata Aqi turut awas dengan sesuatu di belakang mereka. Cahaya bulan termati bila bulan sekali lagi dihadang awan tebal. Gelap yang pekat itu bersifat bahaya kerana mereka tidak tahu apa yang ada pada sesuatu yang tidak nampak. Angin juga bertambah kencang berbanding tadi. Sejuk! “Jom balik. Kau boleh berdiri?”

Terperanjat dia bila suara gara itu tiba-tiba bergema. “Ah? Aaa… boleh la…” Luka di kaki pula rasa mencucuk, lagi-lagi terasa kebas dek sejuk begini.

Terdiam dia sebentar, berfikir. “I’ll give you piggy-back ride. Nohal?”

“Eh?”

Mereka tiba di tepi jalan bila hujan makin melebat turun. Umar yang mendukung Aqi di belakang tubuh melangkah selamba menembusi cuaca rahmat, walau titis hujan terasa tajam bila terkena kulit. Basah lencun keduanya. Teksi? Macammana nak cari teksi dalam keadaan begini… terpaksa balik ke hotel tadi meminta tolong.

Bear with it, Aqi.” Sabar je… terus mendukung Aqi di belakangnya. Gadis itu mengangguk saja, melingkarkan tangan di leher Umar, erat.

I’m fine,” ujarnya. “Tapi kau…” Tak berkasut, tak berkot… semua dibagi pada Aqi supaya tidak sejuk. Gadis itu menjeling padanya. “Tak sejuk?”

I’m fine,” senyumnya. “I like it when you’re on my back ne’way.” Menakal.

Sempat lagi!

Aqi tersenyum nipis. Dagu direhat pada bahu Umar. “Umar Darius…” ucapnya perlahan.

“Hm? Kenapa?” Umar menoleh sekilas. Hotel dah dekat. Aqi senyum, merenung wajah itu dari sisi. Bulu mata dia melentik aik? Rangkulan dikemaskan. “Kau memang macam ni ke?” soalnya pula.

“Macammana?”

“Layan aku sampai kau sendiri on the verge…” luahnya tak disambung ayatnya. “When you have the chance by all means.

Umar sengih saja. “Nak buat macammana. My duty as the knight.” Ketawa kecil. Aqi merenung saja. “Can’t stand seeing my mistress in distress ne’way. Nak kena come to the rescue jugak.”

Although you’ll die in the process?” Kembang nadanya.

Langkah Umar terhenti. Dia menjeling, merenung wajah yang dah berubah sedikit riaknya itu. Umar kenal wajah itu, nada tadi tu…. Hanya keluar bila Aqi teringat seseorang.

Danny.

Nafas terluah, lalu kembali berjalan. “I love you. Aku nak kau happy and live life with no regret… taknak sedih sedih nangis nangis macam bawang merah kena seksa mama tirinya.” Aqi menjeling. “Aku akan jaga kau, OK? Till the end. Sampai Allah sendiri cabut nyawa aku kalau Dia nak. Faham, sayang?”

“Mar… aku taknak…”

People die, Aqi.” Tersentap lagi. Hati terasa dicucuk dengan jarum beracun. Berdenyut sakit. Realiti itu sangat sakit kalau tidak beriman sepenuhnya dengan qada dan qadar Allah. Matanya terasa panas, lalu dipejam. “Terima itu,” lanjut Umar dengan senyum. “Come on. Buang muka buruk tu. Smile. Smile. Kut kut sunshine pasni.”

“Hari malam, macammana nak sunshine.” Suara serak nak nangis.

You shine my world is enough.

Tangis tersekat. Terkedu seketika. Umar senyum saja terus melangkah. Pandangannya meredup merenung lelaki itu. Basah hujan mengaburi pandangannya pada Umar bila mata tak berkelip merenung. Perlahan kepalanya mendekat, lalu muka itu ditarik rapat. Bibir melangkah daulat, mengucup pipi Umar.

Terkejut lelaki itu. Kaki berhenti melangkah sementara bibir Aqi masih melekap di pipinya. Lama baru ciuman terlepas. Umar masih kaku, menerima hadiah yang tidak disangka-sangka. Isterinya itu tidak pernah memulakan sebarang sentuhan mesra! Aqi pula diam saja di belakangnya. Rangkulan di leher semakin erat bersama muka yang dibenam ke bahunya. Umar tersenyum suka.

“Gee… thanks.”

Shut up…” Malu dia…

Mungkin betul apa yang Umar cakap, Aqi. Kau manja.

Damnit. I know. Shut up.

Hujan masih melebat turun.

Previous: chapter 36
Next: chapter 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.