Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 4

“Kau buat apa?” Umar menjengul kepala. Tersengih-sengih dia sambil memangku Munirah di tangan. Aqi menjeling, berkalih lalu menolak tubuh itu menjauh sedikit.

“Buat makan. Aku lapar.”

“Oh? Aku pun sama lapar.”

Muka sengih itu dijeling. “Ada tangan buat sendiri.” Dan dia mengambil pinggan mangkuk. Umar mengerut dahi. Mata dijengil pada Aqi yang menyenduk bubur nasi dari dalam periuk. Gadis itu buat tak tau, mengambil Munirah dari tangannya dan dibawa ke ruang tamu. Umar yang ditinggalkan sekadar merenung.

“Aqi…” Panggilnya melangkah ke ruang tamu. Gadis itu sedang memberi makan pada Munirah. Nyum nyum bunyinya. “Aku lapar…” Kedengaran merengek sedikit.

Gadis berambut panjang itu menjeling. “Tadi kan dah sarapan nasi goreng.”

Umar mendesis. “Aku lapar…!” ulangnya geram.

Nafas Aqi terluah. Dia nak masuk mode budak umur tiga tahun la tu. Sudu disuap ke dalam mulut Munirah lagi. “Tadi kan dah makan the whole pot of nasi goreng.” Pun ulang.

Berkerut dahi lelaki itu, “Mana ada the whole pot.”

“Kau mana tau. Kerja makan je.”

Terdiam. Betul ke ndak minah ni… tapi perut yang lapar berbunyi kuat, membuat dia menunduk. Aqi berhenti menyuap, lalu menoleh. Lapar betul? Umar angkat pandangannya, melihat muka itu sambil memuncung.

“Perut aku dah berlagu dah. Kau dengar tak?”

Sheesh… Aqi menunduk melihat Munirah lagi, “Just wait,” balasnya, membuat Umar melahir senyum puas hati.

Selesai mendodoikan Munirah, Umar mengikut Aqi menuju ke dapur. “Nak makan apa?” soal Aqi. “Aku tak terror macam Kak Maya atau Kak Bat tau. Bear that in mind, first.

No hal.”

So, nak makan apa?”

“Nasi hujan panas.”

Menoleh gadis itu dibuatnya. “Kau nak order nasi hujan panas, nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak cecah kari, pergilah beli kat simpang Kampung Melayu sana…”

“Apesal lak nak kena beli? Mustahil ke nak dapat kat rumah sendiri?”

“Ala, aku dah cakap kan aku punya skil memasak tak sehebat Kat Bat ngan Kak Maya.”

“Jadi kau tak reti buat la ni? Apelah nasib ada bini yang camni.” Aqi memberi jelingan maut dan Umar membalas dengan senyum manja. “Kalau macam tu, Maggi then.” Menjengil Aqi dengan muka geram. Lelaki itu mengangkat kening. “Maggi,” ulangnya.

“Buat la sendiri!!” Geram dia. Rasa dipermainkan! Sungguh! Lelaki itu tersenyum comel.

“Aku nak kau yang buat…” Terkelip-kelip matanya.

I. Am. Not. Your. Servant.

Of course not… tadi kau cakap tak reti nak buat nasi hujan panas, jadi aku mintaklah kau buat Maggi. Kau tau masak Maggi, at least?”

“Ergh!!” Persoalan yang menyakitkan hati dan memijak maruah sebagai perempuan yang tak pandai memasak! Aqi menolak tubuh Umar kuat dan dia melangkah laju, nak pergi dari situ. Namun terbejat langkahnya bila pergelangan tangan ditangkap Umar.

“Nak kemana? Aku mintak kau masak ni…”

“Kau masaklah sendiri! Kau kan master sangat memasak, tak payah mintak tolong aku!”

“Aqi… naper marah-marah ni? Aku betul-betul nak makan dari air tangan kau, walaupun Maggi tu periuk yang masakkan untuk aku. Kau tak tahu buat nasi, aku mintaklah something simplerplease?” Lembut meminta.

Aqi terdiam, lalu menoleh. Anak mata hazel Umar nampak ikhlas meminta, lalu melahir keluh buat Aqi. “Maggi apa?”

“Tomyam. Letak ikan juga.”

Ya… “Kau siang ikan kau sendiri.”

“Hamboi.”

Aqi memecahkan mi yang rangup itu ke dalam air mendidih di dalam periuk sementara Umar mendapatkan ikan di dalam freezer. Masing-masing dengan kerja sendiri, sebelum Aqi tiba-tiba memanggil Umar.

“Mar…”

“Erm?” Ikan beku yang selesai ditus dikeluarkan dari besen berair.

“Kalau kau nak makan yang fancy-fancy, kan senang kalau kau kahwin dengan perempuan yang pandai memasak.” Maggi dikacau. Umar tersenyum di tempatnya.

“Kahwin dengan perempuan yang tak reti masak pun tak apa asalkan dia ada usaha nak belajar memasak untuk suami dia.” Pandai menjawab. Aqi tersenyum nipis. “Tapi kalau kau nak aku cari satu pun aku tak kisah. Hahaha.”

“Hahahaha. Mengada.”

Umar menoleh, sedikit keliru dengan gelak yang ikhlas dan kedengaran ceria itu. Dia tak kisah…? Dan pisau di tangan lalu dipotong ke bawah. Auch. Dia kembali menunduk. Jari yang dah berdarah dipandang bersahaja.

What is exactly you’re trying to pull?” soal Aqi geram. Umar yang dah mencuci sendiri lukanya dengan air duduk saja di sofa, menunggu Aqi datang dengan first aid. Gadis itu duduk di depannya. “Perangai mengalahkan Pal ngan Mun. Rasanya aku lebih banyak layan kerenah mental retardness kau dari budak kecik dua orang itu.”

Umar mengerut dahi. Mulut dia ni memang tak bertapis tak dapat naik dinafikan lagi. “Aku laki kau tahu.”

Still…! You surprise me a lot.” Antiseptik dikeluarkan dan disapu pada luka. “Umar si panas baran dulu dah jadi Umar tiga tahun. Sama kes ngan Benjamin Button? Keanehan kau memang buat aku amazeje sejak dari mula kita jumpa balik.”

Lelaki itu diam saja, tersengih mendengar Aqi membebel. Wajah itu direnung. Kau pun berubah jugak… penampilan tapi bukan perangai. Still the same old – the brutal Aqi.

Luka dah siap dibalut dengan plaster. Polka dot! Umar menipiskan bibir, merenung jari telunjuknya. Comel jari aku hari ini. Aqi yang dah berhenti membebel dijeling.

“Luka kecil ni pun nak balut-balut. Kau ni sayang aku jugak eh?” sengihnya. Aqi mencemik sambil mengemas balik first aidnya.

Any open wound can lead to infections of germs and bacteria thus leading it to be more severe. So it should be prevented beforehand.

“Bila orang sains dah bercakap…”

Gadis itu menyambung. “It called precaution,” ujarnya sambil berdiri.

“Ya… ya…” Umar ikut bangun. “Girls always love to talk…” Aqi menjeling. “about things that important…” Lekas dia menyambung dengan sengih. Gadis itu mendesis saja. “Especially when the man she loves gets cut,” lanjutnya laju, senafas. Spesifik merujuk kepada diri sendiri.

Aqi memandangnya dengan muka toya “LOL!” Laugh out loud.

“Gelak la.”

“Haha,” cemiknya. “Cakap macam tu loudly and without shame. Makan je mi kau. Dah kembang dah.” Dia nak berlalu namun Umar lekas menarik tangannya, menghalang. Aqi berhenti melangkah, lalu menoleh. Baru je nak bersuara, Umar dah melayang ciuman ke dahinya. Terkejut dia! Lelaki itu menguntum senyum nipis.

Love you too.

Tangan Aqi dilepaskan dan gadis itu berundur laju, jauh ke belakang dengan muka merah. Senyum Umar bertukar sengih hambar melihat reaksi itu. Dia melangkah setapak dan Aqi berundur tiga tapak. Haii…

Don’t take heart. It’s just an appreciation and thanks.” Jari telunjuknya ditunjuk. “Besides…Aqi dijeling sambil melangkah ke dapur. “We’re big bro and younger sis, it’s compulsory.” Sengihnya menipis dan menghilang ke dapur, meninggalkan gadis itu dengan muka merah di sana.

Big bro and sis ek. Nafasnya kembali tenang. Muka merah kembali normal. Guess that’ll make up for it. Alasan diterima.


“NAPER Bang Farid tak bagi kau naik hotel ek?” soal Aqi suatu malam. Matanya tekun sekali melata tenung pada Cleo di tangan. Tak baca pun. Sekadar membelek. Bosan sangat. Umar yang berbaring malas di sofa mengorek tahi telinga.

“Ntah. Aku belum ready katanya.”

“Belum ready? Dari segi apa?” Menoleh dibuatnya.

Beats me, I don’t know. That raja kejahatan got something in his rotten brain yang laki kau ni tak pernah dapat faham.” Tahi telinga kering ditiup dari kuku. “Pretty much macam try nak faham kau la.”

“Che. Tak payahlah nak banding-banding dengan aku. Tapi, you’ve get your degree kan?”

“Ha’ah. Tinggal nak framekan and lekat kat dinding la kut.”

“Pengalaman bekerja, tak? Penting juga tu.”

Umar mengangguk. “Terus terang, aku belum pernah bekerja sebelum ni.”

Then, that explain it.” Aqi tersengih, menurunkan buku dari muka lalu menoleh pada lelaki itu. Umar menguap mengantuk. “Why don’t you cari kerja kat luar?”

“Huh?” Dia menoleh. Aqi sengih di atas katil.

“Cari kerja. Cari pengalaman kerja. Cuba cari duit sendiri. I’m telling you, its fun.

Umar mengerut dahi. “Kalau dah ada kerja yang di-reserve untuk aku kat hotel nu, buat apa nak cari lain?”

People start from below maybe you should learn what your subordinates is actually doing, by doing what they do, before you giving them the orders. Baru boleh bagi arahan yang wise, yang boleh diterima pekerja.” Senyum lebar. Umar mengangguk faham, lalu duduk.

“Boleh diterima.”

Besides, kau boleh bagi impression kat Bang Farid that you’re really enthusiastic… betul-betul pumped up punya nak kerja! I can assure you he’ll convinced with that.” Dia bagi thumbs up. Umar mengangguk lagi, menggaru dagu licinnya.

Sounds good. Tapi aku nak cari kerja apa?”

Aqi tersengih lebar. “Anything should do, tapi kalau nak for-sure dapat, apply je kerja cleaner kat Majlis Bandaraya sana.”

Cadangan yang tak boleh dibuat lawak. Umar mendesis. “Kau cakap try to learn what my subordinate buat. Apa kaitan cleaner dengan aku?”

Telunjuk Aqi tegak naik. “Eiit… memahami kepentingan kerja cleaner la yang paling penting yang tak disedari masyarakat sejagat. Kalau takda cleaner, sapa nak membersihkan bangunan-bangunan, tepi-tepi jalan, bandar-bandar. Tengok je backstreet districtsana, takda cleaner nak do the cleaning there, jadi kotor macam kandang kuda je. Besides, cleaners are dealing with masyarakat yang berpendapatan paling rendah, so, boleh la kau communicate with them and improve your sense of responsibility to the mankind, helping them, knowing them, understand them, be friend with them, love them and back at yourself again.” Panjang lebar dan penuh perasaan dia berhujah manakala Umar pula tekun mendengar. “Dan paling penting, kerja tu halal. It’s better kerja tahap bawah atas tanah rather than kerja haram underground.”

Umar meng‘ooo’. “You really know how to talk.” Tepuk tangan. “Aku faham betapa intense-nya kau nak terangkan betapa pentingnya cleaner, tapi takkan la kau betul-betul nak aku jadi satu? I mean… hey, seriously?”

Just a suggestion, Umar Darius.” Sengih lebar lagi. “The main idea here is, you should get a job, although the lowest ranking of that.For the sake of hidup senyap aman bahagia dalam vila ni, hati menyambung.

Umar merenungnya, lalu bersandar. “Okey... to be blunt, aku OK je ngan any job. The thing is nak ke Bang Farid bagi aku kerja kat luar?” Gadis itu dijeling. “Bukan main lagi dia beria-ia aku balik sini habis degree, semata-mata nak aku kerja kat hotel tu.”

Dunno. Kita fikir beberapa kali pun still dunno, so just go and find the job. Bang Farid nak atau tak will be reveal later.Desperate je bunyi nak suruh Umar bekerja. Lelaki itu terkelip-kelip, turut perasan.

“Kay…” Merenung langit. “So, I’ll find a job, then.

That’s more like it.” Dan dengan sengih puas, Aqi berbaring. Umar menoleh, tersenyum.

“Kau betul-betul nak aku keluar dari vila ek? Haha.” Dia juga berbaring. Tak boleh nak cakap straight, panjang lebar huraian dia keluar. Tak sangka Aqi boleh bercakap macam tu. Suruh kerja jadi sales girl, boleh je dia.

Aqi dah merah muka atas katil. “A… aku tak maksudkan camtu! A suggestion an opinion a word out…” Merendah nadanya, lalu menggigit bibir. “G’night.” Tubuh dibaringkan mengiring, membelakangi lelaki di sofa itu. Umar ketawa perlahan.

Night,” jawabnya. Bosan juga duduk dalam vila bila tiada benda nak dibuat. Tapi nak kerja apa?


MULA-mula cari kerja, sangat susah. Puas surat khabar dibelek, puas keretanya bergerak ke sana ke mari ikut interview syarikat atau nak promo diri buat kerja, tapi rata-rata menolak. Heh. Inilah rasanya jadi orang kebanyakan. Memang kena tabah dan terus berusaha kalau nak berjaya. Sepatutnya dia sujud syukur kerana sejak habis SPM dah ada kerja disediakan untuknya. Tuah itu rezeki namanya, dan rezeki itu datangnya dari Allah, Tuhan sekelian alam.

Dan bila Umar memilih untuk tak memilih pekerjaan yang nak dilakukan, dia diterima masuk pula dalam sebuah kedai makan. Tepi jalan. Gerai mamak. Kedai Makan Saya namanya. Haha. Ni baru living. Anak Datuk kerja tepi jalan memang tiada yang nak percaya. Biarlah. Title anak Datuk dah dibuang dah lama dah sejak diamemutuskan nak cari kerja di luar, nak merasa pengalaman bak kata Aqi.

Hari pertama bekerja, memang menyusahkan. Sangat penat. Sangat… leceh. Semua perkara negatif yang dia rasa. Malas. Apa ni. Baru hari pertama, pelanggan pun macam-macam kerenah, tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, dewasa atau remaja. Umar memang tak tertarik nak melayan keletah mereka. Bosan!

“Bos!” Panggil seorang pelanggan. Umar datang. Mereka melihatnya. “Orang baru ke? First timejumpa ni,” sengihnya. Baju hitam dan seluar ketat hingga buku lali. Gaya budak liar ni. Bibir pun hitam. Merokok. Rakan-rakannya pun sespesis. Layan je la Umar… duit gaji kau yang terima.

“Ah, orang baru. Nak makan apa?”

“Nasi paprik tiga, roti canai dan milo empat,” sengih menampakkan gigi yang kekuningan sikit. “Abang umur berapa?”

Umar angkat kening saja. Naper nak tau? Sibuk, tapi dia menjawab juga. “28.” Tipu. “Anak tiga.” Kena kau!

“Ahh… ingatkan nak rekomenkan kat kakak saya.”

“Hmm.” Dan dia berlalu.

Tu kes pertama.

Cashier!”

Umar datang.

“Berapa?” soal pelanggan itu mengeluarkan dompet. Umur lebih kurang dalam lingkungan 40-an mungkin. Jeans lusuh dan T-shirtnya ketat menutup tubuh yang berleher pendek dan perut boroi. Umar mengira-ngira dalam hati.

“RM5.50.”

Berkerut dahi pakcik itu. “Kenapa mahal sangat?!”

“Pasal pakcik ambik lauk yang mahal.” Muka berkerut itu dipandang bersahaja. “Nak diskus lebih lagi, jumpa saya punya bos. Dia yang tetapkan harga, saya main ambik duit je.” Bahu dijungkit, selamba.

Tiba-tiba dia bangun sambil menghentak meja. Umar terkejut. “Kau jangan nak tipu! Aku dah makan kat sini lama dah. Lauk macam ni patut takat tiga ringgit je!” marahnya menarik perhatian orang lain. “Kalau nak tipu pelanggan, belakang sikit. Kau salah orang, budak!” Tiga keping kertas biru diletak atas meja dan dia pergi dari situ. Umar memandang tajam.

Ingat ni zaman 2000 ke. “Pakcik!” Panggilnya mendapatkan duit tiga ringgit atas meja lalu mendekati pakcik itu. “Pakcik belum bayar lagi RM2.50.”

“Kenapa pulak!”

Nafas Umar panas terhembus. Jangan ingat aku budak baru kau boleh mainkan aku… “Mula-mula pakcik baca dulu papan harga yang dah tentera besar-besar atas sana. Kalau tak nampak boleh pinjam ngan makcik ni.” Selamba tangannya menarik cermin mata makcik di sebelah lalu diletak ke pangkal hidung pakcik itu. Terkejut keduanya! “Next, pakcik pelanggan lama, saya orang baru, jadi jangan ingat pakcik boleh kenakan saya yang tak tau apa ntah kat tempat ni. Belakang sikit. Pakcik salah orang,” ujarnya selamba meminjam ayat pakcik itu. Berubah wajah pakcik itu. “Third, kalau pakcik masih nak kurang harga, boleh diskus dengan saya punya employer. Hal-hal urusan yang seterusnya saya tak ambik kira dah. Keja saya nak mintak duit je.” Tangannya kembang terhulur.

Pakcik itu mendengus lalu menyerahkan lima ringgit di tangannya. Deras!

“Aku taknak makan kat sini lagi!”

Umar diam saja. Lekas dia menahan langkah pakcik itu sebelum dia melangkah pergi, “Apa lagi?!”

“Saya tak membuli, tak berniat nak kurang ajar. Saya cuma buat kerja saya. Maaf.” Lalu tangan itu diletak duit tiga ringgit tadi. Tanpa memandang wajahnya, Umar berlalu ke belakang. Pandangan pelanggan-pelanggan lain padanya diabaikan saja. Rakan-rakan sekerja yang menepuk bahu ucap syabas hapa entah pun dilayan acuh tak acuh.

Dah hampir seminggu dia bekerja. Bos jarang datang, sebab itu dia selamat bila bergaduh dengan pelanggan, tapi pakcik tu tetap datang juga nak makan. Aneh…

Kes ketiga.

Sekumpulan anak gadis remaja yang seksi, nak menggatal pula padanya.

“Abang, apa yang ada?” soalnya lembut. Heh. Umar tersenyum nipis sedikit. Nak je dia jawab ‘tengok la sendiri papan harga tu’, tapi dah janji ngan diri sendiri jangan gaduh ngan pelangggan. Selagi tak buat masalah, layan je….

We got roti canai, nasi briyani, nasi lemak, nasi dagang, nasi pattaya, nasi, nasi dan nasi, few lauk and air. Hot or cold. You choose.”

“Ala, abang speaking la pulak. Rina tak faham….” Tergelak sama-sama.

“Oh, haha. Nak makan apa?”

“Emm…” Manja nadanya. Kaki kiri diletak atas kaki kanan, menyingkap sedikit kulit paha putihnya di sebalik mini skirt hitam itu. Anak mata hazel itu menjeling ke ekor mata. Cantik kaki. Putih dan nampak halus.

“Kalau Rina bagitau, abang nak keluar ngan Rina tak?”

Aha? Sengih lalu.

Seseorang melintasinya dan secara tak sengaja melanggar bahunya. Umar spontan menoleh. Lelaki itu juga menoleh. Pandangan bertemu seketika dan masing-masing mengerut dahi. Cam kenal…

“Amir?”

“Umar!!”

Ni kes keempat.

Rakannya itu merenung dia atas bawah dengan sengih tak percaya. Umar juga tersenyum lebar, lama tak jumpa kawannya yang seorang ini. Gadis-gadis di belakang dah tak terlayan.

“Berubahnya kau! Sungguh aku hampir tak kenal. Bila masa kau balik Malaysia? And sejak bila kau reti pakai spek? Gahahahhaa. Nerd dowh!” Ketawa kuat dia. Umar sengih saja.

“Nanti la layan kau. Aku tengah kerja ni. Kang percuma je bos bagi ceramah kat aku curi masa.”

“Kau kerja sini?!” Terkejut.

“A’ah.” Angguk kecil sambil terus sengih. Amir menggeleng kecil.

“Mak datuk kau. Hahaha… Tak pernah aku dengar anak Datuk nak kerja kat kedai mamak,” ujarnya kuat. “Lagi sanggup kau duduk bawah panas sini layan pelanggan dari duduk pejabat kau yang beraircond tu?”

“Aku ada sebab aku sendiri.” Kepala digaru. Tapi dia mula rasa lain bila semua menala pandang pada mereka berdua. Tak selesa dibuatnya. Amir dipandang saja. “Kau pergi la duduk,” halaunya. Amir sengih saja.

“Kau masih ada masa nak main basketball tak?”

“Oho…? Nak celen aku ke ni?” Muka berlagak.

Perasan atau tidak, sejak reunion singkat dengan Amir tu membuatkan rakan sekerjanya janggal sedikit dengannya, pelanggan-pelanggan ada yang makin rapat dan ada yang makin jauh, dan budak-budak gedik itu pula semakin menggatal. Hairan bin pelik. Bila dirisik sebab dan kenapa, baru diketahui atas statusnya sebagai anak Datuk. Tipikal sungguh. Agaknya apa reaksi mereka kalau Umar memberitahu yang dia seorang anak luar nikah.

Buka pekung di dada sendiri namanya ni.

Kes terakhir yang buat dia nekad berhenti bekerja walaupun baru sebulan dua minggu… ada yang melamar dia. Adoi. Bukan sorang dua, tapi beberapa orang tua yang bertanya padanya samada nak menerima anak gadis mereka, dan sudah tentu Umar tolak mentah-mentah. Hasilnya, mereka pula berkecil hati.

“Bukan sebab perbezaan taraf atau harta benda, tapi saya dah beristeri…!” Dia berterus terang.

Bukan penghalang. Kuota masih ada tiga, lalu mereka merisik lagi. Umar cuma mampu gelak tak percaya. Boleh tahan degil orang-orang tua ni. Baik sangat ke aku ni? Che. Apapun, baik tak baik, belakang cerita. Dia pergi terus lepas bagi notis berenti kerja seminggu. Babai rakan-rakanku. Bye korang. Harap tak jumpa lagi.


Previous: chapter 3
Next: chapter 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.