Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 16

LAMAN vila Orked luas saiznya. Terdapat kolam ikan yang kecil di hujung laman manakala pokok-pokok bunga menghias keliling laman yang berpagar batu dengan ketinggian lelaki dewasa. Walaupun mungkin tak seluas padang bola sepak di Beijing, tapi cukuplah untuk buat barbeque untuk petang ni dan menjadi tempat berlari bagi Zaki dan Naufal. Munirah yang sudah boleh berdiri pun terkedek-kedek cuba mengejar abang-abangnya. Maya ada sama di sana, bermain-main dengan budak-budak penghias dan penyeri vila itu. Farid yang memerhati dari tempat panggang, tersenyum sokmo melihat isterinya.

“Terjatuh dia, lepas tu nangis, aku kerja gelak je…” Kepala digeleng, kembali membakar arang. Batrisya yang sampai dengan daging ayam, daging lembu, hotdog dan campuran rempah di dalam besen, meletakkan besen merah itu di atas kerusi.

“Abang cakap pasal apa?”

“Takda apa-apa. Mana ma?”

“Nak buat coleslaw katanya.”

“Hahah.” Pandangan meredup, merenung arang yang merah namun tidak memunculkan api. Batrisya yang mencekak pinggang di sebelahnya, mengerling.

“Naper tiba-tiba ajak buat barbeque?” soalnya. Balik dari pejabat je, dilihatnya Farid sudah sampai dahulu dengan daging-daging yang baru dibeli. Maya pun ada sama sedang menyiapkan rempah buat panggang barbeque. Biasanya, bila langit dah gelap dan bintang tergantung di langit, baru si CEO itu balik rumah. Takkan ponteng kerja kut?

“Alah. Saja je. Tekak abang tiba-tiba nak makan ayam panggang. Barbeque sekaligus la dengan korang. Bukannya selalu kan…” Bibir mengukir senyum segaris. Batrisya merenung datar dengan sebelah kening terjungkit tinggi. Farid menghempas nafas. Mengalah. “Adik lelaki kau tu la…” getusnya berterus terang.

“Aha. Untuk Aqi?”

“Untuk sapa lagi kalau bukan precious person dia tu.”

Batrisya sekadar mengangguk. Mengiakan sahaja tanpa terasa nak berdalih. Kepala dipaling ke kiri ke kanan, mencari. “Mana dorang then?”

Jog.”

Mengangguk lagi.

Api yang dah mula marak pada arang dipadamkan, meninggalkan asap dan haba tinggi. Daging-daging mentah yang sudah direndam dengan rempah diletakkan satu persatu di atas dawai besi. Minyak berisi rempah dan gula dilumur bila daging nampak kering. Bila dah banyak yang siap, semerbak wanginya hinggap ke hidung budak-budak, lalu menyibuk jua mereka ke pasukan memanggang itu.

Farid mencerlangkan mata. “Weh! Blah blah blah!”

“Wargh. Asap!” Maya lekas melarikan diri bila angin menolak asap ke arahnya.

“Bat. Maya. Pergi prepare air, tikar, radio, pinggan mangkuk, sos keropok pelbagai. Abang nak air bandung tau.” Maya dipandang. “Kasi sejuk kurang gula elak diabetes.”

Tersenyum si isteri, sekadar menurut. Munirah dibawa masuk ke rumah, meninggalkan Batrisya dengan Farid bersama Zaki dan Naufal yang dari tadi nak curi makan.

“Eyp!” Tangan Naufal ditampar perlahan. “Curi banyak-banyak, mama tak bagi makan pasni, kang.” Mata dicerlang membulat. Naufal memuncung, mengunyah hotdog panggang di tangan. Zaki tergelak.

“Padan muka.” Jam tangan One Piece di tangan dipandang. “Pal! Naruto dah start!” Lalu berlari dia masuk ke rumah. Naufal menoleh deras, turut memecut.

“Nauto!!”

“Pergh. Laju. Macam pelesit.” Farid menjungkit kening, melihat budak lelaki itu berlari ke dalam rumah. Batrisya tersenyum nipis.

“Tengoklah sapa bapak dia…”

“Hm. Arwah tu memang kebanggaan kau ngan Aqi.” Selamba menutur. Batrisya tersenyum saja. Pada masa yang sama, Aqi dan Umar memuncul dari pintu pagar. Berjalan bersama beriringan dan bergelak ketawa seperti pasangan kekasih di waktu remaja belasan tahun. Adik beradik itu berpandangan.

Langkah kedua-duanya tiba-tiba terhenti di pintu pagar sana. Umar merenung Aqi dengan muka berkerut dan Aqi membalas dengan riak keliru. Senyap antara mereka dipecahkan bila gadis berambut ponytail itu terjerit kecil sambil menutup mulutnya. Sedar kesalahan. Umar mengiringi dengan melepaskan gelak. Galak sekali!!

“Gahahahahhaa!!”

“Aaagh! Tak payahlah gelak! Orang salah cakap…”

“Hahahaha… its dimple sayang, bukan nip…” Tak habis cakap bila bahu dah dipukul Aqi dulu. Merah pekat wajahnya.

“Janganlah…”

“Tapi… hahahaha…” Perut ditekan. Lenguh! Aqi memuncung, lalu berlari pergi dari situ. Umar menggeleng kepala, memperlahankan gelaknya. Larian Aqi dikejar.

“Aqi… janganlah merajuk.”

“Kalau camtu berhenti gelak!”

“Tapi your mistake is too hilarious. Hihihihihi. Aku tak tau gwiyomi Indonesia seksi macam tu…”

“Wua! Wua! Wua! Wua!” Kuat sekali suaranya dilantangkan sambil telinga ditutup dua belah. Taknak peduli lelaki di belakang. Umar terkekeh lagi, lalu langkah dipecut. Tangan kiri Aqi ditangkap dan ditarik padanya. Terperanjat gadis itu, tertarik ke belakang bila kestabilan diragut graviti. Terjatuh sandar pada Umar. Sekilas, lelaki itu nampak tersengih di belakang.

“Wei…” Aqi mendesis. Beban kepala si suami terasa di bahu kanan, sementara tangan kanan lelaki itu melingkar di perut, mengekang Aqi untuk menjarakkan diri. Tangan kiri lelaki tu yang memegang tangannya dilarikan ke telapak tangan, lalu jemari mereka bersimpulan. Umar yang tak hilang lagi sengihnya, menyambung ketawa.

“Kau ni comel sangat bila aku tengok dari belakang.”

“Tengok dari belakang pun comel. Kronik.”

“Emm… kronik dengan bini, takpe la kan.”

Menoleh gadis itu. Geram. Umar mengerling, tersenyum. Aqi sekadar mencemik, sebelum terkaku bila terasa tangan Umar mula nak merayap. Menyirap darahnya naik ke muka.

“Ehem.”

Jeritan Aqi tersekat di anak tekak. Serentak keduanya menoleh, pada pasukan pemanggang itu. Pada Batrisya dan Farid. Aqi naik sentap, lalu sedaya upaya menarik lengan sasa yang masih memerangkap tubuh. Belakang tubuh mula terasa berbahang. Malu dia bila sedar setiap ulah mereka diperhati dari tadi.

“Mar… lepaslah…!”

Si mata hazel tidak mempedulikan insan di dalam rangkulannya, sebaliknya dengan penuh berani melawan dua pasang mata yang merenung tanpa reaksi. Umar mengangkat double jerk. Sekarang ini dia yang merasa marah kerana saat manis dan indahnya diganggu dua manusia itu. Batrisya kembali menekur pada ayam yang hampir hangus, enggan melayan sementara Farid menjuih.

“Kalau korang boleh bercinta macam tu, abang tak nampak point kau mengadu Aqi merajuk kat kitorang.”

“Mengadu?” Aqi menoleh.

“Mendapatkan nasihat is the exact word.” Isterinya dikerling sebelum perhatian kembali pada si kakak dan abang. “Apa cerita masak barbeque ni? Tak ajak pun?”

“Nak ajak macammana, kau asyik dalam bilik kau dan dengan bini kau je.” Ayam yang dah siap diletakkan ke dalam bekas sementara daging yang mentah dipindahkan ke atas bara. Umar di sana terkekeh.

“Alasan diterima.” Rangkulan dilepaskan dan tangan Aqi ditariknya ke situ, memanggang sama.


SELESAI maghrib, satu keluarga duduk di laman dan makan daging-daging yang siap dipanggang. Banyak sekali, dan memang cukup kenyang bila makan tak henti-henti diiringi perbualan satu keluarga dan saling bergelak ketawa. Bulan di langit menemani, mendedahkan awan nipis yang tergantung tanpa benang. Tidak hujan nampaknya mala mini.

Aqi meletakkan pinggannya ke tepi, lalu menyokong tubuh ke belakang. Langit dipandang. Waaah… burp. Alhamdulillah…

“Hamboi.” Umar di sebelah terdengar sendawa jantan itu. Dia menoleh. Aqi menjeling, ketawa kecil. Selamba.

“Tengok, my belly’s standing.” Perut yang nampak buncit di sebalik baju, diusap.

“Yea… I can see that. Bahagia huh?”

Tersenyum nipis. “Nampaknya macam tu lah.” Tubuh dibaringkan berhamparkan rumput dan beralaskan langit malam. Selesa sekali. “Time-time macam ni lah aku rindu kat Dean. Wish dia ada bersama dengan kita… makan-makan macam ni…”

Umar tersenyum nipis. Ayam panggang kembali dilapah. Seleranya masih terbuka. “Say… Aqi.”

Yes?”

“Hari ini birthday kau, kan?”

“Em? I’m not sure…” Bintang direnung setiap satu. “Birthday yang palsu ke birthday betul?”

“Hoho. Ada jugak yang palsu dan yang betul?”

“Em. Birthday Aqi lain, birthday Asyikin pulak lain.” Si suami dipandang. Umar mengerut dahi.

Which is which?”

Aqi terdiam, lalu bangkit. Bersila. “Erm… Aqi is when aku diangkat Danny. Asyikin is my legal date of birthla kut…” Pandangan meredup.

So, hari ini is which date?”

Umar dipandang. “Kenapa nak tahu?”

“Nak prank kau.”

“Haha…” Senyuman meredup bila pandangan ditekur ke tikar. “I supposemy legal birthday. Hehe. Aku tak alert pun, kau boleh perasan eh? Terharunye.” Menggedik seketika.

Umar tersenyum kecil. “Kau nak apa sebagai hadiah?”

Senyum. Batrisya yang berbual dengan Daten Orched sana dipandang, namun mata hatinya merenung lebih jauh di sebalik masa. Entah fikirkan apa. Aqi menggigit bibir. “Aku nak bahagia.”

Hotdog berhenti dikunyah. Aqi di sebelah nampak hilang dihanyut perasaan. Mungkin tenggelam dalam masa silam. Umar mencarik daging ayam, lalu dicicah dengan sos tiram dan disua ke mulut isterinya. Aqi terperanjat, menoleh. Sos tiram tersentuh sisi bibir. Umar memberi isyarat mata supaya daging itu dimakan. Teragak-agak, si isteri menerima suapan si suami. Dikunyah perlahan. Mata dikerling ke ekor mata, merenung lelaki itu yang tersenyum. Umar lalu mengelap hujung bibir Aqi yang dikotori sos dengan ibu jari. Sisa sos dibawa ke mulut Aqi. Wanita itu menolak, membuat Umar menjilat dengan mulut sendiri. Naik segan si isteri.

“Woo… romantik…” Zaki yang rupanya memerhati lalu menepuk tangan. Umar dan Aqi serentak menoleh, lalu kepala budak itu ditolak Umar.

“Potong stim.”

Tergelak budak lelaki itu, dan mereka kembali dengan hal masing-masing. Umar mencarik ayamnya untuk memudahkan makan, sambil kepala mengimbau kenangan lalu.

Sebelum Aqi diangkat keluarga Umar, gadis itu terlebih dahulu tinggal dengan Danny. Namun, bila Danny menjadi ahli keluarga barunya dan tinggal serumah dengan mereka, Aqi ikut sama menetap di rumah keluarga Umar. Tidak pula dia terfikir macammana dua orang yang tiada hubungan darah itu boleh hidup bersama. Ekor kuda Aqi di sebelah dikerling. Teringat betapa kasarnya seorang Aqi yang dia pernah kenali. Betapa degilnya dia. Betapa melawannya dia, dan betapa dia menolak bila keluarga tirinya yang sah, datang untuk membawanya balik ke rumah. Saat itulah terbongkar semua kisah si Aqi pada keluarga Umar, namun tidak termasuk kisah si isteri semasa bersama abang angkat yang dah meninggal itu.

Kisah Aqi banyak dramanya. Banyak sangat sampai menangis termuntah.

Umar menggeleng kecil, tersenyum nipis. Teringat macammana gadis itu menangis hiba di depan dia bila sejarah hitam dibongkar oleh Umar sendiri buat tahi telinga. Tetapi, cerita yang Umar tahu tentang Aqi cuma dari perspektif seorang abang tiri, yakni abang tiri Aqi. Diberitahu bila dia bertanya. Jika ditanyakan pada Aqi, meski bumi terbalik pun tidak akan dibualkan. Hotdog masuk ke mulut. Mungkin dah sampai masa untuk dia tahu kesinambungan keluarga si isteri itu.

“Asyikin…” Bawah sedar nama itu disebut. “I wonder apa cerita dia…”

“Tak perlu tau, awak…” Aqi membalas datar. Umar terperanjat, menoleh. Dia dengar rupanya? Isterinya itu sedang merendahkan kepala, menerima suapan Zaki. Senyuman manis diberi dan kepala adik Umar itu digosok. Pandangannya kembali pada si suami yang masih menunggu. “Asyikin had died to tell the tale. Dah tak penting untuk ambil tau.” Senyum bergula.

Terang-terang keinginannya untuk ambil tahu ditolak tanpa sempat bertanya terus. Umar menggaru pipi.

Selesai makan-makan dan masing-masing kekenyangan, Batrisya mengumpul pinggan-pinggan kotor dan Maya mengemas tempat memanggang. Yang lain lepak-lepak suka di tengah laman, merenung langit dan bersyukur dengan perut yang kekenyangan. Aqi dipinta untuk menemani Zaki bila disuruh membuang sampah ke tong sampah di luar vila. Sempat juga budak kecil itu merungut kerana dianggap penakut.

Sampai pada kumpulan orang dewasa itu, Umar memanggil Aqi ke tepi sebelum menyimbah si isteri dengan tepung gandum. Terkejut kaku si isteri. Ucapan hari jadi dijerit, diiringi rempah yang tak habis digunakan tadi, turut disiram bila gadis itu masih dalam fasa terkejut. Kalau Aqi dipanggang ni, sodap! Farid, Batrisya, Umar dan Zaki tergelak galak. Maya terperanjat, memegang tangan Naufal dan Munirah supaya tidak menyampuk masuk ke dalam kumpulan itu. Daten Orched sama memandang keliru.

“Kenapa jahat sangat buat Aqi macam tu, Mar?”

“Hehehehhe. Nak sambut birthday dia ni…”

“Mar…” Aqi memanggil. Si suami itu menoleh, dan pap! Telur mentah dipecahkan ke dahi. Giliran dia yang terkaku. Aqi tersengih, mengeluarkan telur mentah dari poket lagi dan dipecahkan ke kepala lelaki itu lagi. Semerbak dengan bau telur busuk. Zaki terundur-undur, takut terkena tempias.

“Haha…” Aqi mencekak pinggang puas hati dalam harum rempah mentahnya.

Umar mengangkat wajah. Cairan telur busuk jatuh dari rambut dan meleleh ke muka. Telur kuning yang menitis di hidung mancung ditepis dengan ibu jari.

“Aqi…” Menderam.

Membulat matanya bila Umar menerpa dan seterusnya Aqi terjerit nyaring, memecut melarikan diri. Sia-sia. Kekuatan larian Umar lebih kuat darinya. Tubuhnya ditangkap dan terus dimasukkan ke dalam rangkulan. Aqi tidak berputus asa, terus cuba untuk menepis namun menyebabkan keduanya jatuh tergolek di sana.

Batrisya dan Farid dah tergelak terguling melihat pasangan itu. Maya tergelak perlahan, terjangkit dengan ketawa adik beradik itu manakala Daten Orched terus memerhati gelagat pasangan yang paling muda di sana tanpa sebarang riak. Aqi menolak-nolak Umar walaupun dia yang paling kotor manakala Umar sedaya upaya cuba memalit sisa telur kepada si birthday girl. Dan terjerit lagi bila Umar tiba-tiba termuntah. Lambat-lambat, ibu tiga anak itu tersenyum jua.

Dan sampai tengah malam mereka diarahkan untuk membersihkan laman yang busuk dengan telur mentah dan rempah barbeque. Aqi menyembur sisa rempah yang di rumput dengan air yang disembur hos dari garaj. Umar yang mencangkung di sana terus menahan muntah. Mual dengan bau telur mentah pada diri sendiri.

“Bila masa kau simpan telur dalam poket kau…?”

“Kak Bat bagi masa makan tadi…” Dengan malas dia menjawab. “Guna kalau nak balas dendam katanya. Tau-tau je dia yang kau nak bagi birthday prank kat aku.”

“Dah memang dia yang plan awal-awal lagi… Ergh, telur busuk ni Aqi… kejamnya… huhu…” Menyengat di lubang hidung. Mual naik lagi namun isi perut sudah habis untuk diluahkan. Tinggal angin. Ah, membazir daging barbeque yang baru dimakan. Mana tidaknya. Pekat sungguh busuknya sampai Munirah menangis dek busuk dan betapa tengiknya bau itu. Aqi di sana tersenyum nipis.

“Padan muka.”

“Hei… berdendam sangat ke kau kat aku ni? Aku dah cukup baik dah nak sambut birthday kau. Jahat betul.”

Right. Kutuklah orang lain jahat bila kau buat aku macam ni.” Hos dibawa ke atas kepala, menyembur diri sendiri. Membersihkan diri.

Nafas terluah pendek. “Tang tu pun sebenarnya idea dorang jugak.” Umar menopang kepala dengan lengan. “Aku nak kenakan kau, dorang gunakan kau untuk kenakan aku balik. Salah orang aku nak mintak nasihat rumah tangga.” Bibir dijuih. Aqi di sana tersenyum kecil.

“Nasihat rumah tangga apanya… nak nasihat rumah tangga, bacalah buku-buku kaunseling ke, buku-buku agama ke, ceramah-ceramah dalam Youtube ke. Ada Ustaz Azhar Idrus, ada Ustaz Haslin, Ustaz Khairi…”

Siul terkeluar di bibir Umar. “Kau dengar ceramah agama?”

Bahu dijungkit. “Baru-baru ni je.” Hos dibawa ke seluruh badan, membuang sisa rempah yang masih melekat di mana-mana. “U.A.I kan kira satu fenomena jugak. Aku tergerak nak dengar ceramah dia sebab populariti dia tu… Alhamdulillah masuk la jugak dalam hati sikit…” Merendah sedikit nadanya.

Terangkat kepala Umar mendengar kalimah syukur menitip di bibir itu. Wohoo… Aqi yang selalu ponteng kelas agama reti cakap macam tu? “No wonder kau makin baik dengan aku baru-baru ni. Mencadangkan poligami pulak tu.” Kepala digeleng.

Aqi tersenyum nipis. “Yela… nak harapkan kau bagi ceramah kat aku… huh!” Bibir dicemik.

Tergelak Umar. “Amboi.” Dan gelak lagi. Bahagia pula rasanya bila mengetahui hati si isteri dah melembut. Alhamdulillah…. “Termakbul jugak doa aku setiap malam.”

Aqi meleret senyum nipis. “Meh sini.”

“Apa dia.”

“Mai la… kau tu dahlah busuk tengik. Sakit hidung aku hidu.” Air yang mencucur keluar dari hos diangkat.

“Nak mandikan aku ke?”

If that what you want to call it.”

Umar tersenyum lebar, lalu terkedek-kedek mendekati si isteri. Aqi tergelak kelakar.

“Kau ni macam budak-budak. Berapa umur kau again?”

“24.”

“Dah boleh jadi bapak dah. Tunduk la sikit…” Lengan Umar ditarik supaya merendah pada ketinggiannya. Lelaki itu menurut, mencangkung terus. Aqi menyembur air ke kepala lelaki itu sambil dielus-elus rambutnya. “Eii… busuk… melekat seminggu ni Mar. Macammana kau nak kerja esok ni.”

Tersenyum nipis. “Aku memang boleh jadi bapak, tapi bini aku tu la. Dia yang taknak menerima walaupun aku boleh je nak beri.” Air yang menuruni wajah, diraup.

Aqi mencerun. “Serahkan salah kat orang…”

“Jadi, boleh la ni? Malam ni?” Anak mata hitam itu diterkam dengan renungan menggoda. “Kita start dengan mandi sama-sama. Aku sabunkan kau, kau sabunkan aku. Lepas tu…” Double jerk. Nakal sungguh senyuman yang lahir itu bersama niat yang halal.

Aqi terkaku, lalu muka Umar diusap dengan tangannya. Terperanjat dia. “Naper kepala blue sangat ni?”

Blue apanya? Hitam lagi kut ni? Takkanlah telur tu berasid sangat sampai rambut aku jadi biru kut?”

Loyar buruk. Aqi mengeluh perlahan, namun memahami kehendak Umar. “Aku period.”

Anak mata hazel tu menerkam mata isterinya. Aqi serius memaknakan kata. Lantas, Umar mengeluh. “Pulak dah…” Kecewa. Tapi sekurang-kurangnya dia dah tahu, hati Aqi dah terbuka untuk dia, sebagai seorang suami. Hahahaha…

Kau nakkan bahagia sebagai hadiah hari jadi, tapi kau beri aku bahagia masa hari jadi kau, Aqi.

Air hos dialih bila dirasakan sudah bersih. Aqi mendekatkan hidung ke rambut si suami. “Eii, masih busuk… mandi betul-betul la lepas ni. Sabun syampu banyak-banyak.”

“Salah siapa pecahkan rotten egg kat kepala aku? Kang aku marah, tak merasa bau syurga kang kau.”

Aqi menggigit bibir bawah. Terasa kebas batang hidung dek salah yang diungkit, lagi-lagi dikaitkan dengan agama. “Abeh kau nak aku buat apa? Dah jadi dah pun…” muncungnya.

Umar tersenyum. “Mandi sama-sama.” Permintaan tadi diulang bersama sengih. Aqi memicing. Lelaki itu mendekati pintu rumah lalu menjerit nama Zaki. Si budak diarahkan untuk mengambil syampu dan sabun mandi. Dan tuala.

“Jom mandi.” Sengihnya ceria.

Aqi menghembus nafas pendek bersama senyum. “Mar…” dan terkaku bila lelaki itu bertindak menanggalkan bajunya. “Tak payahlah bukak baju…!!”

Previous: chapter 15
Next: chapter 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.