Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 21

AQI menyerbu ke bilik dan terus meloncat atas katil. “Argh… penat…” Nafas diluahkan kasar. Terasa hari ini sangat panjang kerana banyak sangat yang berlaku dalam masa yang singkat. Si suami itu masih belum balik kerana terpaksa ulang alik untuk menghantar kereta Lia. Aqi walaubagaimanapun dihantar terlebih dahulu ke vila kerana Naufal yang nyata semakin penat berada di luar rumah seharian. Selepas menghantar Aqi, Umar keluar lagi.

He could at least rest for a while…” bisiknya pada diri sendiri, merenung wajah itu di ruang fikiran. Aqi menggigit bibir, lalu memeluk comforter seolah-olah sedang memeluk Umar dengan muka dibenam pada selimut empuk itu. Setiap tingkah Lia pada tubuh si suami diimbau. Gaya pakaiannya. Lembut dan lunaknya nada suara si setiausaha. Dah berapa lama Umar menerima layanan begitu dari Lia? Tambah-tambah si lelaki dah pun menerima luahan cinta dari si perempuan? Nafas ditarik dalam, menenangkan jiwa yang galau. Dipadamkan ingatannya mengenai mereka. Aqi bangkit bila kedengaran azan maghrib berkumandang.

Menjelang isyak, baru kedengaran enjin kereta Honda Umar menjejak vila. Aqi di ruang tamu lekas ke pintu rumah. Lelaki itu memuncul dengan riak penat dengan briefcase dan blazer di tangan. Si isteri menyambut kedua-dua beban di tangan Umar.

“Nak makan dulu?” Kasihan pula melihat muka penatnya.

Umar tersenyum, menggosok kepala Aqi. “Takpe. Dah makan kat surau masa maghrib tadi. Dorang ada majlis apa ntah. Rezeki ada, tumpang makan terus.” Kaki diheret ke dapur.

Aqi mendiam, terus membawa blazer dan briefcase itu naik ke bilik. Memikirkan muka penat lelaki itu, entah kenapa Aqi terasa nak melayan lelaki itu sebaiknya malam ini. Mungkin atas dasar kasihan? Dia tidak pasti. Tetapi baju tidur Umar dah pun disediakannya. Dan katil juga dah pun dikemaskan. Aqi duduk di birai katil. Tidak menafikan diri bahawa dirinya kebingungan menunggu lelaki itu untuk naik ke bilik.

Daun pintu biliknya terbuka. Aqi bangkit berdiri. Bila matanya mengesahkan tubuh si suami yang memuncul dari daun pintu, gadis itu spontan melangkah mendekat.

Are you okay?” soal Aqi. Umar yang melonggarkan tali leher, menoleh sekilas.

“Yea, I’m fine. Penat terlebih je.”

“Hmm…” Bila tali leher dah terlepas dari tengkuk itu, dia pula yang menanggalkan butang baju Umar. Terkedu seketika lelaki itu, namun membiarkan. Tubuh terlebih lactic acid kini. Penat! Tak cukup oksigen untuk relaks. Maka otak pun enggan berfikir banyak dan membiarkan saja apa yang terjadi di depan matanya.

“Awak nak mandi dulu?” soal Aqi, mengambil tali leher yang masih dalam genggaman lelaki itu. Umar mengangkat kening. Terusik dengan kata ganti nama yang bertukar tiba-tiba, tapi diabaikan. Kemeja ditanggalkan, meninggalkan baju pagoda putih di tubuh. Nak ditanggalkan sekali, tapi karang si bini itu tak melihat dia langsung, lalu lengas yang sedikit itu ditahan. Kemeja diserahkan pada Aqi untuk dimasukkan ke dalam bakul pakaian kotor.

Not really. Nak baring…” Kaki dibawa ke katil. Dan cukup sedap dan nyaman rasanya bila bertemu dengan tilam empuk itu. Yes…. Kalau dilayan boleh lelap ni. Tapi tak solat isyak lagi…

Aqi di hujung bilik tersenyum kecil. “Hal kereta Lia dah settle la ni?” Umar mendehem mengiyakan. “Minah tu macammana?”

She’s falling in love with me all over again.” Sekali lagi mendengar kata cinta dari gadis itu tadi sebelum dia bergerak ke surau terdekat untuk solat Maghrib.

“Ooh. I can see why.” Aqi berpeluk tubuh, mengangguk-angguk. Umar menjeling. Tidak nampak Aqi, lalu kepalanya diangkat, mencari tubuh kecil itu.

“Apa ni, kau tak cemburu pun?”

“Em? Well, as a woman, aku faham kenapa dia jatuh cinta dekat kau.” Aqi mendekat. “Even aku pun akan jatuh cinta kat lelaki yang selamatkan aku dalam situasi tadi,” tuturnya dengan senyum. Punggung dilabuhkan di sebelah tubuh yang berbaring itu. Kepala Umar diusapnya lembut. “And to be able to act like that, I’m kind of proud of you…”

Umar merenung senyum itu dari perbaringan. Hati cukup suka bila rambut dibelai begitu, tetapi enggan ditunjukkan pada wajah. “Kau pun dah macam knight in a shining armor tadi. High speed punya reflex.” Perasan Aqi pun bergerak pantas sepertimana dia bergerak bila perasan bahaya datang untuk Lia walau akhirnya dia mengekang niat isterinya.

Aqi terdiam, mengangguk. “Maybe sebab aku masih dalam offensive mode.” Siling direnung. Tangan berhenti mengusap dan ditarik ke atas riba.

Offensive mode? Aha… like when you punch her?”

Aqi menggigit bibir. “Thatis unexplainable.” Liur diteguk. Sungguh-sungguh dia terperanjat boleh bertindak begitu, dengan alasan begitu. Terlalu spontan dan subconscious yang dia sendiri terperanjat bila diingat kembali.

“Ahahahaha.” Tergelak pulak dia. “Aku terkejut jugak… tapi I like your reason. I really like it.” Mata terpejam. Nyaman dan selesa. Aqi menoleh lagi.

“Mar. Jangan tidur dulu. Solat dulu… mandi dulu…” Tubuh itu digerakkan. Umar tidak bangkit. “Mar…” Tubuh yang masih berpeluh itu digerakkan lagi. Tiada balasan. Aqi menghela nafas panjang. “Mar… wake up…”

“Usap kepala aku.” Dengan mata terpejam dia menuntut.

“Em?”

“Usap kepala aku lagi. Aku suka kau usap kepala aku.”

Aqi terkelip. Tersipu-sipu dia, namun menurut jua. Kepala Umar diusapnya, dan rambut tebal itu dielus lembut. Pandangan jatuh pada jambang yang mula timbul pada permukaan wajah jantan. Aqi menggerakkan tangannya ke situ. Terasa tajam kerana anak rambut yang baru tumbuh. Geli bertemu telapak tangannya, tetapi Aqi terhibur. Lalu jemari halusnya bermain di sisi wajah itu.

Tangannya ditangkap si lelaki. Terperanjat.

“Jangan usap lebih-lebih. Kang aku yang tak tahan…” Masih dengan mata terpejam.

Aqi mengerut dahi. “Mengarut. Pergi la mandi cepat. Busuk.”

Melebar senyum lelaki itu lalu. Tangan Aqi dicium sebelum dia bangkit. “Kita gusti lengan lepas ni tau. Aku ada benda yang nak confirmkan.”

Wanita itu terdiam. Tidak membalas. Tidak mampu membalas. Tubuh sasa yang membawa diri ke bilik mandi dipandang dengan pandangan bersahaja.


USAI solat Isyak berjemaah, Umar dah pun menunggu di atas katil dengan riak wajah nak bertumbuk. Aqi yang baru siap melipat telekung dan sejadah merenung toya. Bila sejak kali terakhir dia melihat muka bersemangat itu? Masa zaman budak-budak?

Come Aqi. Aku dah tak sabar dah ni.” Bicep ditepuk-tepuk.

“Nak buat apa ni Mar…” Aqi turut naik atas katil, berhadapan dengan lelaki itu. Tiga biji bantal dah pun ditimpa antara satu sama lain, dijadikan meja. Umar mematah-matahkan setiap sendi jari.

“Gusti lengan. Arm-wrestling.”

“Kenapa tiba-tiba…”

“Jumpa Zati tadi, aku terus teringat. You know how well you barbarian women throw punches zaman dulu-dulu kan? Aku nak tengok kau masih powerful enough ke tak…” Umar tersenyum mengungkit. Memprovok. Aqi mencerun. “Ataupun kau memang dah lembik lepas kahwin dengan aku. Getting wimpy, Aqi?”

Are you trying to get on my bad side?” Mula menderam geram.

Just saying.” Bahu dijungkit. “Kalau tak, kenapa takut sangat bila ajak lari sama-sama. Sebab dah lembik kan?”

Aqi menghembus nafas panas. “Fine!” Lengan baju tidur Mashimaro ditarik hingga ke siku. Umar tergelak, suka bila Aqi menerima sahutannya. Kedua-dua belah siku diletakkan di atas permukaan bantal yang paling atas, dan berat dipindahkan ke situ. Tangan kecil Aqi ditemukan dengan tangan kasar Umar. Sekali grip, dah boleh patah agaknya jemari halus gadis itu. Tetapi Aqi ialah Aqi. Dia akan melawan selagi boleh.

“Oh ya, by the way. Kalau kau kalah, kau kena bagi aku tidur atas katil malam ni, tau.” Nakal.

Aqi memicing. “Fine. Kalau kau pula yang kalah, kau tidur kat bilik Zaki. Sambil peluk Zaki. Seminggu.”

Umar tersenyum geram. “Kalau kau kalah, kau kena cium aku setiap hari.”

Aqi turut tersenyum. “Kalau kau kalah, kau kena lupakan niat nak cium aku, sebaliknya kau kena cium Bang Farid. On the lips. For an hour.”

Naik sentap!! “Why are you so kejam?! Kau punya penalty buat aku gay! And you throw in extras too!”

Because you’re being too irritating! Calling me wimpy and weakling and all!” Aqi membalas dengan nada yang sama, betul-betul geram. Umar mendesis panas dan gadis itu menyeringai leceh.

Fine. I won’t lose anyway.” Lelaki itu kembali meletakkan sikunya di atas bantal. Aqi mencemik. Tangan Umar disambut.

Permainan bermula. Aqi sedaya upaya cuba menjatuhkan tangan Umar. Lelaki itu pula tidak beriak. Tenang menahan lengan lembik Aqi dari mengalahkannya. Nyata jika dinilai dari kekuatan kasar, Umar memenangi Aqi tanpa perlu dipersoal. Umar mula buat muka mengejek, meningkatkan darjah marah isterinya lagi. Gadis itu menggigit bibir, mula menggunakan kedua belah tangan untuk menjatuhkan satu tangan kanan Umar. Kali ini barulah tangan kanan itu goyah.

“Hoi! Tak adil! Mana aci!”

“Aci tak aci! Aku akan buat kau cium Bang Farid jugak!”

Membulat mata empunya si mata hazel. Bicep mengembang dan urat menimbul di kulit lengan bila daya dikenakan pada tangan untuk menahan usaha Aqi. Tambahan pula, meja bantal itu nyata tidak cukup gagah untuk menahan kekuatan keduanya, menyebabkan Umar hampir hilang stabil. Gadis itu bertukar posisi lekas, daripada cuba ‘menarik’ kepada ‘menekan’ tangan Umar ke bawah. Punggung juga dah diangkat untuk memindahkan berat badan pada kedua belah tangannya untuk melawan satu tangan kanan Umar itu.

Hampir saja belakang tangan kanan Umar mengenai bantal sebelum lelaki itu refleks menarik tangannya ke belakang. Taknak menerima kekalahan punya pasal. Walaubagaimanapun, Aqi tertarik sama ke arahnya bila tangan masing-masing tak dilepaskan. Tubuh kecil Aqi terjatuh menghempap Umar, dan lelaki itu mengaduh kesakitan bila lutut berlipat ke belakang pada kedudukan yang janggal.

“Aaah… Mar… sori…” Aqi cuba untuk bangkit namun tangan kanan masih di genggaman lelaki itu. Umar pula cuma mampu mengaduh. Tubuh digerakkan sedikit supaya kaki kanan yang berlipat boleh dilepaskan dan diluruskan.

“Tsssk…. Tak pasal-pasal kaki aku boleh patah…”

Well, that’s kind ofserve you right.” Tersenyum Aqi di atas tubuhnya. Umar menoleh geram. Tersedar.

“Hey. Look where you at. On my body, seh.” Tergelak nakal dia.

Aqi mencemik. Malas melayan. Tangannya cuba untuk ditarik, dan baru dia perasan. “Hey, Mar. I win.” Tersenyum lebar.

“Hm?”

“Tengok la. Your hand yang cecah tilam. Tangan aku tak pun.”

Umar mengerut dahi, baru perasan tangan di atas kepala. Dek posisinya yang terbaring, memang sahih belakang tangannya yang mencecah tilam. Umar menghembus nafas, terkena wajah Aqi. Terperanjat gadis itu.

“Apa bernafas kuat sangat ni…” Rambut yang jatuh ditarik ke belakang kepala.

Lelaki itu tersenyum gatal. Tangan Aqi dilepaskan dan pinggang itu pula dipeluknya. Terperanjat gadis itu dan mereka berpandangan. “I lose, tapi aku rasa macam dah menang pulak.”

“Hmf.” Nafas dilepaskan sekali melalui hidung. Dibiarkan tubuh dipeluk si suami dan dia sendiri melipat tangan di atas dada Umar. Dagu didirikan pada belakang tangannya. Anak mata yang cerah sifatnya itu direnung redup. Cantik. Pupil dia yang hitam dan besar cukup nampak di sebalik cermin mata ol’school. Mungkin kerana mata yang rabun, maka pupilnya terpaksa membulat dengan lebih luas. “Mata kau cantik.”

“Haha. Aren’t I?”

Aqi tersenyum sumbing. “Hey, citer sikit pasal Lia.”

“Em? Nak cerita pasal apa?”

“Tadi kan dia cakap yang dia luahkan perasaan kat kau masa kat KL. Dah berapa lama dia in love dengan kau?”

Umar mendiam, merenung wajah di atas tubuhnya itu. Aqi unexpectedly… tenang. Kalau dia yang sebelum ini, pasti akan blushing dan laju-laju bangun mengelak. Tetapi kali ini, bukan saja dia yang bersenang lenang meniarap atas badan Umar, tetapi harum rambutnya meresap ke hidung, kulit kaki yang halus terasa menggesel pada betis berbulu dan tangan si lelaki cukup gatal rasanya nak menjelajah belakang pinggang berlekuk itu. Did she realise that she’s currently seducing me? Why is she so oblivious?? Akal lelaki dah mula nak goyah kerana naluri yang kuat kepada perempuan, terutama pada insan dengan status isteri di atasnya ini.

“Mar?” Aqi bertambah pelik bila dirinya direnung tanpa sebarang jawapan pada persoalannya. Mereka bertentangan mata seketika, masing-masing tenggelam dalam renungan.

Umar memainkan tangan pada rambut Aqi. Cukup halus dan nipis sifatnya, macam rambut kanak-kanak. Dan kusut. Haha. Tangan tersentuh telinga Aqi. Umar menyelak rambut yang menutup telinga itu. Sudah tiada lagi dua subang di situ. Kening terangkat. Telinga yang lagi sebelah diperiksa.

“Hei hei… bila masa kau tanggal?” Melebar senyumnya.

“Em…” Manja tersenyum, merebahkan pipi di atas tangannya. “The day bila kau balik sini.”

“Bini degil. Laki dia suruh tanggalkan taknak tanggal. Dah berminggu-minggu baru nak tanggal.”

“Biar la orang puas dulu nak pakai subang.” Aqi memuncung, menegakkan kembali mukanya. Umar tersenyum. Aqi menentang mata redup itu. “You don’t like I’m being stubborn, aren’t you?”

“Yeah. I really like it kalau kau taat dan dengar je cakap suami kau.”

Meleret lebar senyum Aqi. Tangan kanan dibawa ke rambut suaminya yang mula memanjang ke kolar itu, turut dielus seperti mana Umar mengelus rambutnya. “Padan muka stuck dengan perempuan macam aku.”

“Hahaha…” Bahagia. “But I still love you.”

Pandangan Aqi jatuh kembali pada tenungan mata hazel di hadapannya. Bibir masing-masing berbalas senyum, dan mata masing-masing berbalas pandang tanpa sedar minit yang lepas.

Tiba-tiba tubuh Aqi terenjat keras seperti disengat tebuan. Tangan Umar dirasakannya sedang menurun ke punggung! Automatik dia bangkit, melepaskan diri dari rangkulan lelaki itu. Jantungnya serta merta berdegup laju. Nafasnya serta merta turun naik dengan kadar yang pantas sekali. Muka Aqi memerah, dan tangannya menyentuh belakang badan. Belakang baju rupa-rupanya dah terangkat naik! Kenapa dia tidak sedar?!! Kepala terasa berasap dan pandangan pada tilam mula kabur. Darah yang naik ke muka Aqi menaikkan darjah bahang, merah dan semakin pekat sampai ke telinga.

For a second I let him touch me. For a second there, Ilost sight of him. For a second there, I…!!

Umar turut duduk, memerhati gadis itu dari tepi. Walau tidak nampak riak Aqi di sebalik rambut panjang yang menutup wajah, dia tahu Aqi dah kembali pada rentak asalnya. Nafas terhembus, sedikit kecewa. Bukan selalu momen begitu datang padanya.

“Aqi… are you okay?” Umar menundukkan wajah, cuba mencari riak itu. Aqi melarikan wajahnya ke lain.

Nonot really…”

“Hey…” Tangan isterinya dicapai. “I’m sorry okay.”

Mata Aqi membulat pada comforter. Sorry? Patutkah si suami menyatakan sorry sedangkan apa yang dia buat cuma sentuh kulit aku?! Damn Aqi. Kau terlalu derhaka!!

Aqi menoleh deras pada Umar. Kepala digeleng berkali-kali, sungguh-sungguh takut pada hukum Allah. Sungguh-sungguh takut kerana menerima maaf yang tidak sepatutnya datang dari lelaki itu. Sungguh-sungguh takut kerana terlalu mementingkan diri sendiri dan mengabaikan perasaan lelaki yang banyak bersabar itu. Aqi huru hara, baik hatinya, baik egonya, mahupun akal nipisnya. Perang di antara ego dan hati nyata memakan diri gadis itu.

Umar bingung pula melihat keadaan Aqi. Gadis itu sedang menggigit bibir bawahnya kuat. Tangan yang saling bergenggaman nampak menggigil. Riaknya sukar untuk dibaca. Macam nak nangis. Semacam juga takut. Tetapi takutkan apa? Umar pula yang keliru. Lalu wajah Aqi dibawa dekat, dan dahi itu dikucup lembut. Sayang. Dan nyata wanita itu terkedu.

“Mar… Mar…” Aqi melangut sedikit, menentang pandangan lelaki tinggi itu. Kedua belah tangan yang memegang wajahnya disentuh. Umar mengukir senyum.

“Dah okay?”

Okay dari apa?”

I don’t know. You look like you’re in a mess.” Ibu jari mengusap kedua-dua belah pipi Aqi.

“Oh… tapi naper cium dahi?”

Umar tersengih. Tangan dibawa turun ke riba. “Kau tanya soalan yang aku tak tau jawapan.” Pipi digaru. “But hey. Aku tak buat salah okey.” Tangan lalu diangkat ke paras bahu, tanda tidak berniat apa-apa.

Aqi menggigit bibirnya lagi. Kelakar sedikit. “Tak salah pun, si pelik. You have the right though…” Mata dijeling ke dinding. Tanpa dapat dihalang, nafas terhembus bersama ketegangan tubuh yang menghilang. Entah kenapa tiba-tiba terasa tenang selepas huru hara yang menggila kerana dosa yang melibas perit ke naluri. Ciuman Umar seperti air sejuk yang disimbah di atas bara hati yang baru meletup.

Lelaki itu merendahkan tubuh, mencari wajahnya lagi. “So, you’re not mad?”

Why would I be?”

Soyou like it?”

I know I don’t dislike it.”

Tersenyum dia. “So…” Umar mendekat. Aqi kembali menoleh padanya. Kaku seketika bila wajah itu merapat. Pipinya menjadi sasaran. Aqi menggigit hujung bibir, memandang bibir si suami. Pandangannya malu-malu diangkat, menentang tenungan redup di sebalik cermin mata. Daripada mata kuyu itu, Aqi tahu dimana fokus lelaki ini yang seterusnya berada. Tetapi kali ini dia akan biarkan.

Dan lalu ciuman pertama di bibir diambil oleh lelaki yang berhak.

Suasana di bilik tidur bercat biru itu hening sekali. Rasa cinta membarak di jiwa bila pertama kali rela berkongsi nafas. Mata hazel Umar dan mata hitam Aqi kembali bertaut. Gadis itu tersenyum janggal, sementara Umar memikir-mikir ulah mereka sekejap tadi. Tersengih lebar kemudian, dan tangan Aqi digenggam erat. Muka nak merapat lagi bila ketukan di pintu terlebih dahulu bergema sebelum mereka kembali bermesra. Kepala Umar terjatuh ke bahu Aqi.

“Mar! Kau ada kat dalam?!” Suara Farid.

No! I’m not!” balasnya lantang. Marah diganggu!

“Haha. Abang suka jawapan kau. Meh keluar kejap. Abang nak cakap sesuatu ni.”

“Mar nak tidur la bang!”

“Baru pukul 8 setengah kau nak tidur kemendenye! Ingat kau 8 tahun?!”

“Memang Mar nak jadi budak 8 tahun sekarang kalau dibenarkan tidur sekarang ni!”

“Ah, tader tader! I really need to talk to you la, HOD. Kau jugak yang cakap pasal downsize department kau ngan abang tadi! Aisya dah datang dah tu.”

Bila hal kerja disebut, Umar tersedar. Keluhan berat terhembus. “Yela yela!” Dan barulah suara Farid menghilang dari pintu. Umar menghela nafas panjang. “Just when the second felt so sweet and filled with saccharine.” Membebel dan terkumat-kamit merungut. Aqi yang masih tersenyum dipandang.

“Aisya who?” soalnya.

“Orang HR.” Umar mencemik lagi, menggaru pipi. “Nak pulak dia datang malam-malam ni cakap pasal kerja. Hardworking tak bertempat.”

“Oh. Pergi la.” Bahu Umar diusap. Lelaki itu mengangguk. “Jangan lupa kiss Bang Farid sejam,” sengihnya. Si suami membalas dengan sengih yang sama, lalu rambut si isteri dikacau kuat. Aqi terjerit kecil. Umar tergelak perlahan sebelum melangkah keluar. Wanita itu yang ditinggalkan tersenyum-senyum. Wajah yang terasa berbahang diabaikan, dan bahagia dan malu yang dirasakan, terasa… indah? Hahahaha.

I feel weird.” Aqi membaringkan tubuh dan memeluk comforter. Terasa… ah, dia tiada ayat yang boleh nyatakan rasa yang sedang dialami ketika ini. Yang dia tahu, dia tak mampu untuk berhenti tersenyum.

Aqi baru nak berangan bila telefon bimbit Umar berbunyi menandakan ada mesej masuk. Biasanya gadis itu tidak akan menyibuk nak melihat telefon bimbit si suami, mahupun benda-benda peribadinya yang lain. Antara mereka masih kena menjaga hal peribadi masing-masing tanpa perlu mengambil tahu perkara yang tak penting mengenai pasangan. Tetapi malam ini mood itu terasa berubah. Apa yang dimiliki Umar ialah miliknya jua… lalu iPhone di atas kabinet itu dicapai. SMS daripada Lia.

Ibu jari ragu-ragu nak menekan dan membaca, namun niatnya diteruskan. Apa yang tertaip di skrin iPhone itu dibaca dengan senyum yang menghilang. Aqi menghempas nafas dalam.

“Cheis…”

SMS dipadamkan tanpa rasa bersalah dan dia berbaring. Lebih baik tidur!

Previous: chapter 20
Next: chapter 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.