Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 47

TOMBOL pintu dipusing dan daun pintu ditolak. Kepala Aqi terjengul dari sebalik pintu dan terhenti bila melihat belakang Mimi yang sedang duduk mengadap Umar. Terkaku dua saat di muka pintu, berfikir nak terus masuk atau tidak.

“Assalamualaikum.” Masuk juga akhirnya.

Mimi terperanjat sedikit sebelum menoleh. Bibir mengukir senyum nipis dan membalas salam Aqi perlahan. Wanita bertudung hitam itu mendekat.

Constant je kau datang setiap hari ek,” ujarnya tersenyum. Riak Mimi berubah sedikit.

“Maaf…”

Aqi menjeling, menyedari kesalahan fahaman Mimi. “Tak… bukan… aku tak berapa nak kisah jugak sebenarnya. Kut-kut kau ada lagi cepat dia sedar,” senyum Aqi lagi, merenung wajah suaminya yang sudah tidak berbalut itu walaupun masih tidak sedar. Lelaki itu juga sudah tidak perlukan topeng pernafasan. Tahap peningkatan kesihatan Umar sangat memberansangkan sampai doktor pakar bedah itu akan tersenyum setiap kali selesai melakukan diagnosis harian.

Senyap.

“Kau rasa macam tu?” Mimi menoleh. Aqi menjungkit bahu.

You are afterall his first love. Even aku sebagai bini dia susah nak buat dia lupakan kenangan dia tu.”

Hening.

Masing-masing dengan fikiran sendiri.

Mimi menarik nafas dalam, menjeling tangan Umar pula. Hendak disentuh, tapi sedar bukan miliknya. “Bila Umar nak sedar agaknya…” Soalan di hati terluah di mulut. Aqi menjeling.

Very soon,” balasnya perlahan. Terkedu sebentar wanita bertudung itu dan menoleh pada Aqi. Pandangan keduanya bertemu. Aqi mengukir sengih kemudian. “Dia kuat kan? Pasti sangat.”

Dan kening Mimi terangkat.

“Kenapa… cakap macam tu?”

Terkelip-kelip wanita tu dibuatnya. “Eh?” Mata kembali merenung Umar. Tenang macam bayi tidur. “Err… instinct?” Belakang kepala digosok. Wajah Mimi yang berkerut dijeling sekilas. “Lagipun dia tak mati lagi walaupun tulang patah, perut pecah pelbagai. Plus, he’s showing improvement. Don’t you think so?”

Bertemu pandang lagi sebelum Mimi kembali memandang Umar. Bibir mengukir senyum.

Guess you’re right…”

Mimi berlalu pergi 15 minit selepas itu, meninggalkan Aqi berseorangan di sana. Wanita bertudung itu kekal senyap tak bergerak, sebelum mendapatkan kerusi dan duduk di situ. Ah… lega kakinya selepas penat berdiri. Umar dipandang kemudian.

How’s your day, my husband?” Sengih. “Thank Allah kau punya kesihatan dah semakin pulih… just, kenapa tak sedar-sedar lagi? Dah lebih sebulan tau.” Dagu ditopang, merenung muka itu. “Mar, Kak Maya pun ada ura-ura macam nak mengandung lagi. Nor ngan Amir dah bagi dah kad jemputan kahwin dorang. Siti mengandung lagi… cheis. Anak kedua rupanya. Their first born is a twin!! Dia marah kita sembunyikan perkahwinan kita, dia sendiri sembunyikan cerita dia. Zati je yang masih single. Kalau kau tak bangun, banyak lagi benda yang kau terlepas, Mar…” Tangannya naik, mengusap pipi lelaki itu lembut. “Bangun la cepat… aku nak tengok mata kau yang cantik tu.”

Senyap. Tak bereaksi. Usapan tangan di pipi lelaki itu berterusan dan naik ke rambut. Dielus lembut. Bibir sama menguntum nipis, hampir tidak kenampakan. Rasa sayang dizahirkan di situ. Hubungan yang diikat cinta… boleh disampaikan melalui kata-kata… dan sentuhan?

Aqi mengeluarkan pengetip kuku dari beg tangannya. Niatnya melawat kali ini kerana nak mengemaskan keadaan si suami itu. Kuku tangan Umar diketip, termasuklah juga kuku kakinya. Cermat sekali Aqi melakukan kerja. Selesai, pencukur pula digunakan untuk mencukur bulu yang melebat di muka supaya menjadi lebih kemas. Ditinggalkan sejumput kumis di bawah dagu dan bibir. Lebih handsome. Taste dia. Aqi menarik keluar cermin mata Umar, lalu dipasangnya ke wajah itu. Dagunya ditopang dengan kedua belah tangan, merenung rias yang dah semakin pulih pucatnya. Umar kelihatannya sedang tidur dengan tenang sekali, dan tidak sedar-sedar kerana tiada sesiapa yang membangunkan.

You’re so handsome, my dear… hahaha…” Rambut Umar diusap lagi. Sayang sangat pada lelaki ini. Jemari Aqi beralih ke pipi, dan jatuh ke bibir merah Umar. Diusapnya bibir seulas itu.

Teringat bicaranya dengan Zach di talian malam semalam.

“Umar ditahan? Wow. Akhirnya dia terjerumus ke jalan kotor dan ditahan reman?”

“Ditahan wad. Wad! Apa yang telinga kau dengar ni, Zach.”

“Alah. Kau jugak yang cakap dia ditahan. Persepsi aku fikir dia ke situ la.”

“Macammana kau kenal Umar ni sampai persepsi awal kau libatkan dia dengan pihak polis pulak? Ingat laki aku penjenayah?”

“Dia memang penjenayah alright. Penjenayah sekolah.”

“Blah la engkau…”

Zach tergelak. “Amboi marah. Dah sayang eh sekarang. Dulu masa duduk sini, semua panggilan telefon Umar kau tak angkat, sampai aku yang kena jadi tukang report cerita kau kepada dia.”

Aqi terdiam. “Tukang report?”

“Yeah. He already likes you a lot masa tu. Berdoa la untuk dia. Have faith in Allah. In Umar too. Dia kuat bukan? Lagipun bukan Mimi bini dia tapi kau. Kalau nak dia sedar cepat, cium la dia.” Zach ketawa nakal. Aqi toya.

“Kau ingat ni kisah fairy tale? The prince kiss the princess and they simply live happily ever after. The end.” Aqi mencemik. “Aku lega ada The End kat hujung cerita tu, kalau tak, nak muntah dengan cerita easy-going camtu.”

Zach tertawa dibuatnya. Perlahan saja. Aqi menjeling telefon di telinganya pelik. “The prince charming kissed the sleeping beauty. Cliché, but market value never drops no matter what era you are in, kau tau, walaupun peranan watak dia warped.” Sengih. Nakal. Aqi mendesis. “Kuasa Allah, kau tak tahu. Kalau kau tak mencuba, kau takkan tau hasilnya.”

“Curiosity kills the cat.”

“But satisfaction brings it back. Lagi-lagi kucing ada 9 nyawa.”

Aqi mengerut dahi. “Idea kau ni mengarut sangat la Zach…”

Zach terdiam, lalu perlahan-lahan tergelak. Lama-lama, semakin galak ketawanya. “Aku saja je nak usik kau sebenarnya… tapi kalau kau betul-betul cium dia sebab nak bagi dia sedar, memang aku gelakkan kau! Hahahaha!!”

“Kau gi tidur la!!”

Pandangan Aqi meredup, merenung wajah tenang itu. Kepala digeleng kemudian, cuba membuang ketawa menyindir Zach di lubang telinga, dan cuba menafikan idea gila yang tiada kesahihan dan bukti itu.

Mengarut.

Kalau kau tak mencuba kau takkan tau hasilnya…

Kepala digeleng lagi, membuang suara itu dari kepala. Sangat mengarut!

Umar direnung sambil terus mengusap rambut lelaki itu. Kalau kau bangun cepat kan baik. Bangun la cepat… bangun la cepat…. Pal ngan Mun dok asyik tanya pasal kau je, mujur Zaki ada tenangkan diorang. Mar….

Kalau nak dia sedar cepat, cium la dia.

Suara Zach. Aqi menelan liur. Kepala ditepuk-tepuk, membuang suara abang tiri yang menganggu itu. Buang! Buang! Buang! Gelak ketawa Zach yang mengusiknya membuatnya malu. Aqi mendesis.

“Mengarut je la!” Dengusnya dan berkalih. Baru setapak kakinya melangkah, Aqi berhenti, menjeling ke belakang lagi. Bibir dijuih sementara otak menimbang-nimbang beratus kali. Buat? Tak… Buat? Tak…

We’re officially husband and wife already. Naper aku nak kena hesitated?” Mempersoalkan hati sendiri.

Hati senyap. Ego juga senyap. Aqi menarik nafas dalam, lalu dihempas. Sambil cuba membuang ketawa mengusik si abang tiri, badan dikalihkan dan mengadap Umar. Muka itu direnung lagi. Malu lagi. Mata dipejam dan fikiran dikosongkan.

“Mar…” Kaki melangkah mendekat dan tubuh direndahkan, merapati badan sasa suaminya. Sebelah tangan bertapak lembut pada dada Umar, dan sebelah lagi menyokong badan pada katil. Nekad Aqi bulat sambil muka merapat. Bibir suaminya dicium lembut.

“Sedar cepat… please…” Hati yang membisik terluah di mulut, perlahan. Matanya merenung redup kelopak mata yang masih terpejam. Aqi mendekatkan bibir ke telinga lelaki itu. “I love youI really really love you I love you so much I can’t help it, I love you more than I can bear,awak… please wake up, awak… don’t leave me aloneplease…”

Tiada reaksi.

Tangis terlepas. Aqi hampir lemas dalam rasa kasih yang tumpah untuk suaminya itu. Kata-kata cinta tidak terlepas di seulas bibir nipis. Baju sakit Umar digenggamnya erat, lalu kepala ditundukkan, menahan sebak yang datang lagi. Dahinya bertemu dengan bibir lelaki itu tanpa disedari.

Nafas ditarik sedalam-dalamnya, lalu dia mengangkat wajah. Air mata yang pecah ke pipi dikesat. Bibir mengukir senyum paksa. “It failed afterallhuh? I feel stupid all over again sebab ikut jugak cadangan dia.” Aqi kembali duduk di kerusi. Tangan Umar digenggamnya kedua belah sambil ditemukan dengan pipi. Pandangan mata meredup sekali ditala pada muka kacak itu.

I didn’t lie about I’m loving you. I will love you more kalau awak bangun.” Pipi itu dipicit.

Telefon bimbitnya berbunyi. Aqi meletakkan tangan Umar ke atas katil cermat, sebelum panggilan untuknya disambut. Berubah serius riak wajahnya bila orang di talian bersuara. Aqi berkalih, keluar dari wad. Terlihat daun pintu sudah pun terbuka dan doktor Nick berdiri tegak di luar pintu. Darah Aqi berderau turun dari wajah. Berapa lama dia kat sini? Did he see…?

“Ah. Saya baru nak masuk. Kamu ada di dalam rupanya.”

Lega… lalu Aqi pergi terus tidak berbicara apa-apa lagi. Nick menghantarnya pergi dengan muka tak beriak. Tipu je. Daun pintu dibuka lagi luas, melihat pesakitnya yang dah berkaca mata itu. Pandangan Nick meredup. If he really wake up, then I’m one of the few who witness a fairy tale miracle….

Seminit dua, dia penat menanti… dan penat kerana mengharap sesuatu yang bodoh.

I’m an idiot,” gumamnya perlahan, mengutuk diri sendiri. Dahi siap ditekan, tak percaya dengan harapan atas sesuatu yang mustahil. Pintu lalu ditutup dan dia melakukan diagnosis untuk mengumpul data kesihatan seperti biasa. Masih dengan hasil keputusan yang sama. Apa lagi yang boleh dilakukan bagi menyedarkan Umar dari tidurnya? Nick tiada jawapan, dan dia melangkah keluar dari situ. Nampaknya cuma tinggal tawakal kepada Allah sebagai satu jalan terakhir setelah semua usaha yang lain menemui jalan buntu.

Dan kira-kira sejam selepas itu, mata Umar perlahan-lahan terbuka.


AQI menapak keluar dari balai polis. Berita yang baru diberitahu oleh pihak polis yang disampaikan dari cawangan Pekan, Pahang baru sekejap tadi terasa menyedut rohnya keluar dari tubuh.

Hadi berjaya lepaskan diri dari tahanan polis. Kejadian terjadi semasa perpindahan penjenayah itu dari satu penjara kepada penjara yang lain atas arahan mahkamah. Entah macammana lelaki itu boleh terlepas, Aqi tidak dimaklumkan secara terperinci tetapi pihak polis telah pun memberikannya jaminan perlindungan 24 jam. Gadis itu walaubagaimanapun, kurang yakin.

Should I tell Bang Farid…” Dia berfikir-fikir, bergerak ke jalan raya. Persekitarannya di negeri Melaka ini mula terasa tidak selamat kerana Hadi ada di mana-mana. Sudah pasti lelaki itu akan datang untuk membalas dendam. Aqi menjadi takut.

I’ll tell him.” Aqi memutuskan. Dia melangkah ke taman perumahannya dengan deria yang dipasang sepeka yang mungkin. Cuba untuk awas dengan sebarang pergerakan yang dirasakan mencurigakan daripada orang awam. Telefon bimbit mendail nombor Farid, namun tidak diangkat. Pelik pula dia. Kemana perginya abangnya itu?

Ah, sedang mesyuarat tahunan mungkin.


KEPALA diteleng ke kiri, ke kanan, ke hadapan. Putih semuanya. Badan terasa sakit seluruh tubuh dan sendi-sendi kaki dan tangan tidak bergerak seperti yang mindanya nak. Sukar. Sakit. Tangan kiri diangkat, menyentuh muka. Ada cermin mata. Aik? Lalu ditanggalkan, namun kabur gila pandangannya sehingga gagal mengenal pasti bentuk meja tarik di hujung katil. Umar mengerut dahi, memasang cermin mata itu ke pangkal hidung lagi. Jelas. Kabur. Jelas. Kabur. Umar menoleh memandang ahli keluarganya sambil memasang cermin mata itu ke wajah. Satu persatu wajah yang kegembiraan itu dipandang. Otaknya terlalu banyak soalan untuk disoal sekaligus ketika ini. Namun mulutnya menutur juga.

“Mar… kat hospital?”

“Ya… kamu kat hospital sayang…” suara Batrisya, sayu. Kaki melangkah setapak mendekati. “Kamu dah sedar…”

Riak Umar keliru. “Kak Bat. Macammana Mar boleh ada kat sini? I thought I went to sleep last nightand this specs?” Cermin mata di hidung disentuh.

Batrisya sebak menahan tangis. Farid pula mendekat. “Kau eksiden.”

“Eksiden?”

“Ha’ah. Nanti cerita lagi. Biarkan doktor buat check up kat kau dulu.” Excited di hati ditahan setabahnya. Nick menjeling sambil mendekat. Umar terdiam kemudian, menurut saja. Sungguh! Dia masih keliru dengan apa yang dah jadi.

Maya sama sayu, memeluk lengan Farid. Jemari mereka bersulam bergenggaman erat.

“Alhamdulillah….”

Lelaki itu mengangguk, tersenyum lebar. “Syukur sangat-sangat.”

“Makan selamat nanti.”

“Em.”

Umar yang sedang diperiksa direnung sayu. Rindu dengan adiknya itu… Umar tiba-tiba menoleh padanya. Merenung abangnya, merenung wanita bertudung di sebelah abangnya. Berkerut sedikit dahinya, lalu mata melilau, mencari.

“Mana yang lain? Abang ngan akak je yang ada? Mama mana?”

“Ha’ah. Pasni dia datang.” Farid menjawab. Umar mengangguk kecil.

“Pa pulak mesti masih bekerja walaupun anaknya ini baru sedar dari koma? Workaholic melampau namanya tu,” gumamnya kemudian, memuncung. Berkerut dahi Farid. Berkerut juga dahi Batrisya. Maya blank.

“Kamu… cakap apa ni Mar?”

“Hm?” Kepala Umar menoleh memandang kakaknya itu. “Pa ngan ma la. Kecik ati Mar camni.”

Terpempam tiga orang itu, terperanjat! Nick menoleh, baru perasan sesuatu yang aneh. Kenapa? Mata menyoal Farid. Lelaki itu menggeleng kecil. Maya dan Batrisya menoleh memandang lelaki itu.

Umar merenung Maya lagi. Wanita yang sedang memeluk lengan Farid itu… siapa?. Girlfriend dia? Kawan dia? Oh ya. “Apa abang ngan akak buat kat sini?”

“Eh?”

“Takkan la sanggup fly balik Malaysia sebab Mar masuk hospital je.” Tersengih dia kemudian. Nick berhenti memeriksa, merenung pesakitnya itu. Banyak betul dia bercakap. “Geli la.” Tergedik-gedik!

“Apa kau ni? Abang memang ada kat Malaysia je pun…” bantah Farid perlahan. Terkelip-kelip lelaki itu sebelum mengangguk kecil.

“Cuti?”

Makin berkerut dahi Farid. Otak mula memikirkan sesuatu. Balutan di kepala Umar direnung. Terasa berderau darahnya, gerun. Kepala digeleng, cuba nak menafi. Takkan….

Umar memandangnya lagi, tersengih lagi. “Tapi, akak tu sapa pulak?” Bibir dijuih pada Maya. “Girlfriend eh…”

Bum!! Terasa kilat memancar dan menyambar Farid dan Batrisya. Maya pula tidak mampu berkata apa, kerana dia memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Nick menoleh memandang Umar. Kepala pesakitnya itu disentuh sementara Farid mendekati Nick.

“Nick.”

Doktor itu menoleh, menentang pandangan tiga orang dewasa itu. Nafas terluah spontan. Punggung diangkat, bangun dan Umar kembali dipandang dengan senyum.

“Kamu baru sedar lepas koma hampir lima bulan. Lepas ni nurse akan datang menghantar makanan pada kamu. Jangan aktif sangat… dan jangan paksa badan dan otak untuk bekerja.”

Terkebil Umar sebelum tersengih. “Lima bulan? Apa dah jadi sampai saya koma macam ni?”

“Kamu eksiden.” Jawapan Farid dipinjam. Perlahan dia bergerak melangkah keluar. Farid mengekori. Batrisya dan Maya kaku sebentar di tempat mereka, dan kembali menoleh pada Umar. Senyuman dilemparkan.

“Relaks Mar.”

“Semuanya akan jadi baik….”

Dan keduanya berlalu. Umar mengerut dahi, mengangguk protokol. Apa masalah mereka? Tubuh lalu dibaringkan perlahan. Terasa sengal urat dan sendi. Mungkin kerana terlalu lama berbaring. Cermin mata di pangkal hidung dicapai lagi.

“Lupa nak tanya pasal ni…”


NICK berdiri tegak, menentang tiga orang dewasa itu. Farid kelihatannya beriak tegang. Batrisya beriak sayu manakala Maya sedikit keliru. Doktor pakar bedah itu mendehem, meminta Farid memulakan sesi soal jawab.

“Kau tolong cakap… jelaskan. Apa yang berlaku kat dia?”

“Aku tak faham sangat perbualan korang tadi,” balas doktor itu berterus terang. Farid mendesis.

“Dia tak cam Maya. Dia sangka aku ngan Bat masih di overseas… dia lupa papa aku dah meninggal…”

Pandangan Nick meredup. “Lupa.” Keyword.

Urat Farid timbul, menegang marah. Lantas dia menerpa dan menolak tubuh Nick kasar ke dinding. Maya terjerit terkejut. Batrisya kaku terperanjat. Abang!

Kolar kot putih doktor itu dicengkamnya. Muka Farid memerah menentang muka tak beriak Nick. “Aku mintak kau jelaskan….”

Huh… “Macam apa yang kau fikir…”

“Aku tak tau apa yang aku fikirkan!!” potong lelaki itu lantang, “Aku tak faham, tak guna!!”

“Ab… abang…” Maya cuba mendekat. Nick menghempas nafas. Batrisya yang dah nak nangis melihat abangnya itu, dijeling dengan ekor mata. Kejutan lagi, huh.

Tak guna juga nak disembunyikan. Sesuatu yang diragui akan berlaku pada pesakitnya itu dan dipilih untuk disembunyikan, akhirnya betul-betul berlaku. “Umar Darius hilang ingatan. Apa lagi yang boleh kau fikir?” Dia menjawab tenang dalam nada yang langsung tiada simpati. Muka Farid makin memerah. Ketika itu juga Maya memeluk dia, cuba menariknya melepaskan doktor bedah itu. Batrisya pula mendekat.

“Ta… tapi… dia kenal kami. Cam kami on the spot lepas sekali tengok je.”

Nick menjeling. “Masuk balik dan cuba tanya umur dia. Guess that’ll explain it.

Batrisya kaku. Farid mendengus, melepaskan kolar kot Nick. Maya lekas menariknya ke belakang dan membina jarak antara suaminya dan doktor itu.

“Macammana boleh jadi macam tu?”

Nick menoleh memandang rakan lamanya. Farid bukannya jenis yang boleh menerima sesuatu tanpa penjelasan yang benar-benar kukuh. Lalu nafas ditarik dalam. “Generally, there are two types of amnesia, which are Anterograde amnesia and Retrograde amnesia. Retrograde amnesia ialah dimana… the patience loss access of vague event or information after the onset of disease or injury… dalam erti kata lain, a person forget about hisself atau persekitarannya… like the normal amnesia yang kita selalu tengok di TV.”

Wajah tiga orang itu direnung sebelum balik pada Farid. Dia mendengar, maka Nick melanjutkan penjelasan. “Tapi tidak pada Umar Darius. Amnesia ini terbahagi pada banyak jenis lagi. Terus terang, untuk kes Umar Darius, ini pertama kali aku jumpa kejadian yang macam ini.” Mereka dipandang. “There is actually a strong impact yang menganggu seluruh fungsi otaknya disebabkan eksiden tu. However, sel otak dia mengembang actively and he was saved regarding to that matter. He even saved from a full-body paralysis.”

Batrisya mengangguk. “That improvement yang awak cakap sebelum Aqi kena culik tu?”

Yes.” Nick mengangguk. “Sebab tu saya tak expect benda begini boleh berlaku. Macam yang saya cakap, pertama kali saya jumpa kes yang begini.”

Farid mengetap bibir, mengalih pandang pada koridor wad. Terasa nak membangkang dan nafikan apa yang baru didengarinya, tetapi soalan Umar mengenai siapa Maya sebentar tadi bukannya sesuatu yang dibuat-buat.

“Boleh dirawat?” soal Maya kemudian. Nick menoleh.

“Insya-Allah… kalau jumpa pada yang lebih pakar.” Ketiga-tiganya dipandang. “Aku rasa kau patut lebih concern dengan isteri dia.” Nick mengingatkan, merenung Farid.

Aqi… Farid dan Batrisya terkaku. Serentak keduanya menoleh, berpandangan. Akal memikirkan perkara yang sama. Tergagau seketika.

Say, Nick. Hilang ingatan ini… macammana nak cakap…” ujar Farid, masih tak mengalih pandang dari wajah adiknya. Nick menanti soalan itu dihabiskan. “Kalau dia lupa Maya… ada probability… dia lupa isterinya jugak?”

Yes.”

Maya terkejut dengan tangan diangkat menutup mulutnya. Bulat matanya membesar. Batrisya hampir terduduk namun lekas bersandar pada dinding. Farid menahan tekanan hati, menoleh lagi pada rakannya itu.

“Kau….”

Nick menghempas nafas. “Sebab tu aku minta korang masuk dan tanya umur dia.” Farid direnung namun pandangan matanya tak setajam biasa. Mungkin bersimpati. “Dia jumpa bini dia lebih lewat dari jumpa bini kau?”

“Awal lagi. Masa sekolah menengah.”

“Jadi masih ada kemungkinan untuk dia ingat.” Batrisya pula dipandang. “Bergantung pada tahun berapa dia mula amnesia. Mungkin masa 18 tahun, mungkin masa 10 tahun… tanya umur dia,” sarannya lagi. Batrisya terkebil, lalu perlahan menarik tubuh dan menjarakkan dari dinding. Kaki kembali melangkah masuk. Nick kembali memandang Farid. “Seterusnya, ingatan dia selepas umur itu sudah hilang sebaliknya ingatan sebelum itu masih tertinggal. Sebab itu dia kenal kamu adik beradik, tapi bukan bini kau yang datang later. Itu yang berlaku pada adik kau sekarang.”

Farid terdiam, kaku. Kata-kata Nick membenarkan nalurinya, lalu nafas terluah berupa dengusan. Maya menoleh memandang suaminya sebelum mengalihkan pandang ke pintu wad Umar. Tangannya digenggam dibawa ke dada. Denyutan debar jantungnya tidak menyelesakan kerana bimbang. Dia bingung dengan apa yang telah terjadi pada adik iparnya itu.

Handphone Farid tiba-tiba berdering. Panggilan dari Aqi. Farid menelan liur yang berpasir.

Previous: chapter 46
Next: chapter 48

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.