Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 38

HERE we go…” Aqi diletakkan perlahan di atas katil. Duduk. Tuala didapatkan dan diserahkan pada gadis itu. “Wait here. Aku keluar jap.” Dan dia keluar dengan pakaian yang masih basah. Nampak tergesa-gesa.

Aqi mengerutkan dahi, pelik melihat tingkah Umar yang terburu-buru. Mini jaketnya ditanggalkan dan luka di lengan kanan dilihat. Luka yang merah direnung. Sakit bila kena air hujan tapi ditahan. Belahan daging ketara nampak dan bahaya namanya kalau tidak diutup segera. Tuala dilapkan pada luka-luka di tubuh. Bertompok darah pada tuala hotel ini. Hah. Kemudahan dicipta untuk memudahkan, maka tak salah digunakan. Kotor tak kotor, pekerja hotel yang cuci.

Nice mindset Aqi.

I know. Hahaha.

Ciuman free tadi terbayang. Usapannya terhenti. Jantung berdegup kencang tanpa dipinta. Jiwa juga menghangat serentak. Aqi menggigit bibir.

Takpa Aqi. Kira make up for apa mamat-mamat celaka tu buat kat kau tadi. Untuk Umar.

Err For the sake of pride and honour? For my dignity?

Tapi kan, bukannya tak pernah cium Umar sebelum ni.

Ya dan tak pernah jugak aku yang mulakan

Alasan

Leher digaru. Aku ni gatal jugak rupanya, hati membebel. Rambut yang basah dilap pula. Pintu dipandang. Kemana entah lelakinya itu pergi. Ada ke tinggalkan orang sengsorang… bibir memuncung. Merajuk sedikit.

Tak lama kemudian lelaki itu muncul dengan first aid dan mentos. Terkebil-kebil Aqi memandang, melihat lelaki itu datang dan duduk di sebelahnya.

“Nah. Minum,” usulnya. Aqi menyambut.

“Apa ni?”

Hot choc.Comforter ditarik dan ditebar di tubuh Aqi, menyelimuti wanita kesayangannya itu supaya hangat.

Gadis itu menoleh. “Ah…” Lalu diteguk satu cawan itu. Badan mula terasa hangat. Nyaman rasanya. Aqi menjeling. Umar menyelongkar first aid. Bandage, kapas,antiseptik, gunting, kelip… Dia kembali mengadap gadis itu.

I’m not good in aiding people…” Tersengih nipis. Aqi mengangkat sebelah kening, lalu menghulur lukanya. Antiseptik diletak perlahan atas belahan luka. Urgh, ngilu! Bibir digigit spontan. Umar berhenti sekejap, bingung.

“Kau okey?”

“Okey je…”

Selesai membalut daging yang luka pada lengan itu, pada pahanya pula. Kening Umar terangkat memandang ke situ, membuat Aqi naik segan. Lengan si suami ditepuk sebelum dia merampas bandage di tangan Umar. “Awak fikir apa?” Mentos diserahkan pada lelaki itu. Umar membasahkan bibir.

Something.” Dia pula minum. Ah. Segar sedikit badannya dari sendi yang terasa membeku. Gila sejuk malam ni…. Pipi kanan disentuh, lalu bibir mengukir senyum. Lebar. Gila best malam ni…. Nak aje minta yang lebih-lebih tetapi sekarang bukan waktu yang sesuai.

Aqi menggunting gaun dan mendedahkan paha. Lebih mudah untuk merawat sendiri lukanya. Agak dalam daging yang terkoyak. Heh, good job rascal. Patutlah susah sangat nak berdiri tadi. Lalu lutut diangkat dan paha dibalut dengan pembalut. Mata dijeling. Umar tak tengok dia pun. Bibir mengukir sengih.

You’re one type of a man…” ujarnya perlahan. Umar menjeling sekilas sebelum kembali memandang pintu bilik.

I’m trying hard to maintain my composure…” Minum lagi.

“Haha. Aku patut cakap tahniah?” Sengih lagi. Balutan dikelip. Siap.

I won’t mind another kiss on the cheek. Maybe an extra if I’m allowed to…” Tak dihabiskan bila Aqi dah pun melarikan diri ke tandas. Tersenyum nipis dia, lalu berbaring. Nafas dihela panjang. Naluri lelaki yang bergelora ditahan sepenuh hati. Huh… Siling direnung. Aqi seolah-olah sedang mencabar nalurinya. Masing-masing tengah luka ni kalau nak buat lebih-lebih. Karang kecewa kalau dah bermula.

Umar bangkit tak lama kemudian. Bow yang senget benget ditarik tanggal dan kemeja hitamnya turut ditanggalkan buka. Bila diteliti, nampak tompok merah pada kemeja hitam itu, besar sekali. Umar tersenyum hambar, lalu menoleh ke belakang. Ada darah jua yang melekat di comforter biru itu walaupun sedikit.

“Luka terbuka balik ke apa…” Dia membalikkan tubuh, meraba-raba luka yang masih berbalut di belakang pinggang. Padanlah dengan bisa sakit yang menyengat semasa mengangkut si isteri itu tadi.

“Mar… darah…”

Umar menoleh deras, melihat Aqi yang memuncul di depan pintu bilik air dalam keadaan berkemban. Gadis itu menerpa lekas dengan muka cemas dan melihat luka di belakang pinggang lelaki itu. Ternganga dia melihat balutan pinggang Umar memerah dengan darah, merebak dengan banyak sekali. “Kau… kenapa tak cakap pasal luka ni!”

“Hey. Aku baru perasan dia terbukak balik…”

“Penipu…” Aqi memuncung dengan riak bersalah. “Kau tahan sakit masa kau dukung aku tadi kan? You’re not even fully healed yetI’m so stupid…” Lantas dia beralih ke almari dan mencapai semua alat kecemasan awal Umar. Lelaki itu merenung saja si isteri yang masih berkemban. Dia langsung tak sedar dia masih tak pakai baju… atau dia memang sengaja nak goda aku?

“Aqi…”

“Em…” Kelip balutan Umar ditanggalkan dan kain pembalut itu dileraikannya perlahan. Umar merenung gadis yang fokus dengan kerjanya itu, dan rambut basah yang menjatuhkan titisan air ke kulit cerah pucat itu melekatkan matanya ke situ. Seksi. Nafas ditarik dalam, menenangkan darah muda yang panas.

“Pakai la baju dulu…” Berterus terang.

“Ehh?” Aqi mendongak. Si suami itu sedang membuang pandang ke lain. Aqi melihat dirinya. “Erk… ehehehehe. Aku terkejut sangat tengok darah kau keluar banyak sangat… I even forget about myself…” Tulang kolar digaru. Cukup mudah kulit cerah itu memerah dengan darah. Umar menjeling. Aqi tersenyum sumbing. “Unlike you untuk tegur aku tak pakai baju. Kau sopan la malam ni, Mar. Comel.” Senyumnya dan pipi Umar dicubit ringan. Dia bangkit dari katil lalu baju lengan pendek dipakaikan terus.

Umar hanya senyap. Aqi kembali pada kerjanya, merawat luka si suami.

“Adeh deh…”

Berkerut muka Umar menahan sakit bila Aqi menyapu antiseptik di atas luka yang belum habis bercantum. Gadis itu berhenti seketika sebelum kembali nursing. Luka berjahit itu ditutup kembali dengan kapas dengan penuh cermat. Kain pembalut lalu dibalut di seluruh bahagian pinggang dan perut Umar.

Umar menunduk, melihat wajah Aqi yang kaku sambil terus melakukan kerjanya. Pandangan meredup. Riak macam ni la yang paling susah nak dibaca. Senyap saja dia tak berbicara apa-apa. Umar meletak sebelah tangan ke belakang dan menyokong tubuh. Teringat saat semasa berkelahi dengan perogol-perogol Puteri dahulu.

Buku lima pula dilihat. Bila sejak kali terakhir dia terlibat dalam pergaduhan sebelum terserempak dengan Puteri? Kalau zaman sekolah menengah, hampir setiap hari dia bergaduh, membuatkan dia bertambah kuat setiap kali habis bertarung walaupun selepas itu dimarahi sekolah mahupun rumah. Sekarang skilnya dah luntur.

Aqi juga… baru selepas berhadapan dengan peristiwa begitu baru kejap tadi. Nampaknya hidup mereka memang tidak lari dari berkelahi dengan orang yang cuba mencari masalah, kerana itulah cara mereka mempertahankan diri. Mereka bukannya pelajar seni mempertahankan diri dari sekolah seni mempertahankan diri. Skil bertumbuk yang dimiliki sekarang ialah hasil dari pengalaman bertahun-tahun kerana hidup dengan cara begitu semasa zaman pembesaran.

Semasa zaman itulah dia mengenali Aqi… dan mengenali seorang Aqi yang keras kepala dan keras hati. Adakah sebab itu dia mampu bertahan dengan isterinya ini? Kerana dia sangat faham personaliti gadis ini?

Umar menunduk, merenung rambut yang menutup kepala kecil itu. Hidungnya ditemukan pada kepala itu. Harumnya bau rambut si isteri, melunakkan hati.

I love your scent…”

Aqi mendiam, mengangguk. Selesai kerjanya membalut, lalu perhatian jatuh pada luka segaris yang dah bercantum di dada lelaki itu pula. Luka ini mungkin akan membentuk parut. Aqi duduk melutut supaya mudah pergerakannya untuk menyentuh kulit dada Umar. Lelaki itu membiarkan. Aqi menggigit bibir, sedikit pilu melihat luka tersebut. Nafas ditarik sedalam-dalamnya, dan dihembus sekaligus.

“Jangan buat kerja bahaya begini lagi tau…” pintanya dengan sepenuh hati. Umar meleret bibir.

“Kamu pun sama Aqi. You’re hurt too sebab bergaduh…” Luka di paha Aqi disentuhnya. Gadis itu merenung anak mata suaminya, lalu tubuh direndahkan, memeluk dada sasa itu. Wajahnya disembam pada dada Umar.

I meant itI really-really meant it…” Suara itu tenggelam bernada getar.

Umar tersenyum kecil. Sweetness. Mulut ditemukan atas kepala Aqi dan mata dipejam perlahan. Rambut itu diusapnya lembut. “Okaymy princess…”

Mereka berjemaah sebelum sama-sama naik atas katil. Hari yang memenatkan. Aqi berbaring dan terus lena. Hah. Umar yang baru nak menggatal lalu tersengih. “Tak romantik betul.” Tergelak kecil. Tubuh didekatkan pada Aqi, lalu tangan memanjang, menarik tubuh itu perlahan padanya. Masih nyenyak tak terkacau. Kepala Aqi diletak baik-baik atas dadanya, dan tubuh itu dipeluk. Gadis itu macam tau-tau, menyelesakan diri dalam pelukan suaminya itu. Umar tersenyum nipis. Wajah Aqi direnung lama sambil rambut hitam itu dibelai lembut.

I hope we’ll stay forever. I really really wish, we’ll be happy together forever…” Kucupan nipis pada ubun-ubun Aqi, lalu kepala direbah di sebelah kepala gadis itu. Mata ditutup, menjemput lena untuk segera datang.


FLIGHT balik jam 5. Kita naik feri jam 1 so jangan lupa mesti dah ada depan lobi sebelum tu lagi. Jangan lambat,” arah Farid, merenung pasangan suami isteri di hadapannya. Umar mengangguk.

“Agak-agak sempat tak kalau nak keliling Langkawi dengan speed boat sekarang?”

“Abang memang tak kisah langsung tinggalkan kau berdua ngan Aqi kat sini, Mar. Tapi pandai-pandai manage la. Tapi kalau kau lambat datang kerja, I’ll make you bankrupt for the next two years.”

Nah, it’s okay. I’ll pass. You look like you mean it…”

Lack on guts and money, huh.” Sengih. Pinggang Maya dirangkulnya. “Guna last day korang ni baik-baik. Sebab esok things will turn to normal.” Umar direnung dengan sengih jahat. “A lot normal.

Riak Umar kaku sementara Farid dah pergi dari situ. Lambat baru dahinya berkerut.

“Apa maksud dia?”

Aqi memejam mata kuat. Terasa berat sikit kepalanya, lalu menoleh. “Kita nak ke mana sekarang?”

“Beli souvenir,” ujar Umar, mencapai tangan Aqi dan digenggam erat. “Jom.”

Gadis itu menurut saja, memandang tangan di genggaman Umar. Bibir mengukir senyum nipis walaupun jantung dan terasa berdegup kencang sedikit. Teringat pagi tadi. Wajah memerah tanpa dipinta.

Mau meletup jantungnya pagi tadi, bila bangun je tengok dia tidur di bawah ketiak Umar. Lagi-lagi bila dia sendiri sedang memeluk lelaki yang berdengkur itu. Hampir terjatuh dari katil dibuatnya. Dan mujur juga tak keluar bunga silat terkejut. Itupun selepas ditenangkan hatinya dengan baju tidur yang masih melekat di tubuh. Terasa berderau darah turun dari muka. Aku masih tak biasa bangun tidur dalam pelukan dia… sebal pula rasanya. Mungkin kena bangun tidur dalam pelukan dia hari-hari baru boleh biasa agaknya? Inilah yang dinamakan, practise makes perfect! Alah bisa tegal biasa! Tempurung mata tiga, orang malas rugi sahaja!

Kau dah mula mengarut, Aqi. Stop that.

Umar menoleh bila terasa telapak tangan isterinya melembap. Berpeluh. Wajah itu pula kelihatan merah. Tertunduk-tunduk ke jalan. “Kenapa?” soalnya.

Berdebar jantungnya, lalu menoleh. “Ah! Kedai mainan! Jom masuk sana.” Haha… Hambar. Tangan ditarik dari genggaman Umar lalu dia melangkah masuk.

Umar memandang saja, lalu tersenyum nipis. Lambat dia mengekori.

“Untuk Pal?”

“Pistol mainan tu.”

“Jangan ajar budak tu sentiment polis awal sangat…!”

“Kalau macam tu, patung Barbie tu?”

“Untuk Mun?”

“Apa pulak untuk Mun. Anak patung dia melambak dah. Untuk Pal la… biar dia faham sikit game budak perempuan. Faham adik dia.”

“Tapi jangan la bagi Barbie…”

Abih tu? Bear tu? Bugs Bunny? Domo? Garfield? Spongebob? Patrick? Keroro?”

“Aqi…”

“Ah! Mashimaro! Cute~”

“Kau beli untuk Pal ke untuk kau sendiri?”

“Selipar ni comel! Colourful lagi! Tengok… so fuzzy. Baju ni jugak. Ah, agaknya ni muat untuk Mun. Beli sepasang ngan Pal jugak. How about…”

Listen to me, sayang…” Sengih geram.

Mereka keluar dengan shopping bag tak kurang dari tiga. Semua untuk Naufal, Munirah dan Zaki. Umar tersenyum saja, memandang Aqi yang tersengih-sengih.

“Aku tak tau kau ni shopaholic.

“Mana… untuk budak-budak tu jugak.” Dia menoleh. “Kau tak beli apa-apa?”

“Emm… aku nak kau belikan untuk aku.”

“Oh? Tak cakap awal. Nak anak patung yang mana?” Dia berkalih, nak masuk semula ke dalam kedai namun dihalang lelaki bermata hazel itu.

“Aku main-main je…”

“Tapi aku tidak.” Sengih. “Taknak anak patung takpe, tapi kau nak apa? Aku try usahakan.”

Mereka berpandangan. Umar mengangkat kening. “Kau betul nak bagi aku hadiah?” Sengih. Bermakna.

“Ye la.” Aqi layan.

“Betul?” Wajahnya mendekat. Aqi memicing.

“Ya…”

“Kau serius? Takkan tarik balik ayat kau? Kau bukan perempuan yang munafik kan?” Mata pula dibulatkan. Bersungguh-sungguh nakkan keputusan solid. Terkelip-kelip wanita itu dibuatnya, mula geram.

Which part of ‘ya’ that you don’t understand? Nak cakap aku dalam bahasa Jepun? Hait? Bahasa Sarawak? Aok?” Dia mendesis. Umar tersenyum kecil lalu. “Kau nak anak patung mana?”

Balik pada isu hadiah anak patung pulak…. “Tak… tak apa. Aku taknak anak patung,” balasnya kemudian, lembut. Wanita berambut panjang itu mengerut dahi, menentang muka tersenyum itu. “Tapi kalau kau tak kisah aku tidur sekatil ngan kau balik rumah lepas ni… I’ll really appreciate it.”

Terdiam Aqi. Umar tersengih dengan lidah digulung ke lelangitnya, beriak meminta. Si mata bundar itu menghempas nafas dengan muka kusut. Keluhan terhembus. “What’s with the trouble just to ask one minor request. Nak playing gentleman pun tak payahlah nak request hak sendiri. Macam pondan. LOL.” Senada.

Menyirap darah mendengar kata-kata itu. Naik geram. “I like your answer… tapi what’s with the monotonous tone?” Aqi yang berpaling kepala darinya direnung tajam. “And look at me when you talk.”

Aqi menjeling, lalu menjelir lidah. Muka degil. Umar tersengih geram.

“Aku tau la apa nak buat dengan kau balik rumah nanti…” Kaki mula melangkah.

“Eleleh. Kat sini pun tak reti nak jadi jantan, apa lagi nak cakap pasal kat rumah.”

“Hahha…. Awak tengah cabar saya ni, awak.” Muka diteleng lagi pada Aqi. Pinggang kecil itu ditarik rapat ke tubuh dan muka Aqi ditarik padanya. Cukup rapat ke bibir. Terkejut dia! “Shall I play with you through and through sebelum balik?”

Berderau darah di seluruh tubuh. Gila Umar. Tak boleh bawak main langsung! “Public oi!” Lekas ditepis tangan itu. Tubuh sasa itu sama ditolak, menjauh setapak dua. Perasan orang awan mula memandang jelik. Umar tersenyum nipis.

“Tau takut.”

“Huh. Ni bukan soal takut ke tak, tapi manner.

Kening tebalnya terangkat serentak. “I see…” Sengih. Aqi dirapati lagi. Kening Aqi bercantum melihat tingkah suaminya. Dah kenapa? “Bukan soal nak ke tidak, tetapi sebab buat kat tempat yang salah. I see…” Dan gelak nakal terlepas. Perlahan sekali. Ada percikan sensual di sana. Aqi terkebil dengan dahi berkerut. Lelaki itu pula merenungnya dengan pandangan nakal. Dia dah kenapa….? “Dah pandai seksa saya eh sekarang, buat orang turned on kat tetengah public.”

Senyap. Anak mata coklat cerah itu direnung. Tangannya yang digenggam si suami juga dibiarkan. Apa sebenarnya yang dia dah buat sampai lelaki ini dah macam ular yang membelit? Dan kata-katanya juga membuatkan Aqi keliru.

Ah, pedulikan. Dia ada kedai-kedai untuk diredah. Kedai pakaian dipandang, lalu Umar ditarik ke sana. Lelaki itu pula tidak habis menakal. Aqi dicuit-cuit dan dibalas backhand oleh si isteri. Jaga manner! Dan tergelak dia. Kadang kala tangan memanjang terus memeluk pinggang isterinya. Aqi mengabaikan, malas melayan. Tetapi bila ciuman percuma melayang ke pipi, barulah keluar aura kucing liar betina milik Aqi the Wild Cat.

Umar menebar pandang ke arah orang awam. Ada yang kisah, namun kebanyakannya mengabaikan tingkah mereka. Ah, bukannya membunuh pun. Mungkin mata berkulat melihat kemesraan yang ditunjukkan tanpa penapis, tapi mereka itu tiada hak nak menghalang, bukan? Lagi-lagi dia dan Aqi berlesenkan berbulan madu. Hahhaha…! Hati nyata cukup jantan sekarang. 

Matanya melekat pada seorang lelaki. Tajam sekali pandangan mata lelaki itu memandang mereka, menarik curiga Umar. Dia merenung mereka… dan fokusnya pada Aqi. Mata Umar memicing dengan darah yang menggelegak sedikit.

“Jom masuk.” Lekas dia menarik gadis itu, masuk ke dalam sebuah kedai. Aqi terkedu namun menurut. Sempat dia menoleh sekilas. Sesaat, matanya terpandang senyuman Hadi – sedang merenungnya, sebelum tubuhnya masuk ke dalam kedai itu.


______________________________-=..=___________

I've deleted some obscene word hahha...

I'm so very sorry... dulu masa buat citer ni, saya masih fresh dengan pengaruh Murtad Fixi - Hasrul Rizwan. Gaya bahasa dia kelakar, and seriously, memang aura penulis lelaki tu ada. Main belasah je ayat teluq la bagai. So yea... saya jenis senang terpengaruh. sorry to those yang baca part ni sebelum ni... heeh...


I've just come back to my sense and baru je reread jugek....

Previous: chapter 37
Next: chapter 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.