Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 32

“AWAK dah bangun!” Suara gemersik itu kedengaran di lubang telinga. Umar merenung siling putih di atas, sebelum mata hazelnya dibawa ke kanan, pada rambut peach gelap itu. Mata yang kabur cuba dijelaskan, tetapi masakan dia mampu kerana cermin mata tiada di tempatnya. Umar mengangkat tangan, menekan pangkal hidung.

“Saya kat mana ni? Awak siapa?”

“Oh… maaf. Saya, Puteri Sofia. Awak di klinik sekarang.”

“Klinik? Kenapa?”

“Semalam awak pengsan lepas selamatkan saya dari dirogol. Oh, your wounds are already bandaged.” Senyum.

Umar mengerut dahi. Perlahan-lahan, memori mula datang kepadanya. Tidak ingat tentang gadis di hadapannya ini, tetapi pada Aqi yang sepatutnya menjadi wanita pertama yang dilihat setiap kali bangun pagi. Mana dia? Umar cuba mencari-cari lagi, tetapi tidak jumpa. Tubuh diangkat, duduk, namun pedih di belakang pinggang dan dada terasa menyengat. Umar terbaring kembali.

“Mana yang lain?”

“Yang lain?”

My wifemy brother and his wife…”

Wi-wifeyou dah ada wife?” Terperanjat dia. Nyata kecewa. “Saya tidak tahu. Saya yang daftarkan kamu di sini semalam. I don’t know their whereabout. Sorry…”

Umar mendiam. “My spec ada?”

“Ah, here.” Cermin mata berbingkai di atas ckabinet di sebelah katil sakit itu dihulurkan. Umar memakainya. Baru jelas wajah yang berada di hadapannya kini. Cantik dengan ponytail yang rendah, dan seksi bila cuma mengenakan tanktop. Pangkal dadanya cukup nampak di mata kasar. Umar melihat di sekitar wad kecil itu. Cuma dia dan seorang lagi wanita tua di katil hujung sana tanpa peneman. Tingkap dilihat. Cerah. Dah siang? Puteri dilihat lagi.

“Saya tidur di sini ke semalam?”

“Em? Iya. Kamu pengsan sepanjang malam sampai hari ni.”

Mata Umar membulat. “Sepanjang malam?!” Automatik dia bangkit, duduk. Lukanya menyengat lagi tetapi diabaikan sepenuhnya. Puteri turut terperanjat melihat reaksi lelaki itu.

“Awak, sabar! Luka awak tak tertutup lagi.” Bahu Umar ditolaknya. Lelaki itu melawan.

No. She must be worried. Damn…. Ada nampak handset saya?” soalnya, dan gadis itu menggeleng. Umar nekad. Kaki dibawa turun dari katil. Puteri terus cuba menahan. “Saya kena call keluarga saya, bagitau saya ada di sini.”

“Tapi awak tak perlu la bangun! Biar saya yang call…” Handsetnya dikeluarkan dari jeans pendek yang dikenakan. Umar terdiam, lalu menurut. Puteri meminta nombor, dan Umar memberikan nombor Aqi. Nombor yang dihafal.

“Hello? Ni… erm, ni kawan… er… Umar Darius. Dia di wad sekarang.”

Senyap.

Puteri mengerut dahi, melihat handset. “She doesn’t seem to trust me.”

Umar tersengih nipis. Handset Samsung itu diambil selamba dari tangan Puteri dan didekatkan ke telinganya. “Hello Aqi, aku ni.”

Kira-kira setengah jam selepas itu, ketiga-tiga manusia itu menerpa masuk ke dalam wad. Umar yang duduk bersandar pada tilam yang dibengkokkan ke atas dan sedang berbual dengan Puteri, menoleh terperanjat. Aqi sedang turun naik nafas dengan deras. Bulat sekali mata yang dah sedia bulat itu, melihat dirinya dengan muka terkejut. Umar tersenyum lebar. Yang lain dah tak nampak langsung kecuali si pemakai tudung yang senget benget. Aqi mula berkerut dahi, beriak tangis melihat dirinya. Umar tersenyum sumbing.

“Aq – kik!!” Tergigit lidah bila sebiji penumbuk terlebih dahulu menghentak tengkorak kepala. Kuat! Puteri terbangun dari kerusi, terkejut. Umar tertunduk sedikit, menahan sakit pada lidah dan kepalanya sekaligus.

What the hell was that?!” soalnya menengking marah dengan slanga lidah pendek. Kedua belah tangan menggosok kepalanya, sementara mata hazelnya cerah sekali menentang pandangan marah Farid.

For making me worried. For making everyone worried…”

What?! Bukannya Mar sengaja – duh!” Mengaduh lagi bila terasa tekanan pada dada. Lelaki itu menunduk, melihat tudung ungu pemberiannya tertunduk di situ. Muka Aqi tersembam pada dada yang sepatutnya terluka, manakala tangannya melingkar pada pinggang yang juga sedang luka. Terasa berdenyut luka-lukanya, namun haru di hati Umar lebih terasa. Bahu gadisnya itu juga kelihatan menggigil, sekaligus dengan baju sakit yang mula basah. Marah Umar mereda. Kepala isterinya itu diusap.

I’m sorry…”

Farid mencemik. “You should be sorry. Buat lagi bini kau tu tak tidur sebab terlalu bimbangkan kau.” Dia berpeluk tubuh.

Umar tersenyum nipis. “Yeah. I’m really sorry.” Bahu kecil Aqi diusapnya. “Tapi jangan peluk kuat sangat, sayang. You’re hurting my wound…” ujarnya dengan sengih. Abang dan kakak ipar dilihat kemudian. “Tapi seriously, overall, I’m okay.”

“Kamu luka kat mana, Mar?” Maya menyoal kemudian.

I’m not sure. Somewhere around my abdomen.”

“Macammana boleh masuk wad pulak ni? Dan sapa pulak tu?” Puteri yang tegak berdiri dan dibuat macam tak wujud sejak lima minit tadi dipandang. Seksinya gadis itu, berjaya menarik perhatian Farid. Tank top merah jambu yang cukup striking warnanya, dipadankan dengan singlet hitam. Tali bra yang colourless cukup nampak kalau dilihat betul-betul. Cukup padan dengan warna kulit cerah yang dimiliki. Seluar pula cuma bertutup jeans paras paha walaupun ada tight hitam di dalam.

Maya mengukir senyum. “Kamu siapa?”

Puteri terkelip, melihat wanita yang cukup sempurna auratnya ditutup. Namun dia tidak janggal. Sebaliknya perhatian Puteri lebih kepada perempuan yang masih memeluk pinggang Umar di sana. Hatinya cemburu.

“Saya Puteri Sofia. Petang semalam, Umar selamatkan saya dari dirogol.”

I can see why.” Farid menyahut perlahan, cukup buat tahi telinga sendiri.

Aqi perlahan-lahan bangkit kembali. Pipi yang sembap dikesat, dan satu tangan kasar tiba-tiba merapat dan mengusap wajahnya lembut. Aqi mengangkat kepala, menyambut senyuman Umar kepadanya. “Nak jadi knight in a shining armor pun jaga la keselamatan diri…” tuturnya dengan suara serak.

“Erm. Mereka ada pisau.” Puteri yang menyahut.

“Jadi kenapa kamu tak luka pula?” Farid menyoal.

“Sebab mereka pakai pisau selepas Umar datang dan selamatkan saya…” Senyum. “Erm, memandangkan Umar dah ada yang teman, saya rasa saya nak gerak dulu. And Umar, jangan lupa datang.” Mata dikenyit sebelah dan dia bergerak pergi dari situ dengan lenggokan seksi.

Farid dan Umar leka merenung. Maya mencubit lengan si suami supaya sedar, manakala Aqi pula tersenyum kecil melihat gelagat suaminya.

“Abang rasa useless pula kau luka-luka nak selamatkan dia dari dirogol kalau dia tak ambil pengajaran daripada kejadian ni.”

“Mar dah tegur dah pun gaya pakaian dia tadi sebelum korang sampai.”

“Hmm… kau pula bila boleh keluar dari sini?”

Maybe tomorrow. Mar tak rasa luka Mar teruk sangat.” Umar mengangkat baju sakitnya, menampakkan pinggang yang berbalut sampai ke bahu. Aqi menyentuh perlahan balutan di pinggang itu. Pandangannya redup sekali merenung. Umar merenung riak bingung isterinya, lalu tangan Aqi dicapai.

I’m okay. No worries.”

You doesn’t seem okay to me.”

Of course I’m okay. Aku tough kut.”

Aqi mendiam, sebal. “Tough la sangat kalau last-last pengsan jugak.”

Means,… aku normal. Kalau dah bloodloss tu nak-nak pengsan la jugak sebab tak cukup oksigen kat kepala.”

Dan mendiam lagi. Rawan menyerang kembali padanya, namun Aqi bertahan. Hingus cair ditarik. “I’m so worried. I’m so very worried…” Tangan diturunkan dari katil dan bergenggaman sesama sendiri. Kepala tertunduk. Bahu Aqi menggigil kerana menahan esak, namun akhirnya empangan itu pecah jua. Dia menangis lagi dengan kepala tertunduk. Air mata menitis seberapa banyak, jatuh atas genggaman tangannya. Bibir digigit sekuat-kuatnya, masih cuba menahan esak. “I’m so afraid I might lose you…”

Umar terpaksa senyap. Tak mampu nak berbuat apa-apa. Sukar nak memujuk dek keadaannya kini. Farid dan Maya berpandangan, lalu dengan perlahan mereka melangkah pergi. Umar menghantar mereka pergi dengan anggukan kepala. Pada Aqi pula, tangan isterinya itu dicapai, lalu ditarik. Aqi masih menyembunyikan wajah, dan sekali lagi mukanya disembam pada dada Umar. Tangan melingkar memeluk pinggang itu.

“Jangan buat macam ni kat aku lagi…” Aqi meminta. Suaranya tenggelam, namun didengari. Umar tersenyum nipis.

“Iye sayang. I’m sorry…” Dia cuba menunduk namun terlalu berbisa rasa luka di belakang pinggang. Akhirnya kepala Aqi cuma mampu diusap, termasuk juga belakang tubuh isterinya itu.

“Jangan buat macam ni lagi… please jangan…” Hiba. Umar mengangguk.

“Iye. I promise…”

Dan Aqi terus kekal begitu sehingga hibanya benar-benar reda.


MALAM itu, Aqi menemani Umar bermalam dalam wad. Walaupun mulanya tidak dibenarkan, namun atas alasan suami isteri yang Aqi tegaskan, maka doktor akhirnya membenarkan. Selain itu, dia turut membantu si suami mengambil wuduk untuk solat, membelikan makanan dan menyuap Umar yang bermanja, mengusap kepala bila Umar meminta, dan memberi cium bila Umar masih meminta.

Tersengih kelakar lelaki itu. Aqi pula menahan malu, kembali duduk di kerusi di sebelah katil.

“Ada pesakit lain la, awak…” deramnya, baru perasan ada seorang wanita tua di katil yang paling hujung. Umar tergelak perlahan.

“Aku dah dapat dah pun. Lambat sikit reaksi kau nak melawan malam ni.” Tangan Aqi dicapai dan diusapnya lembut. Pandangan Umar meredup merenung wajah si isteri. “Aku bersyukur aku luka.”

“Kenapa?”

You’re being super nice to me…”

I’m always nice!”

“Chait! Kau tau itu fakta yang salah!”

Aqi mencemik. “Kau yang tak reti nak nilai kebaikan aku.”

“Amboi sayang? Aku yang tak pandai nilai atau memang kau yang tak cintakan aku?”

Aqi terdiam. Sukar nak membalas kata-kata lelaki itu. Umar pula masih tersenyum bersahaja, mencium-cium tangan dalam genggamannya. “So, kau memang betul-betul tak tidur malam tadi?” soalnya. Aqi menjeling. “Kau betul-betul rindukan aku? Betul-betul risaukan aku? Or is it just an exaggeration? Cuma role play watak seorang isteri yang kau pegang dan tak dapat nak lepaskan?”

Where are you going with those questions?”

I don’t know. I love you so much…” Tangan Aqi terus dikucup sepuas hatinya. “Tapi aku tak boleh nak halang kalau kau ada hati kat lelaki lain kat luar kan?” Riak Aqi menegang bila mendengar bicara itu. Umar memejam matanya, menemukan jemari Aqi pada bibir tanpa mencium. “One-sided love takkan menjadi dalam sesebuah perkahwinan anyway. Apa lagi untuk perkahwinan yang silap.” Bicara ditutur perlahan, bernada kesal.

“Mar…” Aqi menggenggam penumbuknya di bibir itu. Lelaki itu membuka matanya kembali, melihat si isteri. “Kenapa kau cakap macam tu? Bila masa aku ada lelaki lain di luar?”

Its just a hunch. Lagi-lagi sebab… you know… kau nampak tak ikhlas hidup dengan aku selama ni.”

Dush! Penumbuk halimunan tepat ke batang hidung. Aqi mengelak pandangan Umar ke dinding bersama hembusan nafas panas. Sedikit sebal. “I don’t have anyone. Single and available.”

“Sayang…” Lembut memanggil. Aqi menjeling lagi. Bibir bawahnya dicuit lelaki itu. “It’s doubleand occupied.”

“Eh… em…” Dia menekur pada tilam katil. Lelaki itu tersenyum lagi. Dagu Aqi dipegangnya dan dibawa menentang mata. Redup sekali pandangannya jatuh pada wajah cantik itu. Aqi menentang selamba.

I love you, Aqi,” luahnya lagi, tidak bosan. “I’m really in love with you. I’ll always love you, and I love you with all my heart…” Pipi halus yang mula menghangat itu diusapnya lembut. “Tapi beberapa hari ni aku mula terasa apa yang aku rasa ialah sesuatu yang sia-sia…”

Rasa segan Aqi tersekat, dan bulu romanya meremang satu tubuh. “Apa maksud kau…?”

Senyum nipis. “When I fell unconcious, I thought about you. The first thing I thought when I woke up, is you. Cari kau dan minta Puteri call kau datang ke sini. And now you’re showing no reaction of love towards me…” Suara Umar memperlahan. Pandangan Aqi meredup. “Aku nampak sangat pathetic bila stick to one sided loveni.” Tangan Aqi dilepaskan dan si tudung ungu gelap itu menarik tangannya perlahan.

“Kau yang nak stick with me.” Perlahan ditutur, masih mempertahankan diri.

Umar tersenyum. Hambar. “I know. Aku nak stick with you sampai bila-bila.” Dia ketawa perlahan. “Am I stupid?” Wajah Aqi dipandang lagi. Wajah cantik yang tak pernah jemu direnung itu. “Macammana kalau one day kau nak pergi dari sisi aku? Jatuh cinta kat orang lain? Aku tak dapat nak fikir.”

Aku sendiri taknak jauh dari kau… Aqi membisik.

Anak rambut yang mencecah kening dikacau. “Bila dah jadi macam ni, aku rasa terbeban pula. Aku nak hidup dengan kau for the rest of my life, sampai bila-bila, sampai eternity, tapi it’s pointless kalau hidup dengan orang yang tak cintakan aku kan…” Aqi dijeling sekilas. Muka itu tak bereaksi, membuat hati Umar sakit sendiri, lalu wajah ditala ke luar tingkap, memandang langit malam yang menampakkan bintang-bintang kecil di langit. “If you suddenly want to break up, should I give a go…?”

Aqi menunduk. Tak tahu macammana nak bereaksi dengan luahan hati Umar. Dia tahu perasaan lelaki itu. Dia faham. Dia maklum. Sebab dia sendiri rasa bersalah melayan suaminya begitu. Tapi, Aqi tak tau apa yang dia patut buat…. Tiada rujukan. No idea.

“Memang payah.” Jemarinya bersulaman bergenggaman erat. “Aku pun nak hidup dengan kau sampai bila-bila…” Terkejut Umar mendengar, lalu menoleh deras, memandang isterinya. Aqi menarik nafas dalam, sedalam-dalamnya. “Aku tak pasti pasal cinta, tapi aku pasti yang aku nak hidup dengan kau, sayangkan kau, sukakan kau….” Daging pipi digigit. “…nak jaga kau, nak sokong kau, nak hidup dengan kau… walaupun terpaksa berhadapan dengan your shit for the rest of my life… aku… aku nak hidup dengan kau….” Wajah diangkat. Merah mukanya di pandangan lelaki itu. “But honestly, I don’t know about love. I really-really don’t know, I’m sorry…” Esaknya terlepas sedikit. Aqi menutup hidung. “I never thought it’ll be this hard…”

Tak faham perasaan sendiri memang sedih. Keliru. Tak pasti apa yang hati nakkan sebenarnya. Otak berjalan melintang dari hati. Sebab selama ini dia asyik lari, terutama bila masuk bab yang leceh ini. Walaupun pernah bercinta dengan Mao, tapi itu cuma itu. Umar lain… Umar abang dia, Umar kawan dia, dan sejak bila… Aqi tak sedar… Umar dah berubah menjadi dunia dia.

Senyap keduanya. Aqi menunduk melayan perasaan. Umar merenung gadis itu sambil menimbang-nimbang apa yang patut dibuat di kepala.

Aqi ialah Aqi, dan bukan perempuan lain. Itu yang Umar pasti. Aqi ada will power sendiri untuk tidak tumbang. Aqi sangat degil dan sombong bila bertembung dengan orang yang tak dikenali. Aqi ada polisi sendiri yang sukar ditumbangkan oleh orang lain. Aqi sangat berdikari. Aqi boleh jadi pendiam yang amat pada waktu-waktu yang tidak difahami. Emosi Aqi berubah-ubah. Hati Aqi tidak difahaminya, dan reaksi Aqi tidak boleh dipercayai 100% kerana bila dia berdegil, muka yang dia tunjukkan ialah riak wajah selamba maut dan tak kisah. Kerana itu dia nakkan Aqi untuk bercakap, dan sentiasa bercakap supaya mudah baginya untuk faham. Dia sentiasa percayakan Aqi kerana Aqi bukan manusia yang menjadikan menipu sebagai suatu amalan, kerana Aqi sangat membenci manusia yang kuat menipu walau hanya cuma gurauan. Sebab itu bila dia rasa dia tak perlu bercakap, dia akan mendiam. Itu yang dia kenal mengenai personaliti Aqi, selama lebih 5 tahun mereka saling mengenali.

Kenapa? Mungkin hidup dia sebelum ni yang ajar. Dan mungkin sebab Danny. Umar senyum hambar. Sayang benar dia dengan abang angkatnya itu sampai dua tahun kematian pun masih nak bersedih menangis. Bila dah sayang, sayang benar ek, Aqi? Kalau la aku…

Kalau la aku…

Aku tak suka ‘kalau’ tu, Umar.

Ya.

Aqi memang patut sayangkan aku.

Dia mendekat, menarik wajah Aqi padanya. Matanya bertembung dengan mata itu. Nampak jernih dan berkaca. Kenapa? Lalu pipi halus itu diusap lembut seakan memujuk sementara mata hitam jernih itu direnung redup. Kosong fikirannya. Bicara dengan hati terhenti. Wajah Aqi cantik di mata. Kata-kata di kepala menghilang seiiring dengan wajah yang merapat. Lalu wajah itu dicium lagi. Aqi terkaku, cuba menenangkan jantung yang makin rancak berdegup pada setiap ciuman yang diterima. Pada keningnya. Pada pipinya. Pada matanya. Pada hidungnya. Pada mulutnya….

Aqi menutup mata. Umar menutup mata. Hati bergetar dalam rentak yang sama, sama-sama membisik. Jangan takutaku milik kau kan….

Previous: chapter 31
Next: chapter 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.