Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 30

“AQI. Here.”

“Apa dia?”

“10 benda yang aku nak kau buat dengan aku sepanjang honeymoon ni. No objections.” Umar tersengih lebar dengan tahap ceria yang sama sinarnya dengan sinar matahari di pagi hari tanpa hujan. Aqi mengerut dahi, menyambut kertas yang dihulur lelaki itu. Dibaca.

1. Making baby

2. Making babies

3. Making babies

4. Making babies

5. Making babies

6. Making babies

7. Making babies

8. Making babies

9. Making babies

10. Making babies

Menyirap darah naik ke muka! “Kenapa semuanya making babies?!!”

What? You don’t like it? Camne kau nak tau kau suka ke tak kalau kau tak try dulu? Shishishi,” dan gelak nakal. “Atau kau nak islamik sikit bunyinya? Jom mengembangkan ummah Nabi Muhammad.”

Aqi jatuh rahang.


MATA terbuntang luas. Automatik tubuhnya tegak duduk dari perbaringan seperti direnjat stun gun. Terkebil-kebil Aqi memandang dinding di hadapan. Apa dah jadi tadi?? Terasa sakit pula kepalanya kerana bangun mengejut. Mimpi??

“Aqi? Kau kenapa? Nightmare?” Kedengaran suara Umar. Gadis itu menoleh, melihat lelaki itu duduk di sebelahnya dengan laptop di riba. Lelaki itu sedang bersandar di kepala katil dengan kakinya ditutup selimut yang sama dengan Aqi. Aqi menekan pangkal hidung dengan ibu jari.

“Mimpi?” soalnya pada diri sendiri. Umar menjungkit sebelah kening.

“Tu la. Tidur lagi lepas maghrib. Nak sangat lari dari cium aku punya pasal. Pergi Isyak la sayang.” Perhatiannya kembali pada laptop di riba.

Aqi mendesis perlahan. Perit di dahinya ditahan sendiri. Anak mata hitam dikerling ke kiri, pada jejaka itu. Kenapa dia tidak berbaju? “Mar…” Panggilnya perlahan. Umar mendehem tanda mendengar. “Kita baru making babies ke, Mar?”

Membulat anak mata hazel itu. “What’s with that?”

Aqi menahan pening. “Are we?” soalnya mengulang. Serius. Malas nak berfikir dan menyiasat persoalan di kepala, dia tanyakan saja terus.

Umar terdiam seketika. “No, we’re not. Kau mimpikan kita making babies ke apa?” Gadis itu mendiam, terus mengurut dahinya. Umar menghela nafas pendek. “Untungnya aku yang hidup dalam imaginasi kau.”

No…” Nafas ditarik dalam dan dilepaskan sekaligus. Lega. Tubuh kembali berbaring. “Aku mimpikan kau punya 10 demand mengarut tu. All of thempasal making babies…”

Dan terlepas gelak Umar. “Sampai termimpi-mimpi tu. Dasyat. And I never thought of that. Bijaksana sungguh aku dalam imaginasi kau.” Dan terus tergelak sambil jemari menekan keyboard.

Aqi menghela nafas pendek. “Jangan nak mengada… kau pulak buat apa?” Kepala ditoleh memandang lelaki itu.

“Em? Aku tengah rancang apa nak buat sepanjang seminggu kita kat sini. We have too much time to kill though, tambah lagi kita tak prepare percutian free kita ni awal-awal. Aku tak sangka Bang Farid akan main lepas terus kat aku bila sampai kat sini…. Kalau dia bagitau awal-awal boleh la jugak plan beforehand…”

Gadis itu mengangguk sambil memeluk bantal. “So, apa kita nak buat esok?”

“Erm… making babies.” Kakinya disepak di bawah selimut. “Lets call it a surprise. Esok kau tau la apa kita buat.”

“Oooh. Okey.”

And yeah, making babies pun ada dalam schedule esok. Kah kah kah.”

Kena sepak lagi.

Dan senyap. Umar membetulkan letak spek di pangkal hidung sambil terus membaca informasi pada skrin laptopnya. Otak berkira-kira sebarang aktiviti yang ingin dilakukan, dan aktiviti yang si isteri nak buat.

She did say she love the sea. So maybe a cruise? Stargazing kat tepi pantai? Atau mandi air laut je. Atau… menari…. Senyum ditahan. Dia tahu ke menari? Aqi dikerling. Terperanjat sedikit melihat si isteri itu sedang tepat merenungnya sambil memeluk bantal. Umar menjungkit tinggi kedua belah keningnya.

“Apa? Kenapa?”

“Mar, aku nak tunggang kuda.”

“Kuda? Kaki pendek kau boleh ke sampai?”

“Tunggang kuda sama-sama dengan kau pun aku tak kisah…”

Umar terdiam. Akal lelakinya serta merta aktif. Lambat-lambat ketawanya terlepas. Kecil, namun kedengaran nakal sekali.

Aqi mengerut dahi. Enggan mempedulikan ketawa yang mencurigakan itu, dia terus memberi cadangan. Umar membalas sekali-sekala sambil jemari menaip sebagai satu memo.

Bantal dilepaskan dan dia bangkit duduk. Lega peningnya dah menghilang. Comforter ditolak ke tepi sambil kaki dibawa turun dari katil. Aqi melepaskan nafas dalam. Rambut paras dada yang lepas bebas itu dielus dan disikat dengan jari, sebelum disimpul siput. Dia membawa diri ke tandas, mencuci muka dan mengambil wuduk. Nak solat.

Selesai menunaikan solat fardu Isyak, dan selesai mengemas station solat, bagasi di tepi almari dicapai. Buku kanak-kanak, Matilda – Roald Dahl dicapai. Sebelum tidur, baik membaca buku. Lebih senang nak mengundang kantuk. Aqi beralih ke katil dimana Umar masih tidak berganjak dari posisinya yang asal tadi. Masih bersandar pada kepala katil dan melayari internet dengan laptop di riba. Pandangan jatuh ke tilam, dan baru perasan sehelai baju tidur merah jambu nipis dengan string spageti terbentang elok di atas tilam. Gaun tidur untuk si kakak Batrisya yang dibeli dahulu.

“Apa ni?” Aqi menyoal tanpa riak.

“Baju tidur untuk kau pakai.” Umar membalas tanpa menoleh.

“Baju tidur? Untuk aku? Dari siapa?”

I don’t know. Someone yang nak tengok kau pakai, I guess?”

Timbul lapis di dahi. Matilda diletakkan atas bantal dan baju tidur tersebut disentuh. Kain satin. “Where’s the fire?” soalnya lagi, masih terasa pelik. Lelaki itu tidak pernah menghadiahkannya apa-apa, dan tiba-tiba malam ini memberinya baju tidur yang seksi begini? Apa cerita? Tetapi Umar tidak menjawab, membuat Aqi menghempas nafas. “Bukan ke baju ni untuk Kak Bat dulu?”

I lied back then.”

“Ha?”

“Sebenarnya masa tu nak beli untuk kau…”

Berkerut lagi dahinya, lalu kepala digeleng. “Taknak la.” Datar menolak.

“Hey.” Umar menoleh terkejut.

“Segan la pakai… shekshi… sangat.”

“Ler, pakai je la. Bukannya mati pun.”

“Aku yang kena pakai, bukannya kau.”

“Aku yang nak tengok, bukannya kau.” Lancar membalas. Aqi terdiam. “I only thought that it would be nice if you wear that. Like, everynight.” Isteri di hujung katil dikerling. “Does it kill you?”

Wanita itu terdiam, memikir. Umar dipandang lagi. “You really want me to changeinto this?” Masih tak percaya.

Kepala diangguk. Malas nak bertukar jawab jawapan sarkastik. Aqi ketika ini perlu diberi jawapan terus, telus, terang dan nyata. No hanky-panky. “Yep. And without underwear.” Umar menambah, berniat gurau. Tapi kalau menjadi pun, apa salahnya….

Bertambah tinggi kening Aqi. Baju tidur di tangannya ditenung. Terlepas ketawanya. “Bila masa kau berniat ni, Mar? Diam-diam keladi bunting eh…”

Diam-diam keladi bunting? Terhenti seketika jari telunjuk yang menarikan cursor di skrin Dell. Otak memikir-mikir maksud peribahasa melayu yang Aqi baru berikan. Tiada dalam kamus akalnya. Minah perogol bahasa ni…. Anak matanya mengerling sekilas, namun tetap menjawab. “Kau tak perlu tau…”

“Hmm… okay.” Tersenyum nipis.

Umar menjeling tajam. “Does that okay means… ‘okay, aku tak perlu tau’ atau, ‘okay, aku pakai’.?”

Aqi mengacu baju tidur tersebut di tubuh. “I’ll wear it kalau kau dying sangat nak tengok.” Tegak duduk Umar dibuatnya, mendengar kata-kata itu dituturkan ke telinga. Riak wajahnya juga ceria dengan senyum lebar. Aqi tersenyum kecil. Comel sungguh ulah si suami ini. “Aku kira payback untuk apa yang kau plan dengan Zach raya dulu. Tapi ini kira dua lagi demand kau daripada 10 tu dah burn, kan? Seven left… syukur.”

“Hm? Dua?” Umar menoleh.

“Yep. Satu, pakai baju ni. Satu lagi, without underwear.” Senyumnya meleret bersifat selamba, lalu tubuh kecil itu menghilang lagi ke tandas.

Senyap.

Umar menggaru hidung. “I’m a healthy young man who possess an oblivious wife who are so dense and thick…” Merungut pada diri sendiri. Nafas ditarik dalam, cuba menenangkan darah panas yang berkumpul di perut. Dia sendiri tidak pernah terfikir untuk meminta si isteri berpakaian begitu. Apa yang Batrisya suruh dia buat sebelum mereka bertolak ke Langkawi cuba diaplikasikan, dan nyata dia sangat suka dengan cadangan itu.

Ye la kan. Sampai bila dia nak berlagak seperti abang pada Aqi, dan mengikut rentak isterinya itu. Kalau nak tunggu Aqi bersedia dengan hatinya… mau sampai kiamat pun takkan jadi! Paksarela, bak kata Farid… mungkin boleh diguna pakai. Paksa Aqi…

Naik remang.

“Ergh…” Dahi diurut. “Aku dah transform jadi orang tua gatal ke fikir benda begitu dengan bini sendiri?”

Perhatian cuba dialihkan pada perancangan berbulan madu yang masih tidak selesai. Cuba untuk tidak berfikir pasal Aqi di dalam tandas. Cuba untuk tidak kalah pada imaginasi. Cuba untuk tidak kalah pada malam ini. Namun bila si isteri itu berhadapan dengannya dengan muka semerah saga, Umar serta merta faham. Mimpi Aqi sebentar tadi bukan sekadar mimpi lagi selepas ini.


LASAGNA dicucuk dengan garfu dan dimasukkan dalam mulut. Kembung sekali pipinya dan cukup comel bibir yang cuba ditutup untuk memberi ruang kepada gigi untuk mengunyah. Salad dicapai dan dicecah dengan sos mayonnaise sebelum dimasukkan bulat-bulat ke dalam mulut. Gigi dipaksa mengunyah, dan anak tekak dipaksa menelan. Garfu dipusing-pusing pada mi kuning pula, dan masuk lagi ke dalam mulut. Pada masa yang sama, steak hamburger dicucuk dengan garfu dan dibawa ke mulut, menunggu masa untuk masuk selepas mi kuning ditelan.

“Aqi?” Maya menegur.

Tersedak gadis itu. Lekas jus oren dicapai dan diteguk deras. Sakit juga otot tekak menerima tekanan itu. Malah, lebihan jus tumpah di hujung bibir dan turun ke dagu. Aqi sekarang tidak ubah seperti pelarian yang kebuluran.

Maya merenung bingung. Hidangan makanan di atas meja Aqi dipandang. Banyaknya. Dan gadis itu juga tidak henti-henti mengunyah sejak dia masuk ke dalam restoran ini tadi. Punggung dilabuh ke kerusi kosong di meja bulat tersebut.

“Kenapa ni? Bergaduh dengan Umar lagi?” soalnya. Maklum juga dengan tabiat Aqi yang satu ini. Selera makannya akan mendadak meningkat setiap kali gadis itu bergaduh dengan lelakinya.

No…” Anak tekak didehem. Tisu ditarik dari kotaknya dan bibir yang kotor dilap. “Tak gaduh…”

“Tapi pagi-pagi dah makan sampai macam ni…” tuturnya risau. Tak berselera pula dia nak bersarapan melihat gaya glutton si adik ipar. Aqi mengukir senyum paksa. “Umar mana?” soal Maya, membuat senyum itu kaku.

“Bilik…”

“Masih dalam bilik? Buat apa? Tidur?”

“Erm…”

“Masih tidur walaupun matahari dah naik? Sibuk sangat ke malam tadi?” Suara Farid pula kedengaran menyibuk dari belakang. Aqi terperanjat, menoleh. Abang iparnya itu tersengih, lalu mengambil tempat duduk di sebelah Maya.

“Abang datang dari mana?”

“Tandas.”

“Masuk restoran terus ke tandas. What a manner…”

Farid tersenyum sumbing. “Pandai pula Umar tu ajar bini dia membebel macam dia.” Tangan Maya lalu dicapainya. “Apa-apapun, abang tak rancang nak entertain kau Aqi. Kita datang ke sini as a separate couple, so apa-apa aktiviti kau, kau kena la buat sama-sama dengan Umar. Jangan act alone macam ni lagi. Suami kau tu ada untuk disusahkan. Kalau ada apa-apa yang berlaku kat kau, sapa susah?” Gadis itu terdiam, menunduk mendengar kuliah Farid. Si abang ipar menghela nafas pendek. “Ingat sikit. Kau tengah honeymoon, bukan melancong.”

Mendengar itu, pipi Aqi mendadak bertukar rona. Merah dan panas! “Ma-ma-ma-mana ada honeymoon! We-we didn’t sleep together last night! We-we-we didn’t!”

Maya terkedu. Suaminya dipandang, dan nyata Farid juga perasan. Pasangan itu berpandangan seketika. Lelaki itu tersengih kemudian. Naik tanduk bila melihat pipi merah Aqi. What a fluke….

What… sejak bila kau reti blushing ni Aqi. Apa Umar dah buat??” Nakal mengusik. “Baru malam pertama dah tewas eh?”

Berasap telinga dibuatnya. “Ma-ma-ma-ma-mana ada!” Kelam kabut membalas. Huru hara kepalanya cuba untuk bertenang. Gelas berisi jus oren dicapai lagi lalu diteguk sampai habis dengan sekali nafas.

Pasangan suami isteri itu berpandangan. Faham sesama sendiri. Farid berpeluk tubuh, mengangguk-angguk. “I get it. Umar hanya boleh tunjukkan kelelakian dia kat luar rumah rupanya. Should have sent both of you pergi honeymoon earlier.”

I-I-I-I-I said!” Aqi meloncat bangkit berdiri seolah-olah punggungnya dicucuk pin baju. “I-i-i-i-its not the-the-the-the that!!” Jantung berdegup kencang seperti kuda perang dan otak sedang menggelegak panas seperti air yang mendidih! Aqi terasa tahap bahang di wajah dah boleh masak barbeque ayam. Denyutan jantung tak kalah menang derasnya seperti malam tadi. Tangan menggeletar… berpeluh! Dahi turun melelehkan peluh dingin. Aqi pucat.

Maya tersenyum nipis, lalu lengan Farid yang tergelak ditepuknya. “Janganlah usik dia lagi…” Kasihan pula melihat keadaan gadis itu.

“Hahahahaha. Comel la kau ni Aqi.” Kepala adik iparnya itu ditepuk. Aqi tertunduk, terlalu malu. “Bangga la sikit kau boleh tewaskan jantan gatang tu. Akhirnya kau dah pegang dia kat tangan kau haha… lagipun, abang mana pernah tengok dia tengok perempuan lain selain kau. Anggap la kau tu istimewa, okeh.” Kepala itu ditepuk lagi sekali sebelum pergi ke meja kosong lain. Maya pula sekadar menguntum senyum dan memberi kata-kata semangat.

He’s yours now. Congrates.”

Aqi ditinggalkan terkedu.

Previous: chapter 29
Next: chapter 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.