Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 48

BATRISYA menoleh, tersenyum gembira saat melihat Aqi. Lekas dia mendekat, memegang tangan adik iparnya itu.

“Kamu okey, sayang?”

Automatik dahinya berlapis mendengar soalan itu. Apa ke relevannya soalan itu…? “Yea… I’m fine. Straight datang sini dari vila… so, yeah, I’m fine. Kenapa panggil Aqi ke hospital sedangkan dah cukup ramai ni?” soalnya, melihat Farid dan Maya ada sama di situ. “Ma dok membebel kat vila sebab tak menang tangan nak jaga Pal ngan Mun…”

“Suami kau dah sedar.” Farid memotong.

Bicara Aqi terhenti. Farid dipandang. Lelaki itu menyuruhnya masuk ke dalam wad. Aqi pula terkelip-kelip, memandang Batrisya yang tersenyum nipis sambil mengangguk. Kembang kempis hidung Aqi, kurang percaya. Tambah-tambah Maya yang memalingkan wajah darinya. Ni nak prank aku ni, kan…. Skeptik.

Aqi walaubagaimanapun menapak masuk. There. Umar masih terbaring macam biasa. Sahih, si abang itu menipunya. Aqi mendesis, lalu merapat ke arah katil. “Heya, Umar Darius. Masih tak sedar-sedar?”

Umar menoleh. Aqi terkaku. Mata hazel itu sedang menentang pandangannya kini. Pandangan mereka sedang bertaut kini. Aqi terundur setapak ke belakang, tak percaya.

“Ka… kau dah sedar?”

“Err…”

Senyuman Aqi melebar, menampakkan barisan gigi putihnya. Lalu, dia menerpa pantas dan memeluk tubuh itu. Terkejut Umar!

“He… hei! Miss!”

“Kamu dah sedar! Ya Allah… kamu dah sedar…!!” Peluk lagi erat. Sangat gembira! Rangkulan dieratkan bersama tangis gembira.

“Ya… ya… saya dah sedar… but please. Lepaskan saya. Sakit…” rintih lelaki itu.

Aqi tersedar, lekas melepaskan pelukan. Air mata meleleh setitik, gembira. Wajah suaminya kembali direnung. Mata hazel yang cantik itu… Aqi benar-benar merinduinya… lalu tangannya naik, mengusap wajah lelaki itu. Astaghfirullahalazim… Ya Allah… Dia betul-betul dah sedar…. Lalu muka itu dicium bertalu-talu bagi melepaskan rindu yang bersarang.

Umar terkejut beruk. Tubuh kecil itu ditolaknya kasar dan dia kelam kabut cuba untuk bangun. Muka dan bibir dikesat-kesat kasar. Aargh….! Aqi terperanjat, namun merapat lekas bagi membantu lelaki itu duduk bersandar di kepala katil. Mata hazel itu ditenung dengan pandangan rindu, lalu dia menangis gembira. Terlalu gembira. Ketawanya turut terlepas di pinggir bibir.

Lelaki itu membiarkan saja, masih beriak keliru. Tangan kecil yang bermain di mukanya ditarik melepaskan. Farid dan Batrisya di muka pintu dipandang hairan, dan kembali pada wanita di hadapan matanya.

I miss you a lot…” ujar Aqi lagi dengan senyum gembira.

Who the hell are you?”

Soalan itu seperti roadblock di tengah-tengah highway. Jantung Aqi yang berdenyut kencang tadi terasa terhenti seketika. Terkelip dia. “Eh?” Tangis gembiranya terhenti.

Umar menarik tangan Aqi di mukanya dan dialih. “Also this is the first time we meetkan? Hands off me.”

Beku. Blur. Terperanjat hingga tak terkata. Tangan yang diletakkan di atas katil oleh Umar naik kembali, menyentuh muka itu. Betul ke Umar? Betul la kan? Muka ini… perasaan ini… mata itu… memang Umar kan?

Tapi pandangan matanya….

I repeat miss. Hands off me. What’re you? Pervert?” Tak bernada menandakan dia serius.

Terbuka mulut Aqi, tak percaya. Lalu kepala menoleh ke belakang, pada adik beradik itu. Batrisya menundukkan kepala sementara Farid menentang pandangannya. Pandangan blur Aqi dibalas dengan ‘balik vila sekarang’.


“HILANG ingatan?!” Terlontar suaranya kuat. “Is that a joke? If it is, it’s a very-very bad joke,abang.

Farid menganggukkan kepala, berpeluk tubuh sambil bersandar. Cuma mereka berdua saja dalam bilik kerja lelaki itu. Bercakap face-to-face, terangkan segalanya. “Hilang ingatan yang bukan biasa kita dengar. He still got his memory until he’s fourteen, and after that, he’s completely losing it.”Aqi direnung tajam. “Get me? For crying out loud, he doesn’t remember you at all.”

Aqi beku, tersandar pada kerusi yang diduduki. “Sebab Aqi muncul dalam hidup dia masa dia umur 16?”

Yeah.

“Jadi, dia tak ingat Kak Maya, Zach, mak, Pal… Mun….”

Yeah.

“Jadi, dia cuma ingat abang, Kak Bat, Siti and company the rest… Mimi?”

Yeah.

Kaku lagi. Kecewa. Sangat-sangat. “Boleh dipulihkan, kan?” soalnya merendah. Farid menghempas nafas.

“Boleh cuba. Tapi yang buat abang bingung the most…” Aqi mengangkat pandang. “Umar, semasa dia tingkatan dua… is when he maddeningly in love with Mimi.”

Mulut Aqi terbuka. Kaku. Nganga. Teringat setiap bicara rakan-rakan sekolah Umar hari itu mengenai cinta monyet Umar. Aqi meneguk liur, terasa terancam.

Not to mention he’s at that age. Aci nak rebel je,” lanjutnya perlahan, merenung yang Aqi masih ternganga. Farid merapati meja dan menongkat kepalanya, tersenyum nipis. “Can you take down this Umar Darius?”

Aqi menutup mulut dan menjilat bibir yang terasa kering. “Well I’m not sure… tambah lagi minah tu masih ada hati kat Umar.” Mata dikerlingkan ke kiri bersama keluhan perlahan. Farid mengangguk.

True.

Nafas terluah berupa keluhan. “Can’t we just tell him that I’m his wife?”

Farid tersenyum, lalu bersandar. “Wellyou know… siang tadi…”


BATRISYA mengambil tempat duduk di sebelah adiknya itu. “Berapa umur kamu sekarang, Mar?”

“Haaa?” Luas mulut Umar nganga. “Dah berapa lama akak lepak kat M.U. sampai lupa umur Mar? Kecik ati gini.”

Batrisya tersenyum nipis. “Sorry, sayang….”

“Suka benar akak sebut ‘sayang’ sekarang,” tegurnya pelik. Tersenyum hambar lagi. Memang Umar zaman sekolah menengah.

“Jawab je….”

Muncung. “14. Tingkatan dua. Sedang dalam proses nak pikat Mimi. Baru minggu lepas bergaduh ngan Vicky sebab tu. Jangan lupa lagi.”

Mata Batrisya membulat. “Oh…” Kedengaran sayu. Umar merenung pelik.

Tak berapa lama kemudian, Farid pula menapak masuk. Maya mengekori di sebelahnya dan Nick dah pergi kerana ada kerja lain. Batrisya beralih ke hujung wad, duduk di kerusi malas lipat di situ.

“Hey. Budak pemalas. Aci kerja tidur je hampir lima bulan. Makan pulak setengah mati. Kau ni diet pun bawa-bawa la bertenang.”

Umar menoleh, toya. “Abang tension pasal apa ni? Tiba-tiba datang membebel gini…” Wanita bertudung di sebelah Farid dikerling lagi. Masih memikirkan gerangan siapakah wanita itu. Setahunya Farid tidak pernah melekat dengan perempuan.

Farid mendesis, menahan rasa di hati. Maya di belakang hanya memandang sayu.

“Pasal kau… pasal kau hilang ingatan.”

Bertentangan mata.

“Mengarut.” Datar dia membantah, memandang kakaknya di kerusi lipat sana. Farid mendesis, lalu menarik Maya supaya duduk di hadapan Umar. Lelaki bermata hazel itu kembali menoleh, memandang wanita bertudung itu.

“Kamu kenal dia? Maya, isteri abang.”

“Eik?!” Terjerit dia kuat hingga terperanjat sama tiga orang dewasa itu. Kenapa menjerit begitu? Bulat mata Umar merenung wanita bertudung itu, sebelum kembali memandang Farid. “Mar ingatkan abang akan kahwin orang macam Kak Alice.”

“Malangnya tidak.” Maya menoleh. “Dah hampir tiga tahun kami berkahwin dan ada anak sorang di vila nu. Kak Bat kamu pun dah kahwin.”

“Eeh…” Umar tersengih lebar, menoleh pada kakak garangnya itu. “Ada jugak orang yang nak.”

“Also, kamu juga…”

“Kalau tengok kat badan Mar yang tough ni…” Dia memotong. Tangan dibengkokkan dan bicep yang mengembang dilihat. “Cakap abang agak logik. Hilang ingatan… tapi aneh la rasanya bang. Bangun tidur je tiba-tiba orang cakap Mar dah besar, dah tua. My sight worsen too.” Dia tidak ingat dia rabun teruk begini. Hampir tidak nampak kalau tidak menggunakan bantuan cermin mata. Bukan ke semalam penglihatannya masih elok? Farid lalu dipandang. “Berapa umur Mar sekarang?”

“25.”

“Wooho!!” Sengih lagi. “Mendadak naik sebelas tahun! Berapa PMR Mar?” Itu yang dibingungnya. Farid terdiam sebentar sebelum menoleh pada Batrisya. Berapa?

“1A 4C 3D.”

Rahang terjatuh. “Atas tanah. Nyawa-nyawa ikan je.” Kecewa dia, lalu berbaring. “Tak perlu bercakap lagi la. Tentu kehidupan Mar teruk lepas tu kan? Duk tepi jalan, cari makan, peras ugut orang, kena halau dari vila sebab jual dadah… kaki perempuan. Sebab tu Mar eksiden sebab memandu masa tengah high…” Tubuh ditarik berbaring mengiring, membelakangkan ahli keluarganya. Menyesal tak belajar bersungguh-sungguh dulu.

Baru nak menyesal sekarang apa gunanya.

Farid menghempas nafas. “Hidup kau okey je Mar.”

“Ha’ah. Kena jaga keluarga, mana nak okey. Mesti Mimi pun tinggalkan Mar kan? Kejap, Mar masih dalam proses nak pikat dia, mana ada nak break up ke apa.” Diam sekejap, lalu dia menoleh ke belakang, pada abangnya itu yang masih berdiri di sebelah bininya. “Mar ngan Mimi couple?”

Err… “Yeah. Tapi…”

“Betul?!” Excited dia, duduk lagi. “Wah. Tentu kitorang happy couple kan?”

“Well. Yeah. But…”

Mata hazelnya bersinar. Sungguh! “Seriously? I see… haha.” Bahagia sungguh bunyi ketawa itu. Kaki ditarik lalu bersila. Riak kosong abangnya direnung. “Macammana dengan SPM Mar pula? Oh! Jangan jawab.” Tangan diawang ke udara.

“8A 2B.” Batrisya menyahut.

Telinga ditutup lekas. “Mar cakap jangan jawa – what?” Membulat matanya, menoleh lipat maut. “Lapan… A?”

Angguk. “8A. Lepas tu kamu teruskan pelajaran kat Matrikulasi Melaka dan ambik akaun. Dapat pula ke Korea dalam bidang yang sama. Sekarang kamu bekerja under Bang Farid kamu kat hotel pa. You’re now a senior manager dalam department finance hotel IsOrche tu,” jelasnya panjang, enggan menceritakan pasal Aqi. Biar Farid yang ambil alih tentang topik itu.

Umar ternganga luas. “Wohoho huhu… manager tu. Muda sungguh umur Mar dah kena jadi manager. Ni yang dipanggil parent’s seven light, huh? Kalau ikutkan kredibiliti Mar, layak ke Mar jadi manager?” Farid dikerling. Abangnya itu hanya mendiam, enggan bercakap banyak tentang itu. “Jadi abang sekarang CEO hotel tu?”

“Nampaknya macam tu la…” Perlahan dijawab.

Umar tersenyum nipis, hambar. Dagu yang berkumis digaru. “So… sambung study kat Korea, huh? So, I can speak Korean?” Maya dipandang. “Ohaiyogozaimasu. Yo soy Umar, hombre mas cool. Qui vous etes?” Apa khabar. Saya Umar, lelaki yang cool. Awak pula siapa?

“Kau bercakap jepun, Spanish and French in one go. And none of em’ are Korean,” sampuk Farid merenung adiknya. “Dan sejak bila kau reti cakap bahasa lain begitu?” Pelik.

Sengih. “Then… is it somewhat like Je maple Umar?”

“That is also French and stop playing around, you wacky boy.” Naik geram. “And your life is A-OK. No worries.”

Umar menggeleng tiba-tiba. “I’m not dreaming kan?” Pipi dicubit. Lengannya ditampar sekuat hati. Sakit! “Atau masa Mar tidur, Mar masuk dimensi lain bawah sedar. Time warp? Atau Mar jumpa makhluk asing pastu dia bawa Mar ke planet dia where rakyat dia sama muka dengan abang.” Farid dipandang. “Atau Doraemon comes out alive dan pilih Mar dari berkawan ngan Nobita. This is not a child game kan?”

Maya kaku. Imaginasi dia ni…. Farid menghempas nafas sebelum mendekat dan menjentik dahi Umar kuat. Starlight. Terlontar suara mamat itu, sakit. Dahinya digosok.

“Wake up!”

“Okay.” Tersengih dia. Mata memandang Maya di hadapannya lagi. Kakak iparnya bak kata abangnya. Waha… nampak lembut dan cantik juga. “So I am hilang ingatan.” Mata dikerlipkan sekali.

Farid mengangguk, lega. Umar tersenyum kemudian.

“Akak apa khabar?” Tangan dihulur. “Nama saya Umar Darius. Hobi saya bermain bola keranjang dan main PS3 Bang Farid. Lahir 5 September dan zodiak… aaahh!!” Telinganya ditarik Farid.

“Dengar cakap abang.” Geram sungguh. Betul-betul macam melayan Umar yang dulu-dulu.

Umar menarik balik telinganya. Sakit…. Digosok perlahan. Maya menoleh memandang suaminya dan Batrisya di belakang duduk bersandar sambil berpeluk tubuh. Farid merenung adiknya itu. “Pa dah meninggal.”

“Eh?”

“Car crash. Pa meninggal beberapa tahun lepas.” Ternganga adiknya, terkejut. Farid meneruskan kata tanpa sempat Umar mencerna maklumat mengejutkan itu di kepala. “Kak Bat kamu berkahwin dengan sorang anggota polis dan dia dah mati tiga tahun lepas. He got a sister, sama umur dengan kamu, jadi adik angkat kita… bernama Aqi.”

Kepala Umar terasa berdenyut. “Aqi…” Bawah kepalanya terasa dicucuk jarum akupuntur. Umar mengurut belakang tengkuknya. Terasa berdenyut tiba-tiba di bawah otak. Sakit.

“Sebab amanat pa after he died, she become your wife.” Farid melanjut kata. Maya dan Batrisya diam cuma. Jiwa masih sayu, sebak.

“Wi… what?!!” Terjerit dia lantang dengan mata membulat mendadak.

“Aqi is your wife,” ulang lagi. Rahang Umar jatuh terus.

“Wait… wait seminit…! Hoho. You’re saying that… Mar dah kahwin… sebab amanat pa… and my wife is not Mimi?! Heck, I’m married already? I’m a husband already?!! Jangan tambah Mar dah ada anak pulak! No… no…. This is too much to be taken in one time.” Dia menggeleng deras, serentak dengan sakit di kepala yang makin mencucuk. Rasa sakit yang tajam! Umar memegang dahinya. Peluh dingin mula pecah di dahi.

Farid mengeluh sedikit. “This is the truth, Mar.”

“Okay, the truth… tapi…” Makin sakit. Otak terasa disiat. Muka Umar memerah menahan sakit. Berkerut seribu riaknya memaknakan rasa yang dialami sekarang. Sakit…. Maya yang terlebih dahulu perasan dan mendekat.

“Umar?”

Umar terus menggenggam kepalanya sambil menundukkan kepala. Berkerut mukanya menahan perit yang menyerang tiba-tiba itu. Seakan-akan bereaksi pada nama itu. “Sapa… Aqi…” Makin perit kepalanya. Terasa digilis. Peluh makin lebat menitik di dahi. Bahu diangkat dua belah, cuba nak mengepit kepala. Umar mendesis deras. Makin deras!

Farid mula bingung, mendekat. Batrisya sama mendekat.

“Bat! Panggil Nick sekarang!” arah Farid cemas. Adiknya itu kaku kejap sebelum mengangguk, berlari keluar. Umar dah mula terbaring sambil mengerang. Sakit… sakit…! Sakit!!

“Aaaarrgghhh!!”

“Umar! Bertahan!!” Air mata Maya mengalir melihat adik iparnya itu. Nampak sangat sengsara. Jeritan Umar makin lantang, meraung kesakitan. Kepalanya terasa digerudi. Menegang urat lehernya dan makin merah muka bersama peluh yang makin banyak merembes. Farid makin cemas, menoleh ke belakang. Cepat la Bat!!

Previous: chapter 47
Next: chapter 49

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.