Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 28

“KAU dah pujuk Aqi, Mar?” soal Farid selepas makan malam dua hari lepas kes ketawa sedunia itu. Masing-masing mengadap TV, Buletin Terkini TV3. Berita memaparkan berita pembunuhan di tanah Malaysia yang kali ke berapa entah. Semasa sedang makan di gerai mamak, tiba-tiba ditembak peluru entah dari mana. Entah bersenjatakan pistol, entah bersenjatakan senapang. Sadis. Tragik. Kejadian haram yang tidak pernah terpadam selagi hukum yang dah ditetapkan Allah tidak dilaksanakan.

Menurut Global Peace Index, Iceland ialah negara yang paling damai manakala negara-negara islam menjadi negara tercorot di bawah. Hanya kerana peperangan yang berpunca dari Israel Laknatullah sedang berlaku di negara islam tersebut, maka pembunuhan dikatakan banyak sekali berlaku? Adakah sama maknanya di antara pembunuhan secara sengaja dengan pembunuhan untuk menghapuskan musuh negara dan musuh agama? Lantas, diuar-uarkan seluruh dunia bahawa negara islam negara yang melahirkan pengganas? Bagaimana jika dinilai dengan fakta sejarah, bahawa sejauh mana kes-kes pembunuhan telah berlaku di antara negara barat dan negara islam? Beranikah dibandingkan?

Ah, bukan perkara ini yang nak dibincangkan pada mulanya.

Lelaki bermata hazel itu menoleh, lalu menggeleng. “Dia taknak cakap ngan Mar…”

Batrisya mengangguk. “Akak faham perasaan Aqi.” Dia menjeling tajam. “Bila kena gelak mentah-mentah macam tu oleh dua orang jahat tu.”

Farid mendesis. “You’re just the same Batrisya Ismail.”

“Mana da…” Batrisya memandang Umar pula. “Tak bercakap langsung ke apa?”

“Dah dua hari Mar lepak bilik Zaki,” ujarnya menjelaskan tanpa nak cerita panjang lebar. Wanita itu berpandangan dengan Farid. Parah tu! Maya pun menoleh dibuatnya.

“Nasib kau la,” ujar Farid tak berperasaan. Umar menoleh geram. “Antara korang ialah korang punya hal.” Dia tetapkan di situ, taknak masuk campur. Umar dah cukup besar nak uruskan masalah sendiri, walaupun dia juga menyumbang dalam buat masalah tu. “Aku ni nak mengadap yang Di-pertua mama sebenarnya.” Batrisya dijeling lalu tersengih. “Abang ambik cuti seminggu, nohal kan?”

“Ehh?!” Batrisya terkejut. Umar sama terkejut, menoleh dibuatnya. Maya hairan, ikut memandang suaminya. Kenapa tiba-tiba?

“Kenapa?” soal wanita itu. Farid sengih saja, lalu bahu Maya dimasukkan dalam pelukan.

“Tak lama lagi anniversary aku.”

Maya terkebil, baru teringat. Kepala Umar dan Batrisya serentak terundur, terkejut. “Abang ingat??” Serentak bertanya dengan nada suara yang langsung tak dapat nak percaya. Seolah-olah macam mendengar berita perdana menteri menyedekahkan separuh gajinya ke rumah anak-anak yatim. Kedengaran mustahil, tetapi tidak mustahil!

“Mestilah.” Dia menoleh. “Apa korang ingat abang heartless sangat ke sampai nak lupa tarikh penting camtu?”

“Tahun-tahun sebelum ni abang tak pernah ingat pun. Tak payah cakap ‘ingat’, abang tak pernah nak kisah pun,” ujar Batrisya dan disambut anggukan persetujuan Umar. Mereka benar kerana mereka ada sama dalam pentas kehidupan si abang itu. Memang kasihan kat Maya tak dapat nak dinafikan lagi.

Sentap bila diberi penampar lisan. “Tu pasal abang sibuk, masih tak stabil lagi dengan situasi hotel.” Alasan. Umar mencemik.

“Papa yang buat kerja-kerja tu pun.” Terdiam dia bila Farid menjengil.

“Kau apa tau.”

“Tapi kenapa sekarang?” soal Batrisya. “Memang la hotel stabil tapi CEO dia takda seminggu…”

Farid menoleh pada adik perempuannya itu pula. “Bukannya aku takda lalu hotel tu turn upside down. Kau kan ada.” Sengih.

Tu dia kesimpulannya. Batrisya mengeluh, lalu Maya dipandang. “Kau Maya?”

“Hm? Maya tak kisah pergi atau tak.” Dia mengukir senyum manis. Semua memandangnya lalu wanita bertudung itu menyentuh tangan Farid. “Tahun-tahun sebelum ni tak buat pun, jadi tak kisahlah. Hotel tu penting kan?”

Pang! Pang!

Two times in-a-row.

Umar tersengih melihat Farid dapat penampar halimunan yang Maya bagi tanpa disedarinya. Batrisya mengangkat kening saja. Farid nyata buat muka tak bersalah, walaupun tau dalam hati dia tu bukan main perit lagi. Nak buat jahat kat orang innocent macam Maya sangat payah!

“Jadi, abang tetap nak pergi?”

“Mestilah,” jawabnya dengan mata tak beralih dari skrin TV. Taknak mengaku kekalahan le tu. Enggan mengaku kesilapan yang dibuat pada Maya juga. Dasar ego melangit.

Tapi… Batrisya tersenyum nipis. Farid memang jumpa dia punya arch enemy. Dia punya natural enemy tu pula yang jadi isterinya, yang tahap penyabar masya-Allah, innocent, baik. Kat orang macam ni, apa-apatrickpun takkan jadi selagi prankster itu ada hati perut. Heh. Padan dengan muka mamat itu. Maya pula Batrisya memang tak faham, macammana boleh lekat dengan Farid. Cinta memang unpredictable kan?

Maya tersenyum saja, bermain dengan tangan Farid yang tergantung di bahunya. Bermanja dengan suaminya itu.

“Kau okey je, Maya?” soal Batrisya. Wanita itu menjungkit bahu.

“Maya on je…” tuturnya rendah. Pandangan ditala ke TV. “Dah lama juga teringin nak pergi…” lanjutnya perlahan, membuat Farid menoleh.

I know.” Rangkulan dieratkan. “Tinggal nak yang Di-pertua approve secara lisan je.” Dan bibirnya mengucup sebelah kepala isterinya. Isterinya itu tersenyum manja.

Batrisya tersengih melihat pasangan itu, tumpang bahagia untuk si abang lalu dia menoleh pada Umar yang mencekak leher Zaki dengan lengannya. Headlock. Tersedak budak itu dan Batrisya terkejut tak sempat nak menjerit.

“Umar Darius!”


“KAU ngan Aqi masih nak kekal macam ni?”

“Macammana?”

“Tak berubah. Masih macam adik beradik. Tak nampak gaya suami isteri yang sepatutnya terjadi antara kamu berdua.”

“Hmm…but we’re fine on how we are now…”

“Masih tak cukup, Mar…”

“Tak kisah.” Cakap kakaknya dipotong. “Selagi Aqi tak pergi tinggalkan Mar, I’m satisfied enough.

“Umar…”

“Lagipun minah tu aneh,” sengihnya. “Nak co-op ngan dia takes time… mungkin ada perempuan lain kat luar, tapi Mar nak Aqi jugak.”

“Kamu cintakan dia?”

“Ya.”

“Dia?”

“Ntah?”

Aduih


“BETUL kita kena tolong?”

“Dia sama je ngan abang bab yang ni… bijak tak dapat nak ditumpang, bodoh tak dapat nak diajar.”

“Heit, apa maksud kau Batrisya.”


UMAR menarik nafas dalam, lalu memutar tombol pintu. Tak berkunci. Ditolaknya ke dalam dan kepala menjengul mencari Aqi. Tu dia, tengah duduk atas katil sambil membaca novel.

“Aqi,dinner.

“Hm.”

Umar memuncung. Hambar betul… lalu dia masuk, mendekati wanita itu. “Kau masih marah?”

“Hm.”

“Aku minta maaf…”

“Hm.”

Haru. “Maaf la…”

Aqi mengangkat wajah dengan muka kaku. “Dulu aku minta kau berenti ketawa, kau tak dengar pun, kenapa sekarang aku kena ikut cakap kau maafkan kau pulak?”

Umar tersengih, duduk di birai katil. Aqi dah membebel, perkara baik la tu. Kalau sebelum ni kaku beku ais macamicebergkat kutub utara sana. “Sikap pemaaf kan terpuji.”

“Aku bukan pemaaf.” Tunduk lagi. Lelaki itu senyum saja.

Anything to make up for that?”

None.

Come on la Aqi. Tak best camni.” Dia merayu pula. “Aku nak tengok kau senyum, tengok kau ketawa, nak dengar suara kau… jangan merajuk lagi, please….”

Aqi mengangkat mata, memandang Umar yang menunduk ke arahnya. “Sapa suruh ketawakan orang kuat sangat…!” Masih geram. Masih berdendam. Umar tersengih lalu mendekat. Tangan Aqi yang memegang Magis – Ramlee Awang Mursyid ditarik lalu digenggam. Gadis itu mencerun dengan sinaran lazer. Gaya macam Cyclops!

I’m sorry. I’m really really sorry. Please forgive mewahai gadis cantik jelita yang paling cute di seluruh alam semesta.” Diramasnya tangan kecil itu.

“Melampau le tu.” Aqi nak tarik balik tangannya, tapi Umar menahan. Tarik lagi. Tak lepas. Aqi mencerlangkan matanya sebulat telur mata kerbau. “Lepas.”

Umar memuncung, melepaskan. Aqi mendengus dan kembali membaca, taknak layan Umar.

“Aqi…”

Diam.

“Jom makan. Semua orang dah tunggu kat bawah.” Dia bangkit bersama helaan nafas panjang. Aqi diam kejap, sebelum meletakkan novel tersebut di atas katil.

Umar menunggu lagi di luar bilik. “Sorry?”

No.

Berjalan lagi.

Tangga di bawah. Umar menoleh, “Sorry?”

No.

Meja makan. Umar menoleh, “Sorry?”

Aqi menyuap nasi sambil menggeleng. Lelaki itu memuncung, lalu sama memasukkan makanan dalam mulut.

Yang lain berpandangan. Daten Orched yang sedari tadi memerhati mereka lalu mengerutkan dahi. Dia memang maklum macammana gaya pasangan itu bermanja, tetapi bila hubungan suami isteri yang sepatutnya berlaku masih tiada perubahan walau sudah hampir setahun berlalu… parah juga. Farid dipandang kemudian. “Kau cakap nak pergi honeymoon, Farid?”

Lelaki itu menoleh. “Ah? Ya…”

“Ajak Umar ngan Aqi sekali.”

Buhuk! Serentak keduanya terbatuk sampai terpercik nasi keluar. Serentak juga mereka mengelap mulut masing-masing sambil berpandangan sesama sendiri. Kurang percaya apa yang baru didengari. Batrisya, Maya dan Farid kaku. Daten Orched beriak selamba, meneguk airnya.

“Haaa?” Lambat sedikit reaksi Farid. “Naper nak ajak diorang pulak?”

“Aqi belum jalan-jalan lagi kan, sejak balik Malaysia. Ambil peluang ni la. Lagipun nak bagi dia ngan Umar berdua je.”

Oi oi oi… Aqi ngan Umar sama-sama kaku tak mampu nak buka mulut.

Farid memuncung. “Kang jadi macam pergi Legoland hari tu. Dorang tak jadi ape pun.” Kisah Umar dan Aqi yang dijumpai sama-sama tertidur di ruang tamu selepas ditinggalkan semalaman diungkit. Nampak sweet, tetapi hakikatnya pelan gagal. Objektif tak tercapai.

“Takpe. Aura honeymoon ni lain sikit.”

“Tapi jangan la kacau honeymoon Farid.”

Daten Orched tersenyum saja. “Double honeymoonla. Kau ngan Maya, Aqi ngan Umar. Boleh kan?”

You make it sound so simple la ma… Farid menoleh pula pada pasangan yang kaku itu. “Abang taknak. Korang?”

“Taknak.” Serentak. Aqi siap menggeleng kepala tanda tidak setuju. Sungguh!

“Tengok?” Farid menoleh, terkejut tengok Daten Orched yang dah tersandar sambil memegang dadanya. Nafas turun naik, deras. Sesak nafas. Semua terkejut!

“Mak…!” Maya lekas menerpa, cemas.

“Ma cuma nak… anak-anak ma… berbaik-baik tak gaduh…” Nafas ditarik dalam. “Ini permintaan terakhir ma…”

Maya menoleh pada Farid. “Bang…!” Serak suaranya sudah.

Lelaki itu mengerut muka. Adei… “Kamu OK je, Maya?”

“Maya tak kisah pun. Langsung tak kisah. Lagi ramai lagi meriah kan?” ujarnya bersungguh.

Kita honeymoon, bukan melancong… rintih hatinya. Nafas dihela, lalu kepalanya menoleh pada Aqi dan Umar yang memandang Daten Orched dengan riak masing-masing yang langsung tak boleh dibaca. “Korang OK?”

Aqi menggigit bibir. Sungguh dia taknak tapi… dia belum bersedia untuk kehilangan seorang lagi ahli keluarga. “Bo…” Umar dipandang. Lelaki itu menoleh pula padanya, menemukan pandangan mata mereka. “Bolehlah?”

Umar menggaru kepala yang tak gatal dan menoleh lagi pada ibu yang licik itu. Nampak senyum yang tersungging sekilas di hujung bibir tua itu. Sekarang aku tau dari mana Farid dapat genetik jahat dia, di mana yang pasti takda kat ayah mereka. Senyap-senyap je mamanya itu…. Kemudian Farid dipandang pula. Kalau Aqi dah cakap macam tu… “Ya.”

Farid mengangguk. “Kau guna duit sendiri la.”

“Aaah.” Lekas dia mengangkat tangan. Semua menoleh. “Bab duit Mar belakang sikit bulan ni. Hehe… pokai.” Telinga digaru.

“Apa pulak?” Hairan Farid. “Kau belanja apa banyak sangat?” Aqi dipandang. Kalau beli perhiasan untuk Aqi pun, sebiji cincin pun aku tak tengok kecuali cincin kahwin murah tu.

Some reason la… konspirasi dalaman dengan orang luar.”

Aqi menoleh.

“Tukar topik. Abang plan nak buat honeymoon kat mana? Kalau fly domesticje, Mar masih boleh manage ngan Aqi rasanya, tapi kalau abang nak kejar circus sedunia, mintak ampun awal-awal.” Tangan disatukan ke dahi.

“Siapa yang nak honeymoon kejar world tour circus, bijak.” Farid menjengil geram, kemudian pada ibu yang masih berpura-pura sakit. Pandai betul dia berlakon sampai Maya nak mengalir air mata. Aqi pun nampaknya dah mula merah muka dan cemas jika nak dibandingkan dengan reaksinya tadi. Batrisya pula… tersenyum saja sambil menopang dagu merenungnya. Farid memicing pandangan.

“Kau pulak dah kenapa?”

“Tolong je la.”

“Huh?”

Double honeymoon kan? Kalau abang yang uruskan untuk diorang,you have the absolute authority. You know… like a pirate’s captain.” Sengih lebar dengandouble jerk.

Farid mengerut dahi. Lambat-lambat, akalnya berjaya tangkap apa yang adiknya pancingkan, lalu bibir sama tersengih nakal. “You’re fast kalau masuk bab ni, kan?” usiknya.

It called, talent.” Batrisya angkat double jerk lagi.

Umar merenung dua orang yang saling berbalas sengih itu. Yakin ada sesuatu yang bersifat jahat sedang dirancang. Apa dia agaknya?


AQI bangkit, duduk. Gelap malam tak menghalangnya menala pandang pada tubuh panjang yang terlena di sofa sana. Rasa kesian juga tengok mamat itu tidur di sofa sana sejak awal pertemuan dulu lagi. Memang tahap penyabar masyaAllah…. Ucapan tahniah pada lelaki itu sebab dapat bertahan ngan dia, tapi….

Kenapa dia tak insist nak tidur sekatil? Kalau betul cintakan aku… tentu nak tidur bersama kan? Aku tau la aku liat susah nak dilayan tapi… kami suami isteri…. Dengan alasan tu, aku masih boleh kompromi untuk berkongsi katil…. Tak salah, kan?

Tubuh dibaringkan lagi, memeluk bantal sambil membelakangkan Umar. Pandangannya cukup redup merenung gelap.

Dan Aqi, apa yang kau fikir tengah-tengah malam ni?

Bising.

Tapi kan… agak-agak… kalau pertemuan kami tidak bermula dengan perkelahian tapi berjumpa macam jalan cerita dalam komik cinta Jepun dan bercinta macam pasangan lain, boleh jadi pasangan suami isteri yang bahagia dan saling mencintai hingga akhir hayat ke? Sekurang-kurangnya untuk tempoh sekarang?

Kau… cintakan dia ke?

Bantal dipeluk lagi, lebih erat. Perasaan yang menular di hati dah mula terasa hangatnya. Perubahan dalam diri kerana lelaki itu turut disedari. Aqi mengigit bibir. Takkanlah…. Memang… tak mungkin… ah, setan sedang menyampuk sebenarnya. Tidur Aqi, tidur.

Previous: chapter 27
Next: chapter 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.