Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 19

DUA minggu.

Takkanlah betul-betul genap empat belas hari dia kursus di KL sana, dan tidak menghubungi aku sekalipun? Sibuk sangat ke?

Aqi menggigit bibir, membaca Cinta Sang Ratu, hasil karya Ramlee Awang Mursyid. Novel yang dibeli suaminya itu dahulu dan baru dibaca sekarang dek bosannya dia tidak tahu nak berbuat apa. Nak kerja, Umar tak benarkan. Nak sambung belajar, pun lelaki itu tak benarkan. Maka, apa yang dia boleh buat ialah membuang masa di vila dan menjaga budak-budak kecil itu. Untung sudah cuti sekolah, maka kakak iparnya Maya, yang bekerja sebagai guru tadika, ada masa untuk mengajarnya memasak di siang hari.

Seminggu hidup tanpa lelaki itu, Aqi terasa kehilangan. Antara bosan kerana duduk dalam bilik bersendirian, ataupun memang hatinya kosong tidak berisi dek rasa rindu itu yang ada nun jauh di sudut hati. Semua peralatan di bilik tidur mengingatkannya pada si suami. Baik meja kerja yang sudah dikemaskan, pakaiannya, almari Umar, sofa panjang, bantal dan selimutnya, toiletries yang ditinggalkan di bilik mandi… semuanya. Lantas, rindu itu membawa kepada rasa yang tidak selesa, maka Aqi melarikan diri dengan menghabiskan sepanjang hari di tingkat bawah dan melakukan apa-apa sahaja asalkan masanya terisi, kecuali bila nak tidur.

Bila teringat perbualan mereka malam sebelum lelaki itu bertolak, memang Aqi rasa nak hentak kepala ke dinding. Bibir digigit lebih kuat.

Why am I so stupid…?” Mengeluh. Buku ditampar ke muka. Kusut sekali riaknya, sebal dan sesal dengan diri sendiri. Terasa berdosa. Ya Allah… aku dah tau aku salah tapi masih nak buat… “Apa ke bodohnya… huhu…” Nak menangis rasanya.

Headphone yang tergantung di leher lalu dilekap ke telinga. Two Step From Hell bergema di lubang telinga. Wajah Umar yang kecewa terbayang di barisan ayat pada novel, lalu volume Samsung dipasang full blast!

“Akak!” Zaki meloncat, duduk di sebelahnya. Aqi menjatuhkan headphone dan dibiarkan tergantung di tengkuk. Budak 9 tahun itu tersengih-sengih menunjukkan Samsung Galaxy S3 di tangan. Amboi. Aku punya Samsung Pocket je. Kalau trade in boleh aje ni mengikut kesesuaian usia.

“Akak tengok… bang Umar.” Skrin S3 ditayang di depan Aqi. Wanita itu menjungkit sebelah kening.

“Apa dia? Facebook?” Gambar-gambar Umar yang di-tag dilihat. Bawah sedar, senyum terukir. Zaki yang melihat tergelak perlahan.

“Akak rindu kat abang kan?”

“Ha? Boleh pulak kamu cakap macam tu. Sapa ajar?”

“Bang Farid.”

Aqi tergelak perlahan. Meredup pandangannya bila melihat gambar si suami berdua dengan perempuan yang lain. Baik yang bertudung mahupun yang tidak. Sudah tentu ramai antara mereka yang berkaliber, bijak pandai, dan cantik belaka… tak macam aku…. Galaxy S3 diserahkan kembali pada Zaki sambil Aqi bersandar merenung skrin TV di hadapan. Mula terfikir.

Lelaki sekacak Umar… takkan tiada perempuan yang nakkannya di pejabat. Walaupun dah beristeri, tapi bini dia tak cantik, emo, kasar, tak pandai memasak… surely, he will look at other woman who seems better and important… kan? No doubt. Kalau aku lelaki pun aku buat macam tu. Aqi membenam wajah ke lutut. Bersedih bila dikutuk diri sendiri. Tertekan dek kalah dengan perang dengan diri sendiri.

“…aku sayang kau, cinta kat kau, Aqi…”

Terngiang kata-kata itu di lubang telinga.

“Tipu…” Mulutnya membalas pula. Aqi menarik nafas dalam, cuba menenangkan raga, lalu dilepaskan sekali. Terhidu bau kopi yang baru diminum tadi. Can’t Hold Us – Macklemore ft Ryan Lewis pula terdengar bergema dari corong headphone. Huh. Lalu lagu rap itu dinyanyikan sesuka hati ikut lirik yang dibuat sendiri. Aqi bangkit dan bergerak ke dapur.

“Aqi, Umar tak balik lagi?” Maya yang membakar biskut, menegur.

“Ntah… dia tak bagitau apa-apa pun…”

Dan handset berbunyi tanda mesej masuk. Sambil menuang susu HL dari kotaknya ke gelas, Aqi memeriksa Samsung Pocketnya. SMS. Dari Umar. Terangkat keningnya, meletakkan kotak susu HL ke tepi.

HEY, YOU. Yes, YOU.

You with the messy hair, the unseemingly tired eyes, the crooked smile, and the one who thinks they’re unimportant…

You’re beautiful and I love you.

Cair.

Aqi terasa wajahnya menghangat. Bibir bawah digigit, dan kotak susu yang masih tidak dilepaskan tangan lalu dibawa ke mulut, diteguk terus tanpa menggunakan cawan. Huah… segar rasanya. Aqi melepaskan pandangan dari handsetnya, pada cawan yang berisi susu sejuk. Baru perasan. Cawan masih tidak bersentuh.

Tak fokus, Aqi….

Tak fokus kat cawan bersusu tak apa, jangan tak fokus kat suami sendiri yang hatinya terisi rasa kasih yang suci macam susu ni….

Ecewah, ayat.

Tergelak sendiri. Aqi menapak ke ruang tamu sambil menggenggam cawan susu. Terasa nak melihat lagi wajah si suami dalam Samsung Galaxy S3 itu.

“Zaki… kau nak susu tak…”

“Pal nak susu…!” Tiba-tiba si budak menjerit dari tangga. Aqi menoleh, terjerit sama.

“Pal!! Jangan lari kat tangga!” Memecut dia mendapatkan budak lelaki 3 tahun itu.


“MAR. We’ve arrived.” Bahu sasa itu ditumbuk perlahan. Lelaki bercermin mata itu terbangun dari tidur yang seketika, lalu memandang ke luar tingkap. Laman rumah yang dikenali sejak zaman kecil. Betullah dah sampai…. Menggeliat. Batrisya di tempat duduk pemandu tersenyum nipis.

“Penat no kau?”

Umar tersenyum segaris. Penat. Itu satu-satunya ayat yang boleh terangkan keadaan dia sekarang. Beg pakaian di seat belakang diambil dan dijinjit, dibawa masuk ke rumah. Ternampak Aqi di ruang tamu sana, sedang membelakangkannya. Rambut panjangnya dilepas bebas. Si isteri itu tergelak-gelak suka, entah sedang buat apa.

“Munir… Munirah…”

“Uiaaaack!” Suara si kecil kedengaran.

“Hahahahahaha!!” Terlepas lagi gelaknya ke langit. Ceria sungguh memenuhi satu rumah. Bila suara si kecil kedengaran tertawa sama, ketawa Aqi menjadi berganda. Terhinjut-hinjut bahunya menahan nafsu yang menggeletek hati. Bayi setahun itu dipeluk lalu, dan dicium-cium pipi yang lembut dan bersih bertubi-tubi.

“Comelnya kau ni Mun…!” Geram!

Umar yang masih memerhati di belakang merenung dengan senyum. Terasa lesap penat yang merangkul satu tubuh melihat si isteri tergelak-gelak dengan si kecil itu.

She’s burst with love.”

Terloncat Umar ke kanan, terperanjat. Batrisya di sebelah tersenyum mengusik, mengerling pada adiknya. Lelaki itu menjungkit sebelah kening, meninggalkan beg pakaian di ruang tamu dan beralih ke dapur. Tekak haus. Nak minum.

Batrisya yang ditinggalkan tersenyum-senyum nakal. He’s weak to indirect hit. “Amusing.” Aqi dan anak Farid lalu dihampiri.


“EH, beg siapa ni?”

“Beg Umarlah. Dia kan dah balik.”

“Eh? Naper Aqi tak tau?”

Go check him in your bedroom. Dia tak keluar-keluar sejak sampai tadi.”

“Erm… taknaklah. Taulah dia nak turun ke bawah bila dia nak.” Dan beralih ke dapur. Farid dan Batrisya berpandangan.

That’s one egoist lady. Poor Umar.” Farid menopang kepala dengan lengannya di belakang sofa.

They just need help. That’s all.”

Farid mengeluh perlahan. “Kalau diorang tak berusaha sendiri nak pulihkan hubungan, then our help pun takkan membantu apa-apa. Lupa ke macammana kita dah cuba nak tolong mereka dulu?”

Batrisya terdiam, mengakui. Buat sebulan lebih Aqi dan Umar dibiarkan berdua di dalam vila, kemudian mereka diberi jawapan bahawa Aqi tidak pernah mencintai si suami manakala Umar pula hanya mengikut rentak si isteri. Pergh! Kecewa satu rumah.

“Tapi Bat rasa, Mar memang ada hati kat Aqi tu pun.”

“Abang pun nampak yang tu. Masalahnya, bini dia tu…”

“Aqi is gradually changing…. I believe in it.” Batrisya memotong yakin. Farid menjeling, mengangkat keningnya dua belah. Tak berapa lama, Aqi memuncul lagi dari dapur dengan dulang berisi air suam segelas dan sebiji botol apa entah. Mempedulikan adik beradik itu di ruang tamu sana, dia menyambung langkah ke tingkat atas.

Batrisya mengerling dengan senyum mengusik, sementara Farid menggaru belakang kepala. Tanpa dapat ditahan, tersengih jua dia.


AQI masuk ke bilik. Kepala dijengul, mencari sekujur tubuh yang dikenali itu dimana-mana. Itu, di katil. Sedang berbaring. Tidur mungkin? Aqi merapat.

“Salam… Mar…” Kepala dijengul. Betullah yang sedang meniarap itu Umar. Nampak nyenyak sekali dia tidur dengan riak yang ketara kepenatan. Air suam dan B complex diletakkan di atas kabinet kecil di sebelah katil.

Aqi mencangkung, supaya mudah nak merenung wajah lelaki itu. Sekali tengok, wajah yang tidur itu seperti bayi. Comel di mata Aqi. Tersenyum si wanita dibuatnya. Rambut Umar yang panjang sedikit diselak, dan kepalanya lalu diusap. Hatinya tumpah dengan rasa kasihan. Sibuk sangat agaknya di sana, sampai lena begini bila balik. SMS dari Umar pun ada datang, walau sangat jarang.

Senyap.

Aqi mengelus rambut lelaki itu yang dah panjang ke cuping telinga. Rasa sayang di hati dibiarkan merebak. Dia nak jadi kekuatan lelaki ini. Dia nak menyokongnya sepenuhnya. Dia nak menjaganya. Dia… sayangkannya.

Hembusan nafas lelaki itu sayup-sayup kedengaran di telinga. Aqi terasa jiwanya damai. Senang hati melihat manusia ini tidur nyenyak begini. “Sleep tight, my husband…” Aqi berbisik perlahan sambil terus membelai rambut Umar tanpa henti.


TENGAH malam.

Mata Umar mencerlang luas. Refleks, dia bangkit dari pembaringan, menyokong tubuh bertongkatkan tangan. Terasa kabur pandangannya dan perit kepalanya bila tiba-tiba bangun mendadak begini. Aaah…. Jari telunjuk dan ibu jari menekan pangkal hidung, cuba mengembalikan waras. Aku balik dari KL, sampai, dan tidur. Sekarang dah pukul berapa? Pandangan yang kabur ditala ke seluruh bilik. Gelap, melainkan lampu tidur di kabinet. Ternampak cermin matanya, lalu dicapai. Ahah, jelas sudah.

Kening Umar terangkat, ternampak gelas berisi air suam yang ditutup dengan piring, dan sebiji botol putih. Ubat? Pedulikan ubat dan air itu, handset di tepi lampu dicapai.

2.25 a.m.

Aku tertidur sampai pagi…? Dahi dipicit lagi, terasa pening.

Badan yang terasa sengal dipusing ke belakang. Terasa perit sedikit sendi tulang belakang. Perasan, ada selimut extra di belakangnya. Kening bercantum, memikir. Tubuh dipusing ke arah bertentangan dan Aqi yang sedang tidur di hujung katil ternampak di mata. Terkejut dia.

Melihat gadis itu sedang lena tidur tidak terkacau dengan selimut yang menutup hingga ke bahu, kuap datang pada Umar. Sengal di badan meminta untuk berehat lagi. Mata juga dah terasa berat, lalu tanpa berfikir, dia masuk ke dalam selimut si isteri. Mata dipejam tanpa menanggalkan cermin matanya. Tangan menjalar ke tubuh sebelah. Tersentuh tangan Aqi. Alang-alang ada peluang, lalu digenggam di bawah selimut. Bibir sempat mengukir senyum di kala lena sekali lagi menjemput hingga ke subuh.


UMAR keluar dari bilik mandi dengan tuala melilit pinggang. Rambut yang basah sekadar ditepis-tepis supaya air meninggalkan rambut pendeknya. Baru selepas membersihkan diri setelah joging keliling taman perumahan itu. Umar ke almari, perasan baju kerjanya suda tersedia tergantung di daun pintu almari. Isi almari juga kemas sekali dengan baju berlipat dan tergantung. Sebarang barang peribadi milik Umar tidak pula dikacau. Terkelip seketika. Wajah Aqi terbayang, lalu pandangan ditebar ke seluruh ruang bilik. Gadisnya itu tiada tetapi bilik tidur mereka sudah siap dikemaskan. Umar menjungkit kening.

She’s gotten better with cleaning.” Tshirt pagoda ditarik keluar.

Selesai berpakaian, blazer dan briefcase ditinggalkan di sofa ruang tamu sementara dia menapak masuk ke dapur. Maya terlebih dahulu memuncul di ruang mata sambil memberi makan pada Munirah. Batrisya tiada dan Aqi juga entah di mana. Puas mencari tetapi tidak jumpa batang tubuh kecil itu. Dia melabuh duduk. Layan diri.

“Assalamualaikum my small family.” Si abang itu masuk bersama senyum. Maya diberi cium dan Munirah diberi cium. Umar yang merenungnya dipandang kemudian. “Naper kau tengok abang camtu Mar? Nak cium, mintak la dengan Aqi.” Dia duduk.

Retard.” Perlahan ditutur sambil nasi goreng dimasukkan ke dalam mulut.

Where’s ma?” soal Farid, menoleh pada Maya di sebelahnya.

“Pening kepala katanya. Lepas ni Maya hantarkan bubur ngan ubat.”

“Ololololo. Perfectnya menantu ni.” Pipi Maya dicubit ringan. Wanita itu tersenyum simpul.

Umar mengerling kemesraan itu. Cemburu sedikit. Kopi dihirup. Zaki kemudian masuk ke dapur dengan baju sekolah yang dah siap di tubuh.

By the way, mana Bat?” soal Farid lagi. “Biasanya waktu-waktu camni la dia bebel kat Zaki tu lambat ke sekolah.”

“Bat hantar Naufal ke tadika.”

“Ohoh. Dah sampai umur ke budak tu? Tahun baru tak masuk lagi kan?”

“Kira pra-kemasukan jugak la kut.”

“Pra-kemasukan kemende…” Farid menutup mulut dengan mengunyah nasi goreng buatan si isteri.

Umar terus menerus mendiam, menoleh ke pintu dapur. Menanti. Mana pulak dia….

“Kalau kamu cari Aqi, Mar. Dia teman Bat ke tadika.” Maya menjawab soalan hati Umar. Menoleh lelaki itu, terperanjat sakan. Kakak iparnya psychic?! Wanita bertudung di hadapannya kekal dengan senyum manis. “Penjaga kena stay dengan anak mereka. Tapi sebab Bat kena kerja, Aqi yang teman Pal kat tadika tu nanti.”

“Oh… okay.”

“Mana akak tau Bang Mar carik Kak Aqi?” Zaki yang memerhati, bertanya takjub. Farid terkekeh tiba-tiba.

‘Tu la namanya naluri orang perempuan, Zaki. Nanti kau ada perempuan milik kau sendiri, kau tau la.”

“Perempuan milik Zaki? Macam Mun?”

“Amboi? Ingat abang nak ke ambik kau jadi menantu.”

Umar tersenyum nipis. “Bergaduh la dengan Pal berebutkan Mun tu…” ujarnya, akhirnya bersuara setelah mendiam dari tadi.

“Ah, Pal pun aku taknak kalau kena berbesankan Batrisya tu.” Farid berkata selamba. “Suami Mun nanti mesti la kelelakian macam bapaknya jugak…”

“Kelelakian.” Umar menjuling mata ke langit. “So much for a guy who spent all his young time with tricks and pranks.”

Dan Farid menjeling tajam. “Said penjenayah sekolah tapi kalah bertumbuk dengan perempuan.”

Mata Umar membulat besar. Si abang itu tersengih lebar, lalu menoleh pada Maya yang mendengar bicara keduanya. “Did you know, sayang? Zaman sekolah adik ipar kamu tu dulu, dia kalah bertumbuk dengan perempuan. What a shame from samseng sekolah berjaya.” Dan gelak sarkastik. Umar dah merah muka di sana, lagi-lagi bila Maya turut tergelak. Makin naik darjah bahangnya.

“Iye?”

“Kalah bertumbuk dengan perempuan! Hahahahahhaha!!” Zaki tergelak besar dengan telunjuk lurus ditala pada abang angkatnya itu. Umar menepis telunjuk anak kecil itu, sambil meraih sabar. Tak mampu nak berkata apa-apa untuk menentang kebenaran yang dibongkarkan.

“Betul-betul bertumbuk ke?” soal Maya pada suaminya kemudian. Farid sekadar menjungkit kening sebagai jawapan. “Kawan sekolah jugak eh.” Umar dipandang. Lelaki itu menghabiskan kopinya dalam sekali teguk.

Farid tersenyum, menyenduk sudu dengan nasi goreng. “Yep. Kawan sekolah alright. Kawan sekelas. Dan kawan yang dah jadi bini dia sekarang.” Sudu yang berisi dimasukkan ke dalam mulut.

Maya terkedu, menoleh pada Farid. Zaki yang masih tergelak besar tidak mendengar bicara keduanya, dan Umar mendekat untuk memberikan headlock pada budak 9 tahun itu.


UMAR memarkir keretanya, mengeluh perlahan. Malas sangat rasanya datang ke pejabat hari ini. Semalam tak jumpa Aqi, dan hari ini pula gadis itu tiada sebelum sempat dia nak menggatal. Enjin dimatikan namun tidak jua dia keluar dari keretanya. Umar menyandarkan kepala pada belakang kerusi. Fikirannya melayang pada gadis cantik yang seorang itu. Gadis yang serba sedikit mula mengusik hati lelakinya, Umar tidak menafikan.

Lia.

Dua minggu di KL bersama gadis itu menemaninya setiap hari membuat rindu Umar pada Aqi diisi oleh setiausahanya itu. Lia cukup tahu macammana nak menghiburkan hatinya. Lia tahu macammana nak berpakaian yang boleh mengusik jiwanya. Lia cukup tahu macammana nak menggoda lelaki yang sihat sepertinya. Ruang kosong di hati yang Aqi biarkan kadang kala ditambak setiausahanya itu, sekaligus mengubat bosan si gersang.

Tetapi ini semua salah.

“Aku ada Aqi!” Umar menggenggam azam. Walaupun si isteri itu sudah lama memberi hint membenarkannya untuk berpoligami, Umar walaubagaimanapun tidak menyukai kelonggaran yang si isteri itu berikan. Walaupun Aqi tidak memberitahu, tapi Umar pasti, dalam diam hati gadisnya itu sakit jua andai Umar benar-benar pasang dua. Dan dia enggan sakitkan hati perempuan yang dikasihinya.

Walaupun aku cuma abang bagi dia.

Nafas terhembus.

“Walaupun kau cuma abang, Umar…” ujarnya, mengingatkan diri sendiri.

Umar menapak keluar dari parking lot dan naik terus ke pejabat pentadbiran Hotel IsOrche. Hotel tiga bintang ini ialah hotel yang diusahakan oleh ayahnya – ayah angkatnya, ataupun ayah tirinya. Ah, mana-mana pun boleh, kerana Umar bukannya daripada darah keturunan Dato’ Ismail itu, walaupun dah dibuktikan yang dirinya ialah anak yang sah daripada Daten Orched pula. Itu episod yang lain yang enggan diceritakan buat masa ini.

Menurut Farid, hotel ini sebenarnya milik keluarga mama mereka, namun hampir bankrupt. Semasa berkahwin, perniagaan yang bankrupt inilah yang diberikan oleh mentua Dato’ Ismail kepadanya untuk dibebankan. Seterusnya, si ayahnya itu berjaya menjayakan kembali hotel ini dan dinamakan semula dengan nama gabungan dirinya dan si isteri. Tabik spring untuk si ayah.

Tetapi cara si ayah salah. Semuanya kerana Daten Orched sangat sukakan duit, maka Datuk Ismail mencari duit untuk menghiburkan isterinya. Namun, kesungguhan mencari duit itulah lalu melahirkan rasa yang kosong di hati semua ahli keluarga. Lantas si isteri mencari hiburan di luar rumah hingga lahirlah Umar Darius dalam rahsia. Farid dan Batrisya pula membesar tanpa kasih sayang ibu dan ayah, menjadikan mereka saling bergantung sesama sendiri dan seterusnya tidak terus hanyut bersama-sama rakan-rakan yang lain di dalam gejala yang tidak sihat. Hubungan itu terbukti sehingga kini, dimana si abang dan si adik perempuan itu sangat rapat macam benang kusut.

Umar tiba di pejabatnya. Tiada Lia di meja setiausaha. Abaikan setiausaha yang seksi itu, dia menapak masuk.

“Ah, assalamualaikum bos.”

Umar terbejat seketika di daun pintu. Gadis itu dengan rambut yang bersiput kemas dan gaya pakaian yang semakin ranggi menarik perhatian matanya, terutama pada senyuman manis miliknya. Umar mengangguk, menjawab salam itu perlahan sambil menapak masuk. Cawan yang terhidang di atas mejanya dipandang.

“Kopi atau teh?”

“Neslo.”

I see…” Punggung dilabuh ke kerusi. Fail-fail yang dah bersusun memerlukan tandatangan terus dicapai. Diselak sehelai dua sebelum anak mata yang cerah dijeling ke ekor mata, pada gadis bertubuh langsing itu. Umar menjungkit sebelah kening. “Ada apa-apa lagi?”

Tersenyum dia. “Bos. Tengah hari ni lunch sama-sama lagi nak?” Sengih. “Saya ada jumpa satu kedai yang jual asam pedas. Lazat mantap punya!”

“Oho…” dan perhatian si pengurus kembali pada helaian kertas di tangan. “I don’t mind.

“Em… ehe. Petang ni… bos free?”

“Kenapa?” Tanpa menoleh Umar bertanya. Lia tersenyum malu.

I thought maybe we can spend some time togetherwatching movies and all…”

Perhatiannya terhenti pada kemasukan akaun baru daripada syarikat Scissor Project. Umar menoleh pada Lia. “Saya harap awak faham yang apa yang saya rasa kat kamu tak lebih dari teman sekerja.” Terang-terang menolak perasaan yang si gadis itu cuba hulur.

Lia terdiam, mengangguk. “Saya faham… tapi kita masih boleh layan lepak sama-sama kan? Macam dulu?”

Well, I don’t mind asalkan takda apa yang ekstra.”

Lia tersenyum lebar. Tangan Umar dicapainya dan digenggam erat. Terperanjat lelaki itu. “Thanks!” Ceria. Lalu dia bergerak keluar dari pejabat bertutup itu dengan lenggokan menggoda. Umar menarik nafas dalam, meraih sabar. Gelora yang tidak stabil kerana diganggu pagi-pagi begini cuba ditenangkan kembali. Hati hendak kembali pada rentak asalnya.

Your husband digoda masa kerja dia Aqi… what are you gonna do…” Pipi digaru, bercakap pada diri sendiri. Perhatiannya kembali difokuskan pada kerja yang menanti.

Previous: chapter 18
Next: chapter 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.