Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 41

TAHUN baru.

Batrisya dan Daten Orched sudah pun ada di dapur bila Farid menapak masuk. Tersengih saja si abang itu, mengambil tempat duduknya di sebelah Batrisya. Roti bakar dicapai dan ditampal dengan jem nanas. Si adik perempuan menjeling abangnya, lalu tersenyum nipis.

“Senyum sokmo. Ada peluang Bat dapat anak sedara baru tahun depan eh?” usik wanita itu. Farid mengerling dengan sengih yang tidak memudar dari bibir.

“Kalau ada rezeki ada la…”

“Takkan la takde kut. Seminggu tu.”

“Alah seminggu-seminggu pun. Kalau dah takde rezeki nak buat guane.”

“Ada je. Kalau takde abang buat la lagi.”

“Abang memang plan gitu pun.”

Dan gelak sama-sama ke langit. Maya yang sedang menggoreng sosej cuma mampu tersenyum sumbing mendengar bicara keduanya. Kalau semasa awal perkahwinan dahulu, janggal juga bila diusik kedua-dua adik beradik itu. Tahap nakal mereka berada di kedudukan yang sama, dan rapatnya mereka tidak mungkin dapat dinafikan oleh pihak pembangkang. Daten Orched merenung kedua-dua anaknya.

“Korang ni. Tak ke malu Maya dengar apa yang korang cakap. Budak-budak tu lagi.” Naufal dan Zaki sedang menjamu selera sambil memandang mereka di meja makan itu dirujuk.

“Alah, bukannya salah pun.” Farid menyengih lagi. “Bat, bro fist.” Penumbuk dilayang, dan Batrisya menyambut dengan menemukan penumbuk kecilnya pada penumbuk si abang.

Bro fist tu abang buat ngan Mar la. Ngan Bat, sis fist.”

“Ergh. Kau ingat abang sutun?”

Abeh abang ingat Bat pengkid?”

Pengkid tu tak la, tapi aura jantan tu ada.” Dahi Batrisya ditolak dengan telunjuk. Geram pula si adik perempuan dibuatnya.

Maya keluar dari dapur bila kedengaran tangis dari Munirah di tingkat atas, diganti pula dengan Umar yang masuk ke dapur sambil menyanyi kecil menyanyikan lagu apa entah. Batrisya menoleh pada adik lelakinya. Nampak seri ceria di pagi hari itu. Tanpa menyapa ahli keluarga yang lain, Umar mengambil tempat duduk di sebelah Naufal yang mencarik-carik roti bakar untuk dirinya sendiri. Pocky bersalut coklat juga melekat di bibir comelnya.

“Pagi-pagi dah makan jajan eh, Pal. Hahaha.” Pipi gebu Naufal dicubit sedikit. Naufal menoleh, terus mengunyah biskut batang itu. Zaki yang ada sama disebelah Naufal memerhati abang angkatnya itu.

Happynyer bang? Kak Aqi mengandung ke?”

Terbatuk Farid dan Batrisya yang sedang meneguk teh. Umar menoleh terkedu.

“Kecik-kecik dah pandai pikir pasal bini orang mengandung eh, Zaki,” tegurnya.

“Abang kan baru honeymoon ngan Kak Aqi. Seminggu pulak tu.”

Terangkat tinggi kening Umar. Automatik kepalanya ditoleh pada abang dan kakaknya di sana yang sedang berpandangan dengan riak terkejut. Daten Orched menopang dagunya.

“Tu la, cakap lagi benda macam tu depan budak-budak. Ma dah halang dah.”

Batrisya tersengih, menggaru belakang kepala. “Zaki pun bukannya paham betul pun. Dah kau Zaki! Siap makan, pergi sekolah cepat.”

Budak itu mengangguk, mengunyah sosejnya lekas. Umar pula kembali tersenyum, dan terus melebar. Hidangan yang tersedia dilihat. Sosej, scramble egg, roti bakar dan sandwich di atas meja makan itu. Termasuklah teh dan kopi seperti biasa.

Simple eh pagi ni.” Sandwich sardin dicapai.

“Yep.” Farid menyambut.

Dan Umar melayan diri, masih dengan senyum yang tak hilang di bibir. Kadang kala tergelak kecil dia, dan humming menyanyikan lagu yang cuma dirinya ketahui. Naufal dilayan sekali-sekala dan kepala Zaki diusap bila budak itu menyalam tangannya bila nak bergerak ke sekolah.

Batrisya menopang dagu, merenung wajah ceria Umar. Tak pula dia berseri begitu sebelum ini. “What happen to him?” Sangat pelik.

Something good happen kat adik kau, kau nak persoalkan untuk apa lagi…” Farid menyambut, turut tersenyum melihat adiknya bergembira begitu. Roti bakar masuk lagi ke dalam mulut.

“Hurm… aura bahagia macam abang. Dapat dua anak sedara sekaligus best jugak aeh,” dan terus merenung. Daten Orched yang turut memerhati hanya mampu tersenyum, berkongsi bahagia yang Umar rasa.

Naufal merenung lelaki dewasa yang masih humming sambil mencarik-carik roti bakar di sebelahnya. Tangannya memanjang, dan Pocky coklat yang digenggam dicucuk ke dalam lubang hidung Umar. Terperanjat dia!

“Buhk!!” Serentak Farid dan Batrisya terbatuk tersedak sebelum melepaskan ketawa jantan masing-masing. “Gyahahahahahhahahaha!!!” Farid terdongak ke siling manakala Batrisya terunduk mengadap meja dengan tangan menepuk-nepuk meja. Terlalu kelakar! Thahahhahahhaha!! Terlalu…!! Thahahahahahahhahahah!!

Daten Orched menggeleng kecil melihat dua beradik itu. Masing-masing tenggelam dalam nafsu ketawa masing-masing. Umar pula mendesis. Kepala Naufal lalu diluku perlahan.

I think I’ll take my leave…” Dia bangkit dengan Pocky coklat masih di lubang hidung, lalu terus ke ruang tamu untuk mencapai briefcase dan blazernya.

Batrisya mengerling adik lelakinya dengan ketawa yang masih tidak berhenti keluar. “Dia hahahah…. keluar macam tu… hahahahahhaha!!” Tertawa lagi. Lebih gasak. Mata yang terasa kabur dengan air mata dikesat. Farid turut tak berhenti ketawa hingga lenguh perutnya. Haaaah… haaah… hhahahahahhahaha…. Adik beradik itu menoleh ke belakang kemudian, melihat Aqi bertemu pandang dengan si suami di sana.

“Puh…! Mar!! Hahahahahhahahahha!!”

Meletup lagi ketawa mereka di dapur, bergabung dengan ketawa si isteri di ruang tamu. Tak habis-habis!! Aqi tertunduk, menekan perut. Haahahahahahahahaha!! Ha… ha… penat…. Umar dipandang. Thahahahhahaha!!! Gelak mendadak terlepas ke langit sebelum tertunduk ke bumi. Paha ditepuk-tepuk. Hahahahaa… hahahhahaha… hahhahahhahah!!

Umar menghembuskan Pocky dengan kasar dari hidung, jatuh ke lantai. Pipi yang dah memerah dengan aura ceria itu dipicitnya. Ketawa Aqi terhalang, namun masih tidak berhenti. “Suke eh awak gelakkan kite… sukee…” Dipicit geram. Mata Aqi hampir terpejam dek ketawa yang tak henti-henti.

Ketawa di dapur dah mereda sedikit. Farid menarik nafas dalam, mengawal nafsunya. Ketawa tanpa suara dilepaskan. “He’s too happy and focus kat benda lain, and maybe even forgot to pull that thing out. What an idiot…” Sisa ketawa di hujung bibir dihabiskan. Batrisya terkekeh lagi, juga meredakan ketawanya. Farid menggeleng kepala. “Your adik is an idiot, Batrisya.”

Adik perempuannya itu tersenyum kecil. “Yours too.”

Dan Daten Orched yang mendiam memerhati, tetap membalas dengan senyum. Lambat-lambat, tergelak pula dia. Bersyukur dalam usia tua ini, anak-anak dengan pasangan masing-masing menceriakan rumah walaupun pada waktu mudanya, sangat suram dan hambar. Bersyukur arwah si suami memaksa anak-anaknya tinggal bersama mereka supaya terisi masa mereka di usia tua begini. Bersyukur sangat ya Allah. Semoga suaminya ditempatkan dalam kalangan hambaMu yang soleh…. Batrisya dan Farid dipandang. “Kamu berdua tak gerak lagi?”

“Bat cuti arini. Nak daftarkan Pal ke tadika dia. Kalau tak merajuk lagi sebab mama dia tak teman masa pra-kemasukan dulu.”

“Farid nak tunggu Maya turunlah. Nak jugak kena cium pipi sebelum pergi kerja macam Mar.”

Dan senyum lagi.


FARID tiba ke pejabat lewat sedikit dari biasa kerana sesak di simpang hadapan hotelnya. Pedulikan huru hara yang kelihatan dari tingkap pejabat, dia meneruskan kerja sebagaimana layaknya seorang pengarah urusan. Semasa muda tak pernah terfikir untuk melibatkan diri dalam pekerjaan pentadbiran, tapi sekarang, hari-hari dia bekerja dalam bidang ini cuma dengan niat untuk membekalkan rezeki yang Allah beri untuk keluarga dan anak isteri. Farid masih menganggap ahli-ahli di vila Orked itu, termasuk Umar dan Aqi ialah tanggungan yang perlu dijaganya.

May I remind you that you have a speech in Diamond Plaza. You have a meeting dengan Sabah’s Secreteriat at 11 in Hilton Building and another meeting with Four Points owner at Alamanda this afternoon in the press conference for the newspaper and magazine.” Marissa memberitahu.

Farid mengangguk. Mata dikerling pada jam di tangan. “Pasal presentation untuk secretariat Sabah tu, HOD dah maklum semuanya?” soalnya, bersandar pada kerusi. Teringat meeting kali ini melibatkan penumbuhan cawangan hotel itu di Sabah nanti, maka Farid mengkehendaki beberapa department penting untuk ada sekali bagi membentangkan apa yang patut kepada pemilik tender baru mereka.

Apparently, yea… tapi HOD finance akan digantikan dengan wakil.”

Finance? Kenapa? Kepala dia kemana?”

“Tak sampai pejabat lagi kata mereka.”

Farid mengerut dahi. Si adik itu keluar dari rumah lagi awal dari dia tadi. Kemana pulak Umar itu melencong.

Speaking of him, I did hear some gossip pasal dia dengan S.U. dia?” Farid menyelidik. Marissa mengerut dahi.

“S.U.? Antara encik Umar dengan Lia maksud bos? Well, its just gossip tapi saya tak pasti tahap benar dia tahap mana…” Farid yang merenung wajahnya dibalas dengan tenungan selamba. “They hook up.”

“Ooh. Tipu je tu. Tak payah la kau ambil tahu.” Dan Farid kembali pada kerjanya. Marissa mengerut dahi. Dah tu kenapa tanya….


BUBUR terjatuh. Terkejut Aqi! Sempat dia berundur menyelamatkan kaki dari tercucuk kaca. Huh… Lekas kain buruk dicapai dan kotoran itu dilap. Kaca mangkuk dikutip dan dibuang ke tong sampah. Aqi lalu kembali ke dapur, menyambung aktiviti memasak makan tengah hari untuk ahli keluarga vila Orked ini.

Dia menoleh ke jam dinding. Dah hampir jam 1. Mana tiga beradik itu masih belum balik lagi? Mereka tiga beradik itu bekerja di syarikat yang sama iaitu syarikat keluarga mereka, manakala Maya pula guru tadika. Walaubagaimanapun, keempat-empat orang dewasa itu selalu balik ke rumah untuk makan bersama-sama, walau sesibuk mana sekalipun.

Umar.

Aqi spontan tersenyum. Mengaku sedang dilambung bahagia. Mengaku sedang menikmati manisnya momen bercinta dengan si suami. Tidak banyak, dan baru beberapa hari selepas balik dari Langkawi hari itu, tetapi rasa sayang pada Umar berlipat ganda jadinya. Pernah juga lelaki itu berkecil hati kerana Zaki. Lama lelaki itu menunggunya dalam bilik sebelum nak masuk tidur, tetapi kemudian dia muncul dengan Zaki sekali. Alasannya, budak tu merengek sampai nak nangis sebab nak tidur dengannya. Terpujuk rajuk Zaki, giliran Umar merajuk dengannya. Tak boleh tahan!

Memang tak sangka bekas samseng Sri Muara tu manja sampai kronik macam tu sangat. Kalau dia sendiri tak saksikan memang takkan percaya.

Aqi menahan senyum yang nak merebak di bibirnya. Kelakar dengan perangai lelaki yang seorang itu. Comel sangat ulahnya sampai rasa nak peluk-peluk setiap hari. Kalau dulu bukan main lagi nak mengelak bersentuhan dengan Umar ataupun mendengar dan mengungkapkan kata-kata sayang, tetapi sekarang… haha. Aqi menunjal dagu, memikirkan cadangan Umar yang masih belum diusulkan pada keluarga mereka.

Hidup berdua… dan bina keluarga….

It sounds fun.” Bibir tersenyum terlebih gula. Kadang-kala ketawa kecil menitip di bibir nipis. Nama Umar kadang kala terlontar di bawah sedar walaupun fokusnya masih pada perbuatan yang sedang dilakukan. Sahih, Aqi sedang angau pada suami sendiri. Bahagia yang dipinta pada Umar dahulu akhirnya boleh dikecapi dengan angan-angan untuk hidup bersama-sama.

Telefon rumah berdering dan lamunan bahagia Aqi pecah. Dia berlari anak ke telefon rumah, lekas menyambut. “Assalamualaikum, hello? Vila Orched bercakap.”

“Aqi!” Suara Farid kuat mengoyak telinga. Berdesing telinga dibuatnya. “Calm down and listen what I’m going to say… OK?”

Abang yang patut bertenang… Aqi menyahut dalam hati.

“Umar accident.”

Direct masuk telinga terus ke otak. Riak Aqi kaku.

“Eh?”

Previous: chapter 40
Next: chapter 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.