Begitulah kisah cinta aku dan dia. Ini bukan penamat kerana langkah kami baru sahaja bermula. Semoga segala dugaan dan cabaran yang telah kami lalui, mengikat kuat hati kami dan dengan izin Allah SWT, dia akan menjadi teman sejatiku sampai bila-bila.
Dia – Tengku Hazqeel Hakimi – hari ini telah menjadi syurgaku, dan aku pula, Izara Marleesa, melengkapi tulang rusuk kirinya.
Doakan kami, doakan cinta kami.
Semoga cerita cinta ini abadi selama-lamanya,
Dengan izin Allah. Dengan izin Allah.