Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 33

HOW’S your wound?”

“Okay.”

“Boleh berdiri tak?”

“Ingat aku budak baru belajar berjalan?”

“Erm… boleh berjalan tak?”

“Aqi…”

“Meh meh. Cuba berjalan ke sini.” Umar dilayan macam budak setahun baru belajar berjalan. Lelaki itu yang baru bangkit dari katil, merenungnya koya. Dia dah dibenarkan balik ke hotelnya sendiri, dan sejak itu Aqi yang menjaga lukanya. Sejak luahan perasaan pada malam itu, Aqi dah jadi lain dari biasa. Dan sekarang, dia pula yang geram kerana aktifnya si Aqi.

Umar melangkah ke arah gadis itu selamba. Aqi menepuk tangan dengan senyum ceria. “Bagusnya Riri…”

“Riri?”

“Yep. Aku dok fikir what should I call you. Dan aku rasa, Riri is a very cute name.” Aqi tersenyum lebar.

“Riri? Dari mana dalam suku kata nama aku kau boleh keluar dengan nama Riri?” soalnya geram.

“Darius. Riri.”

Umar mendesis. “Buruk la… and cute is an offense to me.”

Dan senyuman gadis itu melebar hingga nampak sebaris gigi yang putih. “I know.” Umar di tengah bilik merenung riak ceria itu tajam. Aqi di meja solek mencapai makanan ringan. Keropok itu digoncang-goncang sementara sebelah lagi tangan memanggil-manggil Umar.

What am I? A dog?” Mata terpejam dek terlalu geram dan gigi tak berpisah bila bercakap. Aqi yang nakal… sifat yang baru keluar selepas bertahun-tahun perkenalan!

Gadis itu tergelak suka. Kelakar rasanya melihat reaksi Umar.

Umar mengerling. Gelak ketawa yang bersifat ceria itu mengisi seluruh ruang bilik tidur mereka. Halwa telinga yang memanjangkan umur. Lantas, bibir turut tersenyum. Maybe its not half-bad afterall… Umar beralih ke katil. Duduk. Aqi membuka plastik makanan itu kemudian dan dimakan isinya. Lelaki itu didekati.

Want some?” Dihulur sambil punggung dilabuh di sebelah. Umar menyambut. “Kau tak bosan ke Riri?”

Pipi Aqi dicubit. Terjerit gadis itu.

“Panggil lagi aku Riri…”

“Iye… iye… ampun…” Muka berperi sakit. Umar melepaskan cubitannya dan Aqi menjuih, menggosok pipi kiri. Umar menghela nafas pendek.

“Kau nak ajak aku keluar ke?” Lelaki itu menyambung perbualan. Aqi menjeling, lalu mengangguk.

“Tapi kadang kadang aku tengok kau macam orang tua bongkok yang kena tinggal bini sebab dah tak dapat nak beri kepuasan batin gara-gara luka kau tu so aku rasa… adeh deh deh….” Mengaduh lagi bila kedua belah pipi dipicit si suami itu.

“Nakal sangat kat mulut awak sekarang ni. Main suka hati cakap je apa dia nak cakap.”

“Iye… iye…” Dilepaskan lagi pipinya. Aqi memuncung, menggosok pipinya dua belah. Umar menghembus nafas. “Awak pun dah ganas ngan saya sekarang ni. Luka tak habis baik tapi nak buat keganasan rumah tangga pulak…” Aqi memuncung. Perit sungguh rasa pipinya. Berdenyut. Umar tersenyum sumbing dan Aqi menjeling. “Tapi seriously, is it wise untuk tinggalkan rawatan kat klinik dan sambung honeymoon macam biasa?” tegurnya lagi buat kesekian kali. Dah berapa kali dia meluahkan rasa tak puas hati sejak Umar meminta keluar dari wad daripada doktor.

Umar tersengih. “You said it. Honeymoon. Kita ada lagi dalam… 2-3 hari nak dihabiskan. Aku taknak bazirkan my precious time dengan kau dalam wad je. Wad bosan pulak tu.”

Aqi terdiam. “Tapi…”

Its really okay. Luka dah kena jahit. Sekarang cuma perlu berhati-hati supaya dia tak terbuka balik, and that takes time. Aku masih boleh layan lepak dengan kau tepi pantai kan…” Bahu Aqi dirangkulnya. “Tengok wayang ke, shopping ke, pergi akuarium ke…”

“Mandi laut?” Aqi tersengih. Umar turut tersengih.

You’re dead lovely.”

Tergelak.

Speaking of mandi, kalau aku duduk bilik, kau yang kena mandikan aku. Hahahaha.” Umar pula yang tergelak suka. Aqi terkelip, tersedar. Lelaki ini tak boleh mandi dengan cara yang normal buat masa ini. Dada luka Umar yang bertutup bandage dan round neck UTM dirabanya. Pandangan meredup.

“Yea… I’ll just do that.”

Lelaki itu tersenyum. Terasa sejuk hati. “Mandikan seluruh badan tau.”

“Em…”

I mean, seluruh badan.”

“Ya… eh?” Kepala didongakkan, memandang riak nakal Umar dengan bibir yang dimuncungkan. Baru faham apa maksud sebenar lelaki itu, spontan tangan menampar dadanya. Reaksi Aqi yang biasa. Umar mengaduh sakit! Aqi pula terperanjat. Tangan dipandang dengan mata membulat.

What are you doing, hand?!” Memarahi tangan sendiri. Lalu dada Umar diusap-usap lembut dari luar baju. Meminta maaf sepenuh hati.

Urat tegang menimbul di leher dan sisi kepala. Menahan sakit!! Nafas ditarik dalam dan dalam lagi. Cukup deras desisannya di antara gigi. Denyut pada luka cukup terasa di kulit. Kepala yang tertolak ke belakang kembali ditundukkan, memandang rambut hitam di paras bahunya itu. “Thanks for being so considerate, sayang…!” Namun marah yang baru memarak itu meredup terus bila Aqi mengucup dadanya. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Di tempat yang berbeza. Terasa kasih sayang si isteri di situ. Terpadam terus marahnya.

“Untuk apa tu?” Umar berlagak tidak kisah.

Aqi tersengih nipis. “I thought kalau bagi kasih sayang kat tempat yang sakit, dia akan reda sikit.”

What kind of medicine is that?”

Bahu dijungkit. Tiada jawapan. Sukar nak menjawab bila nalurinya menggerakkan tubuh terlebih dahulu daripada otak. “So, dah okey sikit?” soalnya menyentuh bahagian luka itu. Umar senyap.

“Hmm… rasanya efek dia lebih okey kalau kau cium kat sini.” Bibir ditunjuk.


“MAR, bangunlah. Subuh.”

“Emm…”

“Jangan em em… bangun…” Lengan itu ditariknya sekuat hati, seperti menarik beban seberat 10 tan. Tiada pergerakan dari Umar. Tenang melayan kantuk dengan kepala yang tidak meninggalkan bantal seperti sudah digam. Aqi yang terduduk di katil itu mencekak pinggang. Lalu dia ke tandas. Air ditadah dalam satu bekas dan dibawa kembali pada si suami di katil. Tangan dibasahkan lalu diraup pada seluruh muka kacak itu, terutama pada matanya. Kening Umar mula bertindak balas, berkerut. Aqi tersenyum. Kedua belah kelopak mata itu dipaksa buka.

Wake up baby boo…”

Anak mata hazel Umar menjeling ke kiri, pada si isteri. “Aqi… kenapa kacau pagi-pagi ni?”

“Subuh la Mar…”

Unlike you nak bangun Subuh di awal waktu gini.” Nampak keadaan di luar tingkap masih gelap dan berlampu neon. Muka yang basah diraup sendiri. Aqi menjuih.

“Biarlah jarang, asalkan bangun jugak. Nak ajak kau pergi pantai lepas solat.”

“Buat apa pergi pantai pagi-pagi gini dengan matahari tak naik lagi…”

Aqi tersengih, dan ciuman dilayang ke sisi kepala si suami. Lelaki itu menoleh, melihat sinar wajah ceria isterinya. “Nak tengok sunrise sama-sama dengan awak kat pantai nu…”

Terangkat kening tebalnya, lalu tersenyum jua. “Awak ni kan…” Pipi Aqi diusap. Tubuh cuba ditarik bangkit dan Aqi membantu.

“Cepat sikit.”

“Iye… iye…”

Usai solat, mereka turun ke pantai. Umar menggenggam tangan Aqi, tak bagi lepas. Keadaan di tepi pantai cukup gelap dan sejuk. Umar lalu merangkul Aqi ke rangkulan, duduk rapat dengannya.

“Kalau tau sejuk begini, bawak selimut tadi…” Aqi mendesis, menggosok tangannya untuk memberi kehangatan pada diri sendiri. Umar tersenyum nipis.

“Pakai baju sejuk dengan hood pun masih sejuk.”

“Kita kulit nipis, bukannya kulit tebal macam awak.” Aqi menyiku lengan Umar.

“Iye la tu.” Langit yang dah mula cerah sedikit berbanding air laut direnungnya. Tersenyum nipis. “Romantik jugak bini aku ni, boleh terfikir dating pagi-pagi tengok sunrise.”

Aqi tersenyum kecil. “I read it dalam novel.”

“Ceh… idea tak original. Give me back my compliment.”

Aqi tergelak. “And that’s the first thing aku terfikir nak buat dengan kau bila sampai ke sini. Bersyukur la sikit.” Lengan Umar ditunjalnya.

“Em…” Umar mencapai tangan Aqi. Jemari halus itu dah pun kesejukan. Cepat benar. Lalu diramasnya untuk berkongsi kehangatan dengannya. “I like the idea of us dating without disturbance.”

Aqi mengangguk. Nikmat yang cuba boleh didapati dengan bercinta selepas nikah. Dia mengaku dia sedang berbahagia, dan Aqi akhirnya boleh bersyukur dan mengerti hikmah yang terbentang di depan mata bila dipaksa berkahwin di usia muda begini.

“Mar…” Aqi merenung horizon yang semakin jelas. Lelaki itu menoleh. “I’m just curious,tapi why do you love me so much?”

Terkedu lelaki itu. Aqi yang masih membuang pandang ke laut dipandangnya. “Kenapa tanya?”

Gadis itu menjungkit bahu. “Knowing meI’m so against this marriage to the point of tak berapa nak kisah jadi bini… well, you knowthat. Kadang-kadang aku terfikir, bila kau nak ceraikan aku? Aku even sangat pasti yang kau akan jumpa perempuan lain di luar yang boleh layan kau dengan sangat baik. Aku sangat bersedia untuk dilepaskan.”

Umar mengangkat kening. “Oh… so that’s why kau sangat selamba bila cakap pasal poligami. Even gandingkan aku dengan Lia atau sesiapa…”

Tersenyum nipis. “Tapi kau masih tak lepaskan aku though. Walaupun aku derhaka.” Aqi menoleh, menentang anak mata hazel itu tepat. “Walaupun aku tak pandai memasak. Walaupun aku kasar dan tak lembut. Walaupun aku sangat susah nak dikawal. Walaupun aku selalu sakitkan hati kau…” Tangan Umar yang menggenggam tangannya dibalas. “There’s only one concrete answer. Because you love me. Tapi Mar, why?”

Tersenyum lelaki itu, lalu tergelak perlahan. Laut dipandang lagi, dan matahari perlahan-lahan keluar. Kepala Aqi lalu ditolak ke laut. “Tengok, your objective pagi ni dah tercapai. Cantiknya, masya-Allah…”

Aqi terkelip-kelip. Tak puas hati kerana tidak dapat jawapan, tetapi betapa cantiknya kejadian alam yang sedang berlaku di depan mata tetap berjaya memujuk hati. Sinar mentari yang menerangi langit mula membentuk bayang pada pasangan bercinta di pantai berpasir putih itu. Erangan burung-burung di langit turut kedengaran, bersama pukulan ombak di tengah laut. Buih putih semakin lama semakin tinggi naik ke darat. Aqi melilit tangannya di lengan sasa suami, lalu dipeluk. Kepala direbahkan ke bahu itu. Umar menjeling.

“Aku takda jawapan untuk soalan ‘kenapa’ kau, Aqi…”

“Em?”

“Aku takda penjelasan kenapa aku cintakan kau… sanggup bertahan dengan kau… nak hidup selama-lamanya dengan kau selagi Allah izinkan… well,I don’t know. Aku betul-betul tak tahu sebabnya. Plus, you’re not the kind of a woman yang aku normally suka, though.” Mengaku.

Aqi tersenyum. “I know…”

I guess that’s what love mean. I love you unconditionally…” Umar menoleh, dan mengucup kepala bertudung itu. Aqi terkedu, turut menoleh. Kali ini ciuman suaminya menyapa dahi. “And I like the way kau bermanja dengan aku. Kau tau tak kau sangat manja?”

Hello, excuse me? I’m not manja.” Aqi mengerut dahi. “Manja is an offense to me…” muncungnya, kembali memandang siang yang menghilangkan malam di tanah Timur dunia. Umar menarik dagunya, membuat Aqi kembali menentang pandangan redup itu.

“Kau pula macammana?”

“Em?”

Umar diam. Kening diangkat, meminta jawapan. Kepala Aqi terundur dengan mata yang membesar sedikit. “Maksud kau, apa yang aku rasa pasal kau?” Lelaki itu mengangguk. Aqi tersenyum nipis. “Er…” Mata memandang daun pokok kelapa yang melambai-lambai ditiup angin. “Aku… tak pernah terfikir pasal tu.”

“Jadi kenapa kau cakap kau nak hidup bersama dengan aku then? I hope bukan sebab kau tengok aku sebagai abang. Atau nak melakonkan watak isteri dengan lebih baik.”

“Kau masih my abang, tapi dah upgrade sikit.” Sengihnya nipis. Umar terkedu. “At least that’s what I think. You’re no longer my abang atau kawan. My precious personyou’re already my world…” Macam apa yang dirasainya terhadap Danny, cuma, Danny cuma seorang abang. Manakala kata dan makna cinta… mungkin boleh diaplikasi pada lelaki di sebelahnya ini. Aqi tersenyum nipis, menggaru pipi. I wonder if I love him, afterall….

Terangkat tinggi kening Umar dengan mata yang serentak membesar. Aqi tersipu-sipu di hadapan matanya dengan pipi yang dah sedia kemerahan itu. Terasa hati mengembang seperti belon. Lalu ketawa kecil terlepas. Rasa tak percaya, namun bahagia.

Aqi menoleh. “Kenapa gelak? Aku tau la feeling aku tu pelik sikit.” Menjauh nadanya.

Noits perfect.” Dan Aqi dipeluk. Terperanjat dia. Umar merehatkan wajah di bahu kecil Aqi. “Thank you. It warms my heart. ”

Aqi terkelip, kurang pasti apa dia yang lelaki ini bahagiakan, tetapi dia tetap suka dipeluk. Tubuh lelaki itu lekas ditolak bila perasan sudah ada pengunjung yang mengisi pantai. Umar yang tersedar keadaan sekeliling perlahan-lahan meriah dengan manusia, menarik tangan Aqi untuk bangun. Punggung yang berpasir disapu-sapu sebelum mereka bergerak pergi dari situ berpegangan tangan.


“EH, awal hari ni Mar?” Farid menegur seraya meletakkan pinggan berisi nasi lemak di sebelah adiknya.

Umar menoleh terperanjat, memandang si abang yang duduk di sebelahnya. Maya ada sama, tersenyum padanya dan duduk di sebelah Aqi. Lelaki bercermin mata itu mengerut dahi. “Whatever happen ngan abang nak left alone ngan akak?”

“Kakak kau tu la. Bingung sangat dengan kau. Luka tak habis baik lagi tapi dah keluar wad. Penat abang dengar dia membebel.” Selamba. Nasi dimasukkan ke dalam mulut.

Umar mengangkat sebelah kening, lalu Maya dipandang. Wanita itu sekadar tersenyum sebelum menjungkit bahunya. Lelaki itu meleret bibir, faham.

“Abang ngan Aqi sama je. Dah sayang, taknak ngaku terang-terang.”

Farid berhenti mengunyah manakala Aqi mendongak dari tumpuannya pada sarapan. Mulut yang penuh terus mengunyah walaupun muka beriak hairan. Ah, pedulikanlah.

What, kau nak cakap Aqi sayang kat kau?” Farid mendekatkan kepala.

I’m fairly sure.”

“Hahah. Bendul.”

Its not bendul. Its love…”

Menoleh lagi Farid dari nasi lemaknya. Aqi mengabaikan bicara lelaki itu dan Maya pula menumpukan perhatian pada Umar. Umar tersengih selamba sambil terus mencucuk mi dengan garfu.

Something good happen, huh?” Farid menyoal. Umar tersenyum kecil. “Then macammana kau boleh sebut pasal cinta dan sayang sedangkan Aqi tak cakap terus terang.”

Well, now, we always ki – ” Buk!! Terloncat tubuh Umar dari kerusi, sekaligus menelan kata-katanya. Dia jatuh kembali ke kerusi dengan kepala hampir menghempap pinggan maggi goreng di meja. Lelaki itu mengaduh sakit dengan muka yang ketara peri sakitnya. Farid dan Maya berpandangan, sebelum sama-sama menoleh pada Aqi yang menggigit bibir dengan muka semerah saga. Matanya mencerlang menyala marak, ditujukan pada Umar. Gadis itu terkebil bila perasan dirinya dilihat, lalu kembali memasukkan sudu berisi ke dalam mulut.

“Abang… tak berapa yakin dengan statement kau tu, Mar.”

“Yeah…” Umar menarik nafas. Berdesis bunyinya melalui gigi. Sakit di tulang betis kerana disepak gadis itu menyengat sungguh! Si isteri di hadapannya itu direnung tajam. “I guess kitorang takde la that lovely to the letters.”

Farid menjeling Aqi yang masih menikmati sarapannya dengan muka merah. Tertawa dia kemudian. “I can see that…”

So, akak ngan abang buat apa je hari ni?” soal Aqi kemudian, cuba mengabaikan malu dan geram yang dirasakannya pada si suami sekarang.

“Apa yang kami nak buat tak perlu untuk kau tau Aqi…” Farid membalas selamba.

Gadis itu mengangguk. “Aqi faham jawapan gitu kalau nak dibandingkan dengan jawapan gila terang daripada certain someone.”

Kali ini Umar pula yang mengangkat pandangan padanya. Aqi mengerling, dan menerima mi goreng ke dalam mulut. Lelaki itu mendesis lalu kaki Aqi ditangkap dengan kakinya. Terperanjat si tudung hitam itu, cuba melepaskan diri, tapi tahanan kaki Umar sangat ketat. Lelaki itu tersengih geram. Aqi menjengil geram.

“Kamu berdua ni tak berubah langsung.” Maya menegur. Pasangan itu serentak menoleh. “Akak tak sure tu benda elok ke tak.”

Umar menjeling dengan riak selamba. “We’re fine akak. No worries. Nak handle minah ni kena ada cara sikit.”

“Cakap je lebih.” Bergerak badannya cuba menarik semula kakinya. Umar pula langsung tidak berganjak sementara kakinya terus menahan. Aqi menjadi geram, terus berusaha melepaskan kaki namun langsung tiada hasil. “Mar…!” Akhirnya dia merengek.

Umar tersengih nipis. Kaki Aqi dilepaskan dan perhatiannya kembali pada Farid yang masih memerhati mereka. Aqi membawa kaki bersila di atas kerusi. Cawan berisi teh tarik dibawa ke mulut. Perasan wanita di sebelahnya memandangnya. Aqi mengangkat kening.

“Ada apa kak?”

“Tak… akak bingung sikit antara kamu dengan Umar.”

Dia terdiam, memandang si suami yang berbual dengan abang iparnya itu. Bibir tersenyum nipis. “Takda apa yang perlu dibingungkan rasanya. I’m a difficult lady and he’s stubborn enough to stick with me. Then it is enough. By the way, I like your gaya tudung. Macammana akak buat?”

Dan berbual.

Previous: chapter 32
Next: chapter 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.