Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 34

MALAS menunggu Aqi yang sedang membelit kepala dengan tudung di bilik sedangkan dia sudah bersiap berkemas, dia turun dahulu dan membeli ais krim untuk dimakan. Isterinya itu mula menjadi feminin sedikit dek pengaruh Maya, dan Umar cukup bersyukur buat masa ini, tetapi untuk menunggu si hawa itu bersiap… erm. Seterusnya, Umar menghabiskan masa di ruang layan diri di lobi hotel, membelek-belek majalah yang disediakan.

Dari jauh, dirinya sedang diperhati tanpa dirinya sedari.

Hey, look.” Rakannya dipanggil. “Some hot stuff there…”

Blue white Tee with straight cut jeans. The spec’s outrageous. Makes his face more adorable. Em…”

I like the hair-do.

Stay behind, girls. He’s already mine.”

Puteri melangkah yakin ke arah Umar yang leka dengan majalahnya. Langsung tak perasan pembuka selera yang meminta diberi perhatian di sebelah, Umar sebaliknya terus berangan mengisi perut dengan hidangan makanan di dalam majalah. Otak berkira-kira memikir tempat makan dengan Aqi nanti tengah hari nanti.

Wanita bertubuh langsing itu tercabar sedikit. Pleat Please aku tak cukup wangi ke? Lalu dia mendehem. Umar tersedar, lalu menoleh.

“Eh, you.” Terangkat tinggi kening Umar. Puteri tersenyum manis.

“Hai…” Dia duduk. “You dah sihat ke? Awalnya keluar wad?”

“Haha. Luka kecik je. I masih boleh manage.”

“Emm… tough guy. I like. You duduk hotel ni ke?”

“Yep.”

“Oh…” Puteri tersenyum lebar. “My bro runs a grocery here, though. Sometime I tolong jaga kedai. So bila-bila masa I boleh datang jumpa you…” Jari telunjuk dilarikan atas tangan Umar. Lelaki itu menundukkan pandangan, bertembung dengan lurah yang sengaja ditayangkan. Seketika, pandangan Umar melekat ke situ.

“Ah, I see… kedai mana?”

Somewhere.” Berkerut dahi mendengar jawapan itu. “Tak perlu cakap pasal abang Iyou free hari ni?”

I’m always free…” sengih Umar mengikut rentak. Majalah di tangan diletak atas meja. “I’m a newbie and kurang sikit pasal selok belok kat sini… belum explore lagi kan.” Dia menebar pandang di sekitar lobi, lalu kembali memandang Puteri yang cantik dengan evening dressnya. “Mind showing me around?” pintanya disusuli leretan senyum dengan tahap voltan 240V sama dengan voltan lampu pendaflour yang tak pernah dipraktikkan pada Aqi.

Terkedu habisan Puteri. Cair yuk…

“Ah… I’d love to…” Tangan Umar di lengan sofa dicapai, lalu diramas lembut. Mata lelaki itu meleret ke bawah. “Shall we start with the hot spots?” suaranya berbisik perlahan, cukup seksi. Mata hazel itu kembali naik ke atas, pada wajah yang cantik dengan solekan.

Ni nak menggoda sampai naik katil ni… Umar tersengih saja. “Guess I’ll start with the beach…” Kepala diteleng ke belakang, ternampak Aqi yang tercari-cari dirinya. Sengih melebar terus, lalu Puteri kembali dipandang. “…with my partner. Too bad, gotta go.” Tangan ditarik dan dia bangun terus.

“Ah, sebentar!” Puteri mencapai lengan sasa itu lagi. Umar menoleh. Aqi di hadapan lif turut perasan dan lalu memerhati. “Jangan lupa datang parti tu nanti tau…”

“Parti? Oh ya… m’kay. Bye for now.” Puteri yang terkulat-kulat ditinggalkan di situ. Aqi yang menunggu dengan muka ingin tahu disapa dengan sengih. “Hey, gorgeous.”

Rakan-rakannya lekas mendekat. Masing-masing menala pandang pada Umar dan Aqi yang bergerak keluar menuju ke pantai.

Who’s that low-life woman?” soal rakannya menyampah. Yang seorang lagi menoleh pada Puteri yang menopang dagu memandang Umar yang menghilang di sana.

So, how was he? He doesn’t seem to be interested in you.

He’s cool he’s handsome he’s electric!” Excited sekali menceritakan. Dua rakannya dengan gaya yang sama level keseksiannya berpandangan sesama sendiri. Puteri berpeluk tubuh. “And he’s married. Nak buat macammana la kan?”

Married? Haha. Tough job for you, huh?”

Puteri menjeling. “Tak jugak. He’s clearly interested with me… selagi dia bernama lelaki…” Jemarinya dilarikan pada aset wanita yang cukup menggoda.

“Uu…” Keduanya rakannya tergelak gedik. “Boleh cekup ke?”

“Siapa yang boleh tahan dengan Puteri, dowh?” ujarnya sambil melakukan gerakan sensual. Ketiga-tiga mereka serentak tertawa galak.

Sementara itu, Umar dan Aqi berjalan beriringan di gigi pantai. Aqi diam merenung ke tengah laut, Umar diam memikir wanita cantik tadi. Senyap hening antara mereka. Cuma angin dari laut yang membelai seluruh tubuh. Nyaman.

“Kau fikir pasal awek tadi ke Mar?” Tanpa menoleh Aqi bertanya.

Terkejut Umar!! Bulat sekali matanya memandang belakang kepala yang merenung laut itu. Aqi berhenti melangkah, menoleh ke belakang.

Am I wrong?”

Not entirely wrong…” Dia berterus terang. Aqi tersenyum kecil dibuatnya, lalu kepala digeleng. Pandangan dibuang ke laut lagi. “Dang. Aku tak tau kau ada psychic power.”

I’ll call it woman’s intuition.” Senyum. Kembali melangkah. Lelaki itu mengiringi langkahnya, melangkah di sebelah. “Dan aku boleh agak tanpa perlu berfikir pun. For a healthy young man untuk tak interested dengan awek seksi melarat begitu… I can call you sutun.”

Umar tersenyum kecil. “You’re really something.” Bahu Aqi dirangkulnya. “Tapi kau tak marah ke?”

“Aku tengah marah la ni,” balas Aqi selamba, masih merenung laut.

Umar terkedu, lalu tergelak perlahan. “God, you’re so cute.” Dan tubuh itu dipeluknya dari sisi. Aqi tidak bereaksi, sebaliknya sedikit memuram pada wajah yang disembunyikan dari si lelaki.

“Tempat awam la Mar.”

“Ah, kisah apa. Kita kan dah nikah.”

Mengeluh. “Excessive affection is still inappropriate in public walaupun dah married.” Aqi menarik lengan sasa itu melepaskan sekujur tubuh kecil. Dia kembali melangkah.

Umar merenung saja belakang tubuh itu meninggalkannya, lalu dia melangkah cepat. Menjuih dia. “Aqi… you’re really mad…” ujarnya memuncung, sama dengan nada Zaki bila dimarahi kerana bergaduh berebut gula-gula dengan Naufal. Sebijik! Aqi terkedu, lalu tersenyum kecil. Terasa kelakar.

Umar pula masih bingung di belakangnya. Tangan si isteri lalu dicapai dan digenggam. Aqi menjeling. “Aqi, its not good marah pada suami, tau.”

“Siapa cakap aku marah?”

“Tu yang kau cakap tak kurang 2 minit tadi.”

“Tadi tu tadi la. Now I’m okay.”

“Pulak?” Aqi melangkah lagi dan Umar menahan tangan itu dari pergi jauh. Terperanjat wanita itu, lantas menoleh padanya. Umar merenung pandangan Aqi tajam. “Then kenapa tak senyum kat aku?”

Aqi mengerut dahi, lalu membuang pandang ke lain. “A matter of nak tak nak.”

Excuses,” cemiknya, lalu lengannya memanjang sebelah, menarik pinggang Aqi ke rangkulan dengan sebelah tangan. “Sapa kisah kau nak atau tak. Dapat pahala tau menyenangkan hati suami.”

“Suami patut consider perasaan bini tau,” balas Aqi pula, menolak dada Umar supaya terbina jarak antara mereka.

Umar menunduk padanya. “I do consider your feeling.” Aqi menjeling. “Kalau tak dah lama kau kena ngan aku tau.” Terdiam dia dibuatnya. Umar kembali memandang ke hadapan. “Aku bersabar je.”

Terdiam sebentar. Aqi menunduk sedikit. “You have lots.” Perlahan nadanya mengakui.

Bibir mengukir sengih lagi. “You bet.” Rangkulan dilepaskan. Jarak terbina sekaligus dan mereka berpandangan. “Knowing Aqila, know that I have to be tolerance in instant. Rasa lucky tak kenal lelaki macam aku?” Sengihnya.

Aqi senyum saja. “Boleh bagi hadiah sebab bertahan ngan aku,” balasnya lambat dan kembali melangkah di gigi air. Ngaku dan berterima kasih sangat. Langkah Umar terhenti, membuat Aqi juga berhenti. Hairan dia, lalu mengangkat wajah, memandang muka yang dah berubah sedikit riaknya itu.

Umar menggaru kening. Teragak-agak sedikit. Belakang kepala digaru dan pasir menjadi tumpuan pandangan. Aqi naik hairan. Kenapa?

Sayif that so…” Aqi dijeling. “How about spending your entire life time with me?”

Wanita itu mengangkat kening, lalu tergelak perlahan macam tak percaya. “Sure.”

Umar tersengih lebar, dan pinggang Aqi dirangkul kembali sambil sama-sama melangkah. “How about you start to love me.

“Yeah. I’ll do that.”

Then how about having fun with me everynight.”

“Haha… thatwait, having fun tu macammana?”

And how about stop being so oblivious.” Kepala si isteri dicium.


MEREKA berhadapan lagi. Aqi menghempas nafas, lalu berundur ke belakang lif. Hadi tersenyum, masuk. Pintu lif ditutup.

So, its true. Kamu masih di sini Aqi… hai. Aku tak cam langsung sebab kau tudung kau tu…”

Gadis itu menjeling saja, masih tidak mengenali Hadi seperti yang diberitahu lelaki kacak itu. Enggan peduli.

“Sombongnya awak sekarang…” senyum Hadi lagi. Aqi mendesis.

Told’ya I dunno who you are.”

“Eh, takkan tak kenal.” Dia ketawa. Mendengus lagi Aqi. Tak suka main tarik tali. Cakap terus terang kan senang. Hadi memandang lagi wajah comel yang bertudung itu. Lagi cantik dari dulu. “Saya anak tutor kamu under communication skill foundation.

Berlapis dahi Aqi. “Tutor apa?”

“Betul lupa ni…” Hadi kecewa. “Saya memang taknak kenalkan diri buat kali kedua. Atau nak saya tulis atas kertas buat karangan macam dulu?”

Ingatan Aqi samar-samar. “Why’s that?”

Sekarang lagi kecewa. Takpe… dia tak kenal muka kacak yang dah berubah ni… “Saya Hadi…”

“Hadi who?” potong Aqi membuat lelaki itu tersentap. Wajah Aqi yang lurus tak menipu membuatnya makin hampa.

“Hadi… prof. Mahmud minta kamu ajar saya komunikasi.” Dia mula bercerita. Aqi mengangguk-angguk, mendengar sedangkan ingatan betul-betul kosong. Yang dia dapat tangkap, cumalah kawan lama dari universiti yang sama. Pintu lif terbuka dan dia keluar. Hadi dipandang dengan sengih.

I see I see… ol’ buddy ek. Kay.” Dia mengangguk kecil. “Nice meeting you again. Daa.” Dia blah. Hadi merenung gerak langkah wanita itu dari pintu lif, tak yakin gadis itu ingat padanya. Nafas terasa membuak panas kerana masih tidak diingati. Terasa tidak penting, dan dipandang rendah.


“AQI, have a look…!” Gadis yang sedang leka memerhati rantai bertali hitam di hadapannya ditarik. Umar tersengih lebar sementara Aqi mengerut dahi.

“Apa?”

Your relatives.” Poskad bergambar Orang Utan ditunjuk. Mata Aqi kaku di situ, sesaat.

Pap!

Umar memuncung, menggosok lengannya. Aqi kembali merenung rantai-rantai yang tergantung di hadapannya.

“Kau tengok apa?”

“Rambutan,” jawabnya sebarang. Tak nampak ke orang tengah tengok rantai?

“O-ramb-utan?”

Debak!!

Terloncat mamat itu, menahan jerit dek sakit di kaki. Aqi dengan muka tak bersalahmencapai rantai tali hitam yang agak nipis dengan wisel berbentuk silinder sebagai buah rantainya. Cantik…

Umar menoleh dengan muka berkerut, sakit dan hairan. “Kau suka?”

“A’ah.”

“Beli la.”

“Tengok dulu…” Kancing rantai dibuka lalu dipasang pada lehernya. Umar dipandang dengan sengih. “OK?”

Dia diam kejap, merenung Aqi atas bawah. “Boleh tahan.”

“Hee.” Mata ditala pada yang lain. Semua pun cantik, tapi dia lebih suka yang wisel ini.

Umar merenung gadis itu, pada senyuman puas dengan rantai di tangannya. Bawah sedar, senyuman Aqi berjangkit padanya. “Aku tak tau kau suka ladies stuff macam ni.” Aqi menoleh. Umar mencapai salah satu rantai bertali hitam itu. “Walaupun yang ni takde la ladies sangat…”

Whatever la kau.” Rantai itu digenggam. “Kau tak beli apa-apa?”

“Ada.” Poskad tadi diambil bersama sengih. Aqi memberi jelingan tajam. Umar mengerut dahi. “Apa? Ada masalah? Aku beli apa yang aku nak beli la.”

Aqi menjengil geram, lalu berlalu. Umar tersengih lebar, melangkah mengekori gadis di hadapannya. Mata terlihat sesuatu, lalu tangan Aqi ditarik pantas. Hampir terjatuh ke belakang gadis itu dibuatnya.

“Yang ni cantik.” Rantai perak bertali nipis dengan buah rantai bintang berkembar itu ditarik dari tempatnya, lalu Aqi ditarik berhadapan. Rantai itu diacu di depan muka Aqi. “Kau nak?” soalnya bersama sengih.

Diam kejap. Memang cantik, tapi….

Umar sengih. “Aku tau kau taknak. Takpa la. Dah beli yang satu tu, cukup la.” Diletakkan balik. Bulat mata gadis itu, terkejut.

“Kau ni tak gentleman langsung!” Lengan sasa itu ditumbuk tampar sekuatnya. Geram!

“Eh? Ha?”

Previous: chapter 33
Next: chapter 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.