Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 49

“CEH.” Aqi mencemik, menarik kembali daun pintu yang baru nak dibuka. Kaki baru nak melangkah masuk sebelum tersekat semua pergerakan bila ternampak belakang tubuh Mimi. Walau sekilas, kelihatan jelas juga riak muka Umar yang berseri lebar dengan sengih. Bertemu muka dengan kekasih lama, kan….

First love.

Aqi mencemik lagi. Masam sekali mukanya. Dia bersandar di sebelah pintu sambil berpeluk tubuh.

Teringat perbincangan dengan Farid malam tadi, dan terpaksa juga menerima nasihat lelaki itu. Umar sedang dalam proses memulihkan ingatan, dan nama Aqi akan membuatkan dia kesakitan. Teori yang menyakitkan hati…. Bukan ke lebih elok kalau abangnya memberitahu bahawa maklumat yang dipadatkan ke kepala Umar terlalu banyak dipaksa masuk hingga akhirnya terjadi rebound kepada pesakit?

Aqi menutup mulut dengan mata membesar. Terkejut dengan idea sendiri. “Wow. Aku boleh jadi neurologist.”

Umar dan Mimi menoleh ke pintu. “Is it me atau memang ada orang kat muka pintu tu?” soal Umar hairan. Mimi mendiam, kenal suara Aqi. Tetapi kenapa dia tak masuk ke dalam?

“Kalau dia nak lawat Mar, dia akan masuk la kan… pedulikanlah dia.”

“Emm…” Pedulikan insan siapa entah itu, pandangan Umar kembali pada Mimi. Sungguh dia tak sangka gadis yang dicintai setengah mati itu memakai tudung sekarang. Sangat terkejut bila bertemu muka tadi. Malah, tiada beza cantiknya dengan yang dulu. Hati Umar terpikat lagi buat kesekian kali.

Your life’s great, kan? Apa khabar Vicky? Masih suka belasah orang tak bertempat macam dulu?”

Mimi tersenyum nipis. “Ntah… sekarang Mie dah tak contact dia lagi.”

“Oh? Baguslah tu.”

Mimi tersenyum nipis, maklum mengenai ingatan Umar yang hilang, jadi maksudnya dia juga lupa tentang kehidupan pelacuran sementara Mimi dahulu. Ini peluang baik. Mimi hendak menjadi baik di mata lelaki itu dan bukan perempuan pendek akal yang banyak melakukan silap dan salah seperti sebelum ini.

“Pedulikan Mimi la. Mar pula macammana? Masih sakit-sakit?”

Terdiam kejap dia sebelum tersenyum nipis. Rasa dikasihi. “Sepatutnya dah boleh kalau bukan pasal minah sapa ntah peluk Mar malam tadi… tiba-tiba je.” Mata Mimi membulat sedikit. “No worries. Particularly a pervert.

Perv…?” Berkerut dahinya. Umar tersenyum kecil.

“Mimi… Mimi dah kahwin?”

“Eh? Ah… belum.” Malu dia. Umar tersenyum nipis.

“Bang Farid had told me everything.” Terperanjat sebentar Mimi. Everything?. “Pasal study Mar, kehidupan Mar…. He even told me that I’ve married but my wife is not you. Pedulikan la pasal sapa ntah tu,” ujarnya selamba dengan senyum ikhlas terukir. “I love you. I still love you after all this mess. So, lepas Mar keluar dari hospital, sudi kahwin ngan Mar?” Tanpa berfikir dua kali, dia melamar.

Kaku terperanjat Mimi dibuatnya. Air mata mengalir terus. Gembira… sangat-sangat. Umar dah kembali. Umar yang mencintainya dah kembali. Mimi sangat gembira. Doanya selama ini terkabul.

“Alhamdulillah… yes. Mi setuju.” Tangan diraup ke muka.

Umar sama tersenyum bahagia. “Mar akan cepat sihat.”

“Emm.” Dia mengangguk sambil menangis. Gembira. Sangat-sangat.

Lelaki itu hanya tersenyum. Reaksi yang membahagiakan. Menoleh dia kemudian bila perasan seseorang memuncul di ruang pintu yang terbuka. Siti memunculkan diri. Tersengih. Tanpa memberi salam, dia menapak masuk. Lukman kemudian memuncul di belakang Siti, menyusuli si isteri.

Umar mengerut dahi. “Kamu siapa?”

Siti mengeluh. “Dilupai lagi. Syarifah Hanani a.k.a Siti. Kali ini aku maafkan kau lupa aku sebab kau hilang ingatan.”

“Siti? Pakai tudung?”

“Ha’ah. Pakai tudung. Kenapa? Kau ingat Mimi sorang je boleh pakai tudung?” soalnya menyampah. Jatuh rahang Umar, terkejut.

“Holababun, wei!!” Tersengih dia, lebar. Lelaki di sebelah Siti pula dipandang. “And…”

Lukman mengukir senyum. “Lukman. Kita teammate dalam basketball.

Terdiam sekejap Umar, mengingat. “That Lukman. Hohoi. Korang dua diam-diam berubi eh.” Sengih saja dia, lebar. “Lama tak jumpa. Mana yang lain?”

“Nanti-nanti la diorang datang.” Siti mengukir senyum. Sedikit janggal dengan kehadiran Mimi di situ. Gadis itu menganggap dirinya tidak wujud di situ, maka Siti bereaksi yang sama. “Kau okey? Lepak je bual-bual macam ni dengan muka bertampal macam selimut tampung seribu tu.”

I really love your bahasa, Siti.” Tak berubah langsung.

I know. You told me ton times.

Lukman ketawa kecil, menoleh pula pada Mimi. Perempuan ini… kenal. Dulu bukan macam ni. Dah pakai tudung sekarang ek? Bibir mengukir senyum, lalu menjeling ke pintu, pada Aqi yang duduk di kerusi di koridor di luar.

You have quite a rival, Aqi. Tambah lagi Umar baru propose. Good luck in your ujian kehidupan.

Sementara itu, Aqi yang masih berada di luar dan mencuri dengar perbualan mereka, merenung lantai dengan pandangan kosong. Sukar nak menyatakan perasaannya ketika ini. Terguris hatinya. Terusik perasaannya. Kecewa bila mendengar lamaran Umar pada Mimi, dengan sesenang hati mengabaikan fakta bahawa dia sudah berkahwin. Aqi memejam mata.

He is indeed that jerk…” Umar yang pernah dikenali dahulu akhirnya kembali.

Aqi bangkit, nak melangkah pergi. Tapi ke mana? Enggan ke vila takut diberi pandangan kasihan. Enggan juga bertembung kembali dengan pasangan Siti dan Lukman itu. Aqi menggigit bibir, tidak tahu nak memikirkan jalan keluar atas permasalahan yang kecil. Terkedu dia bila bertembung dengan Mimi yang baru menapak keluar dari bilik wad Umar. Wanita bertudung itu sama kaku. Aqi menundukkan kepalanya sekali, menyapa tanpa suara. Wanita cantik itu pula sekadar memandang, lalu membuka mulut.

“Adakah salah kalau aku masih mengharap pada cinta yang pernah pergi untuk kembali?”

Tertelan liur Aqi. “Kau cakap apa ni?”

Mimi tidak beriak, namun melangkah mendekat. “Umar baru lamar aku.”

“Oh…”

“Dan aku bersetuju.”

“Emm…” Bibir dipekam sambil anak mata dijeling ke dinding.

“Dan aku taknak minta maaf,” lanjut wanita itu lagi. Aqi mengalih pandangannya pada wajah cantik di hadapan. Riak Mimi serius. Serius kenapa? Nak rampas Umar dari aku? Aqi lalu memicing. Panas pula hatinya.

I don’t care.” Dan dia berkalih, meninggalkan wanita itu di situ.


DUA hari kemudian, Aqi muncul kembali di wad persendirian itu. Kali ini dia memilih malam kerana Mimi takkan dibenarkan melawat lelaki itu kerana bukan ahli keluarganya. Hahha! Tengoklah siapa bos!. Kepalanya dijengul ke bilik Umar. Memastikan, tiada Mimi. Huh. Selamat.

Memanglah dia takda kan…

Tak salah buat double check.

Hah. Insecure terlebih.

Perlahan kaki menapak masuk. Leher memanjang melihat lelaki itu. Dia sedang berbaring…. Tidur ke? Jangan jadi macam malam hari tu. Kecewa andai dihalau kerana lelaki itu enggan dirinya ada di sini.

Umar disahkan tidur. Aqi menghempas nafas lega. Beg belakang diletakkan ke lantai dan lalu kerusi ditarik, duduk di sebelah katil.

“Assalamualaikum Mar. I’ve come for you.” Pipi itu dikucup.

Terus bercakap kosong. Mengenai rumah, mengenai rakan-rakannya, mengenai apa-apa yang berlaku dalam pemerhatian Aqi. Bicara terhenti seketika, merenung wajah yang lena itu. Pandangannya meredup dengan senyuman terukir nipis. Sangat sayangkan lelaki ini… lalu rambut Umar diusap. Muka yang tidur itu tidak berbeza dari riak yang koma selama ini. Aqi cuak tiba-tiba. Mungkinkah Umar koma balik?

“Tak mungkin… no no no. Tak…” Kepala digeleng, menafikan sepenuh hati. “Aku ada dengar kau lamar Mimi. Apa ni Mar… aku tau la kau hilang ingatan, tapi propose orang on the spot macam tu, kau tak fikir ke perasaan bini kau. Aku kecik ati tau. Lama nak pulih ni tau,” muncungnya.

Senyap. Aqi menghela nafas panjang. Sebelah tangan menggenggam tangan Umar dan diramas perlahan sebelum kepala direbahkan atas tilam.

“Apa patut aku buat…” Matanya meredup memandang dinding putih di hadapannya. “Aku dah decide nak hidup selamanya dengan kau…” Terhenti bicaranya kemudian. Tapi tak pernah pula terfikir yang Umar pula taknak hidup bersama aku….

Aqi menghempas nafas. Pening memikirkan masalahnya. Umar dah sedar, Alhamdulillah. Tapi bila dia jadi macam ni pula, dia jadi hilang arah buat seketika. Aqi mendirikan kepalanya di atas dagu. Menjuih.

Troublesome. Irksome. Total peacebuster…. Obnoxious…. Complete calm annihilation…. Shit.” Tu dia pengakhirannya. Mata dipejam erat sambil tangan dilingkar ke kepalanya. Apa patut dia buat….?

Umar terbangun dari tidur, memandang siling. Pemandangan yang sama sejak mula-mula dia sedar dahulu. Ah, bosan! Kepala diteleng ke tingkap, melihat pemandangan di luar. Gelap. Dah malam? Dia meraup mukanya. Mata merenung gelap malam dengan fikiran kosong. Langsung dia tidak ingat apa-apa macam apa yang kakaknya beritahu dahulu walaupun puas dia cuba meraih kembali memori yang kosong. Rasa macam semalam pergi bangun tidur dan bila bangun keesokan harinya diberitahu pula status remajanya sudah bertukar menjadi dewasa, dan sudah bekerja dan sudah berkahwin….

Betul aku tak melompat ke masa depan ni?

Kalau beberapa hari lalu, dia ingat lagi dia bergaduh dengan Vicky. Memang agak besar pergaduhan mereka, dan memang sampai masuk hospital. Memang Kak Bat tipu dia je. Pasti.

Nafas terluah, lalu kakinya diangkat.

So how can you explain about this long leg, Umar Darius? This strong arms… this blurred vision. You have none of this before.

Berat rasanya.

Aku dah cakap, time warp je ni. Mana pernah dengar hilang ingatan setengah-setengah macam ni.

Kau dok bising-bising membangkang, buat la research, tengok ada ke tidak penyakit yang macam ni.

Takda nya… jangan risau.

Time warp lagi la takda. Kau ni influence katon melampau.

Mana ada….

Mata kembali merenung siling, merenung wajah Batrisya yang terbayang di sana. Kedatangan semula kakaknya itu semalam, selepas Umar memberitahu rancangannya, memang mengejutkan.


“JANGAN lupa, kau dah berkahwin.”

Memang Umar lupa. Belakang kepala digosok.

“Tapi Mar tak kenal bini Mar tu… lagipun Mar betul-betul cintakan Mimi.”

Pandangan mereka bertaut. Batrisya menghempas nafas. “Kau nak tau macammana kehidupan kau selama ni? You studied hard, you live your life hard, you change from that good-for-nothing scoundrel and become a successful man sebab dia as your source of motivation. Because you love her so much. And she is NOT Mimi. Get me?”

Berpandangan lagi. Kepala Umar mula terasa berat.

“Sapa… bini Mar?” Hebat sangat ke sampai aku tinggalkan Mimi? Hati melanjut persoalan. Batrisya merasa sedih lalu. Air mata terasa nak mengalir, lalu muka dialih, memandang dinding.

Kenapa jadi macam ni, ya Allah….

“Aqi,” jawab wanita itu tanpa menoleh. Umar mengerut dahi. Batrisya tersenyum kemudian, menjeling pada adiknya. “She has a lot of guts.”


UMAR menggaru kepalanya. Macammana nak ingat dengan ayat yang macam tu. Tak pula mereka tunjukkan gambar. Cantik ke tidak? Seksi ke tidak? Umar menghempas nafas. Bini yang gutsy ey? Gutsy yang macammana agaknya? Bodoh berani… atau jenis yang banyak maklumat dan tahu memanipulasi orang macam Siti.

“Aqi.” Bibir menyebut nama pendek itu. Hati terasa sesuatu kemudian, lalu Umar menyentuh dadanya. I… love her so much… ey? Entah macammana mukanya. Umar berharap dapat lihat.

Tangan memanjang ke tepi bantal nak mengambil cermin matanya, terpandang rambut hitam di sebelah bahu. Terperanjat Umar! Sapa?! Tiba-tiba kedengaran In The End - Kat Deluna kuat. Umar terperanjat lagi. Dari mana lagu itu? Toleh lagi pada kepala itu dan tiba-tiba Aqi angkat kepala. Terkejut!

Selalu sangat terkejut boleh menyebabkan serangan sakit jantung tahu.

Mereka berpandangan. Umar membeku. Aqi mamai, terkelip-kelip. Lalu dia berpusing ke belakang dan tangan diseluk ke poket belakang jeans, mengambil handphone yang menyanyi. Alarm itu dimatikan. Jam pada handphone dilihat dan Aqi menggeliat sepuasnya. Menoleh lagi dia, dan Umar yang berpura-pura tidur ditenung. Dahi berkerut sedikit.

“Kenapa nak berpura-pura tidur? Solat la abang oi.” Aqi bangkit dari kerusi dan beralih ke tandas. Umar membuka matanya, lalu menghela nafas panjang. Dia tahu rupanya. Wanita itu memuncul kembali dengan muka yang basah dan lengan basah. Baru lepas berwuduk. Umar bangkit, duduk.

“Erm…” Wanita itu yang membuka beg galasnya itu dipandang. “Kau… kau siapa?”

Aqi tersenyum lirih. “Tanya lagi soalan yang sedih tu.” Umar tidak dipandang. Sejadah dibentang. Lelaki itu merenungnya.

“Aku tanya betul ni. Ingat aku kenal ke minah yang tiba-tiba datang serang aku bagi peluk cium tak bersalam.”

What? Maksudnya lepas ni aku kena bagi salam dulu ke kalau nak peluk cium kau?”

Umar terbejat. Aqi pula meneruskan hajatnya untuk bersolat. Lelaki itu merenung datar. Kepala dipanjangkan ke bawah katil, melihat beg galas Aqi. Diangkatnya. Bapak berat! Apa dia yang dia bawak? Lalu dengan selamba diselongkar isi beg itu.

Dumbbell dijumpai terlebih dahulu. Untuk apa dumbbell? Buku-buku, handphone dan earphone, alat soletnya, pencuci muka, berus gigi dan ubat gigi. Dompet dijumpai, lalu diambil.

“Asyikin binti Ramzi.” Nama itu dibaca. I guess she’s not Aqi then? Jadi siapa Aqi?

Aqi selesai solat, lalu menoleh. “Kau tak solat Mar?”

“Solat…” Dia menyahut malas.

Kepalanya dijatuhkan ke kanan. “Atau kau tak boleh berjalan?”

“Kenapa kau cakap macam tu?”

Aqi menjungkit bahu. “Walaupun kau cakap kau kuat tough pelbagai, tapi hakikatnya otot kau tak bergerak dalam lima bulan lebih. Badan kau susut gila. Untuk sementara ni, kau boleh ke bergerak dengan bebas?” soalnya lagi.

Umar terdiam, lalu menunduk. Perempuan itu tahu masalahnya. “Doktor tu ada cakap esok aku kena buat rawatan fisiologi.”

“Oh. Jadi betullah. Tapi takkan tak boleh gerak langsung ke tandas? Berak kencing selama ni macammana?”

“Boleh. Aku pakai ni.” Topang kayu di sebelah katil ditunjuk. Aqi terkedu, langsung tidak perasan topang itu.

Do you need help ambil wuduk?” Aqi lekas bangkit, membuka telekungnya. Rambut panjang itu terlepas bebas ke bahu. Umar tidak beriak, menurunkan kakinya ke lantai. Telapak kaki terasa janggal sekali bertemu dengan lantai. Berat perlahan-lahan dipindahkan dari punggung ke telapak kakinya. Wanita berambut panjang itu lalu datang ke arahnya, dan memeluk pinggangnya. Diri sendiri dijadikan topang berjalan. Umar membiarkan.

Seriously, who are you?” Umar menyoal lagi, tetapi Aqi tidak menjawab. Lelaki itu terus dibantu dibawa ke tandas. Umar mengambil wuduk dan mengerjakan solat secara duduk. Aqi pula terperanjat sedikit melihat beg galas yang dah berpindah posisi. Dumbbell pink itu diletakkan di atas meja, manakala buku-buku yang dibawanya disusun di dalam almari yang berisi tilam kecil, botol air, ubat-ubatan Umar, supplement-supplement kesihatan, dan sebagainya. iPhone Gold turut dikeluarkan bersama earphone. Umar selesai memberi salam, dan Aqi memberinya senyum.

“Bang Farid dah renew nombor kau sebelum ni. And he provide you with iPhone too. Aku dah letak lagu-lagu favourite kau dalam playlist.” Smartphone itu diletakkan di tangan Umar. Lelaki itu memandang saja. “I brought you dumbbell too. Otot kau perlu exercise. And books for your brain. Aku tak tau berapa banyak kau lupa pasal akaun, tapi your mind perlu refresh balik semua ilmu engkau tu. Kalau kau bosan dengan buku-buku tu, nanti aku bawak la komik kau jugak.” Senyum. Ikhlas. “Just ask me anything.”

“Oh. Bila kau dah sudi tolong gini… mind bawakkan porn mags?”

Dahinya ditepek dengan telapak tangan kecil itu. Kepala Umar tertolak ke belakang. Udara didesis diantara gigi. Taknak tolong sudah! Umar mengambil dumbbell 5 kg di sebelah bantalnya. “Apapun… thanks. Tapi kenapa pink?” Aqi dipandang sambil dumbbell itu mula diangkat turun.

It makes you look cute.”

Mencerlang mata hazel Umar. Aqi pula terkekeh. Dia bangkit kemudian, membuat minuman berprotein untuk lelaki itu. Fleksibiliti otot Umar perlu dikembalikan. Lelaki itu pula terus merenung. Teringat tingkah wanita ini semasa mereka pertama kali bertemu. Dan pada air mata yang nampak suci kerana bergembira dia sedar dari koma…. Cuma ada satu jawapan konkrit.

Sayare you my wife?”

Yes.” Aqi menyahut tenang.

Umar mengangguk. Terasa sejuk pula hati tanpa sebarang sebab yang diketahui. Semua keperluan Umar telah disediakannya. Malah tanpa perlu dipinta dan diberitahu oleh lelaki itu sendiri, Aqi terlebih dahulu perasan dan melakukan segala persiapan. Ini ke rasanya ada bini?

Aqi mendekat dengan minuman berprotein itu. Umar menyambut. Bibir cawan dibawa ke mulut, dicicip sedikit. “Jadi kenapa taknak menjawab bila aku bertanya tadi?” Aqi melabuh duduk di kerusinya.

“Soalan kau tu buat aku sedih.”

Umar terdiam. “Tapi aku betul-betul tak ingat kau siapa,” ujarnya berterus terang.

Aqi mendiam. “Nanti kau ingatlah.”

“Apa salahnya kau tolong laki kau ingat bini dia siapa dengan memperkenalkan diri kau,” getus Umar pula. Aqi direnung tajam. “I look at your I.C. Asyikin binti Ramzi.”

“Oh… yea, that’s me.”

“Jadi siapa Aqi? Aku ada berapa orang bini, ni?”

Aqi tersentap. Dia tahu Umar lupa… dia sangat maklum, tetapi bila lelaki itu terus bertanya dan bertanya, hatinya terasa diperah dan disalai di atas pemanggang barbeque. Sebak rasanya. Nafas ditarik dalam.

“Akulah Aqi.”

Kening Umar terangkat tinggi. “Tapi your name… takda sebiji sukukata pun nama Aqi dalam your fullname…” Dagu yang berkumis diusapnya. “Entah-entah kau best friend Siti, ey?”

“Kenapa cakap macam tu?”

“Dia pun sama macam kau jugak.” Umar bersandar di kepala katil, terus melatih otot tangan kanannya dengan dumbbell pink itu. “Nama dah cantik dah Syarifah Hanani. Tapi panggil Siti. Do you know why?”

Aqi menggeleng.

“Siti tu nama mak dia. Mak dia kena cerai bila bapak dia berkahwin dengan perempuan lain kat luar negara. Lepas tu Siti tak pernah jumpa mak dia lagi, and that’s why untuk ingatkan dia ngan mak dia tu, dia gelar diri sendiri Siti.”

“Oh? Dia tak pernah cerita pun.” Aqi terkedu. Tak sangka rakan yang hyperactive itu ada sejarah yang sedih begitu.

“Aku je yang tau, sebab kitorang satu sekolah rendah.” Datar menceritakan. “Dia suruh aku jangan cerita kat orang lain.”

“Ler, yang kau cerita kat aku, apesal?” Pelik pula dia.

“Ntah. Terlepas. Hehe. What about you, then? Kenapa panggil Aqi?” Umar menyoal. “Nama mak kau jugak?”

No. Memang nama aku.”

“Oh. Should I call you Asyikin atau Aqi atau Asyaqi?”

Tergelak kecil Aqi. “Aqi is fine.”

Mengembang jiwa Umar. Suka pula dia melihat tindak balas positif wanita itu.

So, Aqi.” Menyirap darah Aqi naik ke wajah. Sudah lama tidak mendengar suara itu memanggil namanya. Aqi bergembira. “Kau masuk Sri Muara jugak ke?” Mula bercerita dan bersoal jawab. Aqi melayan Umar gembira dan lelaki itu juga mengalami perasaan yang sama. Perasan juga riak Aqi yang berubah bila nama Mimi disebut, lalu disekat lidah dari menyebut nama wanita yang baru dilamarnya beberapa hari sebelum itu di hadapan wanita ini.

Farid dan Batrisya memuncul. Farid mengarah Aqi balik, tidak membenarkan gadis itu tidur di luar rumah. Umar tersenyum simpul melihat riak kecewa yang ketara itu. Dia ialah isterinya….

“Hati-hati balik rumah, Aqi,” ujarnya ikhlas.

Aqi menoleh, lalu tersenyum indah. Batrisya dan Farid berpandangan.

Previous: chapter 48
Next: chapter 50

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.