Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 26

MULA-mula adunkan tepung dengan air, lepas tu uli supaya doh menjadi rata dan sekata bagi tepung dan air itu. Bila dah sekata, cubit sedikit doh dan bulatkan supaya menjadi sfera yang kecil dan saiz yang boleh dimakan. Jadikan supaya banyak. Kemudian bakar di mesin pembakar itu 30 minit pada suhu yang sesuai. Bila selesai, diadunkan ke dalam susu tepung, maka kuih raya buatan tangan yang paling mudah dan ringkas dan cepat yang bernama biskut Makmur sudah siap dan sedia untuk dimakan.

“Macammana kalau adun dengan Milo tambah chocolate topping dan honey?”

“Bukannya kau nak buat kek coklat versi wafel lima tingkat.”

The image is like lasagne…”

I don’t eat Italian food.”

You sure are. Heh. But you won’t know you don’t like it if you don’t try it.”

Don’t ever try to do bad experiment. Teruk kesannya kalau backfired, sayang.”

Aqi menjeling, sengal. Umar yang duduk di sebelahnya dengan bersila di lengan sofa itu tidak melepas pandang pada rancangan memasak kuih Raya di skrin TV di hadapan.

“Tapi apa mimpi kau nak tengok rancangan macam ni? Bosan sangat?” soal Umar pula, menoleh. Rambut panjang yang diikat ponytail itu menarik perhatiannya. Aqi baru nak menjawab sebelum tertarik kepalanya ke belakang bila ekor kudanya ditarik lelaki itu. Geram dia!! Lalu paha Umar yang bersila ditumbuk tampar sekuat hati. Ketawa tak bersuara mamat itu jadinya, mengelak. Seronok mengusik Aqi.

Zaki di sebelah Aqi yang lagi sebelah memandang pelik. Lalu menjauh sedikit. Kacau.

“Sengal!” Desisnya deras, melepas geram. Si mata hazel itu terus menerus terkekeh tanpa suara hingga perutnya ditekan dek lenguh menahan gelak yang nak meletus. Aqi mencemik.

So then, kau reti memasak ke sampai nak tengok rancangan macam tu?”

“Apa? Sekadar entertainment, tak boleh ke?” soalnya balik, tajam. Masih geram. Lelaki itu tersenyum kecil, menolak Aqi menjauh sedikit supaya boleh menyelit di tengah ruang diantara lengan sofa dan isterinya. Dia mengensot, terpaksa memberi ruang.

Entertainment tanpa isi tak berapa elok didengar…” balas lelaki itu pula, merenung chef yang tidak dikenali namanya itu di skrin. Aqi menjeling, lalu menghempas nafas kecil.

Not that I care… tapi nak jugak tolong buat kuih raya. Rumah ni yang klasik jugak. Cleaning dibuat sendiri, langsir buat sendiri, baju Raya dibuat sendiri, kuih raya, some is homemade…” Nadanya merendah. Si lelaki bercermin mata itu menoleh. “Cat rumah je yang tak. Tu pun Bang Farid sendiri nak practise art dia kalau tak pasal urusan kat hotel.”

Dan serentak keduanya menoleh ke sofa sana, pada suami isteri dan anak pertama mereka itu hidup dalam dunia mereka sendiri di sofa panjang itu. Nampak bahagia dan tiada siapa boleh menyibuk, lalu serentak juga mereka mengalih pandang pada TV semula.

Umar meleret sengih nipis. “Kalau orang lain yang buat, feel dia tak terasa… kau tak rasa macam tu?”

Well…” Tak tahu nak membalas macammana. Lelaki itu menoleh kemudian, memandang sisi wajah yang menyerikan harinya setiap masa itu. Pada pipi bersihnya yang sedikit merah. Mungkin dek geramnya tadi. Mata melekat ke situ.

“Kau taknak belajar memasak, Aqi?”

“Kau?” Umar dijeling.

“Aku kan lelaki.”

Wohoo. Ada gender issue ke bab memasak, brader? Uncle chef tu lelaki, tahu. Tak pasti la kalau dia khunsa ke tidak. Kena bukak zip seluar dia la tengok tahap jantan Angry Bird dia kat tahap mana...”

“Amboi. Mulut tak puasa langsung. Aku yang tanya dulu, nie…”

Aqi mendesis, lalu tersengih. “Aku memang reti memasak,” Kening Umar terangkat. “But not as good as them,” lanjutnya perlahan, tersenyum hambar.

Leher Aqi dipeluk Umar kuat. Tersedak gadis itu. “That’s good enough,” sengihnya puas. “Ingatkan kau macam jantan sangat.”

“Apa ni…!” Tangan Umar cuba ditarik, namun tak berjaya. Gadis itu mendesis. “Lepas la…”

“Taknak.” Nak bermanja pula. Zaki yang menoleh memandang mereka di sebelah Aqi dibuat tak nampak. Perhatiannya cuma pada isterinya ini sekarang.

Aqi mengeluh, akhirnya membiarkan saja. Tau walau berusaha macammana pun si mamat ini takkan lepaskan. Umar tersengih menang bila Aqi berhenti meronta. Pelukan pada gadis itu dieratkan dan dikemaskan. Sayang.

Berdebar pula dibuatnya.

Dan membulat matanya bila pipinya dicium! Sekilas cuma, tapi masih mampu membuat jantungnya jatuh ke perut sekarang!

“Si gatal! Lepas!” Rangkulan itu nak dileraikan secara kasar namun nyata gagal. Umar pula tertawa suka.

“Taknak…”

“Kau ni puasa ke tak sebenarnya?!”

“Sapa ajar kau kalau puasa tak boleh peluk bini?”

Pandai menjawab dan terus mengambil peluang untuk bermanja. Aqi mendesis lagi. Jangan sampai aku keluar bunga silat kaki dan tangan…. Tak pun masih halal kalau cubit tangan dia….

“Aqi, tolong akak masak,” Batrisya memanggil, muncul secara tiba-tiba. Aqi menoleh. Spontan mengeluh lega. Umar pula mencerun pada kakaknya itu.

“Akak tau tak betapa susah nak peluk minah ni?”

Do it later for all I care,” dan dia menghilang ke pintu dapur. Aqi tersenyum kecil, cuba melepaskan diri lagi, dan berjaya bila lelaki itu melepaskan, walau dengan muncung tak puas hati. Tersenyum saja dia.

Aye aye…” Aqi bergerak ke dapur. Umar mencapai remote di atas meja dan tersandar di sofa.

“Jangan letupkan dapur, Aqi,” ujarnya tanpa menoleh. Siaran TV ditukar-tukar untuk mencari cerita yang menarik ditonton Daripada BoboiBoy kepada Ombak Rindu, sebelum beralih pada NBA’s Playoff. Oho?

Shaddap…” Aqi menjelir lidah, lalu masuk ke pintu dapur. Umar mencemik sebelum menoleh memandang Maya yang sedang menyuapkan bubur pada Munirah.

“Kak Maya patut ajar Aqi tu jadi perempuan tau. Wholly. Bukan takat luaran je.”

Farid pula yang menoleh dengan riak menyampah. “Tu kau punya assignment la, bendul. Ada hati nak kacau bini orang,” ujarnya sambil memeluk isteri tersayang di depan mata si adik.

Dan nyata si adik itu mendesis menyampah. Enggan melayan Farid, Zaki pula ditarik ke pelukan. Jomlah main ngan aku, Zaki. Meronta budak itu nak melepaskan diri. Muncul pula Daten Orched dari belakang sofa dan merenung anak-anaknya itu. Si mata hazel itu menoleh.

“Kamu dengan Aqi okey kan?”

Umar tersengih, kembali mengusik adik angkatnya. “Tip-top.Thumbs up.

Farid tersengih. “Glad to hear that. Tak lama lagi tambah la sorang lagi yang nak dijaga kan?”

Mencerun dia seketika. Riak pengharapan di wajah mamanya dikerling. “Things under control.” Datar. “And it takes time…” Dia melanjut, taknak berjanji. Ibunya itu menghempas nafas dalam, lalu beralih ke dapur. Farid mencemik.

“Memang takes time sangat sebab kau ikutkan sangat rentak Aqi tu.”

Umar menoleh deras. “What else can I do? Takkan la nak paksa dia?”

“Ada term lain yang boleh digunakan selain ‘paksa.” Sengih gatal diberi pada si adik. “Paksarela.”

Umar merenung datar. Geram. Sengal. Menyampah. “Retard.”

Farid yang terdengar lalu menoleh bersama senyum dendam. Dia baru nak bangkit sebelum Maya menahan geraknya dengan memeluk lengannya. Enggan si suami buat perangai budak-budak dengan Umar di sana yang juga dah buat perangai budak-budak.

“Tau takut.” Umar memprovok bersama senyum menang. Puasnya dalam hati…. Farid naik sentap lagi.

“Abang…” Maya menegur, menyentuh paha Farid. Lelaki itu menoleh, lalu memuncung. Yaa…. Tubuhnya merendah sedikit, mengikut kata. Kepala diletak atas bahu Maya dan pinggang isterinya itu dipeluk. Maya tersenyum manja lalu mengusap pipi Farid lembut, membuat lelaki itu tersengih bahagia.

Umar menjeling. Entah kenapa dia cemburu sedikit dengan kemesraan itu. Kalaulah dia dengan Aqi… Eii… Terus ditepis perasaan itu. Tak mungkin punya.

Betul?

Aku tak tahu… mungkin boleh kalau aku jadikan dia milik aku luar dan dalam. Muahahahahaha!

Sengal.


“CEPAT la, badang.” Umar menoleh pada Aqi yang berbaju kurung biru. Gadis itu mendesis menoleh sambil tangan masih mengikat rambut hitamnya.

“Kau turun dulu la.”

“Kita kan pasangan sehati sejiwa.” Dia mencekak pinggang. “I’ll wait.

Do as you wish.” Aqi kembali mengadap cermin, mengemaskan ikatan rambutnya. Dah. “OK, done.” Dia berpusing, menentang Umar yang merenungnya tajam. “Apa?” Ragu-ragu pula dia.

“Tu je?”

“Ni je la.”

“Tudung?”

Membulat matanya! “Tadi kau cakap tak payah pakai tudung sebab nak beraya dalam rumah je!” Dada bidang itu dipukulnya kasar. Umar tergelak, menggosok dada yang sakit.

“Kau ni mamai ke apa? Aku maksudkan tudung saji…”

Membulat lagi matanya! “Kau la yang mamai nak suruh aku pakai tudung saji!” Kali ini penumbuk pula yang menjengah. Umar tergelak lagi, bereaksi yang sama.

“Ganas sungguh la kau ni di hari raya. Tapi aku masih rasa something wrong dengan muka kau…”

Aqi mengerut dahi, spontan menyentuh wajahnya. “Apa dia?”

Umar sengaja mengerut dahi, merenung wajah di hadapan. Konon-konon cuba mencari kesilapan, sedangkan niatnya cuma nak merenung wajah cerah yang nampak cantik dengan seri raya. Aqi pula masih menanti jawapan.

“Erm… kau pakai mekap eh?”

“Oh? Ehe. Kau perasan eh?”

Dan kali ini dahinya betul-betul berkerut. “Kau pakai mekap apa? Tak nampak pun?”

Aqi tersenyum, menahan rasa geram. “Abih tu kenapa tanya?” Hujung bibir digigit. Beriak seksi bawah sedar. “Bedak asas je. Takdelah cantik sangat kalau nak dibanding dengan Chrissy Costanza pun…” luahnya, masih geram. Tubuh dikalihkan, nak bergerak ke pintu. Umar tersengih.

“Aku tak kenal siapa Chrissy Costanza dan aku tak tahu tahap kecantikan dia, tapi you have the beauty that never ceases to amaze me.”

“Eleh… sweet-talker. Kita tahan lut la awak…” Dada itu ditepuknya. Terangkat tinggi kening hitam itu.

“Amboi? Jadi apa patut saya buat supaya awak cair?” Ditarik tubuh kecil itu hingga rapat ke rangkulan.

“Erm… hehe.” Aqi menolak tubuh Umar, melepaskan diri dari rangkulan lelaki itu lalu berlari anak mendapatkan songkok hitam di dalam almari. Si mata hazel itu sekadar memandang setiap pergerakan si isteri. Gadis itu kembali padanya. “Here.” Dia menjungkit dan songkok itu diletakkan ke atas kepala suaminya. Umar mengangkat kening, membiarkan. Aqi yang tersengih dipandang.

“Skema.” Sengihnya membetulkan letak songkok. Aqi mencemik.

I like it when you wear that.

I’ll wear this everyday.” Sengihnya melebar. Gadis itu ketawa lawak.

Hari Raya. Hari pertama, muram sedikit kerana teringat pada yang dah tiada. Umar membiarkan Aqi dengan moodnya hinggalah waktu petang, baru dikacau sepuas hati sehingga si bini itu mengamuk lagi. Batrisya dan yang lain senyum saja, membiarkan pasangan itu meliar.

“Aqi, here.”

What?”

Tudung saji diletakkan ke atas kepala Aqi, dan sempat snap semasa gadis itu blur. Dan hingga ke luar rumah Aqi mengejar Umar yang ketawa galak macam nak bagi dunia pecah.

Semua datang melawat. Kawan-kawan lama terutamanya. Jumpa balik Siti ngan Lukman, Amir, Nor, Zati, yang lain. Dan yang buat Aqi terkejut dengan mata membulat besar ialah semasa Raya yang kelima.


RAYA kelima. Satu keluarga itu dah puas berjalan ke mana-mana rumah sahabat handai, rumah pesaing bisnes, rumah cinta lama, baik di pihak Daten Orched, Farid dan Batrisya, dan Maya. Aqi pula sekadar mengikut kerana tiada sesiapa yang dia nak lawat kecuali kubur Danny.

Penat. Tudung yang masih melekat di kepala cukup rimas untuknya, tetapi Aqi masih cuba untuk bertahan. Kaki yang sakit diurut pada tumit. Kanak-kanak yang menceriakan vila itu pula masih berlari anak ke sana ke mari. Sangat aktif. Aqi tersenyum cemburu.

I’m getting old…” Sudah hilang stamina untuk menjadi bertenaga seperti kanak-kanak itu.

Umar yang sedang merapat pada isterinya, terdengar. Bibir tersenyum. “Kau dah macam perempuan tua kerepot dah.”

“Emm… perempuan tua kerepot yang masih cantik dan laki dia masih datang nak menggatal dan nak bagi renung tak lepas.” Komplen. Ulah lelaki itu yang sangat gemar merenung dirinya sampai sesak nafas sejak hari raya bermula memang sangat-sangat tidak menyelesakan.

Umar tergelak. “Untung la bagi kau sebab laki kau masih teringin nak buat begitu, daripada tak berminat dengan kau langsung?”

Aqi menjuih, masih mengurut tumit. Lelaki yang merenungnya itu dijeling. “Kau tak penat?” soalnya. Hari ini sekali lagi mereka melakukan konvoi. Kali ini di Johor. Menjelang petang baru balik.

“Aku sihat lagi. Tak osteoporosis macam kau.”

“Hoi hubby…” Aqi menderam geram. Si mata hazel itu tersengih bersahaja. Tudung yang berbelit di kepala Aqi dibetulkan, dikemaskan.

You look so beautiful la, lady. I can’t even take my eyes off of you…”

“Hm. Ayat yang sama je sejak raya pertama.”

Means kau hari-hari cantik…” dan pipi Aqi dikucup lembut. Memerah wajah Aqi yang menerima. Mereka saling merenung.

“Erm~~” Kedengaran deheman nakal. Umar dan Aqi serentak menoleh, melihat Zaki dan Naufal yang tersengih memerhati mereka di sebalik belakang sofa. Naik sentap gadis itu dibuatnya.

“Hoi. Kacau.” Umar menolak dahi Zaki. Budak 9 tahun itu tergelak suka. Naufal turut tergelak. Meniru perbuatan budak sekolah rendah itu.

“Kak Aqi kena cium! Kak Aqi kena cium!” Berlari satu rumah. Makin merah wajah gadis itu dibuatnya. Umar malas nak melayan dua budak kecil itu, tetapi bunyi kereta yang masuk ke laman menarik perhatian.

“Zaki. Sapa tu?” soalnya, membuat dua budak lelaki itu berhenti menakal. Mereka ke pintu rumah, menjenguk.

“Tetamu. Tak kenal,” jawabnya.

Umar bangkit. Aqi yang kemalasan turut bangun. Mata melekat pada pintu rumah, dimana Lia dan teman-temannya memunculkan diri. Keluhan pendek terhembus.

Your guest, Mar…”

Umar tersenyum sumbing.

Tak lama selepas Lia menziarah dan pergi, Mimi pula yang memuncul. Dan sekali lagi lelaki itu terpaksa melayan. Farid yang nampak terperanjat melihat kehadiran wanita itu, mendekati Aqi yang sedang menganyam ketupat dengan Batrisya dan Maya di dapur.

“Bila masa Mimi dengan Umar berhubung balik?”

“Em? Mar cakap dorang tak pernah lost contact pun.”

I mean… jumpa face to face?”

“Oh. Masa… takde la lama sangat. Dorang jumpa kat Melaka Mall.”

“Kamu ada sekali masa tu?”

“Yep.” Aqi mengangguk. “Umar happy jugak la kut masa tu.” Bibir tersenyum sumbing. “Happy yang Aqi tak pernah tengok…”

Batrisya mengerling. Farid menoleh ke ruang tamu, lalu dia keluar dari dapur dan mendekati Mimi dan Umar yang masih berbual di ruang tamu utama. Maya menjengul kepalanya, terasa ada sesuatu yang dia tertinggal.

“Ada apa? Kenapa?”

“Em? Takda apa… then, selepas ni macammana?” Anyaman ketupat yang mengelilingi tangan ditunjuk. Maya memberitahu satu persatu, manakala Batrisya hanya mendiam. Aqi yang tak menanggalkan tudungnya direnung redup, dan pandangan dijatuhkan pada ketupat kosong tidak berisi.

“Naper masih pakai tudung Aqi?”

“Em? Umar tak bagi tanggal,” balasnya dengan fokus masih pada anyaman yang mengelirukan.

“Kenapa?”

I don’t know. I didn’t ask.”

“Aha? I see…” Tersenyum lalu. Mereka kembali menganyam sambil berbicara cerita-cerita perempuan, sebelum Zaki masuk ke dapur membawa berita. Ada tetamu lagi yang datang dan dia mencari Aqi.

Berkerut dahi gadis itu dibuatnya. Malas sekali dia mengangkat punggung. Kaki dibawa ke ruang tamu dengan mulut tidak berhenti menggerutu. Si tetamu itu menunggunya di luar rumah, lalu Aqi bergerak ke sana. Sampai di pintu, kakinya berhenti melangkah. Tubuh tinggi dengan T-shirt dan jeans, dan wanita brunette dengan kebaya ringkas di sebelah menarik perhatiannya. Aqi terkedu. Air mata hangat mula bertakung di kolam mata.

Zach tersengih. “Mak aih. Bertudung.”

Puan Aisyah tersenyum bahagia. Kedua belah tangan diangkat, menanti pelukan. Aqi berlari anak mendekat, dan perempuan berambut coklat itu dipeluknya erat. Air mata tumpah terus.

“Ya Allah…. Hahahhahahahaha.” Menangis di bahu ibu tirinya. Aqi tergelak dalam sayu kerinduan. Hampir setahun sudah dia tinggalkan pelukan hangat ini di Frankfurt sana, dan hari ini pelukan ini kembali padanya. Aqi mengucup pipi Puan Aisyah. “Mama datang?”

“Yep. Kami datang.” Zach pula yang menyahut. Aqi menoleh, tergelak lagi dengan air mata yang masih meleleh. Dada Zach ditampar. Mata hijau kebiruan yang dimiliki kedua-dua manusia di hadapannya direnung tanpa lepas.

“Bila masa mama datang?”

“Baru je turun dari airport. Zach tak bagi Mar ambil. Nak bagi surprise katanya.”

“Hek eleh. Reti jugak nak bagi surprise.” Aqi menoleh pada abang tirinya. Lelaki tinggi lampai itu tersenyum bersahaja.

“Bukan aku yang plan. Aku jadi mangsa keadaan kut kalau diikutkan. Speaking of which, tak reti nak bawak kitorang masuk rumah, Sikin?”

Aqi tergelak, lalu mereka dibawa masuk. Sekali pun dia tidak lepaskan tangan ibu tirinya. Wanita ini yang menjadi sandarannya bila dia di German dahulu. Yang menjadi tempat mengadu dan menangis bilamana rindu pada Danny mengundang. Manakala Zach pula seringkali mengacaunya selayak mana seorang abang mengganggu adik perempuan. Aqi tersenyum gembira. Bahagia sekali.

Dan tanpa disedari, Umar yang masih di sebelah Mimi mengintai senyuman si isteri dengan kepuasan di hati sendiri.

Previous: chapter 25
Next: chapter 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.