“LEGOLAND?”
“Eh?!” Suara si kecil
bersemangat!
“Yep. Cuti kan hari ini
sebelum puasa dua hari lagi.”
“Tapi… I thought…”
“Apa salahnya kita bercuti
dari kerja pejabat tu sehari… jom, Maya. Mama sekali la. Mar, kau tinggal.”
“Pulak? Naper Mar yang
kena tinggal?”
“Habis siapa yang nak jaga
rumah?”
“Aeh… ma tak boleh jalan
jauh-jauh…”
“Ala, negeri sebelah je
ma. Lagipun, nak bagi Aqi ngan Umar duduk berdua je buat sehari dua ni.”
“Ala, mengejut sangat la
ni bang. PA abang tau?”
“Tak payahlah nak consult dia pagi petang siang malam.
Sampai sana nanti abang bagitau la.”
“Habis, apa pulak dia rasa
kalau abang bagi short notice macam
ni?”
“I’ve done this countless time.”
“No wonder si kakak tu selalu menangis.”
“Alah… abang pun nak
bercuti jugak dengan family… bukannya
selalu pergi Legoland, kan Zaki?”
“YAY!!”
“Yes,bagi abang high five!”
“Ma?”
“Ma tak tahu la… tapi
kalau sebab budak berdua tu…” Anak
lelaki anak mata hazel itu dipandang. Mendiam saja dia dari tadi, mendengar
perbincangan di meja sarapan. Daten Orched menghela nafas panjang. “Ma join.”
“Great. We’ll go by two cars.
Bat, kau bawak mama, Pal ngan Zaki. Aku bawak famili kecik aku ni. Hohoho…”
Dan sekarang Umar merenung
laman rumah yang kosong dari muka pintu dengan riak bosan macam menonton
Maharaja Lawak Mega yang gagal. Kedua belah tangan diseluk ke dalam poket
seluar pendek paras lutut yang dipakai. Terasa bosan sungguh. Bila tiada
langsung manusia yang mengisi banglo dua tingkat ini, sunyi yang dirasai nyata
cukup mencengkam. Hubungan dengan jiran pun tak baik sangat dan tak semesra
macam suasana di kampung. Setiap rumah ada pagar sendiri. Setiap rumah mementingkan
kehidupan masing-masing, dan cuma kehidupan mereka. Bukan yang lain. Umar
menghela nafas panjang.
Terdengar derap kaki yang
menuruni tangga di belakang. Umar menoleh, memandang gadis yang mengenakan round neck labuh hingga ke paras paha, serta
tight hitam yang menutup paha. Kedua-dua
sleeve round neck itu ditarik ke atas
bahu mendedahkan lengan yang cukup kecil ototnya. Rambut pula ditocang dua,
kiri dan belakang. Cantik gaya rambut kau, Aqi? Si isteri itu melangkah ke
dapur.
Aqi bergerak keluar dari
dapur sambil mengacau-ngacau anak rambut yang menutup dahi. Sosej di tangan
dibawa ke mulut. Umar yang tegak berdiri di muka pintu lalu dipandang. Terkejut
seketika.
“Kau pun kena tinggal
jugak?” Sambil mengunyah dia bertanya.
Bahu berjungkit menjadi
balasan. Macam yang kau tengoklah….
“Ooh…” Kepala ditunduk,
melihat penampilan diri sendiri. “Ah, biarlah.” Suami sendiri melihat dia yang
begini, bukannya berdosa pun. Kaki lalu diheret ke ruang tamu. “Kau dah
sarapan?” soalnya tanpa menoleh.
“Dah.” Umar bergerak ke
sofa, duduk di sebelah si isteri itu. Melekat jua matanya pada kaki putih yang
dibiarkan terdedah. Aqi beriak selamba dan biasa, memeluk bantal sofa. TV di
hadapan dihidupkan, memaparkan Astro Awani. Drama melayu memuncul di skrin.
Tidak diketahui tajuknya. Kepala ditopang dengan lengan, menonton. Malas
sekali.
Umar turut merelakskan
diri. Tubuh disandar dan tangan kanan dibentang di belakang sofa manakala kaki
terkangkang hingga mengenai kaki Aqi. Matanya turut menonton drama di hadapan.
Gadis itu mendesis, menolak kaki Umar supaya menjauh. Umar membalas dengan ulah
yang sama, cuma lebih kuat. Geram dibuatnya, lalu Aqi melipat kaki di atas
sofa.
Lima minit….
Aqi menjeling pada jam
digital di hujung sudut TV. Dahi berkerut, sedikit pelik. Lelaki di sebelah
dipandang. “Kau tak kerja?”
Anak mata hazel itu
mengerling sekilas. “Kau nak aku kerja?”
“Well, takkan tiga beradik pun nak tinggalkan office tu pada hari yang sama.”
Senyum meleret nipis. “Kau
tak bosan ke nanti?”
Terdiam Aqi. Kepala
kembali dipaling pada watak perempuan comel dan manja di skrin TV di hadapan. Tidak
menjawab. Umar meleret senyum nipis.
“Nak aku kerja ke tak?”
Tanya lagi.
“Aku taknak kau abaikan
kerja kau sebab aku…” Anak mata hitam Aqi mengerling ke hujung mata.
“Tau pun nak menjawab.
Ingatkan bisu.” Umar membalas datar, kembali bersandar. Perlahan, Aqi menoleh
dengan muka geram. Bibir terjuih, berfikir.
“Ah, sorry bang.” Gemersik. Automatik Umar menoleh dibuatnya. Aqi membetulkan
kedudukan duduk hingga bersimpuh di atas sofa. Tangan kiri lelaki itu lalu
dicapai dan digenggam. Senyum diukir, menambah manis di wajah seperti menambah
gula dalam larutan glukosa. Belakang tangan suaminya diusap-usap dengan lenggok
tubuh yang manja lalu diusap-usap belakang tangan lelaki itu ke pipinya.
“Erm… Aqi lagi prefer abang pergi kerja. Tak elok tau
tinggalkan kerja-kerja kat pejabat tu sesuka hati. Aqi tak suke! Aww!” Kepala
Umar terundur. Tak tertelan liur melihat Aqi begini. “Erm… tapi nanti Aqi
bosan… cam bosan je nanti… erm… tak suke…” Bibir dimain-main macam Bobo
Youtuber buat parodi Syasya Solero. Kepala dijatuhkan ke kiri dan mata
dikerling manja pada si suami. “Kalau Mar, Mar nak buat apa?”
“Aqi… okey… aku mintak sorry…” Tangan ditarik dari terus
diramas-ramas dan dicubit-cubit. Sakit dan seksa melihat Aqi berlakon gedik
paksa begitu. “Dah, jangan parodi Bobo lagi.”
Ketawa terlepas dengan
kepala terdongak ke langit. Wajah kembali dihadapkan pada suaminya sambil
menutup mulut yang masih tak hilang dengan gelaknya. Geli sungguh rasa hati
melihat riak Umar yang begitu. “I feel
like an idiot…” Sempat menutur dalam sisa ketawa yang masih tak hilang.
Muka ditekup, terasa hangat pipinya. “So
this is how it feels like jadi Bobo…”
Umar turut tergelak lalu.
Berjangkit dengan ketawa Aqi yang tak berhenti. “Yea… I can see that.”
Dia maklum dengan emosi
yang senang berubah itu. Terlalu mudah dan terlalu tiba-tiba sifatnya, seperti
hujan panas. Tengah-tengah cerah terik tiba-tiba hujan turun. Kadang kala dia
tidak kisah, tetapi kalau macam apa yang terjadi malam tadi, dia naik haru juga.
Baru je sebelum tu Aqi dengan mode
manja romantik gatal. Bila balik bilik, si gadis dah kembali jadi iron lady. Tak boleh ditinggalkan
langsung!
Aqi memuncung, lalu paha
si suami ditumbuk perlahan. Sisa ketawa terlepas lagi di hujung bibir. Astro
Awani ditukar kepada Discovery Channel. Lagi berbaloi tengok siaran dokumentari
begini daripada melihat perempuan menangis kerana putus harapan di dunia. Umar
di sebelah masih tidak melepaskan pandang pada si isteri. Kepala digeleng
perlahan, masih terasa kelakar dek aksi Aqi tadi. Dua lubang tanpa
anting-anting di telinga kiri itu dipandang. Dia suka memakai anting-anting,
bukan? Umar tersenyum kecil, mula memikirkan anting-anting apa yang nak
dihadiahkan pada si kesayangannya ini.
“Bear in mind…” Aqi bersuara tiba-tiba.
“Em? Nak bear apa?”
Aqi menoleh, terkedu. “Eh?
Tak… tu… tajuk Discovery Channel kali ini. Pasal beruang tu ha…” Beruang kutub
yang cukup comel dengan bulu putih gebu terpapar di skrin. Umar menoleh,
mengangguk.
“Oh… bear beruang…” Faham.
“They’re so cute… yet so
buas.” Bantal dicapai, dipeluk lagi. Umar mendiam saja, kekal menonton haiwan
yang menetap di kutub utara sana sedang membaham mangsanya. Sekali-sekala, Aqi
dikerling. Rambut yang diikat dua dan ditocang itu dikacau-kacau. Aqi menepis,
geram. Tersengih lelaki itu lalu. Jarak diantara dia dengan Aqi dikurangkan
bila punggung diheret merapat sedikit. Rapat. Lagi sedikit. Bertemu paha.
Menoleh gadis itu lalu, terperanjat. Umar masih beriak selamba, tidak melarikan
pandang dari TV di hadapan. Bila Aqi nak mengensot pergi, lekas tangannya
merangkul bahu isterinya. Terperanjat lagi dia.
“Mar?”
Tidak membalas. Posisi
duduknya kali ini lebih selesa bila boleh memeluk Aqi.
Aqi mendesis. Terasa
terbakar bahagian kulit yang bertemu kulit dengan lelaki itu. Tubuh Umar cuba
ditolak lagi, namun tidak berjaya. Lelaki itu berdegil! Tolak lagi lebih kuat,
namun masih gagal. Akhirnya Aqi membiarkan. Malas sudah.
Dan senyum yang menguntum
di bibir Umar bila sudah tidak terasa penolakan dari Aqi, lebar sekali! Kepala
gadis itu ditarik supaya bersandar ke bahu. Aqi terkelip, kaku. Lambat-lambat,
senyum menguntum jua, dan duduknya diselesakan dalam rangkulan si suami.
Senyap. Suasana dalam vila
itu memang cukup senyap dan sepi. Suara dari TV cuba nak memecahkan suasana,
namun masih terasa sepinya. Waktu terasa lambat benar berjalan, tetapi masih
tidak berhenti kerana setiap detikan jarum saat pada jam dinding masih
membuktikan masa yang melangkah. Umar menjatuhkan kepala, bersokong dengan
kepala Aqi di bahu.
“Bila kau dah boleh terima
aku, aku nak anak ramai. Takdelah merasa rumah sepi macam ni sangat.”
Aqi terkelip, lalu
tersenyum sumbing. “Aku dari keturunan anak sikit tau…”
“Aku buat la kau beranak
ramai. Sorang setahun.”
Tergelak Aqi dibuatnya.
Paha Umar dipukul, dan lelaki itu tersenyum kecil. Mereka berbual kecil.
Daripada tajuk beruang, pergi ke tajuk rambutan, mengenai dusun buah di
universiti lama, dan rancangan nak menanam sayur-sayuran di laman belakang,
berbual dan terus berbual. Bila Umar buat lawak, Aqi akan tertawa dan Umar
ketawa sama. Bila Aqi mengusik, pipinya yang menjadi mangsa cubitan. Dan gelak
lagi. Masing-masing tidak perasan sepi yang mencengkam tadi menghilang dek
kemesraan yang terjalin.
“Oh ya, by the way, did you know kau tidur
berdengkur? Entah-entah kau ada resdung tak?”
“Pulak dah. Kau ada
resdung tak?”
“Em? Tak.”
“Tapi kau pun tidur
berdengkur juga. So hipotesis kau tu is a
no-no.” Kepala digeleng sekali dua.
“Mana ada!!” Bantal sofa
dipukul pada Umar. Lelaki itu tersengih.
“No, seriously. I’ve slept with you every night, aku tau la how you behave on the bed.”
Mencemik gadis itu
dibuatnya. “Kau mana tau aku behave
macammana masa tidur sedangkan tak pernah tidur sekatil.” Kepala dipaling.
Umar lalu tersengih nipis.
“Aku intai kau tidur setiap malam. And I
have like, this kinky imagination…” Nafas ditarik berupa desisan, siap
dengan senyum nakal diukir di wajah. Bernafsu sekali riaknya ditunjukkan pada
Aqi di sebelah, seperti reaksi lelaki gila seks yang sudah lama giankan anak
dara bergetah.
Jatuh rahang wanita itu
dibuatnya, lalu bahu lelaki itu dipukul-pukul. “Eii! Mar, kau geli!! Psycho!! Gi main jauh-jauh! Edward
Cullen!”
Tergelak dibuatnya. “Ada
ke pulak disamakan dengan Edward Cullen… tapi which part? The handsome part?”
Aqi mencemik. “Stalker.”
“Wha?” Umar menoleh.
Aqi menjuih bibir bawah. “Observing a girl in her sleep. Creepy. Mob! Pedophile!
Garbage!!”
“Hey, lady…” Geram pula dia bila dibantai dengan kata-kata tak
berperikemanusiaan itu.
Bantal sofa dipeluk dan
dagu dibenam ke bantal empuk itu. “Macam kau. Eii…” Menggeliat lagi. Umar di
sebelah terdiam, lalu dinding pipi dicucuk dengan lidah. Mulut ditutup, menahan
rasa geli di hati. Namun sesaat dua, ketawanya perlahan-lahan terlepas dengan
bahu terhinjut-hinjut. Terganggu, lalu Aqi menjeling.
“Kau ni dah kenapa?”
“No… you have an overly
self-concious. Ingat aku betul-betul ke nak intai kau tidur?” Berkerut dahi
Aqi, dan Umar merapatkan wajah. Pandangan dijatuhkan ke dada isterinya dahulu
sebelum senyum yang bergayut di bibir bertukar sifat. Nakal. “Seriously, Aqi. Kalau aku nak intai
orang tidur, aku intai perempuan.”
Terkelip-kelip wanita itu
seketika, sebelum terlongo lagi dia. Bahu Umar lalu ditampar kuat. “Eh, teruk
eh mulut kau! Blah la!” Tampar dan tampar lagi, lebih kuat. Terlalu geram bila
dilabel sebagai jantan secara kiasannya. Umar tertawa lagi lebih kuat. Tau
kalah. Aqi menghembus nafas panas, lalu mengalihkan tubuh, membelakangkan si
lelaki. “Taknak kawan kau lagi!” Serius!
“Tu la… kurus sangat
sampai badan kecik straight cut macam
ni…. Kau tak makan ke masa kau membesar? Atau kau anoreksia?” Tersengih lagi,
cuba nak mengusik.
Senyap.
“Haha… Aqi…” Tubuh dibawa
merapat dengan leher memanjang, melihat muka merajuk itu. “Hahahalamak… tangkap
pilu… ni kenapa sensitif sangat ni?” Pipi Aqi dicuit. Aqi menepis keras. “Sayang?
Em?” Pinggang isterinya pula dicuit. Automatik Aqi tegak seperti direnjat
elektrik. Geli. “Oh sayang… jawablah… em? Em? Em?” Belum sempat Aqi nak
menegah, Umar mencuit lagi di seluruh badan Aqi. Dan menggeletek. Gadis itu
terjerit, berhadapan dengan lelaki itu lekas supaya mudah melawan. Tangan
berusaha menepis-nepis tangan Umar yang lincah menggelek di pinggang dan
lehernya.
“Mar! Hahahahhaha!!
Janganlah!”
“Jawab, kenapa sensitif
sangat kamu ni?”
“Maaar… hahahhahahaha…
geli… hahahhahaha…” Tak tahan digeletek hingga dia terbaring ke belakang. Tangan
Umar masih cuba ditepis-tepis dengan ketawa yang masih tak habis. Umar
berhenti, penat mengusik. Aqi yang terbaring pula turun naik nafasnya menuruni
rengkung. Penat ketawa. Penat otot perut dek ketawa yang gasak. “Hahaha…” dan
masih ada tenaga untuk melepaskan sisa ketawa di hujung bibir.
Terasa lenguh setiap sendi
dan otot, lalu kaki diluruskan dan diregangkan, dijatuhkan atas riba si suami
itu. Nafas masih deras turun dan naiknya, cuba memberikan oksigen yang cukup
pada kepala dan seluruh sel tubuh yang masih terasa penatnya. Umar pula sekadar
memandang sekujur tubuh di depan mata. Menikmati rezeki dengan merenung kulit
isterinya yang terdedah di mata kasar. Inilah yang dinamakan nikmat melihat.
Tangan lalu dilekatkan ke
paha Aqi, sambil tubuhnya dipanjangkan, cuba merapati wajah isterinya. Kulit
wajah cerah itu sedang memerah. Mungkin dek gelaknya tadi. Desah nafas si
isteri terasa di sipi-sipi kulit. Umar menahan rasa.
Aqi memejam mata. Nafas
ditarik dalam-dalam sehingga kembang paru-parunya sebelum karbon dioksida
dilepaskan. Nafsu ketawanya habis. Tenaga yang terasa hilang pulih kembali. Aqi
tersenyum nipis, cuba untuk bangun namun berlanggar hidungnya dengan kepala
Umar yang mendekat. Aduh!
“Uhuh…” Perit hidungnya.
Tangan menggosok-gosok hidung sambil mata merenung mata hazel di sebalik cermin
mata ol’school itu. Wajah berperi
sakit. “Mar… nak buat apa ni?” Kepala diangkat lagi. Mereka bertentangan
pandang.
“No… nothing…” Suara garau
itu kedengaran tenggelam di anak tekak. Dalam sekali nadanya, bersifat sensual.
Bulu roma Aqi meremang.
Bukan kerana getar pada nada lelaki itu, namun pada gerakan jemari kasar di kaki
yang cuma ditutup tight nipis. Lekas
tubuh Umar yang menimpa dirinya cuba ditolak, namun nyata lelaki itu lebih
perkasa. Aqi mula terasa seram sejuk.
“Mar… kau baru cakap kau
tak berminat dengan jantan…”
“Yea… not at all. Jadi kenapa?” Kepala ditundukkan, menemukan mulut
dengan tengkuk isterinya.
“You… you just said…”
Terpejam matanya. Terasa menghilang abiliti bercakap dek ciuman lembut di
tengkuk. Aqi menggigit bibir. “Mar…! Jangan macam ni…” Bahu itu cuba ditolak
lagi namun nyata sia-sia. Bibir Umar mula merayap. Gerakan tangan di kakinya
membuat peluh dingin Aqi pecah. Jantung semakin deras berdegup dan bulu roma di
belakang tengkuk turut meremang. “Don’t
treat me like this…” Nada suara mula bergegar. Nada getar tangis. Umar mengangkat
kepala, memandang wajah itu. Memang mata Aqi sedang menakung air mata.
Ketakutan.
“What…” Terkejut dia, tidak menyangka. “I’m your husband, tau.”
Aqi menggigit bibir. Air
mata pecah di hujung mata dan wajah juga memerah tangis. Lalu tangan dibawa ke
muka, menutup riak tangisnya. “I don’t
know… I’m not ready…” Sedu.
Lelaki itu terdiam. Tubuh
ditarik bangkit, dibawa bersandar. Beruang kutub yang masih didokumentarikan di
skrin TV direnung tanpa fokus. Jiwa lelaki yang meronta-ronta tadi melupus
terus melihat reaksi isterinya. Seleranya menghilang ke hujung dunia. Pemahaman
Umar ringkas, yakni wanita itu tidak mengkehendaki dia. Aqi yang turut kembali
duduk di sebelah dikerling. Bersungguh-sungguh air mata yang mengalir cuba
dikesat. Umar mengukir senyum segaris. Hambar. Sumbang sekali!
“You’re a weak lady who’re afraid of a simple touch.” Sebelah tangan
dibentang ke belakang sofa dan kepala ditopang dengan lengan. Aqi mendehem,
menghilangkan sedu. Pandangan Umar dibalas dengan kerlingan berkaca. Haru. Umar
menghela nafas panjang, cuba memujuk diri. “You
don’t love me at all… don’t you…”
Sad.
Aqi menggigit hujung bibir.
Umar merenung beruang kutub di skrin, tidak mengharap jawapan. Sepi itu
menyelubung kembali, namun pecah bila telefon bimbit Umar tiba-tiba berbunyi.
Lelaki itu menyambut lekas bila panggilan datang dari pejabat.
“Wassalam Lia. Ada apa?”
“Datang pejabat? I thought saya dah inform kat kamu yang saya cuti arini.”
“Oh, change that to tomorrow, can’t you?”
“Wakil Walmart what?”
“Macammana dengan arahan
pentadbiran then?”
“Marissa cakap apa?”
“I see I see. By eleven alright. No…
no… saya taknak apa-apa. What is it for this evening? Boleh bawak
ke hari esok?”
“Okey… okey… bagus… alright. Call me again kalau ada apa-apa yang penting.”
“Thanks. Assalam.”
Tutup.
Umar memutuskan talian,
dan isteri yang khusyuk mendengar dari tadi lalu dipandang. Dah habis menangis?
Tersenyum si suami lalu. “Aku kena pergi pejabat la. Sorry tinggalkan kau sengsorang hari ini…” Pipi Aqi dicubit ringan.
“Marissa tu sapa?”
“PA bang Farid.”
Gadis itu terdiam,
mengangguk. “Kau lunch kat luar?”
“Nampaknya macam tu la.”
Dia bangkit. “I need to be ready.
Sayang, boleh tolong gosokkan baju? Malas la.” Senyum manja dibuat.
Aqi terkebil, lalu
tersenyum kecil. Sebak tadi masih bersisa. “Aku dah gosok dah semua baju kerja
kau. Oh ya!” Tangan ditepuk sekali, beriak ceria. Kening Umar terangkat,
sedikit terperanjat melihat perubahannya. Tangan kanan Umar dipegang dua belah.
“Jom. Ada benda nak tunjuk.” Dan si suami itu lalu ditarik dan dibawa naik ke
bilik. Umar yang keliru melihat wajah ceria itu hanya mampu tersenyum,
membiarkan.