Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 20

AQI mengeluh perlahan, mendukung Naufal yang tertidur di belakangnya yang penat kerana menangis. Puas budak lelaki 3 tahun itu menangis kerana nakkan si mama ketika di tadika tadi, dan puas juga Aqi cuba memujuk walaupun tangis Naufal tak juga reda. I guess budak-budak tetap nakkan ibu bapa yang sebenar untuk temankan bila mula nak masuk sekolah.

Nak dipanggil Batrisya, dia serba salah nak mengganggu wanita itu yang bekerja sekarang. Nak dipanggil Maya di vila, terasa membuang masa kerana Naufal tetap takkan berhenti menangis kerana bukan mamanya yang datang. Lalu Aqi terpaksa bertahan di tadika itu buat sepanjang hari.

I’m so tiredand thirsty.” Dia masuk ke dalam sebuah kedai runcit. 100Plus dibeli. Sambil meneguk energy drink itu dengan straw yang menjadi penghubung, Aqi membuang masa di hadapan kedai mainan. Mainan kereta yang berlainan warna menarik perhatiannya. Beberapa mainan kecil seperti cicak getah, ular getah dan yoyo direnung penuh minat. Aqi mencangkung di hadapan kotak berisi permainan tersebut di kedai runcit itu, mula memikirkan cara untuk mengenakan Naufal dan Zaki nanti.

Tiba-tiba kedengaran suara Umar di lubang telinga. Sayup-sayup kerana jauh. Aqi spontan tegak, menoleh kiri dan kanan. Ternampak lelaki itu dengan lengan kemeja dilipat hingga ke siku dan tali leher yang longgar di tengkuk. He look so messy and casual, yet charming. Spec bingkai hitam tebalnya mendedahkan gaya nerd dan geeky, namun gaya rambut cacak dan bentuk muka Umar menyesuaikan spec itu untuk membuatkan dia lebih kacak dari biasa. Hm, no wonder ramai perempuan berminat pada suaminya. Dan ironinya, Aqi sendiri baru perasan aura mat encem itu.

Namun siapa pula perempuan berskirt pendek di sebelah lelaki itu? Aqi mempersoal, terus merenung tanpa berganjak dari tempat duduknya. Dua manusia itu lalu mula melangkah ke arah Aqi. Setiap tingkah si perempuan direnung, dan setiap tindak balas tubuh dan riak wajah si pemuda diperhati. Aqi memicing bila tangan suaminya digenggam supaya mudah bibir bercalit gincu merah itu membisikkan sesuatu di telinga milik lelaki itu. Umar nampak tersipu.

Your husband is actually having fun with other woman outside the house,Aqi. What are you gonna do?

Well, he doesn’t seem pleased at least….

At least….

Aqi kembali merenung cicak getah di hadapan matanya. Semakin lama, apa yang dibicarakan kedua manusia itu semakin jelas di lubang telinga. Sesuatu berkenaan dengan movie Iron Man dan Tony Spark. Aqi menggigit bibir, lalu bangkit dari cangkungan. Tubuh dikalihkan sedikit, dan wajah Umar yang terkejut ditentang dengan riak serius.

Lia berhenti melangkah bila Umar berhenti melangkah. Pelik dia. Muka terkejut lelaki itu membuatnya menoleh ke arah pandangnya. Pada perempuan dengan rambut ikat satu dan dengan bayi yang didukung di belakang badan. Lia mengerut dahi.

“Aqi. Kau buat apa kat sini?” Umar menegur dahulu.

Aqi menjungkit bahu. “Baru balik dari tadika Pal. Jalan-jalan kejap. Tapi sekarang ni, soalan tu patut ditunjukkan kat korang berdua. Buat apa ni? Dating?”

No. Bawak Lia jalan-jalan. My promise with her, though.” Umar berterus terang. Aqi memicing dan Lia mendiam.

“Lia… bukan ke dulu kau bertudung?” soal Aqi pelik, merenung gaya gadis itu. Kali pertama dilihat, tudung terletak elok di kepala. Kali kedua dilihat semasa Umar makan tengah hari bersama gadis itu, tudung tu masih ada di kepala walaupun pakaian mula menjadi ringkas. Dan kali ini, berskirt pendek paras lutut dan blouse putih kecil sekali di tubuh nan ramping. Tudung sudah terbang entah ke mana, mendedahkan rambut hitam lebat yang disiput kemas di belakang kepala. “A change of pace?”

Lia tersenyum manis. “Erm… haha. Well, I’m a fashion-concious woman. Yang belakang tu, anak you ke? Budak yang sama masa I terserempak dengan you kat Melaka Mall dulu kan?”

“Tak. Anak sedara. Yang mamat sebelah you tu, boyfriend you ke?” Aqi menyoal bersama senyuman yang sama. Manis sekali. Ekstra bergula! Orang dah senyum, takkan kita tak senyum balik. Sombong namanya tu.

Umar terperanjat beruk. Si isteri direnung sementara perhatian wanita itu masih pada si cantik di sebelahnya kini. Aqi sedang marah?

“Erm… nope. Umar tolak cinta I masa kitorang kat KL hari tu.” Kening Aqi terangkat tinggi bersama mulut yang terbuka sedikit. Umar menggaru tengkuk, membuang pandang ke arah lain. Tak terasa nak jadi defensif sekarang. “You tau kan I sekarang secretary dia. Jadi, kami rapat.”

Well, dia pernah mention pasal tu…”

“Em. Walaupun you pernah keluar dengan dia, I lagi la selalu. As ex-schoolmate, I nak mintak kita bertanding adil dan saksama ye, Aqi? Kalau you sukakan Umar, I pun suka kat dia jugak.”

“Bertanding?”

“Em. Siapa yang dapat pikat hati Umar lagi cepat.” Dan lengan sasa itu dipeluknya. Umar meraup wajah dengan sebelah tangan, masih merenung ke arah lain, manakala Aqi di hadapan tetap merenung tanpa perasaan.

Are you plain stupid or you simply doesn’t know anything?” Aqi menyoal kemudian dengan nada suara yang mula tenggelam dan pandangan mencerun.

Stu-stupid??” Terperanjat Lia. “Tougue-slashing woman! Jaga manner mulut tu!”

Aqi menarik nafas dalam, meraih sabar. “He’s my husband.”

Umar merenung dalam diam. Lia pula terkedu terperanjat. “Excuse me?”

See? He even has the ring on his ring finger.” Cincin kahwin di jari manisnya pula ditunjuk. “And the ring matched with mine.”

Berkerut dahinya, merenung cincin di jari manis di hadapan mata. Lia lalu mengangkat tangan Umar, melihat cincin di jari manis kiri lelaki itu. Dahinya berlapis lalu. Umar dipandang, dan lelaki itu membalas pandangannya kosong. Muka selamba dan macam tak pernah buat salah pada manusia sejagat!

“W-why?”

I did told you my heart dah dicuri perempuan lain… and between us is nothing but colleagues.”

But you didn’t explain about this!” Tangan Umar digoncang.

Well, normally anyone boleh tau bila tengok lelaki dengan cincin di jari maksudnya dia dah kahwin.”

No-no…” Lia terundur. Lelaki bermata hazel itu dipandang dengan riak marah, lalu percuma penampar melayang ke pipi Umar. “Trash!” jeritnya, dan pada masa yang sama penumbuk kecil tetapi kuat, menyapa pipi licin Lia. Mau tergigit lidah bila ditumbuk dan menjerit pada masa yang sama. Mata Umar membulat besar, melihat Lia terjatuh terduduk ke lantai jalan. Kerlingannya laju jatuh pada si isteri yang dah berada di sebelahnya dengan penumbuk yang masih tidak dileraikan di udara.

Mind you action, missy. Suami siapa yang kau baru tampar tadi…” Aqi nak mendekat lagi dengan sinar mata membara. Kaki menapak setapak.

“Aqi!” Lengan itu ditarik kasar.

Lia dah teresak di atas jalan. Sedih kerana hati dilukai lelaki itu, sakit hati kerana ditumbuk perempuan itu, dan sedih kerana sakit pada kulit yang tergeser pada jalan yang keras dan pipi yang berbisa. Lia perlahan-lahan bangkit. “Stupid!!” Jeritan ini untuk Umar. Aqi naik angin lagi namun Umar terus menahan. Lia pula terus berlari merentangi jalan raya, nak mendapatkan keretanya yang diparking di tepi jalan sana. Langsung tidak disedari sebuah Porche sedang dipandu laju di tengah jalan. Laju ke arahnya.

Aqi dan Umar yang perasan kereta yang melaju, refleks berlari ke arah Lia. Serentak! Namun Aqi dah ditolak Umar ke belakang terlebih dahulu. Hon dibunyikan dari pemandu kereta kepada gadis berskirt pendek itu, dan brek emergency sudah pun kedengaran dilepaskan. Mendecit bunyi tayar menahan geseran di jalan meninggalkan kesan hitam. Lia tersedar, lalu terjerit terkejut. Sekelip mata, dirinya tertarik ke belakang sebelum terjatuh lagi ke jalan buat kali kedua. Pada masa yang sama, Porche metallic itu berhenti tidak jauh dari situ.

Lia mengangkat kepala, baru perasan dirinya dalam rangkulan si pemakai kemeja biru gelap. Terkedu dia, merenung senyum lega itu. Umar menghembus nafas, bersyukur alhamdulillah. Tubuh kecil di atasnya diangkat mudah dan ditolak perlahan ke tepi. Lia yang masih dalam fasa terkejut, hanya menurut. Arah pandangnya pada Umar masih tidak dilepaskan. Terkejut. Sangat terkejut.

Umar bangkit duduk. Gadis berskirt pendek dan rambut yang dah kusut masai lalu dilukunya perlahan. “Clumsy. Menyusahkan orang je.”

Pipi Lia berubah rona.

“Hey. I’m sorry. Tapi awak tak patut lari ke tengah jalan. Mujur kamu selamat…” Pemilik Porche itu mendekat. Umar menoleh, menentang wanita bertudung itu. Bapak fancy, bawak kereta macam nak race. Tapi perempuan rupanya.

We’re fine. Just luka sedikit…”

“Mar?” Pemandu Porche itu menegur. Umar terkejut, menoleh. Terkedu keduanya, bertentangan pandang. Wanita itu lalu tersenyum lebar. “Its you, isn’t it? Umar Darius!”

Umar terdiam dengan kening berkerut. Tidak kenal siapa si perempuan itu. Aqi yang memerhati dari tadi mendiam dalam kalangan orang awam yang mula memenuhi tempat kejadian.


“OH God. Tak habis lagi aku terkejut dengan Umar berspek, Aqi pun ada sama dengan rambut panjang! Hahahaha! Jejak kasih siot petang ni.” Zati mencekak pinggang, memandang kedua-dua rakan lamanya.

Umar yang dah berbalut lengannya dek luka dan Aqi yang memeluk Naufal di riba sekadar tersenyum sumbing. Jejak kasih dengan seorang lagi kawan lama zaman sekolah menengah selepas Siti dan Lukman.

And you with your tudung. Korang bertiga sama-sama ada resolve berubah begini eh?” soal Umar, duduk di kerusi menunggu di klinik awam itu. Selepas kejadian tadi, Zati menawarkan diri untuk menghantar Lia dan Umar ke klinik, walaupun kedua-dua orang dewasa itu mempunyai kenderaan sendiri. Tetapi dek Lia yang masih dalam fasa terkejut, Umar mengiyakan, sementara dia menaiki kenderaannya sendiri. Aqi sempat ditarik saat gadis itu nak melarikan diri nak pulang dengan segera.

“Bertiga? Siapa?”

“Siti dengan Nor kawan sehati sejiwa sehidup sedunia seakhirat kau tu la. Sapa lagi.”

Zati terdiam, tersenyum kecil. “Aku lost contact ngan dorang dowh.”

“Em?” Umar tersenyum. “Kalau kau nak, aku boleh jadi benang merah ikat balik jodoh korang bertiga.” Dengan gaya cupid memanah, dia memberi tawaran bersama sengih. Double jerk siap dijungkit. Aqi menoleh dengan muka pelik sementara Zati tergelak.

“Kepoh la kau ni. Aku tak terasa lagi nak jumpa dorang…” ujarnya perlahan. Aqi dan Umar berpandangan. Kenapa gaya macam merajuk?

“Em. Kereta kat luar tu kau punya?”

“Porche tu? Dok aih. Bos aku punya. Aku driver je.”

“Ler.”

“Kau nak frust pasai apa oi. Hahaha.” Bahu Umar ditumbuk.

Kejap tumbukan itu cukup terasa di otot nan kekar. Sedangkan penumbuk berat Aqi yang dia pernah akui kekuatannya semasa zaman remaja dah mula hilang impaknya kini. Lantas Umar tersenyum sumbing. “Hasn’t changed at all, aren’t you? Walaupun bertudung.” Anak mata Zati direnung tepat-tepat ke dasar. “Even Aqi dah lemah tau.”

“Sapa lemah?!” Cepat sekali dia menjawab, menoleh geram pada si suami.

“Erm… you heard me.” Bahu dijungkit dua belah. Masih tersengih.

Zati pula tergelak perlahan. “Dah la korang. Habis cerita pasal aku, korang dua ni dah menikah ke? Tu anak sapa tu?” Naufal yang menghisap lollipop di riba Aqi dimuncung.

“Anak sedara.” Umar dan Aqi serentak menjawab. Mereka berpandangan.

“Hmm… and minah yang kau baru selamatkan gallantly tadi, sapa pulak?” risiknya, menyiku lengan si lelaki.

Umar meleret bibir. “Pekerja aku.”

“Makwe Umar. Dorang baru gaduh sebab aku jadi pihak ketiga. Kah kah kah.” Aqi menyampuk. Si suami dijeling bersama sengih dan suami itu membalas jelingannya sengal.

Zati memandang saja keduanya. Gelak dilepaskan. “Apaper la korang dua. Aku sorang je la yang tak jumpa jodoh ni.” Pipi yang tak gatal, digaru. Tiga sahabat lama itu terus berbual hingga Lia keluar dari bilik doktor. Senja tak lama lagi nak melabuh dan Zati meminta diri nak balik. Sempat bertukar nombor dan bertukar peluk. Pada Umar, dibisikkan “Its must be nice direbut perempuan.”

It can’t be helped with a handsome face.”

You have no shame at all, don’t you?”

Umar mencerun dan Zati tergelak lagi. Aqi dilambai pergi. Gadis itu tergelak bersahaja.

“Kali terakhir aku tengok dia dengan gaya gothic pengkid. Kali ni dah bertudung pulak.”

Gothic pengkid? Bila masa kau jumpa dia?” Umar menoleh.

“Lepas Matrik. Naik Melaka kejap. Masa tu kau takda kut. Matrik kau habis lambat sikit.” Dagu ditunjal, mengingat kenangan lama. “Zati masih Form 6 masa tu.”

Umar baru nak bertanya lagi bila Lia mendekat pada mereka. Gadis itu berterima kasih dan meminta maaf atas tingkah pendek akalnya. Umar menawarkan untuk menghantar gadis itu ke rumahnya dengan kereta dia, dengan alasan keadaan mental dan fizikal Lia yang masih belum boleh dipercayai untuk memandu sendiri. Aqi lekas menyokong tawaran Umar bila gadis berskirt pendek itu nak menolak. Ikhlas untuk prihatin dengan keadaan gadis yang hampir menemui maut di dada jalan.

“Kereta saya kat tempat tadi macammana?”

I’ll handle that sebelum pagi esok. No worries.” Senyum.

Dan Lia tertunduk dengan senyum simpul.

Previous: chapter 19
Next: chapter 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.