Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 12

“NI pejabat kau. Any questionpasal kerja kau, tanya assistant kau yang kat luar tu. And Masrol pun akan check your work progress from time to time. Apa-apa soalan penting yang berkaitan, consult ngan dia.”

“Masrol who?”

“Penjawat position ni sebelum ni.”

“Mana dia sekarang?”

Promoted.”

I see.”

“One more thing,” Adiknya itu dipandang. “Do your job well. Aku berharap dengan kau.” Bahu Umar dipegang erat, meletak tanggungjawab atas bahu sasa itu. Umar mengangguk saja. Farid tersengih. “So, for your first day… hehehe.” Jahat.

Hehehe?

You settle down every financial budgeting, financial forecasting, auditing and whatnot with regards to your task as an accountant, especially relating to the provisions with our supplier, the foods, the toiletries, the tableware, the furniture, the perfumes, the cleaning stuff the everything. It was all in the files. Not to mention the accounts that you need to recheck, recheck and recheck or redo, redo and redo. You get me so far?”

Sound simple.Dan banyak.

Very good.” Farid mengangguk lalu menyambung memberitahu kerja-kerja yang Umar perlu buat. Memang tidak la kalau nak padat semua informasi itu di dalam kepala lembapnya.

“Daripada abang susah payah nak bagitau, kan senang kalau abang assignPA untuk Mar. Kapasiti IQ Mar tak cukup GB nak telan semua arahan abang tu…”

“Kalau kau nak satu, kau buat la satu.” Berpeluk tubuh.

Senyum. “Right…” Nak cari yang berkelayakan lagi satu hal…

Farid tersenyum nipis. “Kau boleh clarify your job description dengan your assistant kat luar tu. Dia assist Masrol jugak dulu. I think you can trust her.”

Her?” Sengih.

Farid tak melayan. “Your subordinate’s job performance pun abang kira impressive jugak. At least for now. Entah macammana dorang reacted dengan kau. Pandai-pandai la uruskan your sub. Apa-apa masalah berkait, consult je sape-sape yang dalam bidang berkait.” Tangan diangkat, melambai beku adiknya sebelum menapak keluar dari pejabat pengurus Department of Financial itu.

Kepala Umar rebah atas meja. First time bekerja terus dapat jawatan pengurus. Takdelah tinggi sangat rasanya kalau dilihat dalam rantaian kuasa organisasi ni. Masih kena merangkak beberapa tingkat kalau nak melayakkan diri jadi salah seorang ahli board of director…. Tapi seriously, pengurus?? Aku tak tahu aku ni bertuah atau malang at some point. I’m lacking experience and confidence la abang….

I trust you.

Cheis. Trust punya pasal. Nak start dari mana pun aku tak tauhmm. Tapi for his trustfor the family businessfor Aqi…. Mata hazelnya bercahaya dengan semangat. Dia memandang pintu. Dia ada kat luar kan? Interkom ditekan.

“Ya, bos?” Suara lunak setiausahanya kedengaran. Umar tersengih.

Come in.


AQI masuk, melihat Umar ada di meja kerjanya. Spontan bibir mengukir senyum, lalu dia melangkah mendekati suaminya itu. Kepala dijengul dari belakang Umar. Entah apa yang si suami itu sedang lakukan. Atas mejanya penuh dengan kertas kira-kira dan kertas dengan garisan lejer akaun. Aqi berpeluk tubuh.

I’m impressed…” tuturnya perlahan. Dia tidaklah alergi dengan matematik kerana dia sendiri terlibat dengan pengiraan kejuruteraan bio-teknologi, tetapi melihat Umar yang sangat khusyuk dan tawaduk menawan kerjanya sekarang ini memang buat dia nak bagi tabik spring kepada lelaki yang pernah dikenali dengan personaliti pemalas di tahap kronik itu.

Umar tidak sekali pun menoleh padanya. Aqi menjungkit kening. Enggan mengganggu, dia berlalu ke katil. Reader’s Digest dicapai buat bahan bacaan sebelum tidur. Sekali-sekala, lelaki yang menggaru sisi kepala itu direnung. Dah hampir seminggu si lelaki itu mula bekerja, hampir seminggu juga dia mabuk dengan kerjanya. Ish ish ish. Tak pernah dia sangka Umar Darius yang dikenali sebagai budak pemalas spesis tak dapat dibantu itu rupa-rupanya seorang yang workaholic. No wonder dia boleh bertahan hidup dalam institusi pendidikan luar negara. Kalau cerita dengan rakan-rakan yang lain mungkin mereka juga sukar nak mempercayai. Apa yang buatkan dia berubah agaknya?

Kau.

Jarum pendek di jam dinding mengesahkan pukul 12 malam. Lelaki itu masih di meja kerja sementara Aqi dah penat dengan Reader’s Digest di tangan. Mulut terkuap luas, mengantuk. Lalu kaum adam di meja itu dipandang. Tak habis lagi kerja dia?

“Umar.”

“Hmm.”

“Oi Umar.”

“Apa…?”

Diam. Umar ikut diam. Aqi memuncung, bosannya.

“Umar…!”

“Apa dia…!”

“Jangan la mabuk sangat dengan kerja tu…” Bantal dipeluk. Umar berhenti menulis lalu menoleh.

“Kau ingat aku buat ni untuk apa?”

Don’t get carried away la,” luahnya pula. “Duduk kat sana je dari tadi tak bergerak. Takkan habis pun kerja tu walaupun kau rush sangat nak siapkan.”

Umar memandang saja, “Jadi kau nak aku buat apa?”

Take a break.

Senyum terukir lalu kerusi dipusing 180° memandang Aqi di katil. “Apa ni. Budak nerd Sri Muara suruh aku berenti buat kerja.”

Aqi mencemik. “Budak nerd ni pun sama tak sangka delinquent paling bermasalah Sri Muara jadi seorang gila kerja,” sambut gadis itu. Bantal dipeluk. “Rehat la…” Mendayu nadanya, meminta. Tulus dari hati supaya lelaki itu berehat.

Terasa nak merebak senyum di bibir Umar. Terasa diri disayangi…. “A cup of coffee will be fine.” Wajah Aqi yang terkebil hairan dipandang. “Pergi buat.”

“Haaa?”

“Tugas suami bekerja, tugas isteri tolong suami bekerja.”

“Kau…”

I’m waiting.” Tubuh disandarkan dan kerusi ditolak ke belakang. “Buat pahit sikit. Aku tak suka manis.”

Aqi menghela nafas pendek, lalu bangkit. “Krim?”

No.

Gadis itu keluar dari bilik, buatkan kopi dan naik semula ke atas. Masuk je, tengok Umar dah tidur atas meja. Hei… tau pulak nak tidur bila orang takde. Senyum nipis terukir tanpa perlu dipaksa. Pintu ditutup dan dikunci, sementara kaki melangkah perlahan ke arah meja. Dia melangkah senyap, taknak menganggu lena yang sorang itu. Cawan kopi diletakkan di atas meja. Sekeping memo di sebelah lelaki itu menarik perhatiannya, dibaca.

Aqi, bangunkan aku bila kau sampai.

Dia ni…! Aqi mengeluh rendah.

“Umar…” Bahu lelaki itu digerakkan. Tak bereaksi. “Mar… bangun…” Hampir berbisik lelaki itu dipanggil, masih tak bergerak. Aqi merenung Umar. Betul-betul lena dah ni. Dah masuk alam mimpi phase 4. Dia tersenyum nipis. Kaki melangkah ke katil lalu comforter dicapai dan dibalut pada lelaki itu. Sempat juga tangan membelai rambut si suami. Aqi terasa hatinya melembut, dan bibir spontan mengukir senyum.

Thanks for your hardworkrest in peace…” Suara yang sedikit kasar didayukan lunaknya.

Umar menahan senyum yang nak merebak. Sengaja berlakon tidur mati. Ingatkan nak meloncat kejutkan si bini itu bila dia nak membangunkannya, tetapi hasil yang dia dapat ini lebih enak rasanya. Dibungkus dengan selimut dan dibelai macam bayi. Pertama kali Umar menerima layanan lembut dari Aqi. Bahkan, terkejut juga rasanya bila dapat tahu ada kelembutan dalam diri si bini itu… walaupun kena wish rest in peace…. Ingat aku dah mati ke, Aqi oi.

Belaian tangan si isteri di rambut terasa menghilang, dan refleks juga Umar terbangun duduk. Aqi yang baru nak berkalih, terjerit terperanjat. Mereka berpandangan.

“Ka… kau nak sambung tidur… atau sambung buat kerja…”

“Er… buat kerja…”

“Oh… proceed proceed…” Janggal sekali senyum yang memutik itu. Lalu tubuh bersalut baju tidur Mashimaro itu bergerak laju ke katil.

Umar yang ditinggalkan di meja tersenyum kecil. Belaian Aqi di kepala terasa lagi, lalu tangan diletakkan ke kepala, menggosok rambut sendiri. Senyumannya perlahan-lahan merebak, lebar sekali. Hati mengaku sedang dilambung bahagia. Dia menoleh lagi ke belakang, pada Aqi yang membetulkan letak bantal. Tubuh kecil itu lalu masuk ke dalam conforter. Bila perasan si suami sedang merenung, Aqi tidak jadi merendahkan kepala.

Yes? Ada apa? Kau nak sambung tidur?” soalnya, sedikit prihatin.

Umar menggaru pipi. “NothingI think I miss you.”

Berkerut seribu riak si bini. “Even when I’m right in front of you?” Kepala direbahkan ke bantal empuk dan ditala ke arah suami itu supaya senang menentang pandangannya. Satu lagi bantal dijadikan bantal peluk.

Tersenyum Umar. “Yea… and also sebab aku rindukan conversation kita yang macam ni… haven’t had it for a few days. Haha.” Terus terang. Beberapa hari ini Aqi agak dingin padanya tanpa sebarang sebab yang dia nak tahu. Dibiarkan gadis itu dengan rentaknya. Cuba untuk memahami perempuan bernama Aqi dirasakannya satu perbuatan yang sia-sia, kerana gadis itu memang pelik dari mula lagi.

Wanita itu terdiam, sebelum tergelak perlahan. “Sedih la kau ni.” Umar mencerun, manakala Aqi terus ketawa. “Lebih baik kau bersyukur cepat-cepat sebab conversation kita dah takda lagi pasni. Aku nak tidur dah ni.”

Umar turut tergelak lalu, dipaksa keluar. Geram. Dia menyambung kerjanya sementara Aqi melayan kantuk. Mudah saja gadis itu disapa lena. Dalam keheningan yang tercipta di bilik tidur milik pasangan itu, desahan nafas Aqi di katil sana cukup kuat gemanya di lubang telinga Umar. Pipi terasa panas dan telinga tak terkecuali panasnya. Umar mendesis, meletakkan pen ke tepi. Hilang fokus pada kerja kerana dengkuran kecil si isteri di belakang, cukup menggamit sanubari yang kesunyian. Kerusi dipusingkan ke belakang.

Why do you have to sleep while facing me, you oblivious woman,” desisnya geram. Punggung diangkat dan Umar membawa diri ke tandas.


“AQILA…”

Aqi menoleh. Umar sedang tersengih. “Ada apa?” soalnya, kembali melayan Naufal yang merangkak di atas meja makan.

“Jom date.” Direct dan terus terang. Aqi terkedu. Dan Farid yang kebetulan ada sekali di dapur itu menoleh.

Sejam kemudian, Umar pasang muka sengal sambil menghidupkan enjin Toyota Prius Farid. Kereta hybrid tersebut dibawa keluar dari laman vila. Aqi di tempat duduk sebelah tersengih nipis.

What’s with that long face. Senyum la.” Pipi Umar ditarik. Lelaki itu mendesis, mengelak.

“Aku nak date ngan kau, naper bawa si bising tu sekali…?!” getusnya, memandu kereta di dada jalan. Aqi menjungkit bahu.

“Siapa boleh faham Bang Farid?”

Umar menjeling. Nafas dihela panjang. Bersetuju dengan kenyataan berbentuk soalan itu. Naufal yang bermain dengan figura Gundamnya dijeling melalui cermin pandang belakang.

“Dia nak suruh kita jagakan, kut?” soal Aqi kemudian, merenung buntut Saga di hadapan kereta mereka. Umar menjeling. “Kak Bat kan takda kat rumah hari ni. Mak bawak dia pergi majlis nikah kawannya.”

“Aha? Jadi Munirah pulak?”

“Kak Bat bawak Munirah rasanya pagi tadi…” Aqi menunjal dagu, teringat anak kecil itu dihias Batrisya sebelum dibawa keluar dari vila bersama Daten Orched.

Umar memicing. “Then the one yang ada kat rumah…”

That married couple alone.” Aqi meleraikan persoalan. Zaki pun tiada kerana ke sekolah. Siku ditongkatkan ke cermin tingkap, menghembus nafas pendek. Umar pula tersengih geram.

That bastardplaying with me…”

Aqi mengerling, tersenyum kecil. “Biarlah. Bukannya senang Bang Farid ngan Kak Maya sengsorang kat rumah kan. Sejak awal perkahwinan dorang lagi.” Umar terdiam tak membalas. “Speaking of which, naper Bang Farid tak bawak keluar Kak Maya dan hidup dalam rumah dorang sendiri eh? Dorang kan banyak duit.” Aqi bertanya pada awan di langit.

“Arwah pa yang tak izinkan.” Lelaki itu membalas. “The same goes to Kak Bat ngan Bang Danny. Pa by all means, tak benarkan anak-anaknya keluar dari vila tu walaupun dah kahwin. Even for you and me kalau pa masih hidup sekarang.”

Aqi mengangguk kecil. “Kenapa?”

Because of some stupid history.” Noktah di situ, enggan diceritakan.

Aqi mengangguk lagi. “I see. Tapi whatever the reason is, Dean terselamat dari carik rumah lepas kahwin, though.” Teringat betapa gembiranya abang angkatnya itu bila Dato’ Ismail memberi saranan untuk pasangan yang baru menikah itu untuk duduk saja di vila. “And atas sebab tu jugaklah aku serumah dengan kau. Boo…” Bibir bawah dijuih.

Umar mencemik, menjeling. “Kau melekat sangat dengan abang angkat kau tu. Strangers pulak tu. Macammana kau boleh hidup dengan dia at the first place, neway. I mean, your real family macammana?”

Because of some stupid history.” Pun noktah di situ, enggan diceritakan. Umar mendesis, lalu mengangguk saja. Tahu. Sia-sia untuk dia bertanya selanjutnya.

Mereka tiba di komplek membeli belah. Naufal menggenggam jemari Aqi manakala sebelah lagi tangannya menggenggam jeans Umar. Mereka sama-sama menapak ke dalam.

“Nak beli apa?” soal Umar. Aqi menjungkit bahu.

“Aku ingatkan aku ke sini sekadar nak teman kau.” Umar dipandang. “Kau nak beli apa?”

Umar menoleh. “Aku dah bagitau awal-awal dah nak ajak kau keluar. Kenapa tak buat list shoppingawal-awal?”

Jatuh sedikit rahangnya. “I told you I don’t have anything necessary to buy.”

“Jadi buatlah list unnecessary thing to buy.”

Ternganga Aqi. Umar merenung dengan pandangan meminta, lalu, wanita itu menghembus nafas dalam. “Kau yang ajak aku keluar at the first place…. I thought you had some activity in mind, so I don’t prepare any activity in particularinclude preparing any shopping list.”

Mata bertentangan. Umar menggosok belakang kepala, mengalah.

Fine. Jom MPH…”

“MPH? Wahaha… kau ada masa ke nak membaca?” usik Aqi tersengih. Asyik dengan kerja dia je siang malam.

Umar senyum saja. “For you la. Novel-novel engkau tu berapa kali ntah kau nak khatam.”

Gadis itu terkebil sikit. “A’ah…” Mengangguk kecil.

“Al-Quran bila ntah nak khatam…” Terdiam bila bahunya ditumbuk perlahan.

Mereka meneruskan langkah, dan berhenti di hadapan Boulevard. Lelaki itu melekat di tempatnya buat beberapa saat, merenung ke dalam kedai pakaian itu. Tak lama kemudian, Umar menapak masuk. Aqi kelam kabut menurut sambil mendukung Naufal yang dah penat berjalan.

“Buat apa ke sini? Tadi kata nak beli buku…?” Pelik sungguh dia! “And why are we heading to ruang pakaian perempuan?”

Umar menarik satu gaun hitam. “Kak Bat. Dia yang pesan.”

“Oh?” Aqi bertambah pelik. Bila masa pula…. namun dibiarkan. Pandangan dijatuhkan pada pakaian yang ditayang di hadapan mata, lalu turut menarik keluar gaun yang pelbagai di situ. Cuba diacu pada tubuh sendiri. Hahaha… gila seksi. Dia menggeleng dan diletakkan balik di tempatnya. Gaun yang lain ditarik pula. Cantik belaka…. Rambang pula mata perempuannya.

Umar di sebelah sekadar memandang. Hajat di hati memang nak membeli untuk isterinya yang sorang ini tapi mulut sentiasa mengkhianati tuannya. Umar mendesis, geram dengan diri sendiri. Gaun hitam tadi diletak balik. Naufal dipangkuan Aqi direnung lalu budak kecil itu dipinta. Aqi senang hati menghulurkan. Penat tangannya membawa beban budak 3 tahun itu. Pandangan ditala ke arah lain, mencari pilihan baju untuk dibeli pada anak-anak kecil di rumah. Dan tentulah untuk Naufal juga… Umar sengih lalu mencium pipi anak saudaranya itu.

“Aah… why don’t you bagi Kak Bat yang ni.” Aqi bersuara tiba-tiba. Umar menoleh. Wanita itu menunjukkan mereka gaun merah berkain nipis dengan stringnya. Woo… seksi siot. Kening Umar terangkat.

“Kau serius?”

Aqi terkekeh. “Kenangan ni.” Umar dipandang. “Aku pernah hadiahkan dia ngan Danny… baju yang macam ni la. Haha! Kut-kut teringat kembali kenangan malam bersama mereka kan? Hahaha…” Ketawa lagi.

Kening Umar bercantum. “Kenangan malam bersama?” Boleh tahan kepala kau Aqi.

Gadis itu tersengih saja. “Aku yang bagi kat Danny,” ujarnya dengan nada perlahan. Sengih sama memudar, lalu gaun itu diletakkan kembali ke rak. Wajah Aqi memurung sedikit sebelum dia mengukir senyum paksa. Muka diteleng memandang Umar. “Dah pilih gaun Kak Bat?”

Mata Umar tajam merenungnya. Aqi menentang pandangan itu selamba, menanti jawapan. Nafas lelaki itu terluah. “Kau ambil la yang mana-mana kau rasakan sesuai. Aku mana reti beli baju orang perempuan ni,” dan dia pergi terus. Aqi mengerut dahi, namun menurut.

Mereka membuang masa di dalam kedai pakaian itu. Aqi tiba-tiba datang niat nak membeli pakaian untuk Munirah dan Zaki. Bila ternampak jeans dan T-shirt dengan harga murah, dia lalu turun padang hendak membeli. Umar pula sekadar membiarkan.

Enough la dengan your T-shirt and jeans attire. Kau dah jadi bini orang kut. Pakai la cantik sikit…. Blouse ke, baju kurung ke, night gown ke… nak sangat pakai ringkas pun, pakai la baby tee ke, tank top ke. Sedap sikit mata aku tengok kau seksi-seksi kat bilik untuk aku sorang. Subang kau tu pulak tak tanggal-tanggal lagi. Apa ke degilnya kepala kau ni, tak reti-reti nak lentur walaupun kalau bagi ceramah agama tu boleh tahan tinggi ilmu pengetahuan. Reti-retilah nak insaf, biniku oi. Kalau tak pasal rambut kau panjang, memang kau ni tak berubah langsung dari dulu agaknya.”

Aqi menoleh dengan mata membulat. Terkelip. “Amboi Mar, membebel! Hahaha! Why? Aku patut gunting rambut aku jugak kalau nak tengok kau infuriated? Pixie cut cute apa. Kekekeke.”

Pixie cut? Lelaki jenis apa yang cakap, you should cut your hair and get a pixie cut my dear.” Umar melakukan mimik suara pondan dan ulah lembut secara percuma. Ketawa Aqi meletup melihat gelagat lelaki itu.

You look…!! Hahahahahaha… you look ridiculous…!! Hahahahahhaha…” Aqi tertunduk, menekan perut.

Umar menghela nafas panjang, merenung isterinya datar. “Seriously Aqi. Is it that fun langgar kata-kata aku?”

I know its fun to do thing against the nature,” sambutnya, menyambung ketawa. Umar mengeluh perlahan. Hilang kata-kata. Aqi terus terkekeh sambil mencari dan memilih baju Batrisya.

Wanita itu berseorangan bila perasan Umar tiba-tiba menghilang. Entah bila masa dia pergi. Sempat pula tu menyerahkan kad kreditnya andai si isteri berniat nak berbelanja lebih dan bukan sekadar membeli gaun tidur. Dengan gaun merah jambu Batrisya di tangan, Aqi beredar ke kaunter. Selesai membayar, dia menunggu di luar kedai pakaian itu, terkumat-kamit menyanyikan Womanizer-Britney Spears. Tak lama kemudian, Umar memuncul dengan Naufal di tangan kiri. Aqi mencekak pinggang.

“Kau dari mana?!”

“Jalan-jalan kejap… hehe…”

“Hehe…” Aqi mengajuk gelak itu menyampah. “Jalan-jalan kat mana?”

Umar mengukir sengih nakal. Naufal yang dipimpin diserahkan pada Aqi. “The lingerie section…” jawabnya lambat.

Berkerut muka Aqi, menyerahkan pula plastik shopping dan kad kredit Umar yang digunakan tadi pada si mata hazel itu. Naufal yang minta dukung, diangkat ke udara sebelum dibetulkan kedudukan Naufal di bahu. “Kau buat apa kat situ? Nak pakai?”

Pemuda itu tersenyum bersahaja. Kad kredit disimpan ke dalam dompet. “Tak… aku buat eksperimen je. Nak tau, sexual desire aku masih pada perempuan ke tidak. Hasilnya, aku masih bernafsu dengan kaum macam kau.” Nakal sekali sengihnya memutik sambil hidung Aqi dicuit.

Aqi tidak beriak, merenung lelaki di hadapan dengan pandangan kosong. Lalu wajah dikalihkan ke lain. “I feel like stupid for asking.”

Tergelak Umar dibuatnya. “Naw, you shouldn’t. Kau tak pelik ke kenapa aku masih tak terkam kau walaupun tidur sebilik setiap malam?”

“Mar… why are we discussing this….” Geli geliman dibuatnya.Wajah tampan si suami ditatap malas, namun riak itu pula meminta soalan berbalas. Aqi mengeluh perlahan. “Because you are impotent.”

What was that?”

Failure to erect… aaah!!” Terjerit bila pipi dicubit si suami.

“Eii… sukenye aku ngan minah ni…” Geram Umar. “Kang aku bagi kau rasa how false that accuse can be.

Aqi menggosok pipi kirinya. Terasa nak meleleh air mata dek sakitnya pipi, lalu bahu lelaki itu dipukul. Aduh! “Kau jugak yang tanya… gatal!” Mencerlang mata ditala pada si suami. Terasa nak menjerit lebih kuat, namun teriakan cuma melekat di hujung tekak. Masih ada malu kalau nak buat scene bergaduh dengan suami depan orang awam. Umar pula tergelak perlahan. Cukup selamba dan suka dipanggil gatal oleh mulut itu.

“Bukan selalu nak sick-minded dengan bini sendiri, kan…. You don’t have the S figure, soaku try bayangkan muka kau masa aku tengok model dengan bikini… duh! Aqi!” Lekas setiap tumbukan tangan kanan itu cuba ditahan dan ditangkap pergelangan tangannya supaya berhenti menyerang. Baru perasan. Muka Aqi merah menyala. Umar tergelak lagi. Naufal yang masih dalam dukungan Aqi pula tidak bereaksi melihat aksi dua orang dewasa itu.

Turun naik nafas Aqi dibuatnya. Deras sekali. Jantung pula berdegup kencang macam kuda nak pergi berperang. Kurang asam… kenapa di tempat macam ni dia nak buat perangai begini… kalau kat rumah memang sedap aku dah lenyek dia lumat-lumat…. “Huh!”

Previous: chapter 11
Next: chapter 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.