Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 42

HAMPIR 6 jam lampu merah di hadapan bilik pembedahan itu menyala, barulah dia terpadam. Pesakit yang baru selesai dibedah dibawa keluar di atas troli pesakit dan dibawa ke tempat yang sepatutnya. Farid dan ahli keluarganya lekas menerpa namun terpaksa menahan diri dari mendekat dan menyentuh Umar yang tidak sedar. Daten Orched hampir histeria melihat keadaan anak lelakinya. Mulut Umar ditutup dengan corong oksigen dan luka-luka dan lebam-lebam biru ketara sekali di wajah pucat. Farid menahan ibunya dari terus mengejar troli Umar yang dibawa pergi.

“Ma… bawa bersabar ma, please…”

“Umar! Umar anak mama, Mar…!” Daten Orched terus cuba meronta, cuba lepas dari rangkulan Farid. Anak lelaki sulungnya itu memusing tubuh si ibu lalu terus dipeluk. Wajah ibunya ditahan di bahu. Farid menahan sebak melihat ibunya begini. Daten Orched pula terus menangis hiba dalam rangkulan anaknya. Hati ibu mana yang tidak hancur melihat keadaan anak yang cedera parah dan berdiri di simpang maut lebih dahulu daripadanya.

Aqi tidak melihat adegan si ibu itu. Pandangannya jatuh ke arah troli si suami dibawa pergi. Air matanya meleleh walau esak tiada. Maya merapat padanya dan Aqi dipeluk. Aqi meluah tangis di bahu wanita itu.

Batrisya juga tidak terlepas dari adegan leleh. Doktor Nick yang keluar dari bilik pembedahan itu merapati mereka. Jururawat yang mengiringinya disuruh pergi dengan melakukan tugas tersendiri. Farid nak dirapati namun Batrisya menghadap dirinya dahulu. Doktor Nick merenungnya seketika.

“Keluarga pesakit?”

“Kakaknya.” Hingus cair dikesat.

I seewell, berkenaan Umar Darius, he’s in a coma state for now. We’ve tried our best untuk bantu dia hidup, tapi the rest is up to him and God. Kamu boleh terus berdoalah.” Dengan riak kosong, dia berterus terang.

Mereka terdiam. Doktor pakar bedah itu nak pergi namun Batrisya menahan langkahnya dengan mengutarakan soalan, “Any other complication?”

Doktor itu merenung wanita dihadapannya tanpa riak. Farid dikerling, dan wanita tua yang sedang meraung tangis dalam rangkulan rakannya itu menarik perhatian. Maya dan Aqi yang berpelukan juga dipandang dari hujung mata. Mata hitamnya kembali pada Batrisya. Ahli keluarga ini masih belum dalam keadaan mental yang stabil untuk mengetahui lebih lanjut lagi, getusnya.

For now, saya cuma boleh cakap kami sedang menunggu progress Umar Darius,” senyum.

“Jadi, bila kami boleh lawat dia?”

“48 jam dari sekarang, mungkin saya benarkan.”


USAI solat hajat berjemaah di ruang tamu, Aqi mengundur diri ke biliknya sendiri. Tiada mood untuk berhadapan dengan ahli keluarganya yang lain sekarang. Zaki yang memahami kesedihan yang melanda keluarga ini banyak membantu dalam menguruskan dua budak kecil yang memerlukan perhatian orang dewasa itu.

Farid memandang kain telekung putih Aqi menghilang dari anak tangga teratas. Nafas dihela panjang, dan ibunya yang masih menekur di kaki sejadah pula dipandang.

“Ma okey?”

Daten Orched menggeleng. Mata menitiskan air mata lagi walau mulut masih tidak berhenti berkumat kamit, membacakan zikir dan doa sebanyak-banyaknya untuk anak lelaki yang masih tidak sedarkan diri dalam wad ICU. Farid merenung belakang tubuh tua itu redup, lalu dia turut bersila di sisi ibunya. Menemani.

Maya di pintu dapur merenung keduanya sayu. Dengan Munirah di pelukan, Batrisya yang duduk di meja makan sambil merenung dinding dengan pandangan kosong didekati. Adik ipar perempuannya itu nampak tenggelam dalam lamunan. Mukanya ditopang dengan kedua belah lengan di atas meja.

“Bat…” Maya melabuh duduk di sebelahnya. Munirah yang menghisap susu botol terus dirangkul. Batrisya menjeling. “Kamu… nak makan apa-apa?”

Wanita itu menggeleng.

“Naufal macammana?”

“Atas. Zaki teman.”

Angguk. “Are you okay?”

Not really…” Nafas ditarik dalam, cuba meraih kekuatan. Nama Allah disebut berkali-kali. Cuma pada Tuhan yang satulah kekuatan batin mampu diraih. Dia tiada sokongan tambahan yang lain. Cuma ada anak tunggalnya dan ahli keluarganya. Batrisya menjatuhkan tangan kanan, dan kepala memandang ke tempat duduk di hujung meja. “Baru je sebelum tu Pocky masuk lubang hidung dia masa tengah sarapan. And then suddenly involved dalam accident on the way nak kerja? How idiotic is he?” Maya memanjangkan tangan di atas meja, menggenggam tangan Batrisya. Wanita itu menoleh, lalu tersenyum sumbing. “Kau ni sama je dengan Aqi. Nangis tak berlagu.”

Maya tersenyum sumbing, lalu mengesat air mata yang meleleh tanpa dapat ditahan. “Kesedihan ni terlalu dalam.” Pandangan ditala ke luar. “Terus terang, hubungan keluarga Maya takdelah rapat sangat sebab masing-masing dah fokus dengan hidup masing-masing. Still, masih bersedih kalau sesuatu berlaku antara kami, tapi bagi hubungan family korang yang sangat rapat…” Maya menggigit bibir. “I can’t help myself…” Wajahnya kemerahan, seraya pergelangan tangan mengesat air mata yang nak menitis. Munirah tiba-tiba merengek sedikit, mungkin mengesan sedih di hati si ibu. Maya lekas memujuk. Sabar dipakukan sekuatnya.

Batrisya tersenyum segaris. Senyuman kecil itu menghilang mudah bila lamunan menyapa. Dinding direnung dengan pandangan kosong, namun mata hati Batrisya memandang lebih jauh ke belakang. Pada kata-kata Doktor Nick semasa dia dan Farid berjumpa dengan doktor pakar bedah secara sembunyi.

Kecederaan Umar amat parah, terutama pada bahagian kepala dan perut. Tulang patah 16 kerat termasuk tulang kaki dan tangan, besi yang tertusuk perut dan pendarahan dalaman. Otak pula mengalami gegaran dasyat. Pertembungan Honda Umar dengan trailer yang sedang diparking di selekoh tajam nyata hampir meragut nyawa adik lelakinya itu. Kira tuah Umar juga kerana tindakan pantas para medic dan dihantar terus ke hospital berdekatan sempat menyelamatkan nyawanya dari kehilangan darah yang lebih teruk.

Dah takdir Allah si adiknya itu terlibat dalam kemalangan. Batisya cuba menerima qada dan qadar yang tersedia dengan seikhlas hati. Cuma kasihannya pada Aqi tidak terkata jumlahnya. Selepas kematian Danny, mampu ke adik iparnya itu menerima satu lagi kehilangan dunianya?

Nafas ditarik dalam. Lamunannya berkecai bila Farid bersuara dari pintu dapur.

“Nick text. Kita boleh lawat Umar esok.”


RIAS wajah yang pucat di cermin direnung kosong. Aqi menarik nafas dalam. Tangan menadah air lalu diraup pada wajah, berharap agar kesegaran kembali pada wajahnya. Enggan bertembung dengan Umar dengan muka kusam.

“Semangat Aqi, semangat! Dia takkan suka tengok kau tak bersemangat!” Tangan digenggam kedua belah, meraih tenaga dalaman. Penumbuk diletakkan di depan cermin tandas hospital itu, bro fist pada imej di cermin.

Dia melangkah keluar dari tandas hospital yang tersembunyi di lobi hospital. Aqi menghampiri lif. Mata merenung kosong diod merah yang menyala menunjukkan angka di skrin hitam kecil. Pandangan dialihkan dan dia berkalih badan, menuju ke tangga kecemasan. Lalu kakinya berlari ringan, naik ke tingkat di mana Umar ditahan wad.

Suaminya itu masih di dalam status kecemasan. Dia diletakkan di dalam wad persendirian di mana doktor yang khusus boleh datang dan mendiagnos perkembangan kesihatan tubuh pesakit yang koma itu. Corong oksigen masih tidak ditanggalkan dari mulut yang pucat, dan lengannya penuh dengan wayar-wayar yang bersambung dengan paket-paket cecair pada tiang I.V. Aqi tidak mengerti terma perubatan tapi sekurang-kurangnya dia faham semua itu penting untuk Umar.

Nafas turun naik deras, sedikit mengah. Aqi tiba di koridor wad persendirian itu. Dia bertembung dengan Farid yang baru keluar dari wad Umar.

“Kau dari mana, Aqi?”

“Tandas…”

“Bat teman kau hari ni. Nanti petang Maya bawak mama naik sini lepas dia kerja. Bila kau tengok Umar… bawak bersabar tau.” Bahu adik iparnya itu ditepuk sebelum si abang itu pergi dari situ. Aqi merenung datar, menghantar belakang bidang itu pergi. Belakang tubuh yang menampung seluruh isi vila Orked termasuk dirinya. Aqi menekur pada lantai sebelum menapak perlahan ke pintu wad.

Kaki menapak perlahan ke katil Umar. Batrisya menoleh bila terdengar pintu ditutup.

“Oh, Aqi.” Wanita itu bangkit dari kerusi di sebelah Umar saat adik iparnya mendekat. “Kamu dari mana? Tiba-tiba menghilang.”

Gadis itu tersenyum nipis. “Tandas…”

Batrisya mengangguk. Pandangan dijatuhkan pada adik lelakinya. Lebam-lebam di wajah cukup ketara birunya dan tubuh Umar berbalut di seluruh badan hingga ke kepala. Kapas turut menutup sebelah mata. Batrisya tidak pasti macammana keadaan mamanya bila sampai petang nanti bersama Maya. Wanita itu menjeling. Aqi yang tegak berdiri di sebelahnya merenung insan yang terbaring itu dengan riak kosong. Cukup sukar bagi Batrisya untuk menganalisis apa yang Aqi sedang fikirkan. Sedang bersedihkah dia?

“Aqi? Duduk la.” Belakang Aqi ditepuk perlahan.

Aqi tidak beriak, namun menganggukkan kepala. Kerusi ditarik, cukup rapat ke katil. Aqi merenung muka pucat itu redup. Sudah seperti mayat gayanya. Cuma talian hayat yang masih bengkang bengkok pada mesin ECG di sebelah katil yang membuktikan nadi Umar masih berdenyut. Nafas ditarik panjang melalui hidung. Aqi memanjangkan tangan, menyentuh tangan Umar. Masih ada haba. Masih hidup. Liur diteguk. Kesat sekali melalui anak tekak. Tekaknya terasa kembang. Mata dah semakin panas dan dah tak mampu ditahan. Aqi menarik nafas dalam lagi, sedalam-dalamnya. Menahan rawan. Menahan rawan. Menahan rawan.

Lambat-lambat kepala tertunduk jua dan titis air mata jatuh ke jeans hitam. Bibir digigit sekuatnya, namun esak itu kadang-kadang terlepas tanpa dapat ditahan. Tangan kasar si suami digenggam seeratnya. Bahu turut menggigil, menunjukkan betapa goyahnya hati si perempuan.

Batrisya di belakang berpeluk tubuh. “What, you ended up crying afterall…” bisiknya pada diri sendiri. Si kakak ipar itu merapat, lalu bahu Aqi diusapnya perlahan. Berniat nak memujuk dan memberi sokongan, tetapi Aqi sebaliknya semakin lemah dengan hiba yang meruntun. Makin rendah dia menunduk. Batrisya terperanjat sedikit.

“Erk…”

NoI shouldn’t cryI shouldn’t…” Lekas tubuh ditegakkan kembali. Air mata yang masih deras meleleh dikesat sepuasnya. “Dia tak suka tengok Aqi nangis. So Aqi, jangan nangis!” Dada ditepuk sekuatnya.

Batrisya di belakang terkedu seketika, lalu tersenyum nipis. “Its okay to cry kalau perlu.”

“Tapi sekarang tak perlu…” Aqi menarik nafas dalam sehingga dada kembang. Mengawal emosi. Mengawal rawan. Mengawal hati. Tangan yang basah dilap pada baju lalu dibawa pada tangan suaminya itu lagi. Ibu jari meramas perlahan belakang jemari Umar.

Batrisya mencangkung, mengintai wajah itu dari sisi. “Akak tak berapa nak faham dengan kamu sebenarnya Aqi. You know how much Umar melekit dan melekat dengan kamu, tapi reaksi kamu kadang-kadang buat kami… even Bang Farid, takut yang korang akan berpisah. Tapi sebenarnya kamu memang sayangkan adik akak, kan?”

Aqi menjeling, melihat senyum itu. “Yeah. Aqi sayangkan dia.” Mata Umar yang berkapas dipandang lagi. “Its kind of hard nak mengaku sebelum ni, tapi actually I love him afterall.” Jari Umar digenggam. “I don’t know sejak bila… tapi I do love him…”

Batrisya tersenyum. Puas hati boleh mendengar luahan gadis itu dari mulutnya sendiri. “Does he know?”

Aqi senyap. Kepala menggeleng. Batrisya mengangguk perlahan. “Tapi…” Aqi menoleh. “Dia cakap dia bahagia dengan Aqi. Dia cakap dia redha dengan Aqi. Dia cakap… dia bahagia bila boleh kahwin dengan Aqi. Dia cakap… dia nak buat keluarga dengan Aqi. Dia cakap… dia betul-betul cintakan Aqi. Dia cakap…” Retak. “…dia nak anak yang ramai dengan Aqi. Dia cakap…” Esak. Batrisya bangkit berdiri. “…dia cuma nak Aqi. Dia…” Suara Aqi tenggelam pada pakaian Batrisya. Wanita itu memejam mata, memeluk Aqi seeratnya. Gadis itu meneguk liur yang masih terasa berpasir, lalu mata dipejam. “Dia… nak hidup dengan Aqi…”

“Dah… dah… shh…” Kepala bertudung itu dicium. “Akak faham. Akak faham. Tenang Aqi…”

Dan Aqi melepaskan tangis yang tidak habis, membenamkan esaknya dalam pelukan si kakak ipar dengan harapan tidak didengari di telinga Umar. Tanpa pengetahuan keduanya, Nick yang berdiri di luar pintu yang tak bertutup rapat sekadar bersandar pada dinding dan berpeluk tubuh. Setiap bicara dua wanita itu dicuri dengar.

Petang menjelang. Umar sedang diperiksa oleh sekumpulan doktor-doktor yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Doktor Nick ada sekali dalam kalangan mereka di samping seorang doktor yang lebih berusia dan berlagak seperti ketua di situ. Dia yang paling banyak bercakap dan memberi arahan apa yang perlu di lakukan kepada doktor-doktor yang lain. Aqi dan Batrisya cuma memandang dari tepi, memerhati mereka yang bercakap sesama sendiri dalam jargon perubatan.

Selepas kumpulan manusia berkot putih labuh itu pergi, Aqi merapat kembali ke katil. Batrisya pula menyambut kehadiran Maya dan Daten Orched yang baru sampai. Seperti yang dijangka, si ibu itu retak hati lagi melihat keadaan Umar. Batrisya membantu Maya menenangkan ibu kandungnya itu. Bila dah dirasakan tenang sedikit, barulah Batrisya membawa Aqi keluar dari bilik wad. Aqi masih tidak melepas pandang pada si suami itu sehingga pandangannya dihijab daun pintu yang bertutup.

Semasa melalui lobi hospital, Batrisya tiba-tiba dipanggil doktor Nick. Lelaki tinggi dengan kot labuh putih itu mengkehendaki wanita berambut alun itu seorang, lalu Batrisya meminta Aqi beredar dahulu dan menunggunya di tempat letak kereta. Aqi menurut tanpa soal. Batrisya pula kembali menghadap doktor lelaki itu.

There’s something I gotta say. Kami kena pindahkan adik kamu ke unit rawatan neuroscience malam ini. There’s improvement dalam pemulihan otaknya. So, buat masa ni kamu sekeluarga tak boleh lawat dia selagi dia dalam jagaan unit rawatan pakar kat bangunan biru sebelah nu.”

Improvement?” Cuma perkataan itu yang didengari Batrisya. Bersinar matanya gembira dengan senyum meleret lebar hingga ke telinga. Doktor itu merenungnya.

“Ya.”

“Oh…” Dagu ditunjal, memikir. Lelaki yang masih merenungnya itu dipandang. “Doc dah bagitau abang saya?”

He said to leave it to you.”

Leave what?”

Your signature untuk kebenaran ahli keluarga.” Kepala diisyaratkan ke belakang, dan doktor itu berkalih ke biliknya. Batrisya terkelip, lalu menurut.

Sementara itu, Aqi di tempat letak kereta berdiri berseorangan dengan tangan berpeluk tubuh. Tubuh disandarkan pada MPV putih Batrisya sambil kaki digoyang-goyangkan bersama siulan rendah pada bibir. Dah beberapa minit berlalu namun si kakak itu masih tidak sampai.

Where is she?” Aqi mencekak sebelah pinggang. Handphone dikeluarkan dan nombor Batrisya didail. “Akak? Lama lagi ke?” Terus bertanya bila talian bersahut.

“Ah, Aqi. Sorry. Akak baru masuk parking ni. Kamu masih kat sana kan?”

Gadis itu menghela nafas panjang. “Iye…” Kaki melangkah setapak dua, meninggalkan MPV itu seketika. Kepala dijengul meninggi ke atas, cuba mengintai pergerakan tubuh yang dikenali itu di pintu masuk parking lot. “Doktor tu cakap pasal apa je?” Aqi mencari-cari.

“Em? Dia nakkan tandatangan pengesahan keluarga. Umar nak dipindahkan – ” Ayat termati di hujung lidah bila terdengar bunyi jatuh. Batrisya berhenti bercakap. “Hello? Aqi?”

Sementara itu, Aqi di parking lot sedang diangkut dua lelaki yang memeluk kedua belah kaki dan tubuhnya kejap. Cukup mudah kerana saiz tubuh yang kecil dan ringan. Gadis itu walaubagaimanapun terus meronta sekuat hati sebelum mulut dan hidung ditutup dengan sapu tangan yang berisi klorofom. Bau yang pekat meloyakan membuat Aqi lemah dan mula hilang kesedaran. Mudah sahaja gadis bertubuh kecil itu dimasukkan ke dalam sebuah van hitam. Pintu ditutup deras. Dan van itu dipandu keluar saat Batrisya sampai pada MPV putihnya.


SEBULAN telah berlalu. Sepanjang masa itu Munirah yang sedang dalam proses pembesarannya itu sudah mula mampu berlari. Naufal melekat sangat padanya, suka bermain dengan sepupu perempuan yang muda dua tahun itu. Zaki yang dah macam abang kandung mereka pula memang cukup berdaulat. Jika hendak diceritakan salasilah keluarga mereka, mungkin agak rumit kerana tiada hubungan darah pun… tapi siapa kisah? Siapa cakap kena keluar dari lubang najis yang sama jika hendak memaknakan suku kata keluarga itu ke tahap maksima?

Aqi masih menghilang, tidak dijumpai. Farid belum putus asa mencari. Masih berusaha. Walaupun pihak polis cuba menjalankan tugas sebaiknya, namun penculik itu sama tahap lincahnya dengan pihak berkuasa. Pandai bersembunyi! Memang pengecut terhebat. Tiada sebarang jejak yang mampu dikesan bagi meneruskan pencarian Aqi. Tiada nota culik, tiada permintaan duit sebagai bayaran pampasan Aqi, tiada berita penemuan mayat di dalam longkang ataupun dalam beg hitam, apatah lagi maklumat penjualan organ dalaman kepada hospital-hospital oleh si penculik. Tiada langsung. Hingga keluar suara-suara yang mengemukakan teori kemungkinan wanita itu sengaja melarikan diri kerana enggan hidup bersama dan menjaga suami yang koma….

You dare say that again, I’m the one who’ll kill you and make the wall your grave.”

Nada Batrisya serius! Terdiam jiran-jirannya. Farid terdiam saja, menjeling pada adik perempuannya itu. Doktor Nick si kekasih hati sama membeku, merenung wanita yang nampak keras itu. Batrisya mendengus, membuang pandang dari suara-suara yang mengumpat itu sebelum berkalih, meninggalkan keriuhan majlis makan selamat untuk Aqi dan bersendirian di dapur.

Leleh.

Maya pula yang terpaksa memujuknya.

Farid yang bersandar bahu di pintu dapur memandang tanpa riak. Belakang isterinya direnung. Sama tengah menangis seperti Batrisya. Lambat-lambat, nafas dihela perlahan. Panjang. Seperti melepaskan beban. Belakang tubuh Batrisya pula ditenung. Terhinjut-hinjut. Dia faham apa yang dirasakan Batrisya. Si adiknya menyalahkan semua kesalahan di bahu sendiri kerana membuat Aqi berseorangan menunggu di tempat letak kereta. Hari-hari yang berlalu terasa berat kerana tekanan perasaan si adik yang disayangi itu. Tambahan lagi, tekanan dek kemalangan yang berlaku pada Umar pula masih belum reda sebelum ditambah pula dengan kes penculikan Aqi.

Farid merangkul nafas dalam. “Jangan nangis camtu sangat. Bukannya kau kenal Aqi setahun dua…” tuturnya datar, hampir tidak bernada. Dua wanita itu terperanjat, lalu menoleh. Lelaki itu berdiri saja di situ, membalas pandangan keduanya. Tanpa pamitan, dia berkalih, kembali pada keramaian.

Maya terkedu, keliru dengan ulah suaminya. Batrisya pula dah menarik kuat hingus cairnya. Pipi sembap ditepuk-tepuk dan dada sama ditepuk kuat berkali-kali hingga terasa sebu.

Wake up, Bat!” Memulihkan semangat diri sendiri.

Maya yang memandang, terus keliru.


“AQI macammana?” Maya menoleh, membuka bicara. Dari dulu lagi dia agak bingung berkenaan sikap suaminya. Ya, dia maklum Farid seorang yang santai dan lepak, namun bila dia masih bersikap begitu bila sesuatu yang buruk terjadi pada adik dan adik ipar dimana yang seorang itu hampir hilang nyawa manakala yang lagi seorang diculik entah ke mana, Maya merasakan dia memang layak risau bagi pihak suaminya itu.

Farid senyum saja, menekan minyak dan Toyota Priusnya keluar dari pusat membeli belah itu dan terus dipandu membelah jalan. “Tak jumpa lagi. Insya-Allah dia okey.”

Tengok?

Maya memandang saja suaminya. Farid menjeling. “Nada abang macam tak risau.”

“Abang memang risau, tapi bila sedar orang yang dirisaukan ialah Aqi, abang rasa tenang sedikit.” Mata kembali memandang jalan. “Maya pun tak payah risau sangat.”

Menggeleng wanita itu. “Dia diculik bang.” Kenyataan dibentang. Bingung melihat sikap tak endah suaminya.

“Ya.” Farid ketawa kecil kemudian, membuat Maya mengerut dahi. “Diculik. Entah apa dia dah buat kat penjahat tu kali ini.”

Nyata Maya blank. “Apa maksud abang?”

Farid menjeling lagi. Ya. Maya tak tau. Maya datang lambat. Nafas terluah. Berat nak bagitau. “Aqi… sangat tegar. Fizikal dia kuat, tapi mental ada problem sikit la, agak lemah, terutama sejak Danny meninggal. Tau kan?” Angguk. “Sebelum Aqi diangkat Danny…”

“Diangkat Danny? I thought dia adik angkat abang?” Pelik pula dia, tidak faham kerana terma beradik angkat yang banyak sangat di sini.

Farid terdiam bila bicaranya disampuk. “Pendek kata, she’s been through a lot. Jenis yang bukan macam sayang atau Bat atau Alice…” Diam seketika. “Anak yatim piatu dan diangkat Danny, dan Danny yang dulu bukan stok Danny yang sayang kenal. Hahaha.” Ketawa pula dia. “In other word, Aqi was well raised by a criminal.

Crcriminal?!” Terperanjat!!

Farid mengangguk. “A tyrant. Tak kisah la pasal tu, tapi Aqi memang boleh uruskan kalau pasal game undergroundtu. Sayang tenang. Tugas kita, cari dia je.”

Kaku wanita itu. Sungguh! Langsung tak sangka. Entah apa reaksinya kalau tahu sejarah keluarga Aqi. Farid menjeling saja, kekal tersenyum. Dimatanya terbayang wajah mereka.

Aqi dan Umar….

Seorang dibesarkan penjenayah, seorang anak penjenayah. Sangat sesuai.


MATA Umar dibuka dan disuluh. Anak mata berwarna hazel nut itu mengecil, bereaksi pada cahaya. Nick menulis dalam laporan. Denyutan nadi pula diperiksa. Bacaan pada mesin ECG dibaca, ditulis dalam laporan. Sukatan air dilihat, ditulis lagi. Suhu badan Umar….

Setelah siap memeriksa, dia menoleh, melihat kekasih hati dan rakannya itu.

Still the same.Takda perkembangan.”

Farid mengangguk. Batrisya tak bereaksi. Keduanya sama merenung muka yang hampir tak nampak dek balutan yang menutup muka itu. Masih tiada perkembangan… eh…

“Kira memang takda harapan la ni?”

“Ada… tapi sangat sedikit. I can say a jot.

Farid menoleh, “That’s convincing.” Diluahkan sarkastik. Geram.

Nick sekadar mengangguk kepalanya sekali. “It can still be proud of. Kecederaan di mana kita boleh anggap membawa maut, he can still endure it. His will power, amazing.

Bibir mengukir senyum nipis. Bangga sedikit bila adik dipuji.

Nick menoleh, mengepitkan borang dengan kertas keras itu di ketiak. “Isteri dia macammana?”

Same. Takde result. Not a clue.” Pandangan rakannya sejak sekolah menengah itu dibalas. “Lainlah kalau dia sendiri datang kepada kami.” Pandangan ditala lagi pada Umar. Batrisya senyap saja dari tadi, tak menyampuk langsung. Dia melabuh punggung di kerusi sebelah Umar, merenung wajah adiknya. Sayu di hati tiada siapa yang tahu kecuali Allah. Batrisya berdoa sesungguh hati. Nick dan Farid sekadar memandang dari belakang.

Orang cakap orang koma boleh mendengar suara orang di luarnya. Batrisya kurang percaya sebab tiada bukti yang kukuh, tapi sekarang dia mahu mencubanya.

“Mar… akak ni… kamu ada di sana?” Rambut adiknya diusap sesekali. “Kami sayangkan kamu, tau tak… Mar…” Sedih sendiri “Mar… akak sayang kamu… sangat-sangat… bangun la cepat. Aqi pun tak jumpa lagi… akak takut benda buruk berlaku kat dia…” Menangis. “Kenapa kamu berdua tak habis-habis buat kami bingung…?” Terus menangis.

Dan Farid dan Nick di belakang memandang saja, tak berniat nak memujuk. Batrisya dibiarkan melepaskan perasaan. Itu yang terbaik untuk wanita berhati keras itu. Si pakar bedah menoleh pada CEO hotel IsOrche itu, menghantar isyarat mata supaya bergerak ke luar. Farid tidak bereaksi. Belakang adiknya dikerling seketika, lalu keluh terhembus. Gerak langkah Nick diekori tanpa bunyi.

“Naper?” terus menyoal setelah pintu ditutup. Nick bersandar pada dinding.

“Aku tak sanggup nak bagitau depan Batrisya. Umar Darius dah makin lemah.” Terus terang.

Terperanjat Farid, spontan melangkah setapak. “Apa maksud kau…?”

Nafas terluah. Tangan dimasukkan ke dalam poket kot putihnya dan tubuh dijarakkan dari dinding, memandang rakannya itu. “Aku taknak ulang. Dari diagnosis aku, denyutan nadi Umar Darius dah makin perlahan. Mungkin masih ada masa untuk selamatkan dia, tapi kalau terus berterusan macam ni…” Bahu dijungkit. Riak Farid menegang.

“Kau buat la sesuatu! Kau doktor, kan?! Memang kerja kau untuk selamatkan orang, kan?!”

“Aku bukan Tuhan, Farid!” tegas Nick, “Keadaan otaknya, jantungnya, his healththe vital organ’s function dah mula deteriorating steadily. Aku taknak bersimpati kalau itu yang buatkan orang berharap kat aku. Kau takkan nak dengar aku cakap‘Umar Darius tak apa-apa, jangan risau, tapi dia ada sedikit masalah yang boleh memungkinkan kematian. Teruskan berdoa’. Please!” Nick menyampah dengan kata-kata sendiri. Farid terkelip. “Kalau tiada sebarang perkembangan positif, ada high possibility untuk Umar Darius meninggal.” Senada. Selamba, namun serius.

Farid mendengus. Memerah mukanya mengalih pandang pada lantai. “Takda cara lain?”

“Terus terang…” Nick sama mengalih pandang di sepanjang koridor wad persendirian itu. “Secara teori, aku tak percaya sangat. Emotion really is something enigmatic.” Farid dijeling, “My psychiatry friend cakap that love heals. Well, frankly speaking, it sounds stupid dan impossible. Tapi aku rasa, nothing is impossible under God’s will… selagi Dia izinkan…”

“Kau nak cakap apa ni?” Farid berkerut dahi, masih tidak dapat tangkap. Nick menoleh padanya.

Mentality. His source of motivation.” Nick menunjuk ke kepala sebelum beralih ke dadanya sendiri. “Well… sebelum isterinya diculik, he shows improvement yang memberansangkan, and everything doomed selepas tu. Something as intangible as that is affecting his health performance, and obviously I can’t cure his motivation.” Kuyu sekali matanya merenung dinding kosong. Mengalah dengan sesuatu yang tak dapat disentuh.

Mata Farid memicing. Mula nak memahami.

“Jadi…” Nick menyambung. “The woman named Aqi… the faster you found her, the probability for Umar Darius to survive is higher.” Dia berkalih membelakangi Farid sambil mata masih tak lepas memandang rakannya itu. “And of course, this is just a hypothesis.” Terus berlalu.

Farid terdiam, merenung lantai. Sekurang-kurangnya, ada harapan!

Previous: chapter 41
Next: chapter 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.