Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 31

KAKI dibawa mengheret ke bilik hotelnya. Aqi berpeluk tubuh, merenung lantai hotel sambil terus melangkah ke bilik tidur. Kata-kata Maya dan Farid bermain di ruang fikiran.

Umar tak pernah pandang perempuan lain? Betul? Habis Lia dan Mimi macammana? Yang dia lunch bersama Lia… yang dia masih berhubung dengan Mimi…. Itu apa yang aku tahu, tapi apa yang dia buat kat luar rumah mungkin lebih dari itu. Well, Umar memang pernah komplen dia bosan dengan aku dalam bilik, jadi tak salah dia cari perempuan lain kat luar yang sudi layan dia… and not that I care so much about that. Umar ada hak, kan? Selagi tidak melanggar syarak. Tambah-tambah mereka pun agak sesuai untuk dijadikan isteri baru. Muslimah, cantik, bijak, menarik, menghiburkan….

Terasa sakit di ulu hati bila memikirkan lelaki itu mencari perempuan lain di luar. Aqi menepuk-nepuk dadanya.

Its not wrongits not wrong… hati cuba bertahan dari cemburu. Dan dia cukup sedar dengan semua kelemahannya sebagai seorang perempuan sejati. Dan sekarang dia milik aku, bak kata kak Maya.

He is mine to begin with. Kami pasangan halal to begin with… cuma….

“Aaaargh!” Deraman geram terlepas juga. Bayangan semalam teringat kembali di ruang fikiran. Menyedari dirinya tertidur dalam rangkulan lelaki tak berbaju itu bila bangun pagi tadi memuncul kembali dalam ingatan. Wajah Aqi memerah lagi, dan degupan deras jantungnya dah boleh terasa nak meletup dan jatuh ke perut untuk dicerna!

I told him I’m not ready yet! I told him my heart is not ready yet!! I have told him already…!! And yet….

Kunci dikeluarkan dan pintu ditolak perlahan. Aqi mengeluh perlahan. Mengaku telah tewas, dan mengaku tindakan Umar itu atas kesalahannya juga kerana menggoda si suami di bawah sedarnya. Mungkin ya… dan mungkin tidak…. Ah, dia tidak tahu apa sebenarnya yang dah terjadi hingga terjadi sesuatu yang tak dijangka seperti itu. Aaaahhh…

“Aaaahhh… madness…” Pangkal hidung ditekan sambil kaki menapak masuk. Perasan Umar ada di depan almari, baru selesai mengenakan jeans. Rambutnya masih basah dengan titis air yang jatuh di hujung rambut hitam. Dan lengan berotot itu cukup nampak di mata Aqi. Wajah yang sedia merah bertambah bahang, lekas wajah dipaling ke lain.

Lelaki berambut cacak itu merenungnya bersahaja. “Masih malu tengok aku tak pakai baju?”

Got a problem with my shyness?” Aqi bergerak ke kerusi double yang mengadap TV. Remote dicapai dan siaran TV yang boleh dilihat, dicari.

Not really. Time will heal that anyway, just untuk kes kau, mungkin progressnya lambat sedikit.”

“Haha.” Tak ikhlas.

Umar tersenyum kecil. “Kau dari mana?”

“Makan.”

“Hm? Naper tak ajak aku?” soalnya menoleh sekilas ke belakang. Short sleeve Manchester United lalu dikenakan pada tubuh.

Aqi menopang kepala pada belakang sofa. “Its my first time bangun tidur dalam pelukan lelaki. I need my space alone nak kembalikan my calm.” Selamba ditutur.

“Oho… so kau dah tenang la sekarang?”

“Em. Calm enough to kill.”

Umar tergelak. “Aku dah lapar ni, dan aku tak suka makan sengsorang. Meh teman.”

Aqi mengeling senyum ceria kelas satu itu dengan riak malas. Jiwa yang bergelora dikawal arusnya supaya masih boleh berfikir waras. Aqi bangkit dari duduk dan TV ditutup. “Okay…”

“Hehe… by the way, Aqi…”

“Apa dia?”

Where’s my morning kiss?"

Langkahnya terenjat.


UMAR berpeluk tubuh, menebar pandangan ke kiri ke kanan. Setiap insan yang melalui lobi hotel itu direnungnya, dan insan bertubuh kecil cuba dikesan. Setelah dikenal pasti gadis yang dikehendaki itu tiada di situ, Umar beralih ke restoran hotel itu pula. Ternampak Farid dan Maya yang sedang lunch. Lalu didekati.

“Bang. Ada tengok Aqi tak?” soalnya dengan pinggang dicekak sebelah.

Sudu yang baru nak masuk ke dalam mulut terhenti. Farid menjeling. “No we don’t.”

“Kenapa?” Maya pula bertanya.

“Mana ntah dia pergi….” Pandangan ditebar lagi ke ruang restoran itu.

“Tak call dia?”

“Dia tinggalkan handset dalam bilik.”

“Dia lari dari engkau, huh?” Farid tersengih sambil terus menikmati rezeki tengah harinya. Umar menoleh pada si abang. Sakit hati pula bila kata-kata itu ditutur oleh orang lain, sekaligus menambah poin apa yang difikirkan dalam hatinya.

For what reason?” ujarnya pula, cuba membantah.

How would I know. Ada la something yang kau buat yang buat dia tak selesa?.” Si adik dijeling.

Umar terdiam. Teringat cerita malam tadi. Bercantum keningnya. “Apa maksud abang tak selesa?”

“Mana la abang tau. Kisah korang dua bukannya normal.” Dan nasi dikunyah lagi. Umar mendesis. Maya pula dipandang, meminta tolong. Nak harapkan Farid, habis berbelit kata-kata tapi jawapannya tidak membantu langsung. Wanita itu tersenyum bersahaja, lalu telunjuk ditala ke luar. Pada Aqi yang sedang berjalan di tengah panas di seberang jalan sana.

Farid turut menoleh. Dari arah pandang mereka, si gadis yang bertudung itu sedang layan lepak berjalan-jalan tanpa hiraukan panas mentari di dada langit. Tali earphone kelihatan bergantung keluar dari bawah tudung dan meleret ke poket jeans. Sedang hidup dalam dunianya sendiri. Terhenti langkahnya kemudian bila terjumpa kucing yang sedang tidur di sebalik pasu bunga. Kerana panas, si kucing terlentang dengan mata setengah terbuka. Aqi lalu mencangkung dan bulu kucing itu diusapnya bersama senyum.

“Hm. Abang tak tau Aqi suka kucing.” Farid menoleh kembali pada Umar, tetapi lelaki itu sudah tiada di sebelahnya. Terperanjat. Farid menoleh kembali ke luar restoran. Adik lelakinya itu sudah menyeberangi jalan dan mendekati gadis bertudung ringkas itu di sana. Umar kelihatannya mengajak Aqi berteduh, tetapi balasan dari si gadis nampaknya tidak memberansangkan. Umar mencekak pinggang.

Maya meletakkan sudu dan garfunya atas pinggan. Pandangan masih tidak dilepaskan dari pasangan muda itu di sana. “Aqi memang degil dari dulu ke?”

Farid menjeling. Dagu yang berjanggut lalu ditopang. “Tak jugak. Dia mendengar kata orang lain selain Umar je.”

“Tapi…” Maya pula nak membangkang.

Farid menghela nafas panjang. “Abang tau apa yang kamu nak cakap. Aqi sepatutnya utamakan cakap Umar berbanding orang lain, bukan? Entah. Abang pun tak faham apa di kepala budak tu…” Umar yang menarik tangan Aqi menyeberangi jalan lalu dipandang. Kening sebelah dijungkit. “Dan abang masih tak faham macammana Umar masih boleh melekat with that rebel…” Riak adiknya yang menegur tingkah isterinya di bawah teduh ditenung. Cukup bersabar walaupun Aqi pula degil sangat nak mendengar. Gadis itu melarikan pandangan. Umar lalu mencubit kedua belah pipi si isteri. Farid tertawa perlahan. “His love for his wife knows no boundI guess…”

“Abang. Aqi… macammana dengan dia pula?” soal Maya bingung.

Farid mendiam. Tidak tahu jawapan.


UMAR mendengus, geram. Kedua belah tangan diseluk ke dalam poket jeans dan checkered jacket-nya melayang ditiup angin dari laut bila tidak dibutangkan. Tidak puas mendengus, dia mendesis pula. Geram dengan si isteri belum habis dikosongkan.

I know she doesn’t love me, tapi perlu ke mendiam? Kalau tak suka tidur bersama, can’t she just said it out loud? Don’t she know that I hate it so much when she keep her silent all the time?! Its not like I can undersand herkalau dia tak bercakap! Well, walaupun jarang juga aku boleh faham bila dia bercakap… tapi…!! I don’t care dia nak membangkang aku sampai kiamat sekalipun, tapi jangan la senyaaapp!!” Menggerutu sepuas hati. Nafas panas dihembus kuat. Tubuh dihadapkan ke laut kemudian, dan kaki kanan dihentak di atas batu besar di tepi jalan menghadap laut itu. Angin kuat sekali bertiup dan menolak rambut yang dah panjang ke belakang. Jaket yang tidak dibutangkan turut tertolak ke belakang, meninggalkan tubuh kekar yang terpamer dengan round neck hitam kecil. Umar merenung wajah Aqi di horizon sana.

Kenapa tak lepaskan saja dia kalau dia tak cintakan kau?

Aku tak tau. I like her so much. I can’t help it. Aku nak dia je kat sebelah aku. Nanti-nanti dia balas la balik cinta aku.

Macammana kalau sebenarnya dia menderita dalam hati? Dan dia tak boleh nak bagitau sebab haram bagi perempuan menuntut cerai tanpa alasan kukuh? Dan dia tak sanggup nak meminta atas dasar hubungan kekeluargaan dengan yang lain…?

Umar terdiam dibidas hati sendiri. Pandangan di sebalik cermin mata berbingkai hitam itu meredup. Nafas dihela panjang. Tindakan Aqi untuk tidak bercakap dengannya sejak makan tengah hari tadi membuat hati terasa nak merajuk. Lantas selepas asar, dia keluar dari bilik untuk mengambil angin bagi menyejukkan hati dan otak.

I wonder if I should just let her go…” Perlahan. Hampir menggumam.

Umar tiada jawapan. Kaki kembali melangkah dan terus melangkah, membiarkan nalurinya membawanya ke mana saja di tanah yang tidak dikenali ini. Semakin lama, dia semakin jauh dari hotel kediaman. Laut semakin tidak kenampakan dan hutan semakin menutup pandangan dari air biru di sana. Umar melihat keliling. Baru tersedar dia terlajak jauh dek mengelamun. Jam dilihat, dan hati memutuskan untuk pulang.

Tubuh dikalihkan, dan dia terdengar jeritan kecil. Jeritan yang tersekat di kerongkong. Dia menoleh ke arah hutan, arah di mana bunyi itu kuat kedengaran. Dedaunan semak ditolak sekali dua kali, dan dia terlihat sekumpulan lelaki sedang menyerang seorang perempuan.

“Hoi!!” Umar terus menjerit, menerjah ke dalam.

Kelima-lima lelaki itu terperanjat. Umar tidak menunggu, terus melayang penumbuk beratnya, tepat ke hidung kepada lelaki yang paling dekat. Tendangan turut melayang ke dada, membuat mangsanya sesak nafas dan jatuh. Sebiji penumbuk cuba menghentak diri dan Umar mengelak seraya berpusing, menghentak belakang siku pada rahang si mangsa. Terjatuh lagi. Pantas dan tangkas! Tinggal lagi dua.

“Celaka!” Mereka menyumpah. Melihat mudahnya lelaki asing itu menumbangkan tiga rakan mereka, terus dua lelaki itu melarikan diri dari situ. Umar nak mengejar, namun keutamaan lebih diberikan pada si gadis yang masih menangis. Umar menoleh padanya.

Mangai. Patutlah jadi mangsa rogol. Putih mata sekejap bila diberi rezeki melihat paha putih bergetah yang cuma ditutup mini skirt yang cukup mini, manakala pakaian separuh atasnya hampir saja tiada dan cuma ditutup dengan tangan. Rambut pula ikal mayang dan diwarnakan dark peach blonde, sementara riasnya memang nyata cukup jelita sekali. Umar menanggalkan jaket luar yang dipakai dan disarung pada tubuh si gadis. Gadis itu melihat dirinya bersama senyum berterima kasih.

Tiba-tiba mata bermaskara tebal itu memandang ke belakang Umar, dan membulat besar. “Aaaahhh!!” Nyaring terjerit.

Umar menoleh deras, dan refleks mengelak bila perasan objek berkilat disasarkan ke belakangnya. Objek tajam itu nyaris mencucuk pinggang namun sempat melukakan daging belakang pinggangnya. Cukup laju darah mengalir keluar dari daging yang terkoyak. Umar menahan luka, cuba menahan darah dari terus mengalir. Tersengih seketika. Pada masa yang sama, seorang lagi bangun dengan hidung yang berdarah. Riak mukanya membengis dalam menahan sakit.

“Mana aci main pisau…” desisnya seketika. Lelaki yang ditendangnya itu tadi kembali menerpa dengan pisau yang terhunus. Umar meloncat mengundur, namun si pemangsa juga ganas untuk menyerang bertalu-talu. Pisau mengoyakkan kulit dada Umar menghasilkan garisan berdarah di situ dengan baju yang turut koyak. Peluang lekas diambil bila pergerakan si penyerang terhenti seketika untuk mengubah arah serangan. Tangan yang memegang pisau itu ditangkap dan pelipat siku si penyerang diberikan impak dari belakang siku. Lelaki itu mengaduh sakit sehingga terlepas pisau dari tangan. Umar menyerang tengkuk lelaki itu, ditetak kuat dengan tangan. Sekali lagi dia sesak nafas, dan terjatuh kesakitan sama dengan yang lain. Yang lagi seorang lekas menerpa namun tewas terus bila tendangan dilayang kuat ke kangkangnya.

Perkelahian itu reda. Umar terduduk melutut. Pandangannya mula terasa kabur dek darah yang berbuih mengalir keluar dari tubuh. Peluh yang keluar di seluruh tubuh terasa dingin bila bertemu udara. Umar hampir rebah, namun dia bertahan. Tubuhnya terasa disentuh sesuatu yang lembut, dan matanya sempat menjeling sesuatu yang indah bagi lelaki. Aqi…?

Pandangan gelap.


MALAM. Aqi selesai solat Isyak. Jam di pergelangan tangan menunjukkan jam 9, tetapi Umar masih tidak balik. Kebingungan dia, melihat langit malam. Kemana perginya suami itu.

Menjelang pukul 10, Aqi mula menghubungi telefon bimbit Umar. Tiada balasan. Dia tidak berputus asa, cuba dihubungi lagi berkali-kali sehingga penat. Masih tidak diangkat. Bingungnya semakin menyengat. Hendak ditanyakan pada Farid? Ah, tunggu dulu. Mungkin dia… er… mungkin dia…

Aqi tiada idea apa yang mungkin terjadi. Umar keluar dari bilik tanpa disedarinya petang tadi, tetapi bila si lelaki itu masih tidak pulang-pulang…. Dia bimbang!! Kaki dibawa ke tingkap bilik, melihat jalan raya yang berlampu cantik.

“Mana kamu Mar…”

Jam menunjukkan 10.30 malam. Aqi turun ke lobi untuk mencari si suami. Telefon bimbit cuba dihubungi lagi namun kali ini masuk ke dalam voicemail. Ditanyakan pada front desk andai ternampak lelaki dengan kemeja berpetak biru itu. Aqi gagal mendapat jawapan yang meyakinkan. Kaki dibawa ke luar hotel. Pandangan ditala ke kiri ke kanan. Tiada sebarang bentuk tubuh yang dia kenal. Pantai pula dilihat. Bila cuma wajah lelaki itu di ruang fikiran, Aqi tidak mampu berfikir waras. Kaki bergerak mengikut hati, cuba mencari si suami di tengah gelap malam dan cerah lampu kota.

12 tengah malam.

Farid terdengar ketukan di pintu bilik. T-shirt dipakaikan dan daun pintu ditarik. Terperanjat sedikit melihat Aqi dengan riak kebingungan di koridor biliknya.

“Ya Aqi, kau nak apa? Maya tengah mandi tu kalau kau nak pinjam minyak wangi nak goda Umar…”

“Mar ada contact Bang Farid tak?” terus bertanya tanpa menghiraukan ayat mengarut Farid. Lelaki itu terkedu seketika.

Contact? Untuk apa?”

“Dia masih tak balik bilik…” Aqi menundukkan wajah. Bibir digigit.

“Aha?” Farid bersandar bahu. “Umar dah bosan dengan kau le tu. Dia cari perempuan lain kat luar.”

Aqi terkelip, lalu mengangguk. Nafas ditarik dalam. “I hope that’s true.” Kata-kata tulusnya membuat Farid ternganga terperanjat. “Aqi harap dia tak apa-apa kat luar tu. Just simply having fun kat mana-mana,” tambahnya lagi.

“Kau… betul-betul tak kisah Umar carik perempuan lain?”

Aqi mendongak supaya matanya tepat menentang kepala Farid yang nyata lebih tinggi. Mereka bertentangan pandang sejenak, dan Aqi menunduk lagi. Jemarinya memicit sesama sendiri. “Aqi cuma nak Mar selamat…” tuturnya, masih kebingungan. “I have a really bad feeling, and I don’t like it. If he’s having fun now, then let him be…” Tubuh dikalihkan, dan kaki dibawa mengheret ke biliknya sendiri.

Farid memanjangkan leher, melihat adik iparnya itu menghilang dari pintu biliknya. Dan daun pintu itu bertutup semula. Lelaki itu menarik kembali kepalanya, dan tangan dilipat berpeluk tubuh. Memikir.

Maya keluar dari bilik mandi, berkemban. Perasan si suami di muka pintu. “Kenapa bang? Besar no bukak pintu tu?”

Farid menoleh, lalu pintu ditutup. “Aqi datang…”

“Aha? Dia nak apa?” Tuala dibelit membungkus rambut yang basah.

Farid menjuling ke langit. “Umar tak balik bilik lagi katanya…” Maya menoleh terperanjat. Farid menganggukkan kepala, mengiyakan kata-kata sendiri. “Mana la budak tu pergi biarkan bini dia kebingungan begitu…”

Previous: chapter 30
Next: chapter 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.