Home Novel Cinta Cerita Cinta Dua Manusia
Bab 15

...1998...

 

Awal pagi itu hangatnya agak luar biasa. Hakimi sendiri sudah dua tiga kali tersentak dari tidur. Hakimi menekan suiz lampu, mencapai t-shirt, menyarungkannya ke tubuh yang hanya berseluar trek dan menapak ke arah tingkap. Dengan perasaan kosong mengapung, Hakimi menolak daun jendela luas-luas sekaligus membiarkan angin subuh itu memenuhi ke seisi ruang kamar.


Malam tadi selepas menghantar Lisa pulang, hatinya merusuh sendiri. Hakimi tidak tahu kepada siapa harus dilampiaskan rasa marah yang membuak dalam diri. Dua kali dia cuba menghubungi Am tetapi talian disambung ke peti pesanan.


Hakimi menghela nafas berat. Hakimi paling takut apabila perkara-perkara sebegini terjadi. Hakimi takut kalau-kalau Lisa terluka kerana kelukaan Lisa adalah kegagalannya. Kegagalannya dalam menjadi seorang ‘abang’dan teman yang baik.


Kalaulah Lisa...ah, kalaulah!

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.