Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 17

HARI ini cukup tenang. Vila tidak pula kecoh walaupun buat kesekian kalinya semua ahli keluarga Vila Orked itu berkumpul kembali pada hujung minggu tanpa sesiapa ada kerja lebih atau duduk di tempat luar kawasan yang menyukarkan mereka untuk dihubungi. Baik Zaki, Naufal dan Munirah yang sedang membesar dengan giat dan aktif itu juga tak banyak buat hal hari ini. Entah kenapa. Yang pasti, cuaca cukup baik dan angin sama bertiup dengan tenang membelai dedaunan di taman kecil di halaman vila itu.

Mata Aqi tajam merenung mata hazel Umar. Lelaki itu sama buat muka serius. Nafas sama-sama terluah panas. Farid di sebelah yang merenung juga cemas. Lama menanti…

“Osom!” Serentak keduanya melayang tangan ke bawah. Aqi bagi kertas dan Umar bagi gunting. Aqi ternganga tak percaya sementara mamat itu tersengih lebar.

“Woooh!! Yeah!” Umar slap high-five dengan Farid. Keduanya tertawa menang. Aqi menunduk tak percaya. “Consant winning five sets in-a-row. Gahahaha!!” Umar dah ketawa riak ke langit. Kepala wanita itu makin tertunduk. Farid ikut ketawa.

So Aqi. Bila nak belanja KFC?” Sengih Farid. “Ready je.”

Aqi menjeling. “Abang tak menang ngan Aqi pun.” Masam mukanya.

“Takpe. Pembantu aku bha.” Umar sengih lagi.

“Pembantu apa pulak!” geram Farid, “Aku mastermind tau…!”

“Apa pulak mastermind. Abang supporter je. Cheerleading.” Bibir bawah dicemikkan, mengutuk si abang itu hingga ternganga dia.

Now that’s rude!” Aqi ditolak kuat. “Kau lawan abang pulak!” Geram dia duduk di tempat Aqi di hadapan meja Jepun itu. Gadis itu terjatuh diabaikan keduanya. Terkedu Aqi, nganga. Lalu dia pergi dari lelaki jahat dua orang itu.

Umar ketawa. “Boleh je… sapa kalah kena buat apa?”

Farid berfikir, memikirkan hukuman paling teruk. Think, demon, thiiink… “Kena ikut kursus OSH di NIOSH.”

Berkerut dahi Umar. “Kursus OSH? Kenapa Mar kena pergi?”

Dan senyuman Farid memutik, lebar. Jahat. Umar terkedu, baru teringat. Farid CEO…! Kuasa ada di tangan dia.

“Kalau aku kalah, biar turun padang. Kalau kau kalah, hahaha!” Umar direnung. “Boleh je aku tambah lagi dua minggu.”

“Sebulan dua minggu!” Gila! Umar gerun.

Let’s roll.” Tangan digoyang-goyang. Farid dah bersedia. Umar pula masih terkaku.

“Mar taknak!” Lekas dia bangun. Farid pantas ke depan dan menarik baju adiknya itu kuat ke belakang. Umar terjatuh dibuatnya, terhentak belakang tubuhnya dengan meja Jepun itu. Aduh!!

“Apa ni! Kalah tanpa bertanding!”

“Mar taknak ambik risiko la…” cemiknya, menoleh dengan muka berkerut seribu. Sakit belakangnya!! Raja kejahatan punya abang. Tau, kalau nak mengadu takkan dapat pembelaan punya, lalu belakangnya diurut sendiri. “Abang kalah takpa la. Kalau Mar kalah? Kena tinggalkan Aqi sebulan dua minggu…!” That’s the worse!

Farid kaku sekejap. Bibir menyengih lalu. “Sebab Aqi?”

“Ya la!” Geram. “Mar taknak minah senget tu rasa apa yang Kak Maya pernah rasa. Percuma kena gantung tak bertali setahun…”

Sebelum sempat si adik lelaki nak meneruskan kata-kata seterusnya, tangan Farid dah memanjang dan menetak kepala Umar sehingga tertutup bicaranya. “Jadi sapa yang kalah kena ganti cleaner ground floor cuci toilet seminggu, okey?”

Gerun dia! “Tu pun Mar taknak!”

“Eii!! Perut Umar kuning!”

“Apa ke?!”

Yellow-belly.” Farid ketawa mengejek. Umar geram. Marah digelar pengecut.

I’ve had enough.” Dia kembali duduk mengadap Farid. “At least lagi okey dari blah dari sini.”

Senyuman lelaki itu melebar. “Splendid.” Lalu keduanya meletak tangan belakang.

“Lat tali tam… plom!”

Sampai kiamat pun takkan habis permainan mudah itu kerana kedua-duanya taknak mengalah. Batrisya yang datang lalu mengganti Umar, berminat nak bermain sama dan berhadapan dengan si abang kandung. Si adik lelaki lekas pergi dari situ, bergerak ke dapur dan mendapatkan Aqi dengan Maya di dapur. Dengan Daten Orched sekali. Entah apa yang dibualkan sambil duduk lepak di meja makan itu dengan gelak ketawa suka macam la dunia ni takda masalah ekonomi buat sepuluh tahun akan datang.

“Yo.” Dia mendekat lalu mencium pipi Munirah yang tidur di pangkuan Aqi. Terkejut gadis itu. Tiba-tiba je! Umar sempat menyengih pada muka terkejut itu sebelum mengucup ringan hidungnya. Darah menyerbu ke muka Aqi. Mendesis lalu. Umar pula selamba menarik kerusi kosong dan mengambil tempat di sebelah isterinya. “Mesyuarat apa ni? Atau umpat Bang Farid?”

“Mesyuarat berkenaan nak get rid of someone yang dil to pagal hai.”

“Apa maksud kau Aqi…” Umar menoleh perlahan.

“Ham ko hami se churalo~” Aqi dalam mode Bollywood. Umar menoleh pada Maya, mohon pencerahan tentang sikap gila-gila Aqi kali ini. Si kakak itu tertawa perlahan.

“Tak lama lagi bulan puasa nak sampai. Nak buat makan selamat bak kata Bang Farid kamu.”

“Si otak hotel tu?” Umar mengerut dahi. “Bila?”

Next week.” Daten Orched menjawab, tersenyum. “Kamu kena la tolong jugak Mar.”

“Tolong apa?”

“Tolong duduk dalam bilik je, sebab mengganggu.” Aqi menyampuk, tersengih. Umar menoleh tajam.

Why don’t Mar ngan Aqi keluar sama-sama beli bahan makanan. Sebab Aqila Abdullah fail bab masak,” ujarnya selamba, membalas. Strike!

Giliran Aqi menoleh padanya dengan aura membunuh. Umar tersengih saja, mengekalkan arah pandangnya Maya. Enggan pedulikan si muka sengal di sebelahnya. Daten Orched ketawa kecil.

“Kamu berdua ni…” Dia bersuara, membuat keduanya serentak menoleh ke kiri. “Tak macam suami isteri.”

See?” Aqi menjengil pada Umar. Lelaki itu menoleh pula padanya. “Kita tak macam suami isteri. Orang lain pun perasan.”

“Habis tu kau nak aku buat apa…?” soal Umar geram. Gadis itu menyengih saja.

“Ntah.” Lalu dia terkekeh. Umar mendesis, lalu tersenyum nipis. Pipi Aqi dicucuk.

Gibberish.

Gadis itu memuncung. “At least I’m trying to talk.”

Kening Umar terangkat. “At least?”

“Hm.” Aqi mengangguk sekali. Lelaki itu mengangguk perlahan.

At least, ey? Okey. At least…”

Giliran Aqi mengerutkan dahi. “Kau ni dah kenapa?”

Geleng. “At least I’m trying to talk.”

Perit batang hidung! Aqi geram. Dada Umar ditepuk kuat. Tersedak sedikit dia, lalu menepuk bahu Aqi pula. Makin geram. Pukul bahu Umar. Tolak dahi Aqi. Tumbuk bahu Umar. Tepis tangan Aqi. Munirah nak dibaling ke muka itu. Umar terkejut. Uii!

“Hey…” Lekas Maya mengambil budak kecil itu dari tangan Aqi. Mendengus saja dia, dan Umar terkekeh mengutuk. Memang ada yang nak kena pulas telinga…. Aqi menderam, mendekat nak mengancam. Umar menanti dengan sengih, bersedia nak mematahkan serangan si isteri. Daten Orched menggeleng kepala.

“Aqi, jangan layan Umar macam tu. Dia suami kamu.”

“Tapi dia yang mintak,” bantah Aqi memuncung. Umar tersengih lebar.

One supporter, kan ma.” Bahu ibunya dipeluk. “Tengok la perempuan tu. Brutal sungguh tak boleh nak dibuat bini.”

Bulat mata dia. “Tengok…?!” Mendecit suara Aqi, geram.

“Kamu berdua kena belajar untuk bersama…. Tak bergaduh. Kamu suami isteri tau, bukan adik beradik macam Bat ngan Farid tu.” Tegur Daten itu lagi. Serius. “Ma taknak tengok kamu berdua gaduh macam ni lagi. Hasrat pa kamu ialah nak kamu berdua baik, bermesra macam orang lain, bukan terus terikat dengan hubungan adik abang palsu kamu tu.”

Macam penampar besi menampar wajah keduanya. Pang! Pang! Maya tersenyum lawak. Daten Orched menyambung kata.

“Kalau kamu berdua tunjukkan lagi perangai yang macam tu, ma pisahkan korang terus.” Naik darah Umar mendengar. “Dengar? Umar Darius? Aqila Abdullah?” soalnya tajam.

“Dengar ma.” Pantas saja Umar menarik bahu Aqi untuk dipeluk. Terkejut gadis itu, menoleh. “We’ll be a very happy couple. Kan Aqi?” Aqi dipandang dengan mata dijengil. Terkebil saja gadis itu.

“A’ah…”

Dan masing-masing tayang gigi pada si ibu itu. Lebar. Ketawa Maya terlepas dibuatnya. Daten Orched pula menghela nafas dalam. Geram juga melihat perangai suami isteri ini. Perangai sebijik. Memang nak kena tukul supaya pahat tu buat kerja dan nampak hasilnya.

Just want to make sure… ma want the result next year,” ujarnya tanpa nada.Aqi dan Umar sama-sama tayang muka blur.

“Maksud?”

“Anak kamu berdua.” Wajah keduanya dipandang. “Bukan satu masalah kan?”

Eik!?


ANAK mata hitamnya meneliti setiap patah perkataan yang terpapar di skrin Acer. Adab-adab isteri terhadap suami…. Tidak berkata kasar, bercakap dengan lemah lembut dan baik tutur kata, melayan dengan penuh kesopanan dan tatasusila yang diajarkan islam, pandai menghias diri, tahu menyokong suami dari belakang, pandai menjaga hati suami, mengambil hati suami, melayan batin suami… auch.

Sengal pula sisi gelap di hati bila terasa suami terlalu diagung-agungkan, tetapi bila difikir-fikirkan… memang layak, kerana mereka yang menanggung dosa isteri dan anak, mereka yang berpenat lelah mencari rezeki, mereka masih kena bertanggungjawab pada ibu bapa, mereka juga yang dipertanggungjawabkan untuk tanggungjawab-tanggungjawab luar yang lain, dan selagi si suami tidak menyuruh isteri melakukan sesuatu di luar syarak, adalah derhaka bagi isteri yang melawan tanpa sebab yang relevan.

Boleh pecah hidungnya kalau setiap kata-kata di dalam web page itu diibaratkan sebagai bola besbol yang dihentam ke muka.

Lambat-lambat pipi digaru. Mulanya dia tidak berminat langsung dengan topik yang begini, tetapi entah sejak zaman bila dia mula tergerak nak membuka web page rumah tangga. Aku ingatkan aku tak kisah kalau Umar ceraikan aku, tapi bila fikir-fikir balik… erm… sayu jugak kalau betul-betul jadi begitu.

Umar betul-betul dianggap abang. Tidak lebih dan tidak kurang. Buat masa ini…. tetapi hakikat dia seorang isteri kepada seorang Umar Darius masih ialah satu fakta. Depan hukum Allah, dia sudah dikira sebagai isteri derhaka. Aqi menjadi cuak. Layanannya pada Umar tidak lebih dari seorang rakan baik, mahupun adik yang nak bermanja. Cuma bila tiba waktunya setiap bulan, jiwa wanita yang menginginkan belaian lelaki itu memang agak berbisa juga. Dia tidak menafikan hati sendiri. Dan waktu itulah yang paling perit untuk berdepan dengan jejaka kacak yang dinamakan si suami. Suka memeluk cium, tetapi tidak lebih dari itu. Tidur sebilik setiap malam, manusia yang mati pucuk je yang boleh tahan! Masalahnya, Umar mati pucuk ke?

Entah?

Facepalm. “Argh… aku idiot.” Aqi menutur kata sambil menjuling mata ke langit. Cuba berfikir perkara lain. Cuba memikirkan isu yang tak perlu. Mata dikelip berkali-kali, cuba mencari walau secebis kenangan yang bolehlah dikatakan indah.

Terdengar daun pintu bilik terbuka. Memuncul wajah Umar di muka pintu. Baru balik dari kerja nampaknya. Riak mukanya penat manakala tali leher melonggar di batang tengkuk. Aqi mengangkat kening, tersentuh hati. Tapi malas nak bangun dari katil. Hehe.

“Mar.”

Umar yang nak menapak ke almari, menoleh. “Ada apa?” Briefcase diletakkan ke dalam almari.

“Kau agak-agak kan… bila kenangan terindah dalam hidup aku?”

Butang kemeja putih yang nak ditanggalkan, terhenti. Menoleh kembali si suami yang sama umur dengannya itu. Suami yang dikahwini atas permintaan orang tua. Suami yang dah dikenali sejak sekolah menengah, namun bertemu kembali bila bertemu jodoh.

“Kau ni… aku baru balik kerja penat-penat macam ni, layan la aku dulu dari tanya soalan mengarut kau tu…. Salam tangan aku ke, bukak baju aku ni ke, urut aku ke, hidang air ke…”

Aqi lambat-lambat menoleh. Geram…. “Agak-agak dengar kau membebel tu kira menolong tak?” Dia berkalih dari katil, dan bergerak ke arah Umar. Butang yang baru setengah terbuka ditanggalkan sehingga habis, mendedahkan tubuh muda si jejaka dengan singlet putih. Umar menahan senyum, merenung wajah di hadapannya.

“Kenapa tiba-tiba?”

Aqi menjungkit bahu. “Kau yang suruh.”

“Tak… bukan… soalan kau tadi tu…”

Aqi mengangkat pandang, membalas pandangan si suami yang bertanya. “Random.” Sleeveless di almari ditarik dan diserahkan pada Umar. Tukarlah baju sendiri. Self service. Aqi kembali beralih ke katil.

Random sangat.” Perlakuannya diteruskan. “Thing is, hidup kau indah ke?”

Terdetik hati Aqi dibuatnya. “Aku ngaku la hidup aku ni takde la indah macam princess fairy tale, tapi bila kau bagi komen camtu, aku sakit hati jugak…” Kepala ditarik kembali memandang skrin Acer. Tab baru dibuka.

Lelaki itu tertawa kecil sambil menyarung sleeveless berbelang putih ke tubuh. Tubuh kecil Aqi yang bersimpuh di katil dikerling sekilas. “Kenapa tanya soalan macam tu?”

“Kan dah cakap tadi, random,” balas Aqi sedikit tegang. Dah rasa nak merajuk dengan Umar. Menyesal aku tanya!!

Bibir nipis si suami masih tersungging dengan senyum kecil. Selesai berpakaian kasual. Lalu, Aqi di katil dihampiri. “Buat apa ni sebenarnya…” Punggung dilabuh dan kepala menjengul ke skrin laptop Aqi. Gadis itu menjauh sedikit, memberi ruang kepada Umar untuk melihat. Umar mengangkat kening, membaca apa yang terpapar di skrin. “Peraduan cerpen online. I see…” Mata membaca syarat-syarat peraduan. “Ni la sumber soalan mengarut kau tu tadi?” tekanya bila memahami tema peraduan itu berkaitan dengan kenangan terindah si penulis.

“Yea.”

Umar tergelak. Mata membaca tajuk pada tab yang lain. “Joan of Arc. You have interest in French’s classic history?”

Its a knowledge.”

Right… yang ni apa pulak. Info Muslimah. Hahaha. Pasal bini solehah?”

No.

“Hm. Can’t agree more.” Tubuh muda sasanya lalu dibaringkan di sebelah isteri. Paha Aqi enak dijadikan bantal. Terperanjat dibuatnya. “How about masa kau kahwin dengan aku?”

“Poyo. Aku rasa nak bunuh diri adalah kut masa tu.” Monotone membalas.

Senyum di bibir Umar menghilang berganti cemikan. “Cih. How about… masa kau jumpa bang Danny?”

Aqi terkelip, lalu menoleh. Umar menentang pandangan isterinya dengan kening yang dijungkit berkali-kali. Wanita itu terdiam, lalu menjuling mata ke langit. Mengimbau kenangan lalu. Senyum menguntum, mekar. “Masa jumpa Danny, takdelah indah to the letters sebab aku half-dead kena gun shot member dia. Tapi I guess I really was happy masa hidup dengan dia.” Senyum indahnya berbunga dengan ketawa kecil. Umar merenung perubahan riak itu, lalu turut tersenyum. Sedikit sumbing di hujung bibr.

“Macammana kau jumpa dia?” Cuba mengorek.

Just some unimportant history. Tak payah tanya.” Aqi menjeling bersama senyum.

Well, kalau kau masih taknak kongsi, then fine. Tadi ada bagi comparison dengan kisah fairy tale kan? Do you know kisah dorang tu sebenarnya takde la indah mana. Sinister and kejam and… berdarah la jugak…”

“Maksud?”

Anak mata hazel menjeling ke hujung mata, memandang Aqi yang beriak ingin tahu. “Kisah Cinderella tu, mengikut mazhab Grimm Brothers, sebelum Cinderella sauk kasut kaca tu kat kaki dia, si kakak-kakak tiri dia dah try dulu dah dan potong tumit dan buku lali dorang supaya kaki boleh muat masuk dalam kasut kecil tu. Darah yang mengalir tu la mengantoikan dorang…” Umar menceritakan dengan penuh selamba sementara Aqi mula beriak sakit. “The story ends with happily ever after meanwhile the sister’s eye is pecked by birds yang dibela Cinderella.”

The pain…” Berkerut seribu riaknya dengan bibir digigit, boleh membayangkan apa yang terjadi dengan kakak-kakak tiri Cinderella. Umar tergelak perlahan. Aqi menghembus nafasnya kemudian, merenung jejaka itu kembali. “Atau kau tipu je ni?”

“Pulak. Aku kongsi apa yang aku pernah baca dalam internet la. The true story is so kejam, sebab tu aku berminat.”

“Oh ya? Macammana dengan Sleeping Beauty then?”

She was actually raped by the passing king and gave birth for two child while she’s still asleep.”

Berlapis dahi Aqi. “Snow White?”

The old woman yang bagi dia the poisoned apple is actually Snow White’s own mother.

Bertambah lapis di dahi. “The Little Mermaid?”

She didn’t marry the prince, instead she died and turned into foam and return to the sea.”

“Kau tengok fairy tale, huh?” Itu yang Aqi boleh tangkap tentang Umar daripada pendedahan kisah fairy tale versi Grimm Brothers itu. Lelaki itu menjungkit bahu, lalu menarik bantal dan diletakkan di bawah kepala. Lengan turut dilipat dua belah dan dijadian alas tambahan supaya senang nak mendongak dalam baring dan merenung wajah si isteri.

“Apa salahnya. Buat tambah pengetahuan am untuk dikongsi bersama si bini yang tak tahu apa-apa.” Mata dipejam.

Sarcasm.

Previous: chapter 16
Next: chapter 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.