Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 13

“AQI?”

Ada suara lain yang menegur. Aqi berhenti menyerang. Umar dipandang sebelum keduanya spontan menoleh. “Huh?” Seorang wanita bertudung labuh ke pinggang sedang tersenyum memandangnya.

“Kamu… Aqi kan?” soalnya mendekat. Gadis itu terkebil saja, mengerut dahi. Umar di sebelah sama memandang hairan.

“A’ah.” Aqi mengangguk. “Kamu… siapa?”

Senyuman wanita itu melebar hingga menampakkan barisan giginya. “Aqiii!!” Lalu tubuh kurus itu dipeluk. Terkejut mereka. Umar yang terkelip, dipandang meminta tolong. Wanita misteri itu lalu melepaskan tubuh Aqi.

“Gila berubahnya kau. Hampir aku tak kenal tapi mujur kenal jugak. Hahaha… Dah berapa lama tak jumpa ni…” Rambut panjang Aqi ditarik. “Apa mimpi simpan rambut panjang ni Aqi?”

First of all…” Umar melepaskan rambut isterinya yang dipegang sapa ntah itu. Wanita bertudung itu menoleh, terkejut. Aqi memandang saja, membiarkan. Naufal diturunkan ke lantai dan rambutnya diselak ke belakang bahu. “Cik ni siapa?” soal Umar.

Siti terkebil. “Umar?” Tekanya pula, menentang lelaki itu. Aqi ke nak jalan-jalan dengan Umar? Memang la itu benda terakhir yang aku berani agak. Tapi, mata hazel itu memang la Umar punya…. Aqi yang berambut panjang lepas bebas itu dipandang lagi, sebelum menoleh pada si cermin mata ol’school itu semula. Betullah dia. “Sejak bila kau pakai spek?” sengihnya lebar. Aqi dipandang pula. “Aik, korang dua… dengan budak tu lagi… oi, dah berkeluarga ke?!” Excited!!

Umar dan Aqi berpandangan, masih blur. Siti dah tersengih-sengih lawak. Dia menoleh lagi pada Aqi, lalu menepuk bahu rakan lamanya itu kuat. Aduih! Bahu diusap-usap. “Kau ni mengejutkan betul!” getusnya lagi. Berpandangan lagi keduanya buat kesekian kali, lalu serentak bertanya.

“Kau sapa?”

Siti terkebil. “Oii… takkan tak kenal aku?” Geleng. Berkerut sudah muka Siti. “Jangan la…” Memuncung dia.

“Hani… jangan berjalan seorang diri…” Seorang lelaki mendekat. Ketiga-tiganya serentak menoleh. Siti mengangkat kening, mengukir senyum tak berdosa. Pasangan itu pula memerhati langkah yang merapat itu. Mereka berpandangan dengan akal masing-masing mengenal pasti bentuk wajah. Si lelaki berkemeja itu mengerut dahi. “Umar? Kau pakai spek? Haha…” Berjaya dikenal pasti.

Si kaca mata tersengih nipis. “Lukman.” Acknowledge.

“Eeii!!” Siti mencekak pinggang. Tiga pasang mata itu kembali padanya. “Naper kau kenal dia tapi tak kenal aku?!” getusnya menahan geram. Aqi dipandang pula. “Takkan tak ingat kat aku langsung… sedih seh…” Pilu.

Sorry…” Aqi tersengih hambar. Sungguh dia tak ingat. Takda dalam memori. Tak berjaya dikesan. Dia tak ingat kalau dia ada kawan yang bertudung labuh begini….

Tertarik nafasnya dan tersekat di kerongkong. “Jahatnya…” rengeknya dengan kedua-dua bahu jatuh. Muka beriak kesal dengan bibir memuncung macam muncung itik. Lukman di sebelah tersenyum bersahaja.

Guys, memang lama sangat tak jumpa, tapi…” Bahu Siti dipeluk. Wanita bertudung itu mencemik, membuang pandang ke arah bertentangan. “Ni Siti. Syarifah Hanani. Salah seorang angkatan pecah perintah sekolah korang dulu.” Aqi dan Umar serentak jatuh rahang. Luas. “Bini aku.” Bertambah luas.

“Si-Si-Siti?!” Bulat mata Aqi dengan mata di-scroll atas bawah. Baju kurung labuh dan tudung labuh sebijik macam ustazah first rate, walaupun perangai rocknya masih tertinggal sedikit. Susah nak percaya….

“Bini?!” Mata Umar hampir terjojol keluar memandang keduanya. Tak percaya. Langsung tak dapat nak percaya! “Bukan ke dulu… korang… aik??” Masih ingat sejarah lama. Mungkin tidak perlu dikisahkan sekarang kerana tidak penting.

Siti masih memuncung sementara Lukman masih mengukir senyum. “A’ah.” Mengaku dan mengiakan lagi untuk pengesahan pemahaman keduanya.

Terpana kaku seperti android rosak.

“Baru ingat?” Siti mendesis, tidak puas hati. “Korang berubah sebanyak mana pun aku masih boleh cam, tapi korang pulak…”

Umar mendehem, cuba mengembalikan tempo asal kepada diri sendiri. “Macammana la nak cam ex-samseng perempuan brutal yang dah jadi ustazah. Kau jadi ex-con pun… tak expect la berubah sampai…” Siti direnung atas bawah. “Dah macam Oki Setiawati dah ni.”

“Oki Setiana Dewi.” Aqi menepuk lengan suaminya.

“Yeah, that. Hehei…. Apa dah jadi?” Terlepas gelaknya perlahan dengan renungan yang tak lepas pada rakan perempuannya itu. Rakan yang menjadi skuad tambahan bila nak membuli pelajar lain tanpa mencederakan. Rakan yang sama league melawan samseng sekolah yang lain supaya boleh hidup senang di sekolah lamanya. Rakan yang… menjadi kawan pertama Aqi bila Umar mula mengenali gadis kasar itu dahulu. Umar menggeleng, masih sukar nak percaya.

Muncung di bibir menghilang berganti leretan nipis. “Aku dapat seru je pun. Alhamdulillah kan?” sengihnya lalu menemukan bahunya pada bicep Lukman. Lelaki itu menoleh. “Seru hidayah ngan seru kahwin sekali. Hahha.”

Sengih dan gaya gelak itu tak berubah langsung. Aqi dan Umar serentak tersengih kelakar. “Good for you both of you.

“Aku sendiri tak percaya kahwin ngan minah ni.” Lukman ketawa. Siti menoleh dengan senyuman manis dibuat-buat. “Unexplainable.”

Umar yang memerhati lalu melepaskan ketawa jantannya. “I can see that.Hahahaha!!” Aqi turut tertawa, bergabung dengan gelak suaminya. Siti menjengil. Geram pula.

“Tak payah nak gelakkan aku. Masalahnya macammana Mad Dog dengan Wild Cat boleh bersama, bermanja-manja saling bertumbuk tampar mesra di tengah-tengah public siap ada anak yang comel yang menjadi pelengkap?”

Lenyap terus gelak keduanya. Umar menjeling Aqi yang beriak bodoh, membuang pandang ke lain. Belakang kepala digaru, dan Siti di hadapan kembali ditentang. “Mulut kau memang tak berubah. Bising meletup-letup macam M16.”

“Mana ada M16 meletup-letup.”

“MPMG then.” Multi Purpose Machine Gun.

Siti mengerut dahi, lalu tergelak kecil. “Kau pun masih Umar yang sama…”

Lelaki dengan anak mata hazel itu tersenyum kecil. Lukman dipandang, “Nak jalan sama? Kitorang nak pergi makan lepas ni,” ujar Umar mempelawa.

“Oho… seronok jumpa korang lagi tapi kami nak blah dulu.” Lukman memaut tangan si isteri. Siti menoleh. “Kalau kitorang ada masa free, kita lepak sesama la nanti.”

“Tapi kan dah alang-alang berjumpa ni…” Siti membantah pula. Lukman senyap, sekadar mengekalkan senyum untuk dua teman lamanya itu. Tak melayan. Mendesis si isteri itu lalu, membuang pandang ke lain.

Umar membalas tenungan Lukman dengan sengih bermakna. “Okay…” Aku faham… Aku faham… Siti pula dipandang. “Jumpa lagi nanti Hani.”

Siti hairan bila nama itu digunakan, namun mengangguk saja dia. Pada Aqi, dia menghadiahkan satu pelukan. “Jangan rindu aku tau…” Sedih rasanya nak berpisah selepas baru berjumpa.

“Kau yang rindu aku,” balas Aqi tersengih, suka melihat perubahan Siti. Sejuk hatinya, sejuk juga matanya. Untuk terfikir gadis yang pernah dikenali sebagai samseng perempuan yang suka blackmail orang ni jadi begini… heh. Hidayah itu milik Allah. Dan mereka berpisah di situ. Umar dan Aqi memandang Lukman dan Siti pergi, berbual sesama mereka. Masing-masing mengukir senyum nipis.

Happy for them.” ujar Umar lagi. Aqi menoleh dan mata hazel itu dijeling padanya, “Us?”

Us what?”

“Bila nak happy happy camtu?”

“Mana la aku tau.” Mata memandang pasangan di hadapan itu lagi. Pada Siti. Pada perubahan Siti. “Aku tak tau…” Hatinya mengeluh.

Umar merenung wajah itu. Nampak sinar mata itu seolah-olah merenung jauh. Entah fikirkan apa. Che, bunyi macam tipu… tapi apa-apalah. Itulah apa yang dibacanya pada riak Aqi sekarang. “Kau fikir apa?” soalnya kemudian.

Diam. Agak lama. “Nothing.” Dan kaki melangkah. “Jom makan.”


“AGAKNYA naper diorang kahwin?” soal Aqi pada diri sendiri, menyuap nasi ke mulut. Umar memandang.

“Naper tanya?”

“Berfikir.” Mata dijuling ke atas. “Atas dasar fall in love or… lain-lain kes macam kita?”

Umar mengalih pandang pada Naufal lalu menyuap kek coklat ke mulut kecil itu sambil tersenyum. “Biarla apa pun kes dia, yang pasti mereka nampak macam bahagia.”

Pandangan Aqi tertala pada Umar. “Ha’ah kan?” Lalu dia tersenyum lebar. “Happy for them.” Makan lagi. “To think that kita semua dah membesar macam ni… masing-masing dengan jodoh sendiri.” Aqi terbayang muka Nor dan Zati lalu bibir mengukir senyum nipis. “Wonder how’re they doing?”

“Sapa?” Umar menoleh.

Aqi merenungnya. “Nor, Zati… budak-budak kelas kita yang lain… not to mention Mimi andLia.” Kening diangkat double jerk, mengusik. Masih ingat pada bekas kekasih suaminya itu. Yang seorang, rasmi manakala yang lagi seorang, tidak. Nafas Umar terluah malas. Menyempat kau Aqi. Naufal yang khusyuk menikmati ABCnya direnung. Alalala… comelnya….

“Mimi dah balik kat rumah keluarga dia kalau tak silap. Anak dia dah besar dah. Lia pula… bujang agaknya.”

“Mimi? Anak?”

“Yep.”

“Eh… mana tau?”

“Kitorang keep in touch, and apparently Lia is my current secretary.”

Kaku Aqi. “Oh?” Hati terasa lain sedikit. Semacam dicucuk. Apa ni… lalu tangan menyuap nasi berlauk ayak goreng masak pedas itu ke dalam mulut. Naufal direnung. Tekak didehem, membetulkan niat di hati yang mula terasa semacam… perit. Ergh. Sengih diukir walau dipaksa, lalu bahu Umar di sikunya. Terperanjat mamat itu, menoleh. “Macam ada jodoh je ni.” Double jerk lagi, bernada usik. Terangkat sebelah kening mamat itu dibuatnya.

“Kenapa tiba-tiba ni? Karang betul kitorang berjodoh, menangis tak berlagu kau.”

“LOL. Aku ke nak nangis tak berlagu sebab benda macam tu?”

Mereka berpandangan. Umar mendiam, lalu menunduk. Nasi dikumpul. “Memang tidak la nampaknya.” Nasi disua ke mulut lagi. Aqi membuang pandang ke lain, buat tak dengar. Air tembikainya lalu dihirup dan tingkahnya itu ditenung anak mata hazel itu dari hujung mata.

“Aku hodoh sangat ke Aqi?”

“Em?” Menoleh dia. “Kenapa tiba-tiba?”

Well, aku taklah hodoh sampai kau taknak terima aku langsung, kan?”

“Kau baru kenal aku ke sampai ingat aku nak judge someone ikut appearance dia?” Memuncung dia, menentang wajah kacak itu. Umar meleret senyum nipis.

“Jadi kenapa taknak terima aku sebagai suami?”

Terdiam lagi dia, lalu Aqi menundukkan wajah. Bibir bawahnya digigit. Resah. Lelaki itu pula menunggu. “Kita tengah makan ni… dan Pal ada jugak kat sini… kita bual isu ni lain hari… boleh?”

Nak elak la tu. Bibir tersenyum nipis, namun menurut rentak si isteri itu. Naufal kembali dilayan, menyuap dan bergurau senda dengan anak saudaranya. Anak Batrisya dan Danny. Walaupun orang selalu cakap anak lelaki akan mengambil wajah si ibu, tapi Naufal nampaknya lebih mengambil wajah si ayahnya. Mungkin itu antara sebab Aqi lebih ke arah si budak ni berbanding yang lain…. Berbanding aku. Nafas dihempas pendek, dan tanpa disedarinya, Aqi sedang merenung dirinya redup.

Layan diri. Layan perasaan. Anak matanya statik di hujung mata, memerhati suami sendiri. Si suami kacak yang baru dia perasan beberapa hari ni. Hardworking, charismatic, fair sense of humour… penyabar lagi satu hal. Lain dari si trouble-maker atau si scoundrel yang pernah dikenali dulu. Sejak bila dia berubah? Aku je yang kekal sama ni… malu jugak, tapi….

Kenapa nak kisah Aqi? Just be yourself la.

Nafas terhembus spontan. Memang aku nak jadi diri sendiri, tapi sampai bila nak berdegil kat diri sendiri supaya tak berubah from what I am… from the jahil me to the baik me. Apa punya bahasa la Aqi. Ah, biaq la! Teringat Siti. Dia nak jadi macam tu. Dah lama teringin nak pakai tudung, tapi tak pernah sarung di kepala. Kalau setakat solat penuh puasa penuh tapi hati masih liar fikir yang bukan-bukan, lidah tak dijaga mengumpat mengutuk macam-macam, hati tak dikawal cemburu dan dengki pada sesiapa, rasanya tak cukup lagi…. Iman bukannya boleh diukur camtu je. Iman bukannya boleh disukat dengan pakaian, tapi tu la. Perempuan baik yang bertudung jauh lebih baik dari perempuan baik tak bertudung, yakan, Mao? Teringat perbincangan dengan rakannya yang seorang itu.

“Encik Umar… kan?”

Tiga kepala itu serentak menoleh pada suara yang menyapa. Lia merenung, lalu mengukir senyum pada mereka, pada Umar terutamanya. Si mata hazel itu mengangkat kening, “Lia.” Senyum. Acknowledge.

Aqi menoleh. Lia? Oh, dia Lia rupanya. Tak ingat sangat wajahnya bila pertemuan kali terakhir ialah semasa tingkatan empat dahulu. Dah berapa tahun berlalu agaknya. Waha, dah cantik ey sekarang? Ye la kan, dah namanya setiausaha, mestilah kena jadi cantik dan seksi. Dah macam suatu rukun pula walaupun itu cuma sekadar pendapat dan pandangan masyarakat terhadap etika professional seorang setiausaha dalam department yang tinggi dalam sesebuah organisasi.

“Hey.” Aqi cuba mengukir senyum dan tangan dihulur. Lia membalas dengan senyum manis.

“Assalamualaikum… Aqi, kan?” Ingat pada gadis brutal yang selalu bersama dengan Umar semasa sekolah menengah ini. Apa sebenarnya hubungan mereka hingga tetap bersama sampai sekarang? Dan complete set dengan budak lelaki?

Bum!! Kena kau Aqi! Sedas!

Umar tersenyum sumbing.


UMAR dan Aqi meneruskan aktiviti date selepas berpisah dengan Lia. Lepak di MPH, menonton wayang, membeli beberapa barang dan apa-apa sekalipun asalkan bersama untuk sepanjang hari itu. Kedua-duanya tidak menafikan masing-masing merasa gembira. Menjelang petang, Aqi mengajak pulang. Sepanjang perjalanan keduanya senyap tidak berkata-kata. Cuma celoteh di radio yang memenuhi suasana kosong yang dihasilkan keduanya. Naufal tertidur dalam pelukan Aqi sementara gadis itu leka merenung ke luar. Lelaki itu pula fokus pada pemanduannya.

Troublemaker-Akon bergema dari corong radio. Umar menyanyikan dengan rentak jemari di stereng. Aqi ikut serta kemudian, menyanyikan di mulutnya tanpa melepaskan renungan di luar tingkap. Umar mengerling, tersenyum kecil. Enak menikmati suara yang kasar basah itu. Troublemaker kemudian berganti dengan Kehilangan – Firman. Aqi berhenti menyanyi, dan sepi kembali untuk kedua-duanya.

Aqi terbayang Danny. Teringat macammana abang angkatnya itu meninggalkan dia, macammana darah merah membuih meninggalkan empunya badan. Bibir bawah digigit. Danny mati pun kerana dia. Bukan orang lain, tapi kerana dia. Nak selamatkan dia dari ditembak si gila, dari peluru besi yang menuju ke arahnya, dan menusuk pula ke jantung si abang angkat itu. Mati on the scene. Tak sempat nak berkata apa atau nak bagi wasiat terakhir macam dalam filem selalu buat. Danny meninggal dalam pangkuan Aqi.

Kesian Kak Bat. Kesian Naufal. Aqi memeluk tubuh budak lelaki itu erat. Telapak tangan kanannya dilihat.

Tubuh Danny jatuh di atas Aqi. Terkejut! Berat beban tubuh itu nak ditampungnya namun digagahkan juga. Aqi menggerak-gerakkan tubuh lelaki itu. Deras. Kuat. Sambil menjerit-jerit memanggil namanya. Tangan terasa basah. Aqi mengalih telapak tangan yang melekat di belakang Danny. Dilihatnya. Merah dengan darah. Mengecil anak mata Aqi, kabur seketika.

Merah. Tiada, tapi terbayang. Spontan tangan itu ditepis-tepis. Hati menjadi perit tiba-tiba. Kenapa ni…. Ingatkan dah pulih…. Hati terasa sebak. Rawannya nak mengamuk. Jangan la hati… aku dah janji tak nangis lagi kan… jangan start la…. Nafas tersekat sudah bersama anak tekak yang terasa kembang. Matanya panas berair! Aqi menggigit bibir bawahnya lagi. Lebih kuat.

“Da…”

“Hey…” Umar menjeling sekilas. Hairan. Aqi terkejut, menoleh. Bersepai kenangan wajah pucat Danny, berganti dengan wajah hairan lelaki berkaca mata itu. Umar kembali melontar pandang ke jalan, fokus pada pemanduan. “Kau fikirkan apa?”

Aqi terdiam. Hati yang bergelora tadi lalu memudar. “Takda papa.” Nada yang bergetar dikawal sebaiknya, walaupun nampaknya gagal.

Berkerut dahi Umar dibuatnya. “Jangan tipu la.” Menjeling lagi. “Tell me. What is it?”

Gadis itu menoleh lagi, lalu menunduk. “Nothing… serius…”

Umar menghempas nafas, lalu kereta dihentikan di tepi jalan. Aqi hairan namun didiamkan saja. Lelaki itu berkalih mengadapnya lalu jemari kasar itu menarik dagu Aqi. Ibu jari Umar mengusap bibir bawah Aqi, membuat gadis itu terpana.

“Kau dah kenapa?” Tanpa mengalih dagu, dia menyoal tajam. Anak matanya pula tajam merenung lelaki itu.

Umar merenungnya. “You bite your lips.” Dagu Aqi dilepaskan.

So?”

“Apa yang kau fikirkan? Tell me…” pintanya lembut. “Setiap kali kau gigit bibir kau, setiap kali itulah muka kau lain. Tak poyo lagi. That’s mean there’s something bothering you.”

Aqi terpana sebentar. “Ma... mana ada aku poyo!” bentaknya bersandar.

Umar senyum saja. “Apa dia dalam kepala kau ni, Aqi?” Lembut nadanya, semacam memujuk. Aqi tersentap, terdiam. “Pasal Bang Danny?”

Terasa putus aortanya sampai internal bleeding yang teruk di jantung. “Mana…”

“Masih tak dapat lupakan allahyarham tu?”

Aqi tersentap lagi, menoleh. Allahyarham… Danny dah mati la Aqi. Dah mati. Akalnya memberitahu hati. Spontan hati menjadi sebak. Wajah Aqi memerah. “Kau apa tau…” Sebak nadanya.

Nafas Umar terluah. Betul la tu. Lalu bibirnya mengukir senyum nipis. Pipi itu dicubit, membuat Aqi menoleh.

“Kau poyo,” senyumnya. “Jangan macam ni la, senyum je. Senyum…” Pipi Aqi pula ditarik. Gadis itu menepis.

“Apa ni!”

“Aku tau kau takleh lupakan abang kau tu, tapi jangan la buat muka buruk tu. Try to smilela.”

“Kau tak tau apa-apa la Mar!”

“Ya, aku tak tau. Aku takkan boleh rasa apa yang kau rasa.” Dia merenung si isteri redup. Otak berkira-kira, cuba memikir. “Then how about we do something fun?”

“Huh?”

Umar kembali menghidupkan enjin kereta,. “Aku tau kau akan suka, sebab aku pun suka. Hahahaha.”

Berkerut dahi Aqi, mula memikirkan benda lain. “Kau nak buat apa?” Curiga.

Umar sengih saja. “Nak main bola tak?”

“Bola?” Makin curiga!

Previous: chapter 12
Next: chapter 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.