Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 8

Senja menjelang. Enjin kereta kedengaran memasuki laman rumah sebelum berhenti selepas seminit dua. Umar di ruang tamu menjeling ke jam dinding. Jarum pendek itu dah menghampiri pukul tujuh. Deruman enjin kereta diluar ialah milik Toyota Prius Farid, jadi kemana pulak perginya MPV Batrisya yang tak reti-reti nak balik dah nak maghrib begini? Kemanalah dia bawa bini aku yang tak reti pandu kereta tu….

Uncle. Api Merah.” Naufal di hadapannya mengangkat kad permainan yang terlukis gambar, huruf dan warna bagi setiap objek. Umar yang mengikat tocang pada rambut Munirah yang duduk di atas ribanya, tersenyum.

“Betul. Cuba carik Kerusi Kelabu pulak.”

Dan budak empat tahun itu menebar kad-kad yang ada di atas lantai, cuba mencari. Umar mengekalkan senyum, cuba menghabiskan seninya pada rambut anak saudara.

“Kau ada kat rumah Mar?” Tiba-tiba satu suara menegur. Umar menoleh terperanjat. Farid di belakangnya melonggarkan tali leher sambil meletakkan briefcase hitamnya ke atas sofa.

Well, yea…”

“Sepanjang hari?”

“Sepanjang hari.”

Uncle…!” Naufal menjerit gembira, meloncat dan memeluk kaki ayah saudaranya. Farid tersenyum saja, menyambut anak tunggal Batrisya itu ke dalam pelukan dan menghadiahkan satu kucupan ke pipinya. Naufal lalu diarahkan mengambil jus oren di dapur, dan budak kecil itu menurut.

Perhatian kembali pada Umar.

“Kau kenapa tak pergi pejabat?” Datar serius.

Umar mengerut dahi. “Pejabat? Kat mana? Buat apa?”

“Pa-Papa…” Munirah pula yang demand peluk. Punggung berusaha diangkat dari riba Umar dan dia bertatih melangkah untuk memeluk kaki ayahnya di bawah sofa. Farid mengukir senyum, turun ke lantai dan mengangkat anak perempuannya tinggi ke langit.

Up-up-a-daisy~~ weee~~~~ tomei tomei doter notti papa~~

Umar sekadar memerhati perubahan si abang itu. Daripada gaya seriusnya kepada gaya ayah yang nampak idiotic berbahasa bayi. Ketawa terlepas tanpa suara, lalu kad-kad mainan Naufal tadi dikemaskan dan diletakkan atas meja jepun di depan televisyen. Naufal baru keluar dari dapur bila Umar menapak masuk.

“Abang kau dah balik eh, Mar.” Maya yang sedang memasak, menegur.

“Yep. Kat luar nu. Kena kepung dengan dua budak-budak tu.”

Tersenyum wanita bertudung itu, terus memasak buat seisi keluarga suaminya itu. Umar tersenyum nipis, melabuh duduk di kerusi di meja makan. Belakang tubuh kakak iparnya direnung. Berfikir.

“Akak.”

“Yea?”

“Naper akak pilih abang jadi suami eh?”

“Eh??” Maya menoleh terperanjat. Pipi pula naik merah dek segan. “Kenapa tiba-tiba?”

Bahu sasanya dijungkit. “Well, knowing him. Mar seriously fikir a woman for him ada la macam Avril Lavigne. Sekali dia dapat perempuan cantik ayu macam akak… it took me a year jugak nak telan fakta tu. Kak Bat lagi lama nak terima.”

Maya terkebil, lalu tersenyum kecil. “Akak tak sesuai ke dengan abang kamu tu?”

“Tidak la… tapi…”

“Kalau sebab sejarah dia yang kamu nak persoalkan untuk dijadikan bahan pertikaian, tak solid tu Mar… people change.” Sup diletak pada piring sebelum dihirup, cuba dirasai cukup ke manis masinnya.

I know…” Dagu ditopang pada meja makan, tersenyum nipis. Wajah si abang yang masih bermain-main dengan dua kanak-kanak di ruang tamu sana terbayang di minda. “Tapi, masa dia kena paksa kawen dengan kakak dulu tu, he hasn’t change yet…”

“Oh… masa tu. Masa tu memang tough jugak… tapi we fall in love to each other lepas tu. And now kami bersama, and insyaAllah sampai ke tua akan tetap bersama. Bukan ke itu lebih penting daripada melekat dengan fakta silam.” Anak mata menjeling ke ekor mata. “Kamu tanya akak ni sebab ada kaitan antara kamu dengan Aqi ke?” Tersengih mengusik. Walaupun kehadirannya dalam keluarga pemilik Vila Orked ini sangat lambat, namun sejarah percintaan adik-adik iparnya itu tetap diketahui, cuma dari perspektif si suami tercinta.

“Hm? Eeeh… tak…” Sengih. “Mar seriously fikir akak akan mintak fasakh kat mahkamah syariah sebab tak tahan dengan perangai abang yang retarded tu dalam setahun dua lepas korang kahwin….”

“Kau umpat pasal sapa Mar?” Kedengaran suara garau itu, tiba-tiba memuncul di sebelahnya. Bahu Umar terloncat terperanjat. Farid dengan kemeja putihnya di sebelah tersenyum mengancam, lalu pipi Umar dipicitnya sebelah.

“Aaargh… abang ni kenapa tiba-tiba??” Terangkat punggungnya, cuba mengelakkan pipi daripada tertarik jauh. Farid masih tersenyum geram.

“Kenapa kau tak datang pejabat hari ini? Penat abang tunggu sepanjang hari…”

“Buat apa pulak Mar kena pergi pejabat… abang lepas la!” Tangan Farid yang mencubit pipi kanan ditepis kasar namun pipi kiri pula yang menjadi mangsa. Umar mengaduh lagi manakala Maya yang memandang, hanya terkedu.

“Kan abang dah pesan malam tadi suruh kau datang ke pejabat hari ni. Kenapa degil sangat tak dengar cakap abang, hm?”

“Dah…!!” Sebelah lagi tangan lelaki itu ditepis kasar. Umar menggosok kedua belah pipinya. Terasa berdenyut! “Don’t kid me around la! And bila masa abang suruh Mar datang pejabat?”

“Jangan cakap kau tak ingat.” Telunjuknya naik ke hidung si adik. “Kau memang sengaja buat-buat tak ingat sebab nak berdua dengan bini adik kau tu kan?” Umar terdiam bila hal Aqi dibangkitkan, dan Farid meleret bibir. “Tapi its okay. Kalau kau tak datang esok, taulah abang nak buat apa dengan kau.” Umar dilepaskan dan dia melangkah pula pada Maya yang masih tegak merenung ulah mereka.

Si mata hazel itu mendesis, terus mengusap kedua belah pipinya. “Mar bukan budak-budak lagi la nak layan orang camni.”

“Selagi abang yang jaga kau, selagi tu kau budak-budak kat mata abang,” ujarnya serius, sebelum bermanja pula dengan isterinya di situ.

Umar menghela nafas panjang. Kaki dibawa ke ruang tamu. Gema azan maghrib berkumandang dari surau perumahan ini dan memantul masuk ke pintu vila yang masih terbuka luas. Baru perasan kakaknya Batrisya sudah ada di ruang tamu itu dan melayan Munirah dan Naufal.

“Eh, Mar. Zaki mana?”

“Mar tak tau. Tak balik lagi.”

“Budak tu. Orang dah pesan balik sebelum maghrib. Tau la akak kerjakan dia macammana nanti.” Penumbuk diangkat ke langit.

Umar meleret bibir. Garangnya kakakku. Pandangan ditebar ke seluruh ruang tamu, mencari. Pada plastik-plastik shopping di atas meja jepun, dan pada si kakak yang cuba mengenakan kasut baru pada anak lelaki tunggalnya itu.

She’s not here so she must be upstairs. Pandangan dibuang ke tingkat atas.


SEGAR rasanya. Selepas kepenatan bertahan dengan peluh buat seharian, akhirnya dia boleh membebaskan diri di bilik mandi. Pertama kali mandi yang terasa sangat puas begini. Ah, cuaca di Malaysia. Dua tahun hidup dengan cuaca sejuk di German nampaknya meragut sedikit abilitinya utuk hidup dengan suhu panas lembap Malaysia. Terlalu mudah mengeluarkan peluh, tetapi bukan ke itu lebih menyihatkan? Peluh itu waste product bagi tubuh, boh.

Aqi menapak keluar dari bilik mandi sambil mengelap rambut panjangnya dengan tuala. Tubuh yang ditutup tuala ke paras paha dibiarkan terdedah. Selama ini dia bertukar baju di dalam bilik mandi kerana adanya Umar di dalam bilik tidur itu, tetapi petang ini nampaknya si suami itu tiada di rumah. Mungkin kemana-mana. Berjoging seperti biasa mungkin.

“Uwah… penat…” Tuala di kepala dilempar ke tepi dan punggung dilabuh ke katil. Kaki yang terasa penat dikejang lentur, cuba mengembalikan fleksibiliti pada otot kaki. Sahih dah lama tak beriadah. Terasa lemau otot-otot di seluruh badan.

Maybe aku patut join dia jogging petang-petang from time to time…” Aqi menarik lengannya ke belakang kepala, cuba untuk meregangkan otot bahu sebelum perasan pintu bilik terbuka. Ada lelaki itu di situ.

Membeku.

Umar terkedu merenung manakala Aqi ternganga dengan darah menyirap naik.

“Mar… Mar!!” Terloncat dia. Lelaki tu beriak selamba, lalu menapak masuk. Pintu pula siap dikunci. Aqi naik pucat. “Ka-ka-ka-kau nak apa??”

“Aku nak solat… dah masuk maghrib dah.”

Then why the need to lock the door? Hati cuba mempertikai, namun keadaan dirinya sekarang terlebih dahulu patut diutamakan. Nanti-nanti boleh dijadikan bahan bertekak. Sehelai lagi tuala di atas katil tadi dicapai dan dibawa menutup bahu dan pangkal dada yang terdedah.

“Memang rezeki kau petang ni.” Sedaya upaya berlagak biasa walau panas di wajah cukup terasa bahangnya. Umar tersenyum kecil, mengangguk. Tidak sekalipun dia melepas pandang pada seisi tubuh bertuala itu. Pertama kali. Pertama kali dan percuma!!

Aqi bergerak ke almarinya. Pakaian dalam dicapai dahulu, namun teragak-agak pula dia nak memakai. Kepala dipaling sedikit, menjeling si suami yang tegak berdiri di tengah bilik. Masih merenung. Menyirap lagi darah ke muka.

“Ka-ka-ka-kau caka-ka-kap… ehem! Kau nak solat!”

Well, yea…”

“Pergi la ambil wuduk cepat!”

“Emm…”

“Apa em-em… pergi la cepat…!” Makin huru hara dia. Bergelora sungguh jiwanya dan ribut taufan dalam kepala. Dia terlalu malu sekarang!

Umar menahan sengih nakal. Masakan dia akan dapat peluang begini berkali-kali. Walaupun tidak bertudung, Aqi cukup tahu macammana nak menjaga jarak di antara seorang lelaki dan perempuan. Dalam kes ini, jarak antara mereka, yang membuat Umar hilang selera hampir setiap malam. Kenapa Umar tak terasa nak terkam si isteri walau tidur sebilik setiap malam? Kerana peranan si isteri itu dibawa oleh seorang perempuan yang bernama Aqi! Dan pada hari ini, Allah menolongnya menikmati haknya pula… walau cuma nikmat melihat. Dia cukup bersyukur… hahaha….

Bahagia seh ada bini.

Umar berpeluk tubuh. “Tak apa la. Pakai je la. Bukannya aku kacau pun. And aku kan pernah tengok kau dengan bra je sebelum ni.”

Aqi mengerut dahi, seraya menoleh ke belakang. “Kau pernah tengok? Bila?” Bergetar nadanya.

Umar tersenyum. “Aku berangan setiap malam. Maybe up sikit lagi la…”

Automatik darah menyirap naik ke kepala. Berasap telinganya!! Getaran di hati dah macam bass drum kena pukul pedal kaki! “Mar…!!”

Tergelak kecil lelaki itu. Suka. Cukup suka dengan reaksi Aqi. Merah di pipi itu dah bukan sekadar merah, tapi cukup adorable dan pada masa yang sama memberahikan. Tidak pasti andai merah itu turut berpindah ke telinga Aqi kerana tertutup dek rambut panjangnya. Dan gadis yang keras kepala itu nampak sangat vulnerable di matanya kini. Bukannya selalu… dan Umar akan cuba menikmatinya selagi mampu. Bawah sedar, kaki melangkah setapak.

Dan nyata gadis itu peka dengan sebarang perubahan bahasa tubuh lelaki itu pada ketika ini. Aqi beriak tegang. Tak boleh jadi kalau dibiarkan sesi ini berterusan! Pakaian yang diperlukan pantas dicapai dan sepantas yang boleh dia mencicit ke tandas nak bertukar baju.

“Eh Aqi. Bra kau jatuh.”

“Wha?!” Refleks dia menoleh, cuma untuk melihat Umar yang tersengih nakal di tengah bilik. Nafas deras dilepaskan antara gigi. “Jerk!!” dan pintu tandas ditutup kasar, meninggalkan Umar yang tertawa puas di sana.

Previous: chapter 7
Next: chapter 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.