Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 6

“Umar Darius.”

Umar yang bermalasan di sofa dalam bilik mereka, menoleh perlahan. “Pesal ni? Dah berapa lama sejak kali terakhir kau panggil aku dengan full nametu?” Sengihnya. Dan bila gadis itu mula memanggilnya begitu, pasti sebab sesuatu yang serius.

Aqi mencekak pinggang. “Don’t you think your action’s a little bit too spoiled lately?” Mata hazel itu direnungnya. Umar mengerut dahi lalu menopang dagu.

“Aku tak faham.”

“Tadi… dulu… you almost….” Terdiam kejap, tak berani nak menyebut. Umar diam menanti. “Almost that… er…”

“Apa?”

“Er…” Muka memerah tanpa dipinta. Sejak pengakuan tiba-tiba malam itu, Umar menjadi sangat… sticky. Pantang ada peluang, tangannya akan digenggam, pinggangnya akan dipeluk, dan wajahnya dicium. Tak kira dahi ataupun pipi. Dan sudah tentu Aqi menentang!! Dan tadi pula hampir-hampir bibirnya menjadi sasaran bila lelaki itu menyasar ciuman pada Munirah di dukungan. Okey, mengaku juga tergoda dengan anak mata hazel itu, tapi serius, mujur sempat sedar dan menolak si cermin mata nerd itu sebelum dia sempat menggatal terus. Mujur je.

Dia menggigit bibir. Cakap Aqi, cakap! Muka Umar dipandang. Jiwa bergetar tiba-tiba. Heish. “Takyah la.” Dia berkalih namun Umar menarik tangannya pantas. Langkah Aqi terhenti.

Lelaki itu berdiri, tegak di hadapan gadis itu. Aqi terpaksa melangut supaya boleh melihat mata hazel itu. Tinggi betul dia ni. Kali terakhir mereka bertemu, matanya masih di paras telinga lelaki itu, namun kini matanya di paras bahu itu. Bila masa kau membesar, Umar Darius?

“Kau nak cakap apa sebenarnya?”

Aqi menarik tangannya, namun masih tak lepas. Dahinya berkerut sedikit. “I’ve dropped the subject. Lepaslah.”

“Taknak.”

Aih. Boleh pulak?

Umar merenung wajah masam di hadapannya, lalu tersenyum nipis. “Smile, bastard.” Pipi Aqi ditarik. “I don’t like that long face of yours.

Bastard…?! Do I look like I care?!” Tarik lagi. Umar tak bagi lepas, sebaliknya gadis itu pula ditarik kepadanya. Membulat mata Aqi, terkejut. Tangan menolak dada Umar, mengekalkan jarak.

Riak Umar tegang, serius. “Aku suami kau, tau.”

“Kita bukan from the very start.

We are. The law said so.

“Cuma atas kertas dalam fail dalam drawer kat mahkamah.”

My heart said so,” balas Umar, menunduk. Tajam mata mereka bertentangan.

Mine did not.” Masih melawan.

Umar mendesis. Degil minah ini, degil…! Tangan Aqi dilepaskan. Gadis itu lekas menjauh dua tapak ke belakang.

“Walau apa yang kau cakap…” Kakinya melangkah mendekati Aqi. Isterinya itu pula terkelip-kelip, berundur. Umar dekat lagi dan Aqi undur lagi. “… tapi hukum ngan hakikat takkan berubah. We’re husband and wife until the end of our life selagi aku tak lafaz talak, and you know what? I won’t say it.”Aqi tersandar pada dinding. Gerun sudah riaknya. Umar mendekat terus, melekap sebelah tangannya pada dinding dan merapati tubuh itu. Aqi merapat lagi tubuh ke dinding, menentang mata hazel Umar. Cuma dua saat dia mampu bertahan sebelum dia menurunkan kepala, memandang pula kolar kemeja lelaki itu. Umar merapatkan kepalanya ke kepala Aqi. Hidungnya menghidu wangi setiap helaian rambut isterinya itu. “Denying is futile…” bisiknya perlahan, lembut menusuk ke telinga Aqi.

Gadis itu spontan menunduk. Berbulu telinganya! Badan direndahkan dan dia mengensot ke kanan, cuba melarikan diri tapi tangan kiri lelaki itu pula melekap ke dinding, menghalang. Aqi mendecit, bertambah cuak. Umar melahir senyum segaris.

“Kenapa nak lari…”

Isn’t it obvious?” balas Aqi perlahan dengan nada bergetar. Senyuman Umar melebar.

“There’s no point of running away.” Dagu Aqi ditarik supaya menentang wajahnya. Terloncat bahu gadis itu, terkejut. Jantung mula berdegup kencang. Sesaat cuma, dan mata hitam Aqi laju menjeling ke katil. “Kau tak rasa it’s about time kita spend time and have fun together?”

To to together?” Tangan Umar di kiri cuba ditolak. Tak berjaya.

“Ah. Macam Bang Farid ngan Kak Maya.” Rambut sisi isterinya itu diselak ke belakang telinga. Aqi mengelak, menggeliat. Jangan la oi! Umar senyum saja dengan reaksi Aqi. “Macam Kak Bat ngan Bang Danny.”

Spontan mata Aqi bertembung dengan mata hazel itu. Nama Danny membuat jantungnya perlahan-lahan kembali normal. Kembali tenang, kembali composed. Lalu, dia berdiri tegak, berdepan dengan suami yang tak diterima hakikat kejadiannya itu.

“Mereka lain cerita. Fall in love, get married and live happily ever after, but we’re in a complete different case.” Tajam pandangan matanya turut berbicara. Umar tak membalas. “Kita tak saling mencintai. Jangan lupa hakikat yang itu.” Tubuh di hadapannya cuba ditolak.

Umar tak bergerak, kekal saja di situ. Aqi direnung tajam. “Apa yang buat kau fikir… kita tak saling mencintai? Well, mungkin tak ‘saling’, tapi… to live happily ever after masih boleh dicapai dengan cara lain…”

Aqi mengerut dahi, memahami. “What makes you say so?” Bersuara memotong.

Because I…” Terdiam kejap. “…said so.

Ceh. “Jangan mengarut.” Tubuh itu ditolak lagi. Umar bertindak menangkap tangannya dan ditarik ke mulut, dicium lembut. Menyirap darah Aqi naik ke muka. Ditepis kasar tangan Umar dan sensasi lembut yang masih segar di belakang tangan dilap-lap ke baju. Umar tertawa kecil. Aqi mendesis geram dalam malu.

“Jangan main-main la!” jerkahnya. Geram. Sungguh! Tapi malu yang dirasai lebih menyengat jiwanya kini. Aqi huru hara.

“Mana ada aku main-main…” Ketawa lagi. Pipi Aqi disentuhnya pula. Panas, dan makin panas lagi. Makin merah.

“Lepas la…” Aqi menolak Umar lagi buat kesekian kali. Jantung dah bergendang macam kompang dalam majlis kahwin kampung. Muka pula dah merah macam kena tempek dengan segala macam blusher dalam dunia. “Jangan sentuh orang sesuka hati kau…”

I’m your husband.” Umar memotong. “And I am doing what I want to do doing anything…” Wajahnya merapat. “To anyone especially you.” Kening diangkat sekali, seiring dengan sengih nakal.

Mata Aqi memicing, mengesan nada main-main itu. Hati automatik menggelegak panas. “Exclude me!” Kaki meloncat, dan kepala kerasnya dihentak ke hidung Umar. Hambek!

Argh!! Umar terundur setapak dua. “Apa ni…?!”

“‘Apa ni’ apa?!” Turun naik nafasnya geram. “Acting all high and mighty go mati la! Main-mainkan orang macam ni is the worse!”

Like I said… sapa yang main-mainkan kau?!”

“Kau la bongok!!” Menjerit dia geram. Umar terkejut. Marahnya terusik.

“Aku tak main-mainkan kau. Aku serius.” Tenggelam nadanya di anak tekak, bersama riak yang tak boleh dibaca.

Aqi mencemik, turut marah. “Enough.” Dia nak berlalu namun Umar lekas menahan tangannya, digenggam erat. Aqi merasa sedikit sakit.

“Apa yang kau fikir tentang apa yang aku rasa?” soal Umar perlahan. Aqi menjeling, masam. “Kau tak pernah tanya, jadi apa yang kau tau?”

“Apa yang aku perlu tanya?” soalnya kembali, cuba menarik balik tangannya. Umar tak bagi lepas langsung.

My feeling. Of what I feel about you. Of what I want from you.

I know already.” Aqi memotong. “Husband and wife, hubby and honey, suami isteri…” Nafasnya terluah kasar. “That and only that. Cuma itu in your dumb-head walaupun kita got nothing to begin with! You don’t love me and I don’t love you isn’t that clear enough?!” ujarnya geram dengan nada yang perlahan tapi keras. Riak Umar pula tak berubah, kekal serius.

You don’t get it at all, Aqi….

“Kita adik beradik.” Aqi menyambung, membuat Umar terkedu sedikit. “Abang dan adik. Tak pernah berubah. Mana mungkin aku dapat terima someone yang aku dah anggap macam abang, jadi suami, dijaga makan minum, hidup bersama sampai mati, dicintai sampai eternity…” Tangan yang lagi sebelah memegang tangan Umar, lalu dipegang, ditarik melepaskan tangannya. Masih tak lepas. Aqi mencuba lagi. “It’s hard. Next to impossible too. Dengan fakta itu, kita takkan pernah menjadi suami isteri. At least dalam hati aku…” Tarik lagi. Masih gagal. Aqi menggigit bibir. “Aku tak pernah terima kau sebagai suami aku, Mar…”

Pegangan terlepas. Pandangan Umar meredup, menentang sayu pandangan Aqi yang kekal tegas.

“Faham?”

Keluhan terhembus sebagai jawapan. Kepala diangguk sekali lalu berkalih, keluar dari bilik. Gadis itu memandang saja sambil menghempas nafas yang memberat di raga. Dosa terasa membakar dan hangatnya di lubuk hati tanpa sebarang sebab yang dia fahami, namun setan meniup dengan sifat ignorance seorang manusia.

“Dia betul-betul faham ke dak?” Pinggang dicekak kedua belah.

Aqi baru nak lelap mata bila Umar kembali masuk ke bilik. Ah. Anggaplah aku tidur.

Umar berdiri tegak di tepi katil, merenung mata yang terpejam itu. Lalu, keluhan terhembus buat kesekian kali. Kata-kata Aqi tadi terngiang lagi di lubang telinga. Riak Umar mengusut. Argh… rambut digenggam, dan punggung dilabuh ke tepi katil. Kedua belah lengan disandang ke lutut, menyokong tubuh. “Aqi… apa aku patut buat?” Terasa kusut hati dan akalnya sekarang. Untuk mengetahui dirinya tidak diterima langsung, bahkan dianggap cuma sebagai abang, hati terasa meletup macam bom yang jatuh di Nagasaki. Rambut digumpal lagi, sebelum kepala ditoleh pada wajah yang nyenyak di sebelahnya.

Rambut isterinya diusap lembut, penuh kasih sayang. Hatinya tumpah dengan perasaan yang satu itu. Perasaan yang terbukti tidak dikongsi oleh separuh nyawanya ini. Umar merenung wajah si cantik yang lena. Cantik. Betul-betul cantik atau cuma hatinya yang mengatakan begitu, Umar tak tahu, tapi yang pasti…. Ibu jari bergerak ke pipi. Lembut. Dan usapannya bergerak ke bibir pula. Diusap perlahan. Getaran jiwa yang entah kali ke berapa bergendang lagi.

Nafas terhempas. Tangan ditarik balik, dan dia menghala pandangan pada meja di hadapan sana. Perasaan yang menghangat dibenam dalam-dalam. Kata-kata Aqi berulang kali bergema di telinganya. Perasaannya memberat. Beban. Apa yang dirasainya untuk Aqi… tidak berbalas. Bertepuk sebelah tangan. Hasilnya kosong. Sia-sia.

I’m so pathetic…” Dagu ditopang merenung malam. Terjawab sungguh dengan cara layanan Aqi selama ini padanya. Rupanya masih tidak hilang lagi hubungan abang-adik itu antara mereka berdua. Hubungan itu yang merapatkan mereka semasa remaja dahulu… kini nyata membinasakan. Yang membuatnya haru, Umar sendiri pernah meminta Aqi untuk menganggap mereka sebagai abang-adik sehingga mati. Nafas terhembus perlahan.

Umar menoleh lagi. Wajah tidur Aqi menyerap ke kalbu, dan desahan nafas perlahan itu meremang nafsu lelakinya. Matanya dikelip sekali dua. Nak ke tak nak…. Nak ke tak nak….

Kepala dibawa menunduk, lalu telinga Aqi dikucup lembut. “I love you…” Perlahan dibisikkan.

Hening.

Umar tersenyum kecil. Kucupan kedua dilepaskan tanda sayang. Lalu tanpa kata, dia bangkit dan bergerak ke sofa panjang di tengah bilik. Tubuh dibaringkan dalam posisi selesa. Mata kemudiannya dipejam supaya kantuk datang padanya.

Dan saat Umar mula dihanyut mimpi, Aqi dikatil seperti cacing kepanasan tak dapat nak tidur.


“HEY.”

Tak layan, terus bermain dengan Naufal. Umar gelisah.

“Aqi…”

Diam.

“Aqi… kenapa ni?” Dia bergerak ke hadapan Aqi. Gadis itu bangun, lalu bergerak ke luar rumah, nak bermain di halaman. Umar memandang blur.

Kenapa tiba-tiba?

Farid menopang kepalanya di lengan sofa. Umar yang mengejar si isteri itu buat sejam tadi diperhati tanpa lepas. Baik ke dapur, di ruang tamu, naik ke tingkat atas, ke halaman rumah, ke mana Aqi melarikan diri, ke situlah Umar ada sekali, cuma untuk melihat si isteri itu tegar melarikan diri buat kesekian kali tanpa sekalipun melihat ke wajahnya. Tak lama kemudian, adiknya di muka pintu itu menghela nafas panjang, lalu kaki diheret ke ruang tamu. Punggung dilabuh di sebelah Zaki.

“Bagi aku peluk kau, Zaki.” Sedih nadanya.

“Wargh…!!”

Farid menoleh pada ahli keluarga yang lain yang berkumpul di ruang tamu itu. Batrisya yang melayan Munirah dan Daten Orched yang turut sama memerhati ulah Umar ada bersama. Keberadaan Maya pula entah di mana. Farid bersandar, berpeluk tubuh. Adik lelakinya itu dipandang. “What’s with Aqi? Kau buat apa sampai dia merajuk macam tu?”

Umar menjungkit bahu, memeluk erat tubuh kecil 9 tahun itu di ribanya sambil merehatkan dagunya di atas kepala si adik angkat. Nafas dihela panjang. “Tak tau, semalam okey je.” Muncungnya. “Mar hodoh sangat kut hari ini?”

“Nampaknya macam tu la kut.” Batrisya tergelak. Umar menjeling dengan bibir terjuih. Haru. Si kakak itu pula sekadar ketawa. Buruk no muka kau camtu, Mar.

Daten Orched yang ada sama tersenyum nipis. “Dia datang bulan tak?”

Farid mengerling. Si adik itu pula terkelip. “Apa?”

“Aqi datang bulan ke?”

“Mana la Mar tau.”

“Ler… naper kau tak tau?!” soal Farid sengaja menaikkan nada. Umar mendesis.

“Kenapa pula Mar perlu tau?!”

“Korang kan suami isteri!”

Umar mencemik. “Tak cukup bersebab. Lagipun Aqi tak anggap Mar laki dia pun.” Pandangan ditala ke lain. “Dia stick to the sibling thing,” cemiknya, menyampah.

“Eh?” Masing-masing terkejut. Umar mengangguk, mengiakan. Tau takpe.

“Jadi selama ni takda perkembangan la ni?!” soal Farid bangun mendapatkan Umar. Si mata hazel itu mengangkat bahu saja. Malas nak menjawab. Membulat mata si abang. “Jadi tak guna la aku biarkan kau let loose berdua je ngan Aqi dalam vila dan tak masuk pejabat?!”

Umar terdiam. Batrisya mengangkat tinggi keningnya dengan mulut membulat terlongo, sementara Daten Orched mengeluh.

“Jadi…” Suara tua itu kedengaran. “Kamu berdua belum ‘tu’ lagi?”

“Tu?” Umar menoleh dengan riak keliru. Setiap satu wajah ahli keluarganya ditentang, dan dahi bertambah kerutnya. “Apa dia?” Terkedu lagi orang-orang dewasa di ruang tamu itu sebelum hampir serentak melepas nafas panjang.

Batrisya tergelak perlahan. “You are so innocent my little one.” Nampak comel pula.

My little one…. Mereng telinga Umar mendengarnya.

Innocent to the point of being idiot. Betullah takde cure for an idiot.” Farid membalas, mengeluh lagi. Adik lelaki tirinya itu dipandang, lalu tubuh disandarkan. “Kau ni betul ke tak lelaki tulen, Mar? Cek balik kau punya bukti kelelakian tu, bawak pergi makmal. Siasat sikit apa masalah dengan status kejantanan kau.”

“Eeeh… baik sikit eh statement abang…”

“Abang tanya baik-baik la ni. Kau dah berapa malam tidur sebilik sekatil dengan Aqi? Takkanlah kau tak terasa nak terkam langsung bini kau tu walaupun satu malam?”

Terdiam satu rumah. Hening. Zaki menoleh pada Farid, berminat dengan topik perbualan orang-orang dewasa itu namun Farid terlebih dahulu menolak kepalanya. Sambung baca komik kau tu.

Umar terdiam. “Oh… jadi, abang maksudkan… yang ma tanyakan tadi… oh, about that…” Belakang kepala digaru walau tak gatal. Terasa segan pula bila dipersoalkan hal ini terang-terangan. Sporting jugak family aku ni. “Ntah.” Kepada lantai, jawapan diberi.

Facepalm.

Batrisya dan Farid serentak menghentak dahi masing-masing. Hopeless and helpless. Dah tak tau macammana nak layan laki orang ni dah! Daten Orched pula sekadar menggeleng kepala.

Farid mendesis geram. “Punya la aku dok wonder kenapa perkembangan antara korang lambat sangat…. Engkau macam ni, Aqi pulak macam tu…. Aku tak tahu nak tolong macammana lagi dah.” Farid kelihatan berserah. Umar pula sekadar mendiam, tidak mampu bereaksi. Kepala dipaling ke tingkap, melihat Aqi yang bermain dengan Naufal di sana. Lantas, keluhan terhembus lagi buat kesekian kali.

Sois it simply because, she doesn’t see you as a husband?” Batrisya menyoal. Farid membuang pandang ke pintu dapur, manakala Daten Orched merenung anak ketiganya itu. Umar menundukkan kepala dengan riak sesal, namun tiada jawapan untuk diberi.

Malam. Umar sudah bersenang lenang di atas katil bila Aqi menapak masuk ke bilik. Terperanjat seketika gadis itu melihat si suami di situ. Umar yang perasan, lalu bangun dan duduk. “Sayang,” Ceria menyapa. Aqi menukar arah langkahnya, bergerak ke tandas. Terangkat kening si rambut cacak itu dibuatnya. Masih lagi?

Aqi menggosok gigi sambil memujuk hati yang kencang berdegup. Menyusahkan betul. Menyusahkan! Kenapa dengan jantungnya? Sejak malam tadi lagi… Eii, kurang darah? Blood flow terlalu lambat? Huh….

Selesai mengosok gigi dan berkumur, dia keluar. Terkejut tengok lelaki itu dah berada di luar pintu, menunggu dia. Senyuman yang bergayut di bibir Umar terasa menarik tangkai hati. Aqi menarik nafas dalam, bertenang. Stop la hati… stop the unnecessary palpitation, please…. Act natural, act natural.

“Aku ada sesuatu nak cakap.”

Aqi tidak bertindak balas, sebaliknya terus bergerak ke katil. Umar mengikut.

“Dengar la… aku macam cakap ngan kayu je.” Muncung. Menjeling gadis itu dibuatnya namun masih enggan melayan, malah enggan bereaksi. Comforter ditarik dan dia melolos diri ke dalam selimut empuk tersebut. Lampu tidur siap dipasang sebagai tanda dia bersedia ke alam mimpi. Umar yang diabaikan dibiarkan untuk malam ini. Bagi lelaki berambut cacak itu pula, layanan dingin Aqi nyata menyentuh tangkai hati. Nafas dihembus kasar, lalu dia berkalih ke sofa.


BATRISYA menopang dagu. Pandangan matanya ditala redup pada adik ipar yang mengunyah mi goreng. Rambut panjang yang terlepas bebas itu nampak kusut tak bersikat walaupun diikat satu. Mata coklat gelapnya dibawa ke kiri, pada si adik lelaki yang tenang menghirup kopi. Batrisya mengerling jam di dinding.

“Kau dah lewat ke kerja ni, Mar…”

“Em…”

Senyap.

Batrisya menjungkit sebelah kening. Aqi di sebelah kanan dipandang lagi. Masih terus mengunyah tanpa bersuara. Dan bertambah mi gorengnya buat kali ketiga. Kuat nafsu makan kau pagi ni, Aqi?

“Banyak no kau makan pagi ni Aqi.”

“Em…”

Dan senyap.

Batrisya mengerut dahi. “Korang dua masih bergaduh?” Si lelaki dipandang. Adiknya itu tegar mengejar Aqi sebelum ini, tetapi pagi ini kedua-duanya cukup aloof dan pasif. Layanan dingin Aqi dapat balasan layanan dingin dari Umar juga, huh?

Senyap tiada jawapan. Dingin. Batrisya mengeluh.

Umar melihat jam tangannya sebelum bangkit. Si isteri yang masih makan tanpa henti dipandang sebelum pandangan ditala pada si kakak yang masih merenung meminta jawapan pasti. Enggan melayan pandangan mata yang penuh dengan persoalan itu, dia bangkit dari duduk.

“Kau nak biar je bini kau ni camni?” Batrisya bertanya terus.

Its not like its my fault dia nak merajuk macam tu.” Dingin menjawab. Aqi naik sentap manakala Batrisya terkedu. Wow… pertama kali melihat keduanya bergaduh dingin. Batrisya menoleh pada Aqi lagi. Si gadis itu meneguk kopinya. Sekaligus! Sendawa dikeluarkan sekali. Burp.

“Alhamdulillah.” Tanpa mempedulikan Batrisya yang beriak ingin tahu, Aqi bangkit sambil membawa pinggan kotor ke singki. Sabun pencuci dicapai, membuang minyak yang melekat pada pinggan. Bergema kembali kata-kata dingin si suami sebelum pergi ke kerja. Bibir bawah digigit, menahan geram. “Cis…”

Selesai mencuci pinggan, Aqi berkalih. Terhenti seketika geraknya bila perasan Batrisya sedang memerhati. Aqi mengangkat kening.

“Ada apa Kak Bat?”

Senyum nipis. “Akak off hari ni. Nak keluar jalan-jalan tak?”

“Jalan-jalan? Shopping?”

Anything.” Senyum.

“Habis budak-budak tu macammana?”

“Maya kan ada…” Penuh selamba dia bangkit dan keluar dari dapur. Aqi mengerut dahi. Bahu dijungkit lalu keluar dari dapur.

Batrisya ke ruang tamu bila perasan adik lelakinya sedang bermalasan di sofa. Berkerut dahinya.

“Kau tak kerja ke, Mar?”

“Mar dah berenti.”

“Apa ke jadi suami orang pun masih menganggur. Cari la kerja baru.” Kaki dibawa naik ke tingkat atas. Umar pula sekadar mendiam, mencari siaran di TV. Tak lama kemudian, Aqi pula yang memuncul. Keduanya bertentangan sesaat sebelum Aqi terlebih dahulu membuang pandang ke tempat lain. Kaki dibawa menaiki anak tangga, satu persatu sampai ke tingkat atas. Umar memicing matanya, mendesis perlahan. Tom and Jerry yang berkejaran di skrin TV dilihat geram.

So uncute…” getusnya.

Previous: chapter 5
Next: chapter 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.