Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 18

WANITA itu geram kembali. Malas nak layan Umar, lalu perhatiannya dikembalikan pada Acer di hadapan. Redup merenung tanpa sebarang riak di muka. “When is exactly I happy?” Rendah ditutur, kedengaran menggumam. Umar mencelikkan sebelah matanya, memandang wajah yang mengelamun itu. Si isteri nampak tenggelam dalam lamunan. Umar tersenyum nipis, terus merenung tanpa teguran. Seminit dua berlalu, mereka kekal begitu.

“Kau nak tahu, Aqi?”

Terperanjat sedikit dia, lalu menjeling. “Apa dia?”

I was happy when you said you accept me to be your husband.” Tersenyum kecil.

Diam. Tidak beriak. “Oh?”

Umar mengangguk kecil. “Your acceptance mungkin atas sebab arahan mama dan papa… dan abang kesayangan kau tu… tapi bila aku fikir balik, antara kenangan terindah aku… bila aku get to know that you accept me the way I ameven though kau tau pasal my filthy bloodline, and kau tau aku lahir di luar nikah…”

Renungan Aqi meredup pada skrin laptop. “Tu bukan salah kau, aku nak kisahkan apa. In that sense, kau ialah mangsa keadaan. Lagipun, aku tak rasa aku layan kau dengan baik? It’s almost like…” Riak Aqi memuram.

“Bini derhaka?” Umar baik hati tolong menjawab.

Telunjuk digerakkan pada syntap dan cursor bergerak, menekan punat close pada Google Chrome. Sudah tidak berminat untuk melayari internet. Umar yang berbaring di sebelah pula masih merenung si isteri.

“Dah tau awak tu salah, kenapa masih nak buat?” soalnya lagi, sedikit gasak.

Aqi menggigit bibir. Kau pulak kenapa nak sangat buat aku rasa bersalah… getus hatinya. Acer ditutup dan dia bergerak, nak turun dari katil namun lengannya digenggam Umar, mengekang pergerakan. Aqi menoleh lagi.

“Lepas la.”

“Nak ke mana?”

“Lari dari kau.” Terang-terang menjawab. Umar menahan senyum.

“Tak payah la berterus terang sangat. Meh duduk ngan aku dulu. Aku masih nak berbual ni…”

“Ala, berbual je la dengan Lia si pengarang jantung hati payung berkaki kau tu.”

Umar terkelip. “Kau cakap apa ni sayang… hahaha.” Kepala digeleng sementara Aqi mencemik. “Tu la kelebihan kau. Mengarut dan mencarut.”

“Umar…” Aqi menderam geram, menepis tangan suaminya untuk melepaskan genggaman namun tidak berlaku. Sebaliknya, Umar menjalar ke pergelangan tangan Aqi, membuat genggaman menjadi lebih kejap.

“Sabarlah. Aku masih nak berbual dengan kau. Tak nak layan aku, hm?”

Aqi mengerut dahi, lalu melepas nafas pendek melalui hidung. Keluhan. “Okey la… nak bualkan apa?” soalnya pula, cuba nak berkompromi. Umar pula tersenyum sumbing. Tubuh diangkat, bangkit, lalu bersila. Aqi yang bersimpuh sekadar memandang. Tangan yang masih dalam genggaman Umar direnungnya kemudian. Masih tidak dilepaskan, dan sebelah lagi tangan Umar mula mengusap belakang tangannya. Aqi mengerut dahi, memandang lelaki itu yang masih tak lekang dengan senyum di bibir.

Are youtrying to flirt with me?”

Senyum di bibir melebar. “Why would I?”

Bertambah kerut di dahi Aqi. “Your ayat dengan your perbuatan tak is not in sync.” Tangan cuba ditarik namun Umar tidak melepaskan pegangan.

“Aku cuma nak menikmati tangan bini aku yang halus dan kecil…” Dibawa ke mulut dan dicium. Aqi cuma mampu membiarkan.

Your action lately memang macam ulat bulu.”

“Ulat bulu apa pulak…”

“Erm… erotic.”

Tergelak Umar. “Where did you learn that word.” Bibir bawah Aqi dicuit. “Aku takde untuk dua minggu ni. I have to attend a training, for managers mostly.”

“Uwah. Bukan ke training biasanya untuk pekerja yang dah bekerja lama dah.”

“Pun ada jugak training untuk new employee.” Dagu Aqi pula dicuit. “Ni pun sebab kalah bet ngan Bang Farid hari itu. Shadow King punya CEO. Tapi kan, kira my luck jugak. I should grab this opportunity la kut to get promoted.”

“Eeeh…” Tersenyum lebar Aqi. “You’ve move on in your career development eh? Aku sebenarnya nak cakap sesuatu jugak…” Umar yang menunggu, direnung. “Aku nak sambung belajar.”

“Wha?”

Kepala diangguk. “Sayang. My degree lagi ada setahun je lagi nak dihabiskan.” Bibir tersenyum nipis.

Berkerut dahi Umar dibuatnya. “Kalau kau sambung belajar, sapa nak layan aku kat rumah?

“Ha? Alah, sekarang pun bukannya aku layan kau pun. Apa pulak nak dibandingkan dengan nanti?”

“Ah! Tader! Tader! Kalau kau belajar, sapa nak susukan aku?”

“Mar?!” Terkejut dengan contoh mengarut itu, namun lelaki itu kekal serius.

That degree tak penting pun kalau kau tak belajar lagi macammana nak manage hidup kau, agama kau… suami kau ni. Lepas kita ada tiga anak, baru aku benarkan kau sambung. Master ke, PhD ke, jalan. Nak kerja terus pun takpa.”

Terdiam. Terkedu sebenarnya. Riak lelaki itu serius. Sinar matanya serius. Dan daulat Umar sebagai suami, Aqi sudah mampu menelannya berbanding dulu. Lantas, dia menyerah. Cuma kecewa tetap ada di hati. Mentah-mentah ditolak begitu, sedih juga….

“Iye la…”

Spontan, nafas terhembus dari hidung. Puas bila arahan didengari. Senyum lalu berbuah tanpa perlu dibaja. “Bini baik… macam ni la suami sayang…” Kepala Aqi diusapnya. Wanita itu pula tidak bereaksi. Masih sedih. Umar menjungkit sebelah kening. Ringan sekali tangan menarik bahu isterinya, memeluk. Terperanjat dibuatnya namun dibiarkan.

“Mar…?”

“Em?”

“Awak busuk bau peluh.”

“Biasakanlah…”

Cheis…. Dan senyap. Aqi menjeling rambut pendek itu. Setiap ruang di tubuh terasa mampat pada tubuh sasa pasangannya. Tanda betapa eratnya rangkulan Umar. Aqi meleret senyum nipis. Nafas ditarik dalam, lalu lambat-lambat tubuh Umar ditolak bila mula terasa rimas. Pandangan mereka bertaut.

Your period, dah habis ke belum?” soalnya bersama senyum.

“Eh?” Terangkat kening Aqi. Umar turut menjungkit kening, nak tahu. “Belum…”

“Oh…” Kecewa lagi.

Wanita itu menggigit bibir, sedikit malu. “Kalau dah habis pun, kenapa?” Sengaja bertanya.

Umar mengerut dahi. Bibir meleret, menggeleng tak percaya. “Haha… why are you so dense, Aqi…” Belakang kepala digosok. “Aku sayang kat kau…”

“Em? Ya… aku tau.”

“Maksud aku, sayang… cinta. I love you as a man and woman. Aku sayang kau, cinta kat kau…”

Dan kali ini sungguh Aqi membeku dengan bibir dipekam. Terasa seriau seluruh organ dalaman. Darah lambat-lambat mewarna pipi menjadi merah. “Err… yea…”

Umar mengangguk, menundukkan kepalanya. Cincin kahwin di jari manis Aqi diusap-usap. “Permulaan antara kita bukannya sesuatu yang indah, tapi bahagia masih boleh dicapai kalau kita berusaha. Aku dah cukup bersyukur kau terima aku untuk ada dengan kau, cuma, kamu perlu terima abang macammana abang terima kamu…”

“Ab… abang?!” Geli!

“Ye la… abang. Kan sweet.”

“Eiii….” Aqi menggeliat geli geliman. Terasa berkarat urat otot dan setiap sendi. Umar ditolak lekas. Tangan diangkat ke paras bahu. “I appreciate your true feeling, but all the sweetness and love-love sentiment is giving me goosebump.” Dia meloncat dari katil. Umar bertindak mengejarnya lekas, dan sempat menahan langkah si isteri. Aqi terkaku. Tangan dah mula terasa berpeluh dan jantung semakin kencang berdegup.

Umar di belakang masih dengan senyum. “Kenapa macam ni sayang…”

“Mar…!” Pelukan Umar direnggangkan lekas. Mereka bertatapan lagi. Aqi menundukkan pandangan, terasa malu. Sangat!! Lelaki itu pula sekadar tersenyum, sebelum tertawa perlahan. Nampak cukup terhibur dan langsung tidak kisahkan penolakan Aqi.

Seriously.” Masih sempat nak menutur dalam ketawa yang bersisa. Aqi memandang wajah kacak itu, manakala Umar menghentikan ketawanya perlahan-lahan. “Aku rasa nak cium kau sekarang.” Muka pun dah pasang niat.

Dah sudah!! Berderau darah Aqi turun dari muka. Pucat! Walau ditoreh macam pokok getah pun takkan keluar darah agaknya. “Giler ar ayat kau…” Dengan serius juga dia menutur. Bulu roma di lengan yang terasa meremang lalu digosok. Si suami itu tersenyum sumbing.

Not that my desire is wrong… kan?” Nada yang tenggelam itu juga mula bernada sensual.

Aqi berundur. “Wellyeahbut…” Jantungnya terasa diketuk-ketuk dengan tukul dan dipahat mendengar kata-kata itu. Selamba, namun semacam nak memaknakan niatnya!

Tersenyum saja si lelaki. “Now that you know my feeling, aku rasa dah lepas satu halangan… dan dah boleh…” Wajah merapat.

“Umar!” Aqi memotong lekas, menentang mata kuyu di sebalik cermin mata segi empat itu dengan riak tegas walau tak pasti dia nak tegaskan apa. “Aku haus! Nak minum!” Alasan.

Terdiam sebentar dia. “Aku belum habis cakap lagi.”

“Esok esok la kau cakap.” Tubuh lelaki itu ditolak. Umar membantah.

“Aqi…”

“Taknak,” potongnya. Umar terkedu lagi, lalu mendesis.

You just hurt my feelingtau.”

Sorry…”

Sorry won’t do anything.

“Tu la aku cakap esok esok je…”

Esok esok kau nak elak juga nanti.”

“Tak.”

Umar merenung Aqi tajam, lalu mendekat. “Kau masih nak jadi bini derhaka,” ujarnya dengan nada tajam. Aqi mengerutkan dahi, berundur lagi.

“Ni namanya menggunakan dalil agama untuk kepentingan peribadi…” Pegangan lelaki itu ditepis dan dia berpusing ke pintu macam kilat. Langkah yang melaju dengan kaki yang tak berhenti terketar membuat Umar sempat mengejar. Lengan Aqi ditariknya kuat.

“Dah tahu hukum hakam dalil agama, kenapa masih berani nak melawan apa yang suami kau cakapkan?”

Bijak sungguh side peguam dia bercakap! Menjeling mata coklat gelap itu padanya, dan Umar menipiskan senyuman. Aqi di hadapan kelihatan seksi di mata. Jiwa yang bergelora mengganas sudah sukar hendak dibatasi akal. Petang ini nalurinya terlalu mudah terpacu tinggi! Tangan teragak-agak nak menurut permintaan hati, namun dilakukan jua. Lalu tubuh Aqi ditarik ke pelukan lagi. Terbejat gadis itu, membeku di dalam rangkulan. Jantung yang makin kencang debarannya semakin sukar dikawal.

“Umar…” Bergetar nadanya.

“Shh… aku cuma nak peluk kau…”

Bibir dipekam. Kuat. Semua penolakannya ditepis si suami dengan mudah dengan muka tersenyum itu. Apa yang lelaki ini nakkan pada saat ini… mungkin dia dah tak dapat nak membangkang selepas ini. Aqi memejamkan mata. Wajah yang panas berbahang dibenam ke dada itu. Jantung terlalu deras berdenyut. Lutut menggeletar dan tangan menggigil. Ya Allah. Perasaan apa yang dia sedang rasakan sekarang ini? Tidak selesa… dia sangat-sangat tidak selesa!! “Dah boleh lepaskan aku sekarang?” pintanya kemudian, masih mencuba nak lari. Kedengaran selamba walau cuma Allah yang tahu betapa kacaunya hati dan jiwa dia sekarang! Umar terdiam sebelum tersenyum nipis.

“Aku nak peluk lagi lama.” Pelukan dikemaskan, dan Aqi semakin keras membatu. Terasa belaian lembut suami pada tubuhnya… walau geraknya teragak-agak… tapi masih membuat dia rasa cuak membunuh!!

“Ja… jangan off limit tau…”

Tergelak. Perlahan tanpa suara, dan terasa getar gelak itu pada tubuh Aqi. Hati mereka terlalu dekat sekarang, dan takutnya dia andai Umar boleh rasa getar di hatinya juga!! Berhenti la hati. Berhenti la hati. Berhenti la hatiiiiii….

“Takda limit antara kita la…”

Aqi memejamkan matanya lagi. Kuat. Bibir digigit sekuat hati hingga rasa nak putus, lalu mulut dibuka. “Aku rimas la… tak suka…” Perlahan dituturkan, berharap si lelaki ini berhenti, walaupun sedar pilihan ayatnya ini seperti menghunus pedang beracun ke hati yang menyayangi itu…. Liur ditelan. “Aku tak suka dipeluk kau…. I really wish you’ll stop…”

Dan Aqi tahu dia berjaya bila Umar membatu.

Previous: chapter 17
Next: chapter 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.