Home Novel Cinta Cerita Cinta Dua Manusia
Bab 35

…1999…

 

Begitulah selalunya. Kita hanya akan mendapat kekuatan untuk memberitahu seseorang itu yang kita amat menyayanginya apabila kita tahu yang kita akan atau hampir kehilangannya dan yang lebih menyedihkan ada juga yang hanya berpeluang untukmeluahkannya apabila yang disayangi sudah tidak ada di muka bumi lagi.


Itulah yang aku rasakan sewaktu Hakimi terlantar diserang asmanya di rumahku selepas makan malam bulan lepas. Peristiwa itu mengajar aku untuk lebih menghargai perhubungan kami, dan itulah yang aku lakukan sedaya-upayanya sekarang. Hakimi juga nampaknya sudah bersikap lebih terbuka. Ada juga dalam dua kali aku menemaninya ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Serangan asmanya juga sudah semakin berkurangan dan ini amat melegakan aku.

Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.