Home Novel Cinta Cerita Cinta Dua Manusia
Bab 13

...1998...

 

Hari itu aku, Dania dan Afira merancang untuk bermalas-malasan di bilik setelah letih mengulangkaji. Memandangkan hari itu kami sama-sama tidak mempunyai kelas pada sebelah petang, selesai sahaja solat Zohor, kami menonton CD.


Tamat CD pertama, aku dan Dania mengumpul mangkuk maggi yang sudah kosong untuk dibasuh. Belum sempat aku memegang tombol pintu,ketukan dari luar terlebih dahulu berbunyi.


“Kak Lisa,” seorang junior dari tingkat bawah berdiri di luar pintu, berpeluh-peluh. Di tangannya terdapat sekeping kertas berlipat.“Ada orang suruh bagi. Dia tunggu kat bawah.” Selepas mengucapkan terima kasih,aku kembali merapatkan pintu.


“Apa tu?” Aku jungkit bahu sambil membuka nota tersebut.

 

Lisa,

Kenapa off handset? Saya ada kat bawah ni. Boleh turun sekejap tak?

                                                                                                                                                   Am

 “Siapa bagi, Lisa?” Afira pula menyoal, apabila melihat dahiku berkerut.


Tanpa menjawab soalannya, aku berlalu ke tepi tingkap,menjenguk ke luar dan dari situ aku nampak Am sedang menyandar pada sisi pintu belah kanan Satria GTI’nya dengan tangan bersilang. Dania dan Afira yang turut sama menjengah, tersenyum mengulum.


“Tak habis la nampaknya kita tengok CD hari ni, Nia. Ada orang tu buah hati dah datang...” usik Afira sambil mengutip mangkuk yang kutinggalkan tadi di tepi pintu.


Aku mencapai tudung dan menyarung seluar trek. Wajah yang sedikit berminyak aku tepek dengan bedak dan kemudiannya berlalu turun ke dataran. Hatiku tertanya-tanya tentang kedatangan Am yang mengejut.


“Hai, awak!” Sapa Am dari jauh. Dia kelihatan bersemangat.


“Awak buat apa kat sini? Tak ada shooting ke?”


“Aih! Datang jumpa awek sendiri takkan tak boleh?” Aku mencebik bibir. “Saya free hari ni. Sebenarnya saya nak tanya kalau-kalau awak free weekend ni. Hari Sabtu malam.”


“Ntah, nak balik rumah aje, kot. Kenapa?”


“Saya nak ajak awak temankan saya pergi satu majlis ni.”


Aku membulatkan mata, merenung Am dengan pandangan tida kpercaya.


“Awak,” aku menghala telunjuk ke dadanya; “nak saya temankan awak?” kemudiannya menghalakan telunjuk yang sama ke dadaku. “Eh, tak takut kena gossip ke?”


Am mendengus, kurang senang dengan intonasiku yang agak sakarstik.


“Awak...janganlah macam ni. Saya bukan datang nak cari gaduh. Boleh ye? Awak teman saya, ya?” Mendengar suaranya yang mengharap,membuatkan aku lemah.


“Majlis apa?”


“Birthday party hero movie yang saya tengah shoot sekarang ni. Buat kat hotel.”


“Tapi saya mana ada baju –“


“Pasal baju awak jangan risau. Majlis tu start dalam pukul 9. Saya jemput awak dalam pukul 6, hantar awak kat salon kak Hana. Dia akan uruskan semua.”


Nampaknya Am memang sudah merancang segala-galanya kerana dia tahu yang aku tidak akan menolak.


“Okaylah...” itu sahaja yang aku mampu ucapkan. Wajah Am kelihatan bertambah ceria dengan persetujuanku.


Sebelum meminta diri, dia menghulurkan aku satu bucket ayam goreng Kentucky Fried Chicken di dalam bag plastik yang masih berwap. Aku terdengar laungan ucapan terima kasih dari tingkat atas yang membuatkan aku dan Am tertoleh. Dari bayang tingkap tingkat tiga, aku nampak Dania dan Afira melambai ke arah kami. Aku dan Am sama-sama tergelak.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.