Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 24

MEREKA sampai di vila. Umar memarkir keretanya di garaj sementara Aqi terlebih dahulu menapak ke pintu rumah. Tombol pintu dipusing. Berkunci. “Hurm…” Handbagnya dibelek, mencari kunci. Si suami memuncul kemudian dengan barang-barang shopping.

“Mar…” Kunci diputar. Umar mendehem tanda mendengar. Aqi memutar tombol pintu seraya membuka ruang untuk masuk ke dalam kediaman keluarga mereka yang besar itu. “Bang Farid ada cakap tak bila diorang balik?”

What? He didn’t told you?”

“Tak.” Kepala digeleng. Lelaki itu dipandang. Umar merenung anak mata hitam itu bersahaja.

“Aku pun tak tau.”

“Apa?”

Bahu dijungkit. “Bang Farid pun tak bagitau aku bila dorang balik…”

“Che. Jadi kenapa bereaksi macam kau tau.” Aqi mendesis, melangkah masuk. Umar tersenyum nipis, mengekori.

“Kenapa nak tahu?” Barang-barang shopping diletakkan di atas meja dapur. Aqi menarik keluar Peel Fresh, dituang ke dalam cawan dan diserahkan kepada Umar. Lelaki itu berterima kasih, lalu terus diteguk selepas membaca bismillah.

“Nak minum pun duduk la…” Aqi menegur sambil menuang jus ke dalam cawan untuk dirinya sendiri.

“Okie dokie…” Kerusi ditarik.

Aqi turut melabuh punggung ke kerusi, duduk di sebelah suaminya itu. Umar mencapai Peel Fresh dan dituang ke dalam cawannya lagi. Haus! “So, come again. Kenapa tanya pasal abang Farid?”

“Erm… kalau dorang tak balik lagi malam ni…” Jus diteguk. “…malam ni kita berdua je la…” Aloneup close and personal…. Hati menyambung malu.

Anak mata Umar mengerling ke ekor mata, merenung reaksi isterinya. Cawan putih Aqi tidak lepas dari bibirnya, namun tidak juga ditunggang untuk meneguk jus. Umar menghela nafas pendek, tersenyum.

“Sekarang pun dah alone berdua, jadi kenapa nak tunggu malam…”

Senyap. Hening!

Aqi menyudahkan jusnya. “Nanti la text abang Farid, tanya bila dorang balik… eh? So jangan nak gatal-gatal.” Lidah dijelir, dan cawan kosong Umar dicapai. Lelaki itu tergelak dibuatnya.

“Aku mintak pun bukannya kau nak bagi…”

“Lalalalalala.” Degil.

Tersengih geram Umar dibuatnya. Aqi yang membelakanginya di singki itu direnung. Pandangan jatuh ke punggung. Tidak kelihatan bentuknya di sebalik kemeja jeans yang agak labuh. Che… mengeluh dia. Perut terasa pedih tiba-tiba. Kosong tidak berisi. Umar menggosok perut.

“Aqi… aku lapar.”

“Em? Ala, aku baru beli ration baru. Lambat la kau nak tunggu kalau start masak sekarang…. Oh ya. Makan je lauk tengah hari tadi, boleh?” Aqi berkalih. Umar yang bersandar di kerusi, menjungkit bahu.

“Tak kisah. Tengah hari ke, tengah petang ke, jalan. Aku lapar sungguh ni…”

Senyum.

Daging masak kicap yang dah siap dipanaskan di dalam microwave dihidangkan di depan Umar dengan nasi yang membukit. Lelaki itu merenung nasinya yang meruap hangat. Nak bagi aku boroi ke apa, Aqi ni…. Si isteri itu sedang menyelak tudung saji dan mengeluarkan sambal dan ulam pegaga.

“Hehe. Courtesy of our jiran. Mar pernah makan pegaga?”

“Pegaga? Pernah dengar pasal ulam ni tapi tak pernah trylagi… dan jiran yang mana pulak yang baik sangat ni?” Isterinya dipandang dengan riak tak percaya. Sungguh. Duduk di dalam kejiranan orang-orang kaya ini, dia menafikan sepenuhnya terma kejiranan saling bantu membantu antara satu sama lain. Setiap rumah berpagar dengan batu, maka setiap rumah ada cerita sendiri yang tidak dikongsi dengan orang lain, termasuklah juga dengan cerita rumah ini. Tiada gotong royong membersihkan kawasan kejiranan, mahupun JKK masjid mengajak untuk mengadakan majlis ilmu. Individualistik. Hands down.

“Erm… aku pun tak kenal, tapi budak tu yang bagi.”

“Budak?”

“Em em. Lelaki. Jumpa dia kat taman sebelah surau situ, kacau-kacau lama-lama melekat pulak.” Diletakkan pegaga di hadapan si suami. “Nak makan dengan sudu ke nak makan dengan tangan?”

Umar merenung anak mata hitam itu tajam. Fikirannya tidak lari dari budak lelaki yang baru diceritakan. Budak lelaki manakenapa aku baru tau? “Tangan.” Namun menjawab jua. Aqi bangkit lagi, mendapatkan air basuh tangan. Umar pula sekadar melihat sebelum tersengih perlahan. Tangan dicuci di dalam bekas berisi air yang Aqi sediakan. “Ada kelas pulak kau hari ni Aqi…”

“Ada kelas?”

“Ha’ah. Aura bini solehah. Layan laki tengah makan… ada pahala tu awak.” Si isteri dikerling. Aqi tersenyum nipis.

“Eh… good for me, then.”

“Kau taknak makan sekali?”

Geleng. “Masih kenyang lagi…”

“Okay… by the way, bila nak layan aku atas katil pulak?”

Just eat your pegaga.” Pegaga dicapai dan disumbat ke dalam mulut Umar. Lelaki itu mendesis, meluahkan kembali. Pegaga dicecah dengan sambal belacan dan dicampur dengan nasi sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Not bad

Come again… siapa budak lelaki tu?” soalnya, menyuap nasi ke dalam mulut. Aqi terkelip.

“Budak lelaki… yang bagi ulam ni?”

Umar mengangguk saja, mengerling. Mulut tak habis-habis mengunyah. Aqi menjuling mata ke langit.

“Ooh… dia… erm, he’s cute. Haha.” Senyum meleret indah macam maiden in love dengan kepala siap tertolak ke kanan. Lelaki yang sedang makan itu menjeling tajam. Cemburu.

Cute benar ke sampai buat muka jatuh cinta macam tu?” Nada amaran.

“Mar… he is eight. Rambut cacak besi berkarat. Takyah la marah-marah…” Memuncung.

“Mana ada aku marah.” Nasi dibawa ke mulut. “Budak sekolah rendah… rambut karat?”

That’s why I’m interested.” Bibir tersenyum manja. Umar mengerut dahi. “And he is so chubby buat aku rasa nak cubit-cubit je… hahaha.” Tergelak dia, terhibur dengan imaginasi sendiri. “And the best part, nama dia sama dengan awak! Ain’t that something?!.”

Mulut berhenti mengunyah. Mata Umar tepat merenung mata hitam Aqi yang bersinar. “Nama dia… apa?”

“Darius. Umar Darius… bin… hurm. Tak ingat nama ayah dia, tapi nama dia memang exactly sama dengan your name!!” Membulat mata Aqi bersama sinar mentari. Bercahaya terang tanda excitednya dia. Tak tahan dengan serangan adrenalin yang terlebih dirembes, tangannya menepuk-nepuk meja dengan tubuh terangkat-angkat. “And he is so chubby-chubby…” Bibir dimuncung macam nak mencium dan pipi Umar dipicit-picit dua belah macam memicit pipi budak lelaki itu.

Umar tersengih nipis. Kelakar melihat perangai Aqi. “Sayang. Dia anak Mimi.” Datar.

“Eh?”

“Umar Darius bin Abdullah. Chubby… sekolah rendah… and Big D is his nick, kan?”

“Ark…” Kedua belah tangan dialih dari pipi lelaki itu. “Em…” Kembali normal. Umar tersenyum kecil, lalu kepala digeleng.

You don’t like Mimi yet you’re so close with her son already.” Sambung makan. Ironi.

Senyap lalu. Aqi menopang dagu, merenung muka kacak di hadapannya. Kelopak mata terkelip-kelip dengan akal kreatif yang aktif berfikir tentang maklumat yang baru diterima. Pandangan meredup. “Weird.”

“Em?”

“Kalau betul Big D anak dia… jadi bila dia nikah?” Mata Umar membesar, menjeling terus ke ekor mata sementara Aqi sedang menjuling mata ke langit. Hati mengira-ngira umur budak lelaki berambut karat itu dengan usia si ibu yang sama dengan usia dia sekarang. “Kalau macam tu, Big D was born masa mak dia 17… Mimi kahwin eh sebelum SPM?” Umar dipandang dengan tenungan ingin tahu.

Nasi dikunyah perlahan-lahan. “She has her reason… dah anak tu nak keluar nak buat guane.”

Aqi memicing. Agak keliru dengan jawapan Umar. Pasti ada sesuatu yang disembunyikan, tetapi dipedulikan. Untuk apa dia kisah dengan kisah Mimi. Ceh. Nafas panas dihembus. “She’s so in love with you, huh? Sampai nama anak exactly sama dengan nama kau. It must be funny kalau nama anak dia dinasabkan dengan nama kau. Umar Darius bin Umar Darius. Haa – ha.” Sinis sungguh gelak itu.

Masih tersenyum. Nada tak puas hati Aqi dikesan. Daging masak kicap diambil, lalu disua ke mulut Aqi. Lambat-lambat isterinya menyambut.

“Besar pahala makan berkongsi tangan, pinggan, cawan dengan suami tau. Heheh.” Tukar topik.

Aqi mengunyah perlahan. Senyum di bibir Umar direnung. Tak hilang-hilang dari tadi, lalu dia tersenyum sama. “Sedap daging aku masak.”


MALAM menjelang. Umar berteleku di kaki sejadah ditemani zikrullah, sementara Aqi bersila di hujung katil sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Tuala yang tergantung di kepala mengelap-ngelap rambut panjang yang lembap.

Why won’t he reply…” Nafas terluah pendek.

Umar selesai berzikir, menjeling. “Bang Farid tak reply?”

“Em… call pun tak angkat…” Dagu ditongkat ke lutut. Umar mengangguk, menyambung kembali. Khusyuk diraih sepenuh hati, cuba untuk menghayati keindahan agamanya dengan menyerahkan sepenuh hatinya untuk Ilahi. Aqi di katil pula berputus asa cuba untuk menghubungi keluarga yang berada di Johor Bahru itu, lalu Umar dipandang. Keluar dari bilik mandi je dilihatnya lelaki itu sedang bersolat di sudut bilik. Berkopiah. Sejuk hatinya melihat.

Dia pakai kopiah pun aku suka lihat, apa lagi nak dibandingkan dengan kesukaan hatinya kalau tengok aku bertudung… kan Aqi?

“Erm…” Pandangan dijatuhkan pada lelaki itu. Merenung tanpa kata. Dagu ditopang, ditongkatkan dengan lengan. Mata pula ditala ke pintu bilik. Berfikir motif mereka ditinggalkan di vila. Knowing Farid, boleh jadi….

Aqi menghela nafas panjang. Faham. Kaki dibawa turun dari katil dan dia keluar dari bilik.

Umar yang perasan gerak langkah isterinya, dibiarkan saja. Wajah Farid terbayang. Dari awal lagi dia dah tahu rancangan si abang itu, kerana baru diberitahu pagi tadi.

Boleh la kau berdua je dengan Aqi sehari dua ni.

Umar tersengih nipis, menggaru pipi. Waktu macam ni la kita cakap, shit just got real.


AQI meneguk susu di dapur. Dah mula tak selesa bila sedar dia akan ditinggalkan berseorangan dengan Umar sepanjang malam dalam rumah yang kosong. Dah mula terasa malu bila sedar malam masih muda dan sangat panjang. Dah mula terasa nak memberontak kerana terasa dipermainkan. Aqi mendesis, menuang susu HL ke dalam cawan dan diteguk sekaligus.

Umar masih di bilik tidur mereka. Aqi menghela nafas panjang, malas nak berfikir yang bukan-bukan selagi yang bukan-bukan belum terjadi. Tuala yang masih di kepala mengusap rambut yang masih lembap. Aqi ke pintu rumah dan pandangan ditala pada jalan yang gelap. Berharap ada cahaya kereta memuncul di hujung.

Boom.

Aqi terperanjat. Bunyi letupan itu sayup-sayup masuk ke lubang telinga. Ternampak api kecil di sebuah banglo jiran yang tidak dikenali. Aqi melaju ke luar rumah, cuba untuk mendapatkan arah pandang yang lebih jelas. Asap mula berkepul tebal mengisi langit malam, dan api cepat sekali marak menjilat seluruh banglo itu. Wanita itu mula cemas. Dia berlari semula ke dalam rumah, menghubungi 999.

Suasana perumahan mula kecoh. Orang ramai dari setiap rumah mula memenuhi jalan, memenuhi tempat kejadian. Aqi yang masih tegak di laman rumah menggigit jari, terfikir andai insan dalam rumah itu sempat sedar dengan api yang marak merebak ke seluruh ruang rumah. Walaupun dia tiada di sana, tetapi sensasi cemas itu terasa di seluruh ruang roma. Meremang. Aqi menggosok lengannya.

“Apa jadi ni?” Umar memuncul. Aqi yang bertutup dengan tuala, menoleh. Lelaki berkopiah itu merapatinya dengan wajah ditala ke arah api yang masih marak. “Rumah terbakar?”

“Em. There’s a small explosion that started everything.”

You see it?” Umar menoleh pula padanya. Aqi menjungkit bahu.

No, but I heard it.”

I see.” Umar meneguk susu HL yang dibawa bersama. Diteguk terus dari kotak. Aqi menjeling sekilas sebelum terus memandang api yang tinggi melangit itu. Mereka kekal berdiri dan memerhati.

Tiba-tiba wayar elektrik yang menghubungkan elektrik satu perumahan turut meletup dan terbakar kecil. Aqi dan Umar serentak menoleh ke arah tiang elektrik itu yang tidak jauh dari rumah mereka. Keadaan semakin cemas. Lantas, satu perumahan gelap gelita.

Manthis is serious…” Aqi mengusap dadanya. Terasa berderau darah di seluruh tubuh. Takut andai kebakaran itu berjangkit pada banglo-banglo yang lain.

“Bomba macammana?” Umar menyoal tenang, masih dengan botol HL di bibir.

“Aku dah call dah… tapi dorang tak sampai lagi.”

Umar mendiam. Mengangguk. Kotak susu yang kosong selamba dibuang ke tepi. Dia masuk kembali ke dalam rumah dan menutup suis utama. Aqi di luar rumah dirapati kembali. “I’ll go and try to help. Kau stay sini je.”

“Aku… aku nak ikut.”

“Tak payah. Kau duduk jaga rumah. Time-time kecoh macam ni la banyak pencuri datang nak mencuri.”

Abeh kalau pencuri datang aku kena buat apa?”

Give them a single, heavy blow, straight at the vital point,” ujarnya dan terus melangkah. Aqi terkebil, lalu mengangguk. Umar terhenti seketika, menoleh ke belakang. “I can trust you, kan?”

Aqi menjungkit kening. Penumbuknya diangkat. “I’ll trust my own reflexes.”

Tersenyum si suami di buatnya. “No doubt.” Dan terus pergi.


WAKTU hampir menjejak tengah malam, barulah kebakaran itu reda. Aqi di laman rumah masih terus mengintai dan mengintai. Bomba yang datang berjaya memadamkan kebakaran kira-kira sejam selepas mereka sampai. Semuanya gara-gara pili bomba yang ada, gagal berfungsi kerana rosak di-vandalize oleh sesiapa yang tidak bertanggungjawab. Kegagalan memadam api dengan cepat menyebabkan banglo itu rentung, dan cukup nampak duit yang melayang banyaknya untuk ganti rugi. Kadang-kala terdengar lagi kekecohan kerana kecurian berlaku tanpa disedari, seperti yang Umar ramalkan. Polis turut datang untuk meredakan orang ramai dan mengawal situasi cemas, manakala pihak bomba menyambung kerja mereka untuk menyejukkan bara yang masih bersisa.

Aqi yang kepenatan berdiri dari tadi, melabuh duduk di atas rumput. Bersila di situ sambil menopang dagu, merenung ke pagar vila. Susuk tubuh yang dikenali itu memuncul, menolak pintu pagar. Aqi beriak ceria, memecut berlari ke arah Umar.

Thank God you’re okay!” Suaranya melonjak naik, menyambut lelaki itu. Umar terperanjat sedikit, tidak perasan Aqi datang padanya kerana gelap malam.

“Err… yeah. Aku tak buat banyak pun.”

Aqi tersenyum lega. Tangan antara nak naik dan tidak untuk memeluk tubuh di hadapannya. Untuk berkompromi antara ego dan hati, lalu tangan Umar dicapai dan digenggam kuat, melepaskan rasa leganya bila lelaki ini pulang dengan selamat. Terasa hangat tangan itu.

“Mar, tangan kau panas. Dan kau bau asap…” Hidung menghidu-hidu. Baru perasan.

Umar tersengih bersahaja. “Dah berada dekat dengan api, mesti la bau asap. Kau yang bakar barbeque dulu pun bau asap jugak walaupun takda api.” Tangan kecil yang menggenggam tangannya ditarik ke rumah. Aqi menurut. Seisi rumah itu cukup gelap untuk membenarkan mereka menggunakan deria penglihatan buat masa ini. Buta seketika.

Belakang kepala digaru. “Agak-agak rumah ni ada tak torchlight?”

I’m not sure. Toys lip lap lip lap Pal banyak la kut. Lepas ni boleh install la emergency light kalau berlaku blackout lagi,” Aqi tersenyum nipis.

Umar mengangguk. “I’ll talk to Bang Farid. Tapi for now we need light walaupun sikit…” dan dia mula mencari satu rumah. Aqi membantu. Cahaya dari smartphone digunakan untuk memudahkan sedikit pencarian.

I found lilin.” Aqi bersuara dalam gelap.

“Oho? Good one.” Umar pula yang bernada ceria.

Mereka duduk di ruang tamu. Sebatang lilin dinyalakan daripada sekotak yang dijumpai. Untuk mengelak kejadian kebakaran tadi berlaku pada mereka pula, Aqi mengemas ruang tamu dan menjauhkan semua barang-barang yang mudah terbakar, jauh dari lilin. Pinggan kosong dijadikan alas kepada lilin yang sebatang itu. Umar yang melihat persediaan Aqi tersenyum bersahaja.

“Takut sangat kau ni.”

“Ei. Mencegah itu lebih baik dari mengubat!”

“Iye… iye…. Dah, berenti kemas. Meh duduk sebelah aku.”

Aqi menjuih, namun menurut. Dirinya dibawa kepada Umar, dan duduk di sebelah lelaki itu. Umar tersenyum. Kopiah yang masih tak ditanggalkan diletakkan atas kepala Aqi.

“Aku lupa nak tanya Aqi. Kau okey?”

“Wha?” Aqi membetulkan letak kopiah di atas kepala. Kepala dipaling pada lelaki di sebelahnya. “Kenapa tanya?”

Well, ye la. Kena tinggal sengsorang. Kau tak takut-takut kan? Pencuri ada masuk tak?”

“Kau patut tanya itu dulu sebelum kecoh nak cari lilin.”

“Aku dah cukup baik nak tanya ni…”

“Tak cukup baik bagi aku. Hmf.” Dengan muka berlagak, wajah dipalingkan. Umar jatuh rahang. Gelak terlepas perlahan melihat perangai itu.

“Mengada.” Kepala itu ditolak.

Aqi mencemik. Mereka kembali senyap. Umar mendiam, berfikir tentang apa yang tak perlu. Aqi mendiam, merenung api lilin yang menyala cantik. Terpukau dia seketika, tersenyum bersendirian merenung haba tinggi yang berwarna itu. Pedih pada anak mata diabaikan, dan kenangan yang menyerbu di kepalanya sekarang lebih menarik minat mata untuk terus merenung sumber cahaya yang terik. Boleh silau dan kabur kalau pandangan dilarikan ke lain selepas ini.

Umar menjeling wajah cantik itu. Entah apa dia yang seronok sangat pada lilin untuk direnung. Dia tertawa tak bersuara. Tidak mengerti apa yang sedang berlaku dalam kepala si gadis. Umar menarik bajunya ke atas. Dibiarkan bogel separuh badan. Pedulikanlah reaksi Aqi nanti. Sekarang dia yang terasa panas kerana tiada elektrik untuk menghidupkan aircond ataupun kipas.

“Teringat ngan Dean.” Aqi bersuara tiba-tiba. Umar menoleh terperanjat. “Dia pernah potong elektrik rumah gara-gara nak jimat duit sebab nak nikah ngan Kak Bat punya pasal. Tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa tak boleh nak study. Nak PMR kut masa tu. Rumah hidup dengan lilin je.”

“Potong eletrik rumah?”

“Em. Sebelum kitorang berpindah ke sini, kitorang dari pekan seberang nu ha. Melihah Hilir. A den for outlaws. Dean a part of them, though… kalau diikutkan. Rumah dia rumah buatan sendiri dengan bahan-bahan yang dia dapat dari tempat pembuangan sampah tak jauh dari rumah kitorang. Rumah tu ada la macam tandas orang melayu 90-an. Haha. And he was skint broke masa dia decide nak kahwin ngan Kak Bat. Idiot. Perangai macam jahanam poket nipis berlubang tapi masih ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya. That’s how crazy he is.” Tersengih Aqi, masih merenung api lilin. Kadang kala terlepas juga gelak yang perlahan, keluar dari bibir nipisnya. Umar mendiam. Lalu tubuh direndahkan dan berat pada siku diletakkan pada lutut. Umar mencari wajah itu.

“Kenapa kau hidup dengan Bang Danny?” soal Umar, masih merisik jawapan yang cuma ada pada Aqi itu. Tiada penjelasan dari Farid yang tahu segala bagai, dan tiada penjelasan dari Zach, abang tiri Aqi yang pernah menceritakan kisah hidup gadis itu padanya. Tetapi kekosongan sejarah Aqi dengan Danny ialah sesuatu yang masih menjadi misteri padanya.

Semasa Aqi diangkat menjadi ahli keluarganya, merangkap adik angkatnya, dia diberitahu si gadis ini tidak memiliki ahli keluarga yang lain kecuali Danny Abdullah itu – satu-satunya abang yang sangat disayangi. Tetapi yang peliknya, nama yang dibintikan pada Aqi tidak sama dengan Danny yang tiada bin, namun Umar tidak pernah mempersoalkan ketika itu. Hinggalah suatu hari, sebuah keluarga dua ahli yang berdarah Jerman datang entah dari mana, dan membawa Aqi pulang bersama mereka. Gadis itu pada mulanya sangat memberontak dan mempertikai semua persoalan yang diberikan kepadanya. Masih menegaskan bahawa dirinya sebatang kara, dan tetap menegaskan hanya Danny ahli keluarga yang ada di dunia. Walaubagaimanapun, Farid tetap berjaya menghantar Aqi keluar dari vila dan mengembalikan si pendek akal kepada keluarga yang benar-benar berhak. Cerita itu tidak berhenti di situ.

Aqi tersenyum kecil. “He pick me up after I run away from home. And jadikan aku adik angkat dia tanpa persetujuan aku pun.”

Dahi Umar berlapis. “Aha? Lari dari rumah? First time aku dengar.”

“Em…” Umar dikerling bersama senyuman redup. “Aku ialah Asyikin masa aku lari, dan dia jadikan aku Aqi sampai sekarang.”

Lelaki itu mendiam. Kurang mengerti. Aqi pula masih merenung lelaki itu dalam samar lampu lilin nan sebatang. Walau pandangan silau gila, namun nampak tanda soal yang cukup besar di atas kepala Umar. Keliru benar, huh?.

“Kau nak tanya something?” Aqi memberi peluang.

I got a lot, tapi tak tau nak start dari mana.”

“Emm…” Senyum lagi, dan api lilin direnung lagi. Mulut dibuka. Lidah nak menutur, tetapi tidak jadi. Aqi menggeleng kepala. Tersenyum nipis. “Cukuplah kau tau setakat situ.”

Lelaki itu senyap. Aqi dirapati. “Tell me, who is this Asyikin.”

She is me.”

“Apa yang membezakan Aqi daripada Asyikin?”

“Asyikin… someone yang kau kenal dari cerita Zach. Aqi ialah sworn sister Danny. I wonder kenapa dia ubah nama aku…” Mata Umar direnung dalam samar api lilin. “I can say that, aku jadi Aqi bila aku decide untuk teruskan hidup dengan Danny dalam kejiranan liar tu…. There’s a lot of things happen back then.” Senyum nipis. Mata hati merenung sejarah bilamana dirinya diangkat samseng jalanan itu. Untuk hidup sebumbung dengan orang asing yang tidak bertalian darah memang idea gila dan kerja gila, tetapi kerana itu juga Aqi mula jumpa bahagia yang dicari-cari semenjak kecil. Ah, episod itu sudah lama berlalu, dan dia hampir-hampir melupakannya bila menginjak dewasa. Alunan api yang lembut direnung bersama senyum. Rindukan kehidupan dahulu. Rindukan sesi ketawa bersama si abang angkat yang disayangi.

Umar mendehem bagi melapangkan anak tekak, sekaligus memecahkan lamunan Aqi. “So, Asyikin ialah anak perempuan sah Encik Ramzi dengan seorang GRO… yang dibenci oleh datuk nenek belah bapak dia sebab lahir dari perut perempuan jalanan dan lepas mak ayah dia mati, dia terpaksa hidup dengan keluarga sedara dia yang hating her like hell?” Aqi menjeling dengan riak tidak berperasaan. Umar yang membuka kembali masa silamnya itu dengan muka selamba terasa macam nak dicekik-cekik sekarang. Lelaki itu meneruskan kata. “Aku sure Aqi ada masa silam yang sama dengan Asyikin.”

Keluhan terhembus. “Aku tak dapat nak deny benda tu… she is me walaupun aku anggap dia dah mati.” Aqi menoleh, menentang mata Umar tajam. Wajah si arwah abang terbayang, lalu tersenyum lagi dia. “Its kind of sweet though, bila dia bagi aku makan minum, pakaian, tempat tinggal... siap sekolahkan aku masa tu. Dia a nice guy afterall walaupun guna cara salah nak cari rezeki.”

Umar mengerut dahi. Ingatan diraih, cuba mengingat wajah arwah abang iparnya. “Kalau aku tak salah ingat, dia anggota polis, kan?”

Angguk. “Aku yang mintak dia carik kerja halal… berbanding meragut mencuri setiap hari, kan… haha.” Gelak selamba. “Mujur jugak dia pilih jadi polis masa tu. Kalau tak, memang tak dapat nak keluar dari gang dia masa tu… dan dengan jadi polis, dia boleh tolong cover up aktiviti haram kumpulan dia dari pihak berkuasa…”

Berkerut lagi dahi Umar. “Apa ni? Kumpulan Bang Danny?”

Aqi tersengih menoleh. Mata bulatnya menambah seri wajah semasa bercerita. “Kau tak ingat? Kau, aku, Siti, Amir, Zati, Nor pernah kena culik dorang. I was shot on my shoulder masa tu… dan kau pun kena jugak…” Dagu disentuh. “Kat pinggang kau?”

Senyap. Wajah si cantik direnung walau fokus diraih pada kenangan. Kejadian semasa tingkatan empat. Semasa tiga sekawan itu buat rancangan nak curi-curi mengekori Aqi balik ke rumah selepas sekolah, dan menarik dia dan Amir sekali… dan tiba-tiba diculik sama dengan Aqi. Kepala diangguk sekali dua. Berjaya ingat. “That group Xian something, kan?”

“Aha. So you do remember.”

“Aku tak tau Bang Danny a part of them.”

Not anymore masa tu. Sebab tu dorang culik aku untuk beri amaran kat Dean… dan korang terlibat sekali secara tak sengaja.” Wajah si kacak di sebelah dikerling.

Tak terkata seketika. Kepala digeleng nipis. “Cerita gila.” Gelak perlahan. “But still…” Tubuh disandarkan. “Kau lari dari rumah sedara kau?” Aqi mengangguk. “And then jumpa Bang Danny?” Angguk lagi. “And then tinggal dengan dia, the complete stranger? That’s kind ofstupid.”

Aqi tergelak perlahan. “A lot of things happen,Mar… aku nak ceritakan satu persatu, banyak sangat…” Jari telunjuk bermain-main dengan api kecil itu. “Macam you have your reason masa kau mintak arwah pa angkat kau jadi anak angkat. Aku pretty much have the same reason walaupun aku tak mintak Dean angkat aku jadi adik dia. Dia desperate for a family back then. No hard feeling tapi bukan senang nak tengok samseng jalanan jaga budak asing yang takda rumah… siap sekolahkan dia. Rasanya tu yang buat Kak Bat boleh melekat kat dia… masa tu. He has some rare qualitiesI guess.”

And even so, Kak Bat terima ahli gang underground sebagai suami dia?”

Well, people change.” Bahu dijungkit. “Danny yang kau kenal lain dari Dean yang aku kenal, kan? His resolve nak berubah tu ada, kau nak deny apa lagi? Dia jadi pegawai polis, and he even died as a muslim. I’m proud with that fact.”

“Oh…” Teringat pula cerita yang Aqi berikan semasa di gelanggang bola keranjang dahulu. “So, Bang Danny mati ditembak tu… shot tu daripada gang dia, huh?”

Aqi mengangguk. “Aku pun bersalah jugak kat situ… sebab Dean tinggalkan group dia sebab aku. So sebab aku jugak la group dia berdendam dengan dia. Tu yang aku tahu. Sebab sebenar dia sanggup tinggalkan group dia dan jadikan aku sebagai adik dia, aku tak pasti…” Suara Aqi perlahan-lahan memudar. “All he ever said ishe wantsfamily…” Tenggelam.

Senyap.

Umar merapat, menarik kepala Aqi bersandar ke bahunya. Gadis itu yang dah leleh, terus menahan esak walaupun air mata masih terus mengalir.

Therethere…” Kepala Aqi diusap. “He’s a praise-worthy abang, isn’t he.”

“Em…” Aqi mengangguk, mengesat air matanya. “Kau la ni buat aku nangis. Tanya macam-macam…” Bibir digigit.

Umar tersenyum. “Sebab aku nak tau lebih lagi pasal kau…”

Aqi mencemik. Baru perasan kulit bahu jantan yang bertemu dengan mukanya. “Mar, kau tak berbaju?”

“Oh, baru perasan? Hehehe…”

Previous: chapter 23
Next: chapter 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.