Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 46

MATAHARI memancar tegak di dada langit. Panas dan teriknya hari ini tidak menghalang Farid untuk keluar rumah dengan pakaian kerjanya. Baru selesai makan tengah hari dengan ahli keluarganya. Walau sesibuk mana, pengarah urusan hotel tiga bintang itu cukup ligat mencuri masa yang sudah sedia singkat dek beban kerja yang banyak, untuk bersama dengan ahli keluarganya. Farid, sangat menghargai masa untuk keluarga tercinta.

Maya di pintu tersenyum manis menghantar suaminya pergi untuk menyelesaikan urusan dunia. Belum sempat Farid masuk ke dalam kereta hybrid metallic itu, sebuah kereta asing berhenti di luar pagar vila. Pasangan itu memandang seorang wanita bertudung yang memuncul dari kereta itu.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam.” Farid menyahut. “Carik siapa?”

“Erm… Aqi ada?”

“Awak ni siapa?”

Siti tersenyum. “Saya… Syarifah Hanani. Anak Tan Sri Saifullah…” Farid direnung. Kenal abang Umar itu. Abang yang digeruni Umar semasa mereka masih kecil.

Farid mengerut dahi, terus teringat. “Oh. Hanani! Haha. Kawan sekolah Umar, bukan.”

“Yep. Kawan sekolah sampai sekarang.” Siti menjungkit bahu. “I heard that Umar kena tahan wad?”

“Yea…. Tapi kamu ke sini sebab Aqi?”

“Ha’ah. Nak ajak dia keluar. The other kawan zaman sekolah nak jumpa.”

“Kira reunion la ni? Hokey. Sila-sila.” Siti yang dari tadi berdiri di luar pagar dipersilakan masuk ke dalam rumah.

Aqi bertemu muka dengan Siti di ruang tamu. Sempat berpeluk, bertukar cium, bertukar cerita pendek, dan setelah beberapa kali ajakan, akhirnya gadis itu bersetuju keluar bersama-sama. Mereka kemudian bergerak ke tengah pekan Melihah Muara dengan kereta Siti.

“Dah lama tak ke sini. Kita nak ke sekolah ke?”

“Yep. Cuti sekolah hari ni, so sekolah tu sudah tentu kosong.”

Aqi menoleh. “Kau jumpa Zati eh?”

“Em? Mana kau tau?”

“Dia je yang tau aku duduk kat rumah family Umar.”

“Yep. And dia je yang tau kau kahwin senyap-senyap ngan samseng tu.” Getusnya geram. Aqi tersenyum kecil. “Masa aku jumpa korang and tuduh korang dah kahwin dulu, menafi pulak.”

“Tak nafi eh. Tidak menjawab soalan je.”

Siti mencemik.

Mereka tiba di pintu pagar SMK Sri Muara. Sekolah menengah yang menempatkan setahun proses pendidikan Aqi sebagai pelajar baru tingkatan empat, kerana semasa dia tingkatan lima, dia sudah pun berpindah ke tempat lain atas alasan keluarga. Siti mengajaknya masuk.

“Eh? Tak apa ke?”

“Tak apa la. Alumni sekolah ni, kan? Zati ngan Nor ada sekali kat kantin.”

“Oh…” Aqi mengangguk.

Mereka berempat bertembung muka kemudian. Nor terjerit, mendekat dan memeluk Aqi. Zati tersengih, merapat sama.

I told you Nor akan naik jakun.” Tangan ditadah. Siti mencemik, meletakkan RM10 ke tangan itu.

“Hoi. Tak baik bertaruh menggunakan duit. Judi namanya. Judi hukumnya haram.” Nor menoleh. Zati dan Siti berpandangan.

“Aku bayarkan duit minyak dia balik Pahang nanti.” Siti menyahut, membuat rakannya yang seorang itu mencemik.

“Nak bayar duit minyak, tambah lagi RM40 la Siti.”

“Kepala lutut engkau…”

Aqi tersenyum melihat ketiga-tiganya. Siti dipandang. “Lukman kerja eh?”

“Tak. Dia nak join sekali reunion sekejap ni. Dia tengah ambik Amir.”

“Haaa… kenapa ajak mamat tu pulak?” Zati mencekak pinggang.

“Hoi. My tunang okey.” Nor turut mencekak pinggang. Zati mendesis.

“Takda lelaki lain kau nak buat laki. Aqi pun sama. Dalam banyak-banyak lelaki kat dunia ni, Umar si Mad Dog yang dia buat suami.”

Nor ternganga. “What?!! Umar dah kahwin? Dengan Aqi?!!” Telunjuknya tegak dituju ke muka rakannya itu. Aqi menolak tangan Nor ke tepi.

“Apa salahnya?”

Itsunbelievable.”

Siti dan Zati berpandangan, lalu tersengih. “Umar aku terima lagi. Tapi to be able nak terima Amir si penyangak tu. Kau lebih unbelievable dari Aqi.”

Nor menoleh dengan bibir terjuih. “At least aku ngan Amir tak pernah naik tangan kaki bertumbuk sesama kitorang sampai keluar masuk bilik cikgu disiplin and buat kerja amal sekolah bersama-sama.” Mata dijuling ke langit.

Siti tergelak. “It called jodoh.”

Nor mendesis. “Tapi seriously. Aku pernah dengar Umar dah kahwin… tapi aku ingatkan dia dengan Mimi.” Aqi dikerling. “Sorry.”

Gadis itu tersenyum bersahaja. Tak lama kemudian, Lukman dan Amir memuncul. Ternganga Amir bertemu muka dengan Zati yang merenungnya tajam.

“Tudung? Zati? Tudung?”

I expect that, tapi still manage to piss me off…” Pandangan dialihkan dari rakan lelakinya itu, menahan marah.

Amir tergelak, melihat Aqi pula. “And who’s this?”

Mereka berpandangan. Nor mencubit perut Amir manakala Siti memegang tangan Lukman. “Luki, hantarkan dia balik ke kandang dia, please?”

Mereka bergerak ke sekeliling SMK Sri Muara. Aqi memandang ke sekeliling sekolah itu. Berkoyan-koyan memori datang hendak kembali padanya. Dejavu, satu persatu memuncul. Tak berkelip dia memandang bangsal basikal. Basikal Umar yang dia tak sengaja dajalkan seolah-olah masih rebah di sana. Pada padang sekolah. Bangunan pentadbiran. Bilik disiplin. Dan papan kenyataan yang nampaknya dah bertukar, bak kata Siti.

“Mana la aku ingat budak yang cuma setahun sekelas dengan aku. Bercakap pun jarang.” Amir mendesis, mengekori langkah mereka berlima. Aqi tersenyum nipis, membiarkan walaupun ketiga-tiga rakannya masih mendesis dan menggerutu atas kesilapan Amir. Lukman pula tenang mendiamkan diri, menapak ke kelas mereka dahulu. 4S-2.

Masing-masing menapak masuk dengan tenang. Keadaan kelas yang tak tersusun meja dan kerusi diabaikan. Kertas-kertas di atas lantai, buku-buku yang berselerak di atas meja, dalam meja dan pada loker-loker buku belakang kelas, masih macam dahulu. Dari dulu sampai sekarang, keadaan kelas yang memuatkan kumpulan pelajar bermasalah ini nampaknya langsung tidak berubah. Amir merenung kesan darah beku di atas sebuah meja. Dengan riak kosong, punggung dilabuh atas kesan darah itu. Perhatian dikembalikan pada rakan-rakan yang berselerak di ruang kelas itu. “Seriously, apa cerita ajak berkumpul ni sebenarnya?”

“Saja. Aku rindu nak jumpa korang semua.” Siti menyahut, duduk di tempatnya semasa zaman sekolah. Satu persatu kenangan zaman sekolah terbayang di ruang fikiran. Bibir tersenyum lebar. “Memories.”

Lukman di meja guru tersenyum kecil. Papan putih yang dah menggantikan papan hitam dan kapur dahulu dipandang. “It has changed so much though…”

Not all.” Aqi menyahut di belakang kelas. “Kesan vandalisme aku masih ada.” Loker buku di belakang kelas direnungnya, dan rak bukunya direnung. Aqi Was Here masih terukir di loker buku besi buruk yang dah berkarat dan penuh dengan kesan vandalisme itu.

Mereka serentak menoleh ke belakang. Amir tersengih, berpindah ke kerusi dan menolak kerusi tersebut ke belakang. “So, Aqi. Macammana kau boleh ambik mamat samseng tu jadi laki kau? Sedangkan hari-hari gaduh sampai dah jadi norma kehidupan kelas kita masa tu. Aku pun dah naik bosan nak pujuk.” Tangan dibentang di belakang kepala. “By the way, naper tak ambil si Vicky tu je jadi laki kau?” sengihnya. “Lagi havoc rasanya.”

“Uish. Mintak dijauhkan.” Lukman membalas. Teringat samseng sekolah yang dah bertukar menjadi penjenayah yang dikehendaki polis itu. Walau sejarah awal kesemuanya hampir sama, namun rakan-rakannya di hadapannya ini sekurang-kurangnya sudah berubah ke arah kebaikan sepanjang masa berlalu.

Nor meleret bibirnya nipis. “Umar got warded, kan?”

“Yep. Eksiden. Langgar trailer.”

“Dia yang langgar?”

That’s what I heard. Trailer curi pulak tu. Macam disengajakan diletakkan kat situ.”

Trailer curi? Habis Umar mangsa keadaan la ni.”

“Kasihan. Aku dah la sebelum tu hampir-hampir langgar dia.”

“Kau?”

“Tak sengaja pun. Korang tau la kan mamat tu rebutan perempuan. Masa tu pulak dia sempat selamatkan seorang awek seksi ni.”

“Hahaha. Sifat berani yang takde kat Amir si pengecut.”

“Bising la kau Siti.”

Aqi di belakang kelas tersenyum nipis, membiarkan rakan lama itu berbual-bual sesama mereka. Dia pula masih merenung rak bukunya. Tangan memegang engsel pintu yang dah rosak itu. Tiada lagi pintunya.

All the best mock exam nanti.

Stick note kuning yang melekat itu direnung kosong. Wajah pelajar lelaki yang duduk di hadapan mejanya itu terbayang di kepala. Bibir mengukir senyum nipis. Pen di dalam pencilcase ditarik keluar.

Kau pun sama. Lepas studysetengah mati kan? Tentu boleh buat.

Bibir mengukir senyum. Jari telunjuk berbunyi bila dipatahkan. Tangan naik lagi.

Good luck.

Puas. Pencilcase dimasukkan kembali ke dalam beg sekolah hitamnya sebelum dia berkalih ke belakang. Hampir terlanggar seseorang. Wajah diangkat memandang dan darah berderau turun. Pucat!

Umar merenungnya bersahaja.

Aqi terasa jiwanya menghangat. Malu, kerana kantoi… walaupun sudah beberapa tahun berlalu. Komunikasi antara mereka bermula dengan stick note bila Aqi meminta maaf kerana mendajalkan basikal Umar tanpa sengaja. Enggan meminta maaf secara berdepan kerana tidak mahu berkelahi setiap kali bertukar kata. Tapi dia tak sangkalah pula Umar membalas notanya, dan dia lebih tak sangka dia membalas kembali hingga menjadi satu rutin harian. Memories. Pipi yang terasa panas disentuh. Malu dan marah memang sangat mudah lahir untuk Umar ketika itu, kerana perangai lelaki itu yang dia sukar nak terima. Tetapi akhirnya lelaki yang sama yang dicintainya sekarang. Ini yang dipanggil ironi, bukan?

Aqi tersedar dari lamunan bila belakangnya dilanggar seseorang. Dia menoleh, melihat Siti dengan mata membulat dan mulut melopong. Tangan menyentuh dada. “Terkejut aku dengan soalan kau. Macammana kau tau? Aku ingat nak rahsiakan. Kau intai aku ek…?” sengihnya gatal. “Segan la aku kalau kau buat aku macam ni, Mir. Sorry, aku tak dapat nak pilih kau jadi jodoh aku. Muka kau macam muka pecah rumah. Muka jahat taik ayam. Sebab tu aku pilih Luk.”

Mulut Amir terbuka, tak mampu ditutup lagi. Cukup selamba kata-kata tak bertamadun keluar dari mulut si tudung labuh itu masuk ke lubang telinga. Zati melepaskan ketawa di tengah kelas sementara Nor merenung Siti tajam. “Mulut kau Siti… tunang aku kau kutuk tu kau sedar tak?”

“Sebab aku sedar dia Amir si penyangak la aku cakap macam tu.” Telunjuk dibawa ke gigi, lalu tahi gigi dikikis. Buruk punya perangai. Nor dan Amir berpandangan toya. Lalu mereka menoleh pada Lukman yang sedari tadi mendiam di meja guru sana.

“Macammana kau tahan dengan dia Luk?” soal Amir serius, “Seriously, how?”

Ketawa Zati makin galak terlepas ke langit. Tak sempat Lukman nak bersuara, Siti menyampuk dulu. “Apa pulak?!” Penumbuk ditunjukkan.

“Uik. Dia emo la.” Nor ketawa. Amir sama ketawa.

Morning sickness.” Sama mengejek. Siti naik angin lagi.

Aqi terkedu, memandang Siti lalu. “Morning sickness? Kau mengandung, Siti??” Terkejut dia.

Mereka berlima berpandangan. Terdiam sejenak kelas itu dari kebisingan yang dari tadi heboh dan kecoh. Siti lalu melekapkan tangannya ke dahi Aqi. “Kau demam ke Aqi?”

“Dia lost le tu. Rindu dengan kenangan Umar kat kelas ni. Sebab tu orang dok bising-bising dari tadi pun dia tak dengar.” Zati mengagak. Tangan ditopang pada meja, memandang rakannya itu bersama senyum.

Aqi tersipu, menggaru-garu pipi. Amir yang merenung lalu tersenyum kecil.

“Aku masih tak percaya Umar boleh beralih kat perempuan lain selain Mimi. Aqi pulak tu dalam ramai-ramai orang.” Dia menggeleng perlahan bersama ketawa perlahan. Perlahan-lahan, dia ingat jua dengan gadis di belakang kelas itu. Budak baru yang gutsy. Satu-satunya awek yang berani melawan Umar semasa zaman sekolah sedangkan reputasi Umar sebagai samseng sekolah ketika itu cukup berpengaruh sampai ke kementerian pendidikan dan pekan sebelah.

Aqi mengangkat kening. Siti pula mencekak pinggang. “Naper cakap begitu, Mir?”

Well, korang tau la kan his passion ngan makwe dia tu? Selain basketball,” ujar Amir, cuba menegakkan hujan.

“Tu lama dulu. Sekarang dah lain…” Siti menyahut lagi.

“Yeah. Lepas Aqi datang masa tingkatan empat, dorang dua dah tak belangkas sangat kan lepas tu.” Nor menoleh. “They even break up masa tengah tahun.”

“Yeah… they did.” Zati mengiakan. Aqi dipandang. “I wonder masa tu dah ada apa-apa antara korang berdua. Umar loosen up daripada aktiviti pukul budak masa tu jugak rasanya…” Bicara termati.

Mereka berpandangan seketika. Nor, Zati dan Siti lekas merapat padanya. Aqi terundur, terperanjat. Amir turut merapat pada gadis bertudung hitam itu di sana. Lukman pula beriak tenang, kekal mendiam dan cuma memerhati dari meja guru. Pendiam sifatnya.

“Masa tu memang dah ada something kan, antara korang?” Siti merapatkan wajahnya dengan mata membulat. Aqi terundur lagi, tidak selesa dibuat empat orang dewasa itu. “Kau yang rampas Umar dari Mimi, bukan?”

Aqi mengerut dahi. “Its not my fault Umar break up ngan dia masa tu…”

Amir pula yang merapat. “Lepas kau blah tahun tu, setiap hari Umar lepak kat court. Sakan gila dia main. Hari-hari dia complain bosan. Korang dah berbaik masa tu, kan?” Dia berpeluk tubuh, memikir. Nor menoleh pada tunangnya.

“Belum agaknya. Pergaduhan paling last diorang kan sampai dipanggil ke bilik pengetua. Sebab kantoi bertumbuk kat koridor tu sebelum final tu.”

“Ah! Aku ingat masa tu.” Siti menyampuk. “Kita punya plan kan? Tak sangka jadi teruk macam tu.” Kepala ditoleh pada Aqi pula. “Dulu hubungan kau ngan Umar memang teruk mengalahkan BSN ngan parti pembangkang bergaduh, tapi sekarang…”

“Ada ke pulak BSN… hahahaha!” Terlepas ketawa Lukman di hadapan kelas sana, menghentikan bicara yang lain-lain. Mencuri dengar rupanya dia. Kelima-lima mereka menoleh ke hadapan kelas. Siti tersipu pula dek gelak suaminya di sana. Nor, Zati, dan Amir berpandangan.

I guess jodoh is unpredictable then. Mad Dog kahwin ngan Wild Cat sampai lupakan kenangan cinta pertama dia. Lukman the ketua kelas pulak boleh melekat dengan minah gila blackmail ni.” Amir memberi kesimpulan.

Zati tersengih, mengangguk. “Dan kau pulak stick dengan Nor.”

“Aku bersyukur bukan dengan kau.” Amir menjuih bibir bawah, mengejek. Zati tersengih geram dengan penumbuk dibentuk di tangan. Nor menahan tangan rakannya itu bersama ketawa kecil, sementara Siti dah pun beralih ke hadapan kelas. Mendapatkan suaminya yang santai lepak di sana. Aqi tergelak perlahan, sukar nak ikut serta perbualan rakan-rakan kelasnya ini.

Speaking of which, anak bos kau macammana, Zati?”

Zati menoleh. “Oh? Him. Hari-hari dia tanya pasal kau. Sebab tu aku datang ke Melaka ni, nak pastikan kau betul-betul okey ke tidak,” ujarnya bersama senyum. Aqi terdiam. “Your Mao kirim salam.”

Previous: chapter 45
Next: chapter 47

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.