Senja menjelang. Enjin kereta kedengaran
memasuki laman rumah sebelum berhenti selepas seminit dua. Umar di ruang tamu
menjeling ke jam dinding. Jarum pendek itu dah menghampiri pukul tujuh. Deruman
enjin kereta diluar ialah milik Toyota Prius Farid, jadi kemana pulak perginya
MPV Batrisya yang tak reti-reti nak balik dah nak maghrib begini? Kemanalah dia
bawa bini aku yang tak reti pandu kereta tu….
“Uncle.
Api Merah.” Naufal di hadapannya mengangkat kad permainan yang terlukis gambar,
huruf dan warna bagi setiap objek. Umar yang mengikat tocang pada rambut
Munirah yang duduk di atas ribanya, tersenyum.
“Betul. Cuba carik Kerusi Kelabu pulak.”
Dan budak empat tahun itu menebar kad-kad yang
ada di atas lantai, cuba mencari. Umar mengekalkan senyum, cuba menghabiskan
seninya pada rambut anak saudara.
“Kau ada kat rumah Mar?” Tiba-tiba satu suara
menegur. Umar menoleh terperanjat. Farid di belakangnya melonggarkan tali leher
sambil meletakkan briefcase hitamnya
ke atas sofa.
“Well,
yea…”
“Sepanjang hari?”
“Sepanjang hari.”
“Uncle…!”
Naufal menjerit gembira, meloncat dan memeluk kaki ayah saudaranya. Farid
tersenyum saja, menyambut anak tunggal Batrisya itu ke dalam pelukan dan
menghadiahkan satu kucupan ke pipinya. Naufal lalu diarahkan mengambil jus oren
di dapur, dan budak kecil itu menurut.
Perhatian kembali pada Umar.
“Kau kenapa tak pergi pejabat?” Datar serius.
Umar mengerut dahi. “Pejabat? Kat mana? Buat
apa?”
“Pa-Papa…” Munirah pula yang demand peluk. Punggung berusaha diangkat
dari riba Umar dan dia bertatih melangkah untuk memeluk kaki ayahnya di bawah
sofa. Farid mengukir senyum, turun ke lantai dan mengangkat anak perempuannya
tinggi ke langit.
Up-up-a-daisy~~ weee~~~~ tomei tomei doter notti papa~~
Umar sekadar memerhati perubahan si abang itu.
Daripada gaya seriusnya kepada gaya ayah yang nampak idiotic berbahasa bayi. Ketawa terlepas tanpa suara, lalu kad-kad
mainan Naufal tadi dikemaskan dan diletakkan atas meja jepun di depan
televisyen. Naufal baru keluar dari dapur bila Umar menapak masuk.
“Abang kau dah balik eh, Mar.” Maya yang
sedang memasak, menegur.
“Yep. Kat luar nu. Kena kepung dengan dua
budak-budak tu.”
Tersenyum wanita bertudung itu, terus memasak
buat seisi keluarga suaminya itu. Umar tersenyum nipis, melabuh duduk di kerusi
di meja makan. Belakang tubuh kakak iparnya direnung. Berfikir.
“Akak.”
“Yea?”
“Naper akak pilih abang jadi suami eh?”
“Eh??” Maya menoleh terperanjat. Pipi pula
naik merah dek segan. “Kenapa tiba-tiba?”
Bahu sasanya dijungkit. “Well, knowing him. Mar seriously
fikir a woman for him ada la macam
Avril Lavigne. Sekali dia dapat perempuan cantik ayu macam akak… it took me a year jugak nak telan
fakta tu. Kak Bat lagi lama nak terima.”
Maya terkebil, lalu tersenyum kecil. “Akak tak
sesuai ke dengan abang kamu tu?”
“Tidak la… tapi…”
“Kalau sebab sejarah dia yang kamu nak
persoalkan untuk dijadikan bahan pertikaian, tak solid tu Mar… people change.”
Sup diletak pada piring sebelum dihirup, cuba dirasai cukup ke manis masinnya.
“I know…”
Dagu ditopang pada meja makan, tersenyum nipis. Wajah si abang yang masih
bermain-main dengan dua kanak-kanak di ruang tamu sana terbayang di minda.
“Tapi, masa dia kena paksa kawen dengan kakak dulu tu, he hasn’t change yet…”
“Oh… masa tu. Masa tu memang tough jugak… tapi we fall in love to each other lepas tu. And now kami bersama, and insyaAllah sampai ke tua akan tetap
bersama. Bukan ke itu lebih penting daripada melekat dengan fakta silam.” Anak
mata menjeling ke ekor mata. “Kamu tanya akak ni sebab ada kaitan antara kamu
dengan Aqi ke?” Tersengih mengusik. Walaupun kehadirannya dalam keluarga
pemilik Vila Orked ini sangat lambat, namun sejarah percintaan adik-adik
iparnya itu tetap diketahui, cuma dari perspektif si suami tercinta.
“Hm? Eeeh… tak…” Sengih. “Mar seriously fikir akak akan mintak fasakh
kat mahkamah syariah sebab tak tahan dengan perangai abang yang retarded tu dalam setahun dua lepas
korang kahwin….”
“Kau umpat pasal sapa Mar?” Kedengaran suara
garau itu, tiba-tiba memuncul di sebelahnya. Bahu Umar terloncat terperanjat.
Farid dengan kemeja putihnya di sebelah tersenyum mengancam, lalu pipi Umar
dipicitnya sebelah.
“Aaargh… abang ni kenapa tiba-tiba??”
Terangkat punggungnya, cuba mengelakkan pipi daripada tertarik jauh. Farid
masih tersenyum geram.
“Kenapa kau tak datang pejabat hari ini? Penat
abang tunggu sepanjang hari…”
“Buat apa pulak Mar kena pergi pejabat… abang
lepas la!” Tangan Farid yang mencubit pipi kanan ditepis kasar namun pipi kiri
pula yang menjadi mangsa. Umar mengaduh lagi manakala Maya yang memandang,
hanya terkedu.
“Kan abang dah pesan malam tadi suruh kau
datang ke pejabat hari ni. Kenapa degil sangat tak dengar cakap abang, hm?”
“Dah…!!” Sebelah lagi tangan lelaki itu
ditepis kasar. Umar menggosok kedua belah pipinya. Terasa berdenyut! “Don’t kid me around la! And bila masa abang suruh Mar datang
pejabat?”
“Jangan cakap kau tak ingat.” Telunjuknya naik
ke hidung si adik. “Kau memang sengaja buat-buat tak ingat sebab nak berdua
dengan bini adik kau tu kan?” Umar terdiam bila hal Aqi dibangkitkan, dan Farid
meleret bibir. “Tapi its okay. Kalau
kau tak datang esok, taulah abang nak buat apa dengan kau.” Umar dilepaskan dan
dia melangkah pula pada Maya yang masih tegak merenung ulah mereka.
Si mata hazel itu mendesis, terus mengusap
kedua belah pipinya. “Mar bukan budak-budak lagi la nak layan orang camni.”
“Selagi abang yang jaga kau, selagi tu kau
budak-budak kat mata abang,” ujarnya serius, sebelum bermanja pula dengan
isterinya di situ.
Umar menghela nafas panjang. Kaki dibawa ke
ruang tamu. Gema azan maghrib berkumandang dari surau perumahan ini dan
memantul masuk ke pintu vila yang masih terbuka luas. Baru perasan kakaknya
Batrisya sudah ada di ruang tamu itu dan melayan Munirah dan Naufal.
“Eh, Mar. Zaki mana?”
“Mar tak tau. Tak balik lagi.”
“Budak tu. Orang dah pesan balik sebelum
maghrib. Tau la akak kerjakan dia macammana nanti.” Penumbuk diangkat ke
langit.
Umar meleret bibir. Garangnya kakakku.
Pandangan ditebar ke seluruh ruang tamu, mencari. Pada plastik-plastik shopping di atas meja jepun, dan pada si
kakak yang cuba mengenakan kasut baru pada anak lelaki tunggalnya itu.
She’s not here so she must be upstairs. Pandangan dibuang ke tingkat atas.
SEGAR rasanya. Selepas kepenatan bertahan
dengan peluh buat seharian, akhirnya dia boleh membebaskan diri di bilik mandi.
Pertama kali mandi yang terasa sangat puas begini. Ah, cuaca di Malaysia. Dua
tahun hidup dengan cuaca sejuk di German nampaknya meragut sedikit abilitinya
utuk hidup dengan suhu panas lembap Malaysia. Terlalu mudah mengeluarkan peluh,
tetapi bukan ke itu lebih menyihatkan? Peluh itu waste product bagi tubuh, boh.
Aqi menapak keluar dari bilik mandi sambil
mengelap rambut panjangnya dengan tuala. Tubuh yang ditutup tuala ke paras paha
dibiarkan terdedah. Selama ini dia bertukar baju di dalam bilik mandi kerana
adanya Umar di dalam bilik tidur itu, tetapi petang ini nampaknya si suami itu
tiada di rumah. Mungkin kemana-mana. Berjoging seperti biasa mungkin.
“Uwah… penat…” Tuala di kepala dilempar ke
tepi dan punggung dilabuh ke katil. Kaki yang terasa penat dikejang lentur,
cuba mengembalikan fleksibiliti pada otot kaki. Sahih dah lama tak beriadah.
Terasa lemau otot-otot di seluruh badan.
“Maybe
aku patut join dia jogging petang-petang from time to time…” Aqi menarik
lengannya ke belakang kepala, cuba untuk meregangkan otot bahu sebelum perasan
pintu bilik terbuka. Ada lelaki itu di situ.
Membeku.
Umar terkedu merenung manakala Aqi ternganga
dengan darah menyirap naik.
“Mar… Mar!!” Terloncat dia. Lelaki tu beriak
selamba, lalu menapak masuk. Pintu pula siap dikunci. Aqi naik pucat.
“Ka-ka-ka-kau nak apa??”
“Aku nak solat… dah masuk maghrib dah.”
Then why the need to lock the door? Hati cuba mempertikai, namun keadaan dirinya
sekarang terlebih dahulu patut diutamakan. Nanti-nanti boleh dijadikan bahan
bertekak. Sehelai lagi tuala di atas katil tadi dicapai dan dibawa menutup bahu
dan pangkal dada yang terdedah.
“Memang rezeki kau petang ni.” Sedaya upaya
berlagak biasa walau panas di wajah cukup terasa bahangnya. Umar tersenyum
kecil, mengangguk. Tidak sekalipun dia melepas pandang pada seisi tubuh
bertuala itu. Pertama kali. Pertama kali dan percuma!!
Aqi bergerak ke almarinya. Pakaian dalam
dicapai dahulu, namun teragak-agak pula dia nak memakai. Kepala dipaling
sedikit, menjeling si suami yang tegak berdiri di tengah bilik. Masih merenung.
Menyirap lagi darah ke muka.
“Ka-ka-ka-kau caka-ka-kap… ehem! Kau nak
solat!”
“Well,
yea…”
“Pergi la ambil wuduk cepat!”
“Emm…”
“Apa em-em… pergi la cepat…!” Makin huru hara
dia. Bergelora sungguh jiwanya dan ribut taufan dalam kepala. Dia terlalu malu
sekarang!
Umar menahan sengih nakal. Masakan dia akan
dapat peluang begini berkali-kali. Walaupun tidak bertudung, Aqi cukup tahu
macammana nak menjaga jarak di antara seorang lelaki dan perempuan. Dalam kes
ini, jarak antara mereka, yang membuat Umar hilang selera hampir setiap malam.
Kenapa Umar tak terasa nak terkam si isteri walau tidur sebilik setiap malam?
Kerana peranan si isteri itu dibawa oleh seorang perempuan yang bernama Aqi!
Dan pada hari ini, Allah menolongnya menikmati haknya pula… walau cuma nikmat
melihat. Dia cukup bersyukur… hahaha….
Bahagia seh
ada bini.
Umar berpeluk tubuh. “Tak apa la. Pakai je la.
Bukannya aku kacau pun. And aku kan
pernah tengok kau dengan bra je sebelum ni.”
Aqi mengerut dahi, seraya menoleh ke belakang.
“Kau pernah tengok? Bila?” Bergetar nadanya.
Umar tersenyum. “Aku berangan setiap malam. Maybe up sikit lagi la…”
Automatik darah menyirap naik ke kepala.
Berasap telinganya!! Getaran di hati dah macam bass drum kena pukul pedal kaki! “Mar…!!”
Tergelak kecil lelaki itu. Suka. Cukup suka
dengan reaksi Aqi. Merah di pipi itu dah bukan sekadar merah, tapi cukup adorable dan pada masa yang sama
memberahikan. Tidak pasti andai merah itu turut berpindah ke telinga Aqi kerana
tertutup dek rambut panjangnya. Dan gadis yang keras kepala itu nampak sangat vulnerable di matanya kini. Bukannya
selalu… dan Umar akan cuba menikmatinya selagi mampu. Bawah sedar, kaki
melangkah setapak.
Dan nyata gadis itu peka dengan sebarang
perubahan bahasa tubuh lelaki itu pada ketika ini. Aqi beriak tegang. Tak boleh
jadi kalau dibiarkan sesi ini berterusan! Pakaian yang diperlukan pantas
dicapai dan sepantas yang boleh dia mencicit ke tandas nak bertukar baju.
“Eh Aqi. Bra kau jatuh.”
“Wha?!” Refleks dia menoleh, cuma untuk melihat
Umar yang tersengih nakal di tengah bilik. Nafas deras dilepaskan antara gigi.
“Jerk!!” dan pintu tandas ditutup
kasar, meninggalkan Umar yang tertawa puas di sana.