Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 7

Umar menapak masuk ke bilik. Bosan sangat rasanya bila tiada apa yang dia boleh buat. Beban perasaan membuatnya penat dan akal terasa nak sangat tidur buat masa ini. Mata melekat pada katil.

“Argh…” Badan dihempas ke tilam lembut itu. Dah berapa lama sejak kali terakhir dia berbaring atas katilnya ini. Sejak Aqi datang bermalam ke vila Orked la kut. Apalah nasib dapat bini yang taknak berkongsi katil. Apa la jugak nasib jadi laki yang takut bergaduh ngan bini untuk berebut katil.

Dayus kau Mar.

Ah, diam.

Umar malas nak bergaduh dengan hati sendiri. Bantal dicapai dan dipeluk. Hidung menghidu-hidu aroma yang melekat pada bantal tersebut. Kening terangkat dalam mata yang terpejam.

Bau dia….

“Takkan nak tidur lagi lepas bangun tidur kut.”

Matanya mencerlang terbuka. Umar mengangkat kepala, menjengul pada Aqi di meja solek. Si gadis itu memakai blouse hitam dengan jeans. Rambut panjangnya pula diikat ponytail.

“Kau nak kemana pakai cantik-cantik begitu.”

“Aku memang cantik to begin with.”

“LOL.”

“Nak ngurat anak teruna orang.”

“Perempuan dada flat reti ke nak ngurat-ngurat kalau ngurat suami sendiri pun fail.”

Aqi menoleh perlahan dengan pandangan geram. “Jaga sikit eh mulut. Cili kang…”

“Takutnya aku.” Datar.

Aqi mendesis deras, geram. Menyesal bukak mulut dahulu nak bercakap ngan dia!! Dia mendiam, kembali sibuk dengan kerjanya sendiri. Umar di katil masih merenung.

Seriously Aqi, kau nak ke mana?”

Senyap.

“Aqi…”

Taknak menjawab.

“Aku tanya baik-baik ni…” Nada mula nak mengeras, menahan marah.

Keluhan dihembus perlahan. “Aku ingatkan kau merajuk dengan aku.”

Umar terdiam. Nafas ditarik dalam, memberi oksigen kepada tubuh, lalu tubuh ditarik bangkit. Si isteri yang membelakangkannya di sana direnung redup.

“Aku merajuk dengan rajuk kau kat aku.”

Menjeling si gadis. “The heck’s that meant to mean?”

Well, kau yang taknak bercakap dengan aku dahulu.”

Aqi mendesis. “Is that all? Kau tak reti nak pujuk aku balik ke apa?”

“Pujuk?” Terangkat tinggi keningnya, lalu bibir mengukir sengih. Siapa pulak yang tak reti nak bagi reaksi bila dipanggil? Hati membidas. Umar mendehem anak tekak. “Kau nak aku pujuk kau?”

Tubuh Aqi tegak sambil rambut hadapannya dikacau-kacau. “Well, kau yang bising-bising pasal we being husband and wife walaupun aku menolak. I thought you know la apa nak buat bila bini kau buat perangai gitu.”

“Hamboi? Kau nak aku layan kau sebagai bini bila kau taknak act like one to me?”

Terdiam. “Kau ni kan…” Aqi mencerun. Daripada pantulan imej di cermin solek, Umar sedang melangkah merapatinya. Aqi lalu berkalih, mengadap si jejaka bermata hazel itu yang sudah berdiri di sebelahnya. “Walaupun aku menolak hubungan tu, kau sebagai lelaki mestilah kena pujuk aku yang perempuan ni. Bukan ke norms lelaki pujuk perempuan bila perempuan merajuk.”

Umar menjuih bibir bawah. “Your argument tak solid langsung. Whatever happen dengan equality of gender then?”

What about it?”

Ain't it fair enough pihak lelaki pun terima treatment yang sama macam perempuan, like what you feminist selalu demand-kan? Equality.” Mata dibesarkan.

Aqi berpeluk tubuh. “I’m not a feminist.”

“Tapi aku pun nak dipujuk.”

Terdiam. Aqi mendesis. “Aku yang merajuk dulu, aku la patut kena pujuk dulu. Ni dia pulak yang nak menggedik-gedik. Mengade!” Gunting di atas meja dicapai lagi.

Umar tergelak perlahan. Cerah dan ceria kembali harinya untuk hari ini, tidak mendung seperti tadi. Ulah Aqi direnung.

“Kau gunting rambut?”

“Taklah. Gunting bulu hidung ni ha. Macam semak keluar dari hidung.”

Umar mengukir sengih geram. Sejak bila reti bagi jawapan sarkastik ni Aqi? Gadis itu menjatuhkan lagi gunting ke meja dan anak rambut di dahi yang dah pendek ke paras kening dibetul-betulkan. Bibir diukir senyum, lalu Umar di sebelahnya dipandang.

Do I look okey?”

Mereka bertentangan.

Umar merenung sesaat dua, sedikit terpegun dengan senyum nipis pada bibir merah ceri Aqi. Lipstick? Dan gaya rambut baru itu memang membuat wajah comel si isteri itu lebih berseri. Umar mendehem.

“Erm… yea… just fine.”

You paused there.” Satu suara bergema di muka pintu. Keduanya terperanjat, serentak menoleh. Batrisya tegak berdiri bersandar bahu di muka pintu sana. Tubuhnya bersarung blouse ungu gelap dengan seluar panjang putih. Rambut ikal mayangnya digayakan siput manakala bahagian bawah dilepaskan bebas. Sudah bersiap untuk ke bandar. Wanita itu merenung adik lelakinya tajam. “Just tell her that she’s beautiful, apa susah? Ego sangat kau ni. ‘Just fine’ konon… ingat rupa Aqi tu takat kelas ketiga ke?”

Storming into other’s bedroom and interrupt a couple’s chit-chat memang hobi akak sorang kan?.” Umar membalas datar, mencekak pinggangnya dengan sebelah tangan.

Batrisya tersengih. “Akak concern… tak pernah korang dua gaduh dingin. Selama ni perang berdarah lebam-lebam je.”

Right…”

Ne’way, Aqi. Kau dah siap? Jom. Mar, akak pinjam bini kau kejap.” Sengih, dan macam angin lalu dia menghilang dari muka pintu.

“Ya… ya…” Nafas dihembus perlahan, mengeluh pendek.

Aqi tersenyum nipis. “So, aku gerak dulu. Kalau ada apa-apa…” Bawah sedar, tangannya mencapai tangan kanan Umar. Lelaki itu terkedu, merenung. Aqi turut terkedu, melihat tangannya menggenggam tangan kanan si suami. Der, apa sebenarnya aku nak buat ni, der?? Lambat-lambat dilepaskan tangan kasar itu. “Err… kalau ada apa-apa… text me. Erm… okey, that’s all.” Dan terus berlalu.


STARBUCKS.

Aqi tersenyum puas, melihat beg-beg shoppingnya di kerusi sebelah. Terasa sangat puas bila boleh berbelanja begini. Baik pakaian, buku, kasut atau apa-apa yang dia dah lama ingini sejak balik ke Malaysia. Bila difikir-fikirkan balik, kenapa dia tidak pernah keluar dari vila itu untuk ambil angin? Aqi sendiri tidak pasti.

Shopaholic jugak kamu ni Aqi,” ujar Batrisya. Perhatian gadis dengan ponytail itu teralih padanya. “Akak yang nak shopping, kamu yang sakan membeli.”

“Hehe. Semua ni Aqi memang nak beli lama dah…”

And you even pierce your ear.” Telinga kanannya disentuh. Aqi tersenyum nipis. Bila Batrisya menegur, baru terasa kembali sedikit kebas pada kedua belah cuping telinga. Pertama kali cucuk, namun kedua belah telinga dipasang dua biji anting-anting. Rock slumber gitu. Batrisya tersenyum nipis. “Apa kena la ngan kau ni Aqi. Dah jadi bini orang pun buat gaya muda belia gini.”

“Umur Aqi memang masih belia lagi… dan bab jadi bini orang tu…” Terhenti seketika bila steward datang. “Coconut shake ada?” Senyum.

Berkerut dahi Batrisya. Steward itu turut keliru. “Er… takde.”

“Ler… apesal pulak takde? I thought Starbuck ni kedai kopi yang global-scale.”

Well, yea… tapi apa yang tiada dalam menu tetap takkan ada dalam menu, cik…”

Aqi mengerut dahi. “Jadi apa yang korang ada?”

“Erm, dalam pamphlet ni ada tulis cik…”

I feel kind of lazy nak baca. Tell me apa yang sedap kat sini?”

Terkelip lagi steward itu dibuatnya. Batrisya menahan rasa terperanjat melihat gaya adik ipar yang tak pernah terlihat sebelum ini. Steward muda itu dipandang. Mungkin budak yang baru lepas habis belajar dan baru nak mula bekerja.

“Cappucino dik, dua. Tu je.” Senyum.

Steward itu pergi. Aqi menipiskan bibir, menoleh pandang pada Batrisya. Kakak iparnya itu merenung dirinya tajam.

“Akak tak pernah tau kamu ni jenis yang… what we call thatDifficult customer?”

Aqi pula yang berkerut dahi. “Am not. Aqi just stand my right as pengguna je.”

“Dengan mintak coconut shake dalam kedai kopi?”

If they can make it to entertain the customer, then why not? Aqi yang bagi dorang duit untuk untung, ain’t I right.”

Facepalm.

Keluhan terhembus perlahan. Memang tak sangka gadis ini begini. “Kamu ni lain sungguh dari Aqi yang akak pernah kenal.”

Si ponytail itu mengangkat kening, lalu tersengih nipis. “I don’t know. Maybe my self-confidencedah naik beberapa level kut, tapi as the rest, I’m still the same-old.”

Senyap. Kedua-dua wanita itu bertentangan pandang.

“Umar ada cakap apa-apa pasal kamu?”

“Cakap apa?”

Anything that have changed?”

Gadis itu mendiam, berfikir. “Not really… tapi dia memang sangat suka pinpoint about me being a nasi lemak 50 sen…” Dadanya disentuh dua belah. Riak muka pula tidak pula bersedih, sebaliknya sangat selamba. Gadis itu terkelip seketika. “I mean, lebih baik ada daripada takda kan? Sihat walafiat pulak tu berbanding pesakit breast cancer. Dan tetap terbukti kewanitaan Aqi. Hehe.”

Ternganga. Batrisya mengeluh berat, menggosok belakang tengkuknya. “I’m speechless. Dengan kamu yang begini, dan dia pulak begitu… no wonder takde perkembangan antara korang dua.” Faham kusut di hati abangnya untuk pasangan muda keluarga mereka ini.

Terkedu gadis itu, menentang pandangan wanita berambut ikal mayang di hadapannya. Order mereka sampai, dan bicara itu dihentikan seketika. Aqi menghirup terus minumannya.

“Perkembangan yang macammana… maksud akak?”

Your love story with him.”

Aqi terdiam. Seteguk lagi cappuccino ditelan. “Antara kami… takda love story.”

“Kenapa cakap macam tu?”

Well, its not like kitorang boleh bersama as a lovely couple…”

Then apa pula yang jadi sekarang?”

“Takda apa-apa yang terjadi sekarang. I don’t love him and I’m sure he…” Teringat kembali bisikan Umar padanya ketika dia berpura-pura tidur dahulu. Darah terasa naik ke wajah. Aqi menggigit bibir. “He… doesn't really likememuch…”

Batrisya mengeluh perlahan. “Aqi, maksud akak is your marriage. Hubungan suami isteri antara korang berdua sekarang, bukannya isu main-main. Umar bagitau akak yang kamu masih anggap dia sebagai abang.”

“Umar bagitau?” Hatinya terdetik. Sedikit panas bila terasa lelaki itu mengadu pada orang lain tentang hal mereka.

“Dia tak bagitau terus terang, tapi akak sendiri boleh nampak dari cara kamu layan dia.” Berpandangan. “Kamu isteri dia Aqi, dan syurga kamu dibawah tapak kaki dia sekarang.”

Aqi mengerut wajah, sedikit kusut. “This marriage is a mistake la, akak. Both of us tak bersetuju pun ngan perkahwinan ni. Dulu, kitorang terang-terang menentang… yet…” Yet korang tetap paksa kami bersama… hatinya menambah. Sukar nak meluahkan kata-kata itu terang-terangan. Kerana seolah-olah menyalahkan keluarga yang baik ini. Aqi menarik nafas dalam. “I can’t do it…. Umar pulak… Umar pulak…”

“Umar pulak… apa?”

Aqi menggigit bibir. Otak terasa semakin kusut memikirkan perkara yang cuba dielakkan. Gelas tinggi itu digenggamnya kuat. Mata dipejam kuat sebelum dibuka perlahan. Aqi melepaskan nafasnya perlahan, bersama genggaman pada gelas yang melonggar. Lau kedua belah tangan dibawa ke riba.

“Takda apa-apa…” Mengalah.

Batrisya tersenyum nipis. “Sebab masa korang dinikahkan korang tak saling mencintai antara satu sama lain?”

Aqi memuncung. “That…”

And sebab kamu masih merajuk bantahan korang tak diterima tapi kami masih nak satukan korang dua?”

That too…” Mulut menangkap straw.

“Dan kamu masih taknak terima Umar sebagai suami sebab kamu anggap dia sebagai abang dunia akhirat?”

“Akak dah tau, jadi kenapa tanya lagi…”

“Korang dua tak blood-related, jangan lupa itu.” Batrisya membentang hakikat. Aqi terpempam. “Kamu cuma anak angkat, dan Umar pula cuma anak tiri. Dalam salasilah keluarga korang dua pun takda kaitan antara satu sama lain. Tapi arwah ayah akak anggap kamu berdua betul-betul macam anak kandung, mungkin sebab itu kamu berdua diwasiatkan untuk bersama, supaya tidak akan berpisah lagi selepas ini.”

Aqi menggigit bibirnya kuat. “Aqi tau…. Tapi, whatever after this marriage islike, this kind of life lain dari life hubungan kami sebelum nikah, kak…. Aqi tak biasa…. Aqi rasa… janggaaaaal sangat.” Gelas cappuccino digenggam lagi. Pandangannya jatuh pada corak kayu meja itu. Kusut. Fikirannya kusut. Akalnya kusut. Jiwanya kusut. Dia gagal untuk berfikir waras. Bisikan cinta Umar pada malam itu terdengar lagi di telinga. Aqi terasa matanya berkaca. “Aqi rasa… Aqi takleh terima…”

Batrisya merenung wajah sayu itu. Riak itu nampak menderita walau Batrisya tidak pasti Aqi menderita atas sebab apa. “Akak yakin korang dua berjodoh. Misteri jodoh antara korang dah lama terungkai, dan sekarang tanggungjawab masing-masing untuk kekalkan perkahwinan ni. Dan memang nature syaitan untuk tarik pasangan yang tak halal untuk berzina, dan sebaliknya setan hasut pulak pasangan yang halal untuk tidak berselera dengan masing-masing. Makhluk tu akan berusaha sekuat-kuatnya untuk pecah belahkan masjid pasangan muslim macam kamu berdua. Walau sekuat mana kamu berusaha nak tolak hakikat perkahwinan kamu ni, hukum Allah tak boleh nak dibuat main-main, Aqi. Bila Umar kecewa dengan kamu, maka seluruh alam akan marah dengan kamu sampailah dia senang hati dengan kamu balik. Ingat agama, sayang.”

Aqi senyap, mengangguk perlahan. Redup sekali pandangan matanya merenung pamphlet Starbuck di atas meja. Batrisya di hadapan pula kekal merenung.

“Tapi… tak kira macammana Aqi fikir, Aqi tetap bukan… jenis perempuan yang mamat tu suka…” Aqi membalas perlahan. Cecair sejuk yang evaporated pada dinding gelas diusik-usik. “Everything yang dia nak pada perempuan idamannya, ada kat luar nu… and it’s a matter of time, dia akan jumpa perempuan tu….. Dan Aqi nak bersedia bila waktu tu sampai….”

“Aqi…” Batrisya pula yang sayu. “He loves you…”

We are not compatible.” Aqi melanjut. “I know that. He will get bored with meeventually.”

Nafas terhembus, lalu bibir mengukir senyum nipis. “Jadi, tugas kamu sebagai isteri untuk pastikan benda tu tak berlaku.” Tangan Aqi di atas meja dicapainya dan digenggam. Terkedu gadis itu dibuatnya. Batrisya menguntum senyum. “Hawa dicipta sebab Adam kebosanan berseorangan di syurga, dan memang hanya Hawa yang boleh entertain Adam selamanya. Itu fitrah yang Allah bagi. Dan pada akhir zaman ni, dengan seberapa banyak kaum perempuan dengan lelaki kat dunia ni, it is your responsibility untuk entertain your only husband dan buatkan dia tak get bored dengan kamu, bukannya perempuan mana ntah kat luar nu. He is by all means, your husband. Betul tak cakap akak?”

Aqi terdiam. Kepala diangguk untuk mengisi piawai jawapan, walau persetujuan itu masih tergantung tak terjawab. Batrisya menggigit bibir, terasa apa yang dia cuba sampaikan tak masuk ke kepala keras itu.

“Aqi… kamu cintakan Umar ke tidak?”

Previous: chapter 6
Next: chapter 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.