Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 9

IS it only me… atau the air around them is lighter than yesterday?” Farid berbisik di muka pintu dapur. Batrisya senyap, tidak bereaksi namun dia faham apa yang abangnya cuba sampaikan. Pandangan kedua-duanya tertumpu pada pasangan itu sekarang, kerana sejak makan malam tadi Umar tak habis-habis mengusik isterinya itu. Dan Aqi pula merah muka cuba membidas walau hasilnya membuatkan Umar lebih gasak mengusik. Sedangkan semalam dan pagi tadi reaksi antara keduanya cukup dingin sekali. Batrisya menggaru dagu. Adik beradik itu berpandangan.

Umar mendekati dua wanita yang sedang mencuci pinggan itu. Bahu Maya diusik sekali dua dengan jari telunjuknya, membuat wanita bertudung itu menoleh.

“Akak, cuci pinggan tu biar laju sikit.”

“Eh? Kenapa tiba-tiba…”

Tersenyum dia. Sempat menjeling sekilas pada Aqi yang mula memberi riak curiga padanya. “Kalau akak cuci laju sikit, boleh la Mar bawak Aqi naik katil awal sikit malam ni…”

Menyirap darah Aqi ke muka. “Don’give people such ambiguous statement, you sicko!” Tangan yang masih berbuih menampar dada suaminya kuat. Umar terundur setapak ke belakang, tertawa lagi.

Sicko sicko pun, ngan bini…”

“Yeah, you sicko. Bagi la bini kau tu space untuk dia buat daily chore. Kau teman abang kejap.” Lengan sasa Farid mengikat leher Umar. Terperanjat seketika jejaka muda itu, seraya menoleh. Si abang menjeling padanya. “Abang ada benda nak bincang kejap dengan kau. Jom,” ujarnya sambil menarik adik lelakinya ke ruang tamu.

Aqi menarik nafas lega. Akhirnya terlepas dari gangguan mental lelaki itu buat sementara ini. Maya pula terdiam merenug, manakala Batisya merapati mereka.

“Kenapa dengan laki kau, Aqi? Bukan ke pagi tadi dia kemain lagi merajuk?” soal wanita berambut ikal mayang itu. Aqi tersengih sedih.

I don’t know. Some sort of hormonal disorder?”

“Aqi, sambung. Kang bising lagi suami kamu tu kat kakak sebab tahan kamu lama sangat.”

“Jangan usik Aqi camni lagi…” Haru.


UMAR mendengus perlahan. Kaki dibawa masuk ke bilik sambil menggaru belakang telinganya. Terasa gatal bila diberi ceramah percuma oleh abangnya sekejap tadi. Jam menunjukkan hampir pukul sebelas, bermakna hampir dua jam dia dibebel dek isu kahwin dan tanggungjawab seorang suami… dan jangan lupa untuk datang ke pejabat pentadbiran Hotel IsOrche esok.

Damn…” He treat me betul-betul macam budak-budak… hati mendengus.

Belakang tubuh kecil yang bersalut baju tidur Doraemon di tengah bilik itu menjadi hiasan pandangannya kemudian. Aqi yang sedang membelakangkannya sedang duduk membongkok di atas surat khabar yang dibentang atas permaidani. Kepala dijengul, mengintai apa yang dibuat si isteri.

Mengetip kuku. I see…. Dan perasan juga tali earphone kuning yang menyambung di antara telinga Aqi dan Samsung Pocket di sebelah isterinya itu. Umar menipiskan bibir, menarik kembali kepalanya lalu beralih ke almari. Pakaian ditukar kepada yang lebih ringkas. Sleeveless berbelang hitam putih dan checkered boxer. Kerana kehadiran kakak ipar yang bernama Maya yang sangat sopan dan lemah lembut itu, Umar terasa segan pula untuk berpakaian ringkas seperti ini di sekeliling rumah. Personal di bilik dan untuk Aqi, cukuplah.

Sikat dicapai dan getah rambut Aqi di dalam drawer meja solek diambil. Lalu dengan selamba dia melabuh duduk di belakang isterinya itu.

Aqi terasa rambutnya disikat. Tahu yang menyikat itu Umar, dia malas nak menoleh. Dia sedar dengan kehadiran mamat itu tadi cuma dengan haruman minyak wangi yang berbekas di tubuh si suami, namun dia malas nak melayan.

Pigtail tau.” Demand.

Umar di belakang menjuih sebelum tersenyum. “Customer diam je. Biar hair stylist yang buat pilihan nak tocang gaya apa.”

Aqi tersenyum nipis. Maklum dengan skil Umar mengikat tocang. Dari mana entah dia belajar, Aqi tidak pasti tapi dia cukup tabik dengan skil yang sangat jarang ada pada seorang lelaki ini. Tidak macho bak kata sesetengah mereka.

Umar memanjangkan telinga, mencapai earphone di telinga kiri Aqi. Refleks Aqi mengelak bila jemari kasar itu menyentuh telinganya, namun tenang membiarkan bila faham earphone yang menjadi fokus tangan itu.

“Lagu apa ni Aqi…”

“Bad Girl… Avril.”

Feat?”

“Marilyn Manson.”

Senyap lagi. Aqi siap mengetip kuku tangan dan kaki. Tangan meraba-raba belakang kepala.

“Tocang lipan ke Mar?”

“Yea…”

“Ala, taknak. Susah nak tidur.”

“Kau mana tau. Sama je.”

“Yang merasanya aku la, abang oi.”

Terdiam seketika dia, lalu tersengih. “Lagi.”

“Hm? Lagi apa?”

“Cakap lagi.”

“Cakap apa?”

“Abang.”

Aqi ternganga. Kepala menggeleng perlahan. “Dah sudah. Mengada. Tanggal balik.”

“Aqi, jangan kacau… dah nak siap ni.”

“Susah nak baring la Mar… ikat pigtail takpe la.”

“Nanti lepas siap aku tanggal la balik. Alang-alang ni…”

Dan Aqi terdiam. Mengalah. Sementara menunggu, dia menghabiskan masa dengan menjaga software pet Pou di dalam smartphone.

“OK done.”

Aqi tegak. Tangan meraba lagi belakang kepalanya. Otak memikir-mikir.

It feels good.”

Tersengih jejaka itu dibuatnya. “Bukannya feel good. Instead, its very good!” Sengih lebar! Lengan Aqi ditarik supaya bangun lalu dibawa mengadap cermin meja solek. Satu lagi cermin mudah alih dibalikkan di belakang kepala gadis itu supaya senang baginya nampak hasil tocang daripada pantulan imej cermin-cermin tersebut.

Aqi terkelip. Cermin kecil di tangan Umar dicapai dan dia sendiri membalikkan tubuh di depan cermin, cuba melihat pada sudut yang lebih nampak. Mata perlahan-lahan bersinar.

“Mar! Cantik!” Melebar senyumnya. Umar menerima senyuman itu dengan senang hati.

My pleasure…” Bangga sedikit bila usahanya membuahkan senyum di bibir itu.

“Memang betul-betul cantik. Kemas. Man… hahaha… even aku buat pun tak kemas begini. Kat mana kau belajar ni?”

My friend kat Korea nu ajar. She’s a hair stylist. Aku selalu dijadikan bahan model lelaki dia because I kept my hair long back then. Kau nak tengok gambar aku berambut panjang?” Sengihnya sambil mencapai handphonenya di atas meja solek itu.

Senyum Aqi memudar seketika. Umar lambat-lambat dijeling. “She?”

“Em? Yea. She.” Mengiakan tanpa menoleh. Fokus mencari gambar di dalam handphonenya.

Riaknya berubah sedikit muram. “I see…” Entah kenapa dada terasa berombak dengan rasa yang dia tidak pasti, namun yang dia tahu, rasa itu menyebabkan nafasnya sesak dan berhaba! Aqi meletakkan cermin kecil itu ke atas meja. “Too bad salah timing kau apply skill kau. Aku nak tidur dah ni.”

“Ala. Ah, here.”

What?”

Me.”

Aqi menerima huluran iPhone Umar. Gambar si suami yang berambut panjang melepasi bahu di dalamnya dilihat dengan muka berkerut. Rias si kacak di hadapan dipandang kembali, dan beralih pada si kacak yang sama di dalam skrin.

You look ugly.”

“Urgh…” Terasa hentakan uppercut ke bawah dagu. Umar menekan dada. “Saya tahan sentap ni awak. Kenapa jujur sangat?”

Aqi menggigit bibir, terus merenung Umar pada alat komunikasi di tangannya. “Seriously, you lookmessy… tak kemas… tak handsome…” Kepala didongak supaya mudah merenung wajah lelaki tinggi itu. Bibir menguntum senyum. Lengan Umar ditarik supaya menunduk, lalu rambut pendek lelaki itu diusapnya. “I like this one better…”

“Em? Iye? Handsome?” Umar menyoal, memuncung sedikit.

“Yep. Aku mengaku.”

“Lelaki handsome sepatutnya gaya rambut macammana pun tetap handsome…”

“Ololololo… hahaha.” Tergelak Aqi dibuatnya. Umar merenung gelak tersebut, sebelum terbit jua senyum di bibir. “Stop acting like a spoiled child, you sicko.” Rambut Umar dikacau dan seterusnya, pipi si suami sempat dicubit. Geram pula dia, seperti betul-betul sedang melayan seorang budak kecil.

Umar menggosok pipinya. Tingkah Aqi kemudian direnung. Gadis itu melepaskan ikatan getah di hujung tocang. Mudah ditarik dek rambut yang halus nipis. Aqi cuba melepaskan kembali rambut panjangnya dari belitan tocang lipan dan Umar tanpa dipinta lalu menolong. Gadis itu cuba mengelak namun Umar nyata degil. Akhirnya dibiarkan.

You know… kau agak spoiled malam ni.” Aqi menegur. Tadi manja macam budak kecil, dan sekarang manja macam seorang suami….

“Ada masalah ke kalau aku spoiled sekalipun.”

“Tidak la, tapi…” Cara Umar mengelus rambutnya dah bukan sekadar memberi masalah, tapi dah memang satu masalah kalau dibiarkan! Dan naik darahnya bila terasa hangat tubuh Umar di belakang tubuh. He’s really close!! Aqi menahan tangan itu dari terus meliar mengurut kulit kepala dan berjimba dengan setiap helaian nipis rambutnya. Gelak kecil dipaksa lepas. “Its better off kalau kita stop for now.” Debar di dada cuba dikawal supaya dirinya mampu berlagak biasa dan selamba. Pandangan mata hazel itu ditentang berani.

Umar mengerlipkan matanya. Mata hitam Aqi terang-terang meminta – stop it. Senyum terukir segaris. “As you wish my love…” Anak rambut Aqi yang menari di dahinya pula di kacau. Wanita itu beralih spontan.

“Apa yang kau iyekan lain dari apa yang kau buat,” desisnya, beralih ke tengah bilik. Surat khabar berisi kuku-kuku yang dah dipotong digumpal dan dibuang ke tong sampah. Rambut panjangnya disikat dengan jemarinya sekali dua sambil kaki dibawa melangkah ke katil.

Umar pula sekadar merenung. Baru perasan gaya si isteri itu turut mengenakan legging biru hitam yang menutup kaki kurusnya di sebalik baju tidur paras lutut itu. Gaya budak sekolah menengah betullah minah ni. Terkekeh.

“Aqi…”

“Em…”

“Jangan tidur dulu…”

“Aku ngantuk…”

“Tolong aku…”

“Apa lagi…”

“Pilih baju kerja untuk esok…”

Diam. Aqi yang nak berbaring menoleh pada lelaki itu di hujung katil. “Kerja?”

“Yep. Bang Farid demand aku ke hotel esok.”

“Iye??” Naik seri lagi wajah itu, kegembiraan. Umar terkedu, namun tersenyum jua dia. Suka melihat senyum Aqi. “So pasal tu la yang bang Farid dok bebel kat kau sampai lama sangat tadi? Department apa?”

Finance…”

“Eeeh… akaun ngan finance boleh masuk eh.”

Its not the same, tapi generally boleh je masuk. Macam biology lain dengan kimia, tapi dalam konteks sains, sama saja.”

Aqi terdiam. “Bio ngan kimia lain la Mar.”

“Sama je. Sains jugak.”

“Tapi dia lain. Ada la macam payroll ngan HR. Lain, tapi generally bidang dia sama.”

Umar merenung datar. Kalau dah faham, kenapa nak persoalkan banyak-banyak? Geram pula dia. “Mocking me, eh?” Pipi Aqi dicubit.

Aqi tergelak nakal. Tangan Umar dialihkan dari wajah. “Ya… ya… habis yang kau mintak aku tolong tadi tu, apa?”

Senyum lebar. “My get-up. The first day should be the best.”

“Ehh…” Dagu ditopang pada lutut. “Tadi aku tengok kau agak complaining bila dipaksa bekerja tiba-tiba, tapi you’re pumped up jugak eh sebenarnya.”

Bahu dijungkit. “Kalau aku tak kerja, macammana nak tampung hidup untuk kau ngan anak-anak kita lepas ni.” Selamba.

Gulp!

Umar tersengih. Reaksi wajah android rosak itu sudah boleh dijangkanya, dan terasa kelakar pula. “Kau memang sensitif bila aku cakap pasal masa depan keluarga kita… kan Aqi?”

Keluarga kita…. Wajahnya memerah tanpa dipinta. “Erm… balik pada topik baju kau tadi…”

“Aqi…” Umar memotong, duduk di hujung katil. Wanita itu terdiam, tidak berganjak dari tempatnya. Mereka bertentangan pandang. Umar menguntum senyum. “Apa yang kau tak suka pasal aku?”

Berderau darah mendengar soalan itu. “Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?”

I need clarification. Sama ada kau betul-betul nak dengan aku atau tidak… atau apa yang kita buat ni sekadar buang masa dan tiada masa depan.”

Aqi memicing. “Kita tak buang masa.” Tegas nadanya.

“Jadi? What is it about me yang kau tak suka? Yang buat kau susah sangat nak terima aku as a husband? Supaya aku boleh betulkan…” Aqi terdiam, menunduk. Kusut riaknya. Umar yang lebih tenang menjengul kepala, cuba mencari wajah itu. “Aku nak tanya… kau taknak dengan aku… sebab aku anak haram?”

Dan bantal melayang ke kepala. Terperanjat Umar, melihat Aqi yang nampak furious dengan nafas yang kelam kabut melalui hidung.

“Kau berani nak tanya soalan macam tu kat aku lagi! I’ve told you ton times kau anak haram ke anak sunat ke anak makruh ke, aku tak kisahlah! Tak payah nak insecure sangat dengan stereotaip masyarakat. Kau anak haram pun, kau masih bahagia hidup dengan keluarga kau ni, kan? Ei, sengal la aku ngan kau ni.” Aqi menggerutu gigi. Umar yang melihat pula lalu tertawa.

“Garang la kau ni.”

“Tanya lagi soalan yang bodoh camtu!” Getus Aqi menyampah, menghempas tubuhnya berbaring. Si suaminya tersenyum nipis.

Then is it about pasal my dad is a penjenayah?”

My background story pun penuh dengan penjenayah. Kita sama-sama grow up with that kind of setting, so atas alasan apa pulak aku nak tolak kau bila kita dah sama-sama datang dari keturunan yang masyarakat fikir jijik…”

I’m just curious…”

Don’t be…” Tubuh dikalih, berbaring mengiring mengadap Umar sambil memeluk bantal. “I accept you the way you are, like how you accept me the fact that I’m the daughter of GRO. Square.” Tersenyum nipis. “We know each other’s secret, and aku boleh live lifedi sisi kau tanpa perlu berpura-pura jadi suci. Aku jarang rasa camni but I’m really glad aku berjumpa dengan kau…”

Terdiam. Kata-kata Aqi itu menusuk perlahan ke telinga Umar, dan perlahan-lahan, hati lelakinya terasa kembang. Menoleh lagi dia, merenung wajah polos Aqi. Tak lama kemudian, kedengaran pula dengkuran kecil dari si gadis. Damai pula rasanya.

“Belum pukul 11 dah tidur… nak terkam macammana kalau macam ni…” Tergelak dia, perlahan sekali. Kaki dibawa naik ke atas katil, bersila di situ supaya senang merenung isteri yang tidur.

Previous: chapter 8
Next: chapter 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.