Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 40

UMAR menarik nafas dalam, dalam lagi hingga kembang dadanya, baru dihembus panjang. Berdesir bunyinya. Tombol pintu diputar. Masih berkunci, lalu kunci pendua yang dicari lepas makan malan tadi dicucuk ke dalam lubang kunci. Perlahan diputar, dan buka.

Pintu dikuak perlahan, dan nampak gadis itu di tingkap, merenung ke langit malam. Nafas terluah. Ni yang kau buat sampai sanggup ponteng dinner? Apa la sangat kat langit tu. Gelap je pun. Kalau ada muka aku takpa la jugak… hati membebel.

“Ehem.”

Terloncat bahu Aqi terkejut nampak jelas di matanya. Ahah! Lalu pintu ditutup dan dikunci.

“Kau kenapa?” soal Umar terus, menapak mendekati Aqi. Gadis itu kaku saja, tak bergerak. Umar memuncung, lalu berhenti melangkah, “Kau buat aku macam lari dari tentera Israel je. Lari macam nak kena bunuh.”

Masih diam.

“Kau kenapa? Merajuk? Apa aku dah buat?”

Diam.

“Aqi…” Mengeluh perlahan. “Jangan la buat aku macam ni… what did I do wrong?”

Diam saja, tapi makin menunduk. Umar yang memerhati menghela nafas, melangkah lagi dua tapak.

“Pasal aku mandikan kau semalam?”

“Dah tau tanya lagi.” Aqi membalas pantas. Umar terkedu, lalu tersengih. Dah menjawab tu kira bagus la dari dok diam je macam bercakap ngan tingkap tu.

“Betul la soalan aku. Apa pulak salah aku kat situ?” Aqi mendiam lagi membuat Umar mengeluh perlahan. “It can’t be helped. Semua orang sibuk masa tu. Nurse lak cirit birit. Naper nak malu sangat?”

“Bukannya kau…” Perlahan nadanya.

“Apa? Kau nak doktor Nick gigolo tu yang mandikan kau?”

“Bukan!” Tertelan suaranya, lalu nafas dihembus deras. “Bukan itu maksud aku…”

Bibir mengukir senyum. “Jadi takpa la kan. Aku yang mandikan kau, tak salahkan? Kita suami isteri… jangan la malu sangat.” Kaki melangkah lagi setapak tanpa bunyi.

Aqi mengeluh. “I know… tapi…” Bibir digigit dan panas di wajah meningkat habanya. “Diddid you see…”

Seewhat?”

Bibir digigit lebih kuat. “The-thethe…”

I can’t undress you with my eye shut.” Umar menjawab terus tanpa sempat Aqi menghabiskan kata.

Tersentap gadis itu!! Peluh dingin pecah terus di dahi, lalu wajahnya diraup menahan malu. Malu yang dirasanya bukan sejentik dua. Malu yang sampai rasa nak fly balik Frankfurt sekarang jugak! Taknak tengok Umar buat masa sekarang. “Aaaaarggh…” Menderam. Rasa nak menangis sekarang. Dia betul-betul nak menangis sekarang…!! Rambut diraup kasar dan ditarik kuat dari kulit kepala, cuba bertenang dan menambah ruang untuk otak. Pada masa ini, sakit membantunya sedar realiti yang sedang dialami!

Umar di belakang tersenyum bersahaja. “Aku dah tengok tubuh kau lebih dari tu. Kenapa nak kisah?” Pinggang dicekak sebelah.

Refleks Aqi memusingkan tubuhnya ke belakang, menentang pandangan lelaki itu dengan riak merah nak menangis. Malu yang tak tertahan membuat matanya terasa panas berkaca. Walaubagaimanapun, lidah gagal menuturkan kata-kata bila akalnya jua sedang huru hara untuk mengawal otak supaya mampu membalas bicara lelaki tersebut. Aqi menggigit bibir dengan tangan digenggam erat. Dia speechless!!

Umar tenang merenung. Gadis itu sungguh comel di matanya sekarang, walaupun sebal jua hatinya kerana faham dengan penolakan ego Aqi. Masih tak dapat nak hakikat seorang isteri ke Aqi? Umar merapat, dan kepala isterinya disentuh.

Its not wrong at all you idiot. Kenapa nak merajuk nangis-nangis pula…” ujarnya datar. Kepala Aqi diramas, mengacau rambut panjang itu. Aqi tertunduk sebal. Hingus cair yang terasa nak mengalir ditarik kasar. Umar mengerling, tersenyum kecil. “Dah okey dah? Jangan lari dari aku lagi,” ujar lelaki lagi.

Aqi menggigit bibir, kembali mengadap tingkap. “Itits not like… aku tak suka…. Tapi bila dapat tau I’m being undress masa aku tak sedar…” Mata terkelip berkali-kali dengan nafas tertahan. “…doesn’t seemed enjoyable.” Akhirnya dilepaskan. Nafas dihembus panjang dan oksigen ditarik lagi. Masih cuba memberi nafas baru pada jantung dan akal. Aqi menggigit daging pipi. “What else did you do?” Jeling.

Terdiam dia, tetapi diisi dengan ketawa yang nakal. Perlahan sekali. Aqi terdiam, meneguk liur berpasir. Terasa tidak adil kerana Umar berseronok tanpa mengajaknya. Hmf!

Umar tersenyum nipis, terus merenung langit sambil terus mengusap kepala insan di sebelah. Dia faham rajuk Aqi walaupun kurang mengerti apa dia yang nak dimalukan sedangkan mereka dah tidur bersama. Tetapi buat masa ini, kembalikan gadis itu pada rentak asalnya ialah yang paling penting. Kalau tidak, sampai esok pun dia mungkin tidak akan mampu melihat wajah ceria itu atau mendengar suara merdunya. Umar mendongak ke langit, “Kau tengok apa dari tadi? Bintang?”

Aqi turut mendongak dibuatnya, merenung dada langit. Bintang? Aku pun tak pasti aku tengok apa

I heard that ada hujan meteor malam ni.”

Hujan meteor? That meteor shower ke? “Malaysia mana ada meteor shower.” Dibawah sedar dia membantah.

Umar mengangkat kening, tersenyum lalu. “Sure we have. Perancangan Allah bukannya kita tahu pun. Lagipun, kau tak belajar astronomi nak pertikaikan takde hujan meteor kat Malaysia.”

Aqi meleret bibirnya. Senyap lagi. Umar tersenyum kecil, terus merapat dan cuba berusaha mengalihkan perhatian si isteri dari perkara yang mengusik ketenangannya.

“Kalau la ada bintang jatuh malam ni…”

Ketawa Aqi terlepas berupa sedakan. Menoleh mamat itu dibuatnya.

“Mana ada bintang jatuh. Direct translation ke apa.” Aqi tersengih kecil.

Umar sengih saja. Suka tengok Aqi gelak. “Biarlah apa bahasa dia, asalkan kau faham. Kau taknak tengok?”

“Tengok apa?”

“Bintang jatuh.”

Ketawa kecil lagi, lalu mendongak lagi. “Taknak. Disaster.” Umar mengerutkan dahi. “Kalau taik bintang takpa jugak. Kalau bintang jatuh, dunia tengah kiamat la tu.”

“Mulut… celupar.” Kepala Aqi diluku. Gadis itu tersengih nipis. Dah jadi seperti sedia kala. Lega dia. Umar menopang kepala, merenung sisi wajah itu. Cantik di bawah sinar bulan dan lampu jalan bawah sana. Senyum menguntum.

“Bintang memang hebat kan? Taik dia je boleh buat kau suka,” ujarnya senada, sedikit berbau cemburu. Aqi menoleh terkejut.

“Apa ke…!” Bahu Umar dipukul. “Pakai la bahasa betul sikit.”

“Salah ke bahasa aku?” Muncungnya menggosok bahu. Pukulan Aqi bukannya boleh dibuat main. Kuat.

“DBP boleh saman kau tau tak!”

“Pandai je buat isu” Umar mencemik, lalu mendongak ke atas. Matanya membesar. “Taik!”

Aqi terkejut, lekas mendongak dengan mata membesar. “Mana?!” Bulat sekali matanya melata pandang pada langit hitam, mencari ekor meteor.

“Burung.” Umar menyambung. “Hahahaha… haru… haru.” Kepala siap digelengkan.

Aqi menoleh dengan mata membulat. “Eeeiii!!” Lengan Umar dipukul lagi. Lebih kuat! Mengaduh lelaki itu dibuatnya. Lengan digosok sakit. Aqi mendengus.

“Padan muka!”

Umar mendesis. “Ganas kau ni… tak baik tau pukul suami.”

“Tak baik tau mainkan isteri,” balas Aqi, menjuih. “Baru je aku berharap dapat tengok…” Punah harapan! Hancuss!

“Bintang jatuh?” Umar memotong.

Whatever.” Malas nak layan.

Lelaki itu tersengih saja, lalu mengeluarkan rantai dari poket seluarnya dan dijatuhkan buah rantai bintang berkembar itu dari atas kepala Aqi. Jatuh, tepat di hadapan muka gadis itu. Terkejut dibuatnya.

Loading. “Eeh??”

“Bintang jatuh.” Umar menguntum senyum tampan.

Buah rantai itu dicapai, lalu Umar yang masih tersenyum dipandang. Lelaki itu mengangkat kening padanya. Aqi terkebil-kebil, memandang lagi buah loket di tangan. Rantai ini yang mereka tengok di Langkawi hari itu… ahaha? Seri ceria Aqi membuak. “Bila masa kau beli?” soalnya dengan senyum lebar, hingga menampakkan barisan gigi. Lelaki itu menggeleng, membuat Aqi mengerut dahi.

“Yang dulu tu aku tak. Design loket dia aku ingat. Order kat kedai lain with higher quality and pure white gold,” senyumnya. “Untuk kau. Pakai la.”

Mata hitam itu bersinar sekali memandangnya. Tak kalah menang dengan sinaran bintang-bintang di langit kini. Kulit pipi yang pucat bertukar rona menjadi merah jambu. Blusher semulajadi yang cantik dan mempesonakan, sekaligus mengghairahkan. Bibir nipis lalu tersenyum indah. Senyuman yang tak pernah lahir sebelum ini, khas untuk lelaki itu. Dan nyata Umar kaku menerimanya. Terasa sesuatu menusuk dalam hati, berkembang.

Aqi menunduk, nak menanggalkan rantai bertali hitam yang tergantung di leher. Umar tersedar lalu menunduk. “Meh aku tolong.”

Gadis itu terkedu sebentar, lalu memanjangkan tengkuknya. Rambut yang lepas bebas tadi diikat simpul. Tangan Umar yang melingkar ke belakang leher dibiarkan dan jantung mula berdebar. Terhidu haruman lelaki itu, menghangatkan jiwanya. Aqi meneguk liur.

“Nah.” Umar menyerahkan rantai berloketkan wisel berbentuk silinder itu. Aqi menyambut dan rantai bintang kembar itu diambil si suami itu tanpa kata. Aqi terkedu lagi. Dan tangan Umar melingkar di leher jinjangnya lagi.

Aqi mengangkat pandangan, pada bulu mata yang melentik cantik itu. Tak jelas kalau berhadapan sebab cermin matanya, tapi bila dilihat secara dekat begini, memang nampak. Dan pada mata hazel di sebalik spek bingkai hitam itu… asset paling berharga milik Umar. Pada hidungnya, mulutnya dan seluruh riasnya. Lelaki ini memang kacak. Mengaku.

Tersentap dia bila lelaki itu menunduk tiba-tiba. Berpandangan mereka seketika. Masing-masing membatu kaku. Jantung dah makin kuat berdetap. Sama kencang. Tangan Umar di belakang tengkuknya dah mula bermain di situ, meramas lembut. Jiwa Aqi makin hangat, bergelora. Perasan atau tidak, lelaki itu makin menunduk, mendekatkan wajah mereka. Redup sekali pandangan si mata hazel yang menerkam pandangannya, melahirkan satu perasaan yang sukar difahami. Aqi mengukir senyum di bawah sedar. Menanti.

“Kak Aqi!! Kak Bat suruh turun! Makan!” Zaki menjerit di luar bilik sambil mengetuk pintu. Perlahan saja, namun cukup untuk membuat dua insan itu berhenti berkhayal dan kembali turun ke bumi.

Umar terhenti. Aqi melarikan pandangan, lalu menundukkan wajah. Segan pula rasanya bila gagal mencapai objektif. Bibir terasa kering, lalu dibasahkan dengan lidah.

“Okey…” balasnya lalu memandang Umar. Mamat itu masih terkaku. Aqi senyum saja, menahan segan. Tangan menyentuh dada Umar, lalu baju itu digenggamnya kuat. Lelaki itu ditarik supaya menunduk. Umar terperanjat dan lebih terperanjat saat mulut dikucup si isteri. Ringkas. Senyuman Aqi direnung. Lekuk terindah di bibir merah itu cukup pemalu sifatnya.

Its forfor the necklace…”

Senyap. Segan. Aqi perlahan-lahan beralih dan tangan di dalam genggaman Umar ditarik lepas. Gadis itu keluar dari bilik. Si suami yang ditinggalkan menghela nafas panjang, lalu tubuh direbahkan ke katil.

Tak lama selepas itu, Aqi kembali ke bilik tidur. Cuci muka, berus gigi, si suami di katil yang cukup lepak berbaring dengan kedua belah tangan di belakang kepala dipandang. Tersenyum-senyum. Entah apa yang disenyumkan, Aqi malas nak ambil kisah. Tshirt hitam kosong yang dipakai ditanggalkan dan digantikan dengan baju tidur seksi pemberian Umar.

“Dah tak malu tukar baju depan aku, huh?” Umar menegur di katil dengan sengih nakal. Aqi menjuih bibir bawah, tidak menoleh. Dah segala bagai pun nampak, nak malukan apa lagi. Segan menggila nak balik rumah kedua pun tak ada guna kerana dah memang aurat ni untuk dia. Pulak tu, dapat pahala sebab buat dia gembira. Aqi akhirnya tenang dari taufan yang melanda di jiwanya sejam tadi.

Aren’t you glad…” balasnya.

Umar tergelak perlahan. “I sure am.”

Aqi menutup lampu utama manakala lampu tidur dipasang. Suram romantik. Gadis itu baru nak masuk dalam selimut sebelum perasan Umar dah pun merentang tangan kanannya. Mata yang masih ditutup kaca mata itu ditentang. Umar kekal tersenyum walau tahap lebarnya sudah memanjang sedikit. Mata mengisyaratkan ruang kosong di lengan, meminta Aqi berbaring di situ. Gadis itu meluahkan nafas, sekadar menurut. Telapak tangan Umar dijadikan bantal. Tergelak lelaki itu dibuatnya.

“Apa la nasib aku dapat bini yang begini.” Tubuh itu terus ditarik supaya merapat ke tubuh. Aqi membiarkan. Pandangannya bertaut dengan renungan anak mata hazel itu. Umar mengukir senyum. “Do you remember my 10 demands? Masih ada 7 lebih kan?”

Still up to it?” Aqi menarik cermin mata di pangkal hidung lelaki itu. Umar membiarkan. Cermin mata bingkai hitam tebal itu diletaknya di hujung bantal.

“Yeah…” Bantal di pelukan Aqi ditarik supaya dilepaskan. Selamba dibaling ke lantai.

Aqi meleret bibir. “That demand sepatutnya dah habis. Considering your demandsmacam you want me love you, you want me spend my life with you, you want me lunch with you, you want me to bath with you, you want me to massage your body, you want me to read you a book, you want me to wear bla bla bla… macam-macam.”

“Kalau macam tu, fine. I’ll use my last demand.” Pinggang isterinya dirangkul dan ditarik rapat hingga bertemu tubuh.

“Apa dia?”

“Jom keluar dari rumah ni dan bina keluarga kita sendiri?”

Terkaku seketika sebelum tersenyum. “Tu dah dua demand namanya, awak.” Hidung suami dicuit.

“Ah, tak payah kisah dengan detail kecik gitu… so, cemane?” Wajahnya dirapatkan bersama sengih.

“Keluarga kita… eh?” Mata dah mula membayangkan keluarga mereka di masa hadapan. Pada dia, Umar dan si kecil. Dua si kecil. Tiga si kecil. Aqi tersenyum bahagia tanpa dapat dipaksa. Umar turut tersenyum dibuatnya.

“Em…. We’ll live together, in our little house with beautiful lawn untuk anak kita belajar silat.”

Aqi tertawa geli hati. Umar mengucup pipi isterinya.

“Silat belaka. Nak bagi dia martial art skill, bagi la. Asal jangan bagi skil bertumbuk jalanan macam yang awak punya…” Nada merendah dan semakin tenggelam bila mulut Umar meliar di tengkuk. Tangan yang merayap di tubuh dipegangnya. Aqi menunduk, mencari mata kuyu itu. “Mar…”

Angan-angan tentang rumah sendiri dan keluarga untuk dibina tergantung tanpa benang, semakin menghilang di fikiran masing-masing saat minit ke tengah malam semakin mendekat. Itu ialah rahsia.

Previous: chapter 39
Next: chapter 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.