Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 25

SERIOUSLY, rumah ni la.” Batrisya mencekak pinggang. Umar sedang bermain Street Fighter, melawan Farid. Sementara Maya dan Aqi melayan Naufal dan Munirah. Daten Orched pula mengelap pokok lalangnya sementara Zaki… membaca komik. Batrisya di belakang sofa merenung setiap satu ahli keluarganya di ruang tamu utama itu dengan dada berombak panas. Geram!

“Kamu semua sedar tak…?”

“Apa dia?” soal Farid, masih serius dengan muka di skrin. Umar turut tak berkalih. Taknak kalah!

“Lagi ada seminggu lebih nak Raya… tapi kita belum prepare apa-apa pun.”

“Orang gaji kan ada. Bagi la dorang buat kerja. Kalau tak untuk apa kita upah mereka.” Daten Orched menoleh.

“Tak syok la.” Batrisya menjuih. “Lagipun Bat dah bagi pekeliling suruh dorang balik.”

“Tu dia aih. Pandai sangat buat keputusan sendiri tak consult orang lain. Kalau macam tu, kau kerja la sendiri.” Dan percuma bantal sofa menghentak belakang Farid. Terganggu fokusnya pada permainan video di hadapan dan Umar mengambil peluang! Tendangan bertalu-talu!!

“Jangan la macam ni… hari Raya sepatutnya hari keluarga berkumpul…”

“Kita dah berkumpul la kan?” soal Aqi pula, menoleh. Mencerlang mata Batrisya memandangnya, membuat Aqi senyap terus. Dia kembali bermain dengan Naufal. Zaki tiba-tiba tertawa, dengan mata masih pada komiknya. Batrisya dah keluar aura Hang JeBat. Telapak tangannya menampar kuat sofa yang dibalut bahan macam kulit. Kelepek! Semua serentak menoleh kecuali Farid dan Umar.

“Semua buat kerja sekarang!!”

Dan maka, seisi rumah menjadi cleaner vila Orked. Untuk membersihkan vila yang besar itu, Batrisya menjadi penyelia, jadi pengarah, CEO… semuanya dia yang jawat. Tak menang tangan dia mengarah itu ini.

“Maya jaga Pal ngan Mun. Jangan bagi Pal kacau langsir baru tu.”

“Zek pergi potong rumput seluruh vila.”

“Bang Farid lap furniture, buang sawang, sembur minyak wangi, lap tingkap, lap lampu… and oh, call foreman untuk betulkan lampu lip lap lip lap kat luar tu?”

“Ma tolong Maya.”

“Aqi ngan Umar sapu vila atas bawah. Dah siap tolong Shadow King tu.”

“Kalau tak siap tak dapat baju raya.”

Dasar… pemerintahan British!

Aqi di tingkat atas dah lelah. Penat! Orang gaji semuanya dah dihantar balik. Dasar belas kasihan kunun. Boleh aje kurangkan masalah kalau arahkan mereka bersihkan vila sebelum hantar mereka pulang. Cheit… saja je nak susahkan orang. Farid pula tiba-tiba mendapat panggilan dari hotel. CEO muda itu diperlukan di sana dengan segera. Tak aci! Main tipu! Maka tinggallah dia dan Umar yang menjadi buruh paksa dalam rumah sendiri di bulan Ramadhan. Anggaplah jihad… anggaplah jihad… besar pahala.

“Bilik apa ni, Mar?” soal Aqi, merenung daun pintu di hadapannya. Umar menoleh di sebalik pasu dari Vietnam. Hairan dia, lalu menarik penyapu dan penyodok. Aqi didekati.

“Ntah. Cuba buka.”

“Kau tak tau?” Muka pelik ditayang.

“Buka la dulu, baru aku boleh confirmkan aku tau ke dak.”

Gadis itu menoleh memandangnya kejap sebelum memutar tombol. Tak berkunci. Aik? Mereka berdua berpandangan sebentar sebelum menjengul kepala ke dalam. Gelap tak berlampu. Tingkap juga bertutup dengan langsir, menghalang cahaya untuk masuk. Umar memanjang tangan ke tepi dinding dalam bilik itu, mencari suis lampu. Jumpa, lalu dipetik.

Ruang bilik itu terang benderang. Sekali pandang, kedua-duanya boleh mengenal pasti – bilik stor. Tapi stor apa ni? Umar menapak masuk dengan kepala tertoleh-toleh. Cuba mengenal pasti bilik yang agak asing baginya itu. Terus terang, dia tidak ingat bila masa stor itu ada walau dah bertahun dia hidup dalam banglo ini. Mata ditala pada satu beg. Macam kenal… lalu bagpackdi lantai itu dicapai. Nike berwarna hitam. Dia ingat… tapi lupa… lalu zip dibuka. Isi beg dikeluarkan satu persatu. Ada gam, ada gunting, ada topeng hantu… ada ular plastik….

“Ni beg prank Bang Farid!” Baru teringat. Aqi yang mengelap cermin berhabuk depan almari, menoleh. “Semua tools dia ada dalam ni.” Barang-barang di dalam beg itu diselak-selak lagi. Ingat botol berisi berudu yang diawet itu. Ingat juga kumpulan minyak wangi minyak busuk dalam kotak kamera papa. Dia tersenyum nipis. Disimpan semuanya baik-baik di sini rupanya.

Aqi memandang saja, lalu menoleh pada rak di atas Umar. Dia mendekat. Kotak hitam seperti kotak kasut itu dilihat. “Tu kotak bang Farid jugak?” soalnya perlahan. Umar yang sibuk menyelongkar isi beg tidak melayan, lalu Aqi menjungkit tinggi. Hujung jari menarik-narik kotak itu. Mujur ringan. Entah macammana kotak itu terlepas dari tangan dan penutupnya terbuka, lalu isi di dalamnya menghujani Aqi. Lipas-lipas. Umar terkejut. Aqi terjerit terkejut!

“Gaaaahh!!!” Ditepis-tepis haiwan itu dari tubuh. Geli! Geli! Umar memandang Aqi yang terloncat-loncat nak membuang haiwan berwarna hitam itu dari tubuh. Tak terasa nak menolong. Bila selesai, gadis itu lekas menjauh. Lelaki itu menoleh padanya, sebelum memandang haiwan hitam yang tak bergerak-gerak di lantai berdebu. Dah mati.

Aqi turun naik nafas. “Terkejut aku.” Dadanya digosok. Umar tersengih.

“Kau takut ngan lipas?”

“Bukan takut, geli. Tengok, ampun lagi… tapi kalau sentuh memang tak boleh tahan.” Tubuh digosok-gosok, kegelian. Umar senyum saja, meletakkan Nike hitam itu ke tepi dan menunduk, mengumpul semula lipas-lipas mati itu untuk dimasukkan semula ke dalam kotak. Sekali sekala, diacukan lipas mati pada isterinya di sebelah. Bila Aqi terjerit, dia tergelak suka. Dan hasilnya, bahu menjadi sasaran buku lima isterinya.

Lampu bilik itu tiba-tiba terkelip-kelip. Keduanya serentak mendongak, memandang lampu pendaflour itu menyala malap. Umar menyelesaikan kerjanya lekas dan Aqi mendapatkan penyapu dan penyodok yang ditinggalkan tadi. Tangan terlanggar sesuatu yang keras, lalu dilihat. Hard cover book dengan gambar One Piece. Diselak pula. Album gambar.

“Eii…” Aqi tersengih. Wajah-wajah dalam album lama itu direnung. Umar mendekat.

“Kau tengok apa?”

“Gambar…” Dia menoleh. “lama…”

“Hm?”

“Tengok.” Isi album itu ditunjukkan. Gambar-gambar sepanjang proses pembesaran mereka tiga beradik. Termasuk kemasukan Zaki, Aqi dan Danny di dalam keluarga itu di belakang album. Semuanya candid. Farid punya hasil kerja lagi?

“Aku tak ingat pun ada ambil gambar ni.” Kepala ditundukkan, cuba mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Agak sukar kerana lampu yang semakin malap, lalu dia merapat lagi ke bahu Aqi. Sengih ditahan. Haha, busuk peluh bini aku. Aqi di sebelah masih tersenyum-senyum pada insan-insan kaku di dalam gambar, masih tidak perasan kedudukan lelaki itu darinya.

“Haha… you look cute la. Yang ni Kak Bat? Betul la macam pahlawan Melaka.” Selak dan selak lagi.

Umar ketawa kecil lalu kepala Aqi dilaga dengan kepalanya. Terperanjat gadis itu! Menoleh dia namun Umar dah berkalih pergi. “Jom blah.” Dia melangkah keluar. Lambat-lambat wanita itu menurut. Album pula dibawa bersama.


USAI berterawih di surau, Umar masuk ke bilik terus sementara Farid dan yang lain lepak-lepak di ruang tamu. Kalau Aqi ada sama di ruang tamu itu, mungkin Umar dengan senang hati akan layan lepak dengan ahli keluarganya. Hahha. Aspek minat tu mempengaruhi pemilihan keputusan oleh seseorang individu. Pintu bilik dibuka, dan Aqi yang terbaring meniarap di sana dengan kaki diangkat ke udara direnung dari muka pintu.

Aqi mengangkat kepala. “Oh. Mar. Hehe…” Sengih diberi.

“Hehe?”

You really really cute la time kecik kecik dulu. See…” Dia menunjukkan gambar-gambar tadi. Lelaki itu duduk di birai katil, merenung album gambar yang ditujukan kepadanya. Gambar dirinya dipukul, diberi headlock, sedang menangis, meloncat mendapatkan aiskrim di udara, ataupun sedang melakukan handstand dan jatuh ke bumi.

Cute? Gambar aku kena buli, cute?”

“Padanlah dengan muka kau. Kat sekolah, kau yang membuli. Kat rumah, kau dibuli. Allah bagi square. Ehehehe…”

Umar tersengih geram, mengacau kepala isterinya. Aqi menyelak lagi album itu, pada kumpulan gambar Umar menangis. Banyak! “Man, you’re such a crybaby.”

Shut up. Kau tak tau apa rasanya membesar dengan abang berkarier prankster dan kakak macam Godzilla. Tapi most of the time, Kak Bat yang selamatkan aku dari jadi mangsa Bang Farid…” Senyum spontan terukir, teringat kenangan lama. Aqi menoleh. Umar memandang album itu, lalu jari menunjuk pada satu gambar. “Masa ni. Masa bulan puasa jugak. Abang ajak masuk hutan nak cari buluh. Nak buat meriam buluh. Alang-alang dapat buluh, miang buluh tu dia simpan untuk agenda yang lain. Tapi last-last, aku yang jadi mangsa.”

Aqi tertawa kecil. Dah mula terasa kelakar walaupun belum diceritakan sepenuhnya. “What happen?”

Umar menoleh, lalu menjuling mata ke langit, cuba ingat.

“Nak try buat meriam buluh?” Farid menoleh pada rakan-rakannya tiga orang itu dengan sengih Joker. Umar yang berumur sebelas tahun pun ikut angkatan remaja nakal itu.

“Meriam buluh? Artificialnye la pun.” Paul membantah. Bob dan Am mengangguk. Farid mencemik, lalu tersengih.

“Bising korang. Kita dah jumpa this buluh.” Tangan menepuk buluh kuning itu. “Diameter, besar. Height, perfect. Nak merasa la mode orang kampong oi.”

“Kau nak potong macammana?”

“Soalan spesis apa la tu.” Umar yang duduk atas busut dipandang. “Mar, balik. Ambik gergaji Pak Sani kat bengkel dia,” arahnya. “Jangan sampai Bat tau.” Dan Umar yang bendul, menurut.

Mereka membahagikan tugas. Am pergi beli mingak gas dan mancis. Bob menggergaji. Paul mengagak-agak panjang yang diperlukan lalu potong lagi. Farid buat uji kaji. Umar disuruh membersihkan miang pada buluh hingga kegatalan satu badan. Menggaru tak habis-habis!

Lepas lubang untuk diletakkan sumbu tak bertali dibuat, minyak gas diisi ke dalam buluh. Laras buluh dianjak tinggi menuju langit. Am menyalakan mancis dan Farid mencucuh burning splinter di lubang tadi.

KABOOOM!!

Semua terloncat, terkejut. Terjatuh atas tanah semuanya, memandang buluh yang turut terjatuh kerana daya yang sangat kuat. Mereka berpandangan sebelum ketawa galak. Berjaya!

“Boleh buat baby tidur terbangun nangis ni.” Farid menepuk buluh itu. Minyak gas mengalir jatuh lalu buluh itu dinaikkan lagi. Tiba-tiba datang idea jahatnya, lalu dia menoleh dengan sengih menyerupai Jack The Ripper, penjenayah yang paling jahat di London kurun ke-19. Dan nyata rakan-rakannya dah kenal senyuman itu, sama tersengih.

“Plan?”

Umar masih sekadar memerhati. Sementara mereka merancang nak bangunkan semua baby dipekan atau lebih best, kacau imam yang selalu tidur kat surau nu, Umar mencuba mencucuh sendiri buluh itu. Tak berjaya. Tak meletup pun. Eh…? Hampa dia. Lalu Umar bergerak ke hadapan buluh. Mata mencari mana-mana retak kut-kut… yang menyebabkan meriam tak meletup.

Takda. OK je. Tapi kenapa gagal…? Lalu tangan memanjang, mencucuh batang lidi yang menyala dengan api itu ke lubang gas, sementara muka comelnya masih di hujung meriam, mencari kesilapan.

Kesilapan.

BOOM!!

“Bhahahaha!!” Aqi bergolek atas katil, ketawa kuat. Lawak! Lawak!! Dan galak lagi! Bhahahaha!! Umar tersengih nipis sebelum tertawa perlahan. Terjangkit dengan gelak isterinya.

“Lepas tu kena hantar klinik dan abang kena marah Kak Bat lagi,” lanjutnya bercerita. Aqi yang tak habis lagi terkekeh dipandang bersahaja.

“Hahaha…” Aqi memegang perut. Kelakar… Umar dipandang. “Yang kau letak muka depan meriam, apesal? Innocent sangat la ni.”

“Mana la aku tau masa tu.” Memuncung dia. “Tapi worth it. Boleh buat bahan cerita untuk kau gelak.”

“Hahahahhahahaha…” Terlepas lagi sisa ketawa yang tak habis. “Mujur tak rosak muka handsome. A successful puberty hit…” Tangan dibawa ke udara dan membentuk bulatan pada wajah kacak Umar.

Tersenyum lagi dia. Tangan Aqi dicapai dan digenggam. Gadis itu tersengih-sengih, masih nak menakal lalu tubuh digolek hingga rapat pada suaminya. Kepala senang lenang direbahkan pada paha Umar. Bermanja tanpa disedari. Tangan lelaki juga digenggam bersulaman.

“Ey… cemane eh kau jumpa Bang Farid?”

“Em?” Mata hitam bersinar itu dipandang. Lalu rambut Aqi yang bermain di dahi diselaknya. “Bukan ke kau dah tahu kisah aku?”

Aqi mengukir senyum meleret. “Yang aku tahu, ayah kau pembunuh bersiri dan dihukum gantung masa kau enam tahun. And then sekampung pulaukan kau sebab takut dengan your lineage. I think I can understand their insecurity… macammana bapak, macam tu lah anaknya nanti…” Bicara terhenti bila pipi dicubit. Aqi menyambung kata-kata. “Lepas tu kau jumpa Bang Farid dan pa… and mintak dorang jadikan kau anak angkat. Masa tu dorang tak tahu ke kau anak pembunuh?”

“Em… dorang tahu.” Umar tersenyum. “In fact, dorang terus bersetuju lepas dapat tahu.”

What?” Aqi buat muka tak percaya. Lelaki itu tergelak. Kepala Aqi dialih dari paha dan dia berbaring di sebelah isterinya. Penat duduk, dan lebih selesa berbual berbaring. Wajah yang masih keliru meminta jawapan itu dipandang.

“Bila kau cakap pasal family ni, kau sedang bercakap tentang the weirdest family everlive. Aku boleh cakap yang dorang tak kisah dengan isu keturunan, sebab yang penting ialah macammana seseorang tu nak jalankan hidup di masa hadapan. Iman tak diturunkan daripada parents kepada anak, bukan… dan benda yang sama juga pasal dosa. Tapi tak semestinya kena lupakan masa lalu… sekurang-kurangnya kena dijadikan peringatan dan guideline. Macam Bang Farid… masa dia dapat tahu aku jadi hoodlum masa sekolah menengah, berkali-kali dia ingatkan aku supaya jangan jadi macam ayah. Dia siap cakap darah penjenayah aku dah bangkit.”

Aqi melopong. “Suami aku ada percentage yang tinggi untuk menjadi pembunuh!”

Tergelak Umar, lalu pipi isterinya dicubit. “Dan pasal soalan kau tadi, sebenarnya masa aku jumpa dia tu, Bang Farid sendiri baru keluar dari penjara. Dia cakap dia berminat dengan fakta aku anak pembunuh. Tak pernah jumpa lagi, katanya. Haha. Dan dia berminat nak tau macammana aku akan live my life…” Bibir meleret nipis. “Dan Kak Bat pun cakap benda yang sama bila aku dibawa ke vila.”

Aqi terkebil, lalu tersenyum. Dia memang dah maklum dengan sifat keluarga yang baik ini. “Say… yang pasal Bang Farid baru keluar penjara tadi…”

“Oh. He was admitted before papa released him dengan kuasa duit. Dia ditahan atas kesalahan buat duit palsu.” Mulut Aqi terjahit, tak mampu nak membalas dek terkedu. “When I was eight, he was likeeighteen back then. Rasanya dia tertuduh atas kesalahan lain seperti hantar surat layang kat bank cakap nak merompak dan letakkan bom mainan kat bawah kereta polis…. Lepas aku diangkat dalam family masa tu, dia masih dengan perangai dia. Yang paling teruk rasanya dia pergi longgarkan skru ramp dan gergaji tiang ramp bebudak skater gara-gara bebudak tu buat Kak Bat nangis. Hampir setengah clan tu masuk hospital sebab ramp runtuh.”

“Bapak ar…”

Umar tersengih. “He was pardonedsebab kuasa papa power masa tu. Dan takda bukti kukuh nak sabitkan dia. Papa pun tak mampu nak kawal dia masa tu.”

“Takda yang bayar square kat dia ke?”

Terdiam seketika. Siling direnung, memikir. “Takde… kalau ada pun, tak tahan lama sebab jadi member dia. Sebab tu papa tinggalkan abang kat kampung tu. Berpisah dari Kak Bat yang jadi sumber kekuatan dia, berpisah dengan all his tools and gadget…. Yang jadi bahan mainan masa tu, aku je la.” Senyum di bibir meleret nipis. “Aku pun tak tau macammana boleh attach ngan dia masa tu. Maybe sebab dia treat aku macam budak nakal biasa… dan tak pulaukan aku macam orang kampung…”

“Erm… that’s a nice story.” Aqi berbaring meniarap dan dagu ditopang dengan lengan. Mudah sedikit memandang muka kacak yang hanyut dalam masa silam. “Tapi dorang kan dah berubah?” Umar menoleh, menentang pandangan mata hitam yang fokus padanya. “I mean… kalau tengok Bang Farid sekarang, he’s really dedicated with his family. Walaupun perangai nakal tu masih ada. Mungkin sebab Kak Maya?”

“Hahha!” Kuat sekali dilepaskan. Aqi terperanjat. “A woman can’t change that shadow king. Dia dibesarkan dengan fakta perempuan perosak lelaki, so dia agak pesimis dengan perempuan. Berapa kali ntah dia membebel bila aku hook up dengan Mimi dahulu.”

“Eeeh… tapi sebelum Kak Maya, dia kan pernah in love dengan sorang kakak tu jugak? Kak Diana kan…” Aqi teringat, kerana dia ada sama semasa episod hidup itu berlaku.

“Yep. Tapi kakak tu tinggalkan dia kaw-kaw bila dia dapat tahu Bang Farid yang pedajal dia masa zaman sekolah. Padan muka.” Umar memejam mata. “Satu vila gloomy sebab aura sedih dia seorang… dan dia masih memberontak masa Kak Maya dipaksa kahwin dengan dia sebab papa cuba nak sedarkan abang yang emo masa tu. Kak Maya cuma ialah mangsa keadaan. Kau takda kan, masa tu?” Isterinya dipandang.

Aqi menipiskan bibir, menentang mata hazel di sebalik cermin mata. “Aku ada hidup aku sendiri masa tu…. Jadi bila sebenarnya Bang Farid berubah?”

Senyap. Umar diam, merenung isterinya. Aqi diam, menanti jawapan. Lambat-lambat, bibir Umar dibuka.

“Bila papa meninggal,” balasnya perlahan. Kening Aqi terangkat. “Abang regret deeply… tahap sesal yang aku… susah nak cakap. Dia bukan jenis anak taat, if you know what I mean. Failure nak mintak maaf tu… maybe ubah cara dia berfikir.” Pandangan Umar meredup. Aqi ditenung, namun fokusnya ke belakang masa. “Dia mula kenal tanggungjawab, kenal makna sayang, buka hati untuk Kak Maya…” Senyum nipis. Redup. “Kak Maya pulak aku memang tak faham macammana boleh lekat ngan Bang Farid.”

At least she stays with him, kan…” Gadis itu menyambung. Umar menoleh. “Kak Maya dahlah lemah lembut gemalai ayu… kemah keming! Bang Farid tu bertuah sebenarnya. Despite the fact that dia selalu pedajal orang, Allah masih kurniakan isteri yang solehah untuk dia. Then that means Bang Farid ada kualiti baik yang kita tak nampak.” Senyum lebar.

Umar turut tersenyum lalu. “Aku pun bertuah jugak dapat kau.”

“Apa pulak. I’m your worst nightmare…” Lalu muka menyeringai seperti menahan berak.

“Hahaha. Berusahalah bersungguh-sungguh. Bagi aku, kau masih bini yang comel!” Tubuh dikalih dan ditimpa ke atas Aqi. Terjerit gadis itu dibuatnya, seraya meronta kuat bila Umar mula nak menggeletek.

Previous: chapter 24
Next: chapter 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.