Home Novel Cinta Cerita Cinta Dua Manusia
Bab 3

...1998...

 

Keluar dari bangunan utama fakulti selesai kelas pagiitu, aku disambut dengan lambaian tangan Hakimi. Dia kelihatan semakin cerah dengan T-Shirt berkolar berlengan tiga suku warna merah lada dipadankan dengan jeans navy blue manakala snow cap hitam berjalur maroon dibahagian hujung tersarung pada kepalanya.


Aku, walaupun masih malu mengingatkan saat aku bersungguh-sungguh menangis di dalam keretanya malam tadi, tetap juga melangkah mendapatkannya lebih-lebih lagi melihatkan dia begitu bersahaja seakan tiada apa yang berlaku.


“Dah habis kelas? “


Ringkas sahaja soalannya, masih dengan senyuman penuh diwajahnya. Tangan kanannya mencapai beg folio dari peganganku.


“Dah...Akim takde kelas ke? Oooo...nak ponteng ye?”


Pemuda itu tergelak. Wajahnya jelas kemerahan dipanah terik mentari tengah hari.


“Kelas pukul 11 dengan 2 batal laa...malam nanti baru ada kelas balik. Free tak?  Jom pergi cari nasi campur lauk ikan sembilang.”


Perut yang semenangnya sudah mula berdondang-sayang akibat tidak sempat mengambil sarapan pagi tadi membuatkan aku cepat-cepat mengangguk dengan rancangan Hakimi.


Baru sahaja aku masuk keretanya, telefon genggam di dalam beg sandangku bergetar. Terburu-buru aku meraba telefon yang terselit dicelahan buku-buku kuliahku. Melihat ke skrin, aku dilanda tanda tanya, nombor persendirian.


“Hello...” perlahan aku menyapa sambil mataku tertancap pada wajah Hakimi yang meletakkan muka di atas kedua belah tangan yang berlipat dan bertindihan di atas stereng kereta, yang mana ketika itu sedang juga menatapku, dengan pelbagai reaksi muka yang berbeza-beza.


“Lisa...awak, saya ni...kenapa off handset dari malam tadi? Awak tak nak jawab call saya ke? Awak marah lagi ya? Please...janganlah macam ni...” hatiku yang semalam sakitnya yang bukan kepalang tiba-tiba menjadi lembut lebih-lebih lagi apabila mendengarkan suara Am yang serak seakan tertahan-tahan.


Itulah salah satu daripada kelemahanku, hatiku mudah menjadi lembut dan senang terpujuk.


“Saya nak jumpa awak sekarang, boleh? Banyak benda sayanak explain dan tebus. Hari ni saya dapat one day off. Kita jumpa...boleh?”


“Aaaa... Am...awak...aaa..saya...” aku teguk liur.


Hakimi pula sudah memalingkan muka ke arah bertentangan, masih dalam posisi yang sama cuma aku tidak dapat lagi melihat mukanya.


“Awak, saya sebenarnya dah janji dengan Akim nak -”


Ayatku terpancung di situ apabila Hakimi tiba-tiba berpaling kembali padaku dengan senyuman di bibirnya. Tangannya menunjukkan isyarat menyuruh aku pergi berjumpa Am dan kemudiannya dia menunjukkan isyarat makan pada hari lain.


Aku tergelak melihatkan tingkahnya, terlupa yang Am masih menantikan jawapanku di hujung talian.


“Sampai hati awak..saya betul-betul nak jumpa awak ni, awak boleh gelakkan saya...” aku tutup mulut dengan tapak tangan.


“Sorry-sorry...ok, awak nak jumpa saya kat mana? Pukul berapa?”


“Jumpa kat Alam Central dalam masa satu jam...saya promise saya tak lambat, ok? Jumpa nanti...bye...” aku mematikan talian dan terus tergelak.


“Teruklah Akim ni! Tak jadi Lisa nak tunjuk jiwang kat Am...”


“Akim saja je buat macam tu supaya Lisa tak dengar macam sedih walaupun tisu sekotak lencun dengan hingus Lisa malam tadi!”


Aku mencubit bahunya sambil menyambung gelak.


“Lisa, dengar sini...”


Serentak itu tawaku mati, lebih-lebih lagi apabila melihatkan emosi Hakimi bertukar serius.


“Jadi apapun, Lisa janji, jangan nangis depan Am, ok? Kalau ada problem, tolong...please’lah let me know. Kalau Lisa tak nak share kegembiraan Lisa, bagilah peluang Akim share kesedihan Lisa, ok? Janji, ya?”


Mendengarkan kata-katanya itu hatiku bagaikan dibelah, kemudiannya disimbah air limau dan kemudiannya dicurah dengan pasir. Kalaulah, Hakimi, oh, kalaulah...


“Janji...”


Itu sahaja yang mampu terkeluar dari ruang kerongkongku di saat itu. Ayat yang selebihnya hilang entah di mana, bergendang di seluruhtubuhku, mencari ruang untuk dilepaskan.


“Okay, masa sedih dah tamat...” emosinya berubah dan senyum kembali bermukim di wajahnya. “Jumpa Am kat mana? Akim hantarkan...tapi jangan lupa, Lisa dah hutang satu kali keluar makan dengan Akim...dan janji tu,simpan sampai bila-bila.”


Dengan senyumannya yang tidak putus, Hakimi memulas kunci dan menghidupkan enjin sedang aku yang duduk di sebelahnya cuba-cuba bawa diri bersikap selamba dengan memandang ke luar tingkap namun ada satu perasaan yang amat sukar untuk aku huraikan bergumpal dan bertarung di dalam dada seakan membuak-buak ingin keluar.

 

 

Kami duduk di dalam Kembara di ruang letak kereta Alam Sentral sementara menunggu cukup satu jam sebelum Am tiba. Sepi beraja di antara kami kerana Hakimi sibuk berdesis mengikut rentak muzik dari kaset Search yang baru dibelinya manakala aku pula masih lagi terganggu dengan situasi sebentar tadi.


Tiba-tiba Hakimi membetulkan kedudukannya menghadap kearahku, mencapai telefon untuk dijadikan mikrofon dan berdehem beberapa kali membetulkan suara. Aku yang sedari tadi agak monyok kembali terhibur dengan gelagatnya.


“Istimewa buat Cik Lisa,” dan dia mula menyanyi.


Gadisku
Seri mewangi bagai disiram selautan kasturi

Gadisku
Termanis senyummu biar ku telan selautan hempedu
Dialah gadisku selalu

Tak peduli kata orang terhadap dirinya
Aku tahu dia gadisku
Tak peduli nista yang terlempar padaku
Dia tahu dia gadisku

Cinta kan bermakna jika sama saling memahami
Cinta kan bercahaya jika disulami cinta suci

Gadisku
Terindah padamu kerna tak pernah meminta selain cinta
Dialah gadisku selama-lamanya

Dikala hidup ini rasa tak bermaya
Dia datang membawa harapan
Dikala hari-hariku menjadi gelita
Dia datang membawa cahaya

Cinta ku bermakna kerna sama saling memahami
Cinta ku bercahaya kerna disulami cinta suci

Gadisku...


Aku langsung tidak terkedip menyaksikan persembahannya,nyanyiannya yang bersungguh, gayanya yang begitu mempersona, cara dia mengeluarkan setiap patah kata dari mulutnya dan bagaimana indahnya dia memejam mata ketika mencari feel dan yang paling buat aku tidak terkedip adalah senikata itu sendiri, seakan luahan dari hatinya, tetapi untuk siapa?


“Sekian, terima kasih...”


Aku yang terketuk dengan penutup persembahannya segera memberikan tepukan.


“So, masa konsert dah tamat...dah lebih satu jam...nanti merajuk pula che abang sayang. Apa-apa nanti jangan lupa call, ok?” Aku hanya tersenyum.


Berat pula hati ini untuk keluar dari Kembara. Andainya dapat aku hentikan masa, aduh, alangkah bagusnya!


“Thanks sebab tolong hantarkan Lisa...Bye.”


Aku paksa-paksa juga kaki untuk turun dari kereta. Dengan langkah yang teramatlah beratnya, aku paksa-paksa lagi kaki untuk berjalan ke arah lift. Sesudah lebih kurang sepuluh langkah, aku berpaling ke belakang, kearah Hakimi yang bersungguh-sungguh melambaiku dari dalam Kembara.


Sepuluh langkah kemudiannya ketika berada di pintusebelum memasuki ruang lift, aku berpaling lagi ke arah Hakimi yang masih juga dalam aksinya yang sama, melambaiku dengan begitu bersungguh-sungguh dan sempat menunjukkan isyarat ibu jari kepadaku dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Aku balas balik lambaiannya dan serentak itu pintu lift terbuka.


Aku terus melangkah masuk tanpa mengetahui ada seorang manusia di luar sana yang bernama Tengku Hazqeel Hakimi sedang tersandar di kerusi pemandu dengan jutaan perasaan yang tidak dapat dihuraikan. Lagu ‘Gadisku’ terus memenuhi ruang Kembara itu berulang-kali dan di luar sedar, ada air hangat mengalir dari celahan kelopak mata pemuda itu yang tertutup rapat.
Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.