Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 23

SEE? I told you you will look good in it.” Tangan disilang, berpeluk tubuh. Nafas dihembus deras tanda puas hati. Haha.

Umar di hadapan bergaya di depan cermin dengan kemeja maroon dan tali leher hitam berbelang putih. Rambut juga dah kemas berminyak, disikat cacak. Itu pun dia yang betulkan sendiri bila Aqi sesuka hati menukar gaya rambutnya kepada gaya M, gaya nerd Korea dan akhirnya gaya knotted dua seperti Miley Cyrus. Sampai ke sudah Aqi tergelak terguling macam baru menghirup gas ketawa. Tak habis-habis sampai meleleh air mata! Buat perangai macam tangisnya di ruang tamu tadi seperti tidak pernah berlaku dalam hidup. Umar membiarkan rentak Aqi memainkan cerita. Sekurang-kurangnya dia masih boleh lihat gadisnya itu ketawa ceria. Cermin mata ditolak ke pangkal hidung dengan telunjuk.

Aren’t I handsome.” Muka berlagak.

You’re telling me.” Aqi membalas, tersenyum nipis di belakang. “Kalau ada janggut sikit, lagi seksi kut.”

Umar menoleh, tergelak nipis. “Dah pandai guna ayat seksi eh.” Aqi menjungkit bahu. Lelaki itu membetulkan letak tali lehernya. “And just curious, Aqi… kau suka janggut?”

Bahu dijungkit. “No offense, tapi janggut buat lelaki look more manly. Bukan macam sutun zaman budak sekolah.”

Umar mengangguk. “I like the comparison. Sutun.” Mata dijuling ke langit. Gadis itu sudah memegang briefcase dan kot untuk dibawa bersama ke pejabat. Meleret senyum Umar ke telinga.

“Mana kau dapat baju ni?”

“Aku beli la.”

“Oh… hadiah la ni. Kenapa tiba-tiba nak bagi hadiah kat aku?”

No reason. I look at it, and I thought you might look good with it. Tafsiran aku betul. And its your favourite colour too.”

The price?”

Year end sale. Berbaloi la jugak sikit…”

Tertawa. Mereka keluar dari bilik.

“Mar, kalau aku nak keluar bila aku bosan, boleh tak?”

“Nak keluar ke mana?”

I don’t know. Window shopping maybe. Ingat nak lawat Siti jugak. She said dia ada kat Melaka sekarang.”

She does? Okay. You got my permission. Tapi untuk window shopping dengan jumpa Siti je tau.”

“Ala… kalau aku nak ayat anak teruna orang? Cuci-cuci mata ke…”

“Hamboi sayang?”

“Hahaha…”

Mereka berhenti di muka pintu. Briefcase dan kot bertukar tangan. Umar mengucup dahi isterinya, tanda sayang. “Thanks for the hadiah. Nak mintak apa sebagai balasan?”

“Aku nak… bahagia.” Sengih meleret.

“Bahagia… eh. Your birthday present dengan payback untuk set suit ni sekaligus. Susah ni.” Dagu digaru. Aqi tergelak perlahan.

Just have a nice day and have a safe trip pergi dan balik la sayang…”

Terdiam Umar. Kedua belah kening terangkat tinggi bersama sisi bibir yang spontan menaik. Melebar sungguh, menampakkan lesung pipit yang cukup halus di pipi kanan. Aqi pula masih tersenyum innocent, langsung tidak perasan bicara ‘sayang’ yang terlepas di hujung lidah. Si lelaki lalu melepaskan ketawanya. Bahagia rasanya.

“Okay… taknak cium tangan aku?”

“Eh?” Mata membesar sedikit. Anak mata hazel itu direnung. Sedikit keliru dengan sinar yang memancar di sana. Kenapa nampak gembira benar? Tetapi senyuman meleret itu tetap manis dipandang dan berjangkit pada Aqi. Perlahan tangan suaminya diraih dan dibawa ke mulut. Bertambah-tambah sejuk hati suami.

Umar berbahagia pada permulaan cerita cinta rumah tangganya. Walau perkembangan lambat, tapi tak apa. Walau Aqi menolak untuk hubungan yang lebih intim, tak apa. Dia nyata cukup bersyukur, asalkan Aqi ada untuk menemani. Dia isteri yang dikurniakan Allah untuknya, dan dia menyayanginya dengan setulus hati. Umar merapat, dan dahi Aqi dicium lagi, tumpah dengan rasa kasih yang bertakung di hati. Wanita itu tersenyum redup, merasai kasih sayang Umar.

“Mar redha dengan kamu, sayang…”

Terkedu. Kata-kata itu meresap ke dalam jiwa wanitanya, dan menjana rasa di jiwa yang dia tidak pasti apa dia. Cupid telah datang memanah cinta? Dia tidak pasti. Mekar di hati terasa merebak ke seluruh tubuh. Barakah. Selesa. Anak mata hitam Aqi beralih dari lantai ke sepasang mata hazel itu yang masih merenung wajahnya. Lantas, bibir tersenyum manis bergula. Indah sekali.

Thanks.”

Umar turut tersenyum. Kepala Aqi digosok sekali, mengacau rambut yang diikat dua itu sebelum melangkah keluar dari pintu. Aqi yang ditinggalkan, merenung pintu rumah. Entah kenapa, rindu terus datang menjenguk walau tak sampai seminit Umar menghilang dari mata. Kaki lekas menapak keluar dari pintu. Umar dihantar pergi dengan pandangan mata, hinggalah bontot Honda milik si suami itu dipandu pergi dari pagar rumah.


MELAKA Mall.

Umar menapak masuk ke dalam pusat membeli belah itu. Selesai urusannya di pejabat tadi dan selesai meminda kerja pada si setiausaha, lekas-lekas dia pulang ke rumah. Pertama kali gian nak balik hanya kerana tak sabar nak berjumpa dan bermanja dengan isteri yang menolaknya. Kisah cintanya nampaknya agak aneh sedikit, kerana pasangan perempuan yang bersifat pelik itu. Walaubagaimanapun, bila Aqi dihubungi semasa dalam perjalanan pulang, isterinya itu masih di luar rumah dan sedang membeli belah seorang diri. Lantas Aqi meminta untuk mendapatkannya supaya mereka boleh balik bersama-sama.

Ah, tiada masalah.

Dan sekarang, dia sedang berhadapan dengan sebuah kedai pakaian wanita. Terfikir hendak membelikan isterinya itu hadiah. “Tapi nak beri apa…?” Dagu yang kasar dek jambang yang tidak bercukur, digosok. Dress hari itu? Mau kena buang ke tong sampah kalau diberi sekarang. Tapi sebagai suami, sudah tentu dia kena didik isteri kesayangannya itu….

“Tudung.” Keputusan dibuat.

Pandangan lalu ditebar ke seluruh ruang kedai, cuba mencari. Aqi sukakan biru. Aqi sukakan polka dot. Aqi sukakan gaya simple. Tapi tidak pasti jika si isteri lebih sukakan bawal atau selendang, atau belikan saja bawal dan jadikan sebagai selendang?

“Ya, encik? Nak beli tudung?” Suara salesgirl mula kedengaran menyibuk. Tanpa menoleh, Umar mengangguk tanda mengiakan. Si salesgirl tersenyum. “Encik nak yang macammana?”

I suppose… biru… bulat-bulat…. Bagi perempuan yang tak bertudung, what kind of tudung awak rasa dia nak pakai for the first time?” soalnya menoleh. Salesgirl dengan tudung kuning cair itu terdiam, memikir. Wajah kacak di hadapannya dipandang sekali sekala, antara malu-malu ataupun memang sengaja nak curi tengok.

“Mungkin dia boleh bermula dengan yang ringkas? Yang main sekali sauk je tu?”

Umar menoleh, keliru. Yang ringkas sekali sauk? Oh, tudung indon tu. “Tudung tu ada plenty of styles, kan? Yang simple ada?” soalnya. Pandangan mata difokuskan pada salesgirl tersebut. Pandangan mereka bertaut. Si gadis di hadapannya tiba-tiba beriak terkejut dengan mulut terlopong.

“Mar… Umar?”

Dah sudah. Siapa pula ni? “Ya, saya…”

Jeritan salesgirl itu tersekat di kerongkong, namun reaksi tubuh lebih pantas bila dia meloncat dan merangkul leher lelaki itu. Umar terkedu.

MissmissyI’m sorry. Tolong behave… apa ni…” Tubuh itu cuba dijarakkan. Wanita itu terkedu, melepaskan. Umar serba salah pula, melihat ke sekeliling. Nyata ada antara mata awam yang melihat. Ada yang jelik, ada yang tidak kisah, namun semuanya melangkah seperti biasa seperti tiada apa-apa yang terjadi. Umar mengeluh perlahan, kembali melihat pemilik kulit bersih dengan senyuman menawan di hadapan mata.

Kejap.

Pandangan dikalihkan kembali. Perasan, Aqi ada sama di kalangan orang awam yang lalu lalang di tengah-tengah laluan di antara kedai dan kedai. Wanita itu menjungkit sebelah keningnya, tinggi sekali. Dia siap berpeluk tubuh dengan sebelah kaki dihentak-hentak pada lantai. Plastik-plastik shopping penuh di tangan. Umar jatuh rahang.

“Mar…! Its me, ingat tak?!” Gadis bertudung kuning cair itu hampir terjerit, cuba menarik perhatian lelaki kacak itu kepadanya.

“Ah? No, I don’t remember…” Kepala teralih-alih di antara Aqi yang sengaja merenung tajam di luar kedai, atau pada salesgirl yang masih cuba mendapatkan perhatiannya.

“Ni Mimi…!”

“Oh. Okey. Nice meeting youwhat?” Kali ini kepala Umar fokus pada wanita di hadapannya. Mimi menguntum senyum lebar.

“Lama tak jumpa aih. Dari kerja ke?”

“Oh.” Gadis itu dilihat atas bawah. Gadis yang pernah memenangi hatinya dan menjadikannya separuh gila dek cinta, yakni cinta pertamanya. Umar menguntum senyum akhirnya. Aqi entah sudah menghilang ke mana di ruang fikiran. “Yea… baru habis kerja. You kerja kat sini ke?”

“Taklah. Kerja kat stesen petrol kat bawah tu. Tolong member kejap. Dia pergi toilet.”

Umar menjungkit sebelah kening. Mimi tersengih.

It’s been so long since the last time I see you. Dah makin handsome seh…” Lelaki itu direnung lagi atas bawah dengan sengih yang masih tak lupus dari wajah. Masih Umar Darius yang biasa. “Except the specs. Sejak bila ni?”

Tergelak Umar mendengarnya. “Baik Siti, Amir, Zati, Aqi… semua pun tegur benda yang sama. Impossible sangat ke I pakai spek? Dari zaman sekolah I memang dah rabun, okey. I pakai lens je masa tu.”

Well, to those yang kenal you, it’s justnot you.”

Tergelak lagi. “Sarkastik sungguhlah. You tak jawab lagi soalan I tadi. Kerja sini ke?”

“Ha’ah… cari duit untuk anak, kan…”

I see.” Senyum lagi. “How’sBig D?”

Bahu dijungkit. “Big.” Sepotong ayat itu cukup untuk mengklasifikasikan anak tunggalnya itu sihat di tahap mana, dan Umar nyata memahami. Lalu tergelak dia. Mimi tersenyum sumbing, tidak terkelip melihat wajah itu. Wajah yang dirindui. Bibir tersenyum redup. “You buat apa di sini, Mar?”

“Nak isi petrol.”

Keliru seketika, sebelum terlepas gelaknya. Dada lelaki itu ditampar. “Betul-betul la…”

Senyum. “Nak beli tudung…” Shawl yang tergantung di sebelahnya disentuh sehelai. Lembut kainnya.

“Untuk Kak Bat?”

Umar tersenyum bersahaja. “Untuk isteri I.” Kepala diteleng ke luar gerai pula, dan Aqi masih di situ. Merenung tajam dengan tangan dah jatuh di sisi tubuh kerana menahan beban. Umar meleret bibir, kembali memandang gadis molek di hadapannya.

Riak Mimi berubah mendadak. “Ei… isteri? You dah kahwin? Bila?”

“Lama dah. I pun dah lupa.” Belakang kepala digosok.

“Apa ni Mar… main-main…” Dada lelaki itu pula dipukul. Sedikit kuat. “Main-main…” Dan lagi. Suara halus Mimi turut tenggelam di anak tekak kali ini. Mungkin kerana terlalu terkejut. Umar tertawa perlahan, menggosok dadanya.

I’m not suresecond year I ambik bachelor kut?”

“Awalnya? Maksudnya selama ni… you dah jadi suami orang?”

Precisely.”

Terlongo wanita cantik itu. Umar pula kekal tersenyum. Pandangan dialih lagi ke luar kedai. Aqi sudah tiada. Umar terkelip. Kiri dilihat. Kanan dilihat. Tiada bayang isterinya di mana-mana melainkan hanya orang awam yang tidak dikenali. Kaki spontan melangkah.

“Mar?” Mimi menjengul kepala. Jejaka itu menjeling.

She’s gone. I pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi.” Bahu wanita itu disentuh dan Umar bergerak keluar dari kedai pakaian itu, laju. Kepala laju menoleh kiri dan kanan. Dimana wanita itu? Di mana si pemakai kemeja jeans hitam itu? Kaki berhenti melangkah dan pinggang dicekak. Mana pulak dia pergi….

Kepala ditoleh ke belakang, pada Mimi yang merenung dirinya dari pintu kedai. Umar mengeluh perlahan. Belakang kepala digosok. Wanita bertudung itu tersenyum nipis, lalu merapat. “Kenapa?”

Certain someone… dia ada kat luar kedai tadi, and now she’s gone.”

She?”

Umar menoleh. “My wife.”

Mimi mengangguk. “Nak tunggu dia kat kedai dulu? Mana tahu dia akan datang balik?”

“Err… dia mintak I tunggu di MBO sebenarnya…”

“Eh… nak tengok wayang ke?”

Nawjust to fetch her from her shopping.”

Mimi mengangguk lagi. “Kalau you jumpa dia tadi, dia ada dekat-dekat sini la maksudnya. Tak lama lagi jumpa balik la tu. Meh la lepak kejap. I rindu giler nak berbual dengan you…” Umar ragu-ragu. Mimi tersenyum kecil, lantas meraih tangan kanan lelaki itu dan ditarik supaya melangkah. Arked makan menjadi tujuan supaya selesa berbual dan membongkar kisah lama. Umar tanpa sebab yang kukuh, cuma menurut.

Dari belakang, Umar merenung tangan kecil yang menggenggam tangannya. Halus dan lembut kulit tangan itu. Pandangan meredup. Belakang tubuh kecil itu pula dipandang. Kecil macam biasa. Masih kekal cantik macam dulu, walau sudah menjadi ibu tunggal sekarang. Cantiknya si Mimi lain dari kecantikan yang Aqi miliki, yang lebih kepada cute beauty. Mimi… seorang wanita yang jelita. Walau berpisah tempat, gadis ini masih dihubunginya sekali-sekala bagi memastikan hidupnya stabil. Setahu Umar, Mimi sudah berkahwin dan bercerai, dan memiliki seorang anak lelaki. Pencarian rezekinya sebagai pelacur sebelum ini dihentikan Umar dengan mencarikan kerja halal untuk bekas kekasihnya itu. I hope dia hidup dengan gembira selama ni. I really hope so, Mie….

Tangan membalas genggaman tangan Mimi. Gadis itu menoleh ke belakang, memandang senyum yang bergayut di bibir Umar. Untuk dia. Wajahnya memerah lalu. Malu.

“Ehem!!”

Serentak keduanya menoleh. Tidak dijumpai pemilik siapa suara yang mendehem. Mimi dan Umar berpandangan. Sama-sama mengerut dahi.

Aqi di depan pintu kedai yang menjual alat muzik di hadapan sana, merenung geram ke arah pasangan itu dengan tangan dicekak ke pinggang. Amboi, jalan pegang-pegang tangan. Tak tahu halal haram ke, inche Umar? Lalu kakinya dibawa melangkah, merapat ke arah mereka.

Umar menoleh, terlihat Aqi yang mendekat. Lekas pegangan tangan Mimi dilepaskan.

“Seronok jalan-jalan?” Sambil melangkah, Aqi bertanya.

Sinis no bunyi ayat kau, Aqi. “Kau pulak, seronok tinggalkan aku sengsorang?”

Pasangan bekas kekasih itu dihadap. “Aku tak faham maksud ayat kau. I was doing my shopping activity happily when I saw you mengayat a salesgirl and I think I should just let you go since you are that kind of a man andaku memang maklum dengan perangai kau and also woman tend to gather around you and aku pun maklum dengan fakta tu jugek but mind asking, who is this lady?” Sekali nafas. Mimi pula dipandang.

Umar menghembus nafas nipis. Kurang tangkap ayat yang ditutur tanpa koma itu namun terasa juga kepedasan yang menyengat. Sekurang-kurangnya soalan di hujung ayat difahaminya. Belakang kepala digosok. “Erm… bukan sales girl semata. Ni Mimi…”

Kening terangkat sebelah. “Mimi…? Oh, aha. Your ex.” Senada.

“Ha’ah.” Bibir tersenyum ikhlas.

Aqi menjeling tajam sebelum nafas panas dihembus. Terasa malas nak mengamuk dalam hal ini. Gadis bertudung kuning itu pula dipandang. “Aku… Aqi.”

Mimi terkedu. Rahang jatuh sedikit, melopong. Telunjuknya naik ke arah wanita dengan rambut ikat kuda itu. “Your wife??” Umar pula dipandang. Lelaki itu membalas dengan anggukan. “Aqi… wait. What? That Aqi??” Lelaki bercermin mata di sebelah dan wanita dengan pandangan sejuk berais di hadapan dipandang silih berganti. Terkejut. Dia kenal perempuan ini!

“Yeah… I’m THAT Aqi.” Aqi yang membalas dahulu sebelum sempat Umar membuka mulut. Dalam sekali nada yang melekat di rengkung seperti tenggelam di Lautan Hindi. “Nice to see you flirting with my husband, you sly woman.” Senyum.

Berkerut dahi licin itu. Terasa pedas cili yang dimakan.

Flirt apa? Bila masa aku flirting.” Umar membantah pula. Aqi menjeling, enggan membalas.

Mimi mengukir senyum manis. “Haha… Aqi. Sorry. Aku just, terlalu terkejut. Tak sangka langsung dalam ramai-ramai perempuan, kau yang terpaksa jadi bini Umar. Berita ni lebih mengejutkan dari Siti si gila tu bertukar jadi ustazah.” Dengan muka comel dan suara semanis madu, kata-kata itu dituturkan. Aqi turut tersenyum.

“Yea… aku pun terkejut jugak sebenarnya. Kau yang pernah berkepit ngan mamat ni tujuh hari seminggu dulu end up jadi salesgirl. I feel so bad sebab berjaya rampas dia dari kau. Kau masih cantik macam dulu, though.”

Bibir yang berpura-pura nak tersenyum, lalu membalas. “Thanks. I see you’ve kept your hair long.”

“Umar likes it so that’s why aku simpan.”

Panas!

Mimi menggigit bibir. Tangan juga bergetar menahan marah. Lelaki itu lekas bertindak menarik lengan isterinya dan ditarik supaya berdiri rapat padanya. Cuba nak mengelak andai dua perempuan ini hilang kesabaran dalam kepura-puraan senyuman masing-masing dan seterusnya bergaduh tarik-tarik rambut. Kalau perempuan yang biasa, Umar boleh bertindak biasa, namun tidak jika nak membayangkan Aqi bergaduh dengan Mimi. Dia tahu tahap mana kecekapan melayang penumbuk yang isterinya ini miliki. Cukuplah Lia menjadi mangsa.

Aqi yang masih dengan senyum, menoleh. “Mar…”

“Jangan sebut nama aku dengan senyum tu dan nada manis tu dan muka marah tu…” Pipi Aqi dipicit dua belah kuat. Spontan Aqi mengaduh. Umar melepas nafas perlahan manakala Aqi menggosok kedua belah pipinya.

“Apa ni…” Nadanya kembali berubah biasa. Umar merenung mulut yang memuncung itu, lalu tertawa kecil. Lega isteri yang garang dah kembali. Sungguh! “Tumbuk kang baru tau…”

“Tumbuklah sepuas hati kau. Tak terasa apa pun. Naufal tumbuk lagi kuat rasanya.”

“Ho ho ho ho hoi hoi…. Nak merasa sangat ke bang?” Aqi merapat bersama sengih dan mata terjengil. Tangan dah ditepis-tepis di udara, menjana fleksibiliti sendi di jari. Ketawa Umar terlepas lagi, lekas menggenggam tangan isterinya. Menahan.

Mimi yang memerhati, hanya mendiam. Nafas dihembus perlahan berupa keluhan. “I rasa I nak pergi la Mar… thanks sebab teman I kejap.”

“Eh? Tunggu la dulu. Kita borak-borak…”

“Aku pun nak balik.” Aqi memotong. Umar menoleh.

“Dah nak balik? Dah habis shopping?”

“Aku nak beli some vege’s seed tapi tak jumpa kat sini. Maybe at other place.”

“Oh… mesti kau penat kan? Jomlah duduk-duduk kejap…”

“Taknak.” Monotone menjawab. “Nak balik.” Dan laju kaki melangkah pergi. Taknak menunggu dan bertukar kata lagi. Nampak kurang adab di situ, tetapi untuk berada di situ lama-lama dengan pasangan bekas kekasih itu… blergh. Mimi dan Umar menghantarnya pergi dengan pandangan mata.

What’s with the attitude…” Berkerut dahi suami, tak puas hati.

Mimi tersenyum nipis. “Dia tak suka I, obviously.”

Umar meleret bibirnya, terasa sedikit bersalah. “I’m sorry…”

Don’t be. Say… Mar.” Lelaki itu dipanggil supaya memandangnya. Umar menoleh. Mimi tersenyum nipis. “You… kahwin dengan dia… sebab cinta? I tak rasa Aqi tu taste you…” Bukannya dia tak kenal Aqi, dan bukannya dia tidak tahu hubungan dua manusia tu bagaimana. Kuat bergaduh! Mereka pernah satu sekolah, dan dia sendiri pernah bergaduh dengan Aqi dan didamaikan Umar. Dan dia pasti sangat bekas teman lelakinya ini menyukai perempuan yang lemah lembut dan manja, bukannya kasar, keras dan tahu bertumbuk macam bekas pelajar samseng itu.

Umar menggosok belakang kepala. “Wellyeah… mungkin permulaan bagi kami bukan kerana cinta, tapi sekarang…” Senyum. “I don’t know.”

“Wha…?”

Tersengih dia. Mereka berpisah di situ dengan janji akan berjumpa lagi. Umar melangkah pantas, dan melaju bila perasan si isteri berambut panjang itu sedang menunggunya di depan sebuah salun rambut. Lalu mereka berjalan beriringan.

“Seronok berbual?” Aqi bertanya.

“Lama tunggu?” Umar membalas.

Aqi menjeling geram, membuat Umar tergelak perlahan. “Aku terjumpa dia la. Terjumpa. Nak belikan tudung untuk kau kat kedai tu tadi… tak sangka pula dia bekerja dekat situ…”

“Kenapa nak belikan tudung aku kat situ? Takde kedai lain?” soalnya tajam.

Umar tersengih nipis. Plastik shopping yang dipegang Aqi lalu dicapai. Gadis itu terperanjat seketika bila jemari mereka bersentuhan, lalu plastik shopping itu bertukar tangan. “Kebetulan je, sayang… janganlah skeptik sangat kut ye pun…”

Am not.” Masih monotone.

“Hahaha. Masih nak menafi.” Kepala digeleng perlahan. “Speaking of which, alang-alang dah jumpa kau, jom aku belikan tudung. Kau suka bawal ke selendang?”

Aqi menoleh. “Aku suka tudung saji.”

Umar tersenyum. “Segi empat tepat ke segi empat sama ke sekali sauk?”

Parallelogram.”

Sabar. “Warna?”

“Cermin.” Bahu dijungkit.

Umar mengerut dahi. Mata dijuling ke langit, memikir. “Warna apa tu?”

I don’t know. It’s unexplainable.” Bibir tersenyum menyindir, dan kaki kembali melangkah. Umar menggeleng kepalanya perlahan.

Why are you so difficult, Aqi…”

Previous: chapter 22
Next: chapter 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.