Home Novel Cinta Cerita Cinta Dua Manusia
Bab 23

...1996...

 

Tengah hari itu aku keluar menemui Ikhwan. Katanya ada perkara yang hendak diberitahu kepadaku. Setelah bersiap ala kadar, aku bergegas meminta abang Zafri menghantarku ke Central Market. Aku tiba di Mc’Donald lewat setengah jam kemudiannya.

            

Berlari anak ke tingkat satu, aku lihat di situ Ikhwan sudah menanti. Aku ketap bibir sambil menahan merasa bersalah kerana terpaksa membiarkan dia menunggu agak lama.

            

“Sorry, Ikhwan...saya terlambat.” Ikhwan yang tidak pernah marah itu terus sahaja tersenyum.

            

“Takpe...saya pun baru saja sampai.Lisa nak makan apa? Biar saya pergi order.” Memandangkan aku sudah mengambil sarapan berat pagi tadi, jadi aku hanya memesan air dan kentang goreng.

           

“Kenapa nak jumpa?” Aku memulakan perbualan sebaik sahaja kami mula menjamah hidangan.

            

“Oh, ni, saya nak beritahu Lisa yang saya nak sambung study kat UK.”

            

“Kenapa tak minta sambung kat IPTA kat sini aja? Result Ikhwan kan okay?” Tanyaku, penuh dengan rasa tidak puashati.


Kalau Ikhwan ditakdirkan benar-benar akan pergi, aku akan kehilangan seorang sahabat yang begitu bertanggungjawab, penyayang, cukup mengambil berat dan menghormati diriku.


“Memanglah okay. Tapi mak ayah saya yang suruh. Diaorang kata saya dah banyak sangat main-main kat sini. So, diaorang nak saya concentrate pada study.Lagipun, saya tak pergi seorang...” aku berhenti mengunyah kentang goreng.


“Pergi dengan siapa lagi?”


“Ini yang saya nak beritahu ni. Sebenarnya, saya nak bertunang.”


Aku tidak pasti apa yang aku rasa ketika ini kerana Ikhwan dan aku sememangnya tidak pernah menjalinkan apa-apa hubungan istimewa cuma aku tahu yang dia meminati diriku. Itu sahaja! Tetapi aku tetap merasa tersinggung dengan kata-katanya.


“Dengan siapa?” Aku cuba paksa diri untuk memaniskan muka ketika menyoalnya.


“Sepupu saya. Semuanya mak ayah yang aturkan. Saya tak tahu apa-apa.”


“Ooohh...” apa lagi yang harus aku katakan?


“Saya tak nak Lisa fikir yang saya ni jahat. Waktu saya bagitau Lisa yang saya suka kat Lisa, saya tak tipu. Waktu saya janji yang saya akan tunggu Lisa sampai bila-bila, sampai Lisa betul-betul bersedia pun,saya tak tipu. Semuanya saya betul-betul maksudkan. Tapi...”


“Takpelah...” aku hela nafas panjang.


Aku yakin yang Ikhwan bercakap benar. Kalau pun dia menipu, aku rasa aku tidak akan rugi apa-apa.


“Jadi, bertolak ke UK bulan depanlah, ya?”


“Tak, malam esok. Sepupu saya tu tinggal kat sana. So majlis tu pun akan buat kat sana.”


Aku merenung Ikhwan yang sedang menyedut air lambat-lambat. Berat mataku memandang, pasti berat lagi dia yang memikul.


“Kalau macam tu, hari ni last kita jumpa’lah? Hakimi dah tahu?”


“Dah, saya bagitau dia waktu ambil keputusan hari tu. Saya yang pesan kat dia jangan bagitau Lisa sebab saya nak bagitau sendiri.” Aku hela lagi nafas.


Aku seperti tidak percaya bahawa Ikhwan akan meninggalkanku dan menjadi tunangan kepada sepupunya sendiri. Ikhwan yang selama ini bersungguh-sungguh cuba menambat hatiku, yang sering mencuit hatiku, yang kadangkala sanggup membuat kerja gila semata-mata untuk mendapatkan perhatianku dan Ikhwan ini jugalah yang telah mendapat sedikit tempat di dalam hatiku. Tetapi sekarang, Ikhwan akan pergi. Dan aku tidak pasti bila masanya kami akan bertemu kembali.


Selesai makan, Ikhwan menemani aku menunggu teksi di hadapan Perhentian Bas Klang.


“Lisa, kita kawan sampai bila-bila, ye?.” Aku hanya mengangguk kerana aku memang ingin persahabatan kami terus terjalin. “Lagipun, saya tak menyesal lepaskan Lisa sebab...” tidak pun sempat Ikhwan menghabiskan kata-kata, sebuah teksi sudah berhenti di depanku.


Ikhwan membukakan pintu. Aku teragak-agak untuk masuk kerana ingin mendengar kesudahan ayatnya tadi.


“Sebab saya tau ada orang akan sayang Lisa lebih baik dari saya!”


Sebaik sahaja Ikhwan menoktahkan ayat, pintu teksi terus ditutup dan teksi pun mula bergerak. Aku berpaling, melambai Ikhwan yang masih tegak di situ tidak berganjak. Sepanjang perjalanan untuk sampai ke rumah,otakku sarat dengan persoalan-persoalan tentang ayat terakhir Ikhwan sebentar tadi.


Itulah kali terakhir aku menemui Ikhwan. Setelah itu, dia tidak lagi menghubungiku dan aku juga tidak dapt menghubunginya kerana tidak mempunyai alamat dan nombor terkini dia di luar negara.


Perpisahan memang menyakitkan, tetapi paling sakit adalah untuk menjadi orang yang ditinggalkan!

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.