Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 35

“MACAMMANA nak buat kau jadi ayu lembut ek?” Tiba-tiba Umar menyoal malam itu. Aqi yang lepak di tingkap merenung pemandangan malam, menoleh terperanjat. Berderau juga darahnya bila perasan lelaki itu yang duduk di meja solek, sedang merenung dirinya atas bawah. Skim and scan. Tajam! Tak selesa dibuatnya. Dan mata Umar terhenti di dada Aqi. “Adakah sebab kekurangan itu, maka hormon keperempuanan kau kurang dirembes?”

Brilliant, Einstein,” geram pula dia, lalu berkalih ke katil. Pandangan Umar mengekori langkahnya. “Takyah la timbul isu tu… as long as I’m being me, kan okey je tu.”

You being you la yang menakutkan.” Aqi berhenti melangkah ke katil. “Kena tendang masa makan. Kena pukul masa masih luka. Kena pukul lagi sebab poskad orang utan… I like your change pakai tudung and look more feminine and lady-like, but lets kurangkan sikit bahagian pukul-pukul,” ujarnya bersama sengih tak bersalah.

Aqi menoleh, menjeling tajam tahap maut. Umar lalu melarikan pandangannya ke luar tingkap, melihat langit. Bulan penuh malam ni. Aqi menghempas nafas, kembali mendekati katil di tengah bilik. “Jadi kau nak aku yang macammana? Seksi yang menyeksakan macam awek tengah hari tadi?”

Umar menoleh pada Aqi lagi. “Bukan macam dia… fashion-wise, I have no complaint pasal your style, tapi…” Kaki disila atas kerusi solek itu. “… more likelymacam perempuan melayu terakhir. A true woman. Macam Kak Maya la. All those lipstick or mascara is not really necessary kalau nak jadi macam tu.”

“Bercakap macam pengkritik miss universe,” cemik Aqi. Ketawa Umar terlepas.

Maybe because I wish you to be so.

Berkerut dahi Aqi. “Miss universe?”

“Bukan la…” Umar ketawa. “Buat sengsara je.” Dia bangun dan mendapatkan Aqi yang duduk di katil. Punggung dilabuh di birai katil, menentang isterinya itu. “Be more gentle and a lady.

Aqi terdiam, membalas renungan Umar. “Kau tak suka aku macam ni?” soalnya perlahan, membuat adam itu terkedu.

“Ah? Er…” Belakang kepala digosok. “Bukan itu maksud aku. Memang aku suka kau the way you are, tapi aku lebih suka kalau kau keperempuanan sikit lagi.” Tangan menunjukkan gaya sedikit itu di tahap mana.

“Sekarang aku tak keperempuanan?” Tajam. Mengambil serius permintaan si suami.

Umar sengih. “Kau nak aku terus terang?”

“Taknak!” Mata dijengil, lalu dia berbaring, mengiring membelakangkan Umar. Memuncung. Jauh di dasar hati, dia berkecil hati. Terasa Umar tidak menerima dia yang seadanya. Tetapi, jika difikirkan secara long-term dan logik, dia sepatutnya bingung bila Umar buat komen begitu. Kerana dia yang begini, Umar memandang perempuan di luar rumah. Memang terjawab sungguh dengan kesutunan Umar di rumah selama ini! Si seksi yang menggoda Umar di lobi hotel tadi terbayang. Tangan meraba dada. Kecil. Aqi mula risau dengan diri sendiri, tanpa sedarnya.

Umar merenung belakang tubuh itu. Sepi yang tercipta kerana masing-masing senyap tidak meracau hati untuk bertindak gatal walau berada di atas katil yang sama. Umar nyata tenang. Aqi pula yang huhahuha di hati. “Dah nak tidur dah?” soal si suara garau.

“Belum. Cuma aku taknak cakap ngan kau.”

Ketawa perlahan lelaki itu dibuatnya. Bunyi macam merajuk je? “Kau kecik ati, Aqi?” Tubuh mendekat, berbaring di sebelah Aqi. Gadis itu menjeling, kurang senang yang menggamit sanubari didiamkan saja. Membiarkan. “Alah, janganlah sensitif sangat. Kau jugak yang tanya…”

“Kau tak perlu jawab pun.”

“Kalau tak jawab, karang kau juga marah aku diam.”

Aqi diam lagi. Umar mengukir senyum. Sensitif dia ni memang boleh tahan. Senyap keduanya, tidak bergerak-gerak di atas katil itu. Aqi memintal bantal di pelukan. Umar merenung rambut hitam Aqi yang mengadap mukanya. Dengan senang hati, tangan lalu memanjang merangkul pinggang isterinya. Masing-masing dengan fikiran sendiri.

Say… Mar.” Tangan Umar di perut digenggam.

“Hm?”

Getaran suara di belakang kepala turut sama menggetarkan jiwa wanita. Meremang bulu romanya sudah. “What kind of lady do you expect me to be?” soalnya sedikit gementar. Darah terasa penuh di muka walaupun soalan itu tidak memalukan langsung.

Terdiam Umar, terkebil. “Ah?”

Hatinya terasa tertekan. Tertekan… tertekan!! Aku ni dah kenapa?!! Dia tidak selesa dengan ‘sesuatu’ yang menyelit di dasar hatinya sekarang. Dia sangat tidak selesa! Aqi memeluk erat bantalnya lalu bangun, duduk. Umar yang masih berbaring di sebelah dijeling tajam. Dia sangat tidak suka dengan getaran jiwa yang membuatnya tidak tenang, dan lelaki inilah puncanya! “Kau lelaki sangat ke?!” Tiba-tiba membentak.

“Ha?” Blur lagi dia. Aqi mencemik.

“Cakap aku tak perempuan segala bagai, kau pula macammana? Jantan sangat ke?”

Tertawa Umar mendengar soalan mencabar itu. Perlahan, namun berterusan. Lama-lama, ketawa yang berterusan semakin galak, lalu meletup kuat! Terus-menerus dia ketawa sampai bergolek-golek atas katil. Malu Aqi dibuatnya. Apa yang lawak?

“Jangan ketawa la,” ujarnya memuncung. Umar terkekeh saja, menarik nafas dalam, lalu bangun, duduk.

“Ulang balik soalan kau?”

Aqi diam, menoleh ke lain. Jangan jawab. Kalau jawab, dia ketawa.

Umar sengih saja, menarik tangan Aqi padanya. “Hey, my sweetie wifey, kamu tanya apa tadi? Abang tanya ni…” ujarnya lembut, membuat Aqi menggeliat geli.

“Jangan pakai bahasa camtu la…!” Tangan ditarik dan dia berundur sedikit. Lelaki itu senyum saja, lawak.

“Kau punya endearment allergy tu pun satu masalah jugak.” Dahi itu dijentik ringan. “Aku ni cukup pure kau nak persoalkan lagi. Tak patut betul.”

“Ya sangat la tu.” Mata dijuling ke langit.

“Ohohohoh?” Umar merapat dengan muka gatal.

Kepala terundur. “Okay! I get it! Jangan buat muka macam tu…” muncungnya. Tingkah buaya Umar terhenti, dan sengih nakalnya kembali berubah normal.

“Kalau tak pasal luka aku masih tak sembuh, kita tengah bersandiwara sekarang ni kau sedar tak?” Luahnya kembali duduk di tempat asalnya tadi. Aqi menghembus nafas lega.

“Kadang-kadang kau memang menakutkan…”

“Menakutkan? In what term?”

Something and somewhere at a certain degree.

Jawapan…. Umar sengih bersama gelengan kecil. Rasanya dia memahami. Gadis di hadapannya direnung lagi. Sangat konservatif sifatnya. Native girl. Lemah bila berurusan dengan hati dan perasaan. Tersembunyi di sebalik kegagahan dan kedegilan yang selalu ditunjukkan. Aqi…

Dia menoleh, memandang langit lagi. Langit sedang terang. Bulan penuh. “Aqi, kau nak tak?’

“Hm? Nak apa?”

Sengih saja. “Dance.

Terkebil wanita berambut panjang itu. “Kenapa tiba-tiba ni?’

“Idea tiba-tiba memang la tiba-tiba.”

Mencemik. “Menari apa? Shuffling? Break dance? Ngajat? Hula?” Anak mata hazel itu direnungnya. “Pole dance? Striptease?”

Sengih geram. “Buatlah kalau berani buat. Strip habis terus lagi baik.” Dia berkalih, mencapai iPhone di atas kabinet kecil di sebelah katil. If You’re Not The One - Daniel Beddingfield dipasang. Tangan isterinya digenggam. “Jom.” Sengih.

Aqi mencerun. “First of all,kau tak tunggu pun jawapan aku nak ke tidak. And second, gilak punya mushy lagu gini. Berbulu telinga macam ni, Mar…”

“Bising la kau Aqi. Hahaha.” Dia bangkit, beralih dari katil. Umar membuka tingkap, dan sinaran bulan masuk ke bilik. Lampu utama dipadamkan, dan lampu tidur pula dibuka. Suram romantik dibuatnya. Cantik punya seting. Hangatnya asmara terasa dalam darah muda. Aqi kembali gementar. Dia bergerak dengan niat turun dari katil apabila Umar kembali mendekat.

“Nak kemana, gorgeous. Come.” Tangan dihulur.

“Hee…”

Umar terkejut bila wanita itu meloncat turun. Berlari dia, nak keluar dari bilik, namun Umar lagi pantas, mengejar dan menarik tangannya. Aqi tersentap!

Where do you think you’re going…”

To toilet.

Toilet’s at the opposite, honey…”

Aqi membeku keras bila Umar menyentuh pinggangnya, ditarik berpusing dan berhadapan dengannya. Dia menundukkan wajah dan berdegil taknak mendongak bila Umar menarik dagunya. Segan melampau. Darahnya berderau, dan serius dia sedang seriau. Umar sekarang nampak seksi dan dia benci matanya kerana melihat lelaki itu begitu sekarang!

Lelaki itu tersenyum nipis. Masih tak mampu membaca ribut asmara di hati Aqi. “Macammana nak menari kalau kau beku macam ni…”

“Aku tak pandai menari,” balas Aqi dan menarik tangan Umar melepaskan pinggangnya, namun tangannya pula digenggam. Terbejat dia lalu, bertambah beku. Kaget.

I won’t accept excuses,” dan tangan Aqi disatukan di belakang leher. Isterinya itu tetap berdegil. Cuba mengelak dan menjauh. Pandangan Umar meredup lalu. Kecewa Aqi enggan bekerjasama.

Seriously Umar Darius, I can’t,” ujarnya masih menunduk. “This is too much la…” Tak tertahan dia dengan tekanan hati sendiri dek denyutan jantung yang kencang tak mampu dikawalnya. Ribut hatinya dan mengganas juga gelora jiwanya.

May I know why?” bisik lelaki itu, mendekatkan muka.

Makin furious!

I thought you’re a failure as a romeo,” desis Aqi perlahan dengan nada bergetar. Umar tersenyum simpul mendengarnya.

“Aku yang fail as Romeo atau kau yang fail as Juliet?” Double jerk.

Aqi mendiam. Enggan membalas dengan menggigit bibir. Umar lalu melutut dengan sebelah kaki. Tangan yang masih dalam genggaman dibawa ke mulut lalu dicium lembut. Romantis.

Cause’ I miss you…

Body and soul so strong and it takes my breath away

And I breath you…

Into my heart and I pray for the strength to stand today

Cause’ I love you…

Wether it’s wrong or right

And I know I can’t be with you tonight

And though my heart is by your side…

Shall I have this dance, my princess?” soalnya tersenyum tampan sambil wajah didongak memandang Aqi yang makin tak keruan. Terbang bersepai ketenangan yang dibuat-buat. Muka pucat ketara di wajah. Mereka terus berpandangan sehingga lagu si Daniel bertukar pula dengan The Only Exception - Paramore. Riak Umar terkaku. Aqi pula tersenyum nipis. Mood jiwang serta merta pergi.

Dancing is not my forte. My exception for everything. Sorry, gentleman,” jawabnya tenang, hampir tersengih. Umar memuncung.

The table’s turned ek?” Dia berdiri, menggosok belakang kepala, “This is what’ll happen if the occasion’s unplanned.” iPhone yang masih menyanyi di atas kabinet dipandang.

“Some other time la.” Dada Umar ditepuk. “Sampai I willing to. Heh. Bila la agaknya tu.” Dia sengih, nak berlalu. Tangan digenggaman Umar ditarik supaya lepas.

Umar mendesis, lalu melangkah laju dan mendakap tubuh Aqi dari belakang. Terkejut gadis itu!

“Mar?!” Dia cuba melepaskan diri, namun rangkulan Umar lagi erat mengekang pergerakan.

“Kau taknak menari pun takpe…” bisiknya di belakang telinga gadis itu. Kaku sebentar dia, menoleh sedikit. “Aku nak peluk kau… for the whole nightkalau boleh…” Pelukan dikemaskan. “Please…” Merayu lembut, menusuk.

Rontaan Aqi termati terus. Taat menurut. Jiwanya bergetar lagi buat kesekian kali. Debaran yang dia tidak senangi. Mereka senyap, melayan perasaan. Senyap itu indah. Kehangatan yang dikongsi menghangatkan jiwa. Menghangatkan perasaan. Masing-masing terasa ada sesuatu yang menusuk di dalam kalbu dan membalut hati yang keliru dan huru hara untuk tenang seketika. Indah rasanya.

Si ego tertunduk lagi.

“Kau macam manja la malam ni, Mar.” Aqi membuka suara, mengganggu dan cuba menghalang hati yang hampir dibalut bahagia sepenuhnya. Masih melawan rasa manis di jiwa. Degilnya si Aqi, walaupun selesa pelukan si suami yang merangkul dirinya nyata sukar dibangkang.

Umar memejamkan matanya, tersenyum nipis. “Bukan selalu…”

“Sebab dia bukan selalu la aku…” Bibir digigit. “…berdebar.”

Ketawa Umar terlepas perlahan, kedengaran tampan. Aqi menelan air liur. Terasa kesat berpasir. Tidak pernah dia rasa begini… apa aku dah makan sampai perut dah macam kena tampar sayap rama-rama ni…. Resah.

You’re the type of lady who don’t fall to compliment and indirect words,” ujar lelaki bercermin mata itu kemudian, merehatkan dagunya pada bahu si isteri. Anak matanya merenung langit di tingkap sana. Tiada bintang kerana ditelan cahaya bulan. Bila bulan terlalu terang memantulkan cahaya matahari, memang sukar nak mencari bintang. Tenggelam timbul sifatnya, macam perangai Aqi. “Dan aku nampaknya cuma boleh apply direct hit kalau nak goda kau…” dan bibir mengucup ringkas tengkuk jinjang itu. Sempat mengambil kesempatan dalam keadaan Aqi yang tidak tentu arah.

Menjeling dia, sebelum merendahkan pandangannya. “Sebab compliment ialah teknik menipu yang paling efektif…”

“Aha. Lemme guess. Bang Danny yang ajar kau sejak kecil, jadi sebab tu kau jadi sangat liat susah nak digoda sebab mindset tu.”

Bibir ditarik ke kiri, lalu wajahnya dipalingkan sedikit pada kepala lelaki itu di bahu kanannya. Wajah mereka merapat, hampir bertemu namun tidak. Aqi mengekalkan kewarasannya dan Umar juga tidak mengambil peluang. Rentak Aqi diikut.

“Kau nak aku jadi jenis yang mudah jatuh cinta atau susah jatuh cinta?” soalnya menduga.

“Aku nak kau mudah jatuh cinta… kat aku sorang. Sampai bila-bila. Orang lain tak perlu masuk dalam kisah kita pun takpe.”

“Haha. Tu tamak namanya.” Wajah kembali dipalingkan ke hadapan.

“Tamakkan kasih sayang isteri, salah ke?” Sengih.

Aqi tersenyum nipis. Makin selesa pula jadinya walaupun niat mulanya nak menolak Umar. Perasaan itu sukar nak dihalang, dan di bawah sedarnya, tubuh sasa Umar sudah pun dijadikan sandaran. Memang tiada guna untuk berdegil lebih-lebih, kerana tahap degil Umar sama tinggi dan sama tahap keras untuk memaksa dia ada untuk dia. Senyum. Your wish is my command… hati berbisik. Kepala direbahkan di bawah dagu Umar, dan mereka sama-sama menikmati bulan penuh yang tergantung terang di dada langit.

Dan mereka kekal begitu walaupun Paramore dah berganti dengan Firman – Kehilangan.

Umar mengeratkan rangkulan. “This playlist is a mess. Its not like I’m going to lose you or anything.” Pipi itu dikucup bertalu-talu.

“Haha…”

Previous: chapter 34
Next: chapter 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.